Ni mok yong weeeihhh!!!
"Udah kalo budaya nya
kurang salah sendiri kenapa dari dulu buat sih GAK KREATIF TAU ENGGAK SEKARANG
JUGA DICURI LAGI BUNGA RAFFLESIA ARNOLDI DI
MALAYSIA TRULY ASIA -____-"
"Ah,,, ribut aja, cuma lewat kata-kata,,, kalau
berani sekalian lewat perang,,,buktinya bukan cumabudaya indonesia yang di claim,,,
tapi banyak orang malaysia yang belajar bahasa indonesia kita ini... buat orang
indonesia jagalah bahasa persatuan kita sebelum Malaysia mengambilnya...."
Salam sejahtera dan Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca
setia blog Melayu Nusantara. Hari ini saya hendak menulis sebuah lagi artikel
sampingan sebagai mengisi kekosongan sementara saya menyiapkan artikel-artikel
utama. Sebenarnya artikel ini ditulis bertujuan untuk menyatakan betapa kesalnya
saya dengan sikap sebahagian daripada masyarakat Indonesia yang tak
sudah-sudah menuduh kita menciplak kebudayaan mereka dan mengatakan kita adalah
bangsa maling atau pencuri. Sudah agak lama saya memendam rasa dan membiarkan
sahaja komen-komen mereka yang agak keterlaluan di forum-forum di alam maya
ini. Ada saja yang tak kene dengan apa yang kita lakukan. Walaupun sebenarnya
kerajaan mereka juga telah menerangkan situasi yang sebenarnya. Di atas adalah
contoh komen-komen mereka tentang isu klaim mengklaim budaya mengikut pandangan
mereka. Kita dapat lihat bahawa mereka memang cepat melatah dan sukakan
provokasi. Hanya fitnah sahaja yang mampu mereka lakukan dan apabila fitnah itu
ternyata salah tidak ada ucapan maaf dari mereka kerana mereka mengaggap mereka
abang dan kita adik jadi adiklah yang harus meminta maaf. Apa kata saya?
Bullshit!
Baru-baru ini tentang tarian Tor-tor dan Gordang Sembilan pula yang
dipersoalkan mereka. Sebelum itu mereka membantah bantah terpekik terlolong
tentang Batik, Gamelan,Wayang kulit, Ketupat, Rendang,Lontong,Cendol
malahan kunyit juga. Kemudian keluar isu Tarian Pandet, tarian Randai, Debus, Lagu
Terang Bulan,Rasa sayang he, Angklong dan Seruling. Subhanallah saya tak
sanggup tulis semua kerana terlalu banyak bebelan mereka. Dan yang paling tak
berakal sekali ialah apabila mereka mengatakan kita mencuri bahasa kebangsaan
mereka and i say what! Memang lucu sungguh. Asal usul bahasa sendiri pun
mereka masih tak tahu ada hati nak kata orang kita maling.
Adapun mengenai ketupat dimana setelah melakukan sedikit study maka saya
mendapati orang-orang Indonesia mempercayai bahawa Sunan Kalijaga adalah orang
pertama yang memperkenalkan makanan tersebut sebagai makanan pada hari Raya
Aidil fitri. Namun setelah saya membaca kisah hidup sunan kalijaga di dapati
beliau bukanlah seorang yang asalnya muslim yang soleh sebaliknya seorang
perampok dan kaki judi. Namun pada suatu hari beliau bertemu sunan Bonang dan
berguru dengannya. Setelah itu belau melanjutkan lagi pelajarannya di Pasai dan
terus ke Semenanjung Tanah Melayu untuk berguru dan berdakwah.
Satu perkara yang menarik tentang beliau ialah beliau mempunyai beberapa
panggilan dan antaranya ialah Syeikh Malaya. Mengapa Syeikh Malaya. Ini kerana
dia mengabiskan masanya untuk berdakwah dan menuntut ilmu di Semenanjung
Malaya. Dan jika dilihat dari kronologi penciptaan ketupat oleh beliau kita
dapat meletakkan bahawa beliau mencipta ketupat ( kononnya) sudah pasti apabila
selesai berdakwah dan menuntut ilmu di Pasai dan Semenanjung. Oleh sebab itu
pengaruh Masyarakat semenanjung sudah tentu ada terpaut padanya sepanjang
beliau di sana. Di pattani sunan Kalijaga mungkin melihat Wayang Kulit Kelantan
dimainkan dan beliau juga melihat nasi Tumpang serta pembuatan ketupat pada
hari lebaran. Sudah pasti dengan cara inilah beliau mendapat ilham untuk
memperkenalkan Ketupat kepada masyarakat Jawa. Namun mereka, orang-orang Indonesia
hari ini tidak mahu tahu hal ini. yang penting bagi mereka kita adalah maling
Tidakkah mereka ini sedar bahawa mereka sebenarnya memalukan diri mereka
sendiri? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka tidak tahu sejarah sebenar Bangsa Malaysia? Tidak keterlaluan saya katakan
bahawa mereka ini terlalu fanatik yang membabi buta. Tidakkah mereka tahu
bahawa sebelum datangnya penjajah barat bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini
juga adalah sebahagian daripada Nusantara? Atau mereka memang sengaja mahu
mencari pasal dengan kita ?
Saya menjadi semakin bingung dan bengang apabila beberapa orang ahli
akademik mereka juga mengiakan bahawa kita mencuri kebudayaan mereka.
Tambahannya lagi ahli akedemik tersebut menyatakan bahawa kita sebenarnya TIADA
IKON KEBUDAYAAN sendiri dan oleh kerana kita maju secara cepat dan
mempunyai ekonomi yang kukuh maka kebudayaan kita juga adalah kebudayaan yang
mahu cepat asal dapat. Dikatakannya kita terpaksa mengambil budaya kaum lain
untuk membentuk budaya kebangsaan kerana kita tidak ada SATU PUN budaya
yang dimiliki khas di Semenanjung Tanah Melayu ini. Apaan ni? Tidak masuk akal
lansung. Bagaimana pula manusia yang telah beribu tahun tinggal di Semenanjung
ini dan membina kerajaan-kerajaan kuno yang gah dan terkenal tidak mempunyai
budaya mereka sendiri? Jadi budaya apa yang kita pakai sejak kerajaan
Langkasuka, Gangganegara, Beruas, Kedah Tua dan Kerajaan Melayu Melaka? Budaya
baratkah? Atau tidak langsung mempunyai budaya sehinggalah kemasukan orang
Jawa, Minang, Banjar dan Bugis ke Semenanjung ini?
Nah perkenalkan ini asli dari Melayu Terengganu ,ulik mayang namanya. Apa ada di Indonesia juga?.
Wahai kaum serumpun ku di Indonesia. Bukalah minda anda seluas-luasnya.
Tidakkah anda sedar bahawa kita ini serumpun bahkan sama sebenarnya. Adakah anda
maksudkan bahawa di semenanjung ini tidak ada manusia selain Orang Utan sebelum
kedatangan orang Melayu Sumatera, orang Minang, Mendailing dan Jawa? Mana
mungkin begitu dong. Sila baca sejarah kerajaan-kerajaan Hindu di Asia
Tenggara. Jangan jadi dangkal pemikirannya. Di semenanjung ini sudah
wujud kerajaan-kerajaan tua yang hebat-hebat namanya seperti Gangga negara,
Lenggiu, Langkasuka, Kedah Tua dan Chih tu. Kesemua kerajaan ini telah terkenal
seantero dunia Asia tenggara malahan di India,China dan Asia Barat sih.
Sedangkan di Pulau Jawa pada jaman-jaman awalnya yang wujud hanyalah
kerajaan-kerajaan Sunda seperti Salaka nagara yang pengasasnya datang dari
benua India.
Ini buk jika bermain dikala petang yang dingin anginnya enak sekali nih. Ini namanya wau bulan dong!
Kehebatan
Majapahit juga diperbesar-besarkan sedangkan pengaruhnya amat sedikit sekali di
Semenanjung atau di Sumatera jika mahu dibandingkan dengan pengaruh Srivijaya.
Tetapi anda semua membutakan mata dan menulikan telinga tentang fakta-fakta
ini. Bagi anda apa-apa sahaja teori atau hipotesis tentang Srivijaya yang tiada
kaitan dengan Indonesia maka anda ketepikan seperti teori Majumdar dan teori
Takuya Suzuki. Anda pandang ringan kerana teori ini tidak meletakkan Srivijaya
di wilayah anda sebaliknya di Semenanjung yang anda rasakan tidak ada orang
pada zaman tersebut dan hanya ada Orang Utan.
hohohohooo..saya orangutan di Semenanjung Tanah Melayu, pada zaman kuno saya tiada budaya sendiri tetapi saya ada budaya barat..hohohohukhuk....bila orang Jawa dan Minang datang ke semenanjung baru budaya Melayu wujud dan saya bertukar wajah dan berbudaya nusantara....huhuhuhu. Saya suka makan rendang dengan ketupat tapi tak suka tengok orang menari pandet yang nampak dada.
Sedar atau tidak sedar anda sedang memperbodohkan diri anda sendiri
apabila dijumpai banyak prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuna di Indochina
seperti di Thailand Semenanjung tanah Melayu dan di Champa. Tapi anda tidak
mahu mengakui hal tersebut sebaliknya menyatakan bahawa kami yang memelayukan
mereka padahal mereka itu bukan Melayu. Alasan apa ini dong? Alasan
anak-anak kecil ya? Bagaimana prasasti bisa menipu dong? Orang-orang Khmer
di Kemboja juga sudah tahu bahawa wujudnya sebuah kerajaan besar bernama Malayu
di utara Semenanjung Tanah Melayu pada zaman dahulu. Ini semua tercatat dalam
petitih-petitih kuno mereka. Ini semua ada buktinya dan ada kajian yang telah
dibuat. Sebaliknya teori Coedes tentang Srivijaya di palembang itu sudah
lapuk malahan sudah lama patut diperbetulkan kerana sudah hampir seratus
tahun ianya masih membingungkan. Batu-batu bersurat yang ada di Palembang itu
tidak bermaksud bahawa ibu Kota Srivijaya berada disana tetapi sebaliknya ia
diletak disitu supaya gabenor lantikannya di Palembang patuh kepada Maharaja
Srivijaya yang bersemayam di Semenanjung. Malahan sehingga kini ahli-ahli
sejarah Indonesia tidak bisa meletakkan dimana sebenarnya lokasi Minanga Tamwan
ynag disebutkan sebagai lokasi bertolaknya tentera Srivijaya.
Sadarlah wahai warga indonesia. Sebenarnya kami yang anda kira sebagai
bangsa yang tidak ada satupun ikon kebudayaan sebenarnya amat kaya dengan
kebudayaan tidak kalah dengan kamu. Di sini atas sebab rasa tanggungjawab saya
akan cuba senaraikan seberapa banyak hasil lokal genius kebudayaan milik Melayu
Malaysia sendiri yang tidak ada kena mengena dengan INDONESIA:
v Teater Mak Yong
v Teater Mek Mulong
v Bangsawan
v Zapin (walaupun mereka kata
kita menciplak dari tarian Arab namun ia telah lama dikreasi dan diubah menjadi Melayu jadi tiada persoalan maling atau tidak disini kerana tarian-tarian
indonesia juga bercontohkan dan mendapat pengaruh Hindu dari India. Seperti
tarian lain, Zapin sekarang lansung tidak sama lagi dengan leluhurnya tarian Hadrah
Di Yaman.)
v Dikir Barat (pihak indonesia
menyatakan bahawa dikir barat adalah ceplokan dari tarian saman di Aceh,
padahal bentuk tarinya berbeda dan muziknya juga tidak sama malah tiada kaitan
lansung dengan tarian saman).
v Tarian Pelanduk Pahang
v Tarian labi-labi Rompin
v Tarian inang renek Kedah
v Tarian balai
v Tarian saba
v Rodat
v Wau Bulan
v Tarian mak inang
v Tarian ulik mayang
v Main puteri
v Awang batil
v Lagu-lagu Gendang Pahang
v Tari Lilin
v Joget Marhum
v Dikir Rebana Pahang
v Tingkah Lesung
v Hencang Buah Keras
v Permainan Porak
v Penglipur lara
v Seni gendang pahang
v Seni nobat
v Ronggeng
v Canggung
v Songket terengganu.
v Gasing Pangkah
v Gasing uri
v Sepak raga
v Congkak
v Katuk keli atau konda kondi
v Galah panjang
v Batu seremban
v Henjit-henjit semut
v Sewang
v Ngajat
v Sumazau
v Gawai
v Sape
v Sagu
v Seni silat melayu yang
ternyata berbeza dengan pencak silat di indonesia. Di Malaysia sahaja ada lebih
200 aliran silat yang berdaftar itu belum masuk yang tak terdaftar. Ia juga berbeza.
v Dondang sayang
v Joget melayu
v Pantun
v Syair
v Gurindam
v Seloka
v Mi kari
v Nasi dagang
v Nasi himpit
v Nasi kerabu
v Nasi minyak
v Nasi ulam
v Lemang (dikatakan kita
menciplak lemang dari Melayu Sumatera, padahal orang Melayu Riau
pada asalnya adalah jajahan Kesultanan Melaka juga)
v Pulut kukus periuk kera
v Pulut panggang
v Laksa asam
v Laksa lemak
v Laksam kelantan
v Laksa johor
v Laksa sarawak
v Serunding
v Ayam percik
v Manok pansoh
v Asam pedas ( ada di Riau juga tapi berbeza)
v Gulai tempoyak ikan patin
temerloh ( gulai tempoyak juga ada di Riau namun cara masakannya berbeza dari di Temerloh Pahang )
v Gulai umbut kelapa dan umbut
pisang
v Gulai asam rong pahang
v Kari kepala ikan
v Gulai sambal pede temerloh
v Sambal hitam lipis
v Pajeri nenas dan terung
v Ayam golek
v Botok-botok ikan ( juga
dikatakan berasal dari masakan jawa, namun di jawa disebut botok sahaja)
v Pais
v Otak-otak
v ABC
v Tempoyak
v Pekasam
v Umai
v Sambal belacan
v Sambal bacang
v Sambal belimbing
v Sambal ikan bilis
v Sambal nyor
v Sambal tumis
v Sambal jering
v Sambal pucuk kayu hutan
tempoyak
v Budu
MEK NOK JUA BUDU KO ORE INDONESIA NI PASA DEMO BREHI AMAT. KAT JAKARTA TAK DOK NIE, ASLI MLESIA DEH!
v Petai jeruk
v Jeruk maman
v Cencalok
v Sambal gesek
v Sata
v Ikan sumbat
v Ketupat sotong
v Telur pindang
v Kerabu mangga
v Gulai ikan masin talang dengan
nenas atau labu
v Acar buah
v Rojak ayam
v Rojak buah
v Kuih keria
v Kuih akok
v Kuih jalamas
v Kuih bahulu kemboja (ada juga di Siak)
v Bahulu
v Kuih seri muka
v Kuih lapis
v Kuih apam
v Kuih bakar
v Kuih sepit
v Buah melaka
v Gula melaka dan Nise Kelantan
v Nasi tomato
v Nasi kebawah duli
v Nasi berlauk kelantan
v Nasi lemak
v Nasi hujan panas
v Singgang
v Masak cuka
v Rendang kerang
v Pengat pisang
v Pengat labu
v Kuih cara manis dan cara
berlauk
v Apam balik
v Keropok lekor
v Opok-opok
v Karipap
v Dodol
v Lempok
v Kaya
v Wajik atau nasi manis
v Lempeng nyor
v Agar-agar kering
v Putupiring
v Tapai ubi dan tapai pulut.
v Penderam
v Kuih lopes
v Tepung bungkus
v Tahi itik
v Tahi minyak
v Kuih nekbat
v Kuih serunai atau kuih suna
dalam bahasa Kelantan
v Cek mek molek
v Badak berendam
v Cucur Badak
v Cucur udang
v Cucur cempedak
v Cucur pisang
v Kuih tako
v Kuih lidah kucing
v Kuih karas
v Kuih lepat ubi
v Wajik ubi
v Kuih butir nangka
v Purti mandi
v Lompat tikam
v Kaswi
v Bubur asyura
v Bubur durian
v Bubur lambok (bukan lombok ya
dong)
v Serawa pisang
v Serawa nangka
v Labu dan pisang sira
v Sambal perut
v Gulai kawah
v Opor Diraja Pekan (sangat berbeza
dengan opor jawa yg rupanya macam masak kurma)
v Kerutub
v Kuzi ayam
v Acar matah
v Acar masak
v Kerabu pucuk paku
v Kerabu nyor
v KerabU taugeh
v Kerabu ikan bakar
v Kerabu pucuk betik
v Kerabu pucuk mengkudu
v Kerabu pucuk ubi
v Kerabu dagin mentah
v Kerabu kerang
v Kerabu suoon
v Kerabu jantung pise
v Gulai jantung pisang
v Kerabu pegaga
v Kerabu perot
v Kerabu kaki ayam
v Air asam/ ayag asam
Sebenarnya ada berpuluh-puluh lagi yang tak sempat saya tuliskan di sini.
Jika ditulis semuanya alamat kering gusi kerana kecur dengan nama-nama masakan
khas yang hanya ada di Malaysia ini. Saya juga
sarankan anda untuk menghantar lagi senarai makanan khas Melayu semenanjung
yang tidak tertulis di sini, tetapi pastikan bahawa tiada pengaruh dari luar
mengenai makanan atau seni persembahan tersebut kerana nanti kita dituduhnya
maling lagi dong ah. Nah sekarang saya sanggah cakap bapak akedemician dari Indonesia
itu yang mengatakan bahawa Malaysia itu nggak punya satupun ikon kebudayaan
kebangsaan malahan maling dengan sengaja. Hey bapak bapak ilmuan
dari Indonesia sekalian. Bapak-bapak diharap datang sendiri ke Malaysia ke
kawasan-kawasan pedalaman dan saksikan sendiri betapa kayanya kami dengan
kebudayaan kami sendiri tidak kalah dengan kebudayaan Indonesia.
Jangan main ngomong-ngomong kosong ojo, teliti dulu sebelum ngomong, ini
mangan bisa sebarang mangan tapi ngomong jangan sebarang ngomong pak. Kami juga
ada lokal genius. Kami bukan bangsa maling, sebaliknya kamulah harus malu
kerana jika Malaysia tidak mewartakan kebudayaan yang terkait dengan Indonesia
itu maka kerajaan kalian tidak akan sadar dan nanti lama-lama bakal hilang
sendiri. Sebenarnya bapak-bapak dan ibu sekalian telah salah faham. Kami tidak
mengklaim bahawa benda tersebut hak milik kami tetapi kami senaraikannya dalam
akta warisan kebangsaan adalah kerana untuk memelihara dan melestarikannya.
Ini nasi tumpang kelantan. Ternyata ianya berbeza dari banyak segi dengan nasi tumpeng jawa. Nasi tumpang kelantan di hidang dan dijual dalam silinder kelonsong dengan lauk sambal udang dan sambal nyor. Berbeza dengan nasi tumpeng jawa yang lauk pauknya tak menentu dan banyak.
Sepatutnya anda berbangga kerana ada negara lain yang mahu melestarikan
budaya anda. Seperti isu tarian Tor-Tor misalnya, yang mahu ia diwartakan dalam
akta warisan adalah suku kaum Batak Mandailing sendiri bukan orang Melayu biasa
dan orang Malaysia yang lain. Jadi apa yng menjadi masalahnya. Mereka bukan
meminta agar kita mengikhtiraf bahawa TOR-TOR itu berasal dari sini sebaliknya
mereka mahu menegaskan lagi bahawa seni ini datang dari seberang dan ia harus
dipulihara oleh kerajaan kerana ia makin pupus dikalangan masyarakat
Mendailing di Malaysia. Itu saja perkaranya! Ngak usah ribut-ribut ya bapak
ibu, ini semua salah faham sahaja. Masakan pula suku Mandailing di perantauan tidak
bisa memulihara dan melestarikan Tor-Tor, ianya milik mereka juga. Sekian dulu
dari saya. Jika ada bapak-bapak dan ibu-ibu yang berasa terkecil hati dimohon
ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Diharap hubungan diantara dua
negara ini dapat diperbaiki dengan gampang jika tidak dari sudut budaya paling
tidak dari segi agama kerana itulah yang lebih baik dan dibutuhkan.