Salam
kepada semua pembaca. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana telah agak
lama tidak menulis, sebenarnya saya berehat seketika kerana masalah kesihatan. Hari
ini saya ingin memperkatakan mengenai isu lama yang saya rasa masih belum
selesai dan masih ramai yang keliru dan tidak faham iaitu isu siapa sebenarnya
yang dimaksudkan dengan bangsa Melayu samaada di Malaysia atau di Indonesia
menurut pandangan saya sebagai penulis blog ini. Ada sesetengah individu yang
tidak puas hati dengan saya kerana katanya saya menyudutkan suku-suku nusantara
yang lain sebagai Melayu di dalam penulisan saya , malah ada yang mengatakan
saya sengaja memalsukan sejarah suku lain untuk menaikkan nama Melayu!
Sebenarnya
Malaysia mahupun Indonesia bukanlah sebuah bangsa, walaupun ada usaha untuk
memelaysiakan seluruh bangsa yang wujud di negara ini, namun hakikatnya bangsa
itu adalah berbeza dari Negara. Sesiapa sahaja yang bernaung dibawah negara disebut
sebagai Nasionality atau warganegara. Tidak tepat rasanya bila disebut sebagai bangsa
Indonesia atau bangsa Malaysia bagi pendapat saya. Bangsa/race /Ras merupakan
satu garis keturunan dengan ciri fizikal dan genetik yang sama dan berasal dari
satu daerah yang sama dan mempunyai budaya dan bahasa yang sama .Lalu
dikelompokkan lagi menjadi ratusan suku sakat. Negara pula adalah teritorial .Tidak
ada satupun negara didunia ini bertahan ribuan tahun. Yang ada dan bertahan
beribu tahun adalah bangsa yang sama membuat teritori atau negara baru silih
berganti.
Sebuah
negara atau kerajaan boleh berpecah beribu kali. Namun sesebuah bangsa tetap
sama dan tidak berubah. Anda boleh menukar kewarganegaraan sebanyak seribu kali
pun, namun ciri-ciri fizikal dan genetik anda tidak akan berubah menjadi ciri bangsa
lain, misalnya kalau anda berpindah menjadi warganegara Amerika, mati hidup semula
pun, kulit anda tidak akan bertukar menjadi seperti seperti Tom cruise atau
Brad pitt. Walaupun anda berkahwin
dengan bangsa lain, secara automatik anak anda akan membawa percampuran
genetik. Biasanya anak anda akan kelihatan mempunyai unsur percampuran kedua-dua
bangsa. Dalam erti kata lain, bangsa adalah ciptaan Tuhan, manakala Negara dan
kewarganegaraan adalah ciptaan manusia.
Jadi
apakah nama bangsa besar kita di Asia Tenggara ini? Para pebaca sekalian, kita
sebenarnya dikelompokkan sebagai The "Malay
Race" atau Ras Melayu dengan ciri fizikal yang sama dan berasal dari
daerah atau kawasan yang sama. Bangsa Melayu meliputi seluruh kepulauan
Indonesia dan Semenanjung kecuali Melanesia di Papua dan Ambon yang merupakan percampuran
dengan suku Melanesia. Ras Melayu merupakan penghuni atau pribumi di
Semenanjung Malaysia, Singapura, Borneo termasuk Brunei, Sebahagian Vietnam, Sebahagian
Kemboja, dan di setalan Thailand.
Mengapa
disebutkan sebagai sebahagian dari Kemboja, Vietnam dan hanya Selatan Thailand?
Mengapa tidak disebut Asia Tenggara secara keseluruhan? Kerana wilayah orang
Melayu yang pernah wujud di Thailand dari Pattani hingga ke Ayuthia telah ditakluki
oleh bangsa Tai. Kerajaan-kerajaan Melayu di Kamboja serta Vietnam telah jatuh
ketangan bangsa Khmer dan Viet. Ingat!! sejarah selalunya adalah milik
pemenang. Malangnya di tempat-tempat ini orang Melayu telah kalah dengan
teruknya dan berhijrah ke selatan ataupun berasimilasi dengan bangsa yang
menjajah mereka.
Bangsa
ini juga mempunyai ratusan suku, bahasa serta dialek. Bahasa kelompok Ras ini
digolongkan kedalam kelompok Astronesian Language. Kemudian dikelompokkan lagi
menjadi lebih kecil sesuai dengan kemiripan bahasa serta budaya. Kalau
dikembangkan lagi, Orang Austronesia ini
termasuklah orang-orang Hawaii, Madagaskar
dan banyak lagi. Perbezaan bahasa serta loghat diantara ras Melayu itu adalah wajar
dan perkara biasa. Sesebuah kampung yang berbeza jarak 10 km pun boleh berbeza loghat serta beberapa sebutan.
Jika
di Timur tengah ada Tanah Arab, Asia Tengah ada Tanah Cina, Asia Tenggara pula
disebut sebagai "Malay Archipelago".
Mengapa bangsa kita disebut sebagai Malay race? Dan mengapa pula
kepulauan Asia Tenggara ini disebut sebagai "Kepulauan Melayu"?
Mengapa tidak disebut sebagai bangsa Jawa dan kepulauan Jawa atau kepulauan
Minang atau kepulauan Bugis? Tolong jangan salahkan suku-suku cabang Melayu ye! Kami tak mintak pun nama ras
kami diagungkan sebegitu rupa, dah orang memberi kami menerima la. Sebenarnya para Sejarawan, Arkeologis dan, Anthropologis
lah yang memberikan nama keramat tersebut. Namun ini bukan bermakna sebelum
para sejarawan dan pengkaji ini menamakan wilayah ini sebagai kepulauan Melayu
bermakna bangsa yang bernama Melayu itu tidak wujud. Sebenarnya nama Melayu itu sendiri diambil
oleh mereka dari catatan-catatan sejarah yang telah wujud sejak beribu tahun
dahulu. Malah kerajaan bernama Malayu pernah wujud di Sumatra semasa eropah
masih di zaman gelap.
Nama
“Malay Race” tersebut juga diberikan oleh mereka atas alasan yang kuat. Jauh
sebelum wujudnya kerajaan Jawa Majapahit di Pulau Jawa, Raja-raja yang
menggelarkan diri mereka sebagai orang Melayu telah wujud sejak abad pertama
masihi. Melayu itu dinamik, Patah tumbuh hilang berganti, wujud di satu negeri,
lalu jatuh dan muncul pula di negeri yang lain. Sebab itu adanya pantun, kalau
roboh kota Melaka papan di Jawa didirikan dan pepatah dari Hang Tuah Takkan Melayu
hilang di dunia. Kalau kita lihat peta, Malay Peninsula meliputi negara-negara seperti Singapura, Semenanjung Malaysia hingga
ke perbatasan Burma. Tetapi mengapa disebut Semenanjung Melayu pula? Kerana di
sepanjang Semenanjung ini pernah bertaburan kerajaan-kerajaan Melayu baik kecil
mahupun besar. Misalnya Temasek, Johor, Melaka, Kedah Tua, Pahang, Langkasuka,
Pattani , Champa, Chihtu, Grahi, Gangga Negara dan banyak lagi.
Oleh
kerana itu selepas ini saya berharap agar tiada lagi yang mempesoalkan
penulisan saya jika saya menulis mengenai
suku-suku Nusantara yang lain seperti Banjar, Jawa, Minang, Bugis
ataupun Aceh kerana bagi saya mereka semua itu adalah dari Ras yang sama iaitu
Ras Melayu dalam erti kata yang lebih luas dan bukan sekadar satu suku yang
wujud di daerah tertentu sahaja. Tujuan saya bukan untuk menyudutkan mana-mana
suku samaada dari Indonesia mahupun Malaysia tetapi sekadar mahu berkongsi dan
mengembangkan ilmu sekelumit yang saya ada. Malahan saya sendiri mempunyai
darah keturunan campuran diantara suku-suku Ras Melayu seperti Banjar, Bugis,
Pattani dan Aceh. Oleh itu saya juga berhak untuk menulis mengenai sejarah
suku-suku rumpun ini untuk tatapan bersama. Saya berharap supaya tidak ada
pihak yang berasa hati dengan penulisan-penulisan saya dan saya memohon maaf
sekiranya penulisan saya yang
lepas-lepas ada menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Sekian . Wallah hu a’lam.