Satu Artikel Selingan Dari Pendeta Al~ Semantani
Wahai umat Melayu sekalian, pendita tua ini ingin
berbicara, berbicara pasal dunia, dunia yang penuh dengan pancaroba, dunia
Melayu dunia kita.
Wahai anak Melayu sekalian, pendita tua ini bukanlah
seorang ahli agama atau pun ulama, pendita tua ini bukanlah seorang professor
dalam bidang sejarah malahan pendita tua ini bukanlah seorang yang penting
dalam masyarakat. Namun demikian , atas dasar kasihan, dan tanggungjawab,
pendeta tua yang tidak berdaya ini cuba
menggunakan segala kemahiran yang dia ada, segala ilmu yang pernah
dipelajarinya dan segala pengalaman yang pernah di tempuhinya walau seciput
manapun yang ada demi untuk menghapuskan sikap inferioriti kompleks yang ada
pada setiap umat Melayu di negara ini terhadap sejarah negara bangsa mereka.
Wahai anak-anak Melayu muda sekalian! Janganlah engkau
semua bergelak dan ketawa terbahak-bahak atau tersenyum sengih bagaikan kerang
busuk serta mengernyih sindir apabila dikatakan bahawa bangsa Melayu itu adalah
sebuah bangsa yang hebat, bangsa Melayu itu adalah tua sejarahnya, bangsa
Melayu itu adalah besar kerajaan-kerajaan negara kotanya. Dan bangsa Melayu itu
luas pandangan dan jauh perjalanannya hingga ke Mesir purba dan empayar
Babylon. Ternyata wahai anak-anak Melayu muda sekalian, kamu semua telah
tertipu dengan dogma-dogma dari sistem pendidikan berteraskan Barat. Mereka menutupi
dan menyarungi segala rahsia mengenai sejarah bangsa Melayu kita.
Wahai anak Melayu sekalian! Dimanakah para pendekar
jantanmu? Dimanakah para wira dan Heromu yang akan membela nasib sejarah bangsa
Melayu kita ini? Tidakkah anda semua anak-anak jantan Melayu berasa malu dengan fenomena kini. Apakah sudah
habis semua jantan dalam bangsa Melayu ini sehinggakan perjuangan dalam medan
sejarah terpaksa dipikul oleh seorang insan bernama wanita ( Srikandi la sape
lagi). Dimana kejantanan anda? Jangan sorokkannya dibawah meja kerja anda
sahaja. Mari kita beramai-ramai bersama menyelongkar segala arkib diseluruh
dunia yang menyimpan segala macam jenis manuskrip dan jurnal mengenai bangsa
dan tamadun Melayu. Supaya nanti akan terbangkitlah alter anak-anak muda kita.
Wahai umat Melayu yang jumud lagi tak mahu membaca! Apabila
Cik Seri ungkapkan bahawa ada bukti yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu
pernah mengadakan aktiviti perdagangan dengan bangsa-bangsa tamadun besar di
Asia Barat seperti Mesir Purba, Hittite, Judea dan Babaylon maka ada pihak yang
mencebik mulut dan memalingkan muka sambil menjuihkan lidah tanda hina sangat
pandangan tersebut. Tetapi ketahuilah wahai si muka hudoh yang menjuihkan mulut
oi! Segala kajian dan bukti tersebut bukan direka-reka oleh Cik Seri dan yang
seangkatan dengannya tetapi dikaji selidik sendiri dari hasil kajian terdahulu
oleh para pengkaji asing.
Maka berkatalah si jumud bin tak mahu mengkaji : Habistu
apa buktinya? Mana ada rumah, Mahligai,Piramid,Istana ,Kuil dan tembok
kerajaan-kerajaan yang hebat tersebut? Ini jawapan pendita ya…jika awak cari Mahligai
maka harapan awak akan berkecai, jika awak cari Istana maka impian awak takkan
kemana, jika awak cari tembok maka awak tunggulah sampai esok , jika awak nak
tengok Pyramid alamatnya pergilah je kat Sunway Pyramid. Kesan sesebuah tamadun
yang hebat itu bukan terlihat pada batu batuannya sahaja atau binaan
materialnya sahaja, sebaliknya sumbangan dari sudut non-material seperti adat, dan bahasa adalah
sesuatu yang paling penting dan menjadi bukti yang paling berguna dalam
mengkaji sesebuah tamadun itu.
Maka apakah dia bukti dari sudut bahasa tersebut? Menurut
pendita sebenarnya ada banyak contoh persamaan dari sudut bahasa, pendita tak
mahu kupas panjang-panjang kerana Cik Seri dah kupas dalam artikel lama beliau
berkali-kali malah pendita juga sudah ulas dalam artikel pendita yang
terdahulu. Sebagai contoh seperti yang terdapat di blog M.O: Surau dalam bahasa
Melayu ada persamaan dengan Sawraw dalam bahasa ibrani yang bermaksud rumah
kecil atau tempat ibadah kecil. Selain itu perkataan Abah dalam bahasa Melayu
sama dengan dalam bahasa Ibrani Abbah yakni ayah.
Namun demikian anak Melayu sekalian, kebanyakan dari
persamaan ini hanya sesuai dengan bahasa percakapan atau bahasa pasar Melayu
sahaja dan bukan bahasa baku. Contohnya dalam penyebutan huruf R. Dalam bahasa
yahudi R disebut dengan tidak menggulungkan lidah sebaliknya dibunyikan dengan
anak tekak yang mengeluarkan bunyi GHR seperti dalam penuturan beberapa
dialek Melayu di seluruh Nusantara. Tahukah anda bahawa perkataan Geled
yakni sebuah perkataan Yahudi bermaksud Kulit? Nah anda nampak kan
persamaannya! Tpuah adalah bermaksud Apple dalam bahasa Ibrani dan Buah
adalah persamaannya dalam bahasa Melayu. Mati disebut Mat dalam bahasa
Hebrew adakah perlu saya terangkan lagi dimana persamaannya? Untuk pengetahuan
cucu-cucu semua Google translate tidak menyediakan bantuan Audio untuk bahasa Ibrani
tetapi ada disediakan untuk semua bahasa lain di dunia. Kenapa ya? Adakah sebab
dia tak mahu anak cucu sekalian menbandingkan bahasa Ibrani dengan bahasa
Melayu? Wallah hu a’lam. Sekian.