Terdapat begitu banyak salah faham dan
kekeliruan tentang sejarah peringkat awal Asia Tenggara. Keadaan ini tidak begitu banyak berubah sepanjang 100 tahun
kebelakangan ini. Dalam artikel ini apa yang akan saya cuba bincangkan adalah
tentang teori alternative yang pada pendapat saya kurang diketahui oleh
masyarakat kita iaitu lokasi Shih-li-fo-shi atau Srivijaya di Chaiya selatan
Thailand. Sebenarnya teori ini bukan teori baru, namun demikian oleh kerana
teori Coedes dan Slamet Muljana yang amat popular mengatakan Srivijaya berpusat
di Palembang maka teori-teori lain terkubur dan terlindung dek bayang-bayang
teori aliran perdana ini. Melalui Hipotesis ini kita akan melihat bagaimana
sejarawan jepun Takashi Suzuki meletakkan pusat Srivijaya di Chaiya selatan Thailand.
Saya sebenarnya setuju bahawa Pusat terawal Srivijaya bukanlah bermula di
Palembang kerana masih tidak terdapat bukti kukuh hingga hari ini yang dapat
menyatakan dengan jelas bahawa Palembang adalah tempat bermulanya Empayar
Maritim Melayu ini.
Setakat ini yang dijumpai adalah prasasti-prasasti
yang belum cukup untuk membuktikan teori tersebut. Malahan candi-candi dan
kota-kota purba adalah susah sekali untuk dijumpai di Palembang. Namun jika
kita ke Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Segenting Kera hingga ke
Negeri-negeri utara Malaysia banyak ruins atau runtuhan-runtuhan kota dan candi
serta tinggalan arkeologi yang boleh kita jumpa terutama di Kedah. Itu belum
lagi di Kelantan yang mungkin ada lebih banyak tinggalan kota-kota purba yang
hanya tunggu untuk digali. Begitu juga dengan inskripsi Grahi yang dijumpai di
Chaiya dan beberapa buah wat yang memang sah mempunyai gaya binaan Srivijaya. Jadi
pada pendapat anda kawasan yang mana paling pas untuk menjadi kawasan
bermulanya kerajaan Srivijaya yang jaya itu? Adakah di Palembang yang dalam
kebanyakan catatan cina dikatakan sebagai sebahagian daripada jajahan Shi Li Fo
Shi yang mana agak pelik kerana jika Palembang adalah pusat pemerintahan dan
juga Srivijaya mengapa pula dikatakan banhawa Palembang adalah jajahan
Srivijaya? Namun walau apa pun keputusannya kita terima dengan minda yang
terbuka.
Seperti telahan saya
sebelum ini saya memang menjangka bahawa Srivijaya bermula di utara semenjung
Tanah Melayu tak kiralah di Kelantan, Pattani atau di Chaiya Thailand. Hal ini
adalah kerana Srivijaya adalah penerus bagi kegemilangan kerajaan Melayu Funan!
Sudah tentulah elit-elit Funan yang melarikan diri daripada serangan dan
penindasan Chenla telah menuju ke negeri-negeri Melayu atau City State Melayu
di Semenanjung kerana mereka memang mempunyai hubungan rapat dengan tempat ini
dan dipercayai nenek moyang mereka juga pernah berasal dari sini. Samaada di
Kelantan atau Chaiya mereka mula membina kekuatan baru dan mengumpul tentera
untuk membina sebuah kerajaan yang baru. Akhirnya mereka berjaya menubuhkan Sriwijayamala.
Berbalik kepada kekeliruan sejarawan tentang
lokasi pusat Srivijaya yang sebenarnya. Hipotesis Palembang telah dibentangkan
oleh G. Coedes dan telah disokong oleh kebanyakan ahli sejarah. Namun demikian
seorang ahli sejarah dari jepun Takashi Suzuki merasakan bahawa hipotesis itu
tidak rasional dari banyak aspek dan ia dibuktikan dengan beberapa kesilapan
ketara. I-Ching dalam "Xin (Baru) Tang-Shu" menulis bahawa Shih-li-fo-shi
terletak di hemisfera utara, dalam erti kata lain di Semenanjung Tanah Melayu .Sejarah
Asia Tenggara telah diputarbelitkan oleh hipotesis yang salah katanya.
Kesilapan yang paling serius ialah 'Hipotesis Palembang'.
Dr Quaritch Wales dan
R.C. Dr. Majumdar adalah diantara sejarawan yang percaya bahawa Sriwijaya
bermula di utara Semenanjung Tanah Melayu. Ciri-ciri hipotesis sejarawan jepun Takashi
Suzuki kebanyakannya penilaian semula terhadap bukti teks Cina dari
sudut pandangan seorang ahli ekonomi dan ahli sejarah ekonomi. Pada masa yang
sama, dia cuba untuk menetapkan lokasi negeri-negeri penting yang dicatatkan
dalam sejarah Cina. Tanpa pengenalan yang tepat terhadap beberapa negeri-negeri
penting, sejarah Asia Tenggara tidak boleh dibincangkan dan dijelaskan. Shih-li-fo-shi
di zaman dinasti Tang telah terkenal sebagai Srivijaya. San-fo-chi yang muncul
pada tahun 904 di peringkat terakhir Dinasti Tang (618 ~ 907) telah diakui oleh
pegawai Tang sebagai Srivijaya. Dan dalam masa Song, ia telah diiktiraf sebagai
San-fo-chi, yang menurut Chau-Ju-ka, mula menghantar utusan ke China sejak 904.
Menurut Takashi Suzuki antara
Shih-li-fo-shi dan San-fo-chi, terdapat negeri baru Kha-ling (Sailendra). Namun
ia semua adalah merujuk kepada Srivijaya. Srivijaya terdiri daripada lebih
daripada 14 bandar dan kebanyakan dari Bandar tersebut adalah adalah
negeri-negeri atau Bandar kota pelabuhan yang mengambil bahagian dalam
perdagangan antarabangsa. Negeri-negeri terpenting adalah, Shih-li-fo-shi
barangkali Chaiya, Kha-ling di Jawa Tengah dan San-fo-chi, Jambi serta Kedah.
Melalui tiga peringkat sejarah Srivijaya, semua raja-raja terkemukanya adalah
keturunan raja Funan penganut Buddhisme Mahayana. Raja-raja Funan selepas
ditendang keluar dari Kemboja, melarikan diri ke negeri takluk mereka, iaitu
Pan-pan Pada pertengahan abad ketujuh, mereka menubuhkan sebuah negeri baru
yang dikenali sebagai Shih-li-fo-shi atau mungkin Sriwijayamala. Sebelum
membina Shih-li-fo-shi, mereka menggabungkan negeri-negeri lain di Semenanjung
Tanah Melayu.
Pada akhir 670 hanya nama Shih-li-fo-shi kekal
di tengah-tengah Semenanjung, yang dicatatkan dalam sejarah Cina sebagai sebuah
negara jajahan. Sebelum itu Chi-tu, Tan-tan dan Pan-pan hilang. Shih-li-fo-shi
membuka tingkap untuk ke Selat Melaka, selepas Kedah yang bergabung dengan
Chi-tu yang menjadikan kedah sebagai sebuah entity yang kuat, kemudian kedah
diserap ke dalam Shih li fo shi. Adalah amat perlu untuk Shih-li-fo-shi
mengawal Selat Melaka bagi membeli dan mengawal kemasukan komoditi barat yang
datang dari seluruh Teluk Bengal. Pada pertengahan abad ketujuh, kehadiran
negara-negara barat, Parsi dan Arab, telah meningkat di Tang. Ini bermakna
status Shih-li-fo-shi, sebagai orang tengah menjadi goyah dan mungkin melemah.
Oleh sebab itu Shih-li-fo-shi atau Sriwijayamala menghantar ekspedisi tentera
laut untuk meletakkan Malayu , Jambi dan Palembang di bawah kawalannya dalam
tahun 680.
Selepas kempen yang berjaya, Shih-li-fo-shi
memahat beberapa inskripsi berhampiran Palembang dan Jambi. Kemudian
Shih-li-fo-shi menghantar wakilnya pada tahun 686 di Pulau Bangka dan Kha-ling
= Sanjaya, yang terletak di Jawa Tengah. Tentera laut Sriwijaya mungkin telah
berjaya mendarat di Pekalongan, sebuah pelabuhan utama Kha-ling. Shih-li-fo-shi telah menubuhkan kerajaan
Sailendra. Walau bagaimanapun Sailendra wujud bersama dengan kerajaan Sanjaya.
Pada akhir abad ketujuh, wilayah Shih-li-fo-shi menjadi yang terbesar, meliputi
pertengahan Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan Jawa. Pada masa
yang sama, Shih-li-fo-shi mula untuk mengawal lalu lintas di Selat Melaka.Walau
bagaimanapun, sekitar 745, Chen-la (Kemboja) menyerang Shih-li-fo-shi, dan
menduduki Chaiya dan Nakhon Si Thammarat.
Pada masa yang sama kawalan ke atas Selat Melaka
runtuh. Hampir dua puluh tahun kemudian, barulah Srivijaya mampu menyerang
Chen-la dan mendapatkan kembali Chaiya dan Nakhon Si Thammarat. Pada kempen ini
tentera laut Sailendra dari Jawa memainkan peranan utama dan raja Sailendra
telah diberi gelaran 'Maharaja Srivijaya. Bagi memperingati kejayaan ini sebuah
prasasti yakni prasasti Ligor telah dipahat pada tahun 775. Sailendra menjadi
negeri terkuat dalam konfederasi Srivijaya, tetapi Sailendra telah menghantar
utusan ke dinasti Tang di bawah nama 'Kha-ling sama seperti Sanjaya.
Sekitar 830, selepas
Maharaja Samaratuńga meninggal dunia, Sailendra telah hilang kuasa di Jawa
tengah dan tidak lama selepas itu pemerintahan Sailendra di Jawa telah dirampas
oleh Sanjaya. Putera Balaputra melarikan diri ke Suvernadvipa (Sumatera dan
Semenanjung Tanah Melayu) namun dia tetap mewarisi gelaran Maharaja Srivijaya.
Dia mungkin pada mulanya telah melarikan diri ke Palembang, tetapi lokasi
terakhir adalah tidak diketahui.
Jambi mempunyai kuasa ekonomi yang kuat di
kalangan negara-negara Srivijaya pada masa ini dan sistem dirajanya juga tidak
dapat digoyahkan, jadi Balaputra telah pergi ke Kedah akhirnya. Pada akhir abad
kesembilan Srivijaya membentuk konfederasi negeri baru iaitu 'San-fo-chi'.
San-fo-chi secara literal bermaksud 'tiga Vijaya', mungkin terdiri daripada Jambi,
Kedah dan Chaiya (atau Palembang). Peranan Palembang tidak menonjol selain
daripada laluan utama 'Timur dan Barat'. Selepas membentuk San-fo-chi, kawalan
Selat Melaka diperkuat dan San-fo-chi boleh menguasai perdagangan antarabangsa
dengan Tang dan Song. Sebaliknya, Sanjaya tidak boleh terus menghantar utusan
ke China, kerana Sanjaya tidak dapat membeli barangan barat dengan mudah
melalui Selat Melaka.
Pada awal abad ke-11,
San-fo-chi telah diduduki oleh Chola (hipotesis yang masih meragukan), dari
selatan India. San-fo-chi kembali menerajui pada akhir abad ke-11. Pada akhir
abad ke-12 Dinasti Song Selatan telah menghapuskan sistem jajahan disebabkan
kesukaran kewangan, dan termaktubnya regulasi baru yang dibuat untuk menghadkan
pengaruh kuasa dari luar melalui 'sistem adat maritim. Di bawah sistem adat
maritim yang baru, peranan San-fo-chi telah berkurangan sebagai negara naungan
terkemuka. Selepas 1178, nama San-fo-chi hilang dari rekod Song Selatan. Semua
bandar dan negara kota dalam negeri-negeri Srivijaya telah tenggelam di
tengah-tengah lautan 'sistem pasaran bebas'. Antara mereka ialah Tambralinga
(Nakhon Si Thammarat) muncul pada abad ke-13 di bawah pemerintahan raja
Candrabhānu.
Tambralinga menguasai
sebahagian penting Semenanjung Tanah Melayu dan mempunyai dua belas negeri
dibawah lindungannya. Namun setelah Candrabhānu gagal dalam kempen menentang
Sri Lanka sekitar 1260, kuasa Tambralinga menurun dan pada akhir abad ketiga
belas Tambralinga telah diserang dan diserap oleh raja Rama Khamheng dari
kerajaan Sukodaya. Kerajaan Yuan mewarisi 'adat sistem maritim', jadi mana-mana
individu hanya boleh berdagang dengan pegawai kastam di pelabuhan utama China. Pada
awal Dinasti Ming, maharaja pertama Hongwudi menyambung semula sistem jajahan.
Maka nama 'San-fo-chi' muncul kembali di istana Ming. Kali ini San-fo-chi
datang dari wilayah Palembang. Pada masa itu Palembang adalah sebuah negeri
takluk Jawa (kerajaan Majapahit).
Telah disebutkan bahawa
sejarah Srivijaya dibahagikan dengan tiga fasa sebagai negeri jajahan China.
Yang pertama adalah 'Shih-li-fo-shi, yang kedua ialah 'Sailendra (di Jawa
tengah)', yang ketiga ialah 'San-fo-chi. Shih-li-fo-shi menghantar kedutaan
pada 670 hingga 741, Sailendra semasa 768 ~ 860 dan San-fo-chi semasa 904 ~
1178. Pada setiap peringkat, keturunan keluarga diraja Funan mungkin menguasai
Srivijaya. Kesimpulan saya adalah bahawa Srivijaya adalah sebuah negara
berorientasikan konfederasi perdagangan (atau empayar) yang cuba untuk
memonopoli aliran perdagangan di tanah naungan dan jajahan China dari seluruh Asia
Tenggara. Semua negeri bawahan membawa komoditi mereka ke pelabuhan utama
Srivijaya, yang kemudian dieksport ke ke China. Fungsi Srivijaya kelihatan
seperti 'sogo shousha (firma dagangan gergasi)' di Jepun.
Seperti yang saya
sebutkan tadi Takashi Suzuki menegaskan hipotesisnya bahawa lokasi awal ibu kota
Srivijaya semasa I-ching melawatnya pada tahun 671 adalah di Chaiya Ban Don Bay
Thailand. Menurut beliau lagi Chaiya dikenali sebagai ibu kota Pan-pan yang
telah menjadi negeri jajahan Funan. Srivijaya telah dibina oleh elit Funan yang
melarikan diri ke Pan-pan, selepas mereka dikalahkan oleh Chen-la dipertengahan
abad keenam. Hubungan Funan dan Pan-pan sebenarnya sudah tidak aktif untuk
jangka masa yang agak lama. Sebenarnya Pan-pan telah ditawan oleh Funan melalui
pimpinan Fan-shih man dalam abad ketiga, sejak itu, Pan-pan telah digunakan
oleh Funan sebagai pelabuhan perdagangan utama menghubungkan Takua Pa dan
merentasi Teluk Siam OC- eo. Funan mengimport barangan berharga dari barat
melalui 'laluan trans-semenanjung' antara Takua Pa dan Pan-pan. Dari satu segi,
Pan-pan, bukan sahaja sebuah negara jajahan Funan, tetapi juga sebahagian dari Funan
itu sendiri
Pada awal abad ke-21,
beberapa orang sejarawan merasa ragu dengan lokasi Srivijaya terletak di
Palembang Sumatera, kerana, menurut G. Coedes, Palembang merupakan pusat
perdagangan antara Timur dan Barat dan sebuah pusat ajaran Buddhisme Mahayana.
Sebagai entrepot antara India dan China, Jambi terletak di lokasi yang lebih
lebih baik daripada Palembang. Manakala sebagai pusat Buddhisme Mahayana,
negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, seperti Chaiya mempunyai kelebihan yang
lebih daripada Palembang. Menurut sejarah China, Funan dan Pan-pan telah
dikenali sebagai pusat ajaran Buddhisme Mahayana sejak abad kelima dan
menyumbang kepada tamadun China dalam bidang agama Buddha.
Dalam sejarah
Srivijaya, peranan Palembang terlalu dibesar-besarkan, akibatnya sejarah kuno
Asia Tenggara telah diputarbelitkan. Sebagai contoh hubungan perdagangan antara
China dan Indonesia (Jawa dan Sumatera) tidak begitu maju sebelum abad ketujuh.
Malah, inskripsi adalah jarang ditemui sebelum abad ke-7 di Jawa. kerajaan Cina
lebih suka barang-barang dari barat seperti India, Arab dan Parsi serta produk daratan
Asia Tenggara, seperti kayu wangi dan kemenyan. Namun Pulau Jawa tidak berada dalam
kedudukan untuk mendapatkan barang-barang barat dengan mudah, berbanding dengan
Funan dan Champa. Funan memperolehi barangan ini melalui pelabuhan Takua Pa dan
dibawa mereka melalui laluan tanah ke Chaiya. Dari Chaiya, Funan menghantar
barangan tersebut ke pelabuhannya, 'OC-Eo' dan terus ke China dan Champa.
Chaiya dan Champa mengekalkan hubungan yang baik untuk jangka masa yang lama.
Sejak dari zaman purba,
orang-orang India telah membawa pengaruh budaya mereka ke Asia Tenggara dalam
gelombang berturut-turut. Walau bagaimanapun, kumpulan asing yang pertama
datang ke Asia Tenggara adalah berkemungkinan sebagai pemburu perbendaharaan.
Mereka mencari emas dan logam berharga yang lain. Mereka mendapati terdapat beberapa
lombong emas di kawasan ini, Pahang contohnya di tengah-tengah Semenanjung
Tanah Melayu. Pendatang India membawa manik dan pakaian kapas untuk ditukarkan
dengan emas dan keperluan harian dari masyarakat pribumi.
Dalam fasa kedua, India
muncul di Asia Tenggara sebagai pedagang. Pada mulanya mereka membawa produk
India dan peringkat seterusnya mereka membawa produk barat seperti kemenyan,
barang kaca, ketulan gangsa dan pelbagai jenis barangan Arab dan Parsi.
Produk-produk ini telah digunakan oleh masyarakat tempatan dan dieksport semula
ke China atau negara-negara lain. Ekonomi India memerlukan lebih banyak emas
selepas aliran masuk syiling emas dari Rom. Di India, perak adalah mata wang
utama, tetapi kemudian perak digantikan secara beransur-ansur dengan emas. Dari
awal abad ketiga, Funan dan Lin-yi (Champa) muncul sebagai negara naungan
China. Kedua-dua negara menguasai perdagangan dengan China, tetapi dari pantai
timur Semenanjung Tanah Melayu, Kelantan, Pahang dan Pattani muncul sebagai negeri
yang tidak kurang hebatnya. Negeri ini bebas daripada kawalan langsung Funan.
Pada peringkat ini tidak ada bukti bahawa Jawa dan Sumatera telah berhubung
secara langsung dengan China.
Sami Cina I-Ching yang
menulis "Nan-Hui Chi-Kuei Nei-Fa Chuan" dan " the Memoir on the Eminent Monks who sought the Law in
the West during the Great Tang Dynasty "di mana beliau
mencatatkan bahawa beliau meninggalkan Canton pada 671 di dalam sebuah kapal
Parsi ke India. Beliau mendarat di pelabuhan antarabangsa, Shih-li-fo-shi, di
mana beliau mendapati sejumlah besar sami lebih daripada 1,000 yang belajar dan
mengamalkan Buddhisme tahap yang tinggi. Beliau tinggal di sana selama enam
bulan untuk mengkaji tatabahasa Sanskrit. Sejarah kontemporari percaya bahawa
Shih-li-fo-shi terletak di Palembang Sumatera. Namun kita sedia maklum bahawa
laluan utama pengajaran agama Buddha datang terus awalnya ke Semenanjung Tanah
Melayu dahulu bersama-sama dengan komoditi barat.
Pada masa dinasti Tang, Pan-pan mempunyai 11 kuil Buddha
dan Funan telah menjadi pusat Buddhism Mahayana di Asia Tenggara. I-Ching
menerima sambutan hangat dan layanan istimewa dari raja Shih-li-fo-shi dan dia
telah dihantar ke pelabuhan Malayu dengan kapal raja. Di Malayu, I-Ching
tinggal selama dua bulan, dari sini dia berpaling ke arah timur. Dalam
perjalanan ke pelabuhan di India Utara, Tāmraliptī, beliau berhenti di Kedah dan
kemudian di Pulau Orang yang berbogel yakni Kepulauan Nicobar. Lokasi Malayu,
Kedah dan Pulau telanjang hampir jelas, tetapi lokasi Shih-li-fo-shi masih
kabur untuk jangka masa yang lama.Tetapi sekitar tahun 1920, George Coedes
memberi jawapan yang tegas bahawa Shih-li-fo-shi perlu disebut sebagai
Srivijaya dan lokasinya di Palembang Sumatera selatan. Beliau mengambil
beberapa inskripsi sebagai bukti yang dijumpai di Palembang dan Jambi, yang akan dibincang kemudian.
Hampir dua puluh tahun
lebih awal daripada G. Coedes, Dr. Junjiro Takakusu telah menerbitkan sebuah
buku, " A
Record of the Buddhist Religion-as
practiced in India and the Malay Archipelago”
Oxford University, 1896, yang merupakan terjemahan Nan I-Ching”
-hai Chi-kuei Nei Fa Chuan". * Dalam buku ini, Dr. Takakusu melampirkan
lembaran peta yang menunjukkan jadual perjalanan ke India I-Ching dari China.
Dr. Takakusu membuat dua kesilapan besar di atas peta ini. Yang pertama adalah
dia menandakan bahawa destinasi pertama I-Ching ialah Palembang. I-Ching sebenarnya
tidak menyebut lansung tentang sebuah tempat yang bernama Palembang, beliau
menulis bahawa beliau tiba di Shih-li-fo-shi iaitu Srivijaya selepas perjalanan
kurang daripada dua puluh hari dari Canton.
Dr. Takakusu tersilap membuat andaian lokasi
Shih-li-fo-shi (Srivijaya) sebagai Palembang. Sebab musabab kenapa Dr. Takakusu
meletak Srivijaya di Palembang adalah sangat ketara. Beliau percaya apa yang
Ma-Huan tulis dalam "Ying-Yai Sheng-Lan pada tahun 1416, di mana Ma menyatakan
bahawa Ku-kang (Pelabuhan = Lama) adalah negara yang sama dengan San-fo-chi dan
Ku-kang juga dikenali sebagai Palembang yang pada masa tersebut berada di bawah
kekuasaan raja Jawa. Ku-kang sebenarnya (Old Port) merupakan satu lagi nama
bagi Palembang yang diberi oleh orang cina,namun seperti yang telah diterangkan
sebenarnya Palembang adalah salah satu daripada negeri-negeri bawahan
San-fo-chi pada masa dinasti Song, namun ia bukan San-fo-chi (Srivijaya)
mahupun ibu kota konfederasi San-fo-chi.
Membaca tulisan
Ma-Huan, Dr. Takakusu mungkin telah salah faham bahawa Palembang adalah
Shih-li-fo-shi, yang juga merupakan Srivijaya. Walau bagaimanapun, ini adalah kekhilafan
yang amat besar kesannya. Pada zaman dinasti Yuan (1271 ~ 1368), San-fo-chi
tidak wujud sebenarnya. Dalam Shih Yuan, nama San-fo-chi pernah disebut, dan
bukannya nama Mulayu. Mulayu bermakna jambi pada masa itu.
Pada peringkat awal
Dinasti Ming pula, Palembang adalah sebuah negeri taklukan Jawa, tetapi telah
menghantar kedutaan ke China dan berpura-pura sebagai San-fo-chi. Menurut
"Zhu-yuan-Zhi" ("Rekod Negara babar") yang ditulis oleh
Chau-Ju-ka (1225), Palembang adalah salah satu daripada lima belas jajahan
San-fo-chi dan bukan San- fo-chi sendiri. Dari satu segi, pada mulanya kerajaan
Ming telah ditipu oleh raja Palembang, dan Ma Huan juga telah dikelirukan.
Kemudiannya Dr. Takakusu membuat kesilapannya. Kekeliruan yang hebat berlaku
pada peringkat terakhir abad ke-19 apabila Dr. Takakusu menerbitkan bukunya
yang terkenal tentang I-Ching. Malangnya buku Dr Takakusu telah begitu
berpengaruh dan dibaca oleh ramai orang hinggakan Dr S.Q Wales sendiri percaya
bahawa destinasi pertama I-Ching ialah Palembang. Apabila Dr. Takakusu melukis
peta ini, dia tidak dapat membaca Shih-li-fo-shi sebagai Srivijaya, tetapi dia
menulis sebagai '(Sri) Bhoga'.
Kesilapan kedua adalah
Kedah. I-Ching menulis dengan jelas sebagai Khe-da, namun Dr. Takakusu membaca
sebagai 'Kacha', jadi I-Ching telah disesatkan ke Aceh Sumatera utara. 'Cha'
disebut sebagai 'da' dalam masa Tang, jadi ia sepatutnya disebut sebagai
'Ka-da', tetapi dia tidak tahu sebutan tersebut pada zaman Tang. Walaupun P.
Wheatley pernah menulis Kedah sebagai Chieh-cha, kemudiannya ia telah
diperbetulkan oleh ahli sejarah lain, namun salah faham Takakusu mengenai
Palembang tidak pernah diperbetulkan sehingga hari ini. Pada masa yang sama
beberapa ahli sejarah kemudiannya tidak memahami kepentingan Kedah dan laluan
perdagangan darat Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah sebab-sebab mengapa
sejarah kuno Asia Tenggara sangat keliru. Catatan Sejarah Dinasti Ming
menyatakan bahawa San-fo-chi sebelum ini dikenali sebagai Kan-da-li (atau
Kan-Tuo-li,) dan telah menghantar ufti ke china sejak zaman dinasti Liang. Kan-da
(Tuo)-li bersamaan dengan Kedah, jadi tulisan sejarah Ming sebahagiannya adalah
betul. Pada peringkat zaman terakhir pusat ibu Kota Srivijaya adalah terletak
di Kedah.
Kita dapat lihat dari
teori ini bahawa kesilapan hanya satu istilah atau sebutan sahaja menyebabkan
sejarah seluruh Asia tenggara menjadi tunggang langgang. Jelas disini adalah
penitng untuk ahli sejarah mempunyai ilmu yang cukup dan pelbagai supaya tidak
melakukan kekhilafan yang sebegini. Sekarang kita sudah tahu bahawa sememangnya
Srivijaya bermula di Semenanjung Tanah Melayu yakni di Chaiya. Banyak fakta dan
bukti yang boleh menyokong teori ini. Maka saya lebih yakin bahawa teori ini
adalah diantara teori yang paling dekat dengan kebenaran malah menepati telahan
saya dan teori yang diberi Cik siti. Tetapi artikel ini bukanlah pengakhiran,
diharap anda dapat tunggu sambungannya nanti supaya kita dapat membayangkan betapa
grand dan hebatnya sejarah bangsa Mala Srivijaya ini. Sekian wallah hua’lam.
Dalam fasa kedua, India muncul di Asia Tenggara sebagai pedagang. Pada mulanya mereka membawa produk India dan peringkat seterusnya mereka membawa produk barat seperti kemenyan, barang kaca, ketulan gangsa dan pelbagai jenis barangan Arab dan Parsi
BalasPadamsalam tuan..btul ke kemenyan tu dr barat?minta maaf bertanya idiot question
=fais=
saudara fais,
Padambarat yg dimaksudkan bukan eropah tetapi timur tengah dan mungkin termauk rom timur. di yaman mmng ada spesis kemenyan. jika mengikut kajian dari sejarawan jepun tersebut ada kemungkinan kemenyan yang dimaksudkan adalah kemenyan yaman yg seketurunan dgn kemenyan lubban jawi spt dlm artikel tnh para dewa saya dahulu.
selain daripada kemenyan kita yg terkenal tu spt lubban jawi kemenyan yaman juga mendapat permintaan di china dan india. mungkin sebgai alternatif kerana harga kemenyan lubban jawi yg berkualiti tersebut terlalu mahal dan hanya boleh diguna golongan istana dan bangsawan
luban jawi -styrax benzoin
Padamluban arab -boswellia carterii
Salam,
BalasPadamTerima kasih kerana membuat ulasan dan menterjemah tulisan Dr Takashi Suzuki. Kebetulan, dua hari lalu, saya selesai menterjemah beberapa halaman. Sebagai perbandingan, tuan menterjemah "incense wood" sebagai kayu wangi dan kemenyan. Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai kayu gaharu? Bagaimana dgn "setanggi"? Satu lagi, "Mahayana Buddhism" - terjemahan saya: ajaran Buddha aliran Mahayana. Adakah ini dapat diterima?
Jawapan tuan, saya dahului dgn ucapan terima kasih.
AM
ya kedua-duanya boleh. terjemahan saudara sudah bagus, kayu gaharu lebih baik. saya menterjemah sebagai kayu wangi dan kemenyan untuk pembaca yang kurang tahu nama kayu gaharu dan setangi.
Padamtentang mahayana buddhism itu terjemahan anda tepat sekali tetapi saya menulis berkenaan kerana hendak lekas dan sudah terbiasa menulis dalam bahasa inggeris. hanya ralat disitu tetapi tidak lari dari makna sebenar...:)
Terima kasih tuan. Saya sebenarnya menggunakan artikel tulisan Dr Takashi sebagai latihan penterjemahan utuk pelajar saya. Sebab itu saya mahukan pandangan kedua sebab tuan ahli dalam bidang sejarah. Satu lagi, dalam artikel beliau menyatakan: "The ancient Chinese courts preferred the Indian, Arabic and Persian goods..." Istilah "courts" dalam konteks ini apa terjemahan yg tepat? Dlm banyak artikel sejarah, kata "courts" seumpama ini sering timbul Raja? Empayar? Pihak istana?
PadamAM
oh, begitu. anda seorang guru mungkin?
Padamya terjemahan yang paling tepat ialah pihak istana china, kerana barang2 ini khusus untuk golongan diraja sahaja jadi kurang sesuai untuk 'empayar' yang lebih umum.harap jawapan ini membantu.
Assalam tuan,
BalasPadamterima kasih atas artikel yang menarik ini. Semasa sedang membaca artikel ini,saya terfikir mungkinkah sebenarnya Gautama Buddha itu berasal dari Semenanjung Melayu bukan dari India? Telahan ini adalah berdasarkan kepada ilmu berkaitan Buddha yang dikatakan peringkat tertinggi hinggakan I Tsing pun berguru di sini serta penggunaan Bahasa Sanskrit yang meluas ( tidak seperti di India, ianya khusus untuk golongan elit dan cendikiawan sahaja) .
Seri mala,
Padammemng ada pihak yang berfikir demikian namun saya tidak berani untuk berkata apa2 kerana bukti yang kukuh tiada. bagi saya tidak kisah dia datang dari mana , yang penting srivijaya menjadi hebat bukan kerana buddha berasal dari sini tetapi kerana bangsa mala itu yang hebat hinggakan dapat mengatasi bangsa asal buddha di nepal.
tak perlu kita berasa lemah dan malu dan tak perlu kita letakkan buddha sebagai sebangsa dengan kita semata2 untuk nampak hebat kerana tanpa buddha pon kita dah hebat betul tak..:)
Assalam tuan,
PadamSaya setuju dengan tuan,bukanlah niat saya untuk mengaitkan kehebatan bangsa Melayu disebabkan Gautama Buddha,Melayu hebat atas anugerah Allah dan Dia Maha Mengetahui...cuma setelah sekian lama saya mencerna maklumat tentang Buddha+Sanskrit,barulah saya diberi ilham tentang kemungkinan ini...terima kasih tuan
Salam,
BalasPadamAwal bulan Mei pergi Borobudur..bila sampai ke kemuncak hati teruja dgn pemandangan yg cukup indah. itu sekarang, kalau dulu2 lagi cantik . Kat Borobudur tu tak de pun bekas2 patung2 untuk menyembah berhala. Yang ada patung Buddha yang difahamkan sudah sampai peringkat NIRVANA. Adakah benar telahan saya yang dulu mereka ini mengikut syariat Nabi Ibrahim..
wallah hu a'lam
PadamAkhirnya.. terungkai sudah apa yang saya pikir kan selama ini... Melayu berasal dari tanah besar baru ke pulau.. bukan dari pulau ke tanah besar... TERIMA KASIH BANYAK2..
BalasPadamanda pasti?....:)
PadamSaudara ada sesuatu yang hendak dikongsi bersama dgn kami? maafkan saya, sebab saya tetiba terfikir seperti ada maksud tersembunyi dalam komen saudara Al semantani..
PadamAssalamualaikum..
BalasPadammaaf saya ada satu soalan kurang bijak skit tapi saya tertanya-tanya, kerajaan Melayu dahulu mmg xde bendera ker mcm yg ada pada hari ini?..ker penjajah dh hapuskan semua mcm mereka gelapkan sejarah Melayu itu sendiri..maaf soalan kurang bijak...
muhd akmal, tiada soalan yang dinamakan soalan kurang bijak. apa-apa soalanpun kalau tak tahu mmng wajib kene tanya, kalau tak tahu dan tak mahu bertanya kerana rasa kurang bijak maka barulah jadi tidak bijak...:)
Padamsebenarnya mereka ada bendera atau panji-panji mereka sendiri namun seperti yang kita tahu bendera biasanya dibuat dari bahan yang tidak tahan lama dan mudah reput seperti kain atau kulit. mengambil kira ratusan tahun atau mungkin ribuan tahun sudah tentu ianya susah untuk dijumpai.
satu lagi tentang kerajaan melayu dahulu kala, ada kalanya benderanya berbeza-beza dan banyak jenis dan mungkin bertukar2 dari satu raja ke raja yang lain dan satu era ke era yang lain. jadi agak susah untuk dikenalpasti. namun kalau kerajaan2 melayu sekitar 1800 mungkin masih ada dan ada yang masih mengekalkannya seperti kerajaan-kerajaan melayu sumatera timur. jika kerajaan melaka itu kurang pasti, tetapi ada pihak yang menulis bahawa kerajaan melaka memakai bendera berlambang bulan sabit dan bertanah merah seperti kerajaan turki. mungkin kerana ada hubungan dengan turki. wallah hu a'lam.
bro nak tanya skit,betulkah orang2 jawa itu asalnya berasal dari orang2 sunda coz kerajaan2 jawa hanya dicatat sekitar pada abad ke-13(kalau salah sila betulkan).
BalasPadamtiada rekod yang mencatat kerajaan2 awal jawa sebelum itu?jika mengambil teori bahawa dinasti sailendra adalah dinasti melayu maka dinasti jawa bermula selepas dinasti melayu sailendra..sebelumnya itu di tanah jawa hanya dicatat kerajaan sunda tak silap saya di abad-4 kerajaan tarumanegara dan after that kerajaaan melayu sailendra..thats mean adakah orang2 jawa adalah suku sunda yang dijawakan oleh keturunan raja melayu sailendra?
ataupun orang2 jawa adalah pendatang luar sebagaimana melayu sailendra yang berjaya menguasai pulau jawa sehingga hari ini coz saya pernah membaca sejarah sunda yang mengatakan pulau jawa dahulunya dikenali sebagai pulau sunda besar dan pulau madura digelar sebagai pulau sunda kecil.harap tuan blog boleh explain.
zack,
Padammemang apa yang anda kata tentang kerajaan sunda tu betul. mmng kerajaan terawal di pulau jawa adalah milik orng sunda. namun kerajaan sunda awal ini menguasai hampir separuh daripada pulau jawa pada zaman kegemilangannya.
pada pendapat saya pada peringkat awal memang para elit kerajaan adalah dari suku sunda sahaja namun, tidak dapat dielakkan berlakunya percampuran darah diantara orng sunda dan jawa. mungkin dari org sunda ini orng2 jawa mempelajari untuk mendirikan kerajaan.perlu diingat juga sejarawan menyebut pengasas kerajaan terawal di sunda adalah pelarian dari salankaya india.
kerajaan2 spt, tarumanegara, sunda galuh,salaknegara,kalingga adalah contoh kerajaan sunda yang terawal. suku sunda sebenarnya serumpun dan amat dekat dengan suku jawa, jadi percampuran darah tidak dapat dielak.mungkin dari sini sunda mempengaruhi jawa.
jika di jawa tengah dan timur pula srivijaya atau sailendra yg mempengaruhi mereka. jadi boleh dikatakan mmng ada pengaruh luar yang membentuk kerajaan2 jawa.ada juga pendapat yang kerajaan2 sunda awal ini terutama taruma mempunyai kaitan dengan kerajaan2 di indochina seperti kerajaan funan dan champa. mengapa dikatakan demikian adalah kerana nama raja-raja mereka menggunakan akhiran Varman dan mereka mennyembah aliran vishnu. jadi ada misteri disitu. mungkin funan pernah menghantar wakilnya untuk membuka kerajaan di sunda.
samaada orang jawa adalah suku2 sunda yang telah dijawakan oleh dinasti melayu sailendra saya tidak ada jawapannya. namun kemungkinan itu ada. suku-suku sunda tertentu yg tiada kuasa mungkin ingin membina satu entiti baru dan membentuk satu bangsa baru yang dinamakan jawa bagi mengatasi elit2 sunda.
seperti yg kita tahu jawa adalah perkataan yang bukan berasal dari pulau jawa. jadi mungkin mereka ini meminjam istilah jawa tersebut bersama dengan budayanya sekali bagi membentuk sebuah entiti dan kerajaan baru yakni sanjaya.namun dari segi bahasa suku jawa tetap dekat dengan suku sunda, malah dari segi dna suku jawa mempunyai rantaiian yg lebih dekat dengan suku cham dan suku-suku melayu indochina.misteri lagi disitu. saya perlu banyak mengkaji lagi, insyaallah. apa pun trimas kerana bertanya dan harap puas dgn jawapan saya yg dangkal ini.
terima kasih kepada Tuan blog yang sudi mengomentari komen saya yang jumud itu..jawapan saudara tuan blog walaupun ringkas tapi banyak mengiyakan telahan saya sebelum ini walaupun tanpa bukti yang kukuh dan memerlukan lebih banyak kajian untuk menjawap perosalan saya bawakan.
PadamNampaknya misteri orang2 jawa jauh lebih sulit dari misteri Bangsa Melayu ye tak bro?
suku jawa nampaknya perlu diberi perhatian dalam kajian bro kerana mereka adalah suku dominan di asia tenggara dan suku jawa amat berkait rapat dengan perkembangan Bangsa Melayu.
salam ilmu my sahabat ^_^ Maybe someday Tuan blog boleh buat satu kajian khas tentang suku Jawa..puas saya mencari penyelesaian tentang misteri orang2 jawa dan saya pernah berdebat dengan begitu sengit sekali soal asal usul jawa dengan Nasionalis2 jawa indonesia dan yang malangnya mereka sendiri tidak tahu asal usul mereka sendiri.
ya, mmng suku jawa agak misteri. namun saya rasa cik siti tahu misteri tersebut dan dia lebih arif ttng sukunya ini..:) tetapi saudara perlu ingat satu perkara. segala kajian yg saya buat atau nukilkan dlm blog ini bukan untuk 'suku melayu' shj. sebaliknya Melayu atau Malayu itu saya anggap sebagai seluruh suku bangsa yg ada di nusantara. sebb itu nama blog ini melayu nusantara.
Padambagi saya istilah melayu itu bukan untuk suku sahaja tetapi untuk seluruh kaum austronesia tak kira suku mana dan dari pulau mana mereka dtng termasuklah jawa. sebb itu jika anda ada baca tulisan-tulisan saya seperti siri ilmu perang Melayu, sebenarnya bukan sahaja menceritakan ttng bangsa melayu di semenanjung sahaja malah di pulau jawa dan sumatera termasuklah filipina sulu sekalipun.
jadi jika ada suku2 jawa yg membaca blog ini harap jangan kecil hati jika saya tidak menyebut ttng anda kerna sebenarnya saya telah pun menceritakan ttng anda dalam konteks yg lebih meluas iaitu bangsa Malayu dan bukan suku sakat. diharapkan dengan cara ini semua suku2 yg ada di nusantara ini dapat bersatu.
mengenai misteri bangsa jawa seperti yg saya katakan tadi srikandi ada menceritakannya serba sedikit dalam siri tutorialnya dahulu yakni suku jawa adalah lebih keras dan sedikit berbeza dgn suku melayu adalah kerana cara mereka datang ke nusantara dari Afrika adalah melalui laut. jadi dna mereka lebih pure sedikit berbnding suku melayu yg terpaksa menghadapi pelbagai bangsa lain dan bercampur dengan suku lain serta berdiplomasi sebelum sampai kesini. diharap jawapan ini memuaskan...:)
kepada bro al semantani,terima kasih dan saya ucapkan syabas kerana berjaya merungkai sejarah sriwijaya dengan cara paling saintifik sekali..sukar untuk menyangkal kerana hujah saudara sangat solid!
BalasPadamtapi apa yang masih bersarang di otak saya adalah tentang peradaban sg batu kedah..kerana usia peradaban sg batu adalah yang paling tua dari mana2 tempat di asia tenggara ini.
apa yang menjadi telahan saya..adakah peradaban di asia tenggara ini bermula dari kedah?
Salam saudaraku Al-Semantani.
BalasPadamPenulisan yang lebih mudah difahami berbanding penulisan asal Suzuki.
Tanpa Nama14 Jun 2012 6:27 PTG,
Pada pendapat peribadi hamba, patung-patung yang ada di candi-candi di Nusantarapada ni bukanlah untuk disembah. Tetapi untuk diikuti perbuatannya.
Maksud hamba, sekiranya patung-patung pendita itu duduk bersila, tutup mata, kosongkan jiwa & raga serta mengawal & menguasai pernafasan (berzikir), rakyat ketika itu perlulah mengikut & mengamalkan perbuatan berzikir tersebut.
Sebab itu ajaran Buddha/Hindu yang orang Malayu amalkan berbeza dengan orang Cina/India amalkan.
Kita boleh lihat perbezaannya pada rumah-rumah ibadat orang Malayu lama berbanding dengan kuil-kuil orang Cina/India sekarang.
Sekadar berkongsi.
.
salam.saudara al semantani blh kah kami berjumpa secara privacy
BalasPadamdarul 0136234262
ada fakta sejarah yang perlu disahkan dan perlu dihuraikan bersama saudara sebelum dikupas didalam blog ini
salam tanpa nama,saya rasa kurang enak sebenarnya untuk berjumpa sesiapa kerana saya menulis blog ini secara underground bak kata M.O. tetapi saya rasa lebih elok saudara hantarkan butiran atau perkara yg hendak saudara rungkaikan tersebut ke email saya dahulu masdi28@yahoo.com
PadamIkut pembacaan saya dlm buku sejarah dan tamadun asia tenggara Balaputra Dewa dari Sailendra lari ke Jambi dan menjadi raja Kerajaan Malayu Suwarnabumi.
BalasPadamPembacaan dari sumber lain-Balaputra Dewa menakluk Johor dan Gangga Negara dan berkahwin dgn puteri Gangga Negara
pembacaan pertama anda ada kebenarannya, namun yg kedua saya rasa ia tidak berlaku....mungkin itu pendapat atau teori salah seorng ahli sejarah sahaja. terpulang pada individu untuk menilainya. kerajaan gangga negara lebih tua dari saolendar dan mustahil ia masih wujud pada zaman sailendra kerana semua kerajaan di semenanjung tnh melayu dah berada bawah srivijaya sejak awal penubuhannya lagi.
PadamAda yg kata Rajendra Cola/kerajaan Chola India menyerang Gangga Negara tapi tak pasti tahun berapa
Padampembacaan dari sumber lain itu kata Balaputra Dewa dari kerajaan Jambi yg menakluk Johor dan Gangga Negara
jika menurut srikandi dan beberapa ahli sejarah tertentu serangan rajendar Chola sebenarnya tidak berlaku dan ia hanya diperbesar2 kan sahaja.
PadamBalaputra dewa dari kerajaan jambi hmmm...saya tidak tahu pula pasal ini. setahu saya kerajaan yg berkuasa di jambi pada zaman itu adalah Darmasraya atau kerajaan Malayu. kerajaan ini sebenarny masih dibawah hagemoni srivijaya.
Jambi ialah pusat Kerajaan Malayu Suwarnabumi.
PadamAda kemungkinan teorinya begini-selepas jadi raja Kerajaan Malayu Suwarnabumi(Jambi),Balaputradewa menakluk Kerajaan Genggayu/Linggiu(yg mempunyai kota batu hitam) atau sememangnya Linggui adalah memang satu kawasan Malayu Suwarnabumi.
Ada tertulis dlm buku Sejarah Tamadun Asia Tenggara,dikatakan Kerajaan Genggayu menyerang Gangga Negara pada tahun 890 Masihi.
Balaputradewa dianggarkan jadi raja di Malayu Suwarnabumi pada tahun 850 Masihi.
Kalau benar Balaputradewa menakluk Gangga Negara mungkin ketika itu usianya agak tua.
ada satu lagi teori ialah city state mungkin ada yg isytiharkan merdeka pada suatu masa
PEMBETULAN-ikut sumber lain tu bukannya tulis Balaputra Dewa dari kerajaan jambi.
PadamTulisannya ialah mengenai Bolaputra dari Dinasti Sailendra Jawa yg. memerintah Genggayu berkahwin dgn putri Gangga Negara pada tahun 890 masihi.
Dalam buku Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara tersebut tertulis iaitu dikatakan Kerajaan Genggayu menyerang Beruas(Perak) pada tahun 890 masihi.
Ada kemungkinan Bolaputra ialah anak kpd Balaputra yg jadi raja di Kerajaan Malayu Suwarnabumi(Jambi)
Jgn jumpa org tu ini adalah perangkap kamu......mereka cuba memburu orang yg mahir sejarah
BalasPadamBerhati2 kerana mereka ramai(kami)
BalasPadampehh lama tak bukak, ambik kau..3 dah keluar. komen dlm ati je la..malas nak taip. hehe
BalasPadamPenduga Arus
Kepada saudara Al semantani,cuba anda belek site ini untuk memahami persoalan yang orang2 indon suka lontarkan.
BalasPadamBagi mereka Melayu tetap berasal dari sumatera,yang wujud di indochina hanyalah orang2 mon dan khmer pada fikiran mereka.cuba saudara masuk.
http://www.topix.net/forum/world/malaysia/THMOA91SP1VLHBJ6A/p87
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsriwijaya lama terletak di daerah riau, Candi muara takus..
BalasPadami-tsing berkata : ibukota dari sriwijaya adalah ketika tengah hari tidak ada bayangan...
artinya di garis katulistiwa...
ya itulah sekitar candi muara takus :)
So kota gelanggi aka black stone city yang dikaitkan ngan srivijaya tu xbetul ek...Ingat mula situ. Sbb cam penah tebaca kat blog sape tah. huhuuhu
BalasPadamsalam,saya jawa dan melayu.. syabas,saya suka pencerahan anda tentang NUSANTARA berbanding sesetengah 'pakar'(ada yg kaji linguistik) yg tetap mau kata burma dan sekitarnya hnya dimulai suku mon-khmer.. bila ditanya,kena 'fire' balik macam tak yakin dengan kajian mereka
BalasPadamterima kasih tuan
BalasPadamUlasan yg hebat
BalasPadamTuan tlg buat pencerahan ttg sejarah kedatangan islam ke nusantara.. saya bingung.. bermula dr champa ke pattani ke kota baharu ke terrengganu ke pahang ke sulu ke bajamasin ke majapahit dan ke pantai barat semenanjung.. betul ke tak.. wali songoo(WALI 9) ADAKAH yg datang dr champa.. harap dpt dikongsi..
BalasPadamSalam
BalasPadamSaya Orang Ogan-Palembang. menurut saya hipotesa tuan sangat beralasan hususnya tentang luasan wilayah kerajaan srivijaya dan pengaruhnya. Tetapi bila menyangkut pusat kerajaan srivijaya saya kurang sependapat. Saya berpegang pada masa-masa kemunduran dan kehancuran kerajaan srivijaya pada abad ke 12 dan 13. sebagaimana kita tahu bahwa srivijaya menggunakan sistim mandala. dibagian selatan, borobudur membuktikan eksistensi srivijaya dipulau jawa dan candi prambanan adalah bukti kehancuran srivijaya di jawa barat oleh kerajaan Pasundan. setelah itu dibagian utara serangan colacola terus mengakibatkan kemunduran srivijaya dan ahirnya gerbang terahir dihancurkan oleh kerajaan jawa yang baru bangkit yakni Singasari-Majapahit. saya fikir demikian kronologi kehancuran srivijaya. tidak mungkin majapahit menyerang sejauh itu ke utara sebab meraka tidak punya kemampuan untuk itu. selain itu prasasti ada yang ditemukan di jambi, palembang dan bangka. Oleh karena itu saya simpulkan pusat kerajaan srivijaya pastilah terletak di Sumatra bagian Selatan, entah dimana tepatnya. sebab tidak ada puing-puing bekas istana kerajaannya. justru yang jadi pertanyaan saya adalah " mengapa Srivijaya membuat monumen keagamaan yang megah dari bahan batu yakni Borobudur tetapi dipusat kerajaannya mereka tidak membuat Istana juga dari batu seperti castle di eropa dan juga dijepang?? yang kedua, mungkinkan istana srivijaya bentuknya sama seperti istana malaka? Terima Kasih ndbentausar96@yahoo.com
http://www.kaskus.co.id/thread/54dd3e1a0f8b464f328b4567/sriwijaya-sudah-terbukti-berpusat-dan-bermula-di-semenanjung-tanah-melayu/
BalasPadamPada masa itu kepulauan di sumatera kebanyakannya bermazhab hinayana sementara sriwijaya(Chih Tu?) bermazhab mahayana jika dilihat pada perkataan prasasti Talang Tuwo.Pan Pan dan Tan Tan juga menjalinkan hubungan baik dengan sama-sama hantar utusan ke China pada tahun 616M
BalasPadamBuku Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Chuan oleh I-Tsing disebutkan - Pulau-pulau di Lautan Selatan adalah ,kalau menyebutkannya dari barat,Pulau Po-lu-shi(Pulau Nikobar?),Pulau Mo-lou-you iaitu sekarang adalah negara Shi-li-fo-shi,Pulau Mo-he-xin,Pulau He-ling.Selanjutnya disebutkan - Pulau-pulau di Lautan Selatan semuanya menganut ajaran Buddha kebanyakan adalah Hinayana,cuma di Mo-lo-you sahaja ada Mahayana sedikit.
BalasPadamBuku Nan Hai Ji Gui Nei Fa Chuan itu disebutkan di dalam artikel Bambang Budi Utomo di dalam buku bertajuk Panji Pendeta, Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
u got good ideas but cant copied'i wan to copied now
BalasPadampls i wan to sumbit them tommorow,but yesterday only i get project,how/pls help,they give me markh
Salam...boleh bagi pencerahan hubungan kutai kertabegara dgn srivijaya..
BalasPadamapa lojik sebuah empayar melayu nusantara dikelilingi suku bangsa lain di ibu negara atau ibu kotanya? kan lebih lojik ia dikeliling suku nya sendiri, dan membaur dgn suku bangsa lain di sempadannya
BalasPadamSaya confuse lah. San-fo-chi itu di Palembang ke?
BalasPadamI-tsing tulis dia singgah di negeri Melayu iaitu Khe Da. Salah terjemahan Che Cha
Negeri Melayu itu sebenar nya yang mana? Semenanjung Malaysia atau Sumatera?
But saya nampak macam semenanjung Malaysia...sebab i-tsing menghala ke Khe da atau Kedah....mesti lah dis sampai di negeri Malayu.
Sebab dalam peta Ptolemy abad pertama Masehi, Ptolemy dah tanda semenanjung Malaysia adalah Malayu Kolon, bermaksud Bagian Melayu.
Mohon pencerahan.
Mungkin kerana di Palembang tak ada tamadun manusia yang berasal dari Sriwijaya. Hanya candi.
BalasPadamTetapi mana kompleks pentadbiran, pelabuhan, kota penduduk, kota industri, bekas perdagangan, monumen dan arkeology yg jelas menunjukkan kekuasaan Sriwijaya selama 6 ke 8 abad...yang dikatakan berkuasa hingga ke segenting Kra.
Prasasti tanjore dan leiden dengan jelas menunjukkan kedah ada pusat pemerintahan sriwijaya, disitu tempat raja sriwijaya ditangkap tentera chola. Saya percaya sriwijaya bermula di utara semenanjung... ini selari dengan bukti bukti penemuan artifak dan candi purba di utara semenanjung terutama di kedah, kelantan/patani, dan sekitarnya.
BalasPadamTeori hanya teori ,, tetapi sudah final pusat srivijaya memnglah di palembang ,, tdk ush terlalu fanatik krna anda warga malaysia ,, jika negara anda pny sejarah ceritakan tp jika sejarah negara org lalu di akui” berasal dari wilaya anda(semenanjung malaya) saya sbgai orang palembang marah ,,
BalasPadamAnda sbg orang palembang yg sememangnya lahir dan menetap di Palembang atau tidak? Cara pertuturan anda jauh sekali berbaur spt warga yg mempunyai jati diri tanah palembang.
Padamteori setelah menjadi final, dipahat sebagai “fakta sejarah”. bukan lagi teori sejarah. sehingga hari ini, pusat pemerintahan masih lagi mengikatnya sebagai teori. pembentukan pelbagai teori adalah hasil kajian dan fakta yg terkumpul sehingga pencerahan sebenar diperoleh. tiada elemen fanatik yg dilabelkan bagi usaha sebegini.
disebabkan penulis warga Malaysia lah, penulis lebih terbuka minda untuk membuat penyelidikan yg lebih meluas. penerimaan ilmu yg baru tidak ditutup dan dipadam oleh mana2 pihak demi merendahkan suatu pihak yg lain.
bagi teguran ringkas yg mudah diberikan buat saudara, sejarah purbakala dahulu tidak menggariskan had persempadan yg dipaksa lukis oleh penjajah barat apatah lagi persempadanan antara malaysia dan indonesia yang hampir seluruhnya adalah pemisahan satu kumpulan saudara-mara oleh inggeris dan belanda demi pembahagian penjarahan hasil bumi.
tidakkah anda tertanya-tanya mengapa perlu berlari beramai-ramai ke semenanjung malaya apabila keluarga raja & sultan melayu di sumatera semua jadi buruan rakyatnya sendiri berikutan hasutan dari suatu pihak diwaktu ketika tidak lama dahulu.
jadi maksudnya orang Melayu memang asal dari semenanjung tanah Melayu??
BalasPadam