Selasa, 17 Julai 2012

SIAPA SI RAJA HITAM JATUKHAM RAMATHEP?


Sebuah Lukisan Jatukham Ramathep

Om Namo Photisat Jatukam Ramadhewa Srimaharacha Chulamanee Woramadhewa Sriwichai Prasamati Dhewaracha Photisat PangpakarnSuriya Chantra Chantarapanu
Nillaracha Dhewakuru Racha Puroheta Mahaprasit Chaiyalapa Swaha



Jatukham Ramathep, satu nama yang sangat asing bagi kita malah bagi sesiapapun yang tidak mengetahui bahasa thai. Malahan nama ini juga adalah tidak popular di Thailand sebelum tahun 1987. Pada tahun 1987 seorang pegawai polis bersara bernama Phantharak Rajjadej telah mendedahkan rahsia kejayaan beliau menangkap penjenayah dengan mudah dan dapat menyelesaikan kes-kes berat dengan pantas. Beliau juga berkata rahsia tersebut juga membuatkan beliau masih kuat dan sihat walaupun sudah lanjut usianya. Beliau mendedahkan bahawa beliau selama ini mengamalkan penyembahan kepada dewa khas Wilayah Nakhon Sithammarath iaitu Jatukham Ramathep. Ada apa dengan Jatukham Ramathep? Mengapa ia begitu istimewa dan dianggap begitu hebat oleh pesara polis tersebut?
Inilah dia pesara polis tersebut yang mula-mula menghebohkan kesaktian azimat Jatukham. Ada keris terselit di pinggangnya...hmmm.



Pada tahun 1986 seorang Mejar Jeneral telah menghadiri suatu upacara keagamaan di sebuah kuil di Wilayah Nakhon Sithammarath. Dalam upacara itu seorang medium atau perantara roh telah diresapi roh seorang raja pahlawan pada zaman kegemilangan Negara Sri Dharmaraja iaitu Jatukam. Melalui medium atau perantara tersebut beliau disuruh mendirikan sebuah tiang tugu untuk kota Nakhon Sithammarath. Namun beliau juga disuruh merujuk kepada seorang tua yang tahu akan ilmu-ilmu khas bagi mendirikan tugu tersebut serta upacara membuatnya. Orang tersebut adalah pesara polis Phantharak Rajjadej. Tugu tersebut akhirnya siap dibina pada tahun yang sama dan pada tahun 1987 dengan panduan yang diberikan oleh Phantharak Rajjadej maka sebuah azimat berbentuk bulat dibuat khas yang mempunyai ukiran Jathukam Ramathep diatasnya. Sejak dari peristiwa itu akhirnya nama tersebut menjadi buah mulut seleuruh rakyat Thailand dan mereka semua inginkan kesejahteraan dan keselamatan seperti yang telah dikecapi si pesara polis tersebut. Maka berbuyung-buyunglah orang datang kekuil dimana ianya dibuat sehingga harganya melambung tinggi. Sehingga kini harga tertinggi yang pernah dibayar seseorang untuk mendapatkan azimat ini adalah melebihi 1 juta bath.


Namun persoalannya siapakah Jatukham Ramathep ini? betulkah dia seorang raja kerajaan Negara Sri Dharmaraja? Jika semua persoalan ini benar maka sudah semestinya si raja adalah seorang Javaka atau Melayu! Hal ini kerana Negara Sri Dharmaraja adalah sebuah kerajaan Javaka atau Melayu pada zaman dahulu sebelum ditakluki oleh Sukhotai dan Ayuthiya. Dan kita juga sudah tahu bahawa kerajaan Melayu segenting kera ini juga mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan Srivijaya. Oleh itu kajian ini adalah sangat penting untuk kita. Kita juga akan tahu betapa besarnya impak Srivijaya dan kekuasaan Thalasocrasinya terhadap orang-orang thai sehinggakan mereka sendiri sanggup menyembah seorang raja yang berlainan bangsa dengan mereka. Tetapi siapa dia...siapa dia..? siapa? Pewaris Siwichai!



Banyak versi mengenai siapa sebenarnya Jatukham  berlegar di seluruh Thailand. Salah satu daripadanya ialah versi dua dalam satu. Apa yang dimaksudkan dengan dua dalam satu? Yang dimaksudkan dengan dua dalam satu adalah Jatukam itu sendiri. Sebenarnya menurut lagenda orang-orang Thai Jatukham Ramathep adalah dua orang adik beradik iaitu satunya Inthara Sairen dan seorang lagi Inthara Khao Kheo. Mereka berdua dikatakan sebagai anak kepada Raja  Jantharaphanu (Chandrabhanu), yang memerintah Sri Dharmasokaraja, yang dianggap orang thai sebagai pusat bagi empayar Siwichai atau Srivijaya.


Menurut lagenda tersebut lagi akibat daripada ketiadaan ayahanda mereka selama 20 tahun kerana melancarkan perang di selatan India, kerajaan Sri Dharmaraja menjadi lemah. Oleh hal yang demikian kedua adik beradik ini telah menubuhkan sebuah pusat pemerintahan yang baru di Chang Khom Sirithammarat yang sekarang berada di kota Nakhon Sithammarath. Dua beradik tersebut juga dikatakan telah menamakan semula kerajaan mereka sebagai Srivijaya Suvarnabhumi.

Satu lagi versi lagenda asal usul Jatukham Ramathep mengatakan bahawa ia adalah Chandrabanu sendiri. Mengikut catatan-catatan kuno yang terdapat di wat tertentu di Nakhon Sithammarath, Jatukham Ramathep digelar oleh masyarakat selatan thai sebagai king of the southern sea. Beliau digambarkan sebagai seorang pahlawan yang gagah dan berkulit gelap. Beliau juga digelar sebagai raja hitam penguasa laut selatan atau Phraya Pungparn. Beliau berjaya bermeditasi hingga mencapai tahap nirvana dan bersatu dengan Buddha. Oleh sebab itulah dia disembah oleh masyarakat Buddha selatan thai. Tapi ini semua menurut kepercayaan mereka yang beragama Buddha. Maka betul lah kata orang cerdik pandai, dari peristiwa menjadi sejarah, dari sejarah menjadi lagenda dari lagenda menjadi mitos dan jika tidak direkod dan dikaji oleh anak cucu cicit maka jadilah dongeng tok nenek ala-ala merong...:) jadi versi mana sebenarnya yang betul?

 


Namun demikian apa yang pasti mengenai Jatukham adalah baginda seorang elit Melayu yang disembah tahap dewa oleh orang-orang Buddha Thai. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana jika dia Chandarbanu maka tokoh ini bukan lagi asing bagi kita dan kita memang tahu perkaitan tokoh ini dengan wilayah jajahan Srivijaya. Jika bangsa asing boleh menghargai sejarah nenek moyang kita mengapa tidak kita? Bukanlah saya menyuruh anda semua mendewa-dewakan tokoh sejarah semacam yang dilakukan kaum kafir laknatullah ni. Cukup sekadar penghargaan dengan mengetahui dan menyedari betapa hebat dan pentingnya sejarah dan pendidikan sejarah kepada jatidiri anak-anak Melayu Nusantara. Setakat inilah sahaja maklumat yang saya ada mengenai Jathukam Ramathep. Saya rasa Cik siti kita ada maklumat tambahan yang lebih menarik mengenai tokoh ini. Jadi kita tunggu sahaja posting seterusnya daripada cik siti Srikandi pejuang berdarah naga kita tu. Sekian terima kasih.




Sabtu, 7 Julai 2012

KEKEJAMAN PEMERINTAH-PEMERINTAH JAWA: SATU FENOMENA TRADISI.




Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan untuk semua pembaca. Berdasarkan tajuk artikel diatas saya akan  memaparkan sebuah penulisan mengenai pemerintah Jawa sejak zaman kerajaan Islam Mataram dan kekejaman salah seorang daripada mereka yang berkesinambungan hingga ke zaman moden. Mungkin ada dikalangan masyarakat Jawa di negara ini dan seberang terutamanya akan merasa tersinggung dengan artikel ini namun apa yang saya tulis sebenarnya  bukan  bertujuan untuk menjatuhkan air muka mana-mana suku tetapi adalah kebenaran. Malahan artikel ini adalah saduran daripada beberapa artikel yang ditulis oleh para sejarawan dan intelek Jawa sendiri. Kita dapat lihat bahawa apa yang berlaku di Indonesia sekarang dengan pelbagai kekacauan etnik dan gejala salah guna kuasa yang melampau bukanlah perkara baru tetapi merupakan suatu tradisi atau sumpahan kepada mereka. Apakah yang tidak beres?



Tulisan ini merupakan sebuah analisis terhadap paradigma suatu pemerintahan pada masa Raja Raja Mataram yang berkuasa dari tahun 1646 hingga tahun 1742. Fokus diberikan pada Amangkurat 1. Dengan pertimbangan Raja Amangkurat ini tidaklah terlalu jauh masanya dari zaman sekarang dan beberapa sisa catatan tidak terlalu susah mendapatkannya, walaupun demikian kita sebagai generasi baru perlu dengan tekun untuk menggali dan menemukan hikmah-hikmah yang ada dari cerita ini.



Alasan mengapa Amangkurat yang kita gunakan sebagai pembandingan, mengapa…… ? Bukankah Sultan Agung atau Hayam Wuruk lebih memiliki prestasi membanggakan didalam sejarah Indonesia, hal ini bermaksud agar dapat dijadikan pelajaran bagi generasi bangsa Indonesia dan Nusantara umumnya g, untuk menghindari kesalahan-kesalahan yang telah diperbuat oleh mereka. Raja Amangkuratlah sebagai titik tolak dari kerajaan Mataram yang merupakan peradaban orang Jawa



Dalam tulisan ini saya terus memperbincangkan tentang pemerintah-pemerintah di zaman mataram islam dan skip dari menyentuh mengenai kerajaan Demak .Mungkin ada antara anda yang tahu sejarah Demak, adalah tidak cukup untuk  ditulis dalam satu artikel sahaja. Tentu panjang berjela-jela jadinya nanti sebab walaupun Demak sebuah kerajaan islam yang diasaskan para wali namun anak cucu mereka tidak mewarisi sifat kewalian leluhur mereka malah bergaduh sesama sendiri dan berbunuhan adik beradik hingga menyebabkan kerajaan demak runtuh ( nama je keturunan wali tapi perangai macam samseng).



Setelah jatuhnya kerajaan Demak dan beberapa lagi kerajaan Islam silih berganti, akhirnya muncul sebuah kerajaan islam terkuat di Pulau Jawa yang berjaya menyatukan beberapa buah kerajaan-kerajan kecil di seluruh jawa yakni kerajaan Mataram. Kerajaan ini mencapai kemuncak kejayaan ditangan seorang pemerintah yang bijak dan alim yakni Sultan Agung Hanyakrakusuma. Dibawah pemerintahanya ulama dijadikan penasihat di istana dan agama Islam lebih pesat diperkembangkan di seluruh Jawa hingga ke Madura. Putra dan pengganti Sultan Agung adalah Susuhunan Amangkurat I (1646-1677 M).  Pokok pemerintahannya adalah untuk mengkonsolidasikan kerajaan Mataram, mensentralisasikan administrasi dan keuwangan, serta menumpas semua perlawanan. Dia ingin merubah kerajaan yang telah diasaskan Sultan Agung dengan kekuatan militeri  untuk memaksa suatu mufakat menjadi suatu kerajaan yang bersatu, yang sumber-sumber pendapatannya dimonopoli untuk kepentingan raja sahaja. Apabila berhasil maka dia akan merombak politik Jawa.



 tetapi usaha-usahanya itu sudah ditakdirkan mengalami kegagalan, faktor geografi, komunikasi, dan populasi yang menentukan bahwa kekuasaan administratif di Jawa tidak dapat didesentralisasikan dengan hanya perintah raja. Sebagai akibat dari rancangannya itu, Amangkurat I telah memencilkan orang-orang yang kuat dan daerah-daerah yang penting, yang akhirnya menyebabkan berkobarnya suatu pemberontakan yang terbesar. hal ini mengakibatkan tumbangnya wangsa tersebut dan masuknya campurtangan VOC.



Amangkurat I memperlihatkan perangainya yang jahat dan kejam semenjak awal masa pemerintahannya lagi. Pada tahun 1637, ketika masih berstatus sebagai putra mahkota, dia telah terlibat dalam suatu skandal yang melibatkan isteri seorang bangsawan istana, Tumenggung Wiraguna. Pada tahun 1647 raja baru tersebut mengutus Wiraguna ke Ujung Timur, seolah-olah untuk mengusir pasukan-pasukan Bali, dan di tempat yang jauh dari keluarga dan para pengikutnya itu dia dibunuh. Sesudah itu, keluarga Wiraguna di Mataram dan orang-orang lain yang terlibat dalam skandal tahun 1637 tersebut juga dibunuh. Saudara lelaki raja, Pangeran Alit, memihak Wiraguna pada tahun 1637, dan ketika mengetahui sahabat-sahabatnya sedang dibunuh, dia mencari sokongan di kalangan para ulama. mereka menyerang istana tetapi dapat dipukul mundur, dan Pangeran Alit gugur dalam pertempuran tersebut. Kini Amangkurat I berganti melawan para ulama pula kerana berdendam dengan mereka. Sebuah senarai para pemimpin agama yang terkemuka disusun dan mereka semuanya dikumpulkan di halaman istana. Kemudian, menurut duta VOC, Rijklof van Goens, antara 5.000 dan 6.000 orang lelaki, wanita, dan kanak dibantai dan di bunuh dengan kejam oleh tentera mataram.



Pada tahun 1647 Amangkurat I pindah ke istananya yang baru di Plered, tepat di sebelah timur laut Karta. Istana baru ini lebih banyak dibangun dari batu merah daripada dari kayu seperti istana yang lama, mungkin semacam contoh kekukohan yang ingin dipamer Amangkurat I di seluruh pelosok kerajaannya. Pekerjaan di Plered tersebut berjalan setidak-tidaknya sampai tahun 1666. Waktu kompleks istana baru itu bertambah besar, susuhunan baru itu semakin kejam. Sahabat-sahabat lama ayahnya menghilang satu demi satu, beberapa di antaranya mungkin karana usia lanjut, tetapi kebanyakan mereka dibunuh atas perintah raja. Pada tahun 1648 van Goens menyebutkan tentang ‘cara pemerintahan mereka yang aneh … orang-orang tua dibunuh dalam rangka memberi tempat kepada yang masih muda! (Gezantschapsreizen, 67). Di antara orang-orang paling terkemuka yang menjadi korban raja ini adalah ayah mertuanya sendiri Pangeran Pekik dari Surabaya, yang dibunuh bersama-sama dengan sebagian besar anggota keluarganya pada tahun 1659. Bapa saudaranya pun, yang merupakan satu-satunya saudara laki-laki Sultan Agung yang masih hidup, Pangeran Purbaya, terancam tetapi berhasil selamat dek kerana adanya campur tangan ibunya.



Kegiatan Amangkurat I menghalang kesepakatan orang-orang terkemuka yang sangat penting bagi kedudukan raja Jawa. Dia membunuh orang-orang yang dicurigai menentangnya, baik di istana mahupun di seluruh pelosok kerajaannya, dan tentu saja menimbulkan kegelisahan dan ketakutan di antara orang-orang yang masih hidup. Tampak jelas perpecahan di daerah-daerah di luar perbatasan kerajaan. Hal ini mendorong sekutu-sekutu dan kerajaan bawahannya untuk meninggalkannya. Pada tahun 1650 dia memerintahkan tentera Cirebon menyerang Banten, dan pada akhir 1657 tentera Mataram sendiri bergerak menyerang Banten. Kedua serangan tersebut mengalami kegagalan, sehingga tidak hanya memperkuat perasaan benci Banten terhadap Mataram namun kemungkinan besar juga menyebabkan Cirebon meragukan manfaat dari kepatuhan mereka kepada Amangkurat I.



Satu-satu upayanya untuk menguasai Ujung Timur pulau jawa pada tahun 1647 mengalami kegagalan, sehingga  wilayah ini tetap bebas dari pengaruh Mataram. Pihak Bali menyerang pesisir timur, dan Mataram tidak dapat berbuat apa-apa. Di luar Jawa hanya Palembanglah yang masih tetap menyatakan setia dengan harapan yang sangat tipis bahwa Mataram akan bersedia membantunya melawan musuh mereka bersama, Banten, dan kemudian dalam perang melawan VOC (1658-1659).



Jambi dengan tegas menolak kekuasaan Mataram sesudah tahun 1663 dan memilih bekerja sama dengan VOC. Kalimantan juga sama sekali bebas dari pengaruh Mataram sesudah sekitar tahun 1659. Selama peperangan-peperangannya dengan VOC, Sultan Hasanuddin dari Gowa mengirim utusan-utusan ke Mataram pada tahun 1657 dan 1658. Akan tetapi, Amangkurat I meminta supaya Hasanuddin datang sendiri ke istananya sebagai tanda takluk, yang jelas tidak akan dilakukan oleh Hasanuddin. Sebagai akibatnya maka sudah jelas bahwa hubungan Gowa-Mataram menjadi dingin.



Alasan-alasan yang telah menyebabkan terjadinya perpecahan di daerah pinggiran kerajaan ini pada dasarnya bersifat ketenteraan. Amangkurat I tidak sanggup menyelenggarakan ekspedisi-ekspedisi seperti yang telah dijalankan oleh Sultan Agung. Hal ini adalah akibat langsung dari pemerintahannya yang zalim. Dia tidak berani meninggalkan istananya yang dikawal ketat dan menempatkan dirinya di tengah-tengah para komandan yang tidak dapat dijauhkan bagi keselamatan jiwanya. Demikian pula halnya, dia tidak berani menyerahkan kepercayaan kepada orang lain untuk memimpin pasukan utamanya. Dengan demikian, kezalimannya telah menyebabkan hancurnya mufakat pembesar-pembesar terkemuka dan mereka telah memencilkan kerajaan ini dan tidak memungkinkannya membentuk suatu pasukan yang besar. Oleh kerana itulah, maka para sekutu dan taklukannya di daerah-daerah yang terpencil mendapat kesempatan yang baik untuk melepaskan kesetiaan mereka.



Hubungan raja dengan VOC pada mulanya baik. Pada tahun 1646 dia menandatangani suatu perjanjian persahabatan yang mengatur pertukaran tawanan, dan VOC mengembalikan wang yang telah dirampasnya dari seorang utusan Sultan Agung yang sedang dalam perjalanan ke Mekah pada tahun 1642. Amangkurat I nampaknya menganggap perjanjian ini sebagai bukti tunduknya Batavia kepada kekuasaannya, dan VOC tidak merasa perlu menyatakan penafsiran lain. Beberapa kali perutusan VOC mengunjungi istana antara tahun 1646 dan 1654, dan pos perdagangan VOC di Jepara dibuka kembali pada tahun 1651. Hubungan dagang VOC dengan daerah pesisir berkembang lagi.



Bermulanya semula perdagangan Jawa-VOC di daerah pesisir telah mengakibatkan timbulnya suatu krisis internal baru di Jawa. Barang-barang yang diperlukan VOC -terutama beras dan kayu- adalah hasil-hasil daerah pesisir. Barangkali para pengusaha, pedagang, dan pembesar di daerah pesisir utaralah yang memperoleh sebagian besar keuntungan dengan berlangsungnya  semula perdagangan ini, sedangkan yang diperoleh raja kurang daripada yang diinginkannya. Oleh kerana itulah, maka Amangkurat I mulai melakukan pengawasan yang semakin ketat terhadap daerah pesisir sehingga membangkitkan kembali perasaan benci yang mendalam antara daerah pesisir dan daerah pedalaman.



Pada tahun 1651 Amangkurat I memerintahkan diadakan suatu peraturan untuk mempermudah penarikan cukai. Dia juga mengeluarkan keputusan bahwa tidak seorang pun rakyatnya dapat mengadakan perjalanan ke luar Jawa, sehingga secara langsung menjatuhkanl kepentingan para saudagar dari daerah pesisir. Susuhunan juga mengangkat dua orang gabernur daerah pesisir, yang satu untuk mengawasi bahagian barat dan yang lain untuk bahagian timur. Pada tahun 1652 dia melarang sama sekali eksport beras dan kayu. Dia memberitahu pihak Belanda bahawa tindakan ini bukan suatu langkah yang ditujukan terhadap mereka tetapi terhadap Banten, dan bahawa mereka dapat memperolehi beras dengan cara mengutus seorang duta kepadanya untuk merundingkan jumlah dan harganya. Dengan kata lain, dia berusaha menjamin keuntungan dari perdagangan VOC supaya terus  tersalur ke dalam perbendaharaan raja. Pihak Belanda mengeluh mengenai tindakan  tersebut, tetapi Amangkurat I tetap dengan pendiriannya. Sementara itu, rakyatnya di daerah pesisir menderita kerana adanya tuntutan raja yang berupa wang tunai dari mereka dan gangguan raja terhadap perdagangan mereka.



Pada tahun 1655 Amangkurat I memerintahkan agar pelabuhan-pelabuhan ditutup sama sekali., bahkan para nelayan pun tidak dibenarkan berlayar. Para pembesar dikirim untuk mengambil alih kapal-kapal yang besar dan memusnahkan semua kapal yang kecil. tindakan-tindakan tersebut dimaksudkan untuk mempermudahkan pengumpulan cukai, tetapi di sebalik  semua itu terlihat jelas adanya keinginan raja untuk menghancurkan daerah pesisir apabila dia tidak dapat menguasainya. Pada tahun 1657 pelabuhan-pelabuhan tersebut tiba-tiba dibuka kembali, tetapi pada tahun 1660 dinyatakan tertutup lagi bagi semua pedagang, dan kali ini pos perdagangan VOC di Jepara juga ditutup.



 Penutupan pelabuhan yang kedua ini konon merupakan pembalasan atas tindakan VOC menghancurkan Palembang pada tahun 1659. VOC merasa tertarik kepada Palembang yang merupakan sumber lada untuk beberapa waktu lamanya, dan pada tahun 1642 VOC telah berhasil mencapai suatu perjanjian yang memberinya hak monopoli. Akan tetapi pertentangan-pertentangan terus berlanjutan, dan pada tahun 1657 kapal-kapal VOC yang berada di sana diserang. Sebagai akibatnya, VOC menyerang dan membakar Palembang pada tahun 1659, maka berdirilah kembali pos VOC di sana. Amangkurat I berasa  tergugat kerana dihancurkannya satu-satunya sekutunya yang tersisa di luar Jawa . Akan tetapi, nampak jelas bahwa alasan untuk ditutupnya pelabuhan-pelabuhan tersebut lebih luas daripada itu kerana semua saudagar, bukan hanya VOC saja, dilarang berdagang di pelabuhan-pelabuhan. Akan tetapi, pelabuhan-pelabuhan tersebut dibuka kembali pada tahun 1661.



Usaha-usaha Amangkurat I untuk menguasai daerah pesisir dan keinginannya untuk memonopoli perdagangan dengan VOC tentu saja memiliki kaitan yang sangat erat. Dia nampaknya memiliki empat sasaran utama : (1) menjamin supaya cukai dari perdagangan daerah pesisir terus tersalur ke istana; (2) menegakkan kembali hubungan ‘vazal’ VOC yang menurut keyakinannya telah ditetapkan di dalam perjanjian tahun 1646; (3) menerima hadiah-hadiah VOC yang dapat meningkatkan kemegahan dan keagungan istananya, misalnya kuda Parsi, dsb, dan (4) menerima wang VOC untuk meringankan kekurangan dana yang teruk di kerajaannya. Tujuan-tujuan ini dapat tercapai dengan jalan meruntuhkan ekonomi daerah pesisir dan memaksa agar VOC mmbuat semua pembeliannya secara langsung dengan istana. Amangkurat I terus mendesak agar VOC mengirimkan duta-duta kepadanya dengan ancaman kalau tidak pelabuhan-pelabuhan akan ditutup kembali. Perutusan-perutusan VOC dikirim ke Plered pada tahun 1667, 1668, dan 1669, tetapi hanya sedikit kemajuan dicapai ke arah penyusunan kegiatan dagang yang stabil dan bersahabat, dan perutusan yang terakhir malah tidak diperbolehkan melanjutkan perjalanannya ke Plered. Seperti yang akan dibahas di bawah ini, pada masa itu istana mataram sudah mendekati saat kehancurannya.



Sementara itu, VOC mendapat keuntungan di Indonesia Timur. Seperti halnya tindakan menghancurkan Palembang pada tahun 1659 telah menggugat Amangkurat I, maka begitu juga dengan tertakluknya Gowa. Dia sekarang mula menyadari bahwa VOC bukan hanya merupakan sumber keuangan tetapi juga sumber malapetaka. Itulah yang semakin membulatkan tekadnya untuk menguasai daerah pesisir. Kedua orang gabernor daerah pesisir yang diangkat pada tahun 1651 telah digantikan oleh empat orang gabernor pada tahun 1657. Pada tahun 1669 kuasa tersebut dikurangkan dan wakil-wakil dari istana yang disebut umbul dikirim untuk mengawasi administrasinya. Kehidupan ekonomi dan administrasi daerah pesisir selanjutnya menjadi kacau bilau, dan mulai musnah.



Sulit untuk diketahui berapa kuat penentangan terhadap Amangkurat I sebelum akhir tahun 1660-an. tetapi hanya beberapa orang yang mempunyai pengaruh cukup besar untuk memimpin suatu kudeta atau pemberontakan yang dapat menyelamatkan diri dari pembunuhan yang tidak ada henti-hentinya itu. Akan tetapi, pada tahun 1660-an muncul seseorang yang kekuatan pasukannya cukup memadai untuk menjamin dirinya mempunyai harapan untuk selamat dan berjaya. Orang itu adalah putra raja sendiri, putra mahkota, yang kelak akan bergelar Susuhunan Amangkurat II (1677-1703).



Putra mahkota adalah putra Amangkurat I dengan seorang putri Surabaya, putri Pangeran Pekik. Dia sebenarnya dibesarkan oleh keluarga ibunya, sehingga tidaklah mengherankan kalau dia mempunyai beban mental yang berat sebagai akibat pembunuhan yang dilakukan ayahnya terhadap keluarga ibunya dan Pangeran Pekik pada tahun 1659. kehidupannya sewaktu remaja hanya sedikit yang diketahui, kecuali bahwa dia mempunyai kelemahan terhadap wanita-wanita cantik yang menimbulkan konflik dengan ayahnya yang mempunyai selera yang sama.



Pada tahun 1660 pihak Belanda mendengar desas-desus bahwa Amangkurat I mahu membunuh putranya sendiri, dan pada tahun 1661 dia telah melakukannya. namun terbukti bahwa hal itu tidak benar, tetapi pada tahun 1663 terdengar desas-desus lain mengenai usaha raja yang gagal untuk meracun putranya. Ada kemungkinan para penyokong  putra mahkota gagal dalam usaha percubaan kudeta pada tahun 1661, yang mengakibatkan terbunuhnya ramai penyokongnya. putra mahkota sendiri telah berhasil menyelamatkan diri dari tindakan balas dendam ayahnya, mungkin sebab pengawal pribadinya yang sangat kuat.



Pada tahun 1668-1670 terjadi lagi konflik antara putra mahkota dengan ayahnya mengenai seorang wanita. Perpecahan antara ayah dan anak sekarang telah menjadi masak ranum. Mulai tahun 1660 putra mahkota sudah berusaha menjalin hubungan sendiri dengan VOC. Antara tahun 1667 dan 1675 dia mengirim sembilan perutusan ke Batavia untuk meminta apa saja, dari ayam Belanda sampai kuda Parsi dan gadis-gadis Makasar. Mungkin tujuannya yang sebenarnya adalah untuk mengusha-usha apakah dia dapat mengharapkan sokongan VOC atau tidak. Enam orang pangeran lain di istana masing-masing juga mempunyai pengawal bersenjata dan tempat tinggal yang dijaga, di antaranya adalah Pangeran Puger yang kelak akan menjadi Susuhunan Pakubuwana I (1704-1719). Kini Plered telah menjadi satu kumpulan kem-kem bersenjata.



 Para pangeran terpecah-belah oleh perasaan iri dan dengki mereka dalam suatu lingkungan politik di mana pembunuhan merupakan harga yang harus dibayar dengan mudah sekali, darah ditumpahkan diantara sesama saudara bagai mencurah air ke tanah. Akibat dari pemerintahan yang kucar kacir tersebut maka terjadilah sebuah pemberontakan yang besar-besaran dinamakan pemberontakan Tarunajaya sempena nama pemimpin pemberontak tersebut. Akhirnya Amangkurat mati dalam pelarian rdari rakyatnya sendiri akibat dari kekejaman yang dilakukannya.



Meneliti apa yang telah saya bincangkan, kita mungkin boleh membayangkan rasa ketakutan orang- orang Jawa dimasa Pemerinahan Sunan Amangkurat I pada abad 17. Hampir semua catatan sejarah menceritakan kekejaman baginda sultan baik sumber dari Eropah mahupun dari Jawa sendiri yang ditulis dalam Babad Tanah Jawi. Dimulai pada masa usia 5 sampai 15 tahun dan masa remaja yang hidup dikelilingi para tawanan belanda yang mahu tidak mahu mereka itu harus mengabdi pada Pangeran muda ini atau lebih tepatnya menjadi hambanya Pangeran yang tentu memberi pengaruh buruk bagi diri baginda.



Tidak ada catatan sumbangan besar dalam pemerintahannya seperti yang dilakukan ayahnya dulu, Sultan Agung kecuali pembunuhan- pembunuhan,dan kecurigaan yang berlebihan pada keluarga dan orang kepercayaannya sehingga pada akhirnya Raja ini kehilangan orang -orang pandai yang dapat mempertahankan kedudukannya dan wilayah Pemerintahan Kerajaan Mataram atas tipu muslihat orang Eropah untuk menguasai jalur vital perdagangan.



Selain itu ada banyak lagi kekejaman yang dilakukan, antaranya ialah peristiwa pembunuhan Kyai Dalem. Kyai Wayah di Pajang adalah seorang dalang Wayang Gedhog yang mempunyai anak perempuan yang amat cantik tapi sudah bersuami , Suami anak Ki Wayah benama Kyahi Dalem. Sunan Amangkurat-I bergrohi ( kata org Kelate) terhadap  wanita tersebut? Secara tiba-tiba Kyai Dalem meninggal terbunuh dengan keris, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya? Sekali lagi Amangkurat-I bekerja secara rahasia. Anak perempuan dan isteri kyi Dalem kemudian dibawa ke kraton dan dinikahi Sunan Amangkurat-I, walaupun telah hamil dua bulan. Wanita cantik ini kemudian terkenal sebagai Ratu Mas Malang yang kemudian meninggal dicurigai telah diracun juga oleh Telik Sandhi atau askar mata-mata khas ( macam special branch la) Amangkurat-I.




Namun Sunan Amangkurat-I setelah kematian Ratu Malang menjadi tertekan jiwanya seperti orang tidak waras. Bersama Ratu Malang telah dihukum mati sekitar 43 orang wanita dayang, pelayan, emban dari istana ratu, sebagai hukuman kononnya kerana lalai menjaga dan melayani Ratu Malang. Sebagaimana catatan. tambahan lagi Peristiwa gudang senjata Mataram meledak meninmbulkan malapetaka dan kematian yang lebih banyak. Yang dituduh bertanggung jawab atas meledaknya gudang peluru tersebut adalah Raden Wira Menggala atau Riya menggala dan Raden Tanureksa. Bersama kerabat mereka sejumlah 27 orang dihukum mati dengan ditusuk keris Telik Sandhi amangkurat-I. Lebih menyedihkan lagi, Raden Wira Menggala yang diperintah membunuh adalah datuknya sendiri, yaitu Pangeran Purbaya. Peristiwa ini terjadi pada pertengahan tahun 1670. Beberapa babad telah menuliskan peristiwa itu, yaitu Babad Tanah Jawi, Babad Momana, dan catatan Belanda .



Perbandingan Dengan Keadaan Pimpinan Indonesia Zaman Moden

Sukarno Dan Order Lama

Memiliki watak yang hampir sama, melaksanakan Poligami, tanpa memiliki persepsi yang sama dengan Rasulullah Saw, lebih sekularistik tentang agama / spiritualis, sehingga membuatkan lemahnya sokongan rakyat di akhir pemerintahan. Selain itu pernah terbuang dari pemerintahannya. Juga menghilangkan demokrasi yang sudah ada sebelumnya misalnya pada awalnya menganut Demokrasi Liberal namun beralih kepada Demokrasi Terpimpin, demikian juga Amangkurat yang awalnya Sultan Agung sudah membentuk Majelis Purumpara, yang merupakan dewan penasihat dari berbagai wilayah yang namun pada masa Amangkurat ditiadakan termasuk anggota Majelis yang sebenarnya adalah orang-orang tua dan salah satunya bapa Pangeran Trunojoyo.

Perbezaan lainnya ialah Bung Karno anti Barat, sedangkan Amangkurat I, menganggap Barat (VOC) sebagai tempat bersandar, sebagai akibat suatu ramalan yang mengatakan kalau Belanda itu yang akan melindungi keturunan Mataram. Strategi anti Barat dan Pro Barat adalah hal yang sama kerana kedua pemimpin ini kurang peka akan permasalahan rakyat jelata, jadi yang harus menanggung penderitaan dan kerugian adalah rakyat jelatanya.

Kelebihan Bung Karno dibanding Amangkurat adalah Bung Karno lebih terkehadapan dan terbuka jika diperbandingkan dengan Amangkurat, namun pada akhirnya munculnya gejala korupsi. Dan adanya konspirasi barat dalam kejatuhannya seperti dalam kejadian G30S / PKI adalah merupakan operasi CIA walaupun dibantah oleh Amerika, namun masyarakat lain di Indonesia dan Internasional sudah tahu ia sebagai operasi CIA.



Perbandingan Dengan Zaman Orde Baru

Memiliki kesamaan yang hampir sama, tidak visioner ditambah korupsi yang luar biasa hebatnya dibandingkan dengan Amangkurat, maka Orde Baru jauh lebih signifikan, sehingga negara ini kehilangan kekayaan sebab kekayaan itu telah berpindah tangan kepada individu tertentu. Selain dari pada itu kedua kerajaan ini awalnya berjaya namun saat akhir kekuasaan mereka tidak menyenangkan, hanya bezanya Orde Baru memiliki beberapa kelebihan untuk memajukan rakyatnya, walaupun kedua kerajaan dan upaya pemerintahan dicurahkan untuk mengamankan kekacauan yang berpunca dari perbuatan mereka sendiri.



Demikian juga terhadap hubungan dengan barat maka dapat dikatakan kalau Orde Baru dan Amangkurat sangatlah erat dengan pengaruh barat, hal ini dapat dilihat pada perlombongan Emas di Freeport Timika. Kita melihat bahwa bangsa Indonesia dipaksa untuk memberi konsesi kepada perusahaan Amerika dengan ancaman separatis Papua. Bila diperbandingkan dengan saat Amangkurat II kehilangan Priangan dan Cirebon, saat VOC membantu melawan Trunojoyo dan Pangeran Puger.



Daripada tulisan ini maka dengan jelas kita dapat lihat adanya kesinambungan tradisi korupsi dan kekejaman dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin Indonesia bermula dengan Amangkurat hinggalah sekarang. Adakah fenomena ini suatu kebetulan atau adakah ianya suatu jinx atau sumpahan terhadap bangsa Indonesia dan suku jawa. Kita semua sedia maklum bahawa orang Melayu sering dikaitkan dengan kemalasan. Adakan dengan analisis yang dibuat ini kita dapat labelkan orang jawa sebagai rajin tetapi pendengki, kejam dan korup? Apa-apa pun sebenarnya tuduhan ini adalah tidak melampau kerana kita dapat membaca mengenainya di dalam babad-babad kuno mengenai orang jawa dan perwatakan mereka. Namun demikian bukan semua orang jawa bersifat sebegitu. Ada diantara mereka yang benar-benar baik sopan dan rajin serta mempunyai budi pekerti mulia. Mungkin kerana factor demografi dan geo-politik mereka di Pulau jawa menyebabkan mereka berperangai begitu kerana kebanyakan orang Jawa yang telah lama bermastautin di luar jawa semuanya baik-baik belaka ( macam Srikandi..:). Dengan penulisan artikel ini diharap para pembaca blog ini yang meminta saya untuk menulis mengenai suku jawa berpuas hati. Walaupun artikel ini ada berbaur negative sedikit namun ianya adalah semata-mata untuk pelajaran dan tiadanya unsur tokok tambah dalam penulisan ini selain daripada yang benar belaka berdasarkan sejarah yang telah tertulis. Sekian wallah hua’lam.