Sabtu, 22 November 2014

SEWANG DAN MELAYU.







Saya pasti ramai yang tahu apa itu upacara sewang, tetapi bagi yang tidak tahu meh sini saya nak bagitahu. Upacara sewang merupakan satu upacara berbentuk ritual yang bertujuan samaada untuk mengubati penyakit ataupun bagi meraikan roh nenek moyang yang diamalkan oleh masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia. Sewang ada pelbagai jenis bergantung kepada tujuan ia dilakukan dan juga berbeza mengikut setiap komuniti orang asli yang berlainan.

Apa yang ingin saya perkatakan hari ini ialah bagaimana upacara ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan sejarah dan budaya orang Melayu hingga kini. Mungkin bagi kita yang sudah beragama Islam dan hidup di zaman yang serba moden ini sukar untuk kita fikirkan apa sebenarnya yang dapat dikaitkan diantara sewang yang diamalkan oleh orang asli dengan kita orang Melayu? Apa kena mengena sewang orang asli dengan orang Melayu ya?

Bagi anda yang sudah benar-benar faham akan sejarah asal-usul bangsa Melayu mungkin sudah dapat menangkap sedikit sebanyak apa yang saya cuba sampaikan. Orang asli di Semenanjung terbahagi kepada Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Kita sedia maklum bahawa masyarakat asli adalah leluhur sebenar bangsa Melayu terutama dari kelompok Melayu proto seperti Jakun, Temuan dan Semelai.


Dan sudah semestinya masyarakat Melayu proto ini turut mengamalkan upacara sewang . Baik, sekarang kita nampak perkaitan sewang dengan Melayu pada peringkat awal iaitu zaman protonya. Tapi apa pula kaitannya dengan Melayu kini? Mana ada lagi Melayu zaman ni mengamalkan sewang? Zaman Melaka pun sudah tiada lagi orang Melayu yang amalkan sewang kan?

Sebenarnya kalau anda semua nak tahu, masih ada lagi orang Melayu kita pada zaman ini yang mengamalkan upacara sewang . Okay, mungkin bukan sewang dalam ertikata yang sebenar atau sama seperti yang diamalkan oleh masyarakat asli, tetapi sewang tersebut telah berevolusi kepada satu bentuk yang lain namun masih mengekalkan beberapa elemen yang sama dengan sewang . Anda tak percaya?


Lihat sahaja persembahan Mak Yong, dan Main Puteri di Kelantan dan Menora serta Mek Mulung di Kedah. Terapat beberapa elemen yang serupa dengan sewang dalam persembahan-persembahan tradisional tersebut seperti penggunaan unsur muzik atau bunyi-bunyian, tarian, jampi serapah, persembahan pada roh nenek moyang unsur kesurupan atau bersawai.

Semua persembahan atau ‘ritual’ tradisional yang saya sebutkan ini adalah warisan daripada kerajaan-kerajaan Melayu lama zaman Hindu-Buddha.

Pada pendapat saya, apabila orang Melayu awal mendapat pengaruh Hindu-Buddha, upacara sewang tersebut telah di upgrade atau diperbaharui dengan pelbagai penambahan yang sesuai dengan zaman tersebut seperti alatan muzik daripada buluh dan kayu telah digantikan dengan gendang, rebana, serunai , gong dan sebagainya.


Manakala tarian yang pada asalnya mudah atau simple telah ditambah menjadi lebih kompleks dengan pelbagai gerakan-gerakan baru serta unsur teater. Begitu juga dengan kostum dan lain-lain.

Ya, memang benar kebanyakan persembahan tradisional tersebut telah dimodenkan pada zaman ini dan beberapa elemen terutama yang bertentangan dengan Islam telah dihapuskan seperti persembahan pada roh nenek moyang, jampi serapah dan kesurupan.

Namun masih ada orang Melayu di tempat tertentu di Kedah dan Kelantan yang masih mengamalkan persembahan-persembahan tradisional tersebut secara asli seperti pada zaman Hindu-Buddha. Termasuklah yang dimainkan oleh masyarakat Thai samada di selatan Thailand atau di Kedah dan Kelantan (mereka sebenarnya cedok dari kita).

Kaitan diantara sewang orang asli dengan persembahan-persembahan tradisional seperti Mak Yong, Menora, Main Puteri dan Mek Mulung ini membuktikan bahawa ianya memang milik asli rumpun bangsa Melayu dan bukan hasil cedokan atau pinjaman dari mana-mana tamadun lain. Ia adalah kearifan lokal atau local genius masyarakat Melayu semenanjung sendiri yang sangat unik dan tidak ada pada masyarakat lain di dunia.


Kalau mahu dikatakan Mak Yong, Menora, Main Puteri dan Mek Mulung adalah pengaruh dari ajaran Hindu-Buddha adalah tidak benar pada pendapat saya. Hal ini kerana tiada upacara atau persembahan sebegitu dalam ajaran Hindu dan Buddha yang sebenar di India.

Hal ini juga membuktikan bahawa orang Melayu dahulu mengamalkan ajaran Hindu dan Buddha yang telah disesuaikan dengan kepercayaan nenek moyang mereka dan tidak mencedok bulat-bulat semua unsur yang datang dari India. Sekian, Wallah hu a’lam.

~ASJ~

4 ulasan:

  1. artikel yg menraik dan byk yg sy setuju dgn isinya...pengalaman berbudaya dan beragama melayu sepanjang sejarahnya adalah adaptasi dan mengikut acuan lokal.

    cuma skrg ni je byk sgt org2x taksub nak jadi arab..org mcm ni kalau boleh nak jadikan benua nusantara ni jadi padang gurun arab badwi...kita harus pertahankan sejarah kita dr dirosakkan oleh kelompok mcm ni..

    bilalah korang nak sedar kita ni melayu nusantara yg ada sejarah yg berbeza dri bangsa arab semetik..org arab mungkin ada tinggalkan pengaruh mereka tai itu ak bermakna kita ni berakar umbi dari mereka..bangunlah melayu terimalah sejarh pra islam bangsa kita sebagais esuatu yg perlu dihargai bukan sesuatu yg dicaci.

    BalasPadam
  2. Tarian Odissi dari Orissa juga seakan-akan menggabungkan gerakan tarian klasik India (hentakan kaki mengikut rentak pukulan gendang) dan elemen gemalai pada gerakan tangan dan badan penari seperti tarian Mak Yong, Menora dan Mek Mulong.

    Ini sangat berbeza dengan gerakan tarian klasik India lain seperti Bharata Natyam atau Kuchipudi yang lebih tangkas dan linear.

    Saya dah lama syak ada "Malay connection" di sini. Lebih-lebih lagi apabila Maharaja Melayu Srivijaya pernah membuka biara Buddha di Universiti Nalanda.

    Apa pendapat tuan tentang perkara ini?

    BalasPadam
  3. Menarik. Pelru dikaji lagi dengan mendalam setiap "watak" yang berada di pentas dan peranan serta perwatakannya. Setakat ini, terdapat percubaan melihat perbandingan antara Menora dan Makyung tapi mungkin belum lagi Sewang.

    BalasPadam
  4. Hati hati bila berbicara...nanti dikecam agen CIA zionis K-Pop oleh segelintir golongan...

    BalasPadam