Khamis, 22 Julai 2010

TEKNOLOGI MELAYU MEREMPUH BADAI

Replika kapal Borobodur.

Sejak Abdullah Munsyi seorang kerani Melayu keturunan mamak dan Arab menulis mengenai bangsa ini, besar sungguh inferiority complex yang dialami mereka. Bangsa ini dicemuh sebagai sebuah bangsa yang pemalas dan tak kenal dek untung. Sehingga kini kita tidak mengetahui apakah niat sebenar Abdullah Munsyi membuka pekung didada yang mungkin tidak wujud atau hanya wujud dalam sebahagian kecil masyarakat Melayu sahaja. Ada pihak berpendapat mereka melontarkan tohmahan dan cabaran bertujuan sebagai kritikan membina, namun pada pendapat saya ianya langsung tidak dapat membina keperibadian bagi masyarakat Melayu kemudiannya malah melemahkannya sehingga ke tahap- yang paling dasar. Mungkin Abdullah merasa lebih superior kerana mendapat tempat didalam masyarakat penjajah kolonial dan menjadi orang kepercayaan mereka. Mungkin juga kerana beliau tidak pernah mengaggap diri beliau sebagai Melayu sebabnya dia bukan keturunan Melayu tulin dan hanya menjadi Melayu kerana tinggal dikawasan orang Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.



Pendapat yang mengatakan bahawa ianya hanyalah kritikan atau motivasi yang membangun, bagi saya adalah sesuatu yang kurang berasas. Jika bangsa-bangsa lain sebagai contohnya bangsa cina, mereka tidak akan sesekali merendah-rendahkan martabat dan cara hidup bangsa mereka di hadapan bangsa lain apatah lagi bangsa barat yang dianggap mereka sebagai orang gasar yang kurang bertamadun tidak seperti orang-orang timur. Begitu juga dengan bangsa India, Jepun dan Korea. Mereka seboleh-bolehnya mahu menonjolkan semua unsur-unsur positif sahaja mengenai bangsa mereka kepada bangsa lain dan menutup segala kelemahan walaupun ianya ternyata wujud. Semangat patriotism seperti inilah yang telah membangkitkan alter bagi bangsa-bangsa mereka sehinggakan bangsa mereka boleh menjadi salah satu bangsa yang disegani dunia sehingga sekarang.



Ada juga pihak yang menuduh bangsa yang satu ini adalah bangsa yang penakut dan tidak sukakan cabaran! Apa?...PENAKUT? oh tidak, tidak sama sekali! Bangsa Melayu ini sejak ribuan tahun adalah diantara bangsa yang sangat pemberani sifatnya. Sifat kebenarian orang Melayu boleh dilihat sepanjang lembaran sejarahnya. Sejak kemasukan Islam ke Nusantara orang Melayu telah diperkenalkan dengan konsep kehidupan akhirat yang kekal abadi dan mati shahid, maka sifat berani untuk mati itu menjadi semakin tebal dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu berani mati namun bukan mati sia-sia atau mati katak sebaliknya mati dalam keadilan dan mati yang bermanfaat. Hal ini dapat dilihat dengan memerhatikan adat orang dulu-dulu yang suka menghantar anak-anak mereka belajar silat. Apabila anak itu diserahkan kepada guru silat akan disertakan sekali dengan kain putih sehelai yang melambangkan kain kafannya, sintok dan limau nipis untuk memandikan jasadnya dan ayam putih untk kenduri arwahnya. Orang tua dahulu tahu risikonya amat besar apabila menyerahkan anak untuk belajar silat pada zaman dahulu kerana dahulu silat tidak diajar secara olok-olok dan senjatanya juga adalah senjata tajam yang betul.


 
Semangat keberanian orang Melayu jugalah yang telah menyebabkan mereka bisa menyebar keseluruh kepulauan Nusantara dan membina tamadun yang gah suatu ketika dahulu. Sejarah telah mencatatkan bahawa kegiatan perdagangan yang ulung di rantau ini telah bermula sejak 200 tahun sebelum masihi lagi iaitu dimasa kegemilangan empayar Rom di Barat dan Dinasti Han di China. Pada peringkat awalnya kapal-kapal dagang cina dan India tidak mampu menempuh badai lautan yang begitu hebat bagi mereka. Mereka hanya mengemudi kapal-kapal mereka di pesisran pantai mengelilingi benua-benua sehingga sampai ke destinasi. Mereka juga tidak berani menempuh laut cina selatan yang sentiasa bergelora dan juga takut untuk merentasi Temasik dan selat Melaka. Sesetengah ahli sejarah berpendapat mereka pada awalnya amat takut untuk melepasi selat Melaka untuk terus ke India kerana kuatir diserang lanun-lanun Melayu yang amat banyak ketika itu. Jadi mereka hanya membataskan jalan perdagangan mereka di Vietnam, Thailand dan segenting kra sahaja. Namun alasan yang lebih munasabah ialah mereka takut untuk menempuhi geloran di musim-musim monsoon dan tambahan lagi mereka pada ketika itu masih tidak mempunyai teknologi perkapalan yang dapat mengatasi masalah tersebut.



Kedudukan ini mula berubah apabila para pedagang Melayu mula memasuki era perdagangan antarabangsa pada zaman kegemilangan empayar Funan sekitar abad ke 4 masihi. Para pedagang Melayu ini mempunyai sejenis kapal layar yang dipanggil Jong dan membawa muatan rempah ratus yang belum pernah dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Rempah tersebut adalah seperti buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan buah pala. Selain itu orang Melayu juga memperkenalkan kapur barus dan kayu gaharu yang sangat tinggi nilainya. Disinilah teknologi maritim orang Melayu telah membawa kemakmuran terhadap bangsanya sehingga terdirinya empayar Srivijaya dan seterusnya empayar Melaka.



Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut! Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku. Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam.



Setelah melihat kehebatan jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa pedagang lain seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di buritan jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang. Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai mengikut laluan zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka boleh ke China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.



Pebggunaan teknologi ini bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di lautan meditranien. Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika. Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk. Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000 batu ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek kata sifat berani orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum masihi lagi!



Menurut catatan fa xian iaitu seorang sami buddha dari China yang berjalan ke India menggunakan jalan daratan gunung dan balik semula ke China menggunakan jalan laut dengan mengguanakan kapal Melayu. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang boleh menerkam badai adalah lebih hebat daripada org yang mendaki puncak gunung. Pada tahun 399 masihi fa xian yang berumur 65 tahun berangkat dari Changan menuju ke utara India untuk bertapa dan menuntut ilmu. Beliau memilih jalan darat yang membawanya merempuh padang pasir, memanjat gunung karakoram, meniti lerengan setinggi 8000 kaki dimana udaranya kurang oksigen dan menyusahkan usaha menngangkat kaki. Selepas bertapa dan berguru di India selama 15 tahun akhirnya beliau kembali ke China pada tahun 415 masihi. Beliau tidak lagi berani mengambil laluan yang sama dijalaninya kerana pengalamannya yang terlalu ngeri.


 

Dari utara India beliau tururn ke Sri Lanka menaiki kapal pedagang Melayu bersama 200 penumpang lain menuju kepulauuan Melayu. Apa yang dialaminya adalah lebih mengerikan daripada masa perjalanannya ke India melalui daratan dahulu. Kapal ini menurutnya tidak menyusuri pantai seperti kapal-kapal lain tetapi ia merentas lautan Hindi menuju ke Aceh dan seterusnya ke selat Melaka. Dua hari berlayar fa xian menceritakan ribut besar telah melanda lautan. Ribut ini berterusan selama 13 hari menyebabkan berlakunya kerosakan besar kepada kapal. Anak-anak kapal membaikinya di sebuah pulau dan mereka meneruskan perjalanan ke selat Melaka. Pengalaman fa xian di lautan Hindi selama 13 hari ini diikuti pula dengan dilanda taufan dari laut china selatan.



Lebih dasyat lagi bahana taufan ini sehingga kapalnya sesat selama 70 hari di laut sebelum beliau sampai balik ke kampong halamannya. Riwayat fa xian ini membuktikan bahawa sejak zaman Srivijaya lagi pera pelaut Melayu telah menemukan jalan pintas yang merbahaya kepada kapal-kapal bangsa lain. Jalan-jalan ini adalah jalan kurus yang merentas lautan dalam. Hanya keberanian mereka sahaja yang membolehkan mereka menerokainya. Penggunaan jalan pintas ini membolehkan jong-jong mereka menjimatkan masa perjalanan dalam perdangangan antarabangsa diantara timur dengan barat. Justeru itu sebelum kewujudan Melaka lagi Srivijaya telah menjadi pusat entreport yang terulung selama enam abad.



Rumusannya keberanian bangsa Melayu menghadapi badai inilah maka terhasilnya teknologi pelayaran yang membolehkan mereka berlayar jauh dan menerkam badai. Mereka melihat badai sebagai sebuah halangan yang mengancam cita-cita mereka dan harus ditempuhi. Sekian. Wallah hu a’lam.



Bibliografi;

Dato’ Dr Afifudin Hj Omar, dalam ‘Pendekar’.


Rabu, 14 Julai 2010

MEMBUKA PEKUNG SENDIRI?

Seorang ulama China Islam dari Yunnan sedang berbincang. Mereka melarikan diri ke sempadan Burma setelah Kesultanan Dali dimusnahkan tentera kafir Manchu.


Saya tertarik dengan sebuah artikel baru yang dilampirkan oleh anai-anai dalam blog Sejarahnegarakedah semalam. Artikel tersebut ditulis oleh Drs Khalil Lim iaitu Wakil Rakyat PERIKATAN, DUN Titi Serong, Perak. Artikel ini mendedahkan tentang keislaman jagoan Wushu yang amat terkenal bukan sahaja di China malah di seluruh dunia iaitu Wong Fei Hung. Saya akui artikel ini amat menarik jika kita lihat sekali imbas dan bagi orang Islam mungkin dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan dan bagi yang bukan Islam pula mungkin sangsi dengan berita tersebut. Namun saya tergerak untuk menganalisis maklumat tersebut dari kacamata  sejarah dan saya tidak boleh bias walaupun saya orang Islam. Terdapat beberapa kemusykilan atau keraguan tentang artikel tersebut. Satu daripadanya ialah si penulis asal tidak menyatakan sumber rujukan dan hasil kajian siapa yang mengesahkan bahawa Wong Fei Hung adalah Islam. Keraguan yang kedua ialah datang daripada fakta yang salah daripada penulis tersebut. Beliau menyatakan bahawa Dinasti Ch’in adalah Dinasti orang Manchu yang telah menumbangkan dinasti yuan Monggol. Padahal bukan Dinasti Ch’in atau ejaan yang lebih tepat sebenarnya Qing untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham dengan nama dinasti awal china iaitu Chin yang dibina Shih Huang Ti. Dinasti yang menumbangkan Yuan Monggol adalah Dinasti Ming! Kemudian dinasti Ming pula ditumbangkan oleh orang-orang Manchuria yang menubuhkan dinasti Qing atau Ch’in. Samaada ianya kesalahan yang sengaja dibuat bagi maksud-maksud tertentu atau ia memang hasil daripada kurangnya pengetahuan penulis tentang sejarah China saya pun tidak tahu.



Tapi persoalan utama yang nak diutarakan disini ialah apa motif anai-anai melampirkan artikel tersebut? Artikel tersebut tidak memberika sebarang hujah yang dapat menguatkan lagi dakwaan anai-anai tentang Islamnya dinasti Manchu, malahan artikel tersebut terang-terang menyebut bahawa Wong Fei Hung menentang kerajaan Manchu yang korup dan kejam. Hal ini memang terbukti dalam sejarah China kerana pada zaman Manchulah pemberontakan yang paling banyak dan paling besar pernah dilakukan oleh orang-orang Islam China, antaranya ialah pemberontakan Panthay 1856–1873 . Berjuta umat Islam dibunuh dalam pemberontakan ini oleh tentera Manchu!



Kesultanan Dali di Yunnan selatan China akhirnya dimusnahkan sama sekali oleh tentera kafir Manchu dengan bantuan persenjataan daripada Perancis. Walaupun Sultan Sulaiman atau nama sebenar beliau Du Wenxiu pernah meminta bantuan British tetapi tidak berjaya. Tetapi saya nak ingatkan disini bahawa kerajaan Islam Dali ini bukan orang Manchu tetapi Hui-Hui. Orang Hui sama dengan orang han tetapi berlainan agama sahaja dan mereka membenci orang Manchu seperti mana orang-orang Han juga. Kerajaan Dali ini hanya bertahan lebih kurang 30 tahun sahaja. Kalau tidak percaya silalah anda pergi ke Utara Thailand dan Burma atau ke Yunnan sendiri dan tanyakan kepada umat Islam disana tentang kekejaman kerajaan zaman Manchu. Bagaimana pula kerajaan berdaulat berketurunan Ahlul bait cina Islam Siam nai-nai ini tegar melakukan kekejaman terhadap bangsa seagama mereka? Sungguh tidak logik bukan? Manchulah yang paling banyak memusnahkan Masjid dan Kuil-kuil. Mereka asalnya adalah puak gasar yang kurang bertamadun. Mereka tidak cekap dalam pentadbiran, tetapi handal di medan pertempuran kerana itu nature mereka yang berasal dari kawasan Manchuria yang tandus dan keras.

Ini adalah Cop Mohor Sultan Sulaiman dari Kesultanan Dali di Yunnan. Mereka adalah daripada bangsa Hui yang sama dengan bangsa Han.


Ya, memang benar bangsa Monggol Yuan banyak yang memeluk Islam. Malahan Islam tersebar dengan lebih meluas pada zaman ini. Anda tahu kenapa? Sebab bangsa Monggol sebelum menjajah China lagi telah berjaya menjajah dunia-dunia Islam di sebelah barat China seperti Samarkhad, Uzbekistan, Turkistan,Kyrgistan dan Parsi serta banghdad. Dari sanalah mereka menyambung benang-benang tauhid dan mengenal Allah. Tetapi dengan harga yang amat mahal, iaitu kepala-kepala umat Islam banghdad dan Samarkhand serat darah-darah mereka yang mengalir bagaikan sungai sehingga separas buku lali! Hanya setelah mereka kalah di Ain Jalut dan diusir oleh tentera Mesir barulah mereka goyah dan ramai yang memeluk Islam.


Watikah proklemasi Kesultanan Islam Dali Oleh Sultan Sulaiman.

Di negeri China pula, oleh kerana bangsa Monggol ini amat lemah dalam melaksnakan sistem pentadbiran dan birokrasi maka kebanyakan daripada para pegawai istana adalah diambil daripada jajahan luar seperti negeri-negeri Islam yang tan-tan dijhujungnya termasuklah ramai orang-orang Uighurs yang beragama Islam. Hal ini kerana kerajaan Yuan berhati hati dan tidak mempercayai bangsa Han yang mungkin akan memberontak pada bila-bila masa. Pada zaman inilah ramai orang Islam dijadikan Gabenor di wilayah-wilayah China termasuklah Yunnan dan ramai tentera-tentera Islam dalam pasukan tentera Yuan menetap disini bersama Gabenor mereka. Dari wilayah inilah juga lahir Lanksamana Cheng Ho yang beragama Islam dan bapanya juga adalah Gabenor. Namun kerajaan Yuan tidak pernah menjadikan Islam sebagai agama rasmi kerajaan. Mengapa? Kerana majoritii besar penduduk China masih tidak dapat menerima Islam dan jika meraka mengenakan paksaan maka dikhuatiri akan berlaku pemberontakan besar-besaran. Ini semua politik yang mudah kita fahami.



Kejatuhan dinasti Yuan juga sebenarnya adalah hasil pemberontakan daripada masyarakat Islam Han sendiri. Mereka merasakan bahawa bangsa Monggol adalah bangsa asing yang perlu diusir dari China balik ke tempat asal mereka. Golongan pemberontak Islam ini ramai diantaranya adalah pegawai tinggi kerajaan Yuan sendiri dan mereka telah menubuhkan satu pakatan rahsia untuk menjatuhkan dinasti Yuan yang dianggap lemah dalam pentadbiran dan tidak pandai menjaga kebajikan rakyat awam. Akhirnya mereka berjaya menubuhkan dinasti Ming yang dikatakan Maharaja pertamanya mungkin Islam kerana penyokong kuat Maharaja tersebut yang membantu beliau menaiki takhta adalah orang-orang Islam. Tetapi masih banyak keraguan dan kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk membuktikan hal ini. Lagipu kajian sebegini agak sukar untuk dilakukan kerana ia melibatkan sejarah negara orang.



Rumusannya disini artikel yang dilampirkan anai-anai ini tidak membawa teori-teori beliau kemana-mana. Masih tang tu jugak dan masih meragukan. Malah artikel tersebut menabahkan lagi keraguan dan kepincangan dalam teori beliau mengenai keislaman kerajaan Manchu dan Siam nai-nai. Sekian.Wallahu a’lam



Lampiran artikel tersebut:



Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.






Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.






Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).






(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).






Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu.






Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.






Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.






Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).






Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.






Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.






Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton.






Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan


juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun


dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.






Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah


kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.






(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Quot diatas ini saya rasa dari anai-anai sendiri...masih lagi nak menegakkan benang yang basah~Al Semantani

Selasa, 13 Julai 2010

SIAM ATAU MELAYU?


Assalammualaikum kepada semua. Hari ni saya ingin membuat sesuatu kenyataan umum yang dapat menjelaskan lagi pendirian saya. Saya bukanlah pembenci kaum kerabat sang anai-anai penulis blog sejarahnegarakedah. Saya rasa bertanggungjawab untuk membuat kenyataan ini kerana saya menerima email-email yang bernada marah atau bengang dengan penulisan saya tentang sejarah reality versi anai-anai. Sekali lagi saya nyatakan disini SAYA BUKAN BERNIAT MAHU MENJATUHKAN BELIAU, malahan saya adalah bekas peminat tegar beliau..:) Sebelum ini saya ada nyatakan bahawa saya memang telah lama mengikuti blog beliau malahan saya adalah diantara yang terawal berinteraksi dengan beliau dalam blog tersebut dan membukanya hampir setiap hari! Sehinggakan sampai satu masa saya telah print hampir kesemua artikel yang ditulis oleh beliau terutama mengenai salasilah raja-raja Siam Islam. Saya telah mengumpulkan artikel-artikel tersebut di dalam satu fail besar yang saya gunakan untuk proses rujuk banding dan mengkaji. Saya juga hampir saban hari bersyarah dengan keluarga saya dan cuba meyakinkan mereka mengenai teori-teori sejarah reality versi anai-anai. Mengapa saya berbuat demikian? Salah satu daripada sebabnya ialah ada sedikit darah Siam yang mengalir dalam badan saya. Sebab kedua ialah saya SENTIASA RAGUI SEJARAH BUKU TEKS SEKOLAH! Apabila saya mendapat maklumat alternative daripada anai-anai mengenai sejarah negara, saya menjadi sangat terharu dan hampir menagis! Ya, saya hampir menagis kerana dalam benak hati ini sentiasa mencari kemegahan bangsa yang hilang entah kemana perginya. Malahan sejak hari itu inferiority complex saya makin lama makin terhakis! Saya semakin ghairah mengkaji asal usul bangsa misteri ini. Itu semua cerita beberapa tahun lepas.



Sekarang saya hendak cerita satu kisah mengenai keturunan saya .Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, saya boleh dikatakan agak bertuah kerana tahu sedikit asal usul nenek moyang saya. Ayah saya adalah berasal dari Johor dan mengalir di pembuluh darahnya darah keturunan Banjar dari kedua ibu bapanya. Ibu ayah saya iaitu nenek saya, mengalir darah Bugis dan Banjar dan datuk saya adalah Banjar totok. Dari sebelah ibu saya pula mengalir darah keturunan yang lebih kompleks. Tok (panggilan dialek utara terhadap nenek) saya atau ibu kepada emak saya berdarah campuran Aceh dan Bugis. Dikatakan bahawa moyang saya dari Aceh ini adalah seorang ulama yang mencari kehidupan baru dan meninggalkan segala harta kekayaan dan Meunasah yang dibinanya di Aceh kerana peperangan yang berkecamuk dengan Belanda. Manakala Tok Wan saya (panggilan untuk Atuk) mengalir dalam darahnya keturunan Siam dan Melayu Pattani. Yang siamnya adalah moyang sebelah perempuan. Menurut arwah Tok Wan saya, jika mahu mengetahui bagaimana rupa moyang Siam saya maka pandanglah wajah Mak saya, mukanya sebijik dan saling tak tumpah macam mukanya. Ya, saya juga perasan sesuatu yang sedikit berlainan mengenai rupa paras ibu saya. Sejak lahir lagi ibu saya mempunyai rambut merah, ya...merah. Bukan sahaja saya yang pelik, tetapi juga seluruh sanak saudara malahan Tok saya. Sedangkan dalam keturunan kami tidak ada yang berambut merah. Rasanya tidak jumpa lagi orang Melayu yang rambut merah sejak lahir kecuali darah kacukan atau pakai inai. Jadi terdapat misteri disitu. Seorang graduan antropologi kenalan ayah saya pernah bertanya samada ibu saya berketurunan Siam atau Timur tengah dengan hanya melihat muka ibu saya. Menurutnya bentuk tulang muka ibu saya mirip bangsa Timur Tengah.



Jadi persoalan disini, SIAPA SAYA? APAKAH BANGSA SAYA? Jawapannya ialah saya adalah MELAYU! Ya! Saya MELAYU. Mengapa saya sibuk-sibuk nak tulis jurai keturunan saya disini? Sebabnya saya nak memberikan contoh yang paling dekat dengan diri saya bahawa bangsa Melayu itu bukanlah sebuah bangsa yang Homogen seperti bangsa China, Tamil atau Jepun malahan Arab. Bangsa Melayu itu terbentuk hasil daripada percampuran bangsa-bangsa agung dunia. Sebab itu Ibnu Athir menamakan bangsa ini Bani Jawi. Oleh sebab itu juga ahli-ahli anthropologi sampai sekarang masih tidak dapat mengesah dan memastikan dari mana asalnya bangsa Melayu ini dengan tepat dan bangasa Melayu dianggap bangsa yang termuda diantara bangsa bangsa dunia. Sebab itulah ada istilah masuk Melayu dalam masyarakat kita. Sebab itulah bangsa-bangsa lain mudah berasimilasi dengan bangsa Melayu tanpa perlu kita paksa atau kenakan Akta atau peruntukan undang-undang terhadap mereka seperti yang berlaku di negara-negara jiran.



Persoalan seterusnya, adakah bangsa Siam Islam yang dicanangkan oleh anai-anai itu adalah bangsa Melayu. Rumusan yang dapat saya buat ialah YA!..Berkemungkinan besar bangsa itu adalah serumpun dengan bangsa Melayu di semenanjung sepertimana serumpunya bangsa Cham di Kemboja yang sangat dekat dengan Thailand itu. Mustahil orang Melayu Cham dahulu yang diketahui sebagai pembina tamadun terawal di Indochina tidak pernah menguasai kawasan Thailand sekarang. Mungkin juga Ayuthia memang pernah diperintah oleh bangsa Melayu Siam islam. Semua ini tidak mustahil kerana masih banyak misteri yang menyelubungi tinggalan kota Ayuthia. Catatan-catatan perancis dan pengembara-pengembara luar juga banyak yang memberikan clue, namun yang peliknya tidak ada satu catatan pun dari luar ini yang menyatakan tentang keislaman kerajaan Ayuthia walaupun terdapat banyak tinggalan masjid disana. Ada pihak mengatakan bahawa tinggalan MAsjid itu adalah milik orang islam yang tinggal disitu seperti orang Parsi, Arab dan Melayu yang dikatakan sangat banyak. Dari catatan perancis ada mengatakan bahawa orang Melayu dari Nusantara disediakan sebuah penempatan khas. Antara suku kaum Melayu Nusantara yang banyak terdapat di sana adalah Bugis dan Makassar. Dianggarkan terdapat lebih daripada dua puluh ribu orang Melayu tinggal di Ayuthia.



Berkemungkinan masjid-masjid tersebut adalah milik mereka. Berkemungkinan juga ia milik kerajaan Ayuthia sendiri semasa ia diperintah Melayu siam. Semuanya begitu mengelirukan! Apa yang menyebabkan saya merasa kurang senang untuk membaca artikel-artikal daripada blog anai-anai kemudiannya adalah kerana ketaksubannya terhadap keturunan siam sehingga terbawak-bawak ke peringkat global pula! Daripada benua Siam dan Nusantara terbabas hingga ke Australia dan Albania serta Moghul India. Sebab itu saya sangsi dengan kenyataan-kenyataan belia selepas itu. Ketaksuban beliau dengan bahasa siamnya juga menambahkan lagi kekeliruan saya dan menimbulkan sejuta persoalan sehinggakan beliau mengaitkan semua nama-nama tempat di Malaysia dalam bahasa Siam. Apabila saya tanyakan sebuah tempat yang beliau tidak sebut maka beliau tidak dapat menjawabnya. Mungkin kerana nama tempat tersebut tidak dapat dipadankan dengan suku kata siam.



Apa yang dilakukan anai-anai ini sebenarnya telah merosakkan reputasi blog tersebut. Fakta-fakta yang dikemukakan beliau sebelum ini banyak merujuk buku-buku ilmiah dan catatan-catatan sezaman semakin berkurang dan yang semakin banyak adalah omongan-omongan yang tidak disertakan bukti yang jelas. Saya tidak meragui Kitab Udang-Undang Negara Kedah, ini kerana saya telah membaca kitab tersebut dan memang ada banyak misteri mengenai maklumat-maklumat yang disampaikan dalam Kitab itu. Malahan kitab tersebutlah yang menyebabkan saya tertarik untuk membuat penyelidikan lanjut mengenai dakwaan anai-anai. Tetapi kadang-kadang terfikir juga saya...jika kitab itu telah begitu lama berada di London, kemungkinan untuk ia di duplicate atau di palsukan dan diubah isi kandungannya juga adalah besar. Tidak mustahil ia berlaku, jika menurut dakwaan anai-anai Kitab Sejarah Melayu telah diseleweng oleh British, mengapa tidak kitab undang-undang tersebut, dan mengapa mereka dengan mudah memberikan kepada kita semula? Satu persoalan yang harus difikirkan.



Apa-apapun saya dengan rasa rendah dirinya disini menyatakan pendirian saya bahawa tahap kepercayaan saya terhadap fakta-fakta yang dikemukankan oleh anai-anai dalam blog tersebut adalah 65%. Saya rasa ianya sudah agak tinggi. Diharapkan anai-anai selepas ini cuba menulis dengan mengurangkan emosi dan semangat taksubkan keturunan . Cuba jadikan penulisan anda tidak bias seboleh mungkin dan kemukakan fakta-fakta yang jitu dan bernas berserta rujukan-rujukannya supaya mudah untuk para pembaca diluar sana membuat rujuk banding dan kaji selidik. Anai-anai tidak akan rugi apa-apa jika berbuat demikian jika teori-teori sejarah reality yang dikemukakannya adalah benar. Namun jika ada fakta pelik yang ditokok tambah maka rosaklah kreadibiliti beliau. Bak kata Pepatah sebab nila setitik rosak susu sebelanga. JIKA SUATU HARI NANTI DAKWAAN ANAI-ANAI DAPAT DUBUKTIKAN SECARA LEBIH TERANG, LEBIH ILMIAH DAN DISERTAKAN DENGAN BUKTI-BUKTI YANG NYATA SEPERTI CATATAN SEZAMAN DARI LUAR YANG MENGESAHKAN BAHAWA AYUTHIA ADALAH KERAJAAN ISLAM, MAKA SAYA DENGAN RELA HATI AKAN MEMBANTUNYA UNTUK MENGHIDUPKAN KEMBALI REALITI SEJARAH BANGSA KITA. SAYA TUNGGU KAJIAN-KAJIAN SETERUSNYA DARI ANDA. DIHARAP ANDA TIDAK MENGECEWAKAN SAYA DAN RAMAI PEMINAT SEJARAH BANGSA . Mungkin anda boleh cari jalan untuk dapatkan lagi manuskrip-manuskrip purba di London atau di bilik kebal Raja Thai untuk mengukuhkan lagi teori anda. Saya rasa jika anda dapat berbuat demikian pasti kekeliruan dan kekusutan ini akan terungkai. Jika saudara benar, maka ingatlah Allah sentiasa berada dipihak orang yang benar.



Diharapkan anai-anai tidak menitikkan nila didalam susunya kerana nak bagi cantik, jika cantik sekalipun kalau tak boleh minum apa gunanya...hehe, anai-anai jangan marah na...nanti kena jual...). Sekian. Wassalam.

Ahad, 11 Julai 2010

SRIKANDI THAILAND

Sri Suriyothai sedang menembak pembunuh upahan. Jika anda menonton filem ini juga anda akan dapat mendengar beberapa perkataan bahasa istana yang sama dengan bahasa Melayu seperti "suami" dan "isteri".Pelik bukan?



Salam. Mungkin ada diantara anda yang pernah menonton sebuah filem Thai yang bertajuk The Legend of Suriyothai yang pernah ditayangkan di sebuah stesen television swasta negara ini beberapa tahun lepas. Atau mungkin ada yang menontonya di layar perak. Apa yang saya hendak perkatakan mengenai filem ini terungkap dalam satu perkataan ‘MENAKJUBKAN’. Bagi saya filem ini amat sesuai ditonton oleh peminat-peminat sejarah terutama sejarah Asia Tenggara. Hari ini saya tidak mahu menyentuh sangat mengenai Siam nai-nai dan tuntutannya terhadap Thai dan bla..bla..bla. Tujuan saya menulis artikel mengenai filem ini adalah kerana kualitinya dari sudut pensejarahan adalah amat bagus. Sepatutnya pengarah dan penerbit-penerbit kita mengambil contoh filem ini sebagai kayu ukur bagi menghasilkan filem-filem epik berunsurkan sejarah.

Sangat detail.

Dari pembacaan saya, pembikin filem ini juga adalah seorang kerabat diraja Thai iaitu Chatri Chaler Yukol. Malah idea dan dana bagi membukin filem ini disumbangkan sendiri oleh keluarga diraja Thai iaitu Permaisuri Sirikit. Baginda ingin menghasilkan filem tersebut bagi memberikan gambaran yang jelas mengenai sejarah kegemilangan Thai pada zaman Ayuthia sekaligus menarik minat para pelajar sekolah dan anak-anak muda untuk menghayati dan mencintai sejarah negara mereka. Hebat bukan visi baginda? Sekurang-kurangnya baginda sedar tentang betapa pentinganya sejarah terhadap jati diri anak bangsanya. Mungkin juga untuk mengelakkan daripada rakyatnya buta sejarah lalu warisan bangsanya dicuri bangsa lain macam di negara sebelah.( mungkin juga takut keluarga nai-nai kedat Yunnan pasai ma rampas takhta..hehe).

Jika anda lihat costume atau pakaian  wanita-wanita istana dalam filem ini pasti anda terasa seolah-olah pernah melihatnya. Ya! itulah Alter anda sedang berbunyi, ciri-ciri pakaian istana Siam lebih kepada ciri-ciri pakaian Melayu silam yang kita dapat lihat di ukiran-ukiran candi Borobodur dan di Angkor. Cara ikatan kain, cara memakai kemban, cara memakai selendang, corak-corak kain dan barang-barang perhiasan seperti pending dan dokoh adalah saling tak tumpah macam kita. Adakah kita menerima pengaruh mereka? Oh tidak...sebenarnya kita yang mempengaruhi kebudayaan mereka terutama kebudayaan istana. Anda nak tahu lebih lanjut  perlulah selesaikan puzzle yang bernama 'Srivichai'...:)



KITA BILA LAGI? Hanya PGL, yang lebih kepada kisah romance yang banyak unsur lagenda dari sejarahnya. Malahan historical accuracy-nya adalah kurang terutama dari segi prop dan costume serta latar belakang Melaka. Agak daif jika dibandingkan dengan filem-filem epik sejarah negara-negara jiran. Dari dulu sampai sekarang kalau nak lihat pendekar-pendekar Melayu bertarung bersilat, nak tengok pedagang-pedagang Melayu menjual kain, nak lihat pelayar-pelayar Melayu merentas lautan dalam jong-jong besar, KITA KENA TENGOK CERITA ZAMAN P. RAMLEE. Filem-filem zaman ni asyik-asyik hantu la ,Polong la, Pontianak la, cinta la dan komedi memanjang.

Sangat gah dan meriah costume dan prop istana dalam filem ini. Filem tempatan ada ke macam ni?

Bila ditanya kepada penerbit dan director ni katanya “market demand cerita begitu”. Habistu mana tanggungjawab sebagai anak bangsa? Takkan semuanya nak berkira? Jangan sampai negara sebelah sini pulak yang buat filem tentang Melaka yang dapat box office dan terkenal seluruah dunia. Nanti depa mengaku Melaka depa yang punya pulak sebab depa yang perkenalkan kehebatan Melaka ke taraf dunia, tak ke kempunan kita? Jangan pandang rendah dengan pengaruh media ni, orang yang tak minat sejarah akan jadi minat bila menonton filem-filem sebegini. Hasilnya lihatlah di Thailand, filem Suriyothai dikatakan telah menyebabkan ramai anak muda minat untuk belajar sejarah! Begitu juga dengan negara jiran kita yang satu lagi Indonesia. Betapa banyak filem-filem dan drama-drama television yang berkisar tentang zaman kegemilangan kerajaan-kerajaan Hindu Seperti Majapahit, Singgasari Kediri, zaman Islam wali songo, zaman kolonial dan sebagainya. Sebab itu rakyat mereka sangat terkesan jika kita menyentuh pasal sejarah bangsa mereka, walaupun bukan semua yang ditulis dalam buku-buku teks sejarah mereka adalah benar. Tapi kalau disini ada orang kita sendiri sanggup memperlekehkan karya-karya agung Melayu lama Seperti sulalatus salatin dan Hikayat hang Tuah padahal bangsa asing mengikhtirafnya pada tahap yang amat tinggi sekali. Pelik!


Filem Cut Nyak Dien dan  potretnya.


Di Indonesia juga ada sebuah lagi filem yang pada hemat saya boleh menaikkan semangat dan keinginan anak bangsa untuk ‘mengaji’ sejarah. Saya sendiri amat terkesan dengan filem tersebut sehinggakan banyak kali menontonnya terutama apabila semangat untuk menulis hilang seketika. Filem tersebut berjudul TJUT NYAK DHIEN atau Cut Nyak Dien. Bagi yang kaki sejarah macam saya ni mungkin pernah dengar nama ini tapi mungkin juga ada diantara anda yang menyangka nama ini nama cina ( macam yang berlaku terhadap Hang Tuah yang dicinakan menjadi Hang Too Ah).


Sebenarnya ia bukan nama cina tetapi nama Acheh dan Cut Nyak Dhien adalah salah seorang daripada tokoh yang tersenarai dalam Tokoh Pejuang Nasional Indonesia. Beliau adalah seorang WANITA. Siapakah wanita hebat yang sanggup mengepalai pasukan gerila bagi menumpaskan pasukan-pasukan patrol Belanda ini? Nantikan kisahnya nanti dalam blog MELAYU NUSANTARA akan datang! Hehe...macam promo filem pulak. Beliau adalah salah seorang daripada pejuang bangsa Melayu Nusantara yang sangat saya sanjung dan kagumi. Apa-apa pun saya memang tabit dengan pembikin-pembikin filem dan produksi yang sanggup mengeluarkan belanja berpuluh-puluh juta dolar bagi menjadikan sejarah itu hidup sebagai sebuah reality dalam bentuk tayangan ( bukan sejarah reality versi tok nenek nai-nai ya..hehe).


 Tak lama lagi akan keluar filem Merong mahawangsa, apakah yang boleh kita harapkan dari filem ini? Bisakah filem ini menandingi filem-filem epic sejarah negara jiran? Atau masih mementingkan market demand berbanding historical accuracy? Sama-samalah kita tunggu. Wallah hu a’lam.

Sabtu, 10 Julai 2010

PENYELEWENGAN YANG 'DAH TERANG LAGI BERSULUH'


Assalammualaikum,Hari ini hari yang free bagi saya, cuti 3 hari, jadi dalam masa ini akan saya manfaatkan untuk menulis artikel sebanyak mungkin. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya jadi begitu bersemangat untuk menulis artikel apabila membaca artikel yang ditulis oleh ‘sang penggigit kayu’ dalam blog beliau...:) Saya juga tertarik untuk membaca artikel-artikel lama beliau yang sebelum ini membuatkan saya tercengang dan percaya membabi buta. Namun hari ini saya hendak mengemukakan sebuah artikel yang menyebabkan saya merasa ragu dan sangsi terhadap kreadibiliti beliau dalam menyampaikan fakta-fakta sejarah dalam blog tersebut. Malahan artikel ini adalah salah satu daripada artikel yang membuka pekung dan yang berjaya menyedarkan saya tentang pembohongannya. Disini saya lampirkan artikel tersebut yang diambil dari blog beliau:




Daily Register kept by Theodorus Jacobus van den Heuvel, koopman in the service of the Honourable Company and opperhoofd over its interests in the empire of Siam, on the journey to Prabat, whither he by special order was to follow the King.






Wednesday 6th March 1737-wednesday






Then came the regalia in a gilded vessel as described above, which was followed by two empty ones, as well as the Crown's seal, and finally the King, before whom as well as before the said ornaments and seal we bent down and raised our hands three times above our heads according to the custom of the country. And the parade ended with the remaining forty vessels, all of which, as well as those which had been rowed in the van, were in the charge of mandarins,and two empty gilded ones and as many as five hundred ordinary oared barges.






Since the King (Sultan Muhiyuddin Mansor Shah @ Boromokot) passed us very close by and had the kindness to turn his face entirely towards us, we had the opportunity to see His Highness quite well and to observe that he was already fairly old, hollow-checked and thin-faced and carried himself well. On his head he wore a crown of massive gold, its shape was reminiscent of that of the Roman popes, three layers wrought with flowers, and he was dressed in a garment of red velvet with gold embroidery, with narrow sleeves, and buttoned up to his chin to hide his goitre. Furthermore, he held in his hand a short broadsword, well set with gold and precious stones (keris le, ape lagi !!) , on which he leaned, but we were unable to see the clothing of the lower part of his body because he was seated.






We went this morning with four mandarins, who were expressly sent to guide us, to just beyond the Prabat pagoda, where a location was assigned to us by express royal command, to welcome the King who was about to arrive, which place had formerly been destined for the Cambodian king to pay such compliments, and further orders were given that the same honours should be paid to us as to that potentate. Having waited there for about an hour, His Highness passed us at a distance of more than two roods, seated in a small gilded house on a large and big-tusked elephant, and dressed in a white garment and white mandarin's cap (berjubah putih dan memakai songkok lebai. Hari ini pun jika kita lihat dibahagian dalam songkok lebai, akan tertulis disitu "Made in China", ini lah mandarins cap).






In front went as many as a thousand men in two columns at the side of the road, two by two, of various nationalities, such as highlanders, Cochin-Chinese, Cambodians, and Malays, each among his kind, armed with musket, bow and arrow, broadswords, and assagais. They were followed by nine large elephants, each carrying three men, and then came the King. Behind His Highness four Persian horses were led by hand, caparisoned with golden saddles and bridles, then followed the King's children and a great mass of mandarins, all also seated on elephants and horses, who concluded the cavalcade.






The reference to the crown is unclear. Nothing is known about a royal head gear of this type. Abraham Bogaert, in his Abraham Bogaerts historische reizen door d'Oostersche deelen van Asia (Amsterdam 1711) 238, visited Siam in 1690 and saw the king carrying a 'gold, towering crown' beset with precious stones; while Gervaise, Natural and Political History, 215, writes in 1688 about the king wearing a 'pointed cap ... adorned with two diamond crowns'.






(Nota : inilah mahkota yang dicari oleh thai selepas menawan Ayuthia dalam tahun 1767 . Dalam tahun 1821, mereka menyerang Kedah dan membunuh Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Kaha Ekataat, Boromoraja V, Maharaja Islam Siam Ayuthia terakhir di Istana Kota Meang Kuang,Bandar Darul Aman.Mereka tidak menjumpai mahkota di situ. Sebaliknya mereka merampas buku-buku, rekod salsilah, hikayat Merong Mahawangsa, perabot dan dibawa balik dengan gajah ke Bangkok. Semasa penjajahan keatas Kedah oleh thai, 1876-1881, mereka telah membakar lagi 15 istana lama Maharaja Besar Siam di Kedah dalam usaha mencari mahkota tersebut. Pada lilitan kepala ditulis kalimah, “La illahaillallah, Muhamadan Rasullullah”, sekaligus membuktikan bahawa Ayuthia itu beragama Islam.( sumber mana yang nai-nai ni ambil? Kalau betul kenapa tak pamerkan kepada umum untuk dibuat kajian yang lebih ilmiah) Ini lah yang akan membocorkan rahsia mereka. Mahkota Maharaja Ayuthia disimpan oleh keturunan pengawal peribadi Maharaja Siam Islam sewaktu berundur dari Ayutthia dahulu dan sekarang berada di Kedah.






This procession having passed, and we having been ordered to follow, we did so immediately, but at the moment we cast off a young deer sprang in front of us into the water from the other side of the river, being chased by dogs (sini pun banyak anjing), and we could have easily captured it, but we allowed this pleasure to the above-mentioned son of the Tjauw Fanarin, who had remained with us and subsequently also sailed on with us.






In the afternoon having proceeded to a village named Banarrejek we stayed there and the King, who that afternoon had rested and eaten in the pagoda Prana Coenlouang, passed us even more closely than in the morning, but the order of the vessels which rowed ahead and followed was now quite irregular and confused. There also passed by us amidst the bustle of many oared barges the two queens in ordinary barges, which were however draped with blue chintz curtains, whom we greeted in like manner to the king and paid honour according to the custom of the country. Thereafter we rowed on further and landed that night in Terrouwa, where we found our tent pitched at the riverside by the mandoor who had sailed ahead in a galley prow, in which tent after disembarking we took our night's rest.




Nah...saya telah boldkan ayat-ayat dan perkataan-perkataan tertentu dalam artikel ini bagi menunjukkan terdapatnya keraguan dalam fakta-fakta yang di kemukakan beliau. Ayat pertama: Since the King (Sultan Muhiyuddin Mansor Shah @ Boromokot) passed us very close by...dalam artikel sebenar yang diambil beliau dari sebuah buku, tidak menyatakan lansung bahawa The King adalah Sultan Muhiyuddin Mansor @ Boromokot. Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat meklumat mengenai nama tersebut dan beliau juga tidak menyatakan mana-mana sumber bertulis yang dapat mengesahkan perkara itu.



Ayat kedua yang menampakkan ketidakmatangan beliau dalam analisis sejarah dan sikap tangkap muat adalah: On his head he wore a crown of massive gold, its shape was reminiscent of that of the Roman popes, three layers wrought with flowers, and he was dressed in a garment of red velvet with gold embroidery, with narrow sleeves, and buttoned up to his chin to hide his goitre. Furthermore, he held in his hand a short broadsword, well set with gold and precious stones (keris le, ape lagi !!).



Ayat tersebut menerangkan bahawa raja Thai memakai sebuah mahkota yang dibuat dari emas yang sangat besar, bentuknya seakan-akan topi Pop, Raja Thai ini juga dikatakan memakai pakaian baldu yang dihiasi dengan barang-barang kemas. Now...saya pelik dengan sikap beliau. Jika anda baca artikel-artikel baru yang ditulis beliau , kebanyakannya banyak memasukkan unsur-unsur keislaman dan kaitan dengan Ahlul Bait, namun yang menjadi persoalan, beliau lansung tidak mempersoalkan catatan barat ini yang menyatakan bahawa Raja Thai tersebut atau Sultan Siam nainai memakai mahkota dan barangan perhiasan emas. Padahal menurut nai-nai, sultan-sultan siam ini adalah sangat mulia alim dan warak serta dari golongan Ahlul Bait dan sangat adil dalam menjalankan pemerintahan. Habis tu mengapa seorang pemimpin Islam yang warak memakai sebuah mahkota emas yang maha besar dan memakai barang-barang perhiasan dari emas. Sedangkan dalam Islam sudah jelas bahawa lelaki HARAM memakai emas apatah lagi jika beliau seorang khalifah Islam! Pelik bukan..:) beliau langsung tidak mempersoalkan perkara ini!

Mahkota emas tulin Raja Siam.

Itu satu hal, lagi satu ialah dalam catatan pengembara tersebut dikatakan bahawa: he held in his hand a short broadsword, well set with gold and precious stones (keris le, ape lagi !!). Si Raja tersebut dikatakan oleh anai-anai sebagai sedang memegang Keris?? Kenyataan pengembara tersebut yang menyebut Broadsword telah disalah tafsirkan oleh anai-anai sebagai Keris. Ini adalah kesalahan yang amat nyata. Beliau memandai-mandai membuat tafsiran sendiri. Mustahil pengembara tersebut tidak dapat membezakan diantara pedang yang broad atau lebar dan besar dengan Keris yang kecil dan tirus. Nampaknya beliau telah tersasau atau memang tak faham bahasa Inggeris agaknya...;)

Salah satu daripada pedang regalia diraja Thai. Mungkin pedang ini yang dilihat pengembara tersebut.


Dah terang lagi bersuluh, orang tu cakap broadsword bila masa pula jadi Keris? Jika benar sang Raja memegang Keris maka perkataan yang paling sesuai dan sebenarnya memang banyak digunakan oleh para pengembara Eropah dari segenap dunia yang pertama kali melihat Keris adalah sebagai DAGGER atau pisau belati. Hal ini kerana cara pemakaian Keris di pinggang itu menyamai dengan cara mereka memakai dagger, malahan saiz keris juga dalam skala yang hampir serupa pada mata kasar mereka dengan dagger. Jadi persoalan mengenai Broadsword adalah keris seharusnya tidak timbul di sini..:)



Kesalahan seterusnya ialah kesalahan yang menampakkan beliau seolah-olah mempunyai pemahaman sejarah tahap budak sekolah (sorry anai-anai...jangan cepat terasa dengan kritikan ye): dressed in a white garment and white mandarin's cap (berjubah putih dan memakai songkok lebai. Hari ini pun jika kita lihat dibahagian dalam songkok lebai, akan tertulis disitu "Made in China", ini lah mandarins cap). Kenyataan yang dibuat beliau ini menyebabkan saya  mahu tergelak. Oleh kerana sang pengembara Eropah tersebut menyatakan bahawa si Raja ini memakai pakaian putih dan mandarin caps berwarna putih maka tafsiran beliau ialah si Raja memakai jubah putih dan Kupiah putih yang dipakai pak-pak lebai dan mungkin anda ketika pergi ke masjid....:)Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh mempunyai pemahaman sebegitu. Nampaknya beliau kena lebih banyak membaca buku-buku sejarah. Apa yang menyebabkan kenyataan beliau salah ialah mengatakan Raja itu memakai jubah. Padahal perkataan inggeris tersebut menyebutnya sebagai GARMENT yang secara umumnya bermaksud pakaian sahaja dan bukannya jubah! Lagi kesalahan yang nyata dibuat beliau ialah mengatakan bahawa mandarin’s cap adalah KOPIAH. Padahal pengembara tersebut tidak menyebut atau memperincikan bagaimana bentuk mandarin cap tersebut.


Mengapa si pengembara tersebut menyebut mandarin’s cap?? Kerana dalam perenggan-perenggan sebelumnya jika anda baca dengan teliti, beliau menamakan atau menyebut para pembesar istana sebagai MANDARIN dan bukan minister atau nobles. Jadi adakah pembesar-pembesar Thai yang disebut pengembara tersebut adalah made in China...:) Sebenarnya perkataan Mandarin itu sendiri memberi maksud pegawai atau pembesar. Anda boleh membaca catatan barat mengenai sistem pentadbiran China yang juga menggunakan perkataan mandarin bagi menyebut para pegawai Maharaja China.Lagi satu perkara yang membuat saya nak tergelak ialah apabila beliau cuba mengukuhkan kenyataan beliau dengan menyatakan bahawa kopiah-kopiah pak lebai itu mesti ada cap made in china, jadi menurut beliau samalah dengan mandarin cap yang disebut dalam catatan eropah tersebut. Saya rasa pakcik-pakcik kat kampong pun dah boleh kesan penipuan yang cuba dibuat beliau.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh anai-anai sebagai Mandarin cap yang menurut pemahaman beliau adalah Kopiah Lebai?


Apa kaitannya kopiah made in china zaman sekarang ni dengan mandarin cap dalam catatan pengembara Eropah yang beratus tahun dahulu? Haa! Saya tau, beliau cuba untuk menyamakan Kopiah dengan topi yang digunakan oleh orang-orang China pada zaman dinasti Qing yang berbentuk bulat tu! Huh...dengan itu beliau dapat mengukuhkan lagi teori beliau yang mengatakan bahawa Kerajaan China Dinasti Qing adalah kerajaan Islam dan semua rakyatnya adalah Islam. Ish..ish..ish...hebat betul beliau bermain dengan teori. Sudahlah, saya rasa telah terlalu panjang saya membebel pasal artikel ini. Saya dah mengemukakan hujah-hujah dan hasil analisis saya. Jadi sekarang terpulang kepada anda untuk membuat rumusan samada teori beliau benar atau palsu. Wallahhua’lam

Jumaat, 9 Julai 2010

SRI LANKA ONCE CONQUERED BY MALAY


Lebih kurang dua ratus tahun setelah seorang putera Melayu dari kerajaan Tambralinga atau Sri Dharmaraja menjadi pemerintah dan pengembang empayar Angkor di Kemboja, seorang lagi Raja berdarah Melayu dari negeri Melayu Segenting Kera ini telah membuktikan supremasi bangsa Melayu di peringkat antarabangsa. Nama beliau ialah Dharmaraja Chandrabanu dan beliau telah menyerang Pulau Celyon atau Sri Lanka yang letaknya 1300 batu dari kerajaanya sebanyak dua kali berturut-turut. Hal ini mungkin adalah sesuatu yang dianggap mustahil oleh golongan yang mengalami inferioriti yang senentiasa menganggap Melayu adalah bangsa yang lemah dan tidak ubah macam suku-suku asli lain. Begitu juga golongan Chauvinist India yang sentiasa menganggap semua kebudayaan, kebijaksanaan dan ketamadunan yang dikecapi orang Melayu adalah hasil daripada kolonialisasi bangsa mereka ke atas negeri-negeri Melayu di Asia tenggara. Mereka menganggap bahawa bangsa Melayu tidak mampu menyerang bangsa lain apatah lagi bangsa dari benua kecil India dan sekitarnya yang dianggap sebagai ‘highly civilised people’. Namun itulah hakikatnya, bangsa Malay bukan sahaja mampu untuk berlayar di lautan luas sehingga ke teluk Aden tetapi juga mampu menakluki bangsa dan negara lain.



Ianya bermula apabila Chandrabanu berjaya membebaskan diri daripada penguasaan kerajaan Srivijaya pada tahan 1230 dan terus mengembangkan kekuasaannya. Baginda juga telah menakluk sebuah lagi kerajaan Melayu di Segenting Kera iaitu Grahi dan memerintahnya selama 40 tahun. Dalam pada masa inilah beliau telah menyerang Sri Lanka. Dalam catatan dari rekod-rekod Sri Lanka orang –orang Melayu yang menyerangnya di panggil sebagai Javakas atau Malakas iaitu panggilan khas oleh masyarakat India terhadap bangsa-bangsa di seluruh kepulauan Melayu. Kali pertama baginda melanggar Sri Lanka adalah pada tahun 1247 untuk mendapatkan sebuah patung Buddha yang bernama Pra Sihing yang dianggap keramat dan disimpan oleh kerajaan Sri Lanka. Baginda telah menawan bahagian utara pulau tersebut dan memerintahnya buat beberapa lama. Namun demikian baginda tidak dapat menawan terus raja Sri Lanka Parakramabahu ii di kotanya di Anuradapura. Bagi mendapat sokongan dan mengambil hati masyarakat tempatan Sri Lanka, beliau telah membina candi-candi dan lain-lain kemudahan yang memberi faedah terhadap agama Buddha. Baginda telah berjaya dalam mencapai matlamatnya ini. Hal ini sekali lagi menunjukkan SIKAP TOLERANSI DAN DIPLOMASI BANGSA MELAYU TERHADAP BANGSA LAIN. Peristiwa ini juga boleh dilihat dari sudut KEPIMPINAN DAN KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN MELAYU DALAM MENGATUR STRATEGI POLITIK.



Setelah beberapa lama, baginda pun meninggalkan Sri Lanka dan pulang ke Tambralinga. Beliau telah meninggalkan anaknya sebagai Gabenor bagi orang-orang Melayu dan penduduk tempatan di utara Sri Lanka. Pada tahun 1258 dan 1263, Sundara Pandya, seorang raja di India selatan telah menyerang dan menakluki utara Sri Lanka termasuklah kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan orang Melayu. Anak Chandrabanu telah ditawan oleh raja India tersebut. Bagi membebaskan anaknya Chandrabanu telah menyerang buat kali keduanya pada tahun 1270/1271M dengan bantuan dari askar-askar sebuah lagi kerajaan India selatan yang bermusuh dengan kerajaan Pandyan iaitu Cola. Baginda telah mendarat di Mahathirta satu tempat diutara pulau tersebut. Setelah berjaya mengalahkan beberapa pasukan tentera Sri Lanka akhirnya baginda sendiri mendapat kekalahan di Yapavu di tangan Vijayabahu iaitu putera raja Sri Lanka. Walaubagaimanapun Chandrabanu dapat melepaskan diri dan balik ke Tambralingga. Sesungguhnya kekalahan ini telah menyebabkan kerajaan Tambralingga menjadi lemah akibat daripada perbelanjaan yang besar bagi membiayai peperangan tersebut.



Akhirnya Tambralingga tidak dapat menahan serangan dari bangsa Thai laknatullah 20 tahun kemudiannya. Pada 1294 Tambralinga telah menjadi jajahan takluk Siam secara langsung. Walaupun sesetengah sarjana berpendapat tindakan baginda menyerang Sri Lanka bukanlah suatu langkah yang baik, namun kita patut menyanjungi keberanian dan semangat serta cita-cita yang ditunjukkannya. Beliau bukan sahaja telah berjaya melakukan penyerangan terhadap sebuah kerajaan di luar batas georafi Nusantara malahan telah berjaya meletakkan sedikit sebanyak pengaruhnya di pulau tersebut dengan projek-projek pembinaan dan kerja awam yang beliau laksanakan. Selain itu kita juga patut melihat peristiwa ini sebagai suatu kejayaan dalam perhubungan antarabangsa dimana beliau berjaya mengikat persekutuan dengan kerajaan Cola di selatan benua India bagi sama-sama menyerang Pandyas. Sekian. Wallah hu a’lam.

Rabu, 7 Julai 2010

SIAM ISLAM KELIRU?


Baru –baru ini saya ada membuka semula blog Sejarah negara kedah. Tidak ada apa yang menarik bagi saya, yang ada hanya promosi majalah reality. Saya tertarik untuk melihat komen-komen pembaca blog tersebut dari posting-postingnya yang lepas dan ada satu komen yang menarik perhatian saya. Jika berdasarkan sejarah reality encik anaianai ini, Islam telah sampai ke China sejak zaman rasulullah S.A.W ( saya tidak nafikan hal ini) tapi yang saya nafikan ialah keislaman Shih Huang Ti yang hidup pada zaman sebelum kelahiran Rasulullah dan penguasaan bangsa Arab. Bagaimana pula Shih Huang Ti boleh jadi Sheikh Huang Ti pula? Sedangkan perkataan Sheikh itu sebenarnya dari bahasa Arab dan merujuk kepada ketua-ketua Kabilah Arab atau ketua puak. Pelik bin ajaib+lucu...:)


Berbalik kepada komen tadi, penyokong blog tersebut telah mengemukakan satu gambar yang diambil daripada Wiki yang menunjukkan dua jenis tulisan iaitu tulisan China Han dan tulisan Manchu. Beliau siap pin point mana tulisan Han dan mana tulisan Manchu. Bagi yang buta sejarah pasti akan tercengang dan kagum dengan gambar tersebut dan terus mengaku anaianai dan konco-konconya adalah BENAR BELAKA dan kata-katanya memang tidak boleh disanggah. Mengapa saya berkata sedemikian? Sila anda lihat gambar tersebut:



Nah...anda juga pasti pelik dengan tulisan yang berada di sebelah kanan tersebut bukan? Tulisan di sebelah kiri tersebut sudah pasti anda kenal kerana ia tulisan China Han yang banyak terdapat di seluruh dunia mahupun Malaysia.Tapi apakah dia gerangan asalnya tulisan yang disebelah kiri tersebut? Hehe..:) Inilah bukti bahawa bangsa China pada zaman sebelum kedatangan British adalah beragama ISLAM!( INI BUKAN SAYA KATA TAPI ANAI-ANAI YANG KATA NA!)


Sekali lagi saya tersenyum dan menghela nafas yang panjang sambil jari jemariku bergerak bagaikan lipas kudung di atas papan kekunci ini...:) Wahai Bani Jawi sekalian! Dengarlah! Tulisan di sebelah kanan tersebut berbentuk demikin rupa yang seakan-akan tulisan Arab BUKANLAH TULISAN ARAB YE...tetapi memang tulisan suku kaum Manchu yang agamanya memang Buddha. Mungkin anda hendak tahu mengapa ia berbentuk demikian dan jauh benar bentuknya daripada tulisan-tulisan suku kaum cina yang lain. Untuk itu anda perlu tahu asal usul tulisan Monggol terlebih dahulu. Kerana daripada tulisan Monggol yang digubah oleh Genghis Khan inilah anda akan tahu asal usul tulisan Manchu.


Sebenarnya suku kaum Manchu tidak mempunyai sebarang sistem tulisan sama seperti suku Monggol dan banyak lagi suku kaum nomad di utara China, sebab itu mereka dianggap tidak bertamadun kerana salah satu daripada ciri-ciri tamadun adalah mempunyai sistem tulisan ( bangsa Melayu ada sistem tulisan ). Sebelum mereka menjajah China mereka telah menggunakan tulisan Monggol untuk menulis catatan-catatan harian. Manakala tulisan monggol itu juga sebenarnya berasal daripada tulisan suku Uighurs di Barat China. Nah...sekarang anda cuba buat analisis anda sendiri. Suku Uighurs adalah penganut agama Islam yang terawal dan terbesar di China dan kebudayaan dan sistem tulisannya banyak dipengaruhi oleh para pedagang dan pendakwah dari barat yang datang melalui laluan perdagangan sutera seperti orang –orang Arab dari Syria. Perhubungan ini telah berlaku lama sebelum kedatangan Islam lagi malahan pendakwah kristian juga pernah membawa pengaruhnya kepada suku ini. Suku Uighurs telah mengubah sedikit sebanyak huruf-huruf Syriac ini untuk membentuk sistem tulisan mereka sendiri ( Macam yang orang Melayu buat dengan tulisan jawi).



Apabila suku Uighur ini bertembung dengan kaum Monggol dan kalah perang, maka mereka di tawan dan para cendekiawan dan juru tulis mereka telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin puak Monggol termasuk Genghis Khan untuk mencipta tulisan Monggol. Jadi tulisan Monggol itu adalah berasaskan kepada tulisan Uighurs . Kemudian apabila suku Monggol ini berjaya menyatukan seluruh utara China dan puak-puak nomad termasuk puak Manchu, semua puak –puak ini terpaksa menyerap dalam kebudayaan baru hasil daripada campuran pelbagai kebudayaan dari timur dan barat yang berpusat di Qarakurum.Hal ini termasuklah dalam sistem tulisan. Maka kaum Manchu sejak dari hari itu masih mewarisi sistem tulisan tersebut sehinggalah mereka menguasai China walaupun mereka kemudian ada membuat sedikit perubahan. Rumusannya tulisan tersebut bukanlah tulisan Arab dan bukanlah juga memberi makna bahawa mereka itu Islam semuanya. Padahal suku Manchu sebenarnya adalah suku yang paling membenci orang Islam dalam sejarah China.



Tambahan lagi saudara-saudara sekalian, jika anda cuba baca tulisan tersebut anda pasti tidak dapat menyebutnya kerana huruf-hurufnya dan sistem grammar-nya memang berbeza dari tulisan Arab. Pendek kata tulisan Manchu ini adalah cucu-cicit kepada tulisan Syriac yang sama sepupu dengan tulisan Arab. Sebab itu nampak macam tulisan Arab. Lagipun tulisan Manchu, Monggol dan Uighurs ini semuanya ditulis menegak dari atas ke bawah dan bukan macam tulisan Arab Islam yang dari kanan ke kiri. Walau di Pakistan, India, Nusantara, Iran dan dimana sahaja berada tulisan Arab zaman Islam sebenarnya tidak berubah banyak bentuknya.

Ahad, 4 Julai 2010

BUKTI SAINTIFIK ASAL-USUL BANGSA MELAYU NUSANTARA


Salam, I stumble upon this article about a week ago and I thought that it would be best if I post it here. Artikel ini membincangkan mengenai bagaimana leluhur orang Melayu tersebar ke seluruh Nusantara dan bagaimana bukti baru ini dapat menolak teori Yunnan dan Taiwan. Ianya adalah sebuah hasil kajian yang saya harap dapat membuka minda bangsa kita terutamanya saudara-saudara kita dari Indonesia yang sentiasa merasakan yang mereka lebih superior dari segi darah keturunan dan ketulinan Kemelayuannya (banyak sangat 'ke'). Golongan Chauvinist Indonesia sangat berbangga kerana pada pedapatan mereka suku Melayu dan semua suku di Nusantara berasal dari sana. Hal ini kerana jumpaan fosil manusia tertua adalah dari Pulau Jawa iaitu Java Man. Padahal mereka tidak mewar-warkan dan menghebahkan langsung pendapat ramai ahli-ahli Arkeologi dan Antrophology yang membuktikan melalui kajian mereka bahawa fosil tersebut bukan fosil rangka manusia tetapi sejenis BERUK yang telah pupus! Menurut salah seorang ahli Arkeologi dari UKM, sewaktu penemuan itu berlansung, yang dijumpai hanyalah sedikit cebisan rangka rahang , cebisan tengkorak dan gigi dan bukannya sebuah rangka lengkap yang dapat mengesahkan bahawa ia adalah fosil manusia purba. Ujian-ujian lainpun tidak dapat mengesahkan bahawa ia adalah manusia!

Golongan Chauvinist Indonesia juga berpendapat semua orang Melayu di Malaysia berasal daripada Sumatera dan berpindah ke sini sekitar awal tertubuhnya Kerajaan Melaka setelah kejatuhan Srivijaya. Fakta apaan ini dong! Menurut mereka lagi di Semenanjung ini belum wujud manusia yang namanya Melayu dan yang ada hanyalah suku asli pada masa dahulu. Oleh kerana itu menurut mereka semua unsur budaya dan adat Melayu yang diamalkan di Semenanjung ini adalah MILIK MEREKA kerana orang Melayu berasal dari sana. Rendang, Zapin ,Inang, Melenggang, Songket, Seni Bina rumah dan lain-lain unsur kebudayaan adalah sepenuhnya milik mereka dan Malaysia hanya MEMINJAM dan MENIRU sahaja malahan mereka mengatakan Malaysia adalah pencuri atau MALING. Nah...sekarang saya tunjukkan bukti-bukti saintifik yang diperakui kebenarannya bahawa orang Melayu malahan Jawa juga berasal daripada Indochina yang kemudian berhijrah ke Borneo atau lebih tepat di wilayah Sabah yang sekarang berada di bawah Malaysia dan kemudian dayak-dayak ini berpindah pula ke Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu dan ada kemdian ke Sulawesi lalu membentuk Bugis, Makassar dan Toraja. Manakala Dayak-dayak yang telah bermigrasi dari Sabah ini kemudian berhijrah pula ke Selatan Borneo yang kemudiannya bermigrasi ke Pulau Jawa dan membentuk Suku Jawa yang ada sekarang. Daripada artikel dibawah juga dapat kita buat kesimpulan bahawa teori yang menyatakan tamadun-tamadun Indochina dimulakan orang Melayu adalah tepat. daripada hasil kajian ini juga kita dapat membayangkan bahawa pada zaman dahulu masyarakat Melayu yang mendiami Indochina berbahasa Melayu yang sama seperti suku Dusun yang sekarang banyak di Sabah. Mungkin bangsa Melayu dari Indochina ini adalah Melayu Proto yang masih tulin darahnya dan tidak bercampur dengan suku-suku lain dan kemudiannya datang sebuah bangsa yang lebih superior dari segi ketamadunan dari sebelah barat, mungkin India, mungkin Parsi atau Arya atau mungkin juga bangsa Semitik seperti Bani Israel dari anak-anak Nabi Ibrahim. Keturah yang juga mungkin berasal dari Nusantara samaada dari Borneo, Sumatera atau Semenanjung (yang pasti bukan dari Jawa..hehe jgn marah ye Srikandi..gurauan semata). Apa yang pasti suku bangsa Melayu proto dusuic ini bermula dari Indochia ke Borneo ke Sumatera dan Semenanjung dan kemudian baru ke pulau-pulau lain.

Setelah di Sumatera dan Semenanjung inilah suku Melayu proto dusuic ini bergaul dan berkahwin dengan satu bangsa dari barat yakni bangsa semitik terus dari jurai keturunan Nabi Ibrahim alaihisalam dan membentuk bangsa MELAYU DEUTRO yang wujud sampai sekarang dan membina tamadun-tamadun yang hebat di seluruh Asia Tenggara. Namun apa-apapun ini adalah pandangan dan kesimpulan saya. Anda boleh membaca sendiri artikel di bawah dan membuat kesimpulan anda tentang perkara ini. Jika ada sebarang pendapat dan cadangan silalah tinggalkan komen anda.wallah hua'lam.


Dr Zafarina studies on genetics showed Malay people migrated from Borneo to Sumatera and then to Peninsula Malaysia. I have attached part of her writings below.




“TRACING THE ORIGIN OF THE MALAY RACE THROUGH THE MORPHOLOGICAL, HISTORICAL, SOCIO-CULTURAL AND GENETIC ANALYSIS



RESEARCH CENTER :

Human Genome Center , School of Health Sciences and Dental School , USM

CURRENT STATUS OF PROJECT: Ongoing ( started : Jan 2005 )

RESEARCHERS:

Principle Investigator: Dr. Zafarina Zainuddin

Co-researchers: Dr. Zilfalil Alwi, Prof. Abd. Rani Samsudin, Miss Azlina Ahmad,

Dr. Bakiah Shaharuddin, Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin, Mr.

Hoh Boon Peng, Mr. Mohamad Ros Sidek, Dr. Nizam Abdullah,

Prof. Norazmi Mohd. Nor, Assoc. Prof. Ooi Keat Gin,

Panneerchelvam, Dr. Zainul Ahmad Rajion, Prof. Zainul

F.Zainuddin



INTRODUCTION:

The Malay race inhabits particularly Peninsular Malaysia and portions of adjacent islands of Southeast Asia (SEA), east coast of Sumatra , coast of Borneo and smaller islands between these areas. They were traced by anthropological evidence from the north-western part of Yunnan , in China . The proto-Malays were seafaring people, probably from coastal Borneo who expanded into Sumatra and Peninsular Malaysia as a result of trading and seafaring activities. The present day Malays, called Modern Malays of Peninsular Malaysia and coast of the Malay Archipelago are a mixture of different races. They were described as deutero-Malays, descendants of the proto-Malays mixed with modern Indians, Thai, Arab and Chinese. The history and the origin of the Malay race have been the subject of much speculation among scholars. Since the Malays primarily reside within SEA, particularly Peninsular Malaysia, the prehistoric migrations into these regions must be taken into consideration. Several hypotheses of the SEA migration pattern have been put forward. Preliminary studies using mitochondrial DNA analyses suggested affinity of the Southern Mongoloid in the Modern Malay population of Peninsular Malaysia (Zafarina, 2004). The term Melayu or Malay‚ was also associated with the Hindu-Buddhist Srivijaya Empire (7th-13 centuries CE) believed to be located in the South-eastern part of Sumatra . An Arab text dating around 1000 CE observed that travellers bound for China sailed through the sea of Melayu‚ that can be inferred to mean the Straits of Melaka. On opposite shores of the Straits of Melaka by the 7th century CE or earlier, there were the domicile areas of the Malays, namely Sumatra and the Malay Peninsular.



OBJECTIVES:

1. To compile the genetic profile of the Malay race.

2. To study the history, social and anthropology of the Malay race.

3. To characterise the craniofacial, dental and ocular features of Malay race.

4. To correlate the genetic profile of the Malay race with their craniofacial, dental and

ocular characteristics.

5. To correlate the genetic profile of the Malay race with its history, social and

anthropology.

6. To trace the origin of the Malay race by using the genetic profile, anthropology,

craniofacial, dental and ocular characteristics.



METHODOLOGY:

The research encompasses four parts of studies: The Historical and Socio-cultural Analysis, the Ocular Morphology Analysis, the Craniofacial Morphology Analysis, and the last major part, the Genetic Analysis. Various types of genetic markers are used in the study of the genetic components of the population. These markers are autosomal and Y chromosome STR markers, mtDNA, Human Leucocytes Antigen (HLA) and lastly, the SNP genotyping which will be done using the Microarray 50K genechip system.

EXPECTED OUTCOME:

1. The tracing of the origin and the migration pattern of the Malay race.

2. Establishing USM as a part of the member of Pacific Pan-Asian SNP Initiative (PASNPI) organized by Human Genome Organization (HUGO)”



Dr Zafarina studies is one of the most cnclusive evidence of Borneo origins of the Malay race. They are not called Malay in Borneo, but Dusuns or Dayaks.



Dr Zafarina traced the genetic migration of the Dusunic speaking people of Borneo southwards in Borneo and along the way producing other tribes such as the Lun Bawangs, Bidayuhs, Ibans, etc. The Bidayuhs in turn migrated to Sulawesi and found the Bugis people. When the Dayaks or Dusun reached the southern tip of Borneo, they simply crossed over to Jawa and Sumatera.



Scientist has concluded that the Expres Train theory that the Malay race come from Taiwan were now discredited. Scientist found genes found among Polynesians (Hawaii)were not found among the indigenous Taiwanese. This shows the connection is missing.



Instead the theory goes that the Malay people who migrated from Indo China reached the coast of Borneo where the race and language of the Malayo Polynesian incubated. It was from Borneo that people migrated out to Taiwan, the Philippines and the rest of Insular Southeast Asia and the pacifics and the Indan ocean.



The proto Malays of Borneo were once great seafarers, reaching as far away land as Madagascar. Their migration led them to other Islands brought them to Sumatera, Jawa, Sulawesi, and then to the Pacifics Islands.



Incidently, the Malagasy language in Madagascar is closest to Maanyan language of Barito Kalimantan. But Manyan is closest to Dusun Witu of Barito which is alsmot 80% similar to the Dusun language of the Penampang and Papar Sabah dialect.



Dusun is about 30% similar to modern Malay. We know that modern Malay is only 30% indigenous, the rest were derived from or enriched by Sanskrit (Indian language), Arabs (during Islamic influence) and Chinese.



But the 30% indigenous are almost all similar to Dusun language in terms of sound and meanings. The followings are some Dusun/Malay similarity.



Eg mato for mata, tolingo for telinga, todung for hidung, dilah for lidah, siku for siku, longon for lengan, kulit for kulit, tonsi for isi, raha for darah, tulang for tulang, wulu for bulu, pusod for pusat, tuhat for urat, wotis for betis, etc.

Other words, kayu for kayu, watang for batang, roun for daun, bunga for bunga, tuah for buah, etc

others, wulan for bulan, watu for batu, tana for tanah, sawat for sawat (as in pesawat), osin for masin, onsom for masam, po’it for pahit, omis for manis, apui for api, matai for mati, pais for pisau, etc.



others, iso for sa, duo for dua, apat for empat, limo for lima , onom for enam, etc.



others, palanuk for pelanduk, buayo for buaya, lipos for lipas, tikus for tikus, tontolu for telur, ulanut for ular, etc


There are hundreds of words that form the indigenous part of the Malay language.



The dusun origins of modern Malay is something to be researched further. The dusunic speaking people are quite widespread. The Bisaya of Sarawak are dusunic people, also the dusuns of Tutung and Belait Brunei. In Barito, Kalimantan, the several dusunic speakers are related to the dusunic language.



Even the Bajau language and most visayan dialects in the Philippines can be traced to the dusunic langauge. According to Dr Zafarina, the dusuns produce the Bajau people (interesting). This correspond with the legend among Visayans that they came from Borneo.



It is ironic that the dusuns today are not constitutional Malay though scientific evidence now showed the Borneo origins of the Malay language.



The dusuns who populated Borneo did not found great civilization in Borneo. The credit must be given to their descendents who migrated to Sumatera and eventually became Malays through intermarriage with the more culturally advance Indians to form the seeds of the melayur kingdom.



Today it is true being Malay is a pride to many Malaysians. But the Malaysian Constitutional definition does not make them racially Malays. Officially, the word Malay is a religious identity, not a racial identity.



Ironically, the only other people who defined their ethnic identity in terms of religion are the Jewish people. Even Arabs recognize Arab Christians as Arabs. But in Malaysia, one has to be a Muslim to be a Malay.




The Malaysian definition of a Malay reduced the number of ethnic Malay to just 25 million people wolrd wide.



Thus, the Malay history also started only with the advent of islam in the 14th century. Malay did not exist before the advent of Islam accordings to Malaysian retard goverment and distorted historian. But this is not true!



The term Malay was popularized by western anthropologists based on their readings of Sejarah Melayu, however, distorted.



The term Malay is now very popular, used even by President Gloria Aroyo to identify her Filipino racial heritage. Unfortunately, may be she did not know, but the Malaysian Malays would have disputed her. She does not fulfill the Malaysian Constitutional definition to be a Malay.



Unless Malaysia change its constitution to make Malay a racial identity for Malayo Polynesian people, then the narrow definition would make the term Malay relevant to a small group of people in a sea of 300 million Austronesian Malayo Polynesian speakers.