Khamis, 22 Julai 2010

TEKNOLOGI MELAYU MEREMPUH BADAI

Replika kapal Borobodur.

Sejak Abdullah Munsyi seorang kerani Melayu keturunan mamak dan Arab menulis mengenai bangsa ini, besar sungguh inferiority complex yang dialami mereka. Bangsa ini dicemuh sebagai sebuah bangsa yang pemalas dan tak kenal dek untung. Sehingga kini kita tidak mengetahui apakah niat sebenar Abdullah Munsyi membuka pekung didada yang mungkin tidak wujud atau hanya wujud dalam sebahagian kecil masyarakat Melayu sahaja. Ada pihak berpendapat mereka melontarkan tohmahan dan cabaran bertujuan sebagai kritikan membina, namun pada pendapat saya ianya langsung tidak dapat membina keperibadian bagi masyarakat Melayu kemudiannya malah melemahkannya sehingga ke tahap- yang paling dasar. Mungkin Abdullah merasa lebih superior kerana mendapat tempat didalam masyarakat penjajah kolonial dan menjadi orang kepercayaan mereka. Mungkin juga kerana beliau tidak pernah mengaggap diri beliau sebagai Melayu sebabnya dia bukan keturunan Melayu tulin dan hanya menjadi Melayu kerana tinggal dikawasan orang Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.



Pendapat yang mengatakan bahawa ianya hanyalah kritikan atau motivasi yang membangun, bagi saya adalah sesuatu yang kurang berasas. Jika bangsa-bangsa lain sebagai contohnya bangsa cina, mereka tidak akan sesekali merendah-rendahkan martabat dan cara hidup bangsa mereka di hadapan bangsa lain apatah lagi bangsa barat yang dianggap mereka sebagai orang gasar yang kurang bertamadun tidak seperti orang-orang timur. Begitu juga dengan bangsa India, Jepun dan Korea. Mereka seboleh-bolehnya mahu menonjolkan semua unsur-unsur positif sahaja mengenai bangsa mereka kepada bangsa lain dan menutup segala kelemahan walaupun ianya ternyata wujud. Semangat patriotism seperti inilah yang telah membangkitkan alter bagi bangsa-bangsa mereka sehinggakan bangsa mereka boleh menjadi salah satu bangsa yang disegani dunia sehingga sekarang.



Ada juga pihak yang menuduh bangsa yang satu ini adalah bangsa yang penakut dan tidak sukakan cabaran! Apa?...PENAKUT? oh tidak, tidak sama sekali! Bangsa Melayu ini sejak ribuan tahun adalah diantara bangsa yang sangat pemberani sifatnya. Sifat kebenarian orang Melayu boleh dilihat sepanjang lembaran sejarahnya. Sejak kemasukan Islam ke Nusantara orang Melayu telah diperkenalkan dengan konsep kehidupan akhirat yang kekal abadi dan mati shahid, maka sifat berani untuk mati itu menjadi semakin tebal dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu berani mati namun bukan mati sia-sia atau mati katak sebaliknya mati dalam keadilan dan mati yang bermanfaat. Hal ini dapat dilihat dengan memerhatikan adat orang dulu-dulu yang suka menghantar anak-anak mereka belajar silat. Apabila anak itu diserahkan kepada guru silat akan disertakan sekali dengan kain putih sehelai yang melambangkan kain kafannya, sintok dan limau nipis untuk memandikan jasadnya dan ayam putih untk kenduri arwahnya. Orang tua dahulu tahu risikonya amat besar apabila menyerahkan anak untuk belajar silat pada zaman dahulu kerana dahulu silat tidak diajar secara olok-olok dan senjatanya juga adalah senjata tajam yang betul.


 
Semangat keberanian orang Melayu jugalah yang telah menyebabkan mereka bisa menyebar keseluruh kepulauan Nusantara dan membina tamadun yang gah suatu ketika dahulu. Sejarah telah mencatatkan bahawa kegiatan perdagangan yang ulung di rantau ini telah bermula sejak 200 tahun sebelum masihi lagi iaitu dimasa kegemilangan empayar Rom di Barat dan Dinasti Han di China. Pada peringkat awalnya kapal-kapal dagang cina dan India tidak mampu menempuh badai lautan yang begitu hebat bagi mereka. Mereka hanya mengemudi kapal-kapal mereka di pesisran pantai mengelilingi benua-benua sehingga sampai ke destinasi. Mereka juga tidak berani menempuh laut cina selatan yang sentiasa bergelora dan juga takut untuk merentasi Temasik dan selat Melaka. Sesetengah ahli sejarah berpendapat mereka pada awalnya amat takut untuk melepasi selat Melaka untuk terus ke India kerana kuatir diserang lanun-lanun Melayu yang amat banyak ketika itu. Jadi mereka hanya membataskan jalan perdagangan mereka di Vietnam, Thailand dan segenting kra sahaja. Namun alasan yang lebih munasabah ialah mereka takut untuk menempuhi geloran di musim-musim monsoon dan tambahan lagi mereka pada ketika itu masih tidak mempunyai teknologi perkapalan yang dapat mengatasi masalah tersebut.



Kedudukan ini mula berubah apabila para pedagang Melayu mula memasuki era perdagangan antarabangsa pada zaman kegemilangan empayar Funan sekitar abad ke 4 masihi. Para pedagang Melayu ini mempunyai sejenis kapal layar yang dipanggil Jong dan membawa muatan rempah ratus yang belum pernah dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Rempah tersebut adalah seperti buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan buah pala. Selain itu orang Melayu juga memperkenalkan kapur barus dan kayu gaharu yang sangat tinggi nilainya. Disinilah teknologi maritim orang Melayu telah membawa kemakmuran terhadap bangsanya sehingga terdirinya empayar Srivijaya dan seterusnya empayar Melaka.



Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut! Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku. Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam.



Setelah melihat kehebatan jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa pedagang lain seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di buritan jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang. Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai mengikut laluan zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka boleh ke China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.



Pebggunaan teknologi ini bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di lautan meditranien. Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika. Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk. Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000 batu ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek kata sifat berani orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum masihi lagi!



Menurut catatan fa xian iaitu seorang sami buddha dari China yang berjalan ke India menggunakan jalan daratan gunung dan balik semula ke China menggunakan jalan laut dengan mengguanakan kapal Melayu. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang boleh menerkam badai adalah lebih hebat daripada org yang mendaki puncak gunung. Pada tahun 399 masihi fa xian yang berumur 65 tahun berangkat dari Changan menuju ke utara India untuk bertapa dan menuntut ilmu. Beliau memilih jalan darat yang membawanya merempuh padang pasir, memanjat gunung karakoram, meniti lerengan setinggi 8000 kaki dimana udaranya kurang oksigen dan menyusahkan usaha menngangkat kaki. Selepas bertapa dan berguru di India selama 15 tahun akhirnya beliau kembali ke China pada tahun 415 masihi. Beliau tidak lagi berani mengambil laluan yang sama dijalaninya kerana pengalamannya yang terlalu ngeri.


 

Dari utara India beliau tururn ke Sri Lanka menaiki kapal pedagang Melayu bersama 200 penumpang lain menuju kepulauuan Melayu. Apa yang dialaminya adalah lebih mengerikan daripada masa perjalanannya ke India melalui daratan dahulu. Kapal ini menurutnya tidak menyusuri pantai seperti kapal-kapal lain tetapi ia merentas lautan Hindi menuju ke Aceh dan seterusnya ke selat Melaka. Dua hari berlayar fa xian menceritakan ribut besar telah melanda lautan. Ribut ini berterusan selama 13 hari menyebabkan berlakunya kerosakan besar kepada kapal. Anak-anak kapal membaikinya di sebuah pulau dan mereka meneruskan perjalanan ke selat Melaka. Pengalaman fa xian di lautan Hindi selama 13 hari ini diikuti pula dengan dilanda taufan dari laut china selatan.



Lebih dasyat lagi bahana taufan ini sehingga kapalnya sesat selama 70 hari di laut sebelum beliau sampai balik ke kampong halamannya. Riwayat fa xian ini membuktikan bahawa sejak zaman Srivijaya lagi pera pelaut Melayu telah menemukan jalan pintas yang merbahaya kepada kapal-kapal bangsa lain. Jalan-jalan ini adalah jalan kurus yang merentas lautan dalam. Hanya keberanian mereka sahaja yang membolehkan mereka menerokainya. Penggunaan jalan pintas ini membolehkan jong-jong mereka menjimatkan masa perjalanan dalam perdangangan antarabangsa diantara timur dengan barat. Justeru itu sebelum kewujudan Melaka lagi Srivijaya telah menjadi pusat entreport yang terulung selama enam abad.



Rumusannya keberanian bangsa Melayu menghadapi badai inilah maka terhasilnya teknologi pelayaran yang membolehkan mereka berlayar jauh dan menerkam badai. Mereka melihat badai sebagai sebuah halangan yang mengancam cita-cita mereka dan harus ditempuhi. Sekian. Wallah hu a’lam.



Bibliografi;

Dato’ Dr Afifudin Hj Omar, dalam ‘Pendekar’.


18 ulasan:

  1. Teruskan menulis demi mengikis 'jiwa hamba' dalam rumpun Islam Nusantara ini.. Syabas

    BalasPadam
  2. si munshi dolah ni hanya pencacai inggeris..cuba check apa lg yg dah mangkuk ni buat? bengang habis! smoga Allah bg balasan yg setimpal dgn apa yg dah dia buat. kerosakan yg dia buat bukan setakat utk diri dia sendri or sedara mara dia (klau setakat utk dia n sedara mara--aku x kisah pun) tp ni melibatkan melayu seluruhnya!

    BalasPadam
  3. tahniah bro!

    1) sampai sekarang, saya tak faham kenapa Munshi Abdullah diangkat sebagai Bapa Persuratan Melayu Moden? kenapa dia hanya melihat Melayu dari sisi negatif sahaja? mungkin dia juga mengalami konflik identiti, dianggap sebagai 'Melayu' kerana beragama Islam. Mengingatkan saya kepada buku tulisan Ahmad Mustafa Hasan (ayah pelakon Ako Mustapha) berjudul The Unmaking of Malaysia. Mengenai dilema 'Bangsa' keluarga mereka sewaktu era pra-kemerdekaan, sama ada 'Melayu' atau tidak, hanya kerana beragama Islam. Bila ayah saudara Ahmad Mustafa Hasan menjadi pemimpin besar negara, ia mengikut sedikit sebanyak perangai Munshi Abdullah yang suka menghentam Bangsa Melayu secara terbuka. Bandingkan dengan peribadi Allahyarham Tun Abdul Razak yang penuh kelembutan tapi tegas, dan menegur/bertindak dengan penuh hikmah.

    2) artikel tentang teknologi kapal tersebut sangat menarik. =) kalau boleh, perbanyakkan lagi. sebab saya juga berminat untuk terbitkan artikel mengenai pelayar Srivijaya dari suku Dayak Maanyan yang berjaya belayar hingga ke Pulau Malagasi dan diiktiraf sebagai pribumi pertama di sana. Kini mereka dikenali sebagai Bangsa Merina di negara Madagascar.

    BalasPadam
  4. hingga ke akhir zaman bangsa "MIM",akan senantiasa dicemburui dan digeruni oleh bangsa-bangsa diluar sana..hatta bangsa 'yahudi' sekalipun.tak percaya???..percayalah!...
    kerna segala petunjuk,tanda,kod dan simbol tentang bangsa akhir zaman"ini"..tertebar diseluruh pelusuk muka bumi "ALLAH" ini...

    Yaa Rahman..Yaa Rabbi..aku menyaksikan bukti zahir kebesaran,kekuasaan dan keagunganmu.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum
    terima kasih pendedahan yang menarik,

    BalasPadam
  6. cerita ini menarik jika ke layar perak

    BalasPadam
  7. Salam alayk..terima kasih bro...persoalan tentang MUnshi Abdullah terjawab akhirnya...sebulan lepas Dr.Hassan Hasbullah bagi ceramah di KUIS tentang Munshi Abdullah,sangat melambung pujian beliau kepada Munshi Abdullah...tapi saya agak tidak senang terhadap pendapat beliau tentang Melayu,Kata beliau"Di Tanah Melayu, muncul tokoh seperti Abdullah Munshi yang menjadi orang baru di zaman kegelapan masyarakat melayu ketika itu. Di saat masyarakat yang sibuk dengan perkara-perkara tahyul, seperti jin, hantu, syaitan dan iblis, Abdullah Munshi keluar dari bayangan kegelapan itu dengan menghasilkan karya penulisan yang gah sehingga ke hari ini.

    Pada ketika itu beliau menulis tentang keburukan sikap lelaki Melayu Kelantan yang pemalas, duduk bersilang kaki di wakaf-wakaf, sedang wanitanya bertungkus-lumus bekerja di sawah padi dan di pasar-pasar. Walau ketika itu kritikan ini mendapat serangan negatif masyarakat ketika itu, tapi jelas terbukti kebenarannya pada masa sekarang. Lihatlah di majlis-majlis ilmu, berapa ramai mahasiswa hadir untuk mendengar berbanding mahasiswi. Bukti jelas kebenaran kata-kata Abdullah Munshi, ratus tahun dulu.

    Inilah antara bukti betapa penting menjadi orang baru. Kita tak mahu menjadi solid seperti Ibnu Taimiyyah, Imam Ghazali, Ibnu Sina atau Abdullah Munshi. Kerana tokoh-tokoh yang sering kita sebut ini adalah hafalan di mulut semata-mata. Retorik kepada diri kita sahaja. Tapi kita mahu menjadi orang baru di zaman kita, sepertimana mereka menjadi orang baru di zaman mereka. "

    walau,blog saya bernama anajadid,saya tidak mahu menjadi orang baru..ilmu orang lama berkhazanah hikmahnya,kerana itu disebut Petua=Pengalaman orang tua...

    BalasPadam
  8. Rasa-rasanya nak kena tampar si fakeh ni.. Dok bawak mai fitnah dari puak2 penyokong syiah dan seangkatan. Pi main jauh-jauh fakeh.. tamparq kang..

    BalasPadam
  9. Mengapa Tanpa Nama berkata marah sangat kat si Fakeh tu?????saya tak faham...

    BalasPadam
  10. Bukannya apa dr.EISmaAdiba.. 2 ke 3 komen dalam entri yang ditulis oleh Al Semantani asyik dok letak web2 tu saja. Penat si Al semantani menyelidik dan menulis, bagi la apa2 info untuk membantu atau sokongan moral dalam membongkar kehebatan orang nusantara ini. Sedangkan istilah Wahabi itu sendiri dilabel oleh British jahanam, takkan kita nak ikut propaganda depa kot.

    BalasPadam
  11. alhamdulillah...
    nampaknya anak2 muda melayu islam ramai lagi yang sedar jati dirinya.. walaupun yang sering dipaparkan dimedia cetak/elektronik/maya kisah2 rempit, zina, buang bayi dan negatif2 belaka mengalahkan zaman jahiliah.. tetapi ramai lagi dan semakin ramai yang mula sedar tanggung jawap besar yang perlu dipikul dan dijunjung...
    Tahniah buat saudara2 ku... teruskan pejuangan walau atas wadah apa sekalipon, pastikan matlamat kita sama dan tidak lari dari landasan yang ditetapkan,,,
    anajadid... cubalah anda search.. siapakah penterjemah pertama bible ke bahasa melayu..
    jgn samakan dia dgn tokoh2 islam yg anda sebutkan..
    k-rol

    BalasPadam
  12. saya juga kurang senang dengan sesetengah pihak yang menyamatarafkan Abdullah Munsyi dgn tokoh-tokoh agung islam dan ulama Nusantara. Beliau bukan ulama, beliau hanyalah jurutulis british yg samaada sedar atau tidak telah tepu dengan dakyah-dakyah dan pemikiran kafir mereka. mungkin ada benarnya bahawa beliau adalah penulis melayu moden namun beliau menulis bukan atas inisiatif beliau sendiri tetapi didokong dan di naung oleh pihak british yg memang terang-terang mahu merosakkan pemikiran umat melayu pada masa itu. untuk pengetahuan semua saya telah mengkaji karya-karya Abdullah munsyi sejak dari tahun satu di UNi lagi dan saya faham mengapa ada dikalangan anda yg meletakkan beliau sebagai seorang insan yg dianggap ulung. namun anda perlu sedar bahawa pemulisan beliau juga banyak kepincangan dari segi akademik. beliau tidak membuat pemerhatian dan kajian menyeluruh sebelum menulis mengenai sesebuah masyarakat tersebut.Hasil tyulisan beliau adalah amat dangjkal dan yidak boleh dijadikan semata-mata sebagai sumber rujukan. Beliau sebenarnya bias dalam penulisan. beliau tidak menyelami keadaan masyarakat yang beliau lawati ketika itu. al-semantani

    BalasPadam
  13. salam alaik...saya tak pernah menyamakan mereka,memang langit dan bumi jauhnya..

    my quote:
    "walau,blog saya bernama anajadid,saya tidak mahu menjadi orang baru..ilmu orang lama berkhazanah hikmahnya,kerana itu disebut Petua=Pengalaman orang tua.."

    Penulisan ttg Melayu itu adalah dari Dr.Prof Hassan sendiri.Bukan saya...

    Saya tahu,Munsyi Abdullah adalah orang pertama menterjemah bible.Tapi ada terkesan ke pada orang Islam yang membacanya???yang ini saya tak tahu..saya belajar bible dalam English,bukan Hebrew

    pada Tanpa nama,nanti rajinkanlah diri mengomen blog saya...tapi andai saya silap bagi maklumat,jangan pula tampaq saya..terima kasih

    ana asif jiddan..

    BalasPadam
  14. Saya rasa Abdullah musyi perlu dinilai mengikut konteks zamannya. Pada ketika kebanyakannya negeri-negeri melayu pada ketika itu (Johor khususnya yang merupakan negeri terakhir mendapat residen), negeri-negeri Melayu diambang "total wash out" dari muka bumi. Seseorang perlu menampar dan menempelak Melayu agar bangun dari kebodohan dan kelemahan mereka ketika itu dan saya rasa itulah niat Abdullah Musyi. Dalam beberapa artikel, dia juga menemplak Sultan yang gila sanjungan, tetapi tidak menghiraukan nasib rakyatnya sendiri (kisah mengambil anak perempuan seingat saya). Boleh saya katakan Abdullah Musyi ingin menjadi ubat yang pahit ketika itu. Namun begitu, setiap ubat ada "side-effect" nya juga.

    BalasPadam
  15. kalau kita baca sejarah semasa zaman abdullah munshi tu, mmg x di nafikan zaman tu orang melayu sedang bergolak sesama sendiri... di johor berlaku perebutan kuasa orang melayu-belanda-bugis... di selangor berlaku perebutan antara waris kerajaannya... kt pahang lebih teruk lagi... perang kt johor pahang join, perang kt selangor pon pahang join... zaman tu mmg orang pahang terkenal dengan keberanian... tapi ngeri pahang sendiri tidak terurus....

    BalasPadam
  16. Tahniah saudara diatas artikel ini.Alhamdulillah,semoga dimasa2 yang akan datang, akan lebih banyak pengetahuan yang dapat saudara kongsikan mengenai Melayu agar lebih ramai yang dapat memahami tentang sejarah amnya dan Melayu khususnya...

    BalasPadam
  17. saya tertarik dengan tulisan dr.EismaAdiba mengenai Munshi Abdullah terjemahkan bible,apa yang saya pernah terbaca tentang seorang pastor missionari kristian yang membuka sekolah pertukangan dan asrama untuk anak2 melayu di singapore,oleh kerna semua buku 2 dalam bahasa inggeris maka terjemahan nya di buat oleh munshi abdullah termasuk lagu2 hymn yang dinyanyikan pada hari2 ahad dichapel mereka,
    Saya terbaca maklumat itu dalam article Malay Christians in Singapore beberapa tahun yang lepas.
    apa yang saya tau semenjak Raffles di singapore banyak buku2 melayu hilang dan dibawa balik england atau terbakar dikapal yang tenggelam itu.

    BalasPadam
  18. bodoh.....................not useful.............................

    BalasPadam