Ahad, 10 Oktober 2010

TEKNOLOGI SENIBINA MELAYU PRA-ISLAM




Salam, jika kita membicangkan mengenai teknologi Melayu pra islam maka tidak boleh tidak kita akan memperkatakan menganai teknologi seni bina Melayu purba pada zaman srivijaya , funan dan champa. Kehebatan teknologi tamadun-tamadun rumpun Melayu ini terserlah menerusi pembinaan rumah-rumah ibadatnya seperti wat dan candi. Seni bina Melayu funan sebagai contohnya dapat dilihat manifestasinya di kemboja sekitar sebelum abad ke 7 masihi malah menjangkau ke beberapa abad selepas itu terutamanya zaman chenla kerana kerajaan ini adalah warisan funan juga, malah ada yang mengaggap wat Anghkor yang terkenal tersebut sebagai benda ajaib dunia.  Kerajaan Anghkor sebenarnya adalah warisan kerajaan Chenla , kerajaan ini juga ada hubungan politik dan intelektual  dengan kerajaan Melayu Champa.



Briggs menegaskan bahawa seni bina yang terdapat dalam tamadun Chenla dan Anghkor tiada bezanya dengan senibina Champa dan Funan. Hubungan kerajaan Champa dengan Kambujadesa atau Anghkor adalah sangat akrab terutama setelah kambujadesa atau Anghkor mengalahkan Champa pada awal abad ke 13 kerana sebelum itu Champa juga pernah mengalahkan Anghkor dan kedua dua kerjaan besar ini merasakan bahawa mereka perlu bersatu menghadapi musuh luar iaitu Siam bagi Angkor dan Viet bagi Champa. Kedua kerajaan ini sebenarnya pernah bersatu mengalahkan Viet. Kedua-duanya juga akhirnya dapat dihancurkan oleh musuh mereka iaitu Angkor oleh siam pada 1431 dan Champa oleh Viet pada 1471.



Teknologi orang Melayu Champa terkenal dengan senibina  wat sejak abad ke 4 masihi lagi dan dianggap sebagai salah satu senbina yang tertua di dunia. Binaan-binaan tua tersebut kita dapat kita lihat di My son selatan Vietnam sekarang. Kompleks wat My son mula dibina pada abad ke 4 masihi dan bertambah bilangannya sehingga mencecah 70 buah pada abad ke 14. tetapi kini yang tinggal hanya 20 buah sahaja setelah di bom oleh AS dalam serangan udaranya semasa perang Vietnam. Ketinggian ilmu teknologi sains Melayu diakui dunia menerusi wat-wat atau candi-candi Buddha zaman kerajaan Funan dan Champa terutamanya Anghkor wat memang dipetikaikan unsur kemelayuannya oleh sesetengah sejarawan barat dan tempatan. Namun demikian tidak bagi sebuah lagi candi buddha iaitu Borobudur yang dibina pada abad ke 8 pada zaman kegemilangan Srivijaya dinasti sailendra. Binaan ini adalah 400 tahun lebih awal daripada binaan Anghkor wat. Tidak hairanlah ada catatan daripada pengembara china sejak abad ke 9 masihi lagi bahawa maharaja china ada mengundang tukang-tukang, para arkitek dan jurutera Melayu srivijaya bagi membangunkan dan membaiki candi dan kuil di negara china.





Seorang lagi tokoh agung dalam tamadun Melayu yang harus disebut adalah Maharaja srivijaya pada abad ke 11 M yang bernama Cudamanivarman yang pernah menghantar wakilnya ke negara china pada tahun 1003 untuk menghadiahkan sebuah loceng untuk sebuah candi buddha. Maharaja china sendiri telah menamakan loceng tersebut sebagai kehidupan seribu tahun yang dianugerahi syurga. Pada tahun 1079, seorang tukang rumah atau arkitek yang bernama chi lolo telah dihantar khusus oleh maharaja srivijaya bagi membaiki kuil di sana kemudian maharaja srivijaya tersebut iaitu Divakara telah dianugerahi gelaran jeneral agung oleh maharaja china.



Tukang-tukang seni bina wat atau candi Melayu bukan sahaja terkenal di china malahan juga di india dan tentunya negara jiran kita thailand. Pada prasasti yang bertarikh 1046 M, raja chola yang bernama rajaraja I, dari india telah mencatatkan bahawa tukang-tukang candi Melayu telah diundang ke india bagi membina wat disana. Prasasti dari thailand turut mencatatkan pembinaan wat atau candi oleh tukang-tukang dari langkasuka atau srivijaya. Jelas disini bahawa kehebatan teknologi senibina Melayu adalah melangkau batas geopolitik nusantara. Kehebatan mereka dalam ilmu sains kejuruteraan dan arkitektual adalah sesuatu yang patut kita banggakan dan jadikan sebagai motivasi kepada anak bangsa kita pada masa kini agar kegemilangan ketamadunan Melayu pada zaman silam dapat kita bangkitkan semula





25 ulasan:

  1. Salam sume..
    jurai keturunan ninda-nindaku sekalian..
    kini sedang mengenal diri..
    menyingkap rahsia dan ilmu tuhan..
    mempersiapkan jiwa dan roh untuk suatu perjalanan yang masih jauh..tetapi pasti..

    BalasPadam
  2. Kesedaran ini amat perlu dari dulu hingga sekarang dan masa depan. Saya pasti terlalu ramai Melayu yang tidak tahu sejarahnya sendiri termasuklah saya sebelum ini. Rata-rata saya tengok, blog2 yang mengulas atau menceritakan tentang sejarah Melayu ini wujud sekitar 2006. Saya nampak ia seolah-olah satu gerakan atau seruan, cuma saya tak tahu siapakah pencetusnya?

    Banyak blog seumpama ini tetapi saya hanya mengikuti Melayu Nusantara, ATBM, dan Sangtawal kerana tulisan yang berterusan dan mengkhusus sejarah Melayu. MF pun saya baca juga, tapi lebih suka membaca puncanya terus iaitu ATBM.

    Seruan saya kepada pejuang-pejuang sejarah ini :

    1. teruskan usaha walau apapun rintangan.
    2. wujudkan persatuan yang rasmi agar gerakan ini boleh masuk 'mainstream'.

    sekian

    wasalam.

    BalasPadam
  3. semantani,good reading

    Cuba kaji betapa uniknya Borobudur berbanding candi Buddha yang lain di dunia.Hanya Borobudur sahaja punya design sebegini.Di India tiada design semacam ini.Ini bermakna ia adalah dari genius Melayu yang asli.

    Kalaulah tidak kerana imperialisme,sudah tentu orang Melayu akan membina masjid-masjid yang hebat-hebat belaka.Thailand sempat membina Grand Palace kerana tidak dijajah.Selepas hanya lebih 50 tahun merdeka,cuba lihat apa yang kita bina.Lihat masjid-masjid yang indah seperti Masjid Negara (gaya kubah masjid ini tidak terdapat di mana-mana tempat lain) atau masjid terapung di Terengganu.

    Itu baru 50 tahun.Sriwijaya telah ada kira-kira 1000 tahun!

    Borobudur adalah 'wonders' dan masterpiece Sriwijaya.Tidak hairanlah pedagang-pedagang Arab dan Tamil melaporkan kerajaan ini menggunakan wang emas sebagai transaksi perdagangan.

    -anda tahu siapa saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak ada ke sejarah seni bina kerajaan funan,angkor dan champa sebelum islam
      .

      Padam
    2. Aokaoakwoak Melayu tukang klaim

      Padam
  4. hehe..senyap je srikandi di atas? buat haji ker?

    BalasPadam
  5. cepat la srikandi buat artikel baru..tiap2 hr sy check mf..hu

    BalasPadam
  6. Tak mustahil kalau Menara Babilon dan Piramid kat Egypt tu dibina oleh moyang2 Melayu...

    Clue dari blog "Kepustakaan Melayu", Menara Babilon dibina semasa penduduk waktu tu bertutur dalam bahasa yang satu (ibu segala bahasa = Bahasa Melayu).

    Dan clue dari ATBM, Mistisfiles, firaun2 tu pemelihara je Piramid2 yang kat Egypt. Sebab Piramid2 tu dah siap dah kalau tengok dalam filem 10,000 B.C.

    So, tak mustahil le yang orang Melayu ni memang pembina2 tamadun2 awal dunia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dajjal pun konon keturunan dr melayu semenanjung ,, tak kisal pun

      Padam
  7. yup...kalau kita tengok dlm filem tu jgk setelah semua hamba2 tu memberontak, golongan pendeta dan pemerintah tu cuba melarikan diri menggunakan sebuah kapal yg besar dan berlayar! ini menunjukkan mereka memang bukan berasal dari kawasan tersebut! tak mustahil mereka dari tanah punt Nusantara! mereka datang berkapal dan pergi juga berkapal....~ semantani

    BalasPadam
  8. CUBA TGK RUMAH2 MELAYU DAHULU... MANA ADA RUMAH BATU ... ISTANA KE YG DIPERBUAT DR BATU...MEMANG TAK ADA...MELAKA YG HEBAT DAN KAYA RAYA PUN TAK ADA ISTANA BATU,YG ADA RUMAH DR BULUH DAN KAYU...
    ITU SEMUANYA DTG DARI INDIA DAN JUGA CHINA... ORG MELAYU JADI CHAPKANG AJE...TOLONG ANGKAT SIMEN DAN BATU BATA.

    BalasPadam
  9. nampaknya anda kena banyak membaca lagi nih...untuk pengetahuan anda sangat banyak istana dan rumah batu zaman dahulu. org melayu selepas kedatangan islam bukan tidak tahu membuat rumah batu tetapi sebenarnya tidak mahu. hal ini disebabkan islam yg datang ke nusantara pada zaman dahulu adalah dalam bentuk Sufism yg menekankan kesederhanaan dalam kehidupan. Anda juga perlu faham makna melayu, melayu dalam ertikata yg lebih luas adalah sebuah rumpun. kalau anda pergi ke pulau jawa masih banyak bangunan batu yg dibina mereka.

    bangunan batu juga biasanya hanya untuk rumah ibadat sahaja. BTW anda ni melayu ke? oleh sebb ajaran islam sufism yg datang kenusantara maka mereka alim ulama dari timur tengah yg datang dari kota2 hebat berbatu, bersimen dan bermozaik ini walaupun mereka ada ilmu tersebut tetapi tidak menggunakannya. cuba anda fikir balik. mereka datang kesini kerana nak mengubah cara hidup islam yg makin pincang pada zaman kegemilangan islam di dinasti Ummyayyah dan abbasiah dahulu. sebb itu bila mereka berdakwah kemari mereka tinggal dalam pondok2 dan rumah kayu sahaja, dan hal ini diikuti oleh masyarakat tempatan.

    dan satu lagi..sapa kata melaka xdak istana batu..MELAKA MEMANG ADA!ini akan saya dedahkan dalam artikel saya seterusnya, siap ada gambarnya lagi lakaran asal kota melaka!

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama 2010 Oktober 20 02:42,
    anda harus melihat seisi sejarah di Semenanjung Tanah Melayu ini dlm ruang yg lebih luas.

    Kita pernah dijajah oleh 4kuasa besar, iaitu boneka2 Dajjal - Portugis, Inggeris, Jepun & Komunis. Itu baru di Semenanjung.

    Belum termasuk di negara2 Nusantara yg lain, seperti Belanda di Indonesia.

    Di era Portugis sahaja penjajah ini boleh 'memadam' berbagai2 khazanah dalam alam Melayu ni, termasuk binaan2 dan makam2, dan isi2 perpustakaan istana pula di bawa ke luar negara berbondong-bondong.

    Itu baru 1 era zaman penjajahan. Belum lagi sampai ke era Jepun.

    Mengapa boneka2 Dajjal berbuat demikian?

    Kerana dia taknak Melayu itu tahu siapa dirinya kerana orang2 Melayu, yg juga Pemuda Bani TaMim/Bani Jawi/Bani Jeava ini, akan bersama-sama Nabi Isa untuk akan memerangi Dajjal.

    Saya bagi 1 clue untuk anda.

    Mengapa pintu gerbang A Farmosa begitu kukuh sehingga kini?

    Dari bahan binaan apakah yang Portugis gunakan untuk membinanya?

    Dari batu-batu Istana Melaka yang dirobohkan kah?

    Dan dari batu-batu nisan makam-makam di Raja yang dipecahkan kah?

    Kalau anda mahu bukti bercatat, pergilah ke Muzium Portugis, Belanda & England nun di sana dan pecah-masuklah ke dalam arkib2 mereka.

    Selamat mencuba saya doakan.

    BalasPadam
  11. bani tamin la bani jawi la..

    ye saya melayu.tapi melihatkan semangat tuan-pan nie buat saya takut..bukti belum pun cukup..baru teori..kita semua dah terhegeh2 ambik kredit atas tamadun2 lain yang lebih hebat..

    sejarah melayu bermula dari zaman melaka pun masih terabur..niekan pula melangkau ke zaman pre-sriwijawa.. bukukan tesis tuan, puan..tebarkan ke seluruh dunia. barat terima @ tak tu no 2..yag penting kita bicara dengan bukti sahih..

    seperti kata AbdElHmyd "Kalau anda mahu bukti bercatat, pergilah ke Muzium Portugis, Belanda & England nun di sana dan pecah-masuklah ke dalam arkib2 mereka"..setakat kajian cara lawatan, lisan, logik tak cukup...

    positifnya blog2 camni buat saya sbg melayu rasa bangga dan keluar dr kepompong inferior..tapi sikap terlalu yakin seperti "melayu yang bina piramid" nie buat saya takut belum apa2, dah berlagak.. semua bangsa lain terus tertawakan kita..

    dan jika benarpun kehebatan tamadun melayu nie..apa gunanya semua tu jika melayu moden hanya tau berbangga dengan kehebatan silam.. lihat saja pada rakyat mesir kini, rakyat iraq, rakyat kemboja etc yg sedia terbukti dulunya merupakan pemula tamadun hebat tapi dek kerana terlalu kuat bermimpi di mana mereka kini..sekadar boneka pihak2 kuasa tamadun baru spt US jer!!!

    mudah jer nak lengkapkan puzzle kan, takdenya istana melaka coz MUNGKIN portugis dulu buat kota famosa pakai batu istana nie la..haha habis tu sumber asalnya dari bukit mana..cuba bagi bukti sikit sebelum bercakap..kot2 ada kesan torehan batu pada sumber2 asal baru org respek..nie tak abis2 teori2..

    kasar, sinis .. saya tau.mohon jutaan kemaafan..namun dalam mencari ilmu jangan hanya melihat pada 1 guru..nanti taksub jadinya..sy sgt hormati usaha2 seperti srikandi yang cuba menaikkan semangat kebangsaan melayu kita dan kenal sejarah kita..sama2 kita nantikan bukti2 nyata dan jelas dari srikandi n kwn2 yeah.. wassalam

    PENGDUGA ARUS

    BalasPadam
  12. huhu..bersemangat nampak anda menulis, tak pe saya xmarah. cuma saya tak kata pulak melayu bina piramid, saya sendiri pun akan ketawa kalau org kata macamtu tanpa bukti kukuh. saya cuma cakap berkemungkinan pembina piramid datang dari luar dan sama ada leluhur melayu or not itu bukan teori saya tapi srikandi.

    lagi satu, saya tidak guna sumber lisan lansung sebenarnya dlm menyampaikan hujah2 saya, sebb saya tahu ada ramai yg memandang sinis sumber ini sebb saya juga kurang percaya sumber lisan. sebb tu saya condamme geng merong sebb banyak gna sumber lisan lah.

    saya memang ambil kredit dari beberapa tamadun hebat sebb tamadun tersebut memang ada kaitan dengan bangsa melayu..

    setahu saya kebanyakan penulisan saya hanya menyentuh tamadun yg memang ada bukti sejarah dan arkeologi bagi mengaitkannya dengan bangsa rumpun melayu cthnya tamadun Champa yg memang rumpun melayu, tamadun Srivijaya yg memang melayu dan tamadun kemboja dan funan yang pada 20 tahun dahulu memang tidak ada siapa yg akan kata tamadun ini ada kaitan dengan melayu, namun akhirnya ada ditemui bukti-bukti yg menunjukkan adanya kaitan dengan tamadun melayu. ingat ya, ada kaitan bukan bererti saya nak bolot dan akui bahawa angkor wat or apa2 jenis wat lagi di kemboja tu melayu yg bina 100%. Dan lagi semua ini saya dah buat sedikit pengkajian sebelum srikandi umumkan dalam blog dia lagi. so memang dah ada bukti samada dari pengkaji kita or barat.

    malahan sudah ada beberapa orang ahli sejarah dan arkeologi khmer sendiri yang mengakui adanya pengaruh melayu segenting kera dalam hieraki elit dan pemerintahan kerajaan Angkor atau kemboja. jadi saudara, saya bukan ambil kredit sesaje seperti yg dilakukan oleh bangsa thai terhadap tamadun khmer, tetapi saya ambil yg mana hak sahaja. ok...

    Untuk tamadun lain saya rasa saya xada tulis lagi, sebb itu bukan bidang saya, mungkin srikandi boleh ulas pasal tamadun mesir, sumeria or judea dan kaitannya dengan orang melayu, sebb itu teori dia dan bidang dia. saya no komen dan saya tak ambil kredit dari tamadun2 ni walaupun ada juga rasa teruja dihati dan bangga jika ia benar2 terbukti. namun mengenai kaitan bangsa nusantara ni dengan bangsa mim dan bani jawi yg tu memang dah lama dikaji malah oleh ibnu athir sendiri.


    Tapi memang susah kalau nak buktikan semua dan sebarkan keseluruh dunia perkara2 macam ni. perlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yag maha besar! ada yg nak sponser ke? perlu buat ujian DNa, radio karbon, kimia, ekskavasi, analisis dokumen dan manuskrip, tu belum lagi jika maklumat yg kita nak tu tak diberi oleh pihak yg menyimpannya cth di Library of London, Lisbon atau belanda. walaupun banyak manuskrip tu asalnya kita yg punya tapi mereka yg simpan dan kalau nak kena beli berjuta ringgit! kerajaan malaysia tak nak support! malah ada mereka tawarkan harga murah pun kerajaan Malaysia tak nak beli sebb mereka rasa menyemak je kertas2 buruk tu baik beli toilet paper lagi bagus!


    Bukannya golongan sejarawan ni tak nak pegi tengok semua manuskrip tu. malahan beberapa tahun lepas baru sahaja beberapa orang bekas mahaguru saya menyelongkar perpustakaan2 tua di portugal, dan belanda untuk mendapatkan manuskrip tetang zaman melaka, hasilnya ada tapi kurang memuaskan sebb mereka tak bagi tengok lebih2. yg dapat dibawa balik ialah lakaran bandar,kota dan istana melaka pada zaman sebelum ia dijarah dan dirobohkan!! dan itulah yg saya akan tunjukkan dalam artikel saya yg seterusnya, sebb tu saya kata anda tak benar apaila mengatakan bahawa melaka tak ada bangunan batu... lagi satu gerand yg diberi pihak kerajaan untuk buat penyelidikan sejarah ni sikit sangat berbanding untuk sains, jadi org sejarah terpaksa keluar duit lebih sendiri dengan gaji kerajaan yg ciput ni. macam mana nak duduk lama2 kat luar negara carik maklumat. nak buat ekskavasi pun tak cukup kepakaran dan wang.

    jadi apa2 pun tunggu artikel baru saya..saya nk daptkan lakaran tu pun susah sebb berharga dan dilindungi pihak uni tapi insyaallah saya akan dapatkan yg salinan kalau tak yg ori.

    BalasPadam
  13. Salam semua,

    cuba baca artikel di http://ridhuantee.blogspot.com/2010/10/sejarah-bagaimana-yang-kita-mahu.html

    Pandangan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Chuan Seng tentang tuntutan parti2 politik Cina yang mahukan subjek sejarah dirombak & lebih menekankan peranan pelbagai kaum (konon!) dalam menuntut kemerdekaan negara.

    It's a good read!

    BalasPadam
  14. Salam Al Semantani, Pengduga Arus dan lain2 pembaca...

    Ini ulasan yang ke-9 dari blog merah silu di:-

    http://merahsilu.blogspot.com/2010/10/menyelesaikan-bab-perak-akhirnya-sampai.html

    "...Ketiga, tentang tiadanya makam Sultan Melaka di Melaka lalu dijadikan alasan kerajaan Melaka tidak wujud di sana. Kan umum dah tahu segala batu nesan, batu asas masjid dengan segala bentuk batu yang berkaitan kewujudan kerajaan Melaka telah dicabut Portugis lalu dijadikan A Famosa... sebab tu hilang. Itupun sebenarnya batu nesan Sultan Mansur Syah ada ditemui di Melaka. Tapi apa jadi? Raffles ambik masuk musium kat Singapura."

    Boleh jadi, ini salah satu clue dari puzzle berkenaan ISTANA MELAKA!...

    Pengduga Arus, saya tidak merujuk hanya pada satu blog/guru, tetapi membaca kesemua blog dan cantumkan pieces of jigsaw puzzle yang bersepah-sepah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Sebelum tu, saya tapis menggunakan akal terlebih dahulu le.

    Saya wajib buat sedemikian kerana saya tiada 'access' untuk kajian Alam Malayu yang lebih terperinci & mendalam, melainkan sumber2 yang telah digelapkan & bukan semua boleh digunapakai.

    Sekiranya tahap kecerdasan akal & daya pemikiran saya lemah, saya amat tidak kisah; kerana diri saya ni pun bukan saya yang punya.

    Sekurang-kurangnya, saya berusaha & berserah...

    BalasPadam
  15. saudara Al Semantani & AbdElHmyd..

    mohon maaf, hamba tak bermaksud nak memperkecilkan kecerdasan tuan hamba berdua.. cuma, saya ada sikit pengalaman suram bila bicara tampa bukti sahih ni..

    tapi thank gok saudara Al Semantani nak dedahkan lakaran kota Melaka sblm musnah.. tak sabar rasanya.. pepun, jangan terasa k.. anggap yg baik tu kritikan membina dan yg buruk tu semua kelompongan saya k.. assalamualaikum

    Penduga Arus

    BalasPadam
  16. Salam Al Semantani & Penduga Arus. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca, terutamanya anda berdua.

    Pengduga Arus, anda tak perlu mohon maaf kerana bagi saya, anda tidak membuat apa2 kesalahan pun.

    Yelah, kita ni sama2 orang Melayu dan pula, sama2 membongkar rahsia Melayu yang amat rumit dan berselerak ini.

    Jadi, setakat 'lidah tergigit oleh gigi' tu, kita cepat2 lupakan, ye tak?

    ('',)

    BalasPadam
  17. kegemilangan dulu takde maknanya, masalahnya melayu sekarang mudah lupa, bangsa haprak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada makna, buat apa kaum lain sanggup berhabis-habisan sumber untuk naikkan sejarah mereka? Sampai ada yang kalau tak ada sejarah, mereka reka sendiri sejarah.

      Salah satu sebabnya ialah untuk menaikkan semangat mereka untuk berusaha sehingga ke tahap yang lebih tinggi di samping menaikkan semangat patriotik.

      Kalau dah tahu Melayu sekarang ni tak berapa hebat berbanding dulu, apa pula usaha awak untuk menaikkannya? Jadi tak payahlah nak merendah-rendahkan usaha orang lain.

      Padam
  18. Min...betul ke Chola 1 serang Srivijaya pada 1025M?
    Sebab atas sana, catatan prastasi bertarikh 1046M, raja chola yang bernama rajaraja I, dari india telah mencatatkan bahawa tukang-tukang candi Melayu telah diundang ke india bagi membina wat di sana.
    Tahun Chola 1 serang Srivijaya yang salah ke...atau macam mana?
    Prastasi tu tak salah rasanya.. kalau betul.
    Tahun 1046M tak salah Rajaraja I dah tak ada...waktu itu under Chola 1.
    Kalau saya salah, mohon penjelasan.
    Terima kasih.

    BalasPadam