Sepertimana tajuk yang tertulis
diatas, peranan tokoh hebat ini sebenarnya kurang diambil berat oleh sesetengah
dari kita terutamanya anak muda. Jika kita lihat filem-filem serta drama di TV
jarang sekali watak tokoh besar ini dimainkan. Masyarakat kita lebih sibuk
dengan watak Hang Tuah yang masih menjadi misteri kepada ahli-ahli sejarah
sehingga ke hari ini. Namun tokoh besar ini tak perlu kita susah-susah memikir
dari mana dia berasal dan siapa keturunannya kerana maklumat tentang tokoh ini
lebih realiti dari Hang tuah. Kalau kita ibaratkan sejarah England Hang Tuah
ialah King Arthur dan pedang saktinya yang menjadi lagenda dan misteri yang
penuh dengan mitos manakala Tun Perak pula sesuai disamakan dengan Sir Francis
Walsingham atau juga William Cecil
yang melahirkan banyak keturunan perdana menteri dan ahli politik.
Dalam Mastika keluaran terbaru juga ada memaparkan kisah mengenai tokoh hebat ini. Namun kisahnya bukanlah sebuah kisah yang membanggakan kerana ia mengenai kekesalan kaum kerabat Tun perak yang masih hidup di Melaka dengan sikap segolongan dari bangsa kita yang tidak ambil peduli tentang tokoh ini. Amat mengejutkan apabila saya baca bahawa ada pihak yang lansung tidak mengenal siapa Tun perak malah ada juga pihak yang mencemuh mereka apabila mereka mahu mewartakan tapak perkuburan Tun perak. Anda tahu apa yang mereka kata? 'Tun perak tu siape, tak penting pun lainlah kalau hang tuah semua orang kenal'. Terkedu dan sayu rasa dihati saya menatap tulisan tersebut. Saya tidak sangka ada juga orang yang berfikiran cetek, jumud dan buta sejarah seperti ini! Kalau lah Tun perak masih ada tentu dia kecewa. Maka atas dasar simpati terhadap keluarga Tun perak yang sekarang masih ada di Melaka maka saya akan paparkan untuk anda artikel mengenai tokoh agung ini.
Hari ini kita akan memperbincangkan satu persatu sumbangan beliau
dan melihat betapa besarnya pengaruh dan kepimpinan beliau dalam membangunkan
Melaka dan bangsa Melayu itu sendiri. selepas ini diharap jangan ada lagi yang mempersoal siapa itu tun perak berbanding hang tuah. jika tiada Tun perak saya percaya Hang tuah juga tidak akan kemana. Para pembaca semua, sebenarnya ada banyak aspek yang melibatkan sumbangan beliau dalam menjadikan
Melaka sebuah negara yang maju, antaranya adalah seperti berikut:
1. Kuasa Melantik Sultan
Bendahara merupakan pemilik wibawa
fizikal yang terbesar dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka . Oleh itu, Tun
Perak selaku bendahara Melaka mempunyai kuasa untuk melantk seseorang raja.
Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian darah dengannya.
Misalnya, seperti perlantikan Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai
sultan Melaka merupakan anak saudara kepada Tun Perak.
Selain itu, boleh dilihat juga
peranan dan sumbangan Tun Perak dalam menjadi penasihat sultan. Tun Perak juga
merupakan king maker penting dalam membuat pilihan yang tepat dalam
memilih seorang putera yang akan ditabalkan menjadi sultan. Walau bagaimanapun,
tidak semestinya seorang putera raja akan terus diangkat atau ditabalkan
menjadi sultan. Kuncinya adalah muafakat dan keadilan, baik bagi raja atau
sultan yang akan menduduki takhta kerajaan mahupun dalam kalangan individu yang
dipertanggungjawbkan tugasnya. Secara idealnya, selain dari adil, raja-raja
Melaka juga harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hal ini terkait rapat dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui diantara Demang lebar daun dan Sri tri buana.Terdapat empat
syarat bagi menegakkan daulat sebagai seorang pemerintah. Hal ini dubuktikan
dengan lebih jelas dalam undang-undang perlantikan seorang sultan ;
“adapun syarat segala raja-raja
itu atas empat perkara : pertama ampun
(merciful), kedua murah
(generous), ketiga perkasa (courageous),
keempat melakukan hukumannya
dengan kaharnya
(to give his verdict decislvely).
Itulah sifat segala raja-raja itu
pada zamandahulu kala,
turun-temurun, datang sekarang.
Inilah kanun namanya ”
Raja yang adil akan dihormati dan
disanjungi oleh rakyat. Perkara inilah yang sering ditekankan oleh Tun Perak
ketika menjadi bendahara Melaka. Bukan sahaja dalam menasihati raja malahan
ketika melakukan tugas yang lain juga seringkali Tun Perak menasihati
pengikut-pengikutnya mengenai hal ini. Hal ini dilihat jelas sewaktu Tun Perak
mengecam perbuatan Temenggung Seri Maharaja kerana Temenggung telah meminta
agar Sultan Mahmud membunuh seorang anak tempatan yang tidak besar kesalahannya
sehingga perlu dijatuhkan hukuman bunuh. Hal ini amat ditentang oleh bendahara
Tun Perak kerana beliau kuatir perbuatan membunuh itu akan menjadi kegemaran
sultan. Bendahara mengecam perbuatan Temenggung itu dengan berkata bahawa ;
“hai, hai ; lihatlah Seri
Maharaja, anak harimau di ajarnya makan daging,
dia kelak ditangkapnya."
2. Merancang Strategi Ketenteraan yang ampuh
Jawatan dan amanah yang diberikan
oleh sultan dan penduduk Kelang telah mendorong Tun Perak untuk menceburi
bidang pentadbiran lalu menjadi sebahagian daripada birokrasi kerajaan Melaka.
Pada awal abad ke-15 telah timbul persaingan antara kerajaan-kerajaan di
seluruh kepulauan Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan siam mempunyai
agenda yang tersendiri iaitu untuk menakluki kesemua kerajaan di kepulauan
Melayu termasuklah Melaka. Oleh itu, kesemua negeri di Tanah Melayu haruslah
menghantar wang emas dan menyembah raja siam bagi menunjukkan kesetiaan dan
pengakuan mereka akan ketuanan Melayu-siam Sri Dharmaraja terhadap negeri mereka. Namun, akibat
daripada kesedaran kerajaan Melaka yang tidak mahu negeri itu bertuankan raja
siam, maka mereka telah mengingkari segala perintah tersebut. Keadaan ini
telah mencetuskan kemarahan kerajaan siam Sri Dharmaraja, lalu mereka telah menghantar
angkatan tentera yang telah diketuai oleh Panglima Awi Cakri (Ok-P'ya Cakri).
Dalam serangan inilah telah memperlihatkan kebijaksanaan dan bakat yang ada
pada diri Tun Perak.
Dibawah institusi 'kerah',
kerajaan Melaka telah mengarahkan agar kesemua pembesar dan penghulu di setiap
daerah untuk mencari tenaga tentera dalam kalangan rakyat bagi memperthankan
kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu termasuklah daerah kelang. Tun Perak
selaku penghulu Kelang pada ketika itu telah diarahkan untuk mengerah pengikut
dan hulubalangnya ke Melaka. Disinilah bermulanya perlaksanaan strategi Tun
Perak dalam mempertahankan Melaka. Antara strategi beliau adalah Tun Perak
telah mengarahkanseluruh penduduk Kelang sama ada lelaki, wanita, dan
kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai misi mempertahankan Melaka. Walaupun
strategi ini dikatakan pelik, namun ianya sangat praktikal. Menurut Tun Perak,
tentera lelaki kelak akan berperang untuk mempertahankan Melaka dengan
bersungguh-sungguh, “.....kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang di-Pertuan,
lebiah ia berlawan (kerana) anak dan isterinya.”1 Dalam perlaksanaan strategi ini
dapat dilihat bahawa ramai tentera siam mati lalu mereka telah mengalah lalu
berundur dari Melaka.
Kejayaan perlaksanaan strategi
mempertahankan Melaka daripada serangan siam telah membuktikan kepada semua
akan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, hal ini telah
menyebabkan sultan Melaka beranggapan bahawa tidak wajar sekiranya Tun Perak
terus mentadbir Kelang lagi kerana bakatnya amat diperlukan untuk membangunkan
kerajaan Melaka. Oleh itu, Tun Perak telah diarahkan untuk berpindah dan
mendiami Melaka. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Bentara Melaka.
Seperti yang kita ketahui, Tun Perak merupakan seorang yang berpegang kepada
prinsip dan falsafah, “...dianugerahi oleh raja Melakapedang
sebilah...peliharalah baik-baik, usahakan, jangan diberi berkarat, kemakanan
matanya.” Berdasarkan prinsip ini, maka beliau telah berkhidmat dengan
cemerlang sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri, duduk di Seri balai
Istana, setara dengan Seri Nara Diraja yang ketika itu memegang jawatan sebagai
Bendahara Melaka.
Kehebatan ilmu dan strategi dalam
peperangan yang terajui oleh Tun Perak memang sudah teruji dalam awal
penglibatan beliau dalam bidang pentadbiran Melaka. Selepas menjawat jawatan sebagai
seorang Bendahara Melaka, tugas utama yang diberikan kepada beliau adalah untuk
mengetuai angkatan tentera laut Melaka untuk menangkis dan mengalahkan serangan
tentera laut siam. Menyedari akan kelemahan yang dimiliki dalam menangani
serangan hebat dari siam, Tun Perak telah tampil dengan dengan satu lagi
strategi yang baik iaitu strategi psikologi yang mana beliau telah menggunakan
“puntung api” berdekatan dengan pantai Batu Pahat
iaitu pantai sebelum sampai ke kawasan pantai Melaka. Walaupun strategi ini
nampak sangat melucukan tetapi ia merupakan satu serangan psikologi yang dapat
melemahkan semangat tentera siam apabila mereka melihat puntung api berada di
seluruh kawasan pantai mereka mula beranggapan bahawa tentera Melaka adalah
sangat ramai dan hal ini amatlah menakutkan tentera siam kerana bilangan
tentera siam tidak dapat menangani tentera Melaka yang begitu ramai. Hasilnya,
Melaka telah menang dalam pertarungan ini. Kekalahan siam juga telah memberi
peluang kepada Melaka untuk menyerang Pahang yang pada ketika itu berada tanah
taklukan Sri Dharmaraja. Semasa peperangan yang berlaku di Pahang, Tun Perak sekali lagi
telah mengetuai angkatan tentera Melaka.
Sebagai seorang pemerintah yang
berkaliber akhirnya Tun Perak telah dilantik untuk menjadi Bendahara Melaka
yang merupakan jawatan eksekutif tertinggi dalam hirarki pentadbiran awam dan
ketenteraan. Tome Pires dalam catatannya telah menyatakan bahawa ;
“...captains-general, whom they
call Paduca Raja. These are a kind of viceroy,
who is the next to the king. To
this man all the mandarins do reverence...the
Bemdara is the hingest in the
kingdom. The Bemdara is a kind of chief-justice
in all civil and criminal
affair...He can order any person to be put to death, of
whatever rank and condition,
whether nobleman or foreigner, but first of all
he must inform s the king , and
both decide the matter in consultation with
the Laksamana and the Tumunguo.”
Selepas tahun 1440-an, dengan
kedudukan dan kuasa fizikal tertinggi yang dimiliki oleh Tun Perak telah
menjadikan kedudukannya dalam birokrasi pentadbiean Melaka semakain selesa.
Selepas kemangkatan Seri Nara Diraja Tun Ali yang merupakan iparnya, jawatan Penghulu
Bendahari ini telah diserahkan kepada Tun Tahir bin Tun Ali dan memegang
gelaran yang sama iaitu Seri Nara Diraja. Selain itu, Tun Mutahir bin Tun Ali
juga telah dilantik untuk menjadi Temenggung Melaka dan memegang gelaran Seri
Maharaja. Seterusnya, Tun Abdullah yang merupakan anak bongsu kepada Tun Ali
juga telah dilantik menjadi pembesar istana dan digelar Seri Nara Wangsa. Dalam
keadaan ini dapa dilihat hampir semua raja-raja dan pembesar Melaka mempunyai
pertalian persaudaraan dengan Tun Perak. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan
bahawa Tun Perak sewaktu menjadi bendahara Melaka, beliau telah dikelilingi
oleh kaum kerabatnya sendiri.4 Hal ini telah memberikan stu
peluang yang baik kepada Bendahara Tun Perak untuk membangunkan dan
memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai sebuah empayar yang berjaya.
3. Pakar Hubungan Diplomatik
Kejayaan-kejayaan yang diperoleh
daripada peperanagn telah menyebabakan Melaka mengubah strategi hubungan
diplomatiknya dengan siam terutamanya. Dalam hal ini Tun Perak telah
menyarankan agar melaka berbaik-baik dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan
siam. Hal ini kerana Tun Perak dapat melihat manfaat sekiranya kedua-dua buah
kerajaan ini berdamai dan menjalinkan hubungan secara profesional. Keadaan ini
ditambah lagi dengan hubungan baik yang terjalin antara China dengan Melaka
iaitu China telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri yang berada dibawah
jagaannya. Perkara ini telah menjadi anatra faktor utama siam bersetuju untuk
menjalinkan hubungan diplomatik secara profesional dengan Melaka. Dalam hal ini
Tun Perak telah menyatakan bahawa ;
“.....daripada banyak seteru, baik
banyak sahabat.”
Hal ini telah dititikberatkan oleh
sultan dan akhirnya kedua-dua buah kerajaan ini telah bersetuju untuk sama-sama
berhubungan dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai
keamanan dan keharmonian dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan
kedua-kedua buah negeri ini.
4. Membangun dan Memperluaskan
Ekonomi Melaka
Dasar politik serta hubungan
diplomatik yang diamalkan oleh Tun Perak telah berjaya menarik perhatian seluru
dunia untuk menjalinkan hubungan negeri ini. Hal ini ditambah lagi dengan perkembangan
ekonomi di selat Melaka sekaligus menjadikan Meaka sebagai sebuah pusat
perdagangan dunia. Pengawalan laluan perdagangan laut dan penguasaan
kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi
Melaka telah menyebabakan empayar ini terus berkuasa di seuruh kawasan
perdagangan selat Melaka. Kebijaksanaan Tun Perak dalam menarik para pedagang
datang ke Melaka merupakan satu sumbangan yang tidak dapat dinilai oleh kita.
Perlaksanaan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang
Laut Melaka amat menitikberatkan hal keadilan pedagang, pembeli, dan faedah
yang bakal diperoleh oleh kerajaan telah menjadi satu platform bagi
pembangunan ekonomi Melaka.
Dalam kaedah dan tatacara tertentu
dalam urusan pengawlan baranagn dan penghasilan dari kegiatan berdagang dan
berniaga, bandar Melaka telah bangun menjadi sebuah emporium antarabangsa.
Selain itu, kebajikan para pedangan juga telah dititiberatkan oleh Tun Perak.
Oleh yang demikian, gudang-gudang dan rumah tumpangan telah diwujudkan di
pelabuhan Melaka bagi menarik perhatian para pedagangan untuk singgah ke
Melaka. Di samping itu, diwujudkan juga tempat untuk membaiki kapal-kapal
dagangan yang telah rosak akibat daripada ditiup angin monsun.
Selain itu, penguasaan politik
secara langsung terhadap kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu dan sumatera melalui
penaklukan telah membolehkan pengawalan keatas bahan-bahan mentah serta barang
dagangan untuk dibekalkan kepada pedagang asing. Contohnya pedagang dari China
yang amat memerlukan bahan-bahan dan barangan daripada kepulauan Melayu untuk
dibawa pulang ke negara mereka.
Selain daripada dasar perluasan
kuasa, dasar diplomatik yang diamalkan oleh Melaka dengan negeri-negeri lain di
sekitarnya telah memberikan seribu satu kebikan kepada Melaka. Seperti yang
dikatakan oleh Tun Perak mengenai hubungan diplomatik yang terjalin antara
Melaka dengan siam bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terbukti
apabila kerajaan siam membekalkan beras ke Melaka untuk diperdagangkan dan menampung
keperluan masyarakat Melaka. Persengketaan yang telah ditamatkan oleh Tun Perak
ini akhirnya telah membuahkan hasil seperti yang telah dinyatakan sebentar
tadi.
5. Mewujudkan Sistem Pentadbiran
yang berkesan
Kebijaksanaan Tun Perak sebagai
bendahara Melaka telah berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan dan
pentadbiran yang amat efektif dan sistematik sehingga boleh bertahan selama
empat generasi pemerintahan sultan. Hal ini dapat dibuktikan dalam catatan Tome
Pires yang menyatakan bahawa ;
“..Bemdara (Bendahara) is the
highest in the kingdom.
Hal ini dapat dilihat sekiranya
sultan berangkat ke tempat lain atas urusan rasmi, maka segala urusan
pentadbiran akan diserahkan kepada pembesar-pembesar dan ia diketuai oleh
bendahara Tun Perak. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu Sultan Mansur Sah dan
rombongannya telah berangkat ke Majapahit atas urusan rasmi. Oleh itu, sultan
telah menitahkan agar bendahara yang akan menjaga dan menerajui pucuk pimpinan
kerajaan sewaktu ketiadaan baginda di Melaka. Hal ini dapat dibuktikan apabila
sultan bertitah dengan menyatakan bahawa ;
“maka Bendahara Paduka dan Seri
Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan
segala menteri hulubalang yang
besar-besar sekaliannya ditinggalkan
oleh Sultan Mansur Syah menunggui
negeri”
Oleh yang demikian, segala tugas
sultan akan dipikul oleh Tun Perak ketika ketiadaan sultan di Melaka. Para
pembesar yang lain juga akan mempunyai tugas mereka iaitu turut bersama-sama
menerajui pentadbiran negeri seperti yang telah diamanahkan oleh sultan.
Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pembesar telah menunjukkan berlakunya
persefahaman dan saling bergantungan antara pembesar-pembesar untuk terus menjaga
keharmonian kerajaan Melaka.
Setelah lebih kurang sepuluh tahun
Tun Perak memegang jawatan sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud,
iaitu setelah berkhidmat kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun
Perak telah meninggal dunia dalam usia yang lanjut. Dibawah pentadbiran Tun
Perak, empayar Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga beliau dianggap
sebagai 'Pembina Empayar'. Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilakukan
oleh Tun Perak utuk memastikan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang besar
dan disanjungi hingga keseluruh pelusuk dunia. Kewibawaannya sebagai seorang
pemimpin amatlah dikagumi hingga ke hari ini kerana kebijaksanaannya dalam
mengatur pelbagai strategi telah menyebabkan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya
hingga ke luar semenanjung Tanah Melayu.
Selepas kematian Tun Perak, Sultan
Mahmud telah melantik Tun perpatih Putih yang merupakan adik kepada Tun Perak
untuk menjadi bendahara dan mendapat gelaran sebagai Bendahara Putih. Bendahara
baru masih lagi meneruskan segala dasar yang dilakukan oleh Tun Perak, namun
beliau tidak dapat mengawal segala tindakan yang dilakukan oleh Sultan Mahud
dan akhirnya kerajaan Melayu Melaka telah jatuh ketangan Portugis. Maka disini
dapat dilihat berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan
pembesar-pembesarnya. Sekian wallah hu a'lam.