Sabtu, 28 Disember 2013

RUMPUN MELAYU BUKAN PENDATANG!




Kejahilan  mengenai apa yang disebut sebagai RUMPUN MELAYU sejak akhir-akhir ini dilihat semakin berleluasa. Hal ini berkemungkinan kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita terutama yang bukan dari rumpun tersebut mengenai sejarah Melayu. Apa yang difahami mereka adalah suku kaum seperti Bugis, Banjar, Bajau, Suluk, Cham, Kerinchi, Acheh, Ambon, Minang, Sunda, Jawa dan sebagainya bukan daripada RUMPUN MELAYU. Mereka menyempitkan fahaman rumpun bangsa itu kepada suku kaum sahaja.

 

 Hal ini membawa kepada klaim yang bukan-bukan dan bersifat menghina sehinggakan dikata bahawa orang Melayu tidak pernah ada tamadun dan segala tamadun lama Hindu-Buddha yang wujud di Asia Tenggara adalah tamadun masyarakat Tamil atau India yang membuka koloni di sini. Bagi saya klaim sebegini adalah satu klaim yang tidak berasas, berbaur politik murahan, memprovok  dan bersifat rasist. Sedangkan jika kita teliti dan amati, sebenarnya konsep rumpun ini juga wujud dalam masyarakat Cina yang terdiri dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Kek, Hakka, Hokkien, Canton dan Hui yang bersatu di bawah rumpun Cina atau Sino-Tibetan. Malahan tiada catatan kuno serta kajian ilmiah yang dapat membuktikan bahawa yang membina tamadun tersebut adalah orang-orang Tamil atau India. Malah sejarawan antarabangsa mengiktiraf tamadun-tamadun tersebut sebagai tamadun ‘Malays’.

 

Apakah sebenarnya yang mengikat suku-suku ini sebagai Rumpun Melayu? Yang mengikat mereka adalah bahasa, yakni bahasa Austronesia atau Melayu kuno dan DNA mereka yang sama. Walaupun mereka tinggal di pulau-pulau yang berbeza serta jauh dari satu sama lain, namun DNA MEREKA TETAP SAMA, terutama dari kalangan Melayu proto. Kajian yang dibuat mendapati DNA orang Iban dengan orang Jakun adalah sama. Ini membuktikan bahawa walau mereka tinggal berjauhan namun mereka tetap dari induk yang sama dan berada dibawah RUMPUN MELAYU.

 

Sebenarnya sudah banyak kajian yang telah dibuat bagi membuktikan bahawa Rumpun Melayu lah penduduk asal Tanah bertuah ini. Antaranya adalah satu kajian yang pernah dibuat oleh ahli-ahli Arkeologi dari UKM pada tahun 2010. Melalui kajian tersebut  data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu  adalah  penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara samaada Yunnan ataupun Taiwan. Malah jika kita selaraskan dengan kajian terbaru dari puan Zaharah Sulaiman, rumpun bangsa Melayu ini telah wujud sejak  60,000 tahun dahulu melalui pengiraan umur DNA kaum Melayu Proto dan Semang yang merupakan Induk kepada orang-orang Melayu yang wujud sekarang.

 

Artifek-arifek seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa artifek itu  adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar. Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau Kalumpang dan Beruas di  Perak; Kota Johor lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu. Selain itu, penemuan  tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya   dalam tahun 1958  menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.

 

Secara langsung, penemuan di Gua Niah dan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli arkelogi UKM menolak teori dipercayai ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari tanah besar di utara atau Yunnan. Teori migrasi ini dikemukakan Heine-Geldern dan penyelidik dari (Vienna School of Thought) yang dikemukakan dalam tahun 1930an. Teori itu timbul berikutan dengan penemuan kapak batu di Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapak batu yang digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan bahawa orang Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari.

 

Prof Nik Hassan Shuhaimi  bertanya:  “ADAKAH HANYA KERANA KAPAK BATU DITEMUI DI MALAYSIA ORANG MELAYU TELAH BERPINDAH DARI UTARA KE SELATAN DI MALAYSIA? TIDAK TERFIKIRKAH MEREKA BAHAWA ORANG MELAYU WAKTU ITU JUGA BOLEH MEMBUAT KAPAK BATU?”   Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia’ di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM pada 12-13 Julai, 2010.

 

Menurut beliau lagi, penyelidikan arkelogi di UKM  sejak tahun 1980an telah menemui data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha, Kadaram atau Kedah Tua. Data baru ini diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah. Beliau juga menyatakan isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM PROSES INDIANISASI ITU BOLEH DITUKAR KEPADA PROSES PEMBUMIPUTRAAN KEBUDAYAAN INDIA, kata Prof Nik Hassan. Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu BUKAN DIBAWA MELALUI PROSES PENAKLUKAN tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan.

 
ADAKAH MEREKA-MEREKA INI DATANG KE TAPAK ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG DENGAN IKHLAS UNTUK MELIHAT PENINGGALAN SEJARAH TAMADUN MELAYU LAMA , ATAU MEREKA DATANG DENGAN NIAT YANG LAIN? UNTUK MELIHAT KUIL NENEK MOYANG MEREKA KONONNYA? UNTUK SEMBAHYANG?


Penemuan dan kajian ini sekaligus menolak dakwaan-dakwaan tidak berasas serta rasist yang dilakukan oleh segolongan pihak yang berbangsa Tamil di Negara ini. Tindakan mereka yang sengaja mahu mengganggu gugat sejarah Masyarakat tamadun rumpun Melayu adalah perbuatan yang tidak beretika malah sangat jahat dan busuk! Jangan oleh kerana fahaman politik yang cetek maka sejarah sesebuah bangsa itu mahu dipermainkan. Kami orang-orang Melayu tidak pernah mengungkit atau menyentuh mengenai sejarah nenek moyang anda di India malah sejarah kedatangan datuk dan nenek anda ke tanah Melayu pada zaman Kolonial. Mengapa sejarah kami pula yang anda mahu rebutkan? Tidak cukupkah dengan kuil-kuil serta berhala besar yang ada di Tamilnadu India? Adakah kami menghalang kaum anda untuk mencari makan dan minum di negeri tanah tumpah nenek moyang kami ini? Sudah diberikan betis mahukan peha pula. Sekian, Wallah hu a’ lam.

 
Al-Semantani Jones

 

Sumber: UKM, Shahfizal Musa.

Selasa, 24 Disember 2013

THE MALAY THEORY

 
 

Sejak akhir-akhir ini kesedaran mengenai ketamadunan Melayu lama atau kuno semakin meningkat dikalangan anak-anak muda Melayu di negara ini. Walaupun masih ada pihak tertentu yang agak pesimis mengenai perkara ini namun bukti-bukti daripada rujuk silang yang diperolehi daripada kajian-kajian pengkaji luar telah memberikan input yang banyak. Jika bangsa China boleh berbangga dengan dinasti-dinasti hebat mereka yang silih berganti, mengapa tidak bangsa Melayu? Ketika bangsa luar sibuk menaikan prestij bangsa mereka dengan penemuan-penemuan sejarah baru, malah ada yang ingin mengklaim tamadun bangsa lain, tetapi ada pula dikalangan kita sendiri yang mencemuh malah menidakkan usaha untuk mengetengahkan ketamadunan Melayu purba untuk tatapan dunia.

 

Kehebatan tamadun kuno Melayu telah dikagumi oleh seorang penulis dan pengkaji sejarah Amerika, John D. Baldwin yang menulis di dalam bukunya Ancient America pada tahun 1871. Beliau telah mengutarakan ‘The Malay Theory’ yakni satu teori yang menyatakan bahawa orang Melayu adalah pembawa ketamadunan kepada tamadun awal Amerika. Menurut teori ini tamadun di Amerika telah diperkenalkan oleh orang-orang Malayan atau Melayu yang pada suatu ketika dahulu mempunyai satu empayar kelautan yang besar. Beliau memetik catatan dari Al masudi yang menyatakan mengenai satu empayar yang daerah kekuasaannya meliputi kesemua kepulauan di timur dan memerlukan masa lebih dari dua tahun untuk mengelilingi kawasan jajahanya.

 

Seperti yang telah kita tahu empayar yang dimaksudkan tersebut adalah Srivijaya. Berkemungkinan penulis ini tidak mengetahui mengenainya lagi pada waktu tersebut kerana penemuan mengenai Srivijaya adalah agak lewat oleh Ceodes. Dalam penulisannya juga, beliau menganggap bahawa empayar ini lah yang telah meluaskan bahasa Melayu hingga ke seluruh kepulauan Pasifik. Beliau menjangkakan bahawa bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia ini diperkenalkan oleh empayar Melayu tersebut. Padahal kita sedia maklum bahawa bahasa Melayu telah wujud sekian lama dalam masyarakat Pasifik. Mungkin kerana beliau tidak mengetahui bahawa masyarakat Polinesia atau Pasifik adalah dalam rumpun yang sama dengan bangsa Melayu.

 

Penulisannya turut mengungkap mengenai bangunan batu-bata yang hebat di Jawa yang menurutnya adalah yang terbaik dari mana-mana yang pernah beliau lihat sebelum ini. Beliau turut menyatakan mengenai candi-candi yang berserakan diseluruh Jawa serta runtuhan Kota Majapahit. Selain itu seorang lagi pengkaji barat, A. R. Wallace, dalam bukunya The Malay Archipelago menyatakan:

 

“Few Englishmen are aware of the number and beauty of the architectural remains in Java. They have never been popularly illustrated or described, and it will therefore take most persons by surprise to learn that they far surpass those of Central America, perhaps even those of India.”

 

Jika pengkaji barat sejak tahun 1870-an lagi telah menggunakan konotasi Malayan sebagai menggambarkan satu ketamadunan Melayu yang hebat dan besar pada zaman kuno, mengapa pula ada pihak yang menidakkan kewujudan bangsa Melayu? Sedangkan dalam prasasti Han Chey yang berusia lebih dari 1400 tahun di Vietnam ada menyatakan perkataan ‘Malayu’. Adalah sesuatu yang tidak munasabah sekiranya dikatakan bahawa bangsa Melayu itu dicipta oleh penjajah British, sedangkan Malayu telah dicatatkan dalam pelbagai prasasti dan inskripsi kuno di seluruh Asia Tenggara sebelum masyarakat Britain bertamadun lagi. Malah konotasi ‘Englishman’ itu sendiri belum lagi wujud dan hanya bermula apabila beberapa suku kaum Celt, Pict, Germanic, Saxon, Viking dan kemudianya Norman bersemenda.

 

 Jikalau tiada angin takkan pokok bergoyang, jikalau tamadun Melayu tidak wujud takkan ada prasasti dan inskripsi serta catatan pengembara luar mengenainya. Apa? Tamadun orang Tamil dan Maratha? Mana perginya orang Tamil dan Maratha yang maha hebat itu? Kenapa tiada pun saki baki mereka disini? Yang ada hanyalah suku kaum Tamil dan lain-lain suku India yang datang pada era penjajahan British. Malah pada zaman Melaka hanya wujud sebilangan kaum Tamil Hindu dan Tamil Muslim dan mereka ini para peniaga dan  berkhidmat dibawah Raja-raja Melayu. Jika adapun darah India dalam darah Raja-raja Melayu adalah dari belah ibu melalui perkahwinan Sultan Muhammad Shah dengan anak seorang saudagar “Keling” Muslim yang kemudiannya dijadikan Bendahara. Namun adakah golongan peranakan ini menyebut diri mereka sebagai bangsa Tamil dan beragama Hindu? Tidak sama sekali, malah mereka telah ‘masuk Melayu’ dan meninggalkan kebudayaan India nenek moyang mereka. Jika kebudayaan Hindu Tamil begitu tebal dan hebat mengapa tidak dikekalkan sahaja budaya asal India mereka, dan mengapa menggunakan bahasa dan budaya Melayu. Sekian wallah hu a’lam.
 


 

Sabtu, 21 Disember 2013

MANABHARANA PENAKLUK GANGAIKONDACHOLAPURAM



 

Salam dan sejahtera untuk pembaca semua, semoga Allah memberkati kita semua. Sebelum saya meneruskan agenda utama dalam penulisan kali ini iaitu mengenai seorang lagi tokoh agung Melayu yang berperanan dalam melumpuhkan Empayar Chola, saya ingin memperkatakan sedikit mengenai kerajaan Pandya. Mungkin kita tidak perasan bahawasanya kerajaan Pandya juga sebenarnya adalah sebuah kerajaan Tamil. Berbeza dengan Chola, kerajaan Pandya semasa era kegemilangannya tidak pernah menjalankan dasar perluasan kuasa hingga ke Asia Tenggara setakat yang saya tahu. Paling jauh yang pernah mereka tawan adalah utara Sri Lanka. Kerajaan Pandya juga sering bermusuh dengan kerajaan Chola walau mereka dari bangsa yang sama.

 

Malah dalam banyak peristiwa sejarah di selatan India dan Sri Lanka, kerajaan Pandya banyak kali mengadakan pakatan dengan Sri Lanka dan Srivijaya bagi mengalahkan Chola. Ibu kota kerajaan ini adalah terletak di Madhurai yang masih wujud hingga kini. Boleh dikatakan kerajaan Pandya ini kurang aggressive berbanding Tamil Chola. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, kerajaan Srivijaya juga pernah membantu kerajaan Pandya untuk mendapatkan semula ibu kota mereka Madhurai dari cengkaman Chola. Satu persoalan disini ialah mengapa tiada orang-orang Tamil di Negara kita yang menyebut tentang raja-raja dari kerajaan Pandya ini? Mereka juga Tamil bukan? Nampak sangat bahawa segolongan Tamil yang heboh mengklaim pelbagai sejarah Melayu ini tidak arif malah mungkin tidak tahu tentang sejarah dinasti-dinasti bangsa mereka sendiri, tetapi ada hati untuk mengubah sejarah orang lain.

 
Bendera Padyan lambang ikan.
 
Bendera Chola lambangnya lebih ganas iaitu Harimau.
 


Baiklah, kita kembali kepada topik utama kita iaitu satu tokoh Melayu Srivijaya yang berjaya menundukkan Chola untuk menyembah ke Srivijaya. Dalam artikel sebelum ini saya ada membincangkan mengenai Kulotungga seorang Raja Chola yang agak misteri asal usulnya dan mengapa semasa pemerintahan beliau pernah ada catatan China Dinasti Song yang mengatakan bahawa Chola takluk dibawah Srivijaya. Artikel ini adalah sebagai satu hipotesis untuk menentukan apakah sebenarnya bangsa Kulotungga ini dan mengapa namanya mempunyai suffix tungga yang hanya digunakan oleh raja-raja Melayu. Berkemungkinan nama ini hanya satu ambilan sempena nama raja-raja Srivijaya yang disanjungnya atau satu penganugerahan dari Srivijaya.

 

Pengisian dalam artikel ini akan membongkar siapa sebenarnya Kulotungga Chola dan bagaimana sebenarnya beliau menaiki takhta Chola dan sekaligus menjawab persoalan samada Chola pernah takluk atau tidak kepada Srivijaya. Artikel ini juga akan mendedahkan satu nama yang tidak diketahui oleh kebanyakan sejarawan tempatan kita dan peranannya dalam sejarah Chola iaitu Manabharana anak kepada Samara Vijayatungga. Namun begitu sebagaimana halnya dengan sejarah zaman purba yang lain, untuk mendapatkan kebenaran mutlak dan kepastian yang jitu mengenai sesuatu peristiwa sejarah itu adalah mustahil.

 

Sebelum ini saya telah menulis mengenai Samara Vijayatungga yang membebaskan seluruh Srivijaya malah Sri Lanka daripada penguasaan Chola. Chola berjaya dihalau dan Samara Vijayatungga pulang ke Srivijaya dan berjaya memulihkan kembali kerajaan Melayu tersebut. Namun kerajaan Chola dengan sendirinya menjadi lemah setelah banyak wilayah taklukannya sebelum ini terbebas. Walaupun ada cubaan dari Virarajendra Chola yang menaiki takhta kemudiannya untuk menawan kembali wilayah yang telah bebas namun ianya tidak berjaya kerana terdapatnya penentangan yang kuat daripada pakatan Pandya, Sri Lanka dan Srivijaya.

 

Pada hujung pemerintahan Virarajendra telah berlakunya perebutan kuasa di kerajaan Chola. Adhirajendra Chola, salah seorang daripada puteranya, setelah memenangi sebuah peperangan di India dan telah dijadikan bakal raja. Tindakan ini telah menghampakan Kulotungga yang sebelum itu pada zaman datuk sebelah ibunya telah dijanjikan untuk menaiki takhta Chola. Di sini kita akan mendapat tahu siapa sebenarnya Kulotungga ini. Kulotungga sebenarnya adalah cucu Rajendra Chola. Nenek sebelah ibunya merupakan seorang puteri Srivijaya yang telah membuat perjanjian dengan datuknya Rajendra Chola agar Kulotungga dijadikan raja apabila dewasa.

 

Semasa Kulotungga masih kecil , dia telah dijadikan sebagai anak angkat oleh neneknya sendiri Si Puteri Srivijaya, manakala bapa saudaranya Rajendra II diberikan takhta Chola. Oleh itu Kulotungga mempunyai darah peranakan Chalukya bangsa Kannanda, darah Chola bangsa Tamil dan darah Melayu Srivijaya. Selepas datukya dibunuh, Kulo mungkin dibesarkan neneknya di kerajaan Srivijaya untuk keselamatannya sehinggalah dia dewasa kemudian pulang ke Chola. Darah Chola hanya mengalir dalam darah belah ibunya. Oleh sebab itu mungkin selepas beliau menaiki takhta maka terputuslah jurai keturunan dinasti Vijayalaya yang hanya ada sedikit kesannya dari darah sebelah ibu, ini kerana ayahnya adalah dari dinasti Chalukya dan ibunya pula ada darah Chola dan Srivijaya.

 

Siapa sebenarnya Puteri Srivijaya yang berkahwin dengan Rajendra Chola satu tersebut? Menurut sejarawan Thai dan Sri Lanka, Mara Vijayatunga Maharaja Srivijaya Kataha ada tiga orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Dua darinya kita ketahui sebagai Sagrama Vijayatungga dan Samara Vijayatungga manakala yang perempuan belum dipastikan. Semasa Rajendra Chola menyerang Srivijaya, adik perempuannya berjaya ditawan manakala, Samara Vijayatungga dapat meloloskan diri. Adik perempuan mereka yang ditawan inilah Puteri Srivijaya yang berkahwin dengan Rajendra Chola dan melahirkan Amangga Dewi yang kemudiannya berkahwin dengan anak Raja Chalukya bernama Rajaraja Chola Pandita. Dari perkahwinan mereka berdua maka melahirkan pula Kulotungga.

 

Apa yang menarik tentang hipotesis sejarawan ini adalah bagaimana ia mengaitkan peristiwa-peristiwa sejarah Chola, Sri Lanka dan Srivijaya dengan karya Sulalatus Salatin. Walaupun disebut bahawa Rajendra Chola berkahwin dengan Puteri Melayu, namun tiada lansung bukti yang menunjukkan dari perkahwinan ini lahirnya raja-raja Melayu berketurunan Tamil Chola. Namun ironinya perkahwinan ini pula telah melahirkan Raja-Raja Chola Tamil berperanakan Melayu melalui jurai perempuan.

 

Sekarang kita sudah tahu siapa Kulotungga yang sebenarnya, kita pergi pula dengan persoalan bagaimana beliau boleh menaiki takhta Chola. Akibat daripada kecewa dengan tindakan bapa-bapa saudaranya yang tidak menunaikan wasiat Rajendra Chola agar beliau dijadikan Raja Chola apabila dewasa, Kulotungga telah meninggalkan Chola dengan para pengikutnya dan menuju ke Kerajaan Padyan untuk cuba merampas kerajaan tersebut. Namun tindakan beliau ini ternyata salah dan membawa padah apabila dengan mudah pasukan Kulotungga dikalahkan oleh Raja Sundra Pandya.

 

Setelah itu Kulotungga bersama pasukannya menuju ke Sri Lanka pula untuk mengadu dan mendapatkan simpati dari Raja Sri Lanka bagi membantunya mendapatkan takhta Chola. Namun demikian Raja Sri Lanka tidak mahu memberikan sebarang bantuan. Dari situ beliau kemidiannya telah pergi pula ke Kemboja untuk meminta bantuan Raja Kemboja dan akhirnya permintaannya dikabulkan oleh Raja Kemboja yang telah memberikan angkatan tentera yang besar untuk beliau bagi menawan Kerajaan Pandyan. Namun sekali lagi kegagalan menimpa beliau apabila beliau berjaya dikalahkan dan terpaksa berundur ke Sri Lanka. Di Sri Lanka Raja Mahendra yang simpati dengan beliau telah melantiknya sebagai seorang gabenor untuk satu daerah di negeri itu.

 

Selama Kulotungga tinggal disitu, cita-citanya untuk mendapatkan takhta Chola tidak pernah padam. Akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk pergi ke tanah asal neneknya, Srivijaya. Pada masa itu Samara Vijayatungga masih hidup dan mungkin sudah sangat tua. Ini bermakna akhirnya Kulotungga terpaksa meminta bantuan daripada datuk saudaranya sendiri bagi mendapatkan takhta Chola. Mengapa tidak sejak dari awal beliau berbuat demikian itu masih tidak diketahui. Kulotungga telah memohon bantuan ketenteraan dari Samara Vijayatungga untuk menawan Chola dan beliau berjanji untuk tunduk menyembah kepada Srivijaya apabila beliau berjaya menaiki takhta Chola.

 
Ibukota Padyan Madhuraipura


 Samara telah bersetuju dan menngarahkan anaknya yang bernama Manabharana bersama satu angkatan tentera Melayu yang kuat untuk pergi menakluk Chola. Persetujuan Samara ini menurut sejarawan berkemungkinan disebabkan Virarajendra Chola pernah masuk campur dalam urusan Kerajaan Srivijaya sebelum itu dan hal ini tidak disukai oleah Samara Vijayatungga. Oleh kerana Srivijaya berada sangat jauh dari Chola iaitu lebih dari 1000 batu, Manabharana sebagai seorang jeneral yang berpengalaman sedar betapa susahnya untuk mengangkut tentera dan menyediakan bekalan mereka sekiranya gerakan mereka berpusat di Srivjaya.

 

Bagi menyelesaikan masalah ini baginda telah membina markas tenteranya di Sri Lanka kira-kira 260 batu dari Chola. Sri Lanka pada ketika itu diperintah oleh ipar duainya sendiri, jadi tiada masalah untuk Manabharana membina pos tentera disitu. Selain memerlukan bekalan makanan dan lain-lain keperluan peperangan dari Mahendra, Manabharana juga perlukan jasa baiknya untuk memujuk raja Kerajaan Pandya agar menyokongnya dalam usaha menyerang Chola. Manabharana telah pergi ke Madhurai ibu kota Pandya untuk berbincang dan memujuk raja Pandya kerana sebelum itu Kulotungga telah dua kali cuba menyerang Pandya dan sekarang hendak meminta batuan pula bagi mendapatkan takhta Chola. Tetapi kerana mengingati jasa Manabharana dan ayahnya Samara Vijayatungga yang dahulunya telah membantu Pandya mendapatkan semula kerajaan Pandya dari Chola, Sundra Pandya pun bersetuju untuk membenarkan tentera Manabharana dan Kulotungga melalui negerinya semasa hendak menyerang kerajaan Chola.

 

Kerana diplomasi manabharana berjaya, maka kata sepakat telah dicapai diantara ketiga-tiga pihak untuk melanggar kerajaan Chola secara bersama. Manabharana telah mengepalai tenteranya menyeberangi selat untuk masuk ke negeri Pandya. Seterusnya dengan melalui jalan darat dan jalan laut Manabharana mengepung kerajaan Chola. Dalam masa ini Virarajendhra telah mati dan terdapat penentangan dalaman terhadap pelantikan Adhirajendra sebagai Raja Chola.  Sebelum Adhirajendra dapat menaiki takhta Chola beliau terpaksa meminta bantuan daripada kerajaan Chalukya dan rajanya Vikramaditya yang sebelum itu merupakan musuh tradisi Chola. Setelah Adirajendara menaiki takhta Chola, sebahagian daripada tentera Chalukya tinggal disitu untuk mempertahankanya. Hal ini menyebabkan orang-orang Chola marah dan tidak lagi menyokongnya kerana melibatkan pihak asing berbangsa Kannanda untuk campurtangan dalam hal ehwal negara mereka, nak pula Chalukya adalah musuh kepada Chola.

 


Setelah mendapat tahu akan keadaan anarki ini, Manabharana sedar akan peluangnya dan terus menyerang Gangaikondacholapuram secara mengejut dan dapat menawan kota tersebut. Tentera Chalukya telah lari balik ke negara mereka dan Manabharana telah memanggil semua pembesar kerajaan Chola dan memberi kata dua samaada tunduk kepada Srivijaya atau menghadapi kehancuran. Mereka telah menerima kata dua itu dan Adhirajendra dibunuh dan Kulotungga dijadikan Raja Chola. Orang-orang Chola mahu menerima kata dua itu kerana mereka bencikan Raja Vikramaditya dari Chalukya yang sebelum itu selalu berperang dengan mereka.



Manabharana tinggal di Gangaikondacholapuram untuk menyaksikan pertabalan Kulotungga sebagai raja Chola. Setelah itu baginda pergi ke Sri Lanka untuk melaporkan kejayaan besar mereka kepada Raja Sri Lanka dan mengucapkan terima kasih akan bantuannya. Kemudian beliau pulang ke Srivijaya dan kepulangannya disambut oleh ayahnya Samara Vijayatungga secara besar-besaran sebagai penakluk Chola. Kedua-dua anak beranak ini, Manabharana dan ayahnya Samara Vijayatungga bersikap realistik. Walaupun tentera Srivijaya telah dapat menakluk negeri Chola, mereka tidak ingin menjajahnya secara terus kerana mereka sedar negeri itu terlalu jauh untuk ditadbir. Mereka juga sedar akan risikonya kerana jika suatu hari nanti orang-orang Tamil Chola bergabung untuk menjatuhkan pentadbiran mereka disana.

 

 Tujuan mereka bukanlah untuk menjarah atau menjajah sebaliknya untuk menunjukkan kekuasaan Srivijaya. Sejak dari hari itu tidak adal lagi serangan dari mana-mana negeri di Selatan India terhadap Srivijaya kerana Kulotungga Chola telah berjanji untuk tunduk kepada Srivijaya sebagai sebuah kerajaan yang lebih utama dan kuat. Oleh sebab itu jika kita baca sejarah kerajaan Chola selepas Kulotungga naik takhta, tiada lagi ekspedisi untuk menyerang Srivijaya. Hal ini mengesahkan catatan China yang menulis bahawa Chu lien atau Chola berada dibawah jajahan Srivijaya dan Kulotungga pernah pergi ke China dengan menggunakan nama Srivijaya.

 
Kuil utama dalam Ibukota Chola.


 Pada masa Kulotungga pergi ke China, ketika itu terdapat juga utusan dari kerajaan Pagan  datang membawa ufti. Pada mulanya penyambut utusan ingin melayan kedua-dua utusan luar tersebut dengan cara dan layanan yang sama kerana mengaggap yang Chola adalah sebuah kerajaan merdeka. Namun menurut catatan Ma Tuan Lin, terdapat seorang pegawai China yang mengetahui bahawa Chola telah berada dibawah kekuasaan Srivijaya ketika itu dan mengarahkan agar utusan Chola dilayan dengan taraf lebih rendah sedikit daripada utusan Pagan kerana utusan Pagan adalah dari raja yang berdaulat dan merdeka. Oleh itu warkah yang berikan Raja China untuk utusan Pagan adalah lebih mahal materialnya dan lebih baik berbanding warkah untuk kerajaan Chola yang hanya diperbuat dari kertas dan bersarungkan sutera polos sahaja.

 

Satu perkara yang menarik yang turut ditemukan oleh para pengkaji sumber-sumber inskripsi kuno di Sri Lanka dan selatan India ialah sistem penggiliran Maharaja. Kita mungkin beranggapan bahawa sistem penggiliran Sultan untuk menjadi Yang Dipertuan Agong pada hari ini adalah atu sistem baru ciptaan penjajah. Namun sebenarnya sistem ini telah diamalkan sejak zaman Srivijaya lagi. Pada masa peristiwa penyerangan Chola hinggalah kenaikan Kulotungga sebagai Raja Chola, berkemungkinan Srivijaya telah berpecah kepada tiga wilayah. Satu di Jawa, satu di Sumatera dan satu lagi di Kedah dan sekitar utara Semenanjung. Hubungan Srivijaya Kataha dengan Srivijaya Malayupura di Sumatera masih baik, namun hubungan dengan Jawa pada ketika itu sudah menjadi renggang kerana pemberontakan dari kerajaan-kerajaan Jawa seperti Singosari.

 

 Jika kita membaca prasasti dan petitih kuno dari Selatan India dan Sri Lanka kita akan jumpa nama-nama seperti Javaka, Javapura atau Suvarnarana Yava dan sebagainya. Namun demikian semua catatan mereka memandukan nama-nama ini ke Semenanjung Tanah Melayu terutama di sekitar Segenting Kera. Oleh itu kita jangan tersalah faham bahawa yang disebut adalah pulau Jawa kerana kerajaan Srivijaya Kataha negara juga dipanggil sebagai Javaka. Sejarawan Thai meletakkan Javaka ini di Utara Semenanjung atau Chaiya. Malah dalam petitih kuno Thai turut menyebut akan seorang raja bernama Phya Javaka yang berkuasa di Nagara Sri Dharmaraja.

 

Mengenai sistem giliran tadi, menurut sejarawan Sri Lanka dan Thai, daripada dokumen kuno yang dijumpai menyatakan bahawa Maharaja Srivijaya dilantik dengan cara dipilih oleh majlis raja-raja malay city state di seluruh jajahan utama Srivijaya yang juga dikenali dengan nama Kataharajas. Kataharajas ini bolehlah disamakan dengan majlis raja-raja yang wujud kini. Satu undian sulit akan dilaksanakan untuk memilih maharaja Srivijaya. Walaupun secara teorinya pemilihan ini boleh berlaku, namun kebiasaannya maharaja yang dipilih adalah dari jurai yang sama juga. Ini mungkin berlaku kerana ada pengaruh yang kuat dari pihak-pihak tertentu.

 

Menurut maklumat tersebut biasanya raja dari Suvarnapura atau Malayapura yang menjadi Maharaja. Jika raja Suvarnapura tidak menjadi maharaja, dia akan pergi ke Jawa untuk menjadi raja disitu ( sebelum Jawa diambil alih oleh kerajaan-kerajaan orang Jawa totok) , manakala raja yang berada di Jawa pula akan pergi ke Semenanjung samaada di Kedah atau Sri Dharmaraja untuk memerintah disitu. Maharaja pula boleh memerintah dari mana-mana satu kota utama yang ada di seluruh jajahan Srivijaya. Sebab itu kita dapat lihat sepanjang sejarah Srivijaya berlaku beberapa kali perpindahan ibu kota.

 

Namun demikian adalah sukar untuk kita tentukan yang mana sebenarnya Suvarnapura, yang mana Malayapura, yang mana Kataha dan yang mana Javaka yang sebenar. Catatan-catatan dari luar ini kebanyakannya tidak meletakkan dengan jelas dimana tempat tersebut. Namun setakat ini sekurang kurangnya pada zaman yang kita bincangkan diatas tadi, Javaka dipastikan berada di Utara Semenanjung atau Sri Dharmaraja (Tambralingga), Malayapura mungkin Sumatera (Jambi/Dharmasraya) dan Suvarnapura mungkin di utara semenanjung juga iaitu Chaiya menurut sejarawan Thai, namun saya percaya ianya Grahi. Berkemungkinan juga Suvarnapura sebenarnya merujuk kepada wilayah seluruh Semenanjung termasuk Kedah, Grahi dan Javaka atau Sri Dharmaraja Tambralingga (The Naksat City State).



Sekarang jelas kepada kita bahawa bangsa Melayu terutama pada masa Srivijaya adalah bangsa agung dan bukan bangsa primitive yang ditamadunkan oleh Rajendra Chola. Bangsa Melayu adalah bangsa penakluk dan bukan bangsa yang tertakluk atau ditakluk. Oleh itu sedarlah wahai anak Melayu. Jika ada golongan-golongan yang jahil dan mengatakan bahawa bangsa ini ditamadunkan oleh bangsa Tamil, campakkan sahaja catatan-catatan sejarah dari luar seperti Culavamsa dan Mahavamsa ke muka mereka. Jika mereka masih degil dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa bangsa Melayu pada zaman dahulu pernah membina bangunan-bangunan agama Hindu dan Buddha yang hebat, hantukkan sahaja kepala mereka ke batu-batu bersurat serta prasasti-prasasti Sri Lanka seperti  Bolana dan Madigiri yang banyak menceritakan kehebatan raja-raja Melayu mengusir Tamil-tamil Chola malah menaklukkan ibu kota Chola Gangaikondacholapuram yang sangat dibanggakan mereka itu. Sekian, wallah hu a’lam.
___________________________________________________________________________________

* Setelah berbincang dengan seorang yang lebih arif akan sejarah, saya ingin membuat sedikit penjelasan dan kesimpulan alternatif mengenai artikel ini. Pertama sekali ialah saya mengaggap artikel ini sebagai hipotesis awal sahaja yang masih perlu dikaji dan di perkukuhkan dengan bukti-bukti baru terutama mengenai asal usul Kulotungga Chola.  Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan disini dan yang pertama adalah mengenai perkahwinan Rajendra Chola dengan seorang Puteri Melayu yang melahirkan Amangga dewi, Ibu Kulotungga. Walaupun sejarawan Thai dan Sri Lanka mengatakan bahawa perkahwinan ini berlaku , namun sumber mereka kurang jelas. Tidak diketahui siapakan puteri ini.

Jika perkahwinan ini berlaku sepertimana yang tertulis iaitu puteri ini dibawa sebagai tawanan di Chola bersama abangnya Sangrama, mengapa abangnya Sangrama dan Samara tidak menghantar tentera untuk mendapatkan dia semula? Ada beberapa hipotesis yang boleh dibuat. Satunya adalah kerana setelah diserang oleh Chola, Sangrama serta adiknya itu ditawan dan terpaksa menyetujui untuk adiknya si puteri dikahwinkan dengan Rajendra. Oleh sebab itu dalam catatan Leiden disebut Sangrama diletakkan semula sebagai pemerintah Kedah. Mungkin ini hasil daripada pertukaran perkahwinan dengan adiknya. Jika ini benar dia telah menjualkan adiknya sendiri.

Satu lagi andaian yang boleh dibuat ialah Sangrama sengaja merelakan dan menyuruh adiknya mengahwini Rajendra untuk memasukkan jarum-jarum Srivijaya dalam darah diraja Chola supaya suatu hari nanti darah diraja Melayu akan bersemenda dengan Chola dan memudahkan Srivijaya menundukkan Chola. Hal ini diperkukuhkan dengan kenyataan sejarawan Sri Lanka yang menyatakan bahawa Puteri Srivijaya tersebut telah memujuk Rajendra Chola agar menaikkan cucunya Kulotungga Chola sebagai Raja Chola bila dewasa kelak. Ini bermakna puteri Srivijaya tersebut memainkan peranan yang penting dalam memastikan darah Melayu Srivijaya terserap dalam Istana Chola.

Satu lagi kemungkinan mengapa Samara dan Sangrama tidak menyelamatkan adiknya adalah kerana selepas diserang Chola, mereka memerlukan masa untuk menstabilkan semula kerajaan Srivijaya. barisan tentera yang berkurangan atau berserakan perlu distrukturkan semula dan  kekuatan ketenteraan perlu dibina dengan lebih mantap. Oleh itu perkahwinan adik mereka dengan Rajendra dijadikan umpan untuk mengaburi mata Chola buat sementara waktu sebelum mereka membina kekuatan untuk menghalau Chola dan membunuh Rajendra.  Pembunuhan Rajendra telah dirancang lebih awal dan kedatangan Rajendra untuk melawat Srivijaya pada tahun 1044 berkemungkinan besar adalah atas cadangan isterinya Puteri Srivijaya yang bersekongkol dengan abangnya Samara untuk membunuh Rajendra. Jika ini benar, perancangan yang sangat jitu telah dijalankan oleh anak-anak Mara Vijayatungga. Kesanggupan puteri tersebut untuk berkahwin dengan musuh dan menunggu begitu lama sebelum membalas dendam adalah satu tindakan yang mengkagumkan. Inilah yang dimaksudkan dengan semangat Srikandi Melayu.

Ada juga hipotesis yang mengatakan  Kulotungga  sebenarnya boleh dikaitkan dengan jurai Kerajaan Sri Lanka. Oleh itu kaitan Kulotungga dengan Srivijaya bukanlah direct seperti yang saya sebutkan sebelum ini sebaliknya melalui Sri Lanka. Jika pendapat ini diterima maka berkemungkinan dia adalah anak puteri Srivijaya dengan Raja Sri Lanka. Bagaimana perkaitan ini berlaku atau benarkah hipotesis ini, wallah hu 'a lam kerana saya sendiri belum jumpa rujukannya. Daripada semua perbincangan ini dapat kita simpulkan bahawa sebenarnya asal usul Kulotungga adalah masih kabur dan tidak pasti. Jika adapun sumber yang menyatakan tentangnya ia agak longgar dan boleh dipertikaikan. Dengan kata yang mudah adalah lebih baik diakui bahawa kita kekurangan bahan bukti serta sumber, oleh itu hal ini telah menyekat pengetahuan kita akan asal usul sebenar tokoh ini.


 
Bibliografi:

Journal of the Siam Society .
Ceylon and Malaysia, Paranavitana.

India and ancient Malaya.

Impression of The Malay peninsular in Ancient Time.

A History of Southeast Asia.

Rabu, 18 Disember 2013

PRASASTI BOLANA DAN SRIVIJAYA




 


Salam pembaca semua. Paparan hari ini adalah hasil pengkajian Bolana Slab, Oleh Dr. Senarat Paranavitana seorang arkeologis dan dipersetujui oleh Chand Chirayu Rajan pengkaji dari Thailand. Prasasti Bolana adalah mengenai perkahwinan Puteri Raja Parakramabahu VI dengan seorang Putera Kerajaan Padyan. Dalam prasasti ini turut disebutkan keturunan Raja Parakramabahu VI. Dalam salasilah ini kita akan jumpa beberapa nama yang ada kaitan dengan Melayu dan Srivijaya.

 

Seperti yang pernah saya nukilkan dalam artikel saya sebelum ini tentang Samara Vijayatungga, kali ini saya tunjukkan bahawa baginda sebenarnya memang wujud dan terpahat namanya serta kisahnya yang membebaskan Sri Lanka dari Chola dalam Prasasti Bolana. Dalam Prasasti ini dan inskripsi Kataragama Dakagamu terdapatnya maklumat yang menyebut bahawa Adipada Mahendra (Adipada adalah gabenor atau pemerintah salah sebuah city-state di Sri Lanka) telah mendapatkan perlindungan di Javaka sebuah kerajaan yang berada di utara Semenanjung Melayu setelah kalah berperang. Dalam prasasti ini, disebut nama Samara Vijayatungga bersama Mahendra yakni cucu kepada Adipada Mahendra yang mengungsi ke Javaka telah kembali ke Sri Lanka untuk menawan kembali pulau itu dari Chola. Nama Samara Vijatatungga memang sukar ditemui dalam sejarah tempatan Nusantara, namun sejarawan Sri Lanka sendiri telah menemui satu manuskrip Sanskrit yang terpahat pada sebuah batu di Abahyagiri dekat Anuradhapura yang berusia lebih kurang kurun ke 12 yang memperkata mengenai sosok dari bumi Melayu ini.

 

 Dalam inskripsi ini barulah diketahui siapa Samara Vijayotungga ini, yang disebut dengan jelas sebagai anak  Maravijayatungga Maharaja Srivijaya seperti yang disebut dalam Prasasti Tanjore. Disebut juga , bahawa Maharaja Maravijayatungga telah mengahwini Puteri Mahendra IV yang beribukan Puteri Kalingga. Disebut juga bahawa Samara mengusir semua tentera Chola dari Sri Lanka dengan pasukan tentera Melayunya bersama Putera Kasyapa anak Sena V yang pada itu mengungsi di kawasan pergunungan. Samara tinggal di Chola selama 5 tahun dan kemudian menyerahkan semula Sri Lanka kepda Kasyapa dan kembali ke Srivijaya. Semua peristiwa ini benar-benar berlaku namun yang peliknya peristiwa ini tidak tercatat dalam mana-mana kitab sejarah terutama di India, oleh sebab itulah tidak ramai yang tahu, termasuklah orang-orang Melayu sendiri.

 

Susur galur Raja Sri Lanka dalam Prasasti Bolana

Hail! Parakramabahu-maharaja is the Son of Jayamala, jayarnala was the son-in-law of jayamala ;Ja yarnala was the son-in-la w of Pariikramabhu maharaja; Parakramabahu-maharaja was the son of Vijayabahu-maharaja ;Vijayabahu-maharfija was the son of Candrabhanu-maharija ; Candrabhanumaharaja was the son of Gandaagopala-maharaja; Gandagopala-maharaja was the Son of Magha-maharaja; Magha-maharaja was the son of Suryyanarayana-maharaja ; Suryyanarayal.1a-maharaja was the Son of Pralambahasta-maharaja ; Pralambahasta-maharaja was the son of Jayagopa-maharaja; Jayagopa-maharaja was the Son of Suryanarayana-maharja ; Suryyanarayana-maharaja was the son of Mahasthimaprapta-maharaja ; Mahasthamaprapta-maharaja was the son of Manabharana-maharaja ; Manabharanamaharaja was the son of Samara- Vijayottuuga-maharaja ; Samara- Vijayottunga-maharaja was the son of Mara- Vijayottunga-maharaja ; Mara-Vijayottunga-maharaja was the son of Gunarnnava-maharaja ; Gunarnnavamaharaja was the son of Kaundineya-maharaja ; Kaundincya-maharaja was the son of Siddhayatra-maharaja ; Siddhayatra-rnaharaja was the son…

 

Menurut sejarawan Sri Lanka, bermula dari salasilah Raja yang bernama Suryanarayana ayah Magha hingga ke Siddhayatra ke atas adalah raja-raja dari Srivijaya. Dari banyak-banyak nama ini hanya dua yang dikenali yakni Maravijayatungga dan ayahnya Culamanivarman atau nama sebenarnya Gunawarman. Terdapat juga kemungkinan bahawa adanya susur galur yang berkaitan dengan Langkasuka dalam susur galur raja-raja Sri Lanka seperti yang disebut oleh sejarawan Sri lanka ini:

 

‘…terdapat dua individu yakni ayah dan anak kedua-duanya bernama Moriya Maharaja. Kedua individu ini adalah datuk dan moyang kepada Dhatusena. Nama mereka ini tiada dalam sumber-sumber lain, tetapi nama Moriya dari keluarga Dhatusena yang wujud kemudiannya tidak boleh dinafikan berasal dari mereka. Kemudiannya disebut pula nama Lambakarna dan langkasuka. Nama pertama tersebut memang dikenali sebagai salah satu nama keluarga sri lanka. Manakala nama langkasoka pula adalah nama sebuah kerajaan dari semenanjung tanah Melayu. Samaada kerajaan ini mengambil sempena raja itu atau raja itu sebenarnya berasal dari langkasoka….belum diketahui’

 

Menurut satu petikan yang tertulis dalam bahasa Sanskrit yang ditulis pada zaman raja magha ,yakni dalam prasasti Mandigiri dan satu lagi di Abhayagiri disebut bahawa Magha datang dari Suvarnapura atau SriVijaya. Beliau dikatakan berkuasa di Sri Lanka sangat lama dan telah menjalankan banyak kerja-kerja keagamaan. Namun baginda kemudiannya dikalahkan oleh pakatan Parakramabahu bersama Sundara Pandya. Magha kemudiannya pulang semula ke Srivijaya dan Maharaja Srivijaya pada masa itu telah memulihkan semula hubungan diantara kerajaan Srivijaya dengan Sri lanka. Dengan perdamaian tersebut Magha telah dibenarkan untuk memerintah di wilayah Aniradhapura sahaja. Oleh itu Magha telah pulang semula ke Sri Lanka dan meletakkan anaknya Gandagopala dewa sebagai pemerintah Jaffna dan beliau kemudiannya pulang ke Srivijaya dan menjadi sami. Oleh itu Gandagopala dewa adalah raja pertama Jaffna yang berketurunan Melayu Sri Lanka. Beliau inilah yang disebut di dalam inskripsi Kudumiyamalai yang dipahat Vira Padya. Dalam inskripsi ini beliau digelar sebagai anak raja Javaka. Anak beliau juga dipanggil sebagai Chandrabhanu namun ada pendapat yang menyatakan bahawa ini bukan Chandrabhanu yang kemudiannya menyerang Sri Lanka sebanyak dua kali dari Tambralingga. Chandrabhanu pertama yang disebut diatas adalah Raja yang disebut sebagai Sendemain oleh pengembara Marco Polo.

 

Dibawah adalah catatan daripada prasasti yang terdapat di Sri Lanka mengenai Raja Sri Lanka dan perkaitannya dengan Raja-raja Srivijaya serta peperangan dengan kerajaan Kemboja:

Sinhalese text of Mahinda IV's slab-inscription (Ep. Zey. I, No. 19) in the Abhayagiri-vihara ground.

: There was a king of Java (Java disini bukan pulau Jawa tetapi Javaka iaitu kerajaan Sri Dharmaraja ) named Siddhayatra, who became the Maharaja and ruled the earth. From his Queen, Tara, he had a son maned Kaundineya. His son was Gunawarman whose daughter, Gunavati, was given in marriage to a Padya prince, Sri Mara, son of Varaguna, who had come to Java for saking his own land. Sometime after his marriage to Gunavati, Sri Mara was killed in battle, and the army commanded by him was routed by the enemy. Gunawarman himself went to face the enemy and, after a desperate fight from the back of an elephant, captured Rudravarman, a son of the Kamboja king. Hearing that his son had been captured by the Javakas, the Kamboja king himself came to rescue his son. The Javaka king, however,caused the death of the Kamboja ruler by resorting to unfair methods of warfare. In time, Gunawarman became Maharaja and resided in Suvarnapura (Sri Vijaya). The Kamboja prince, after some years, arrived at Suvarnapura with a mighty host to avenge his father's death. Gunawarman was defeated, and fled in haste to Ceylon when Sena III was reigning.

 

TheYuvaraja Mahendra, after escorting the fugitive king to the capital, went to Suvarnapura, obtained victory over the enemy who was occupying it, and there married Sundari, the daughter of Sri Mara, 'with a golden necklace' .Returning to Anuradhapura, he restored to the Maharaja his own kingdom. Those passages in Sanskrit, engraved on some of the slabs referred to above, add interesting details to the story given in the poem. Before the Kamboja invader came to Suvarnapura, Sundari had been betrothed to a son of the king of Malayapura (Malayiiru), named Sriyanarayana. This prince lost his life in the fighting that ensued. Gunavati and her daughter Sundari fell into the power of the Kamboja prince, and were kept in prison, where they were in great distress and danger when Mahendra came on the scene with his armada, drove the Kamboja forces. Occupied the palace and rescuedthe princesses. Gunavati, with her daughter, come bearing presents to thank Mahendra for their deliverance.At her mother's bidding, Sundari fell down at Mahendra's feet and remained there. Mahendra consoled her and gave her a precious jewel which he had with him. He became enamored of her and with the consent of the brother of the prince, to whom Sundari had been betrothed, married her and brought her home as his queen.

 

Kehebatan raja-raja Srivijaya serta legasi dan prestijnya yang agung sangat dikagumi dan di dambakan oleh Raja-Raja Sri Lanka. Hal ini dibuktikan pada zaman Parakramabahu pada tahun 1459 yakni semasa Srivijaya sudah tidak lagi wujud  didapati terdapat catatan rekod China yang menyebut  Raja kepada duta Sri Lanka yang datang pada tahun tersebut sebagai  Kalingga-Sinhala-Srivijaya-Raja. Malah juga disebut bahawa raja yang sama telah menawan kedah. Nampaknya mereka juga sudah mula putar belit untuk menaikkan prestij, padahal pada tahun 1459 banyak jajahan Srivijaya dah bertukar nama, bertukar Agama malah sudah berada dibawah Kesultanan Melaka.

 

Malah ada puteri dari Palembang yang dikahwini raja dari Sri Lanka. Seorang putera raja bernama Kasyapa IV sekitar tahun 839, telah mengeluarkan satu edik untuk memelihara dan menjaga dua buah kampong bernama Nagala dan Naranvita yang telah dihadiahkan kepada pasangannya Raden Sangha yang datang dari Palambanpura Suvarnaraya yang bermakna Pelabuhan Emas. Palambanpura disebut terletak di Yavaju atau Kalingga Bhumi yang dipercayai bermaksud Javadipa atau Sumatera.

 

Daripada penulisan diatas maka dapat kita  pahatkan dalam pemikiran kita bahawa bangsa Melayu itu sebenarnya adalah bangsa penakluk dan diplomat yang hebat. Sepertimana Malaysia pada hari ini yang handal dalam hubungan diplomatik dengan Negara-negara atas angin dan negara jiran, begitu jugalah kehebatan dan keagungan Srivijaya yang disanjung dan dipuja bangsa-bangsa lain. Keberadaan darah Melayu Srivijaya dalam salasilah raja-raja Sri Lanka pula menunjukkan bahawa bangsa kita juga bukan bangsa pengecut tetapi bangsa yang berani hinggakan sanggup berlayar beribu batu untuk berperang dan meletakkan pengaruhnya di negara asing. Jadi siapa yang lebih hebat sebenarnya? Empayar Chola yang hanya berani untuk serang curi Srivijaya pada kurun ke 10 atau Srivijaya yang dah bertapak dan sering berulang alik samaada menyerang atau membantu sekutu di sekitar Sri lanka dan India selatan sejak kurun ke 7 lagi?...:)

 

~Al-Semantani jones

 

Kredit

Paranavitana S

Chand Chirayu Rajan


Sabtu, 14 Disember 2013

CHOLA DIBAWAH SRIVIJAYA


 



Salam kepada semua pembaca. Beberapa tahun lepas semasa saya sedang mengikuti sebuah forum online mengenai sejarah Asia tenggara saya mendapat satu maklumat. Namun  begitu pada masa tersebut saya masih belum tergerak hati untuk menulis atau menganalisa mengenai maklumat  tersebut. Oleh kerana itu pada kali ini saya merasakan adalah waktu yang terbaik untuk saya menulis mengenainya bagi menangkis sebarang tohmahan yang diberikan oleh segolongan pihak di luar sana yang cuba merendah-rendahkan tamadun bangsa Melayu di Nusantara ini dan dunia amnya. Saya pasti akan ada yang kurang setuju dengan teori dan pendapat ini. Namun ini hanyalah teori yang masih boleh dikaji dan bebas untuk dibahaskan . Tidak ada yang mutlak dalam sejarah kerana tiada siapa yang tahu perkara sebenar yang terjadi beratus tahun dahulu kecuali Allah.


 Sebenarnya para pembaca sekalian, beberapa peristiwa penting berlaku  sebelum, semasa dan selepas tahun  1070 yang membawa kepada  suatu fakta yang mungkin  telah disorokkan. Apakah fakta tersebut? Ianya adalah mengenai penguasaan empayar Srivijaya terhadap keajaan Chola dan pelantikan seseorang yang mungkin berbangsa Malayu beragama Buddha dari Srivijaya sebagai raja baru Chola.

Diantara peristiwa tersebut adalah;

1)Kematian Raja Chola, Virarajendra  dan anaknya Athirajendra  yang misteri pada tahun 1070. Athirajendra dikatakan dibunuh dalam sebuah rusuhan atau pemberontakan, malah ada sejarawan India sendiri percaya bahawa Kulotungga ada peranan dalam hal ini.

2)Takhta Chola yang kosong ketika itu akhirnya diduduki oleh seorang raja asing yang bernama Kulotungga, satu nama yang asing bagi masyarakat Hindu Tamil di India selatan ketika itu tetapi adalah satu nama yang biasa bagi masyarakat atasan di Asia tenggara terutama Srivijaya dan diteruskan oleh Majapahit seperti Sangrama Vijayatungga, Samara Vijayatungga, Srimara Vijayatungga dan tak lupa seorang Srikandi Tribhuwana Vijayatungga Dewi.

3) Dalam sebuah catatan China pada tahun 1077, seorang Maharaja Srivijaya yang bernama Diwakara disebut dengan jelas sebagai seorang pemerintah asing kerajaan Chola.

4) Nama Kulothunga tercatat didalam catatan China yang sama sebagai Raja Chola sahaja dan bukan Maharaja Chola. Hal ini membuktikan bahawa Raja Chola ketika itu adalah raja bawahan dari Maharaja Srivijaya. Berkemungkinan dia adalah raja daerah (saya ambil istilah geng nai-nai), Yuvaraja atau juga Obyaraja.

5)Sebuah prasasti  yang terdapat di sebuah kuil  Tao di Guangzhou menyatakan bahawa kuil tersebut telah dibaik pulih sekitar tahun 1064-1067. Tahun 1064-1067 membuktikan bahawa yang membiayai pembaikpulihan tersebut adalah Diwakara Maharaja Srivijaya. Jika kita melihat kepada catatan China yang menyatakan bahawa Diwakara adalah penguasa luar Chola pada tahun 1077, maka dapat kita simpulkan bahawa penguaaan Srivijaya terhadap Chola berlaku sekitar 1064-1077.

 6) Sepucuk surat yang ditulis oleh seorang pegawai China Dinasti Song pada tahun 1106 dengan jelas menyatakan bahawa Chola berada dibawah penguasaan Srivijaya.

 


Sebenarnya memang ada usaha yang dilakukan oleh sejarawan China dan barat untuk menjelaskan mengenai catatan-catatan kontra dari pihak Chola dan China ini. Namun kesemuanya menemui jalan buntu. Ada sejarawan mengaggap bahawa pencatat dan pegawai China tersilap memahami maklumat yang mereka terima dan ada sejarawan barat yang mengatakan bahawa Diwakara hanyalah raja daerah dan telah menipu pegawai China untuk menaikan prestijnya semula. Namun pendapat ini juga tidak dipersetujui oleh sejarawan lain. Ditambah lagi dengan kenaikan Kulotungga sebagai raja Chola yang dianggap sebagai sesuatu peristiwa yang misteri. Malah ada sejarawan barat yakni George Spencer, cuba mejelaskan hal ini dengan mengatakan bahawa Diwakara adalah raja bagi kedua-dua kerajaan atas hasil perkahwinan Rajendra Chola dengan puteri tempatan dengan merujuk kepada Sulalatus Salatin. Tetapi yang peliknya sejarawan yang sama juga kemudiannya menolak pandangannya sendiri kerana kronologi masa yang tidak logik seperti yang tertulis dalam SS.

 

Sepanjang 50 tahun pemerintahan Kulottunga, Chola didalam rekod China ditulis sebagai sebuah karajaan yang dikuasai oleh kemaharajaan Srivijaya. Setelah kematian Kulotungga, penguasaan Srivijaya terhadap Chola mula lemah dan para elit Tamil serta Raja-raja mereka mula menjalankan kerja-kerja penghapusan dan putar belit sejarah yang memalukan bagi mereka ini. Oleh sebab itu kematian Raja Virarajendra di tulis sebagai mati dalam peperangan. Susur galur palsu yang cuba mencantumkan Kulotungga dengan raja-raja Chola terdahulu telah dibuat untuk menghapuskan bukti-bukti bahawa Kulotungga adalah Raja keturunan Srivijaya. Oleh sebab itu sehingga sekarang susur galur Kulotungga dianggap sejarawan masih kabur dan memeningkan. Malah sebuah puisi Tamil bagi menggambarkan kempen ketenteraan Kulotungga menawan Kedah turut ditulis bagi menegaskan yang Kulotungga adalah berdarah Tamil Chola.

 
Kuil yang dibina Kulotungga di Malakadambur
 

Darah Melayu yang wujud pada Kulotungga bukan sahaja dapat kita buktikan dengan penggunaan suffix tunga pada namanya yang lansung tidak pernah digunakan oleh mana-mana Raja Chola sejak zaman awal penubuhannya, tetapi juga dengan catatan dari inskripsi Chola sendiri yang menyatakan bahawa beliau adalah berasal dari wilayah luar di timur. Bercakap mengenai  inskripsi-inskripsi atau prasasti yang dijumpai di Chola, adalah penting untuk kita menapis mana-mana yang dirasakan terlalu bias atau terlalu mengagung-agungkan Chola. Oleh itu teknik cross reference atau rujuk silang adalah amat perlu dalam hal ini. Kita tidak boleh mengambil bulat-bulat apa yang ditulis dalam prasasti-prasasti Chola seperti prasasti Tanjore, yang jika kita cari rujukan silang dari bangsa-bangsa lain mengenainya adalah tidak ditemukan buat masa ini.


Mengenai serangan Chola juga ada sejarawan dari Kemboja yang membuat hipotesis bahawa serangan yang dibuat oleh Chola pada zaman Rajendra seperti yang ditulis dalam prasasti ini adalah atas bantuan daripada pendokong dinasti Sailendra yang tidak senang dengan Sangrama Vijatatungga yang dikatakan berasal dari dinasti Sri Dharmaraja dan ingin bebas dari pengaruh Sailendra di Jawa. oleh sebab itulah Rajendra mengambil kesempatan untuk menyerang Srivijaya terutama Kedah yang dikawal kerabat Srivijaya mala dari Sri Dharmaraja. Ini bermakna terdapatnya perpecahan dikalangan Raja-raja Melayu sendiri untuk merebut penguasaan Selat Melaka, itu pun jika hipotesis ini benar.

 


Oleh sebab itu ada sejarawan yang menganggap bahawa apa yang ditulis dalam prasasti tersebut adalah ‘cakap-cakap’ besar semata-mata. Jika penyerangan yang dasyat ini berlaku mengapa tidak dipahat prasasti yang serupa di Srivijaya? Malah jika benar berlaku penyerangan yang maha hebat dan besar mengapa kerajaan China tidak tahu menahu hal ini, Sedangkan para pedagang dari China sudah tentu banyak yang singgah di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya. Begitu juga jika kita mengkaji Sejarah Melayu seperti Sulalatus Salatin, kita perlu melakukan rujuk silang dan tidak mengambil sebarang maklumat secara membuta tuli.

 
Maharaja Shen Zong memerintah pada zaman kulotungga memerintah Chola


Seperti yang saya pernah sebutkan dalam artikel sebelum ini, Srivijaya bukan sahaja pernah berkuasa di Chola tetapi juga di Sri Lanka malah kepulauan Maldives, Nicobar dan Madagaskar. Daripada catatan petitih-petitih kuno di Sri Lanka lah kita dapat tahu hal sebenar yang berlaku semasa atau selepas serangan Chola tersebut jika benarpun ia berlaku. Malah catatan dari pengembara Arab turut menyebut bahawa Sri Lanka di bawah jajahan Srivijaya. Kehebatan Srivijaya sebagai penguasa lautan timur tercatat dalam catatan pengembara Arab. Terdapat juga catatan Arab yang menyatakan bahawa Srivijaya pernah menyerang Sofala. Legasi kehebatan inilah yang dicemburui oleh kerajaan-kerajaan lain seperti kerajaan Tamil Chola dan juga Thai. Tetapi legasi ini tidak diendahkan lansung oleh bangsa kita, malah ada yang menempelak dan mengejek-ejek golongan yang betul-betul ikhlas dan sayangkan sejarah bangsa Melayu. Sedangkan orang-orang Arab pada zaman dahulu sangat kagum akan bangsa Melayu seperti yang digambarkan dalam catatan yang dibuat oleh Al Mas’udi berikut mengenai Maharaja Srivijaya:

"In the sea of Champa (eastern South China Sea) is the empire of Maharaja, the king of the islands, who rules over an empire without limit and has innumerable troops. Even the most rapid vessels could not complete in two years a tour round the isles which are under his possession. The territories of this king produce all sorts of spices and aromatics, and no other sovereign of the world gets as much wealth from the soil."

(Mas'udi, 943)


Dalam artikel sebelum ini juga saya ada menyatakan yang saya akan membentangkan satu kajian dari pengkaji Sri Lanka mengenai Raja-raja Melayu di pulau air mata tersebut. Tetapi nampaknya saya terpaksa menangguhkan artikel tersebut buat masa ini bagi penambahbaikan tertentu. Oleh itu sekian dahulu dari saya dan semoga kita berjumpa lagi di artikel akan datang. Wallah hu a’lam.
 
~Al Semantani Jones

    Kredit: cik Srikandi