Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Bagi
meneruskan kesinambungan artikel saya mengenai bangsa-bangsa awal dunia, para
Nabi terawal serta kaitannya dengan tanah Nusantara yang bertuah ini maka saya
persembahkan satu artikel berbentuk HIPOTESIS untuk kita sama-sama memikirkan
kebenaran disebaliknya. Dalam artikel ini kita akan mengembara di zaman yang
paling jauh yang tak pernah saya pergi sebelum ini. Saya akan bawa anda ke
zaman dimana manusia pertama bertapak dibumi. Ya, zaman Nabi Allah Adam a.s
bersama isterinya Hawa serta anak-anak mereka setelah baginda dikeluarkan dari
Taman Jannah.
Sebenarnya para pembaca sekalian, persoalan ini telah
membelengu pemikiran saya sejak beberapa tahun yang lalu. Namun hanya sekarang
baru saya mampu untuk merungkaikanya setelah membaca dan mengkaji dari pelbagai
sudut termasuklah dari sudut Agama. Apakah persoalan tersebut? Ia adalah
mengenai teori yang menyatakan bahawa Nabi Adam itu diturunkan oleh Allah di
tanah Nusantara. Saya percaya yang ramai diantara pembaca sekalian telahpun
tahu samaada melalui pembacaan atau mendengarnya dari sumber kedua tentang
perkara ini. Namun bagi saya jika saya tidak mengkajinya sendiri nescaya saya
tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang saya terima. Sebab itulah saya
telah cuba membuat sedikit penyelidikan dan rujuk silang mengenai teori
tersebut.Oleh itu mari kita hayati kisah manusia pertama ini dahulu, ADAM.
Pada era penciptaan ADAM, Azazil dan kuncu-kuncunya
membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi disuruh untuk
tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya diburukkan wajah mereka dan
dihalau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’oleh
masyarakat barat. Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru. Di
dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam hati manusia,
sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri.
Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang.
Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar dari syurga.
Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab
musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal
penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan
menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi
serta anak cucu mereka. Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun
sebagai pemimpin pada campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang diciptakan
di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya tahu dan jika
mahu lebih, anda haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.
NABI ADAM a.s tidak turun dengan tangan kosong. Baginda
telahpun dipenuhkan dirinya oleh Allah swt akan ILMU SEGALA NAMA.
Baginda kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq.
Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewi atau wali-wali keramat yang dikenali
pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tetapi, dikhabarkan juga, ada ahli yang
mendapat ilmu ini untuk diaplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah
kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic seperti bangunan yang
tinggi-tinggi dan teknologi pembuatan senjata yang memusnah.
Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewangga
atau wali. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa
atau orang keramat yang mahu membina dunia sebagai syurga hawa nafsu yang sudah
pastinya disemarakkan oleh bisikan Azazil si Iblis. Maka, terjadilah
‘pertelingkahan’ sehingga kini. Inilah dinamakan sebagai ‘light and dark’ hitam
atau putih, Ying atau Yang, antara yang baik dengan yang jahat. Pertempuran ini
sentiasa terjadi sehingga kini. Jadi para pembaca semua setakat ini sudah tentu
anda faham apa yang hendak saya sampaikan. Daripada tulisan diatas kita semua
tahu bahawa Nabi Adam a.s telah diturunkan Allah dari syurga ke suatu tempat di
atas bumi dengan dilengkapi dengan ILMU SEGALA NAMA. Persoalannya di sini, dimanakah
tempatnya Nabi Adam mendarat dari syurga tersebut? Mari kita bincangkan
bersama.
Berdasarkan riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang
diterimanya dari Abdullah bin Umar, menyatakan bahwa Adam turun ke dunia di Bukit
Shafa, sedangkan Hawa turun di Bukit Marwah. Akan tetapi, riwayat dari Ibnu
Abi Hatim ini terdapat versi lain, yang menyatakan bahwa tempat turunnya Nabi
Adam di Bumi, berada di antara negeri Makkah dengan Thaif. Di sisi lain,
menurut riwayat Ibnu Asakir yang diperoleh dari Ibnu Abbas, menyatakan bahwa
Nabi Adam turun di Hindustan dan Hawa turun di Jeddah. Dimana makna Jeddah
berasal dari kata Jiddah, yang berarti nenek perempuan. Syaikh Yusuf Tajul
Khalwati berpendapat, Nabi Adam turun di Pulau Serendib. Beliau ketika
itu menduga, Pulau Serendib adalah Pulau Ceylon (Sri Langka). (sumber:
Tafsir Al Azhar, Juzu’ I, tulisan Buya HAMKA) Tetapi berdasar penelitian, kata
Serendib adalah bahasa Sanskrit yang ditulis dalam bahasa Arab, yang
aslinya berasal dari kata Suvarna Dwipa pulau emas yakni Sumatera,
yang merupakan sebahagian dari kawasan pentas Sunda. Maka melalui pendapat yang
dikemukankan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, saya mula mengatur benang-benang
untuk cuba mencari kebenaran yang mengatakan Nabi Adam turun di Nusantara.
Sememangnya persoalan ini adalah amat membingungkan kerana tiadanya sebarang
rekod sejarah mahupun nas-nas dari Al Quran yang menyatakan tempat dimana Nabi
Adam turun di bumi. Namun sejak dari zaman Rasulullah lagi telah banyak cubaan
dilakukan oleh ahli-ahli tafsir untuk memecahkan kebuntuan tersebut seperti
yang kita dapat lihat dalam penulisan sebelum ini.
Selain daripada tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh
Syeikh Yusuf Khalwati terdapat beberapa lagi tafsiran dari sumber-sumber yang
boleh dipercayai kesahihannya. Cuma apa yang diperlukan adalah anjakan paradigma
dan pandangan yang sedikit berbeza sahaja. Antara riwayat yang saya maksudkan
adalah seperti;
·
Dari
Qatadah ra, beliau berkata bahwa Allah swt meletakkan Baitullah (di bumi)
bersama Nabi Adam as. Allah swt telah menurunkan Nabi Adam as di bumi dan
tempat diturunkannya adalah di tanah AL HIND. Dan dalam keadaan
kepalanya di langit dan kedua kakinya di bumi, lalu para malaikat sangat
memuliakan Nabi Adam as, kemudian Nabi Adam as pelan-pelan berkuranglah tinggi
beliau. (H.R. Musonif Abdur Razaq).
·
Dari
Ibnu Abbas r.huma. telah berkata : “Sesungguhnya tempat pertama dimana Allah
swt turunkan Nabi Adam as di bumi adalah di AL HIND”. (H.R.Hakim)
·
Dari
Ali ra. Telah berkata: “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di
sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul
Ummal).
·
Dari
Ibnu Abbas r.anhum. telah meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra. Telah berkata:
“Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam
as. telah diturunkan di AL HIND, maka pohon – pohon dari AL HIND
telah melekat wangi-wangian dari surga.” (H.R.Hakim)
·
Dari
Ibnu Abbas r.hum telah berkata bahwa Jarak antara Nabi Nuh as dengan hancurnya
kaumnya adalah 300 tahun. Dari tungku api (tannur) di AL HIND telah
keluar air dan kapalnya Nabi Nuh as. Berminggu-minggu mengelilingi Ka’bah.
(H.R.Hakim) (riwayat ini penting kerana kita telah tahu bahawa Nabi Nuh berkemungkinan
besar berasal dari Sundalan. Jadi AL HIND disini adalah Nusantara dan
bukan India. Namun ini hanya teori yang masih banyak harus diperbaiki jadi
seeloknya jangan kita ambil bulat-bulat kesimpulan ini.
·
Dari
Abu Sa’id Al Khudri ra. mengatakan bahawa seorang raja dari AL HIND
telah mengirimkan kepada Nabi saw. sebuah tembikar yang berisi halia. Lalu Nabi
saw. memberi makan kepada sahabat – sahabatnya sepotong demi sepotong dan Nabi
saw pun memberikan saya sepotong makanan dari dalam tembikar itu. (H.R.Hakim)
·
Dari
Abu Hurairah ra. berkata bahwa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang
yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu
maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya
akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan
selamat) maka saya (Abu HUrairah ra.) adalah orang yang terbebas (dari neraka).
(H.R. An Nasai)
·
Dari
Ali Ra. berkata bahwa dua lembah yang paling baik dikalangan manusia adalah
lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, dimana Nabi
Adam as. diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya
bisa membuat kamu jadi wangi.
·
Dari
Ibnu Abbas ra. meriyawatkan dari Nabi saw telah bersabda bahwa Sesungguhnya
Nabi Adam as. telah pergi haji dari AL HIND ke Baitullah sebanyak seribu
kali dengan berjalan kaki tanpa pernah naik kendaraan walau
sekalipun.(H.R.Thabrani)
·
Dari
Ubay bin Ka’ab ra. mengatakan: “Saya berkeinginan untuk keluar di jalan Allah
ke AL HIND”. Ubay bin Ka’ab ra. bertanya kepada Hasan ra.: “Berilah saya
nasihat!”. Hasan ra. berkata: “Muliakanlah perinta Allah dimanapun kamu berada
maka Allah akan memuliakan kamu”. (H.R. Baihaqi fii Syu’bul iman)
·
Dari
Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Dua gulongan dari ummatku yang
diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu golongan yang berperang di AL
HIND dan golongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan
Ahmad)
Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu Adam yang berjaya
menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi
spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota
yang hebat. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Tapi benua yang termaju itu
terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang
besar. Pada era itu juga, mungkin bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja
yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti
ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita
pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini.
Ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain .Apapun, kita tinggalkan
tentang itu.Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi lantas menenggelamkan
segala yang ada. Bahtera NUH yang besar, mendarat di tanah besar yang kini di
kenali sebagai Asia Barat.
Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana,
manusia-manusia hybrid seperti Neanderthal dan homo sapien awal dihapuskan
(atau mungkin di sembunyikan) sebab itu kita hanya jumpa rangka sahaja. Yang
tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di
selamatkan. Bertebaranlah mereka membina kehidupan yang baru. Di suatu tempat
yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling
tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan
sekarang ini sebagai tanah ‘Nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya
pernah di diami oleh para dewa-dewi atau wali keramat pada era ADAM. Tetapi,
sejak peninggalan NUH dan banjir besar, tanah ini kosong dan menunggu
kepulangan penduduk asalnya. Tapi bilakah mereka itu akan pulang kepangkuan
tanah ‘dewa’ ini? (peringatan kepada semua pembaca, bila saya sebut dewa bukan
bermakna saya menyekutukan Allah tetapi ini merujuk kepada apa yang difahami
oleh manusia zaman purba yakni manusia-manusia terpilih selain Nabi yang ada
karamah atau ilmu yang tinggi sehingga disembah sebagai dewa samaada secara
sengaja atau tidak sengaja). Bagi lebih memahami perihal ini kita akan lihat
era-era berikut satu persatu dimulakan dengan era Adam.
ERA ADAM
“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10
Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya
menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat
mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah
kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA NAMA di berikan padanya itu, ternyata dia
dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Namun umatnya bukan sahaja terdiri dari
keturunannya malahan termasuk golongan fallen Angel atau jin-jin, gergasi dan
raksasa seperti yang ada diceritakan dalam Al Quran, serta makhluk pelik-pelik
mungkin termasuk NAGA yang pada ketika itu bertebaran di muka bumi. Bagaimanapun,
dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus
dunia secara bersama seperti Nabi Syith dan anak cucunya yang lain. Jika
anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama,
anda tentu pernah mendengar frasa ini; ‘ADAM mewariskan amanahNYA kepada
keturunannya’.
Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya
adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA NAMA ini yang sesekali tidak akan hilang.
Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap
kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Pewaris ILMU
SEGALA NAMA ini di beri HAQ untuk mengurus bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan
sebagai DEWA-DEWI atau jika anda berasa kurang senang menggunakan konotasi
tersebut boleh juga gunakan para WALI-WALI. Biarpun apa frasanya, yang penting,
mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.
Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah, ini sudah tentu sebab itu para Malaikat sebelum Allah menjadikan Adam sudah dapat meneka bahawa anak cucunya akan membawa kerosakan. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa atau Wali-wali’ tapi tiada HAQ contohnya dalam kes Habil dan Qabel. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan mereka sendiri yang menjadi asas kepada perbezaan bangsa sekarang. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA seperti Qabel dan anak cucunya yang mendendami adik beradiknya yang lain. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, namun ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?! Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan yang pertama di bumi yaitu peperangan diantara puak Qabil dan puak anak-anak Adam yang salih yang diketuai oleh Nabi Syits, adik kepada Qabil. Qabil setelah membunuh Habil dikatakan telah melarikan diri ke Mesir atau Babil dan menetap dengan anak cucunya disitu. Keturunannya dinamakan Bani Qabil yang memulakan tamadun di lembah Nil dan seterusnya menjadi umat Nabi Idris. Diriwayatkan bahawa Allah swt menyeru Nabi Syits memerangi Qabil dan puaknya. Akhirnya Qabil berjaya ditangkap dan dihukum mati. Setelah dia mati anank-anak serta cucu Qabil menuntut mayat Qabil dan kemudiannya cuba untuk menanamnya. Namun sebelum mereka sempat menanam mayat Qabil Syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia telah menasihati mereka supaya menanam Qabil didalam batu berhablur yang dipahat sebagai keranda. Syaitan atau Iblis juga menasihati mereka supaya mayat itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik serta diawetkan dengan garam dan disertakan dengan barang-barang perhiasan dan makanan. Kemudian Iblis mengarahkan agar keranda batu itu diletak didalam sebuah binaan dan dipuja setiap setahun sekali dengan membawa makanan dan wangian. Maka bermulalah upacara menghormati si mati seperti mumia Mesir purba.( sumber Israeliat).
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” Al-quran 34:7:
Surah : AL-A'RAAF
“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri
penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri
itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka
tidak menyadarinya” surah al- an’am ayat 123.
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa
di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat,
untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.” surah al-an’am ayat
165.
ERA KETURUNAN ADAM
“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” surah yunus ayat 94.
Pada era ADAM dan anak cucunya yang mengurus bumi, mereka
di gelar DEWA-DEWI atau wali-wali. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada
daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di
bumi?” Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada
dia adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah
kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda
kekuasaaNYA”Allah boleh berkehendakkan apa sahaja untuk berlaku samaada ia
menampakkan kelemahan mahupun kekuatan kerana Allah itu maha bijak dan maha
mengetahui dari kita. Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal
sebegini, saya tegaskan mengenai sikap kita kini yang mana suka sangat lemahkan
kekuasaan ALLAH. Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan
katakan ‘Jangan cabar Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar? Sudah tentu tidak,
kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNYA DIA dalam memberi
keizinan.
Berbalik perihal ILMU NAMA, pada era ADAM dan
seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu. Dewa-dewi ini ada juga yang
mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di
istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua
berdasarkan memori atau cerita ceritun dari nenek moyang mereka ADAM yang ada
pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.
Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia sebab
mereka adalah anak cucu Adam juga, tetapi mereka ini golongan yang mendapat keilmuan
yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. Namun
akhirnya manusia dari era selepasnya terkesan dengan karamah-karamah yang ada
pada mereka ini sehinggakan patung-patung mereka dicanai dan disembah
seperti tuhan. Lama kelamaan perbuatan menyembah berhala ini menjadi
suatu agama yang universal dan merebak ke seluruh dunia. Maka muncul lah
dewa dewi yang pelbagai nama antaranya Enki dan Enlil, Diana, Baal, Zeus,
Hera,Vishnu, Rama, Brahma,Venus dan banyak lagi yang merupakan nama-nama para
manusia yang mempunyai ilmu segala nama yang diwarisi dari datuk atau moyang
mereka ADAM.
ERA NUH
“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak
generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan
kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan
kepadamu” surah al-an’am ayat 6.
Selepas beberapa siri peperangan dan kekejaman yang
amat hebat, bumi ketika itu harus di ‘bersih’kan demi kesejahteraan manusia
khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti
saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan
dan satu daripadanya telah ‘lari’ orbitnya dan menyebabkan gegelang bulan yang
terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.Namun ini masih
dalam konteks kontroversi sebab tiada maklumat dari sumber yang bertauliah yang
boleh mengesahkannya.Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER
mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri
banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga
itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba
masanya shu meningkat pula, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan
banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir
besar.
Bahtera NUH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia
dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini. Jika mengikut
apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini
cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan
selanjutnya. Di atas bahtera itu, NUH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah
satu-satunya tanah yang berpenghuni. NUH lah yang mempunyai ILMU SEGALA NAMA itu.
Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah
sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali
pun. Maka memang benarlah NUH adalah ‘raja lautan’ dan waris NUH lah
yang mewarisi ILMU SEGALA NAMA itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat
menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat
di sekitar Asia barat, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru
muncul.
Dari transformasi dan asimilasi di dalam kapal, wujud
manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan
bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia
dulu? Dari pengetahuan saya, perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu
sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar
adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk atau mungkin terbang seperti
manusia zaman Era ADAM. Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat
dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia
sehingga tiba masanya, wasiat NUH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NUH itu?.Jadi,
apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah
bangsa yang berdarah di raja dan berisi ILMU SEGALA NAMA yang mengetahui wasiat
NUH. Bangsa itu adalah bangsa MIM…?!
Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh ketika bencana). Ketiga-tiga waris Nuh as ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, Akkadian, Mesir dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja, bangsawan dan para pendita inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki bahtera NUH as itu tadi.
Bagaimana ini boleh terjadi? Di dalam bahtera NUH itu
anak-anak NUH as melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika
itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh as itu bukanlah turun pada satu tempat
akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Nuh as.
Apakah itu wasiat Nuh as? Wasiat Nuh adalah kata-kata kepada warisnya supaya Kembali
Semula Ke Tanah Asal Mereka yakni Pentas Sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu,
di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh as ini, akan terdirinya ketamadunan
yang hebat.
Salah satu bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni
Nusantara adalah Pentas Sunda tempat bermulanya pelayaran Nabi Nuh adalah,
dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat
sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR. Selain itu, bukti lain adalah, kajian
daripada Stephen Oppenheimer dan Prof Arysio Santos, serta Thomas suarez yang
membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “Early Mapping of
Southeast Asia: The Epic Story”. Dalam buku Eden in the East Oleh Stephen
Oppenheimer ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir
besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan
cerita mengenai pelayaran NUH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia. PROF
ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA
dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas
beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang
mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di
NUSANTARA terjadi. Adakah ini kerja Hidden Hand?
Apakah anda dapat melihat pola pergerakan kajian dari
pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda anda seketika. Pada zaman
dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang
mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya,
Christpher Colombus menjumpai Amerika dan mengelarkannya itu sebagai ‘the
lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh Colombus itu adalah
salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka
bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu.
Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan Para FIRAUN
ini.
DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji
barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan
dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan
apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang
lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘The Lost World’, ‘Solomon Mine’,
‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada
sini. Tapi, persoalannya, di sini tu bagaimana ? !Jika di kaji, di permukaan
Tanah Nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat
seperti Sumeria, Mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh dikatakan
semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan
itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah atau
teknik rujuk silang seperti yang Cik Sri Selalu sebutkan.
“Sesungguhnya Allah telah memilih
Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat” ayat 33,
surah ali-imran.
Waris-waris Nuh ini bergerak
menuju ke Pentas Sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung
halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi
membongkar siapakah sebenarnya ‘ahli rumah’ atau ‘ahlul bait’
ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan Arab semata-mata.
Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan. Darah
keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja
agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa
akan wasiat itu. Cuma segolongan yang ‘ingat’ sahaja akan meneruskan perjalanan
mereka menuju ‘THE PROMISED LAND’.
Hal ini di burukkan pula dengan
penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja dan wali
agung pada zaman dulu kala seperti kisah raja Namrud yang merupakan Cicit
Kepada Nabi Nuh sendiri yang lupa akan kekuasaan Allah dan mengatakan dia
anak Allah. Beliau juga mewarisi Ilmu-ilmu para Nabi seperti Matematik, Astronomi
dan Sains malahan beliau orang pertama di dunia yang mencipta konsep jam,
menit dan saat serta membahagikan 24 jam kepada satu hari. Beliau
juga pakar pembina bangunan tinggi, jambatan dan saluran irigasi. Kesemua ilmu
ini telah diwarisi dari nenek moyangnya yang merupakan orang soleh dan
Nabi-Nabi seperti Nabi Idris dan Nuh. Namun akibat kesombongannya dia leka dan
lupa akan Allah dan mengangkat dirinya sebagai tuhan.
Jelas disini bahawa wasiat ilmu
ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu
sebagai ‘dewa’ atau wali. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di
sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini
menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya,
mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. Kenapa harus
mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena
DIAlah zat maha segala.
Maka dapat saya simpulkan disini
bahawa pencarian kita akan Tanah asal Nabi-Nabi terawal seperti Adam, Idris dan
Nuh sudah semakin hampir. Walaupun saya tahu bahawa ada pihak yang kurang
senang saya mengaitkan hal agama dalam penulisan saya namun hal ini tidak dapat
dielakkan kerana kebanyakan sumber adalah dari situ. Dari itu kita dapat memberikan
rumusan bahawa Nabi Adam a.s berkemungkinan besar diturunkan di Nusantara. Hal
ini adalah kerana perkataan AL HIND yang digunakan oleh orang Arab untuk
memanggil benua India bukan khusus untuknya saja sebaliknya AL HIND
adalah konotasi untuk melambangkan kawasan Pengaruh Hindu Termasuk
Asia Tenggara. Oleh sebab itulah ketika Khalifah Muawwiyah menulis surat
balasan kepada Maharaja Srivijaya dia memanggil Maharaja tersebut sebagai PENGUASA
AL HIND. Malah surat dari Srivijaya kepada Khalifah Umar Abdul Aziz juga
dicatatkan sebagai surat dari seorang Maharaja Al Hind. Namun seperti
yang kita ketahui Srivijaya bukan terletak di India bukan?
Tambahan lagi saya menemui buku
sejarah tulisan pengkaji luar berbahasa Inggeris yang mengiyakan tanggapan saya
bahawa Nusantara adalah Al Hind. Selain itu jika kita lihat pada
panggilan orang-orang barat pada zaman penjelajahan terhadap Nusantara adalah THE
EAST INDIES atau HINDIA TIMUR. Perhatikan perkataan HINDIA
itu. Semua panggilan ini diperolehi daripada catatan awal pengembara Arab ke Nusantara
seperti Ibnu Battutah dan Al Idrisi. Satu lagi perkara yang amat menarik bagi
saya adalah mengenai Hadith dan riwayat yang telah saya paparkan di awal
artikel ini tadi. Salah satu dari Hadith tersebut adalah mengenai peperangan
yang bakal berlaku di Al Hind. Nabi Muhammad mengatakan bahawa sesiapa
yang menyertai peperangan tersebut akan masuk syurga.
Selama beratus-ratus tahun orang Aceh berperang dengan orang-orang kafir harbi bersama konco-konco mereka di sekitar selat Melaka, bermula dengan Portugis dan berakhir dengan Belanda dan Indonesia. Sudah tentu peperangan yang sangat lama inilah yang di riwayatkan oleh Rasulullah Sallalahhualaihiwassalam.
Seperti yang kita ketahui sememangnya banyak
peperangan yang melibatkan orang Kafir Harbi dengan orang Islam sepanjang zaman
di Nusantara ini. peperangan terbesar di Nusantara dan terawal tentulah
diantara Portugis dengan Melaka, kemudian disusuli Portugis Dengan Aceh
yang mengorbankan lebih dari 60 ribu orang Aceh serta banyak lagi
peperangan diantara portugis dengan Aceh dan negeri-negeri Melayu yang lain. Malahan
peperangan ini masih berterusan hingga kini iaitu diantara Pattani Dengan
Thai dan Moro Dengan Kristian Filipina dan Aceh Dengan Indonesia.
Saya pasti peperangan yang disebut Nabi Saw adalah peperangan-peperangan
tersebut. Bukankah kesemua riwayat ini mengukuhkan lagi teori yang menyatakan
bahawa Nabi Allah Adam itu diturunkan Allah di Nusantara dan membina tamadunnya
disini bersama anak cucunya Nabi Syiths Dan Nuh. Tidak perlulah rasanya saya
terangkan lagi apa signifiken hadiths yang mengatakan tentang kewujudan kayu
wangi-wangian di Al Hind kerana Nusantara memang terkenal dengan kayu-kayuan
tersebut seperti Gaharu, Cendana, Depu, Kayu Manis, Kemenyan dan lain-lain. sekian, wallah
hu a’lam.