Baru –baru ini saya ada membuka semula blog Sejarah negara kedah. Tidak ada apa yang menarik bagi saya, yang ada hanya promosi majalah reality. Saya tertarik untuk melihat komen-komen pembaca blog tersebut dari posting-postingnya yang lepas dan ada satu komen yang menarik perhatian saya. Jika berdasarkan sejarah reality encik anaianai ini, Islam telah sampai ke China sejak zaman rasulullah S.A.W ( saya tidak nafikan hal ini) tapi yang saya nafikan ialah keislaman Shih Huang Ti yang hidup pada zaman sebelum kelahiran Rasulullah dan penguasaan bangsa Arab. Bagaimana pula Shih Huang Ti boleh jadi Sheikh Huang Ti pula? Sedangkan perkataan Sheikh itu sebenarnya dari bahasa Arab dan merujuk kepada ketua-ketua Kabilah Arab atau ketua puak. Pelik bin ajaib+lucu...:)
Berbalik kepada komen tadi, penyokong blog tersebut telah mengemukakan satu gambar yang diambil daripada Wiki yang menunjukkan dua jenis tulisan iaitu tulisan China Han dan tulisan Manchu. Beliau siap pin point mana tulisan Han dan mana tulisan Manchu. Bagi yang buta sejarah pasti akan tercengang dan kagum dengan gambar tersebut dan terus mengaku anaianai dan konco-konconya adalah BENAR BELAKA dan kata-katanya memang tidak boleh disanggah. Mengapa saya berkata sedemikian? Sila anda lihat gambar tersebut:
Nah...anda juga pasti pelik dengan tulisan yang berada di sebelah kanan tersebut bukan? Tulisan di sebelah kiri tersebut sudah pasti anda kenal kerana ia tulisan China Han yang banyak terdapat di seluruh dunia mahupun Malaysia.Tapi apakah dia gerangan asalnya tulisan yang disebelah kiri tersebut? Hehe..:) Inilah bukti bahawa bangsa China pada zaman sebelum kedatangan British adalah beragama ISLAM!( INI BUKAN SAYA KATA TAPI ANAI-ANAI YANG KATA NA!)
Sekali lagi saya tersenyum dan menghela nafas yang panjang sambil jari jemariku bergerak bagaikan lipas kudung di atas papan kekunci ini...:) Wahai Bani Jawi sekalian! Dengarlah! Tulisan di sebelah kanan tersebut berbentuk demikin rupa yang seakan-akan tulisan Arab BUKANLAH TULISAN ARAB YE...tetapi memang tulisan suku kaum Manchu yang agamanya memang Buddha. Mungkin anda hendak tahu mengapa ia berbentuk demikian dan jauh benar bentuknya daripada tulisan-tulisan suku kaum cina yang lain. Untuk itu anda perlu tahu asal usul tulisan Monggol terlebih dahulu. Kerana daripada tulisan Monggol yang digubah oleh Genghis Khan inilah anda akan tahu asal usul tulisan Manchu.
Sebenarnya suku kaum Manchu tidak mempunyai sebarang sistem tulisan sama seperti suku Monggol dan banyak lagi suku kaum nomad di utara China, sebab itu mereka dianggap tidak bertamadun kerana salah satu daripada ciri-ciri tamadun adalah mempunyai sistem tulisan ( bangsa Melayu ada sistem tulisan ). Sebelum mereka menjajah China mereka telah menggunakan tulisan Monggol untuk menulis catatan-catatan harian. Manakala tulisan monggol itu juga sebenarnya berasal daripada tulisan suku Uighurs di Barat China. Nah...sekarang anda cuba buat analisis anda sendiri. Suku Uighurs adalah penganut agama Islam yang terawal dan terbesar di China dan kebudayaan dan sistem tulisannya banyak dipengaruhi oleh para pedagang dan pendakwah dari barat yang datang melalui laluan perdagangan sutera seperti orang –orang Arab dari Syria. Perhubungan ini telah berlaku lama sebelum kedatangan Islam lagi malahan pendakwah kristian juga pernah membawa pengaruhnya kepada suku ini. Suku Uighurs telah mengubah sedikit sebanyak huruf-huruf Syriac ini untuk membentuk sistem tulisan mereka sendiri ( Macam yang orang Melayu buat dengan tulisan jawi).
Apabila suku Uighur ini bertembung dengan kaum Monggol dan kalah perang, maka mereka di tawan dan para cendekiawan dan juru tulis mereka telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin puak Monggol termasuk Genghis Khan untuk mencipta tulisan Monggol. Jadi tulisan Monggol itu adalah berasaskan kepada tulisan Uighurs . Kemudian apabila suku Monggol ini berjaya menyatukan seluruh utara China dan puak-puak nomad termasuk puak Manchu, semua puak –puak ini terpaksa menyerap dalam kebudayaan baru hasil daripada campuran pelbagai kebudayaan dari timur dan barat yang berpusat di Qarakurum.Hal ini termasuklah dalam sistem tulisan. Maka kaum Manchu sejak dari hari itu masih mewarisi sistem tulisan tersebut sehinggalah mereka menguasai China walaupun mereka kemudian ada membuat sedikit perubahan. Rumusannya tulisan tersebut bukanlah tulisan Arab dan bukanlah juga memberi makna bahawa mereka itu Islam semuanya. Padahal suku Manchu sebenarnya adalah suku yang paling membenci orang Islam dalam sejarah China.
Tambahan lagi saudara-saudara sekalian, jika anda cuba baca tulisan tersebut anda pasti tidak dapat menyebutnya kerana huruf-hurufnya dan sistem grammar-nya memang berbeza dari tulisan Arab. Pendek kata tulisan Manchu ini adalah cucu-cicit kepada tulisan Syriac yang sama sepupu dengan tulisan Arab. Sebab itu nampak macam tulisan Arab. Lagipun tulisan Manchu, Monggol dan Uighurs ini semuanya ditulis menegak dari atas ke bawah dan bukan macam tulisan Arab Islam yang dari kanan ke kiri. Walau di Pakistan, India, Nusantara, Iran dan dimana sahaja berada tulisan Arab zaman Islam sebenarnya tidak berubah banyak bentuknya.
yang merampas takhta Ayutthaya ialah Thai Buddha dari dinasti Chakri, nenek moyang kepada Raja Thai sekarang. tapi yang dok dikutuk2, dihina & diserang2 ialah Raja-raja Melayu Islam hari ini.
BalasPadamtakhta mereka sepatutnya adalah di Ayutthaya, sebagai Raja Siam. tapi yang sibuk direbutnya sekarang ialah takhta Yang Dipertuan Agong Malaysia.
yang sepatutnya mereka tukar ialah sejarah Thailand. kerana cerita mereka lebih banyak berkisarkan tentang sejarah Kerajaan Siam Buddha Ayutthaya. tapi yang dikokoknya ke sana ke mari ialah tukar sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan sejarah Malaysia hari ini.
pelik tak perjuangan puak2 ni???!
Siam Anai-anai tengah mencari2 identiti sndr
BalasPadamitulah rumusannya
heheh rasanya kalau si Anai-anai n the Puaks tu di tangkap kemudian di buang daerah dan wilayah.. rasanya daerah atau wilayah baru tu pun tentu mereka siamkan .. heheh cuba buang si Siam anai2 n The pUaks p Batam? tak pun p Borneo.. kite tgk pe dia nyer cerita pulak.. hehe :p..
BalasPadamBelum dia buka cerita di sini ( Borneo ) kami dah benamkan dia dengan fakta merapu dia sendiri
Padamkalau tidak tuan dedahkan.
BalasPadamsaya akan percaya itu adalah tulisan jawi dari atas ke bawah.
teruskan usaha saudara.....makin baca makin luas ilmu ambo...syabas. - ore selatan thai
BalasPadamhaha ambo pun keliru jugak hahahaha
BalasPadamterima la hakikat yang melayu adalah hasil campuran orang asli kuno n siam kuno,menghasilkan segala yang dinamakan melayu hari ini...
BalasPadammanchu dah lama terjajah oleh suku Han China.
BalasPadamMenurut sejarah yg disembunyikan- Manchu adalah Islam-
BalasPadamMntk maaf la ckp kita xbloh ckap org tu xbtol sbab ni mlibat kan sjarah,ni hnya sjarah kita blh mgkaji tpi blom tntu btol,sjrah dlm dnia ni ada byk versi,sya xckap si anai anai ni btol tpi ada 1fakta yg btol antra siam n thai 2bangsa yg brbeza,siam adalah siam thai ada lah thai,kita blh tulis tntang sjarah tpi blum tntu btol,allah s.w.t maha megetahui.
BalasPadam