Isnin, 23 Ogos 2010

PENGGUNAAN KERIS DALAM ISTANA AYUTHIA


Salam, setelah melaksanakan sedikit penyelidikan dan pembacaan, saya mendapati bahawa pengaruh Keris bukan sahaja terhad kepada dunia Melayu sahaja malahan ianya telah melimpah ke dunia masyarakat Indochina yang bukan dalam rumpun Melayu  atau lebih tepat dikatakan orang Siam atau Thai pada zaman Ayuthia. Pada zaman kegemilangannya, kota ayuthia adalah diantara salah satu kota metropolitan yang terbesar di Asia tenggara sekitar 1600 M. Raja thai ketika itu yakni King Narai adalah diantara pemerintah siam yang bersikap paling terbuka sepanjang sejarah kerajaan siam. Hal ini berkemungkinan besar bertitik tolak daripada kisah hidup beliau yang banyak bercampur gaul dengan kaum-kaum asing sejak beliau kecil lagi. Keterbukaan beliau terhadap bangsa asing yang datang ke Ayuthia menyebabkan beliau tidak tergak-agak untuk memberi suaka kepada mana-mana maysarakat dari seluruh dunia yangn datang menyembah kepadanya.


Beliau dikatakan telah menyediakan kawasan-kawsan penempatan bagi para pendatang asing ini di sekitar kotanya. Antara bangsa asing yang dianggap paling awal dan paling ramai di ayuthia pada ketika itu adalah bangsa Melayu. Menurut sumber-sumber dari perancis, belanda mahupun siam sendiri bangsa Melayu yang tinggal di ayuthia pada peringkat awal berjumlah lebih daripada 5000 orang. Sekitar tahun 1658-1659 Raja Narai telah membenarkan sejumlah 773 orang minangkabau yang melarikan diri dari tanah air mereka akibat perang saudara untuk menetap di ayuthia. Selain itu pada tahun 1664 pula baginda telah membenarkan seramai 250 orang Makassar untuk membina penempatan atau kampong mereka bersebelahan dengan perkampungan orang-orang Melayu samaada dari keturunan Minang atau Melayu pattani yang dianggarkan ketika itu mencapai kemuncak bilanngannya seramai 26 ribu orang penduduk.


Hal ini membuktikan bahawa bangsa siam atau thai ini juga pada suatu ketika dahulu mengamalkan sikap terbuka dan masyarakatnya adalah heterogenos sepertimana masyarakat dalam kerajaan-kerajaan Melayu di Alam Melayu. Jika kita lihat bilangan penduduk Melayu yang sangat ramai di Ayuthia adalah sangat tidak logik sekiranya tidak ada lansung kesan-kesan tinggalan masyarakat tersebut yang masih boleh kita lihat sehingga sekarang sebagai contohnya rumah ibadat atau masjid. Sudah semestinya mereka ini adalah beragama islam. Hal ini di kukuhkan dengan catatan-catatan daripada para pengembara dari perancis dan Belanda yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu adalah beragama Mohamedan dan bermazhab yang berbeza daripada orang-orang Parsi yang juga ramai terdapat di ayuthia ketika itu.


Selama lebih kurang seratus tahun orang-orang Islam mendapat kedudukan yang sangat tinggi dikalangan istana siam. Sebahagian besar daripada mereka direkrut oleh pihak istana untuk menjadi pegawai kerajaan dari serendah-rendah pangkat sebagai pengawal pintu, sehinggalah kepada jawatan-jawatan penting seperti menteri dan syahbandar. Menurut satu catatan perancis orang Melayu terutamanya, mendapat tempat khusus dalam islatana narai. Mereka dianggap sebagai bangsa yang paling sesuai dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan raja dan kaum kerabatnya. Oleh kerana itu ramai orang Melayu diambil sebagai pengawal peribadi kepada raja terutama orang Melayu Makassar yang di katakan handal bermain senjata dan tidak takut mati. Mereka diletakkan dalam pasuka elit diraja yang mengiringi raja kemana sahaja. Salah seorang daripada orang Melayu yang berpengaruh dalam istana Narai adalah  pembesar yang bernama Raden Ibrahim. Catatan mengenai beliau ada dibuat oleh duta Parsi dari kerajaan sasanid yang membuat lawatan rasmi ke Ayuthia. Beliau menyatakan bahawa Raden Ibrahim adalah seorang pedagang yang berjaya dan sangat berpengaruh terhadap Raja Narai.


Tambahan lagi orang Melayu Champa juga telah diserapkan dalam masyarakat Ayuthia sejak beberapa ratus tahun sebelumnya yakni apabila Kemboja dan Angkor di jarah dan dimusnahkan oleh orang-orang Thai. Kebanyakan orang-orang Champa atau Cham ini datang ke Ayuthia  akibat daripada kejatuhan kerajaan Champa kepada kerajaan Annam atau Vietnam. Komuniti Melayu Champa yang beragama Islam ini memainkan peranan penting dalam masyarakat Siam di Ayuthia. sebenarnya merekalah yang memulakan pasar terapung di Menam Chou Praya yang dibangga-banggakan oleh orang Thai. Kaum Melayu Cham juga berkhidmat didalam pasukan tentera elit diraja Ayuthia yakni Krom Asa Cham. Salah seorang daripada pegawai pemerintah tentera yang bertanggungjawab dalam mengepalai divisi tentera Melayu Cham ini adalah
Phraya Raj Wangsan. beliau adalah seorang Melayu Islam. Selain itu orang Melayu juga dijadikan Laksamana kepada angkatan laut Ayuthia. Salah seorang daripada laksamana Melayu ini telah di kerahkan untuk menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Ligor yang pemerintahnya juga adalah Melayu Islam. Selain itu orang Melayu turut digaji oleh kerajaan Siam pada zaman dinasti seterusnya untuk mentadbir daerah-daerah kekuasaan siam terutama di selatan seperti Patthalung dan Ranong. Mereka turut menjadi penterjemah dalam Istana, malahan ada diantara anak-anak perempuan mereka menjadi isteri dan gundik kepada raja Siam.


Dalam peta diatas jelas menunjukkan kawasan penempatan orang Melayu dan Makassar yang bersebelahan.

Catatan sejarah ayuthia juga ada menyebut tentang para pegawai Melayu yang berkerja sebagai polis atau pengawal kepada keselamatan sesebuah penempatan, antaranya ialah  Koja Ishak and Khun Raja Setdhi. mereka berdua dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan kawasan penempatan Islam. Tambahan lagi golongan agamawan dan Mistik Melayu juga seperi Ulama dan Orang Sufi turut memainkan peranan dalam istana Ayuthia. Sebagai contohnya pada zaman pemerintahan raja Taksin setelah beliau berjaya merampas semula Ayuthia daripada Burma, beliau dikatakan selalu mendapatkan nasihat dan panduan sprirtual daripada tokoh-tokoh Melayu seperti Toh Rid, Toh Thong and Toh Nok. Toh adalah pelat siam bagi perkataan Tok atau Datok yang bererti seorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat Melayu. Maklumat ini adalah sesuatu yang amat menarik bagi saya. Dalam  buku The Ship Of Sulaiman juga penulis ada menyatakan mengenai perilaku orang-orang Makassar yang tidak pernah lekang dengan keris mereka baik lelaki mahupun wanita. Orang Makassar juga dikatakan sering mempersembahkan tarian-tarian yang mempunyai unsur trance atau bersawai dan menunjukkan kekebalan mereka dengan menikam badan mereka sendiri. Orang Makassar juga ditakuti kerana kepakaran mereka dalam Ilmu kebal dan jampi serapah yang lainnya. Oleh sebab itulah mereka dijadikan pengawal diraja.


Peta diatas menunjukkan dengan jelas pembahagian tempat-tempat tingal bagi suku bangsa asing yang terdapat di Ayuthia termasuk Orang Melayu samada dari Makassar, Patani atau Champa.


Saudara-saudara sekalian. Oleh kerana besarnya pengaruh orang-orang Melayu di dalam istana kerajaan Narai maka penggunaan keris sebagai senjata rasmi para pegawai kerajaan telah dilaksanakan. Kesemua para pegawai istana raja narai pada zaman tersebut mengenakan keris di pinggang sebagai salah satu alat kebesaran seperti mana kebiasaan orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah  penulis blog kontroversi TMP pada suatu ketika dahulu pernah memaparkan gambar seorang menteri siam yang berpakaian bangsawan siam serta mengenakan keris di pinggang. Sebenarnya gambar tersebut telah disalah tafsirkan oleh pemilik blog berkenaan. Pemakaian keris dalam istana pada zaman itu adalah perkara yang menjadi kelaziman kerana raja Narai sendiri suka memakai senjata Melayu tersebut. Hal ini boleh jadi akibat daripada pengaruh orang-orang Melayu yang amat kuat di istana pada ketika itu dan orang Melayu sudah diketahui sejak dahulu kala lagi tidak akan sekali-kali berpisah dengan keris mereka walau dimana mereka berada sekalipun kerana ia adalah sebahagian daripada pakaian mereka.

seorang pembesar istana Ayuthia yang memakai keris di pinggangnya. Raut wajahnya seolah-olah seorang Melayu.


Berkemungkinan besar juga pembesar berkeris seperti dalam lakaran tersebut adalah pembesar berketurunan Melayu. Hal ini kerana telah diketahui melalui catatan pengembara barat bahawa ramai orang-orang Melayu Islam yang dijadikan pegawai istana malah ada yang berpangkat menteri. Namun sudah menjadi adat kebiasaan orang Thai atau Siam untuk memastikan agar semua rakyatnya tidak mengira bangsa untuk menggunakan Nama dan gelaran bahasa Thai, jadi kita tidak akan tahu dengan tepat samada pembesar yang menggunakan keris tersebut betul-betul orang thai atau adalah bangsa Melayu. Para pegawai Melayu di istana ayuthia juga ramai yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara hal ehwal perdagangan dan hubungan antara bangsa. Berkemungkinan besar diplomat atau menteri hubungan luar ayuthia yang amat terkenal itu yakni Kosa Pan adalah seorang Melayu. Namun akibat daripada revolusi dan penstrukturan semula kebudayaan dan kebangkitan semangat nasionalisme Thai yang melampau pada zaman dinasti chakri, maka segala yang tidak ada kaitan dengan bangsa Thai dihapuskan dari lembaran sejarah mereka. Maka benarlah kata-kata yang menyatakan bahawa sejarah adalah milik pemenang.

Duta Ayuthia yang mengahdap raja Perancis juga memakai Keris di pinggang mereka. Berkemungkinan mereka adalah pembesar berbangsa Melayu. Orang Melayu memang terkenal  dalam Istana ayuthia sebagai bangsa yang pandai berlayar, berdiplomasi dan gagah berani.


Catatan daripada seorang pengembara perancis mengesahkan lagi dakwaan bahawa keris yang digunakan dalam istana ayuthia adalah berasal daripada pengaruh Melayu. Disini saya lampirkan catatan tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris:

"I have often said that the city of Campeng Pet is famous for its mines of excellent iron. Local people forge weapons according to their usage, such as swords, daggers and knifes. The knife, which they call pen is used by everybody and is not considered as a weapon, although it may be used as such; the blade is three to four fingers wide and a foot long. The king gives the sword and the dagger. They wear the dagger on their left side, slightly on front. Portuguese call it "christ", a deviation from the word crid, which Siamese use. This word comes from the Malay language and is famous in the Oriental world, and the crids made in Achem, in the island of Sumatra, are considered as the best of all. As for the sword, it is always carried by a slave in front of his master, on the right shoulder, like we hold or muskets on the left side."

sumber: Simon de La Loubère "Du royaume de Siam" 1691

Jelas daripada kenyataan pengembara tersebut bahawa Keris telah digunakan dalam istana siam sebagai sebuah sejata kehormat yang hanya boleh diperolehi melalui pemberian daripada raja sepertimana adat dalam kerajaan-kerajaan Melayu. Keris dijadikan sebagai lambang kuasa bagi pembesar dalam istana. Penulis juga menyatakan bahawa Keris yang terbaik dan yang mungkin digunakan oleh pebesar-pembesar dalam istana ayuthia adalah dari Aceh. Sudah pastinya Keris ini diimport dari sana, yakni sebuah kerajaan Melayu yang sama kuat dan sama hebatnya dengan ayuthia pada zaman tersebut. Satu lagi catatan seorang pengembara barat yang berada di ayuthia dapat memberikan penjelasan tetang kepentingan Keris kepada bangsa Melayu:

"This captain [the Macassar captain], with no hesitation, answered «I agree, but they will disembarked armed.» Then, looking at him and smiling : «Are we in war? I asked him. - No, he answered: but the crit that I have on my side, and which is the weapon that we wear, is such a honor among us that we could not leave it without infamy.» I could not reply to this argument, I agreed, not thinking that what seemed to me such a despicable weapon would be as dangerous as I would later experience it.
This crit is a kind of dagger, a foot long and an inch and half wide at the bottom; it is wavy, the tip like a snake tongue, made of a good tempered steel; it is as sharp as a razor, and on each side; it is enclosed in a wooden sheath, and never leaves it."

sumber: Le voyage du Comte de Forbin à Siam - 1685-1688

Kenyataan pengembara tersebut juga dapat menyangkal hipotesis yang dibuat oleh saudara anai-anai tentang Broadsword yang digunakan oleh salah seorang raja siam pada zaman berikutnya sebagai sebuah keris kerana ternyata para pengembara baik Portugis, Belanda, Perancis mahupun Inggeris amat tahu dan arif mengenai senjata Melayu yang satu ini dan mereka juga tahu bagaimana rupanya sebuah keris yakni dari segi ukuran dan bentuknya serta loknya yang beralun –alun seperti ular.  Jika Raja Narai dan para pembesar berbangsa Thainya berkeris sekalipun, ini bukan bermakna mereka adalah Islam dan Melayu sepertimana yang didakwa oleh penulis  blog TPM dan SNKPM atau konco-konconya. seperti yang saya perkatakan sebelum ini bahawa sebuah unsur kebudayaan itu boleh dipinjam atau diserap oleh bangsa lain , malahan ianya boleh ditiru atau diadaptasi oleh bangsa lain untuk dijadikan sebahagian daripada budaya mereka. sebagai contohnya pemakaian kain pelekat yang asalnya adalah pakaian orang-orang Tamil dari kalikut akhirnya menjadi pakaian kebangsaan bangsa Melayu Nusantara, begitu juga dengan pemakaian songkok yang turut berasal daripada budaya India. masyarakat Melayu juga ada menyerap banyak unsur-unsur fizikal kebudayaan lain antaranya dalam makanan tradisi kita Kari , Roti canai, malahan teh tarik juga adalah berasal dari India Selatan. Adakah dengan hanya memakan kari dan meminum teh tarik serta roti canai menjadikan kita Hindu dan India. Tidak sama sekali, begitu jugalah dengan pemakaian keris di dalam istana kerajaan Ayuthia. Malahan untuk membuktikan bahawa ianya hanyalah budaya yang dicedok dari orang Melayu dapat kita lihat bahawa setelah pengaruh orang Melayu dan orang Islam secara amnya merosot sebaik sahaja pengaruh Kristian semakin berleluasa di Istana Narai, dan setelah berlakunya pemberontakan Makassar dan Melayu di Ayuthia maka kita tidak melihat lagi keris digunakan di istana-istana siam terutama pada zaman dinasti chakri yang anti bangsa lain. Bukan sahaja pengaruh Melayu yang hilang dari istana siam, malahan Raja Narai sendiri digulingkan oleh pembesar dan rakyatnya yang merasa kurang senang dengan sikap raja mereka yang terlalu bebas membenarkan orang asing berkuasa dalam kerajaan. Segala aspek dan kebudayaan baru yang telah, atau cuba diterapkan oleh raja Narai dalam kerajaan sewaktu pemerintahannya telah cuba ditutup dan dikambus oleh raja-raja dan pembesar kemudiannya. Malahan istana raja Narai di Lopburi yang banyak mendapat penagruh Parsi dari segi senibinanya juga dimusnahkan kerana ada unsur-unsur bangsa asing. Ianya tidak ada kena-mengena dengan bangsa Siam Islam seperti mana yang diperkatakan oleh geng anai-anai. sekian wallah hu a’lam







Isnin, 2 Ogos 2010

KEDAH BUKAN MELAYU?


Salam. Artikel saya pada kali ini adalah ulasan mengenai kenyataan yang dibuat oleh seorang Forumer dalam sebuah Forum. Dibawah adalah lampiran tulisan Forumer tersebut.


Srivijaya or Sribhoga had became an Empire after 7th C AD when they broke into Suvarnabhumi (Malayan Peninsula-Southern Thai old name). It began in Southern Sumatera in Indonesia and their first King is actually a Hindu from ancient India (Vedic period), they had relationship with Sri Lanka and Benggal. In the Indian Tamil Inscription above, you can see that the Kingdom of Srivijaya, Malayur (Malay, Melayu), and Lamuri-Desa are the Kingdoms in Sumatera which is now in Indonesia, at first Srivijaya is only a regional Kingdom but later combined with Malayu Kingdom of Jambi, among the dynasty in Malayu Kingdom is Shailendra dynasty, some people speculated that the dynasty is actually a foreign dynasty and not native in Indonesia, they possibly ran from Malayan Peninsula as when Funan Kingdom was defeated by Chenlar Kingdom, the whole Kingdoms in South too had to bow to Chenlar, and might be those people are from Funan Royal Court, they might be escaping from prosecution and sailing across the sea to Sumatera.






The Kingdom Malayur language or Bahasa Melayu (dialect) was actually the formal language used as Lingua Franca and administration in Malayan Peninsula, Java Island, and Borneo Island, Southern Philippines, and Southern Thai because of they were under the influence of Srivijaya-Malayu Kingdom. Malay Language was divided into three period, the first period with Hindu-Buddhism influence when the language was influenced by Sanskrit with rich Sanskrit vocabulary, and then Classical Malay which is actually influenced by Persian and Arabic, and later Modern Malay, which is now spoken in Singapore, Malaysia, Brunei, and Indonesia (a version of Malay dialect). Lunggasuka people speak different language which is their own native language. Our language today is the blend of Malay and our ancestor language, Malay ethnic from Indonesia won't understand us entirely when we speak because we have our native words and our dialectical grammar is different from them.






Here are some words in our Kedah Language, they are not Malay nor Thai. People today tend to classify Kedah language as a Malay dialect but many Kedah people refuse it and saying that it is a distinct language influenced largely by Malay, not a dialect. Kedah people too like Khmer people are proud people as we refer ourselves as an ethnic and Malay is a different ethnic , and we revere our Land as it is a Sacred land:






Pra Om, Prang, Moh, Pok, Mak, Anak, Beang, Heang, Kchuboung, Athaan, Kherchai, Thaouk, Yeao, Khrieao, Khunnaiy, Kherngeau, Relaiy, Rompohn, Ph'ung, Khabau, Kherchieau, Khraao, Sertheap (Srahthap), Serdaeng (Sadaeng), Chanahk, Chearouk (Chrouk), Leegarn, Phu'ngkorc, Loolaarc, Jheop, R'ngeath, etc. It is difficult to translate them even into Standard Malay or English because some of them have contextual meaning especially the Verbs, not merely words.



Artikel ini menarik perhatian saya. Setelah channelling siapa penulis artikel ini saya dapat kesan bahawa beliau samaada memang penyokong siam nai-nai atau salah seorang daripada pendokong setia teori siam nai-nai. Artikel ini dengan jelas menyatakan bahawa si penulis mengakui bahawa orang-orang Melayu Kedah sebenarnya adalah bukan keturunan Melayu tulin dan adalah berasal daripada suku Mon-Khmer. Menurut beliau lagi sebahagian besar orang Kedah juga menyetujui pendapat beliau dan tidak mengaku sebagai Melayu tetapi adalah etnik Kedah yang lebih dekat dengan etnik Mon-Khmer berbanding Thai atau Melayu. Mereka dikatakan telah diMelayukan oleh kerajaan Malayur dan Srivijaya apabila kerajaan-kerajaan mereka seperti Kedah tua, Gangga negara dan Langkasuka di takluki oleh empayar Melayu-Srivijaya. Persoalannya disini adakah pendapat beliau ini boleh diterima? Adakah benar bahawa sebahagian besar daripada orang Kedah sendiri tidak mengaku bahawa mereka adalah Melayu tetapi adalah Mon-Khmer. Kenyataan beliau ini agak aneh kerana beliau menolak bukti-bukti DNA dan linguistic yang jelas meletakkan orang Melayu Kedah sebagai Austronesia dan bukan Mon-Khmer.

Saya akui berkemungkinan besar ada diantara suku Mon-Khmer yang telah mengalami asimilasi atau peresapan budaya dan bahasa dengan suku Melayu, namun perlu diingat bahawa jika benar orang Kedah adalah Mon-Khmer kerana bahasanya berbeza seperti perkataan-perkataan yang dituliskan dalam artikel tersebut, mengapa orang Kelantan atau selatan thai di sebelah pantai timur berlainan benar dialeknya sedangkan penduduk disini juga adalah dekat dengan Indochina? Jika orang Champa dan Kelantan serta pattani adalah Austronesia apa yang menyebabkan orang Kedah menjadi Mon-Khmer. Hipotesis yang dikemukakan beliau adalah tidak kukuh kerna tidak bersandarkan bukti yang nyata dan hanya tertumpu kepada bukti linguistic sahaja. Itupun belum cukup mantap lagi. Berkemungkinan besar keturunan penulis berkenanaan dan orang-orang kampung beliau adalah memang berketurunan Mon-Khmer yang suatu ketika dahulu pernah berhijrah ke Kedah atau mungkin dibawa oleh pedagang hamba, Itu tidak mustahil.

Teori yang beliau kemukakan ini sama tidak kukuhnya dangan teori anai-anai yang mengatakan bahawa orang Kedah adalah orang Siam. Hanya kerana sebutan perkataan itu berbeza tidak bermakna ianya dari stok atau suku ygng berlainan. Kenyataan beliau dalam artikel ini juga menunjukkan bahawa beliau mempunnyai pemahaman yang amat cetek tentang erti Melayu yg sebenar dan juga lilmu bahasa itu sendiri. Beliau menyatakan bahawa jika orang Melayu asal Indonesia mengedngar pertuturan orang Kedah sudah pasti mereka tidak akan memahaminya...nah, begitu juga kalau mereka mendengar percakapan orang Kelantan dan Terengganu sudah tentu mereka juga tidak akan memahaminya apatahlagi jika mereka mendengar bahasa Pahang yang berbeza mengikut daerah dan aliran sungai.

Bagaimana jika saya sebutkan beberapa perkataan Pahang disini yang pasti orang-orang dari Kedah juga akan menganggap ia adalah bahasa Mon-Khmer: KOI, KEH, KOHOIT, MELENGGEING, PROH, SEDEY, MENGKALA, MENCIPOIT, BABIR, AOK,MOH, MERELOH,MERENOK, PEDOOH,KEKNYE, KEHUT, KEHAK, PEPALEH ect. Begitu juga dengan dialek-dialek suku-suku Melayu yang lain yang banyak di Nusantara ini, adakah kerana ianya berlainan maka anda boleh mengaggap ia adalah bukan dari rumpun Melayu? Tidak, ianya tidak semudah itu untuk mengelaskan sesebuah bahasa . Seorang pakar bahasapun terpaksa berkerja mengkaji bertahun-tahun sesuatu nahu bahasa itu untuk mengkalsifikasikan sesebuah bahasa tersebut.

Bahasa Champa misalnya, jika anda mendengar sekali imbas anda akan seperti mendengar bahasa Thai atau bahasa Khmer malahan anda akan terus menganggap bahawa ia adalah dari rumpun Mon-Khmer, padahal ia telah disepakati oleh pakar-pakar bahasa sebagai bahasa Austronesia atau Melayo –polinesia dan bukan Mon-Khmer. Mungkin intonasinya adalah hampir dengan bunyi Mon-Khmer tetapi perkataannya adalah berbeza. Begitu juga dengan bahasa Acheh, bagi yang tidak pernah mendengar pasti akan merasa pelik dan menggaggap ia bahasa Thai atau khmer padahal ia adalah bahasa rumpun Melayu. Jadi kenyataan beliau yang menyatakan bahawa orang Kedah adalah Mon-Khmer semuanya adalah tidak mempunyai asas yang kukuh dan boleh dipertikaikan. Malahan sehingga sekarang tidak terdapat satu buktipun yang dapat mengukuhkan kenyataan yang didokong beliau bahawa kerajaan Langkasuka menggunakan bahasa Mon-khmer.

Tidak adal stele, prasasti atau manuskrip yang dapat menyokong teori ini, tetapi peliknya anda dapat melihat dengan banyak stele, dan prasasti yang menyatakan mengenai kerajaan Champa dengan bahasanya sekali yang dianggap sama tua atau lebih tua daripada Langkasuka sendiri. Jika benarpun sudah pasti bukan 100% masyarakat yang menguasai kerajaan tersebut adalah Mon-khmer, mungkin kerajaannya berbentuk heterogeneous sepertimana kerajaan-kerajaan Melayu yang lain dimana berlakunya percampuran darah antara Mon-Khmer-Melayu yang akhirnya membentuk masyarakat utara semenanjung tanah Melayu sekarang. Namun ia masih lagi tidak menyelesaikan persoalan saya mengenai mengapa terdapat perbezaan yang begitu ketara diantara dialek pantai timur utara iaitu Pattani, Kelantan Terengganu dengan dialek Kedah perlis sedangkan jika dilihat pada peta pengaruh langkasuka dan Kedah tua, kedua-dua kawasan pantainya iaitu pantai timur dan pantai barat adalah dibawah kekuasaannya? Ini adalah suatu misteri! Jika benar Kedah adalah Mon-Khmer mengapa Pattani dan Kelantan tidak dan mengapa perkataan-perkatan Mon-Khmer ( jika benar ia perkataan Mon-Khmer) yang disebut dalam artikel tersebut tidak terdapat di Kelantan, sedangkan ia adalah dibawah pengaruh kekuasaan yang sama iaitu Langkasuka?? Pelik bukan! Barangkali ada pakar-pakar bahasa atau pakar sejarah yang lebih arif tentang ini boleh memberikan komen atau pendapat serta hipotesis anda.

 Rumusannya saya tidak bersetuju dengan artikel berkenaan yang menyatakan bahawa orang Kedah adalah Etnik khas Mon-Khmer. Perbezaan perkataan dan persamaan nya dengan perkataan mon-Khmer berkemungkinan besar adalah daripada cara ambilan atau pinjaman. Jika mahu meletakkan perbezaan ketara dialek sebagai penentu suku bangsa maka dengan mudah kita dapat mengeluarkan suku-suku Melayu yang lain daripada kelompok Austronesia kerana jika anda atau si penulis artikel ini mendengar percakapan Jawa Totok atau Bugis, atau batak, atau Toraja atau Aceh atau dialek Bali maka sudah tentu akan tercengang dan menyatakan bahawa suku-suku ini bukan Melayu dan berasal dari Mon-khmer juga. Hal ini kerana bahasa-bahasa ini juga lenggok nya dan banyak perkataan-perkataannya yang tidak terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu. Jika sang Forumer masih mahu mempertahankan kenyataan beliau bahawa orang Kedah adalah dari suku Mon-Khmer dan bukan Melayu Austronesia, nampaknya mereka terpaksa menukar status bangsa mereka dalam kad pengenalan dan borang-borang rasmi sebagai peribumi...:) mereka juga perlu diberikan subsidi penuh kerajaan dalam segala aspek keranan mereka sama dengan suku-suku mon-Khmer yang lain yang terdapat banyak di Semenanjung Malaysia ini seperti Jah-Hut, Jakun, Semelai, Senoi, Semak-beri, mah-Meri, Semak Beri, seboi dan banyak lagi suku-suku yang kita orang Melayu sebut sebagai ORANG ASLI...Ya orang asli! mereka inilah suku Mon-Khmer sebenar yang masih ada di Semenanjung Tanah Melayu ini. Mahukah rasanya orang-orang Kedah disamakan dengan mereka ini?..hehe , alamatnya tunggu kiamat la kot...bukan niat saya untuk menghina mereka tapi sekadar gurauan sahaja...:) jangan marah ye orang-orang Kedah. Sekian