Jumaat, 26 November 2010

KOTA MELAKA YANG SEBENAR




Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya?

 

Salam para pembaca semua, seperti yang telah saya janjikan, kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.


Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh tentera Acheh.


Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.



Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.



Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.



Lakaran portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.


Lakaran diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin juga askar upahan.

Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?


Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.


Lakaran menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka. Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.



Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersenut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.



Lakaran menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan Melaka.

Maka para-pembaca sekalian, sekarang telah terjawab mungkin suku daripada persoalan-persoalan tentang kehebatan kota Melaka yang sering digembar-gemburkan dalam catatan-catatan pengembara luar dan dalam. Kita juga dapat melihat secara lebih terperinci bagaimana pesat dan membangunnya Bandar Melaka dan system pertahanannya daripada lakaran yang telah saya paparkan. Semoga ia member manafaat kepada anda semua. Wallah hu a’lam.

Rabu, 17 November 2010

PENUNGGU STAR GATE MELALUT DI RAYA QURBAN



Salam para pembaca sekalian. Nampaknya saudara megat al jefri dari blog Kedah cyber sybury telah melalut di hari raya qurban. Nampaknya sudah terlalu jelas telahan dan tekaan kami sebelum ini bahawa mereka mahukan TAKHTA dan HARTA sultan-sultan Malaysia adalah benar!



Saudara Megat dengan megah memaparkan apa yang dikatakannya sebagai surat rasmi tuntutan keatas aset-aset dan takhta kesultanan Melaka dahulu. Saya berasa lucu bercampur kasihan dan marah dengan apa yang berlaku. Pertama saya berasa lucu kerana tuntutan yang dibuat oleh geng merong ini adalah seolah-olah mintak bulan jatuh ke riba, adakah mereka ingat dengan sekadar membuat surat rasmi kepada PM sahaja mereka akan dapat apa yang mereka mahu. Ayat yang paling menyentak jiwa saya bila membaca surat ini adalah ini: “SAYA BERHARAP DENGAN JASA BAIK YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA AGAR MENYERAHKAN NEGARA MALAYSIA PADA SAYA...MENGIKUT HUKUM KHUTBAH WIDA NABI MUHAMMAD” Mengucap panjang saya apabila membaca surat ini. Saya pejamkan mata dan celik semula, garu sikit kepala pastu tepuk dahi kalau-kalau saya mimpi, tapi tidak rupanya. Kalaulah Pak Najib kita terlalu naif sehinggakan beliau sanggup menyerahkan negara Malaysia pada orang tua ni, maka seluruh dunia akan gempar, keluar berita utama tu!


Bukan setakat itu sahaja, malahan sejarah Turki Uthmaniah jugak mahu dipesongkannya. Sehinggakan lambang jata kebesaran kerajaan Turki dikatakan sebagai lambag kerajaan depa yang disimpna oleh RAJA DAERAH Turki Uthmaniah, Raja Daerah? Ni teori nai-nai tahap gaban dah ni. Sehinggakan seluruh dunia telah menjadi jajahan takluk keluaraga Merong. Huh..


Agaknya selepas ini Obama pun dikatakan sebagai keturunan Merong, lepas tuh Gloria Macapagal dengan Queen Elizebeth pun keturunan Merong..haha, bercampur baur lah antara Tok selampit Megat dengan Pak Dogo nai-nai dengan Tok dalang Asreemoro. Saya cadangkan kalau surat tu betul-betul sampai ke tangan PM kita agar beliau pertimbangkan supaya geng Merong ni disiasat dibawah Akta Hasutan takpun ISA, sebab tuntutan mereka ini sebenarnya kalau ikut undang-undang ada unsur penderhakaan dan pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong Malaysia dan boleh dihukum dengan berat atau buang negara sama macam Chin Peng! Sekian, Wallah hu a’lam

Isnin, 8 November 2010

HUBUNGAN SRIVIJAYA DAN KERAJAAN CHOLA

Peta Kempen Ketenteraan Chola Terhadap Srivijaya



Hubungan Empayar Melayu Srivijaya dengam Kerajaan Chola selatan India adalah sebuah hubungan yang agak kompleks. Adakalanya hubungan kedua kerajaan ini renggang sehingga membawa peperangan dan pada masa lain pula baik bagaikan saudara. Sebelum kita pergi lebih jauh saya ingin membawa anda ke selatan India bagi memperkenalkan kerajaan India yang pada suatu masa dahulu pernah menyerang Nusantara.



Kerajaan Chola adalah sebuah kerajaan kaum Dravidia yang terdapat di kawasan lembangan sungai Kaveri di selatan benua kecil India. Sejak beberapa abad lamanya kerajaan Chola berada dibawah kekuasaan kerajaan-kerajaan india selatan yang lain yang lebih kuat iaitu kerajaan Pallava, namun demikian setelah kerajaan Pallava mengalami kemunduran akibat serangan daripada musuhnya seperti Padyas dan Chalukya, Kerajaan Chola mula bangkit sedikit demi sedikit untuk keluar dari kongkongan Pallava. Sekitar penghujung kurun ke 9 masihi kerajaan Chola telah cukup kuat untuk memerdekakan dirinya. Pada kurun ke 10 kerajaan ini telah menyerang kerajaan Pallava lama dan pada masa yang sama Rajaraja 1 diangkat menjadi raja kerajaan baru. Chola juga telah berjaya menawan Padya yang sekarang ini terdapat dalam kawasan orang-orang Tamil di Tamil Nadu dan Andhra Pradesh.



Walaupun kerajaan Chola adalah sebuah kerajaan yang kuat namun kekuatan ekonominya bukanlah berasakan kepada perdagangan ataupun cukai. Kekuatan ekonomi kerajaan Chola hampir sepenuhnya bergantung kepada pendapatan melalui Kuil-Kuil dan penjarahan terhadap kerajaan lain yang kalah atau dalam erti kata lain harta rampasan serta ufti dari kerajaan naungannya. Oleh kerana itulah kerajaan Chola cenderung untuk mengadakan kempen untuk menyerang kerajaan-kerajaan lain yang lebih lemah dan kerajaan yang menjadi mangsanya adalah seperti Sri Lanka, Padyas dan Chalukyas. Selagi Chola masih mempunyai sumber harta rampasan yang banyak di Benua India yang diperolehi setelah menyerang jiran-jiranya maka negeri-negeri di Asia Tenggara masih bernasib baik, hal ini ditambah lagi dengan jarak yang amat jauh tidak memungkinkan Chola menyerang.



Disebabkan faktor ini juga, pada peringkat awalnya hubungan dinasti Rajaraja dengan Kerajaan Srivijaya boleh dikatakan agak baik. Bukti hubungan baik ini adalah apabila Raja-raja telah menghadiahkan tapak perkampungan bagi pembinaan kuil Buddha di Nagapatnam yang di biayai oleh maharaja Srivijaya Culamanimarvadeva. Inskripsi yang menyatakan tentang perkara ini dikenali sebagai Inskripsi Tanjor dan ianya ditulis dalam bahasa sasnkrit dan Tamil. Inskripsi ini menjelaskan bahawa Maharaja Srivijaya Culamanimarvadeva maharaja kedah dan Srivijaya ingin membina wat di tempat tersebut dan Rajaraja menyediakan atau menghadiahkan tapaknya.


 
Namun demikian hubungan baik diantara kedua kerajaan besar ini tidak mampu bertahan lama. Hal ini adalah disebabkan oleh polisi kerajaan Chola itu sendiri yang sumber ekonominya bergantung hampir sepenuhnya kepada penjarahan dan harta rampasan perang. Setelah hampir seluruh selatan India dan pantai timur India sehingga ke sungai Ganges di utara diserang dan dijarah harta bendanya oleh kerajaan Chola, mereka mula mencari sumber baru yang dapat menjamin kelansungan kerajaan mereka. Rajendara Chola yakni pengganti kepada Rajaraja mula mensasarkan asia tenggara sebagai target yang seterusnya. Khabar berita daripada para pedangan Arab dan Tamil mengenai kekayaan kerajaan Srivijaya telah menambahkan lagi minat beliau untuk menjarah Empayar Melayu tersebut. Tambahan lagi pada masa tersebut banyak persatuan-persatuan perniagaan dan perdaganngan yang menjadi pelobi di Istana Chola mendesak Rajendra untuk menguasai perdagangan antarabangsa di laluan selat Melaka yang menjadi nadi kekayaan Srivijaya. Tindakan para pelobi ini salin tidak tumpah sepertimana peranan yang dimainkan oleh CFR atau Counsel for Foreign relation di Amerika pada hari ini. Tanpa sokongan daripada ketua-ketua persatuan perdagangan yang kaya raya ini dan bantuan keewangan mereka kerajaan Chola akan hilang salah satu daripada sumber pendapatannya. Hal ini ditambah lagi dengan tindakan Suryavarman yang memohon bantuan ketenteraan untuk mengukuhkan kekuasaannya yang baru sahaja menguasai Kemboja dan inginkan kebebasan mutlak daripada hagemoni Srivijaya.



Bagi menyerang sebuah kerajaan yang sangat jauh dari India Kerajaan Chola memerlukan armada yang besar. Armada tersebut telah bersdia untuk berlepas pada tahun 1025 masihi, dan dibawah pimpinan Rajendra Chola sendiri mereka telah menjarah pantai-pantai Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Kejayaan besar dan hasil rampasan yang terbanyak diperolehi pasukan Chola adalah dalam penjarahan terhadap Palembang dan Kedah. Menurut inskripsi tanjore, selain Kedah dan Palembang kawasan lain seperti Langkasuka, Jambi ,Panai,Panduranga,Lamuri,Takkola, Tambralinga,Pegu,Tenaseerim,Nicobar dan banyak lagi telah dijarah dan dimusnahkan. Suka untuk saya menyatakan disini bahawa dalam inskripsi ini juga ada menyatakan keadaan perlawanan dan pertahanan negeri-negeri yang diserang oleh Chola, dan sebahagian besar daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang diserang tersebut memberikan perlawanan yang amat sengit. Kita juga dapat mengetahui strategi pertahanan kerajaan Melayu dalam inskripsi tersebut. Dikatakan bahawa Kerajaan Malayur atau Jambi membina kota pertahanan yang kukuh diatas sebuah bukit, manakala Kedah mempunyai banyak puntu-puntu kota yang diperbuat daripada logam berharga. Negeri-negeri yang diserang ini kebanyakannya mempunyai binaan dari batu bata. Namun kita tidak dapat melihatnya pada hari ini berkemungkinan besar kerana telah dimusnahkan dalam peperangan atau dihakis air bah ataupun sebenarnya masih tersembunyi di dalam tanah dan sedang menunggu untuk dicari gali.





Mungkin anda tertanya-tanya mengapa kerajaan Srivijaya yang begitau hebat dan kuat tersebut boleh jatuh dengan mudah. Sarjana-sarjana sejarah berpendapat bahawa serangan yang dilakukan oleh Chola adalah serangan mengejut yang tidak disangka-sangka oleh Maharaja Srivijaya dan sekutu-sekutunya. Tambahan lagi mereka berpendapat serangan ini di rancang dengan amat teliti. Tentera Chola juga dikatakan menyerang Srivijaya dari selat sunda dan bukan masuk melalui selat Melaka. Hal ini menambahkan lagi faktor yang menyebabkan kekalahan Srivijaya kerana tentera Srivijaya kurang aktif di selat sunda dan sudah tentu mereka tidak menyangka Chola akan menyerang dari bawah ke atas dan bukan atas kebawah. Ironinya keadaan ini adalah hampir sama dengan apa yang berlaku ketika perang dunia kedua yakni semasa penyerangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Pihak British menyangkan Jepun akan menyerang dari bawah iaitu dari Singapura dan oleh kerana itu kekuatan ketenteraan British dipusatkan di Bahagian selatan Tanah Melayu. Namun jangkaan British ini meleset dan Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari Utara iaitu bermula dari Kelantan dan turun kebawah. Jepun dengan mudah dapat menawan seluruh Tanah Melayu dalam masa yang singkat sahaja dan ianya hampir sama seperti apa yang berlaku dalam serangan Chola. Perkara ini mengingatkan saya dengan kata-kata History May Repeat Itself Atau Sejarah Mungkin Berulang.



Dalam serangan ini maharaja Srivijaya bernama Samgramavijayatuggavarman berjaya ditawan, dan sebahagian besar kota-kota miliknya dimusnahkan begitu sahaja setelah dijarah kesmua hartanya. Untuk beberapa lama kerajaan Srivijaya berada dalam keadaan tidak stabil dan goyah , namun demikian menurut catatan Cina seorang Maharaja baru bernama Sri Deva telah naik takhta dan meneruskan aktiviti perdangangan yang tergendala sebelum ini dan menghantar utusan ke china seperti biasa. Satu daripada kesan besar yang disebbakan oleh serangan Chola selain daripada kemusnahan harta benda ialah Srivijaya terpaksa berdamai dengan musuh-mush lamanya terutama dengan Raja-raja Jawa. Perdamaian antara kerajaan Srivijaya dengan kerajaan Jawa dibolehkan dengan sebab terdapatnya ahli keluarga Maharaja Srivijaya yang telah ditawan Chola dapat melarikan diri ke Pulau Jawa.



Walaupun secara politiknya tidak banyak yang berubah di keseluruhan wilayah Srivijaya namun demikian dari sudut ekonominya terdapat perubahan drastik. Kebanyakan aktiviti perdangangan dan perniagaan antarabangsa pada masa itu telah dikuasai persatuan-persatuan dagang Tamil dari Chola. Nampaknya rancangan dan lobian yang dilakukan oleh mereka berjaya mencapai matlamatnya. Kita dapat lihat disini patternya, sejak dari zaman klasik lagi golongan pemodal elit memainkan peranan yang besar dalam dasar sesebuah kerajaan itu. Jika pedagang Tamil adalah pemodal elit yang menghasut Rajendra Chola menjarah Srivijaya pada zaman tersebut maka pada zaman ini Pemodal Elit Antarabangsa Yahudi pula menghasut dan melobi kerajaan Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq, Iran, Afganistan dan mungkin tak lama lagi Negara-negara Islam yang lain pula. Inilah bukti bahawa sejarah itu bukan semata-mata ‘ilmu orang dah mati’ tetapi ianya adalah ilmu yang boleh diaplikasikan untuk menghalang niat jahat musuh, jika kita tahu menggunakannya.



Serangan ini turut memberi kesan terhadap politik Istana Srivijaya. Maharaja Srivijaya yang baru dikatakan masih tidak mampu untuk mengembalikan kegemilangan Srivijaya seperti sediakala. Oleh kerana itu hubungan yang baik dengan Chola diteruskan. Dalam pada itu beberpa buah negeri naungan Srivijaya berusaha untuk membebaskan diri, salah satunya adalah Kedah. Namun Kedah berjaya dikuasai semula dengan bantuan daripada kerajaan Chola. Malahan kerajaan Chola telah meletakkan ramai pembesar dan penditanya sebagai pegawai di dalam Istana Srivijaya. Salah seorang daripada pembesar Srivijaya yang paling kanan ialah seorang putera Chola dan hal ini disahkan oleh catatan china apabila putera Chola tersebut yang bernama Divakara dihantar sebagai duta Srivijaya untuk menghadap Maharaja China. Penglibatan ramai bangsawan Chola dalam politik Srivijaya pada suatu masa dikatakan telah mengelirukan pedagang China Ma Tuoan Lin dalam catatannya yang menganggap Chola adalah berada dibawah kekuasaan Srivijaya.



Menurut pendapat sarjana-sarjana tempatan dan India yang melakukan kajian terhadap Kerajaan Chola, mereka menyatakan bahawa tentera Chola sangat digeruni oleh tentera-tentera kerajaan lain. Hal ini kerana tentera Chola adalah dikatakan sangat kejam dalam peperangan. Mereka bukan sahaja membunuh lelaki malahan wanita, kanak-kanak dan para pendita Brahmin. Mereka juga gemar memusnahkan hampir keseluruh binaan kota-kota yang dijarah mereka dan membakarnya hangus. Pada pendapat saya tindakan mereka ini adalah tindakan vandalism yang amat teruk dan kejam dan hanya dilakukan oleh bangsa-bangsa gasar yang tidak bertamadun. Sebenarnya legasi daripada sifat gangsterisme dan vandelisme ini dapat kita lihat dalam masyarakat Tamil yang mendiami Negara kita pada hari ini yang sebahagian besarnya berasal daripada wilayah selatan India yang pada suatu ketika dahulu adalah wilayah kekuasaan Chola. Adakah sikap samseng mereka yang suka membuat kekacauuan dan tetak-menetak ini berasal dari leluhur mereka dari zaman Chola? Wallah hu a’lam.



Jumaat, 5 November 2010

PENGARUH ORANG MELAYU DI ISTANA KEMBOJA: ABAD KE 16

Orang Melayu di Kemboja.



Salam pembaca semua, artikel kali ini adalah mengenai pengaruh orang Melayu di Kemboja sekitar zaman pasca Angkor atau zaman dimana hagemoni kerajaan Khmer telah mengalami kemunduran teruk akibat serangan bertubi-tubi daripada Siam dan Vietnam serta pemberontakan dalaman. Sebelum itu ingin saya maklumkan bahawa sebenarnya pembabitan rumpun Melayu atau orang Melayu dalam politik istana Khmer sebenarnya telah bermula sejak zaman purbakala lagi sepertimana yang dinyatakan oleh Cik Sri dalam blog MF. Penglibatan orang Melayu dalam arena politik Khmer berterusan sehinggalah hagemoni dinasti-dinasti melayu seluruh Nusantara semakin merudum, malahan setelah Srivijaya, Majapahit, Sri Dhammaraja dan Melaka telah runtuh masih terdapat saki baki orang Melayu daripada gelombang baru yang menetap di Kemboja. Orang Melayu yang berada di Kemboja ini adalah terdiri daripada Melayu Semenanjung, Sumatera, Jawa dan lain-lain kepulauan dan tak lupa juga orang Melayu Cam ( bagaimana mereka boleh berada di Kemboja akan diceritakan dalam artikel saya yang lain). Mereka ini dikenali oleh masyarakat Khmer dengan panggilan Cheava atau Jawa yang merujuk kepada orang2 yang berasal daripada seluruh kepulauan Melayu dan bukan Pulau Jawa sahaja.





Sekitar tahun 1636 orang Belanda telah mula mengorak langkah untuk membuka loji di Kemboja setelah mereka berjaya mengalahkan Portugis di Melaka. Menurut catatan Mereka yang sampai ke Kemboja pada masa tersebut, terdapat banyak kawasan penempatan orang Melayu dan Jawa di sekitar ibu kota Khmer. Orang Melayu pada zaman ini digambarkan memainkan peranan yang amat penting di ibu negeri Kemboja dan digambarkan bukan hanya sebagai pedagang tetapi juga sebagai penterjemah dan orang tengah. Mereka menjadi perantara diantara Kerajaan Khmer dengan pedagang Eropah. Menurut Francis Valentyn, perkataan Camboetjsa atau kemudiannya ditukar menjadi Cambodia oleh orang Inggeris adalah berasal daripada ejaan atau sebutan yang didapatnya daripada orang Melayu dan bukan Khmer.



Ketika duta besar Belanda Hendreik Hagenaar tiba di Kemboja pada tahun 1637 bagi menjalankan urusan perniagaan dan loji Belanda, surat-surat daripada gabenor V.O.C di Batavia kepada Raja dan pemangku raja mestilah diterjemah terlebih dahulu kepada Bahasa Melayu sebelum bahasa Kemboja dan kemudian barulah dipersembahkan! Apabila duta besar ini menghadap pemangku raja, menurut catatan Belanda surat yang dipersembahkan dalam adat yang kompleks. Setelah seorang penterjemah memberitahu isi kandungan surat tersebut secara lisan, barulah surat itu dibaca dengan kuat dalam BAHASA MELAYU di dalam istana dan kemudian akan diterjemahkan pula dalam bahasa Kemboja.

Atur cara seperti ini juga dilaksanakan apabila surat disembahkan kepada Raja pemerintah iaitu Raja Ang Dan Raj. Dilaporkan bahawa sepanjang upacara penghadapan duta besar tersebut, pembantunya iaitu seorang wakil pengurus loji Belanda di Kemboja iaitu Jan Galen telah berucap dalam BAHASA MELAYU kepada putera Khmer Pamraja yang menjadi pemangku raja tersebut. Menurut catatan Belanda juga baginda pemangku raja sendiri juga bertitah dalam BAHASA MELAYU! Menurut catatan Belanda lagi beberapa orang yang terlibat dengan urursan perdagangan dengan orang Belanda di Kemboja memakai gelaran intche atau sebenarnya Encik seperti Encik Lanang Dan Encik Asam. Hal ini bermakna orang tengah yang menguruskan perdangangan diantara Belanda dan Kerajaan Kemboja adalah ORANG MELAYU!

Sekarang saudara sekalian, anda boleh lihat betapa besarnya pengaruh bahasa dan bangsa Melayu dalam kawasan Asia tenggara. Ia bukan sahaja bahasa yang digunakan di Kepulauan Melayu sahaja malahan hingga ke Istana Raja Khmer di Tanah besar Asia Tenggara! Namun ada dikalangan bangsa kita sendiri yang mencemuh peranan Bahasa Melayu dan menganggap ia tidak setaraf bahasa lain. Jika bangsa asing boleh mengerti kehebatan dan kewibawaan BAHASA WARISAN SRIVIJAYA ini mengapa tidak kita! Catatan-catatan sezaman daripada Portugis dan Belanda seperti ini ditambah lagi dengan Riwayat-riwayat tempatan mengukuhkan lagi teori bahawa sebenarnya bangsa Melayu adalah bangsa penguasa bertaraf Ruling Class yang bukan calang-calang hebatnya sehginggakan Raja-raja Kemboja Dinasti Khmer bergantung harap pada mereka dalam urusan hubungan luar dan perdangangan antarabangsa. Hal ini juga dapat membuktikan tahap keintelektualan bangsa Melayu diakui berbanding bangsa-bangsa Asia Tenggara yang lain. Bangsa Melayu pada zaman SRIVIJAYA adalah ahli-ahli falsafah, agama, sains, arkitek dan politik yang sangat intelligent dan ianya ternyata berkesinambungan sehingga abad-abad lewat. Sekian Wallah hu a’lam.