Sri Suriyothai sedang menembak pembunuh upahan. Jika anda menonton filem ini juga anda akan dapat mendengar beberapa perkataan bahasa istana yang sama dengan bahasa Melayu seperti "suami" dan "isteri".Pelik bukan?
Salam. Mungkin ada diantara anda yang pernah menonton sebuah filem Thai yang bertajuk The Legend of Suriyothai yang pernah ditayangkan di sebuah stesen television swasta negara ini beberapa tahun lepas. Atau mungkin ada yang menontonya di layar perak. Apa yang saya hendak perkatakan mengenai filem ini terungkap dalam satu perkataan ‘MENAKJUBKAN’. Bagi saya filem ini amat sesuai ditonton oleh peminat-peminat sejarah terutama sejarah Asia Tenggara. Hari ini saya tidak mahu menyentuh sangat mengenai Siam nai-nai dan tuntutannya terhadap Thai dan bla..bla..bla. Tujuan saya menulis artikel mengenai filem ini adalah kerana kualitinya dari sudut pensejarahan adalah amat bagus. Sepatutnya pengarah dan penerbit-penerbit kita mengambil contoh filem ini sebagai kayu ukur bagi menghasilkan filem-filem epik berunsurkan sejarah.
Sangat detail.
Dari pembacaan saya, pembikin filem ini juga adalah seorang kerabat diraja Thai iaitu Chatri Chaler Yukol. Malah idea dan dana bagi membukin filem ini disumbangkan sendiri oleh keluarga diraja Thai iaitu Permaisuri Sirikit. Baginda ingin menghasilkan filem tersebut bagi memberikan gambaran yang jelas mengenai sejarah kegemilangan Thai pada zaman Ayuthia sekaligus menarik minat para pelajar sekolah dan anak-anak muda untuk menghayati dan mencintai sejarah negara mereka. Hebat bukan visi baginda? Sekurang-kurangnya baginda sedar tentang betapa pentinganya sejarah terhadap jati diri anak bangsanya. Mungkin juga untuk mengelakkan daripada rakyatnya buta sejarah lalu warisan bangsanya dicuri bangsa lain macam di negara sebelah.( mungkin juga takut keluarga nai-nai kedat Yunnan pasai ma rampas takhta..hehe).
Jika anda lihat costume atau pakaian wanita-wanita istana dalam filem ini pasti anda terasa seolah-olah pernah melihatnya. Ya! itulah Alter anda sedang berbunyi, ciri-ciri pakaian istana Siam lebih kepada ciri-ciri pakaian Melayu silam yang kita dapat lihat di ukiran-ukiran candi Borobodur dan di Angkor. Cara ikatan kain, cara memakai kemban, cara memakai selendang, corak-corak kain dan barang-barang perhiasan seperti pending dan dokoh adalah saling tak tumpah macam kita. Adakah kita menerima pengaruh mereka? Oh tidak...sebenarnya kita yang mempengaruhi kebudayaan mereka terutama kebudayaan istana. Anda nak tahu lebih lanjut perlulah selesaikan puzzle yang bernama 'Srivichai'...:)
KITA BILA LAGI? Hanya PGL, yang lebih kepada kisah romance yang banyak unsur lagenda dari sejarahnya. Malahan historical accuracy-nya adalah kurang terutama dari segi prop dan costume serta latar belakang Melaka. Agak daif jika dibandingkan dengan filem-filem epik sejarah negara-negara jiran. Dari dulu sampai sekarang kalau nak lihat pendekar-pendekar Melayu bertarung bersilat, nak tengok pedagang-pedagang Melayu menjual kain, nak lihat pelayar-pelayar Melayu merentas lautan dalam jong-jong besar, KITA KENA TENGOK CERITA ZAMAN P. RAMLEE. Filem-filem zaman ni asyik-asyik hantu la ,Polong la, Pontianak la, cinta la dan komedi memanjang.
Sangat gah dan meriah costume dan prop istana dalam filem ini. Filem tempatan ada ke macam ni?
Bila ditanya kepada penerbit dan director ni katanya “market demand cerita begitu”. Habistu mana tanggungjawab sebagai anak bangsa? Takkan semuanya nak berkira? Jangan sampai negara sebelah sini pulak yang buat filem tentang Melaka yang dapat box office dan terkenal seluruah dunia. Nanti depa mengaku Melaka depa yang punya pulak sebab depa yang perkenalkan kehebatan Melaka ke taraf dunia, tak ke kempunan kita? Jangan pandang rendah dengan pengaruh media ni, orang yang tak minat sejarah akan jadi minat bila menonton filem-filem sebegini. Hasilnya lihatlah di Thailand, filem Suriyothai dikatakan telah menyebabkan ramai anak muda minat untuk belajar sejarah! Begitu juga dengan negara jiran kita yang satu lagi Indonesia. Betapa banyak filem-filem dan drama-drama television yang berkisar tentang zaman kegemilangan kerajaan-kerajaan Hindu Seperti Majapahit, Singgasari Kediri, zaman Islam wali songo, zaman kolonial dan sebagainya. Sebab itu rakyat mereka sangat terkesan jika kita menyentuh pasal sejarah bangsa mereka, walaupun bukan semua yang ditulis dalam buku-buku teks sejarah mereka adalah benar. Tapi kalau disini ada orang kita sendiri sanggup memperlekehkan karya-karya agung Melayu lama Seperti sulalatus salatin dan Hikayat hang Tuah padahal bangsa asing mengikhtirafnya pada tahap yang amat tinggi sekali. Pelik!
Filem Cut Nyak Dien dan potretnya.
Di Indonesia juga ada sebuah lagi filem yang pada hemat saya boleh menaikkan semangat dan keinginan anak bangsa untuk ‘mengaji’ sejarah. Saya sendiri amat terkesan dengan filem tersebut sehinggakan banyak kali menontonnya terutama apabila semangat untuk menulis hilang seketika. Filem tersebut berjudul TJUT NYAK DHIEN atau Cut Nyak Dien. Bagi yang kaki sejarah macam saya ni mungkin pernah dengar nama ini tapi mungkin juga ada diantara anda yang menyangka nama ini nama cina ( macam yang berlaku terhadap Hang Tuah yang dicinakan menjadi Hang Too Ah).
Sebenarnya ia bukan nama cina tetapi nama Acheh dan Cut Nyak Dhien adalah salah seorang daripada tokoh yang tersenarai dalam Tokoh Pejuang Nasional Indonesia. Beliau adalah seorang WANITA. Siapakah wanita hebat yang sanggup mengepalai pasukan gerila bagi menumpaskan pasukan-pasukan patrol Belanda ini? Nantikan kisahnya nanti dalam blog MELAYU NUSANTARA akan datang! Hehe...macam promo filem pulak. Beliau adalah salah seorang daripada pejuang bangsa Melayu Nusantara yang sangat saya sanjung dan kagumi. Apa-apa pun saya memang tabit dengan pembikin-pembikin filem dan produksi yang sanggup mengeluarkan belanja berpuluh-puluh juta dolar bagi menjadikan sejarah itu hidup sebagai sebuah reality dalam bentuk tayangan ( bukan sejarah reality versi tok nenek nai-nai ya..hehe).
Tak lama lagi akan keluar filem Merong mahawangsa, apakah yang boleh kita harapkan dari filem ini? Bisakah filem ini menandingi filem-filem epic sejarah negara jiran? Atau masih mementingkan market demand berbanding historical accuracy? Sama-samalah kita tunggu. Wallah hu a’lam.
Sebenarnya ia bukan nama cina tetapi nama Acheh dan Cut Nyak Dhien adalah salah seorang daripada tokoh yang tersenarai dalam Tokoh Pejuang Nasional Indonesia. Beliau adalah seorang WANITA. Siapakah wanita hebat yang sanggup mengepalai pasukan gerila bagi menumpaskan pasukan-pasukan patrol Belanda ini? Nantikan kisahnya nanti dalam blog MELAYU NUSANTARA akan datang! Hehe...macam promo filem pulak. Beliau adalah salah seorang daripada pejuang bangsa Melayu Nusantara yang sangat saya sanjung dan kagumi. Apa-apa pun saya memang tabit dengan pembikin-pembikin filem dan produksi yang sanggup mengeluarkan belanja berpuluh-puluh juta dolar bagi menjadikan sejarah itu hidup sebagai sebuah reality dalam bentuk tayangan ( bukan sejarah reality versi tok nenek nai-nai ya..hehe).
Tak lama lagi akan keluar filem Merong mahawangsa, apakah yang boleh kita harapkan dari filem ini? Bisakah filem ini menandingi filem-filem epic sejarah negara jiran? Atau masih mementingkan market demand berbanding historical accuracy? Sama-samalah kita tunggu. Wallah hu a’lam.
Cepatnya update blog!
BalasPadam^_^
Hebat tuan.. tahniah.. teruskan membongkar sejarah dan kebenaran pasti akan terserlah. Syabas..
BalasPadammerong mahawangsa keluaran KRU tu ke?..saye xrase ianya bagus mcm filem2 luar spt The Legend of Suriyothai atau lain2 lg. Sebab?Sebab 'Arjuna' pon xbest,lg pon sy lihat xade 'Melayu' dlm diri KRU.same lah jugak dgn Filem PGL tiara tu.. :(
BalasPadamdinding dalam gambar paling atas, adalah serupa senibina dari kelantan yang dipanggil 'janda berhias' dinding seumpama itu dapat dilihat pada rumah2 lama orang kelantan, dan contoh paling mudah dilihat iaitu di Masjid Rahman, Mulong, Nilam Puri dimana masjid itu dahulunya adalah rumah kepunyaan seorang kerabat di raja kelantan..
BalasPadamsiapakah yang mempengaruhi siapa, siam mempengaruhi kit atau kita mempengaruhi siam, atau adakah kita dan siam adalah satu...marilah kita sama2 mencari jawapannya dan jangan kita bertelingkah menuduh sapa yang benar atau siapa yang mengarut...mesti ada jalan keluarnya..
dari saya yang ilmunya tiada sebesar janggut udang pun...TimahMulia
Salam buat saudara timahmulia. Sebenarnya bangsa thailah yg banyak terima pengaruh bangsa lain terutama khmer dan melayu. hal ini kerana bangsa thai adalah bangsa termuda yang datang ke asia tenggara. Mereka datang dari Yunan di selatan china dan ketika di sana kebudayaan mereka lebih mirip kepada kebudayaan china.
BalasPadamSetelah mereka berhijrah dan menakluk kerajaan-kerajaan Mon khmer dan Melayu di indochina maka mereka telah mencedok, mengambil dan meniru ciri-ciri kebudayaan khmer dan Melayu termasuklah cara berpakaian dan senibina rumah serta istana. Jika anda lihat cara berpakaian dan senibina rumah masyarakat tai atau Dai di selatan cina yang merupakan bangsa asal orang-orang siam atau thailand ini adalah amat berbeza dengan thai zaman ayuthia atau kerajaan-kerajaan tai di asia tenggara. Rumah bangsa Dai ini diperbuat hampir keseluruhannya daripada buluh walaupun rekabentuknya hampir sama.
Menurut Prof Madya Mohd Zain, pakar dalam sejarah indochina dan Champa khususnya, bangsa melayu champa dan kerajaan champa adalah kerajaan yang paling awal dan bangsa yang paling awal membentuk tamadun di asia tenggara. Jadi cuba anda fikir sekarang siapa yang pengaruhi siapa.
Anda akan dapat lihat banyak bukti-buktinya jika anda pergi ke kemboja. Lihat senibina rumah bangsawan dan istananya, semuanya berdinding janda berhias seperti di kelantan dan terangganu. Reka bentuk bumbung yang berlapis juga sama diantara khmer dan siam begitu uuga dengan pagoda khmer. pendek kata siam memang banyak dipengaruhi oleh bangsa khemer dan Melayu srivijaya serta champa. Senibina stupa siam adalah pengaruh dari Melayu Srivijaya. Anda jangan lupa bahawa siam pernah menyerang Angkor dan meusnahkan tamadun tersebut serta membawa balik semua artisan , penari, tukang-tukang dan harta kekayaan Angkor.
jika benar siam mempengaruhi kita kerana penjajahan mengapa di kedah dan perlis tidak ada senibina begini dan mengapa di kelantan dan terengganu sahaja yang banyak? sedangkan kedah pernah diperintah secara lansung oleh siam untuk beberapa lama dan gabenor siam pernah diletak disana. Jika anda orang kedah anda pasti tahu bahawa di Kedah sangat banyak banhsa Thai yang menetap disini dan menjadi warga Mlaysia. Kebanyakan mereka adalah cucu cicit dari para penjajah dan askar serta pekerja yang dibawa dari siam untuk mentadbir kedah. Setahu saya di Kelantan dan terengganu bilangan orang siam adalah amat sedikit. apatah lagi di terengganu! yang ada ialah orang melayu Pattani yg kadang kala di salah anggap oleh orag dari pantai barat sebagai org siam sebb mereka rakyat Thailand. Rumusannya b, kebudayaan yang anda kihat dalam film-film merek itu sebenarnya lebih baru dan mula terbentuk dalam tahun-tahun ketika mereka mula menjadi kuat dan menguasai kerajaan-kerajaan purba melayu dan Khmer. lagi satu...anda pasti pernah mendengar mengenai atap singgora bukan. Nah...dari nama panggilan orang Melayu terhadap atap inipun dah boleh kita buat satu hipotesis. Singgora adalah bekas sebuah kerajaan Melayu di kawasan segenting kera sejarang iaitu di Songkla. Jika senibina rumah melayu adalah pengaruh siam mengapa tak disebut atap siam atau apa-apa nama dalam bahasa siam. Dari pengamatan saya juga ciri-ciri senibina janda berhias siam adalah berbeza dengan janda berhias melayu. Saya pernah lihat dan ia memang sangat berbeza kerana buatan kelantan atau terengganu lebih detail dan ukirannya lebih halus. Sekarang saya serahkan pada anda untuk menilai dengan mata hati dan alter diri anda siapa yang pengaruhi siapa.saya cadangkan anda lebihkan pembacaan buku-buku sejarah asia tenggara keranan semua ini telah terbukti dengan fakta yg lengkap. Malahan ada dikalangan sejarawan Thai sendiri dah mengaku bahawa budaya mereka adalah budaya cedokan yang masih muda berbanding budaya suku-suku asia tenggara yang lain yang lebih tua seperti khmer dan melayu. wallah hu'alam.
Al semantani~
maaf banyak salah ejaan...nk cepat punya pasal..huhu
BalasPadamal semantani~
terima kasih al semantani...
BalasPadamhmmm...salah satu contoh melayu yang rendah diri adalah saya sendiri kerana saya sering beranggapan siamlah yang mempengaruhi budaya kelantan...hu hu
timahmulia.
Buku sejarah asia tenggara? Kat mana nak dapat tu?
BalasPadamBagaimana dengan seni menora, pakaian mak yong dan kain sarong yang turut dikongsi antara Siam dan Melayu Kelantan?
BalasPadamFilem PGL itu memang tak tepat aspek sejarahnya. Dalam Sejarah Melayu bonda Raja Ahmad mangkat barulah Sultan Mahmud nak kahwin lain. Dalam PGL digambarkan bonda Raja Ahmad masih hidup.
BalasPadampertama kami saya terjumpa blog ni.bagus catatannya .. menambah ilmu sejarah bagi saya yang kurang berilmu... saya juga teringin menyaksikan sejarah kita di layar perak dengan ketepatan yang jitu.. tak kesah happy ending atau tidak yang penting tepat dan boleh menjadi bahan ilmu yang berguna..
BalasPadamOrang Melayu disini pada zaman dulu pun begitulah pakaiannya pun, bukan tahu nakmenutup aurat. Kalau filem ini dikategorikan sebagai bagus, makna kata tuan pun mengakui sejarah Siam itu bagus la, hahaha.
BalasPadammenunggu kisah Tun Fatimah di filemkan, kalo org thai bangga dengan Suriyothai....kita patut bangga dengan Tun Fatimah, seorg wanita yg teraniaya, isteri yg kematian suami, anak kehilangan bapa dan keluarga tp menafikan dendam peribadi demi perjuangan sebuah bangsa....menjadi permaisuri pasa sebuah empayar dan jeneral tentera yg amat ditakuti Portugis....
BalasPadam