Salam kepada para pembaca semua. Artikel kali ini akan membuka satu topik yang pada saya agak kritikal dan kabur dalam pensejarahan dunia dan Asia Tenggara khasnya iaitu mengenai asal usul bangsa atau suku yang diusebut sebagai Kambojas. Siapakah sebenarnya suku Kambojas dan apakah kaitannya dengan kita? Untuk pengetahuan anda semua orang-orang Khmer sehingga hari ini sangat mempercayai bahawa bangsa mereka adalah ketrunan terus daripada suatu kaum purba yang amat misteri dalam sejarah dunia iaitu kaum Kambojas. Kemisterian kaum ini adalah sangat besar keranan adalah amat sukar untuk kita mengesan sejarah asal usulnya walaupun banyak catatn-catatn kuno daripada bangsa-bangsa lain yang menulius mengenainya. Misteri kaum ini hampir sama seperti misterinya sejarah bangsa Melayu zaman srivijaya hingga tertubuhnya Melaka. Hal ini kerana sebahagian besar daripada maklumat yang sejarawan-sejarawan yang mahu mengkaji mengenai kaum ini adalah daripada catatan orang kedua terutama dari bangsa lain dan bukan catatan daripada kaum Kambojas itu sendiri. Malahan sejarawan masih tidak tahu samaada suku Kambojas ini mempunyai system tulisan mereka sendiri atau tidak.
Namun dengan mudah kita dapat membaca banyak riwayat-riwayat kuno Hindu, Buddha malahan sehingga ke Parsi dan Yunani tentang suku kaum yang bernama Kambojas ini. Namun semuanya cerita diatas cerita. Salah satu Karya kuno yang membicarakan mengenai suku ini adalah dalam Mahabrata. Dalam perang Kuruksetra yang berlaku diantara dinasti Matahari dengan dinasti Bulan, suku Kambojas dikatakan terlibat sama dengan suku-suku lain termasuk rumpunya suku Sakas atau Scytian. Ada pendapat peperangan ini adalah gambaran atau interpretasi penulisnya tentang peprangan sebenar yang berlaku diantara negara-negara di india dengan Sri Lanka dan negara-negara Asia tenggara. Hal ini bermakna tanah asia tenggara atau nusantara ini menjadi salah satu setting kepada peprangan dalam Mahabrata.
Berbalik kepada dakwaan orang Khmer tadi, sebenarnya saya kurang setuju bahawa bangsa Khmer berasal daripada bangsa Kambojas yang suatu ketika dahulu pernah bertapak di Asia tengah. Sebahagian sejarawan Khmer mengatakan bahawa nama khmer diambil sempena nama raja pertama mereka yang bernama Svayambahva Kambu. Dikatakan bahawa raja ini datang dari selatan india. Apa yang menariknya terdapat juga pendapat daripada Sejarawan Khmer sendiri yang sanggup mengenepikan semangat nationalis melulu dengan mengatakan bahawa Raja ini datang dari Semenanjung. Menurutt mereka dari nama ini maka terbentuklah nama kerajaan kambuja yang bermakna keturunan kambu. Akhiran ‘Ja’ adalah menunjukkan keturunan atau berasal daripada Kambu. Ia tidak ada kena-mengena dengan suku Kambojas.
Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana jika benar bahawa suku Kambojas adalah leluhur bagi Khmer maka sudah pasti masih ada banyak sisa-sisa bahasa dan kebudayaan Kambojas wujud dalam masyarakat Khmer. Namun ianya tidak ada atau amat payah untuk ditemui. Apa yang paling penting adalah kesan-kesan bahasa. Bahasa melambangkan sesuatu bangsa dan kita boleh kesan asal-usul seseorang atau sesuatu bangsa itu melalui bahasa sehariannya tanpa mengira darah sekalipun! Tetapi yang menjadi persoalan ialah bahasa khmer lansung jauh daripada bahasa suku kambojas yang boleh dikategorikan dalam rumpun Avestan atau Parsi Kuno yakni sama dengan orang Scytia atau saka yang org melayu menggelarnya sebagai sakai yg juga bermakna gasar atau ganas ( Gasar disini tidak bermakna mereka bercawat, tidak bertamadun dan telanjang hidup di hutan, tetapi nature mereka yang suka keganasan dan peperangan).
Oleh sebab itulah dalam Kesultanan Melayu Brunei hanya golongan yang dipanggil sebagai keturunan Sakai boleh menjadi hulubalang khas untuk Sultan. Dan golongan sakai ini masih digunakan dalam upacara pertabalan dan perkahwinan diraja dimana mereka berarak mengiringi Sultan Brunei dengan tombak, pedang dan perisai.
Berkemungkinan juga Svayam Kambu raja pertama orang Khmer tersebut memang salah seorang keturunan Kambojas. Namun ini tidak bermakna seluruh masyarakat Khmer adalah berketurunan Kambojas. Namun ada suatu misteri yang besar yang mahu saya ungkapkan disini. Daripada kajian para sarjana dalam bidang bahasa, didapati bahawa bahasa Melayu mempunyai terlalu banyak persamaan dengan bahasa rumpun Avestan atau Parsi kuno yang serumpun dengan Kambojas! Adakah ini suatu kebetulan dan adakah ianya suatu ambilan atau pinjaman semata-mata? Atau sebenarnya bangsa Melayu nusantara mempunyai darah keturunan sebenar suku kaum Kambojas yang telah hilang di Asia tengah tersebut?
Orng india kuno menggelar mereka sebagai dalam golongan Vamsa Brahmana dan ada ditulis mengenainya dalam kitab yang namanya sama. Seperti yang kita tahu vamsa bermakna bangsa dan Brahmana adalah tuhan mereka. Namun ada pendapat menyatakan ia adalah Ibrahim. Jika terbukti bahawa fahaman Hindu Kuno adalah berasaskan agama Hanif Nabi Ibrahim yang telah dipesongkan dan ditokok tambah, maka ada kemungkinan bahawa memang Brahma adalah Nabi Ibrahim. Hal ini bermakna org India purba sudah tahu awal-awal bahawa suku Kambojas adalah anak keturunan Ibrahim a.s. Menurut para sarjana barat mereka juga sering digelar sebagai Royal Clan of the Sakas or Scythians. Seperti yang saya sebut tadi bahawa suku Scytian adalah salah satu daripada rumpun mereka, namu suku Sakas ini adalah lebih liar dan gasar berbanding mereka. Mungkin dari sinilah asalnya legasi orang Sakai sebagai Hulubalang Kesultanan Brunei.
Walaupun sarjana-sarjana barat terdahulu sering mengaitkan Suku Kambojas ini dengan suku-suku puak Gasar dan ganas serta tidak bertamadun di utara India yang sama seperti orang Hun dan Monggol, namun penemuan terbaru daripada para sejarawan menunjukkan bahawa suku kambpjas jauh panggang dari api dari telahan sarjana terdahulu. Walaupun ada dikalangan rumpun Kambojas memang bersifat gasar namun Kambojas sendiri juga sering disebut dalam kitab-kitab kuno Hindu sebagai bangsa yang terpelajar atau intelektual. Namun diakibatkan permusuhan dinasti seperti yang saya maklumkan awalnya, suku Kambojas yang berkasta paling tinggi ini dianggap sebagai kasta buangan namun tetap dalam golongan intelek. Malahan salah seorang daripada keturunan Kambojas juga adalah pengarang kepada Rig Veda yang merupakan kitab suci berbahasa Sanskrit yang tertua sekali. Dalam Rig Vedalah banyak sarjana perbandingan agama menemui bibit-bibit sejarah nabi-nabi terdahulu dan perkaitan dengan agama-agama Samawi! Adakah anda dapat lihat kaitannya sekarang! Berkemungkinan besar Rig Veda yang asal telah diubah dan ditokok tambah kandungannya sehingga membentuk Rig Veda yang ada sekarang yang penuh dengan unsur mitos dan dewa-dewi. Untuk pengetahuan anda Rig Veda adalah diantara kitab paling suci penganut Hindu. Saya sendiri pernah membacanya semasa mengaji perbandingan Agama dahulu dan mendapati banyak nilai-nilai moral di dalamnya dan cerita-cerita sejarahnya berkaitan dengan agama tauhid! (Nasihat saya kepada anda yang mahu membaca kitab2 Hindu supaya banyak-banyak Zikir dan ambil wuduk dahulu, bukan sebb kitab tu suci tapi sebab banyak gangguan akan datang walaupun terjemahan inggeris). Dalam kitab-kitab tersebut suku Kambojas sering disebutkan sebagai Guru atau pendita dan yang mengetahui pelbagai jenis Ilmu selain daripada peperangan dan menunggang kuda. Malahan dalam arena menunggang kuda semua kaum-kaum purba seperti Arya, Yunani, India dan lain-lain menganggap tidak ada bangsa lain di dunia yang lebih mahir berkuda berbanding suku Kambojas.
Ukiran dinding ini menunjukkan suku Sakas atau Scytian sedang membawa ufti untuk Maharaja Parsi. Topi berbentuk kon adalah trade-mark mereka dan mereka adalah tergolong dalam rumpun yang sama dengan Kambojas.
Mengarnai suku Scytian atau Sakas pula, sama sepertinya kaum-kaum peribumi rumpun Melayu tertentu di Nusantara ini antaranya Batak, Iban, Dusun,Kelabit, Penan, dan lain-lain yang banyak di Borneo, Kaum Sakas atau Scytian yang merupakan satu rumpun dengan Kambojas juga adalah head hunters. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka cannibals sama seperti suku batak yang memasak dan memakan musuh mereka yang kalah dalam peperangan untuk mendapatkan kekuatan. Mereka juga dipercayai memakai cacah atau tatoo seperti puak-puak rumpun Melayu pribumi di Nusantara sini. Nampaknya ada kemungkinan suku-suku Melayu yang kurang develope atau kurang maju ini adalah dari persemendaan diantara suku Sakas atau Sycitian dengan kaum peribumi Nusantara yakni bangsa Naga atau orang laut manakala Suku Melayu yang lebih maju dan menjadi ruling class adalah dari percampran darah Kambojas dan Mala.
Mayat seorang lelaki Scytian. Anda boleh lihat dengan jelas bahawa mereka juga bertatu atau cacah di lengan dan bahu sama seperti suku-suku peribumi Nusantara.
Jadi Hipotesis saya bahawa Kambojas seperti yang diakui oleh teks-teks India purba sebagai salah satu kaum cendekiawan namun pada masa yang sama sangat handal dalam peperangan. Manakala rumpunnya iaitu Sakas adalah lebih gasar dan liar dan kurang Intelek. Maka kita dapat mmembuat hipotesis bahawa suku Sakas/Scytia/Sakai ini juga telah berhijrah bersama suku Kambojas ke Nusantara untuk mencari tanah nenek mereka keturah. Macam mana, anda semua setuju? Kalau ada galah tolok jolokkan cempedak itu ye, terutama kepada yang pakar.
Kawasan pengaruh Kambojas
Adakah asimilasi kaum ini berlaku dalam tempoh masa yang singkat? Pada pendapatan saya tidak, ia mengambil masa beratus atau mungkin beribu tahun. Suku Kambojas ini tidak terus-terus berhijrah ke timur atau Nusantara sebaliknya telah membina tamadun mereka di seluruh asia iaitu tempat-tempat yang mereka singgah bermula dari Mesopotamia ke Asia tengah dan kemudian meninggalkan jejak mereka di Persia kemudian ke utara india dan ada yang ke selatan dan kemudian barulah mereka sampai ke Nusnatara. Namun wasiat nenek moyang masih tidak dilupakan. Apabila tiba masanya maka mereka pun bergeraklah ke tanah nenek mereka di Nusantara.
Kawasan pengaruh Scytian
Daripada ini dapat kita simpulkan bahawa sebenarnya kaum Indo-Aryan yang bermigrasi ke India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan India purba adalah terdiri daripada suku Kambojas! Oleh kerana itulah kita dapat lihat banyak persamaan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit sehingga dalam jumlah yang tidak logik seolah-olah bahasa sanskrit adalah bahasa asal orang Melayu. Padahal memang benar ia adalah salah satu daripada rumpun bahasa Avestan yang memang diwarisi masyarakat Melayu daripada percampuran nenek moyang mereka dari suku Kambojas dengan suku-suku Austronesia.
Keturah
Perlu diingatkan bahawa suku Kambojas ini walaupun mereka pernah menguasai India Selatan, namun mereka bukanlah orang Tamil atau Dravidian sama macam keturunan India di negara kita ini. Mereka adalah berkulit cerah putih kemerahan macam orang Parsi dan Arab. Jika ada terdapatnya Chauvinist India yang mengaku bahawa raja-raja Melayu adalah keturunan mereka, maka kita dapat tolak hujah mereka dan suruh mereka blah jauh-jauh...:) sebab itu tidak benar. Di India, raja-raja daripada suku Kambojas ini tidak akan sesekali mencampurkan darah mereka atau dalam bahasa lebih sopan bersemenda dengan kaum Dravidia yang berkulit agak kurang cerah seperti orang-orang Tamil. Sebab itu di India sehingga sekarang adanya sistem kasta. Sistem ini dipercayai diperkenalkan oleh orang luar atau orang Indo-Aryan yang mahu mengekalkan legasi keturunan mereka termasuklah legasi keturunan Kambojas.
Mungkin apa yang mahu saya perkatakan ini agak sensitive sedikit, namun sejarah tetap sejarah dan kami tak boleh nak ubah-ubah sejarah atas sebab nak jaga hati orang. Kebenaran tidak harus disembunyikan, jangan campur adukkan sejarah dengan politik ya..:) Sebenarnya kebanyakan orang –orang Tamil yang berhijrah ke sini pada zaman British dahulu adalah daripada kasta rendah seperti Pariah, Sudra, dan Vaisha. Kasta Pariah adalah yang paling rendah sekali malahan saya pernah dilarang oleh seorang pensyarah berbangsa India supaya tidak menyebut lansung perkataan tersebut kerana menurutnya ia terlalu hina...What!??@#$*^&....Opss! Sorry tak sengaja..:) Malahan menurut pembacaan saya mereka ini lebih hina dari babi dan anjing dan hanya layak berkerja sebagai pencacai tahi orang. Sungguh dasyat sekali amalan system kasta yang diamalkan di India!
Di Malaysia hanya segelintir sahaja dari kasta Kasyatria dan Brahmin yang turut berhijrah pada zaman British dahulu, itupun belum tentu asli. Sebab apa saya kata demikian, kerana saya dapat maklumat dari fail-fail British bahawa pada zaman Kolonial dahulu suku kaum dari India Selatan ini mahu lari daripada penindasan tuan- tanah dan kasta atasan, maka apabila mereka ke Tanah Melayu ada yang cuba mengubah status kasta mereka. Ada yang menaikkan satu kasta ada naik dua malah ada naik ke kasta Brahmin terus...:O. Oleh sebab itu mereka tiada hak untuk mengatakan bahawa tradisi Melayu adalah warisan nenek moyang mereka dari India Selatan kerana tradisi dan Raja-raja kita adalah terus dari suku Kambojas yang bersemenda dengan Suku Mala Naga di Nusantara dan budaya kita kalau tidak lebih tua pun mungkin sama tua dengan budaya mereka kerana suku Kambujas telah bertandang ke tanah nenek moyang mereka setelah menguasai kerajaan-kerajaan di India selatan. Namun diharapkan rakan-rakan India saya diluar sana janganlah terasa hati, saya tidak bermaksud menghina atau menuduh. Namun saya pasti hanya segelintir sahaja daripada kaum anda yang berkelakuan sedimikian bukan?
Tapi di Nusantara tak ada pulak raja-raja yang kononya orang India ini mereka nak letakkan sistem kasta yang amat ketat seperti di India. Anda rasa mengapa? Mungkin kerana mereka tahu bahawa penduduk disini adalah keturunan yang sama seperti mereka dari jurai sebelah ibu iaitu keturah! Maka tak ada beza, mereka adik beradik. Tiada kasta bawah dan tiada kasta atasan. Oleh sebab itulah juga bahasa Sanskrit banyak digunakan dalam bahasa seharian orang-orang Nusantara dan bukan para Brahmin sahaja. Tapi kalau di India jika anda dari kasta rendah cuba untuk berbicara dalam bahasa Sanskrit malah membaca Vedas maka anda akan dihukum bunuh atau dicabut lidah! Malah kaum perempuan kasta atasan di India juga tidak dibenarkan membaca dalam Sanskrit sehinggakan bahasa dan tulisan khas dicipta untuk mereka iaitu Prakrit.
Apa yang menariknya dalam lagenda masyarakat Saka atau Scytia ada menyebut tentang seorang pengembara yang berkahwin dengan seorang puteri Nagi atau Naga sama seperti yang tercatat dalam inskripsi Khmer dan Champa! Hal ini mennjukkan bahawa memang benar suatu masa dahulu ada seorang pengembara berkemungkinan Nabi Allah Ibrahim berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Naga dan mewujudkan suku bangsa Kambojas dan Scytian. Selain itu tradisi dalam masyarakat Tamil zaman Pallava juga ada menyebut bahawa raja-raja mereka adalah keturunan daripada seorang pengembara dari luar dengan seorang wanita keturunan Naga. Nampaknya adalah benar bahawa raja-raja Tamil zaman empayar Pallava juga adalah dari keturunan Kambojas kerana dalam perjalanan untuk sampai ke tanah nenek moyang, orang-orang Kambojas ini telah meninggalkan wakilnya di Selatan India untuk membina sebuah kerajaan dan mentamadunkan bangsa-bangsa Dravidian atau Tamil di Selatan India. Sungguh besar jasa suku kaum Kambujas keturunan Nabi Allah ini kepada tamadun-tamadun dunia.
Cyrus The Great atau Kurush Agung. Ramai sarjana Islam berpendapat bahawa Kurush adalah Iskandar Zulkarnain kerana beliau telah menyelamatkan orang-orang Israel dan membebaskan Baitulmaqdis.
Untuk pengetahuan ada juga Raja Cyrus atau Kurus Agung adalah daripada jurai keturunan Kambojas dan di dalam kitab-kitab yahudi kuno baginda dikatakan sebagai seorang raja yang beriman kepada Allah. Beginda juga dikatakan telah menyelamatkan Bani Israel daripada penindasan bangsa-bangsa Media Dan Lydia dan membantu orang-orang Israel membangunkan semula Jerusalem yang telah dimusnahkan. Sebahagian besar sejarawan Islam bersetuju bahawa Cyrus inilah Iskandar Zulkarnain yang sebenar kerana empayar Cyrus sebenarnya adalah lebih besar dan lebih gah berbanding empayar Alexander the great. Malahan memang India adalah salah satu jajahannya. Sebab itulah Raja Suran dikatakan berasal daripada keturunan baginda. Dan dari keturunan ini juga lahirnya raja-raja Melayu. Sekarang anda nampak pattern ini sentiasa berulang sejak dari zaman Nabi Ibrahim lagi dimana terdapatnya situasi sirih pulang ke ganggang. Mula-mula Ibrahim a.s berkahwin dengan Soma. Soma dibawa ke Mesopotamia dan digelar Keturah. Soma melahirkan ramai anak. Anak-anak ini diwasiatkan untuk bertebaran di bumi timur sehingga sampai ke tanah ibu mereka iaitu Nusantara. Kemudian anak cucu Ketura- Ibrahim inipun sampailah walau sedikit lambat sebab terkendala di Asia Tengah, di Iran, di Afganistan dan utara India dan kemudian di Selatan India dan Sri Lanka. Dari India maka anak cucu teruskan perjalanan ke tanah nenek Keturah. Samar-samar...tapi dah nampak dari kejauhan. Pertapakan di tanah nenek bukan mudah kerana terpaksa berhadapan dengan keturunan adik baradik nenek yang telah mewujudkan kerajaan-kerajaan Mala serta dinasti Hari dan Perehu yang berpegaruh Mesir rupanya anak cucu keturnan Nuh a.s dah sampai dulu sebelum mereka. Sekian dahulu untuk topik ini, misteri Kambojas dan Mala tak terhenti disini sahaja, kajian masih berterusan dan berterusan dan berterusan dan....
Wallah hu a’lam.