Salam, setelah menonton dokumentari yang dihasilkan RTM di TV 1 hari ini yang memaparkan mengenai penemuan Arkeologi terbaru di Sungai Batu saya berasa tergerak untuk menulis artikel ini. Penemuan ini bagi saya adalah suatu turning point atau satu patukan berbisa kepada semua pihak samaada di negara ini atau di negara-negara jiran di seluruh Asia Tenggara. Tamadun yang dijumpai dianggap bukan tamadun yang calang-calang hebatnya. Sebelum ini saya ada memaparkan artikel yang menyentuh berkenaan penemuan relau-relau purba yang menunjukkan terdapatnya sebuah tamadun yang sangat advance. Sekarang saya menjadi semakin yakin bahawa tamadun sebegitu sememangnya wujud di negara kita. Kita tidak lagi perlu mengeluh apabila orang Khmer dan orang Indonesia mengejek-ejek negara kita kerana kurang warisan purba. Kita tidak lagi perlu bertikam lidah dan melukakan tekak dengan berbicara mengenai signifiken tamadun Srivijaya kepada bangsa Melayu di Malaysia sepertimana kepada bangsa Indonesia walaupun ada diantara mereka yang chauvinist tidak dapat menerima hakikat tersebut.
Sekarang kita boleh mendabik dada sama tinggi atau mungkin lebih tinggi dari mereka kerana tamadun purba yang ditemua di Sungai Batu ini dikenalpasti sebagai yang tertua di Asia Tenggara! Ianya dianggarkan berusia 2000 tahun! Jauh meninggalkan tamadun-tamadun Siam, Burma,Vietnam mahupun tamadun kita Srivijaya yang dibangga-banggakan Indonesia sebagai milik mereka seorang. Namun tamadun ini membuka ruang yang sangat lebar untuk persoalan. Siapakah yang membina tamadun ini, bagaimanakah mereka boleh mempelajari teknologi pembinaan yang sebegitu kompleks 2000 tahun dahulu. Tamadun ini mempunyai teknologi pembinaan batu bata, atap genting, teknologi peleburan besi yang sistematik dan sistem tulisan!
Apa yang lebih menarik adalah sebuah bangunan yang dijumpai di tapak itu yang sangat unik bentuknya. Menurut mereka yang menjalankan kerja-kerja ekskavasi, bangunan tersebut adalah unik kerana ia tidak menyerupai apa-apa bentuk bangunan yang melambangkan agama Hindu mahupun Buddha. Jadi bangunan apakah itu? Ada pihak yang berpendapat bahawa bangunan tersebut adalah sebuah kuil khas agama Pagan yang digunakan untuk menyembah matahari! Ia dikatakan sebagai sebuah Sundial atau carta matahari dan ianya selari menghadap ke gunung jerai! selain itu menurut ketua penyelidikan tapak arkeologi tersebut iaitu prof Mokhtar, bangunan tersebut boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri penyembahan cosmologi atau langit yang sama konsepnya dengan tamadun Inca, Mayan, Aztec dan Stonehenge!! Betulkah maklumat ini!!
Nampaknya penemuan Arkeologi kali ini amat-amat menakjubkan dan menimbulkan misteri yang agak mendalam. Jika benar ia sebuah bangunan upacara keagamaan pagan maka teori-teori pseudo sejarah yang banyak dicanang oleh sesetengah pihak diluar sana seperti dari M.O dan Srikandi yang mengatakan bahawa bangsa Melayu mempunyai kaitan langsung dengan tamadun-tamadun purba terhebat dunia seperti Madyan, Media, Babilon mahupun Mesir purba mungkin adalah benar. Sebelum ini tidak dijuampai mana-mana tapak purba di Asia tenggara yang masyarakatnya menyembah matahari atau kosmos secara langsung seperti ini. Apakah misteri ini? Mungkin juga tamadun Sungai Batu ini adalah tamadun yang dicari-cari oleh orang-orang barat sejak zaman berzaman sebelum ini yang percaya bahawa Tanah Punt, Shambala, The Promise Land dalam Book Of Mormon, Mount Ophir dan Solomon's Mine adalah terletak di kawasan timur sebelah sini yakni di Nusantara! Semua teori-teori ini telah menjadi sebuah kemungkinan yang amat besar apabila penemuan arkeologi ini dibuat dan saya pasti dalam musim penggalian seterusnya penemuan-penemuan terbaru akan melengkapkan puzzle-puzzle yang semakin jelas sekarang.Wallah hua'lam.
Tahniah saudara di atas kekerapan mengemaskini blog ini. Kalau dapat dipaparkan pelbagai gambar tentang penemuan2 semasa eskavasi tersebut lagi baik. Mungkin umat melayu dahulu beragama pagan, tapi jangan lupa Allah swt telah mengutuskan para Nabi yang berjumlah ribuan dan Rasul yang ratusan jumlahnya untuk membawa manusia meng'esa'kan ALLAH. Agamanya pasti Islam bila bermula turunnya Nabi Adam a.s. ke dunia hingga ke Rasul terakhir s.a.w. Yang berbeza cuma syariat tapi akidahnya satu. sekadar pandangan saya. Terima kasih..
BalasPadamsalam saudara wangsa. sebenarnya pengetahuan saya berkenaan tamadun purba Bosnia adalah amat cetek. Jadi saya tidak berani untuk memberikan komen yang lebih-lebih.Jika anda bertanya tentang zaman Medieval atau zaman 1800 Bosnia maka saya dengan senang menjawabnya sebb itu salah satu bidang saya. Cuma daripada apa yg saya tahu penemuan piramid tersebut masih agak baru dan kabur walaupun banyak gambar-gambar telah dipaparkan. Ini juga disebabkan saiz kawasan tersebut yang sangat besar. sama seperti piramid di china yg juga sangat besar, jadi kajian yg lebih panjang harus dilakukan untuk memastikan bahawa ia memang step pyramid atau sebenarnya struktur lain zaman purba yg menyerupai piramid.
BalasPadamSebenarnya bukan sahaja di bosnia yg ada penemuan piramid2 yg telah dilitupi tanah dan vegitasi sehinggakan penduduk setempat mengaggap ia sebagai bukit atau gunung. banyak lagi di tempat-tempat di seluruh dunia ini yg mempunyai tinggalan yg hampir sama.
Yg menjadi misteri ialah siapa pembinanya. Namun saya menolak sekeras-kerasnya teori yg mengatakan bahwa ia ada kaitan dengan Alien dan UFO!! ia seolah-olah menghina keupayaan dan kebijaksanaan manusia sebagai Khalifah dimuka bumi. Tidak ada makhluk lain yg lebih mulia dan hebat berbanding manusia di muka bumi ini, manusia adalah ciptaan Allah yg paling agung.
kalau dilihat pada jarak diantara tapak piramid bosnia dengan piramid Giza adalah tidak berapa jauh bagi saya. Giza yang terletak di Mesir hanya dipisahkan oleh laut meditrenian dengan Bosnia. Mungkin juga pembina piramid Giza juga adalah sama dengan pembina piramid Bosnia. Itu hanya pandangan saya. Namun semuanya tidak mustahil dengan kehendak yg maha esa.wallah hua'lam.
Al Semantani, kemungkinan Piramid yg dibina diseluruh dunia ini adalah dari zaman pemerintahan Nabi Sulaiman.
PadamGolongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
(Saba' 34:13)
terima kasih semua.
BalasPadamsaya adalah peminat bahan2 sejarah...perkongsian ini amat bermakna & menggembirakan...tahniah.
Assalamualaikum.. saya salah seorang pelajar arkeologi di USM.. tahun ni saya berpeluang melakukan ekskavasi di Sungai Batu,lembah bujang.. betapa kagumnya saya melihat jumpaan2 lampau.. bgitu juga dgn jumpaan sejarah yg dijumpai seperti gambar di atas.. betapa bersyukurnya mengikuti bidang arkeologi ini.. bnyk membangkitkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.. tu lah negara kita.. kaya dengan bahan2 sejarahnya yg tersendiri.. untuk tahun ini, kami menjalankan ekskavasi yg kemungkinan ia adalah sebuah pelabuhan.. bnyk jumpaan atap genting, bata2, bata terbakar, juga arang.. sekarang kami sedang melakukan penyelidikan tentang semua jumpaan ini lah.. =).
BalasPadamwah...akhirnya ada juga pelajar bidang arkeologi yg menjenguk.
BalasPadamsaya berharap anda sentiasa disini untuk memberikan pandangan yg bernas dan khabarkan tentang hasil kajian team anda.
kalau boleh minta email lg bagus
al semantani
bagus..bongkar kEHEBATAN TAMADDUN MELAYU
BalasPadamkita orang melayu masing2 mpunyai cara tersendiri masing2 , mbongkar kegemilangan bangsa Melayu yang dilupuskan..itu satu baik tetapi jagn sekali kita berasa ego dn sombong dgn merendah2kan blogger2 lain. semua pbaca bkn sebarangan org juga. kita sama2 mencari dan memimba kembali sejarah yg tersembunyi denga n cara beradap,bersopan dn sesuai sebagai kita org melayu.Masing2 mempunyai hak untuk mnukilkan apa yang ada , lebih-lebih lagi kebenaran..sstengah melalui kajian, thesis, manuskrip, bahan arkeologi,salahsilah keturunan.Biarlah kita sama2 dan saling mhormati antara satu sama lain dalam mencari dan mbongkar sejarah bangsa tanpa rasa orang lain tk benar..kita saja benar.
BalasPadamSalam
BalasPadamBolehkah saudara menceritakan tentang Batu Bersurat Gangga Negara?
Terimakasih.
salah satu cara dalam beribu-ribu cara teknik memperhambakan manusia ialah menghapuskan sejarah sebenar kewujudan manusia dan hubungannya dengan Allah iaitu tuhan kita yang paling benar. maka jika terputus hubungan kita dengan Allah yang telah memberi bimbingan semenjak nabi Adam a.s maka perkara fakta menjadi misteri. perkara dongeng menjadi fakta. benda mudah ajaran Allah ketuhanan yang maha esa yang tertulis dengan bentuk tamsilan kefahaman semasa atau pada zaman itu di tafsir penyebahan kosmologi atau matahari!!!? itulah teori yang dicipta syaitan bagi menafikan kewujudan kepercayaan ketuhanan yang esa yang canggih, mudah dan merupakan asal usul semua agama yang diselewengkan sepertimana kepercayaan triniti, trimurti, tritunggal dan lain lain kekarutan perbanyakkan bilangan tuhan, mendewa-dewakan qarin manusia. semoga kita tidak menjadi sebahagian daripada usaha syaitan yang cuba mencari jalan2 menyesat-nyesatkan manusia (pengikut2 Imam Nuh Syah)
BalasPadamsetiap penulis memberi pendapat yang berbeza,ada lebih baik dan lebih elok kesemua pendapat dan catatan bersatu tenaga dan fikiran mencari jawapan kebenaran kajian sejarah.menemukan bahan bukti, penemuan berkas (Kesan Tapak peninggalan sejarah)selaian dari bahan bacaan yang tercatat belom pasti catatan itu menyeluruh tempat2 yang diperkatakan itu. Bersatu tenaga bekerjasama pasti dapat menghuraikan sejarah melayu yang banyak terkubur tampa nisan untuk dikesan(Bersatu Kita teguh bercerai kita robuh)
BalasPadamUcapan terima kasih kapada semua pengkaji dan penulis kerna berani mengutarakan pendapat untuk mencari kebenaran sejarah nan kabur.
Aslmkm,terpangil juga saya yang tak bersekolah tinggi ini untuk memberi sedikit komen terhadap segala usaha usaha murni bangsa ku Melayu ini.Mohon saya pada cerdik pandai kita ini membanting kudrat dan iradat dengan sekeras kerasnya dan mentejermahkan segala segala usaha bukti penemuan ini untuk di tejermahkan.Saya amat khuatir usaha usaha pihak pihak tertentu yang sekarang ini sangat rakus cuba menghilangkan identiti bangsa Melayu dengan cara halus tetapi aggressive.Sebarkan,tayangkan dan persembahkan dalam apa jua bentuk media kepada mereka yang lain.Give them a message that something is going on supaya merea tidak tidor.Sesekali jangan biarkan mereka mempersendakan kita bangsa Melayu Insya Allah
BalasPadamKenapa kat semenanjung xda tulisan rencong ye. Pelik juga,sbb smua penemuan ni kebanyakan pasti dijumpai batu bersurat dalam bentuk tulisan Pallava atau sanskrit tapi xada satu pun penemuan batu bersurat tulisan rencong ditemui. Ini membuatkan banyak kesangsian dikalangan masyarakat terutama org Melayu dan India utk menentukan bangsa sebenar yg mendiami Lembah Bujang.Kalau diikutkan di Indonesia banyak juga penemuan candi2 yg terpengaruh dr India selatan tetapi pada masa yg sama mereka juga menemukan native writing disekitar candi dan ini memudahkan mereka utk menentukan bangsa yg menduduki kawasan tersebut. Tetapi perkara itu tidak terjadi di Kedah/Lembah Bujang dimana setiap penemuan yg dibuat pasti tulisan sanskrit/pallava tanpa secebis pon pengaruh bahasa org2 Austronesia. Ini membuatkan saya lebih cenderung mengatakan yg mendiami lembah bujang bkn lah org melayu tetapi org India Selatan.Disebabkan perkara diatas ramai org2 India yg mula buat klaim mengarut mengatakan mereka yg membuka negeri Kedah bkn org Melayu..saya harap dpt lah ditemukan batu bersurat tulisan rencong atau mana2 batu bersurat yg punyai pengaruh bhasa austronesia.Sbb dgn ini saja kita dpt mematahkan hujah2 pengkaji India dinegara kita ni.
BalasPadamBangsa Mala adalah bangsa yang paling primitif dalam dunia, Bangsa Bukit yang terpisah dari segala bentuk ketamadunan selepas kejadian banjir besar di empat penjuru dunia yang telah membinasakan kaum DATARAN BAWAH kaum Sumur atau MU atau Lumeria, kaum bertamadun tinggi di zaman Nabi Allah Nuh. Bangsa primitif yang terpisah diberbelas ribu pulau dan tanah besar ini juga terselamat dari kebinasaan ribut pasir yang melenyapkan kaum Add atau Atlantis, kaum DATARAN RENDAH di zaman Nabi Allah Hud. Bangsa Mala juga terhindar dari kemusnahan kaum ke 12, mengikut Al Quran iaitu kaum Saba' di zaman Nabi Allah Sulaiman dengan banjir besar kali ke 2 Al Arim. Bangsa DATARAN BUKIT yang teramat-amat dan yang amat primitif ini telah wujud sebelum zaman Nabi Allah Ibrahim lagi...hinggalah ditamadunkan oleh pembawa AJARAN IBRAHIM yang berpusat di Campa, pembawa AJARAN BUDDHA yang bepusat di Kambodia dan pembawa AJARAN HINDU yang berpusat di Selatan India. Mana-mana Bangsa Mala yang menerima AJARAN IBRAHIM di seluruh Nusaserantau dipanggil MALAI-UR sempena nama Kerajaan Nabi Ibrahim AS, yang menerima BUDDHA pula dipanggil dengan bebagai-bagai gelaran, antaranya Jawa...sempena kerajaan hindu buddha Jawaka, Jayawara, Jayawaraman dsb, mana-mana yang menerima hindu pula digelar dengan panggilan Minanga, Rao, Mendailing, Karincai, Batak, Kutai, Lawo, Bugis dsb.
PadamBangsa Bukit atau Malai-Ur yang menerima Ajaran Ibrahim iaitu ajaran yang mengESAkan MAHApencipta cuma mempunyai rumah-rumah ibadat separuh batu dan kayu, tidak seperti penganut hindu dan buddha yang memiliki candi, kuil, berhala juga sebarang bentuk kemungkaran dsb. Di zaman kerajaan Sriwijaya, Sanjaya, Darmasaraya dll yang menjulang konsepsi JAYA dan RAYA telah dengan jayanya membentuk keunggul dan keutuhan kerajaan Malai-ur dan telah memindahkan pusat Miritim Malai-Ur ke Bima yang kemudiannya dipanggil Burma (kini Myanmar) dan menamakan Ajaran Ibrahim sebagai BRAHMIN atau BRAHMA. Di zaman kerajaan Malai-Ur Brahma SANJAYA baginda telah berjaya mencipta KONSEPSI SANJAYA yang berteraskan NUSA dengan menjenamakan Pulau Sumatera dan semua pulau di persekitarannya sebagai NUSANTARA, NUSAKAMBANGAN panggilan bagi Pulau Jawa, NUSA ANTARA kini Sulawesi, Kalimatan dll, NUSA TANGGARA kini Ambon, Muluku, Florest dll, NUSA KANCANA kini Malaysia dan NUSA RANTANG kini Selatan Siam, Selatan Filipina, Funan, Campa, Kambodia dll. Bernaung di bawah 1 NUSA mendaulatkan 1 Bahasa dan Membudayakan 1 Budaya MALAI-UR=BRAHMA...hinggalah kerajaan Malai-Ur menerima ISLAM dengan rela.
Padammungkin ketka itu tulisan Rencong masih belum wujud.maklumlah 2000 tahun.paling tua di Asia Tenggara
BalasPadamTulusan Malai-Ur di zaman Ajaran Ibrahim mempunyai pengaruh tulisan Hebrew dan Sanskrit manakala Bahasa Malai-Ur pula adalah campuran Austronesia, Hebrew dan Sanskrit. Berbanding dengan Bangsa Mala yang menerima hindu buddha seperti Jawa contohnya menuturkan bahasa campuran Hindu Kuno, Buddha Kuno dan Austronesia. Begitu juga dengan budaya Malai-Ur berjaya dengan gahnya mencipta budaya keperibadian seperti kostum Sultan dan Raja, pakaian tradisi, pakaian kepahlawanan, tarian asli, lagu asli, ukiran, seni bina dsb yang bercirikan Malai-Ur, tidak seperti Jawa yang kental dengan budaya hindu buddhanya seperti tarian jawa, menahora, wayang kulit, kuda lumping dsb, begitu juga dengan nama-nama masyarakat jawa yang nyata-nyata menggunakan nama-nama hindu buddha seperti Karno, Karto, Tolo, Tini, Maja, Gadja dsb.
PadamBahasa dan tulisan rasmi Bangsa Mala yg digelar Mala-UR (UR adalah tempat kelahiran Raja Agung Iskandar Zulkarnaen di bawah Kerajaan Cheldena di zaman Nabi Allah Ibrahim) adalah campuran Bahasa Ibrani, Hebrew, Sanskrit dan Austronesia begitu juga dengan tulisan awal Bangsa Mala. AJARAN IBRAHIM dikembangkan di Selatan India dan Campa oleh Raja Agung Iskandar Zulkarnaen sebelum dibawa ke KEDAH TUA. Senibina-senibina awal yang diperkenalkan di Selatan India dan Campa di waktu itu adalah gabungan senibina Mediteranean, Yamen, India Selatan dan Indocina. Gabungan senibina yg sama juga dibawa ke Kedah Tua dan kemudiannya ke Jambi Sumatra. Kedah Tua dan Jambi disuatu ketika dulu merupakan BANDAR BERKEMBAR...di sini saya menyeru semua blogger dari Malayasia dan Sumatra supaya mengkaji dengan lebih terperinci hubung-kait KEDAH TUA dan KERAJAAN JAMBI serta kesinoniman MELAYU KEDAH DAN MELAYU JAMBI...silakan tuan-tuan mulakan buat kajian sekarang. TQ.
Padamsalam.. kemungkinan tamadun yg dikenali sebagai binaan piramid ini dibina sewaktu era pemerintahan Nabi Sulaiman yang terdiri dari bala tentera Jin & Syaitan.. bnyk klu2 tentang pembinaan piramid seluruh dunia ini dan binaannya dibuat begitu tinggi sekali..
BalasPadamberkaitan tentang adanya tamadun tertua di Sg. Batu itu memang benar.. menurut kajian dari pakar seluruh dunia, di sinilah satu-satunya terdapat teknik ‘Orichalcum''
BalasPadamistilah latin untuk peleburan logam (pencampuran pelbagai logam untuk menghasilkan logam yg sgt keras & utuh (contohnya alloy,krom dan sebagainya).Mengikut teknik terkini, campuran logam tersebut harus dibuat oleh ahli yang pakar dalam bidang kimia di mana juzuk-juzuk atau jenis-juzuk besi yang hendak dicampur mestilah sesuai. Jika tidak, besi yang dicampur itu akan rapuh , hancur dan tidak tahan lama.
Fakta menurut Al-Quran : Saba 10
dan Kami telah melunakkan besi untuknya,
Al Anbiya 80
Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur.
Mengikut satu kajian – rujuk buku Prof.Arysio Santos - hanya di bumi Mala atau Tanah Jawi ini sahaja satu satunya tempat yang di kesan mengamalkan teknik orichalcum yang tertua dalam peradaban manusia .Ia wujud di kalangan bangsa misteri Mala ( The descendant of the mountain Tribe).
Fakta- Penemuan Kilang peleburan besi di Sungai Batu, Lembah Bujang.
Lembah Bujang dan Borobudur mempunyai komunikasi satu sama lain jika dilihat pada kajian yg telah dibuat sebelum ini.
Teknik orichalcum(lebur logam)memang milik bangsa misteri ini. Keris – keris hebat dibuat melalui kaedah Orichalcum ini dan dikatakan ia juga mampu menyerap tenaga eletromagnetic di alam maya ini dan boleh menguatkan aura /bioelectricity pemilik keris tersebut. Inilah kehebatan keris melayu , selain design uniknya yang sangat simetri sehingga ada keris yang mampu berdiri sendiri dan tidak jatuh ke lantai jika diletakkan secara menegak!.
let's read more info in Bani Jawi
kemungkinan besar.. ilmu ini diwarisi dari Nabi Daud.. Jika Sulaiman itu tinggal di Nusantara dimana bnyk bukti2 kewujudannya seperti terdapatnya jumpaan emas yg banyk di Nusantara.. maka memang disini pusatnya Nabi Daud mengerjakan besi.. Tanah Melayu adalah tanah para nabi..
BalasPadamMalaysia miskin bahasa dan budaya, budaya malaysia yang terkenal hanya cina dan india. Secara linguistik (ilmu bahasa) bahasa malaysia masih dijajah. Ejaan bahasa malaysia masih berantakan. Di malaysia tidak ada yang dibanggakan. Sekarang malaysia kaya karena banyak pengusaha orang cina. Penduduk pribumi (asli) malaysia sedikit yang banyak penduduk cina dan india, mirip negara singapore. Tapi penduduk asli malaysia agama Islamnya bagus. Memang, lebih baik pikir tentang akherat daipada duniawi yang sebentar. Hiduuup ISLAM..... yang tidak akan pernah padam oleh zaman. Al-quran dan Al-sunnah adalah pegangan hidup manusia yang terbaik.
BalasPadamNUSANTARA adalah milik INDONESIA. bahasa MALAYSIA tidak ada istilah kata NUSANTARA. Orang Malaysia religius (ISLAM) itu lebih baik. Kata AL-QURAN "Janganlah kamu mati kalau tidak dalam keadaan ISLAM", artinya, manusia kalau mati dalam keadaan kafir adalah rugi besar. neraka abadi tempatnya.
BalasPadam