Jumaat, 22 Jun 2012

MALING OH MALING

Ni mok yong weeeihhh!!!





"Udah kalo budaya nya kurang salah sendiri kenapa dari dulu buat sih GAK KREATIF TAU ENGGAK SEKARANG JUGA DICURI LAGI BUNGA RAFFLESIA ARNOLDI DI MALAYSIA TRULY ASIA -____-"





"Ah,,, ribut aja, cuma lewat kata-kata,,, kalau berani sekalian lewat perang,,,buktinya bukan cumabudaya indonesia yang di claim,,, tapi banyak orang malaysia yang belajar bahasa indonesia kita ini... buat orang indonesia jagalah bahasa persatuan kita sebelum Malaysia mengambilnya...."





Salam sejahtera dan Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Melayu Nusantara. Hari ini saya hendak menulis sebuah lagi artikel sampingan sebagai mengisi kekosongan sementara saya menyiapkan artikel-artikel utama. Sebenarnya artikel ini ditulis bertujuan untuk menyatakan betapa kesalnya saya dengan sikap sebahagian daripada masyarakat Indonesia yang tak sudah-sudah menuduh kita menciplak kebudayaan mereka dan mengatakan kita adalah bangsa maling atau pencuri. Sudah agak lama saya memendam rasa dan membiarkan sahaja komen-komen mereka yang agak keterlaluan di forum-forum di alam maya ini. Ada saja yang tak kene dengan apa yang kita lakukan. Walaupun sebenarnya kerajaan mereka juga telah menerangkan situasi yang sebenarnya. Di atas adalah contoh komen-komen mereka tentang isu klaim mengklaim budaya mengikut pandangan mereka. Kita dapat lihat bahawa mereka memang cepat melatah dan sukakan provokasi. Hanya fitnah sahaja yang mampu mereka lakukan dan apabila fitnah itu ternyata salah tidak ada ucapan maaf dari mereka kerana mereka mengaggap mereka abang dan kita adik jadi adiklah yang harus meminta maaf. Apa kata saya? Bullshit!





Baru-baru ini tentang tarian Tor-tor dan Gordang Sembilan pula yang dipersoalkan mereka. Sebelum itu mereka membantah bantah terpekik terlolong tentang Batik, Gamelan,Wayang kulit, Ketupat, Rendang,Lontong,Cendol malahan kunyit juga. Kemudian keluar isu Tarian Pandet, tarian Randai, Debus, Lagu Terang Bulan,Rasa sayang he, Angklong dan Seruling. Subhanallah saya tak sanggup tulis semua kerana terlalu banyak bebelan mereka. Dan yang paling tak berakal sekali ialah apabila mereka mengatakan kita mencuri bahasa kebangsaan mereka and i say what! Memang lucu sungguh. Asal usul bahasa sendiri pun mereka masih tak tahu ada hati nak kata orang kita maling.





Adapun mengenai ketupat dimana setelah melakukan sedikit study maka saya mendapati orang-orang Indonesia mempercayai bahawa Sunan Kalijaga adalah orang pertama yang memperkenalkan makanan tersebut sebagai makanan pada hari Raya Aidil fitri. Namun setelah saya membaca kisah hidup sunan kalijaga di dapati beliau bukanlah seorang yang asalnya muslim yang soleh sebaliknya seorang perampok dan kaki judi. Namun pada suatu hari beliau bertemu sunan Bonang dan berguru dengannya. Setelah itu belau melanjutkan lagi pelajarannya di Pasai dan terus ke Semenanjung Tanah Melayu untuk berguru dan berdakwah.





Satu perkara yang menarik tentang beliau ialah beliau mempunyai beberapa panggilan dan antaranya ialah Syeikh Malaya. Mengapa Syeikh Malaya. Ini kerana dia mengabiskan masanya untuk berdakwah dan menuntut ilmu di Semenanjung Malaya. Dan jika dilihat dari kronologi penciptaan ketupat oleh beliau kita dapat meletakkan bahawa beliau mencipta ketupat ( kononnya) sudah pasti apabila selesai berdakwah dan menuntut ilmu di Pasai dan Semenanjung. Oleh sebab itu pengaruh Masyarakat semenanjung sudah tentu ada terpaut padanya sepanjang beliau di sana. Di pattani sunan Kalijaga mungkin melihat Wayang Kulit Kelantan dimainkan dan beliau juga melihat nasi Tumpang serta pembuatan ketupat pada hari lebaran. Sudah pasti dengan cara inilah beliau mendapat ilham untuk memperkenalkan Ketupat kepada masyarakat Jawa. Namun mereka, orang-orang Indonesia hari ini tidak mahu tahu hal ini. yang penting bagi mereka kita adalah maling





Tidakkah mereka ini sedar bahawa mereka sebenarnya memalukan diri mereka sendiri? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka tidak tahu sejarah sebenar Bangsa Malaysia? Tidak keterlaluan saya katakan bahawa mereka ini terlalu fanatik yang membabi buta. Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum datangnya penjajah barat bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini juga adalah sebahagian daripada Nusantara? Atau mereka memang sengaja mahu mencari pasal dengan kita ?





Saya menjadi semakin bingung dan bengang apabila beberapa orang ahli akademik mereka juga mengiakan bahawa kita mencuri kebudayaan mereka. Tambahannya lagi ahli akedemik tersebut menyatakan bahawa kita sebenarnya TIADA IKON KEBUDAYAAN sendiri dan oleh kerana kita maju secara cepat dan mempunyai ekonomi yang kukuh maka kebudayaan kita juga adalah kebudayaan yang mahu cepat asal dapat. Dikatakannya kita terpaksa mengambil budaya kaum lain untuk membentuk budaya kebangsaan kerana kita tidak ada SATU PUN budaya yang dimiliki khas di Semenanjung Tanah Melayu ini. Apaan ni? Tidak masuk akal lansung. Bagaimana pula manusia yang telah beribu tahun tinggal di Semenanjung ini dan membina kerajaan-kerajaan kuno yang gah dan terkenal tidak mempunyai budaya mereka sendiri? Jadi budaya apa yang kita pakai sejak kerajaan Langkasuka, Gangganegara, Beruas, Kedah Tua dan Kerajaan Melayu Melaka? Budaya baratkah? Atau tidak langsung mempunyai budaya sehinggalah kemasukan orang Jawa, Minang, Banjar dan Bugis ke Semenanjung ini?


Nah perkenalkan ini asli dari Melayu Terengganu ,ulik mayang namanya. Apa ada di Indonesia juga?.



Wahai kaum serumpun ku di Indonesia. Bukalah minda anda seluas-luasnya. Tidakkah anda sedar bahawa kita ini serumpun bahkan sama sebenarnya. Adakah anda maksudkan bahawa di semenanjung ini tidak ada manusia selain Orang Utan sebelum kedatangan orang Melayu Sumatera, orang Minang, Mendailing dan Jawa? Mana mungkin begitu dong. Sila baca sejarah kerajaan-kerajaan Hindu di Asia Tenggara. Jangan jadi dangkal pemikirannya. Di semenanjung ini sudah wujud kerajaan-kerajaan tua yang hebat-hebat namanya seperti Gangga negara, Lenggiu, Langkasuka, Kedah Tua dan Chih tu. Kesemua kerajaan ini telah terkenal seantero dunia Asia tenggara malahan di India,China dan Asia Barat sih. Sedangkan di Pulau Jawa pada jaman-jaman awalnya yang wujud hanyalah kerajaan-kerajaan Sunda seperti Salaka nagara yang pengasasnya datang dari benua India.


Ini buk jika bermain dikala petang yang dingin anginnya enak sekali nih. Ini namanya wau bulan dong!



 Kehebatan Majapahit juga diperbesar-besarkan sedangkan pengaruhnya amat sedikit sekali di Semenanjung atau di Sumatera jika mahu dibandingkan dengan pengaruh Srivijaya. Tetapi anda semua membutakan mata dan menulikan telinga tentang fakta-fakta ini. Bagi anda apa-apa sahaja teori atau hipotesis tentang Srivijaya yang tiada kaitan dengan Indonesia maka anda ketepikan seperti teori Majumdar dan teori Takuya Suzuki. Anda pandang ringan kerana teori ini tidak meletakkan Srivijaya di wilayah anda sebaliknya di Semenanjung yang anda rasakan tidak ada orang pada zaman tersebut dan hanya ada Orang Utan.


hohohohooo..saya orangutan di Semenanjung Tanah Melayu, pada zaman kuno saya tiada budaya sendiri tetapi saya ada budaya barat..hohohohukhuk....bila orang Jawa dan Minang datang ke semenanjung baru budaya Melayu wujud dan saya bertukar wajah dan berbudaya nusantara....huhuhuhu. Saya suka makan rendang dengan ketupat tapi tak suka tengok orang menari pandet yang nampak dada.



Sedar atau tidak sedar anda sedang memperbodohkan diri anda sendiri apabila dijumpai banyak prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuna di Indochina seperti di Thailand Semenanjung tanah Melayu dan di Champa. Tapi anda tidak mahu mengakui hal tersebut sebaliknya menyatakan bahawa kami yang memelayukan mereka padahal mereka itu bukan Melayu. Alasan apa ini dong? Alasan anak-anak kecil ya? Bagaimana prasasti bisa menipu dong? Orang-orang Khmer di Kemboja juga sudah tahu bahawa wujudnya sebuah kerajaan besar bernama Malayu di utara Semenanjung Tanah Melayu pada zaman dahulu. Ini semua tercatat dalam petitih-petitih kuno mereka. Ini semua ada buktinya dan ada kajian yang telah dibuat. Sebaliknya teori Coedes tentang Srivijaya di palembang itu sudah lapuk malahan sudah lama patut diperbetulkan kerana sudah hampir seratus tahun ianya masih membingungkan. Batu-batu bersurat yang ada di Palembang itu tidak bermaksud bahawa ibu Kota Srivijaya berada disana tetapi sebaliknya ia diletak disitu supaya gabenor lantikannya di Palembang patuh kepada Maharaja Srivijaya yang bersemayam di Semenanjung. Malahan sehingga kini ahli-ahli sejarah Indonesia tidak bisa meletakkan dimana sebenarnya lokasi Minanga Tamwan ynag disebutkan sebagai lokasi bertolaknya tentera Srivijaya.





Sadarlah wahai warga indonesia. Sebenarnya kami yang anda kira sebagai bangsa yang tidak ada satupun ikon kebudayaan sebenarnya amat kaya dengan kebudayaan tidak kalah dengan kamu. Di sini atas sebab rasa tanggungjawab saya akan cuba senaraikan seberapa banyak hasil lokal genius kebudayaan milik Melayu Malaysia sendiri yang tidak ada kena mengena dengan INDONESIA:





v  Teater Mak Yong


v  Teater Mek Mulong


v  Bangsawan


v  Zapin (walaupun mereka kata kita menciplak dari tarian Arab namun ia telah lama dikreasi dan diubah menjadi Melayu jadi tiada persoalan maling atau tidak disini kerana tarian-tarian indonesia juga bercontohkan dan mendapat pengaruh Hindu dari India. Seperti tarian lain, Zapin sekarang lansung tidak sama lagi dengan leluhurnya tarian Hadrah Di Yaman.)


v  Dikir Barat (pihak indonesia menyatakan bahawa dikir barat adalah ceplokan dari tarian saman di Aceh, padahal bentuk tarinya berbeda dan muziknya juga tidak sama malah tiada kaitan lansung dengan tarian saman).


v  Tarian Pelanduk Pahang


v  Tarian labi-labi Rompin


v  Tarian inang renek Kedah


v  Tarian balai


v  Tarian saba


v  Rodat


v  Wau Bulan


v  Tarian mak inang


v  Tarian ulik mayang


v  Main puteri


v  Awang batil


v  Lagu-lagu Gendang Pahang


v  Tari Lilin


v  Joget Marhum


v  Dikir Rebana Pahang


v  Tingkah Lesung


v  Hencang Buah Keras


v  Permainan Porak


v  Penglipur lara


v  Seni gendang pahang


v  Seni nobat


v  Ronggeng


v  Canggung


v  Songket terengganu.


v  Gasing Pangkah


v  Gasing uri


v  Sepak raga


v  Congkak


v  Katuk keli atau konda kondi


v  Galah panjang


v  Batu seremban


v  Henjit-henjit semut


v  Sewang


v  Ngajat


v  Sumazau


v  Gawai


v  Sape


v  Sagu


v  Seni silat melayu yang ternyata berbeza dengan pencak silat di indonesia. Di Malaysia sahaja ada lebih 200 aliran silat yang berdaftar itu belum masuk yang tak terdaftar. Ia juga berbeza.


v  Dondang sayang


v  Joget melayu


v  Pantun


v  Syair


v  Gurindam


v  Seloka


v  Mi kari


v  Nasi dagang


v  Nasi himpit


v  Nasi kerabu


v  Nasi minyak


v  Nasi ulam


v  Lemang (dikatakan kita menciplak lemang dari Melayu Sumatera, padahal orang Melayu Riau pada asalnya adalah jajahan Kesultanan Melaka juga)


v  Pulut kukus periuk kera


v  Pulut panggang


v  Laksa asam


v  Laksa lemak


v  Laksam kelantan


v  Laksa johor


v  Laksa sarawak


v  Serunding


v  Ayam percik


v  Manok pansoh


v  Asam pedas (  ada di Riau juga tapi berbeza)


v  Gulai tempoyak ikan patin temerloh ( gulai tempoyak juga ada di Riau namun cara masakannya berbeza dari di Temerloh Pahang )


v  Gulai umbut kelapa dan umbut pisang


v  Gulai asam rong pahang


v  Kari kepala ikan


v  Gulai sambal pede temerloh


v  Sambal hitam lipis


v  Pajeri nenas dan terung


v  Ayam golek


v  Botok-botok ikan ( juga dikatakan berasal dari masakan jawa, namun di jawa disebut botok sahaja)


v  Pais


v  Otak-otak


v  ABC


v  Tempoyak


v  Pekasam


v  Umai


v  Sambal belacan


v  Sambal bacang


v  Sambal belimbing


v  Sambal ikan bilis


v  Sambal nyor


v  Sambal tumis


v  Sambal jering


v  Sambal pucuk kayu hutan tempoyak


v  Budu
MEK NOK JUA BUDU KO ORE INDONESIA NI PASA DEMO BREHI AMAT. KAT JAKARTA TAK DOK NIE, ASLI MLESIA DEH!



v  Petai jeruk


v  Jeruk maman


v  Cencalok


v  Sambal gesek


v  Sata


v  Ikan sumbat


v  Ketupat sotong


v  Telur pindang


v  Kerabu mangga


v  Gulai ikan masin talang dengan nenas atau labu


v  Acar buah


v  Rojak ayam


v  Rojak buah


v  Kuih keria


v  Kuih akok


v  Kuih jalamas


v  Kuih bahulu kemboja (ada juga di Siak)


v  Bahulu


v  Kuih seri muka


v  Kuih lapis


v  Kuih apam


v  Kuih bakar


v  Kuih sepit


v  Buah melaka


v  Gula melaka dan Nise Kelantan


v  Nasi tomato


v  Nasi kebawah duli


v  Nasi berlauk kelantan


v  Nasi lemak


v  Nasi hujan panas


v  Singgang


v  Masak cuka


v  Rendang kerang


v  Pengat pisang


v  Pengat labu


v  Kuih cara manis dan cara berlauk


v  Apam balik


v  Keropok lekor


v  Opok-opok


v  Karipap


v  Dodol


v  Lempok


v  Kaya


v  Wajik atau nasi manis


v  Lempeng nyor


v  Agar-agar kering


v  Putupiring


v  Tapai ubi dan tapai pulut.


v  Penderam


v  Kuih lopes


v  Tepung bungkus


v  Tahi itik


v  Tahi minyak


v  Kuih nekbat


v  Kuih serunai atau kuih suna dalam bahasa Kelantan


v  Cek mek molek


v  Badak berendam


v  Cucur Badak


v  Cucur udang


v  Cucur cempedak


v  Cucur pisang


v  Kuih tako


v  Kuih lidah kucing


v  Kuih karas


v  Kuih lepat ubi


v  Wajik ubi


v  Kuih butir nangka


v  Purti mandi


v  Lompat tikam


v  Kaswi


v  Bubur asyura


v  Bubur durian


v  Bubur lambok (bukan lombok ya dong)


v  Serawa pisang


v  Serawa nangka


v  Labu dan pisang sira


v  Sambal perut


v  Gulai kawah


v  Opor Diraja Pekan (sangat berbeza dengan opor jawa yg rupanya macam masak kurma)


v  Kerutub


v  Kuzi ayam


v  Acar matah


v  Acar masak


v  Kerabu pucuk paku


v  Kerabu nyor


v  KerabU taugeh


v  Kerabu ikan bakar


v  Kerabu pucuk betik


v  Kerabu pucuk mengkudu


v  Kerabu pucuk ubi


v  Kerabu dagin mentah


v  Kerabu kerang


v  Kerabu suoon


v  Kerabu jantung pise


v  Gulai jantung pisang


v  Kerabu pegaga


v  Kerabu perot


v  Kerabu kaki ayam


v  Air asam/ ayag asam


Sebenarnya ada berpuluh-puluh lagi yang tak sempat saya tuliskan di sini. Jika ditulis semuanya alamat kering gusi kerana kecur dengan nama-nama masakan khas yang hanya ada di Malaysia ini. Saya juga sarankan anda untuk menghantar lagi senarai makanan khas Melayu semenanjung yang tidak tertulis di sini, tetapi pastikan bahawa tiada pengaruh dari luar mengenai makanan atau seni persembahan tersebut kerana nanti kita dituduhnya maling lagi dong ah. Nah sekarang saya sanggah cakap bapak akedemician dari Indonesia itu yang mengatakan bahawa Malaysia itu nggak punya satupun ikon kebudayaan kebangsaan malahan maling dengan sengaja. Hey bapak bapak ilmuan dari Indonesia sekalian. Bapak-bapak diharap datang sendiri ke Malaysia ke kawasan-kawasan pedalaman dan saksikan sendiri betapa kayanya kami dengan kebudayaan kami sendiri tidak kalah dengan kebudayaan Indonesia.





Jangan main ngomong-ngomong kosong ojo, teliti dulu sebelum ngomong, ini mangan bisa sebarang mangan tapi ngomong jangan sebarang ngomong pak. Kami juga ada lokal genius. Kami bukan bangsa maling, sebaliknya kamulah harus malu kerana jika Malaysia tidak mewartakan kebudayaan yang terkait dengan Indonesia itu maka kerajaan kalian tidak akan sadar dan nanti lama-lama bakal hilang sendiri. Sebenarnya bapak-bapak dan ibu sekalian telah salah faham. Kami tidak mengklaim bahawa benda tersebut hak milik kami tetapi kami senaraikannya dalam akta warisan kebangsaan adalah kerana untuk memelihara dan melestarikannya.


Ini nasi tumpang kelantan. Ternyata ianya berbeza dari banyak segi dengan nasi tumpeng jawa. Nasi tumpang kelantan di hidang dan dijual dalam silinder kelonsong dengan lauk sambal udang dan sambal nyor. Berbeza dengan nasi tumpeng jawa yang lauk pauknya tak menentu dan banyak.



Sepatutnya anda berbangga kerana ada negara lain yang mahu melestarikan budaya anda. Seperti isu tarian Tor-Tor misalnya, yang mahu ia diwartakan dalam akta warisan adalah suku kaum Batak Mandailing sendiri bukan orang Melayu biasa dan orang Malaysia yang lain. Jadi apa yng menjadi masalahnya. Mereka bukan meminta agar kita mengikhtiraf bahawa TOR-TOR itu berasal dari sini sebaliknya mereka mahu menegaskan lagi bahawa seni ini datang dari seberang dan ia harus dipulihara oleh kerajaan kerana ia makin pupus dikalangan masyarakat Mendailing di Malaysia. Itu saja perkaranya! Ngak usah ribut-ribut ya bapak ibu, ini semua salah faham sahaja. Masakan pula suku Mandailing di perantauan tidak bisa memulihara dan melestarikan Tor-Tor, ianya milik mereka juga. Sekian dulu dari saya. Jika ada bapak-bapak dan ibu-ibu yang berasa terkecil hati dimohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Diharap hubungan diantara dua negara ini dapat diperbaiki dengan gampang jika tidak dari sudut budaya paling tidak dari segi agama kerana itulah yang lebih baik dan dibutuhkan.