Lebih kurang dua ratus tahun setelah seorang putera Melayu dari kerajaan Tambralinga atau Sri Dharmaraja menjadi pemerintah dan pengembang empayar Angkor di Kemboja, seorang lagi Raja berdarah Melayu dari negeri Melayu Segenting Kera ini telah membuktikan supremasi bangsa Melayu di peringkat antarabangsa. Nama beliau ialah Dharmaraja Chandrabanu dan beliau telah menyerang Pulau Celyon atau Sri Lanka yang letaknya 1300 batu dari kerajaanya sebanyak dua kali berturut-turut. Hal ini mungkin adalah sesuatu yang dianggap mustahil oleh golongan yang mengalami inferioriti yang senentiasa menganggap Melayu adalah bangsa yang lemah dan tidak ubah macam suku-suku asli lain. Begitu juga golongan Chauvinist India yang sentiasa menganggap semua kebudayaan, kebijaksanaan dan ketamadunan yang dikecapi orang Melayu adalah hasil daripada kolonialisasi bangsa mereka ke atas negeri-negeri Melayu di Asia tenggara. Mereka menganggap bahawa bangsa Melayu tidak mampu menyerang bangsa lain apatah lagi bangsa dari benua kecil India dan sekitarnya yang dianggap sebagai ‘highly civilised people’. Namun itulah hakikatnya, bangsa Malay bukan sahaja mampu untuk berlayar di lautan luas sehingga ke teluk Aden tetapi juga mampu menakluki bangsa dan negara lain.
Ianya bermula apabila Chandrabanu berjaya membebaskan diri daripada penguasaan kerajaan Srivijaya pada tahan 1230 dan terus mengembangkan kekuasaannya. Baginda juga telah menakluk sebuah lagi kerajaan Melayu di Segenting Kera iaitu Grahi dan memerintahnya selama 40 tahun. Dalam pada masa inilah beliau telah menyerang Sri Lanka. Dalam catatan dari rekod-rekod Sri Lanka orang –orang Melayu yang menyerangnya di panggil sebagai Javakas atau Malakas iaitu panggilan khas oleh masyarakat India terhadap bangsa-bangsa di seluruh kepulauan Melayu. Kali pertama baginda melanggar Sri Lanka adalah pada tahun 1247 untuk mendapatkan sebuah patung Buddha yang bernama Pra Sihing yang dianggap keramat dan disimpan oleh kerajaan Sri Lanka. Baginda telah menawan bahagian utara pulau tersebut dan memerintahnya buat beberapa lama. Namun demikian baginda tidak dapat menawan terus raja Sri Lanka Parakramabahu ii di kotanya di Anuradapura. Bagi mendapat sokongan dan mengambil hati masyarakat tempatan Sri Lanka, beliau telah membina candi-candi dan lain-lain kemudahan yang memberi faedah terhadap agama Buddha. Baginda telah berjaya dalam mencapai matlamatnya ini. Hal ini sekali lagi menunjukkan SIKAP TOLERANSI DAN DIPLOMASI BANGSA MELAYU TERHADAP BANGSA LAIN. Peristiwa ini juga boleh dilihat dari sudut KEPIMPINAN DAN KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN MELAYU DALAM MENGATUR STRATEGI POLITIK.
Setelah beberapa lama, baginda pun meninggalkan Sri Lanka dan pulang ke Tambralinga. Beliau telah meninggalkan anaknya sebagai Gabenor bagi orang-orang Melayu dan penduduk tempatan di utara Sri Lanka. Pada tahun 1258 dan 1263, Sundara Pandya, seorang raja di India selatan telah menyerang dan menakluki utara Sri Lanka termasuklah kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan orang Melayu. Anak Chandrabanu telah ditawan oleh raja India tersebut. Bagi membebaskan anaknya Chandrabanu telah menyerang buat kali keduanya pada tahun 1270/1271M dengan bantuan dari askar-askar sebuah lagi kerajaan India selatan yang bermusuh dengan kerajaan Pandyan iaitu Cola. Baginda telah mendarat di Mahathirta satu tempat diutara pulau tersebut. Setelah berjaya mengalahkan beberapa pasukan tentera Sri Lanka akhirnya baginda sendiri mendapat kekalahan di Yapavu di tangan Vijayabahu iaitu putera raja Sri Lanka. Walaubagaimanapun Chandrabanu dapat melepaskan diri dan balik ke Tambralingga. Sesungguhnya kekalahan ini telah menyebabkan kerajaan Tambralingga menjadi lemah akibat daripada perbelanjaan yang besar bagi membiayai peperangan tersebut.
Akhirnya Tambralingga tidak dapat menahan serangan dari bangsa Thai laknatullah 20 tahun kemudiannya. Pada 1294 Tambralinga telah menjadi jajahan takluk Siam secara langsung. Walaupun sesetengah sarjana berpendapat tindakan baginda menyerang Sri Lanka bukanlah suatu langkah yang baik, namun kita patut menyanjungi keberanian dan semangat serta cita-cita yang ditunjukkannya. Beliau bukan sahaja telah berjaya melakukan penyerangan terhadap sebuah kerajaan di luar batas georafi Nusantara malahan telah berjaya meletakkan sedikit sebanyak pengaruhnya di pulau tersebut dengan projek-projek pembinaan dan kerja awam yang beliau laksanakan. Selain itu kita juga patut melihat peristiwa ini sebagai suatu kejayaan dalam perhubungan antarabangsa dimana beliau berjaya mengikat persekutuan dengan kerajaan Cola di selatan benua India bagi sama-sama menyerang Pandyas. Sekian. Wallah hu a’lam.
nice article..one more..one more..hehe..
BalasPadamterima kasih kerana membetulkan persepsi yang salah sebelum ini.
BalasPadamteruskan usaha anda.
Al Semantani
BalasPadamYou Are The Best !!!