Isnin, 8 Jun 2009
Senibina Melayu
Senibina rumah melayu adalah salah satu lokal genius yang paling hebat bagi saya.Bagi anda yang sejak dalam rahim hingga nak hampir liang lahad tak pernah keluar KL or bandar-bandar besor pasti takkan jumpa senibina rumah Melayu asli yang mengagumkan. Kecualilah kalau anda duduk Kampung baru. Kalau ada masa rajin-rajinkanlah diri melawatm pantai timur semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu...fuh dua negeri tu boleh dikatakan sebagai syurga pencinta senibina Melayu lama.
Pada pendapat saya senibina Melayu adalah senibina yang penuh dengan seni dan falsafah. Setiap inci ukiran, setiap anak tangga, daun tingkap,alang dan lain-lain ada makna yang tersirat. Sememangnya tak dapat dibandingkan dengan senibina bangsa lain walaupun bangsa lain membina bangunan yang gah dengan batu-batuan besar dan berkilau. Kalau tak caya cuba kita tanya orang USA di New England yang terkenal dengan senibina Victorian tu apa makna disebalik ukiran kerawang yang berbunga-bunga tu dan kenapa bumbung dan tingkap rumah camtu...kenapa bla..bla.. pasti diorang jawab dari sudut praktikaliti, estetik dan arkitektual sahaja tanpa sebarang unsur falsafah dan kerohanian. Nah itulah kehebatan senibina Melayu...kerna ia mempunyai Roh atau semangat yang tersendiri...itulah Local Genius!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
setuju!
BalasPadamsenibina melayu adalah senibina yang terbaik , rumah melayu itu sendiri boleh diubah ubah , diberi kepada anak misalnya kerana struktur pembinaan berasaskan tanggam dan pesak ,sedang kita mengagumi simen dan paku ,sepatutnya kita perlu mengagumi senibina yang moden buah fikiran tukang dahulu ,
BalasPadamsenibina berkait rapat dengan iklim , bahan yang ada dan adat (customs ,religion ,faith etc ). rata rata pembinaan rumah dia asia ,daripada istana maharaja cina dan rumah jepun menggunakan kayu sebagai bahan asas kerana faktor iklim . jepun yang pada musim panasnya lembab dan panas menyebabkan struktur binaan batu tidak digalakkan dibina ,kebanyakan rumah di jepun adalah terbuka menghadap taman dan alam dan ditutupi oleh skrin sliding yg dinamai shoji .
Nenek moyang kita sudah mengetahui mengenai apa itu pembuatan rumah yang baik dengan membenarkan pengudaraan ,tiang yg tinggi untuk mengelakkan kelembapan , bumbung yang curam dan teduh , dan sekaran adakah kita selesa mendiami sebuah rumah berasaskan batu bata dan atap zink dengan bantuan penghawa dingin ??
( tetapi dimana mana pun senibina adalah berasaskan iklim , bahan yang ada dan adat ).semua bangsa mempunyai cerdik pandainya sendiri , jadi tidak baik jika kita katakan bangsa lain tidak mengetahui fapsafah apa yg mereka gunakan.
Assalamualaikum, di Negeri Perak terdapat banyak rumah Melayu lama yang terbiar. Di kawasan Kampung Gajah, Kampung Geronggong, dan Kampung Selat Pulau, banyak rumah kayu antik yang ditinggalkan tiada penghuni. Rumah-rumah lama ini bertiang tinggi jenis kayu cengal dan saiz rumah agak besar. Binaannya menampilkan kesenian dan arkitektur yang hebat.
BalasPadam