Salam hormat kepada semua pembaca. Kali ini
saya hanya hendak menulis satu artikel sampingan sahaja sebelum saya start
menulis artikel utama saya yang insyaallah akan siap sehari dua lagi. Maaf,
saya agak sibuk dan terkekang sejak beberapa bulan yang lepas dan tidak dapat
menulis atau menjenguk ruangan komen di blog kesayangan ini.
Sejak beberapa bulan yang lepas saya sering
terbaca di laman-laman sesawang tentang isu Hang Tuah dan lima saudaranya.
Wujud atau tidak wujud? Itulah persoalan yang sering dimainkan. Bagi saya,
samaada Hang Tuah itu wujud atau tidak sebenarnya bukanlah perkara yang paling
utama. Saya tahu ini adalah suatu kenyataan yang pelik bagi seorang yang
berlatar belakangkan pendidikan sejarah. Namun inilah realitinya. Apakah sebabnya
saya berpendapat sedemikian?
Kita sering mendengar tetang lagenda King
Arthur dan Knight Of The Round Table bukan? Saya pasti tidak ada
anak-anak atau orang dewasa yang mendapat pendidikan modern dan mempunyai
television di rumah masing-masing tidak pernah dengar tentang raja Arthur dan
pembantunya Merlin si ahli sihir. Malahan sudah beberapa kali kisahnya
difilemkan dari pelbagai sudut dan pelbagai tafsiran oleh penerbit-penerbit
barat yang amat yakin bahawa mereka ini wujud.
Padahal sebahagian besar daripada masyarakat
yang berpendidikan tinggi tahu bahawa ia hanyalah lagenda semata-mata. Namun
adakah ini akan memberhentikan para peminat fanatik lagenda tersebut daripada
terus mencari bukti kewujudan sang raja misteri ini.Tentulah tidak! Mengapa
agaknya ini berlaku? Ini semua kerana sences of pride atau rasa
kebanggaan atau kemegahan yang dibawa oleh kisah-kisah lagenda Merlin dan Raja
Arthur ini.
Ianya memberikan kesan yang sangat mendalam
dalam sanubari masyarakat barat terutama yang berketurunan Inggeris. Bagi
mereka Arthur adalah lambang kehebatan bangsa Inggeris dan Arthur adalah hero
bangsa Inggeris yang berjuang demi rakyatnya untuk keamanan dan lambang
pengorbanan seorang raja adil yang
mewujudkan sebuah kerajaan yang aman makmur yakni Camelot dan lambang good vs
evil.
Nah, inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu!
Apa yang mereka dahagakan adalah perasaan bangga atau pride terhadap
kewiraan Hang Tuah sepertimana kebanggaan orang Inggeris terhadap Arthur.
Mereka perlukan seseorang yang boleh dilihat dan dipandang sebagai Hero bangsa
yang sentiasa menang dalam setiap pertarungan dan sentiasa lucky atau
bernasib baik dalam setiap rintangan. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai hero
sedemikian bagi pendapat saya.
Sehingga hari ini masih ada ahli sejarah yang
tercari-cari bukti-bukti arkeologi di sekitar wilayah Cornwall dan sekitarnya
untuk membuktikan bahawa Arthur dan Kerajaan Camelotnya pernah wujud suatu
ketika dahulu, dan ada diantara mereka telah menjumpai beberapa bukti yang
memberansangkan. Namun adakah penemuan ini menandakan Arthur benar-benar wujud
? wallah hu a’lam. Namun ia membangkitkan persoalan bahawa adakah semua fairy
tales itu dogeng belaka atau sebenarnya ia bermula daripada satu kisah benar yang telah ditokok tambah? Nah! Inilah
yang kita harus fikirkan.
Kita sepatutnya mempunyai semangat ingin tahu dan ingin kaji
yang tinggi seperti ahli-ahli sejarah terpinggir ini dalam mencari bukti-bukti
kewujudan Hang Tuah dan Rakan-rakannya. Sebenarnya kalau dibandingkan Kisan
King Arthur dengan kisah Hang tuah , kita berada dihadapan sedikit dengan
bahan-bahan rujukan yang lebih banyak terutama dari segi manuskrip-manuskrip
seperti sulalatus salatin dan Hikayat Hang Tuah sendiri. Jadi adalah tidak mustahil sekiranya Hang Tuah
sebenarnya wujud. Hal ini ada diceritakan sendiri di dalam Sulalatus salatin
yang memang telah diyakini oleh sejarawan kita bahawa mempunyai banyak unsur
sejarah yang ternyata benar. Malahan di dalamnya juga ada tercatat salasilah
Hang Tuah sehinggalah ke anak cucunya. Salah seorang anaknya kalau tak silap
saya adalah Hang Nadim yang sememangnya wujud dan memainkan peranan yang
penting dalam penyerangan balas terhadap pihak portugis dalam zaman empayar
Johor –Riau.
Jadi saya tinggalkan persoalan mengenai Hang
Tuah ini setakat ini sahaja. Terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan
dan analisa masing-masing samaada Hang tuah Lima Bersaudara itu wujud atau
tidak. Namun saya berharap anda tidak putus asa dan rasa kecewa dengan
kenyataan seorang sejarawan veteran kita yang pernah mengungkapkan bahawa Hang
tuah tidak wujud. Itu hanya pandangannya sahaja. Masih banyak kajian yang boleh
dibuat dan saya pasti suatu hari nanti kebenaran akan muncul jua, wallah hu a’lam.