Rabu, 14 Julai 2010

MEMBUKA PEKUNG SENDIRI?

Seorang ulama China Islam dari Yunnan sedang berbincang. Mereka melarikan diri ke sempadan Burma setelah Kesultanan Dali dimusnahkan tentera kafir Manchu.


Saya tertarik dengan sebuah artikel baru yang dilampirkan oleh anai-anai dalam blog Sejarahnegarakedah semalam. Artikel tersebut ditulis oleh Drs Khalil Lim iaitu Wakil Rakyat PERIKATAN, DUN Titi Serong, Perak. Artikel ini mendedahkan tentang keislaman jagoan Wushu yang amat terkenal bukan sahaja di China malah di seluruh dunia iaitu Wong Fei Hung. Saya akui artikel ini amat menarik jika kita lihat sekali imbas dan bagi orang Islam mungkin dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan dan bagi yang bukan Islam pula mungkin sangsi dengan berita tersebut. Namun saya tergerak untuk menganalisis maklumat tersebut dari kacamata  sejarah dan saya tidak boleh bias walaupun saya orang Islam. Terdapat beberapa kemusykilan atau keraguan tentang artikel tersebut. Satu daripadanya ialah si penulis asal tidak menyatakan sumber rujukan dan hasil kajian siapa yang mengesahkan bahawa Wong Fei Hung adalah Islam. Keraguan yang kedua ialah datang daripada fakta yang salah daripada penulis tersebut. Beliau menyatakan bahawa Dinasti Ch’in adalah Dinasti orang Manchu yang telah menumbangkan dinasti yuan Monggol. Padahal bukan Dinasti Ch’in atau ejaan yang lebih tepat sebenarnya Qing untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham dengan nama dinasti awal china iaitu Chin yang dibina Shih Huang Ti. Dinasti yang menumbangkan Yuan Monggol adalah Dinasti Ming! Kemudian dinasti Ming pula ditumbangkan oleh orang-orang Manchuria yang menubuhkan dinasti Qing atau Ch’in. Samaada ianya kesalahan yang sengaja dibuat bagi maksud-maksud tertentu atau ia memang hasil daripada kurangnya pengetahuan penulis tentang sejarah China saya pun tidak tahu.



Tapi persoalan utama yang nak diutarakan disini ialah apa motif anai-anai melampirkan artikel tersebut? Artikel tersebut tidak memberika sebarang hujah yang dapat menguatkan lagi dakwaan anai-anai tentang Islamnya dinasti Manchu, malahan artikel tersebut terang-terang menyebut bahawa Wong Fei Hung menentang kerajaan Manchu yang korup dan kejam. Hal ini memang terbukti dalam sejarah China kerana pada zaman Manchulah pemberontakan yang paling banyak dan paling besar pernah dilakukan oleh orang-orang Islam China, antaranya ialah pemberontakan Panthay 1856–1873 . Berjuta umat Islam dibunuh dalam pemberontakan ini oleh tentera Manchu!



Kesultanan Dali di Yunnan selatan China akhirnya dimusnahkan sama sekali oleh tentera kafir Manchu dengan bantuan persenjataan daripada Perancis. Walaupun Sultan Sulaiman atau nama sebenar beliau Du Wenxiu pernah meminta bantuan British tetapi tidak berjaya. Tetapi saya nak ingatkan disini bahawa kerajaan Islam Dali ini bukan orang Manchu tetapi Hui-Hui. Orang Hui sama dengan orang han tetapi berlainan agama sahaja dan mereka membenci orang Manchu seperti mana orang-orang Han juga. Kerajaan Dali ini hanya bertahan lebih kurang 30 tahun sahaja. Kalau tidak percaya silalah anda pergi ke Utara Thailand dan Burma atau ke Yunnan sendiri dan tanyakan kepada umat Islam disana tentang kekejaman kerajaan zaman Manchu. Bagaimana pula kerajaan berdaulat berketurunan Ahlul bait cina Islam Siam nai-nai ini tegar melakukan kekejaman terhadap bangsa seagama mereka? Sungguh tidak logik bukan? Manchulah yang paling banyak memusnahkan Masjid dan Kuil-kuil. Mereka asalnya adalah puak gasar yang kurang bertamadun. Mereka tidak cekap dalam pentadbiran, tetapi handal di medan pertempuran kerana itu nature mereka yang berasal dari kawasan Manchuria yang tandus dan keras.

Ini adalah Cop Mohor Sultan Sulaiman dari Kesultanan Dali di Yunnan. Mereka adalah daripada bangsa Hui yang sama dengan bangsa Han.


Ya, memang benar bangsa Monggol Yuan banyak yang memeluk Islam. Malahan Islam tersebar dengan lebih meluas pada zaman ini. Anda tahu kenapa? Sebab bangsa Monggol sebelum menjajah China lagi telah berjaya menjajah dunia-dunia Islam di sebelah barat China seperti Samarkhad, Uzbekistan, Turkistan,Kyrgistan dan Parsi serta banghdad. Dari sanalah mereka menyambung benang-benang tauhid dan mengenal Allah. Tetapi dengan harga yang amat mahal, iaitu kepala-kepala umat Islam banghdad dan Samarkhand serat darah-darah mereka yang mengalir bagaikan sungai sehingga separas buku lali! Hanya setelah mereka kalah di Ain Jalut dan diusir oleh tentera Mesir barulah mereka goyah dan ramai yang memeluk Islam.


Watikah proklemasi Kesultanan Islam Dali Oleh Sultan Sulaiman.

Di negeri China pula, oleh kerana bangsa Monggol ini amat lemah dalam melaksnakan sistem pentadbiran dan birokrasi maka kebanyakan daripada para pegawai istana adalah diambil daripada jajahan luar seperti negeri-negeri Islam yang tan-tan dijhujungnya termasuklah ramai orang-orang Uighurs yang beragama Islam. Hal ini kerana kerajaan Yuan berhati hati dan tidak mempercayai bangsa Han yang mungkin akan memberontak pada bila-bila masa. Pada zaman inilah ramai orang Islam dijadikan Gabenor di wilayah-wilayah China termasuklah Yunnan dan ramai tentera-tentera Islam dalam pasukan tentera Yuan menetap disini bersama Gabenor mereka. Dari wilayah inilah juga lahir Lanksamana Cheng Ho yang beragama Islam dan bapanya juga adalah Gabenor. Namun kerajaan Yuan tidak pernah menjadikan Islam sebagai agama rasmi kerajaan. Mengapa? Kerana majoritii besar penduduk China masih tidak dapat menerima Islam dan jika meraka mengenakan paksaan maka dikhuatiri akan berlaku pemberontakan besar-besaran. Ini semua politik yang mudah kita fahami.



Kejatuhan dinasti Yuan juga sebenarnya adalah hasil pemberontakan daripada masyarakat Islam Han sendiri. Mereka merasakan bahawa bangsa Monggol adalah bangsa asing yang perlu diusir dari China balik ke tempat asal mereka. Golongan pemberontak Islam ini ramai diantaranya adalah pegawai tinggi kerajaan Yuan sendiri dan mereka telah menubuhkan satu pakatan rahsia untuk menjatuhkan dinasti Yuan yang dianggap lemah dalam pentadbiran dan tidak pandai menjaga kebajikan rakyat awam. Akhirnya mereka berjaya menubuhkan dinasti Ming yang dikatakan Maharaja pertamanya mungkin Islam kerana penyokong kuat Maharaja tersebut yang membantu beliau menaiki takhta adalah orang-orang Islam. Tetapi masih banyak keraguan dan kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk membuktikan hal ini. Lagipu kajian sebegini agak sukar untuk dilakukan kerana ia melibatkan sejarah negara orang.



Rumusannya disini artikel yang dilampirkan anai-anai ini tidak membawa teori-teori beliau kemana-mana. Masih tang tu jugak dan masih meragukan. Malah artikel tersebut menabahkan lagi keraguan dan kepincangan dalam teori beliau mengenai keislaman kerajaan Manchu dan Siam nai-nai. Sekian.Wallahu a’lam



Lampiran artikel tersebut:



Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.






Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.






Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).






(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).






Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu.






Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.






Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.






Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).






Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.






Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.






Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton.






Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan


juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun


dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.






Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah


kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.






(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Quot diatas ini saya rasa dari anai-anai sendiri...masih lagi nak menegakkan benang yang basah~Al Semantani

28 ulasan:

  1. kadang2 saya wonder, kenapa anai2 seboleh2 nak kaitkan kita dengan tanah besar China. kenapa agaknya ye? kalau nenek moyang dia berasal dari Yunnan, janganlah tarik semua orang Melayu berasal dari China pulak.. =(

    cuba tuan lihat artikel akhbar hari ni http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melayubukanpendatang_/Article

    BalasPadam
  2. oh... new info for me. jadi, Dali ni jelah satu2 Kerajaan yg confirm Islam di China kan?

    saya tertarik dengan nama Dali tu. ada sikit2 sama dengan Kesultanan Deli kat Sumatera. Tuan pernah dengar perkataan 'Melayu-Deli'? ada kaitan ke?

    tapi kalau ikut anai2, terus dikatanya Dili tu kat Timor Leste. kononnya raja siam pernah bertakhta kat situ. kuang3x... gile ke apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu-dali.. kesultanan deli dari delhi

      Padam
  3. off topic jap..nak tanya mengenai tentang parameswara.

    Siapakah parameswara yang membuka melaka? adakah Paduka Sri Maharaja Parameswara (Raja yg dikaitkan kisah Tun Jana Khatib) atau anaknya, Iskandar Syah (Raja yg dikait dgn kisah Rajuna Tapa)?

    Saya keliru sikit.. mohon kalau dapat dijelaskan..

    BalasPadam
  4. Kerajaan Dali tak ada kaitan dengan kerajaan Deli di sumatera, saya dah agak ada yg akan keliru pasal ini. Kerajaan deli hanya bertahan selama lebih kurang 30 tahun sahaja. sebelum itu orang hui tidak ada kerajaan malah hidup bebas terutama zaman dinasti Yuan dan Ming. hanya pada dinasti Qing sahaja mereak ditindas dengan teruk, tidak dibenarkan menyembelih lembu dan menunaikan haji serta sembahyang berjemaah. Maka mereka memberontak dalam pemberontakan Panthy dan menubuhkan kesultanan DALI di Yunnan.Mereka memang orang cina dan tiada kaitan dengan bangsa melayu.

    ~Al semantani

    BalasPadam
  5. Hebat tuan, tahniah sekali lagi kerana merungkai beberapa persoalan walaupun banyak yang perlu dirungkai lagi. Kalaulah dapat boleh tak tuan buat satu artikel khas mengenai kerajaan Islam Dali di tanah besar China ini. terima kasih.

    BalasPadam
  6. Jadi tak hairan la allahyarham hussein abu hassan pernah mengarah filem Bujang Selamat lakonan anaknya Faizal Hussein. Ia pon cerita mengenai keperwiraan seseorang. Dan lagi anaknya pernah menunjukkan ilmu jurus Tendangan Tanpa Bayang didalam drama Hati Waja keluaran HVD tetapi tewas kepada Rusdi Ramli. Mungkin ia sekadar intepretasi dari kisah Faisal Hussein Wong @ Wong Fei Hung.

    Oh ya, saya juga mempunyai persoalan yg sama dgn saudara Nizam diatas. Dari penceritaannya seolah2 macam ada persamaan antara kedua ini.

    BalasPadam
  7. salam... apa yg saya dok perati blog nai nai nie suka main tangkap muat saja.. wong FEI hong.. FEI (harimau.. puak tentera)... asal ada bunyi nk sama jer.. Siam la tu

    BalasPadam
  8. inilah ilmiah..

    tahniah.

    memang pelajar ilmu, mutu dan budi

    BalasPadam
  9. salam tuan...

    ulasan tuan amat tepat berkenaan dinasti-dinasti di china.

    Orang han yang beragama islam dikenali sebagai hui (berserban merah) yang banyak menggerakkan operasi bawah tanah sehingga tertegaknya dinasti Ming.

    hui dikatakan adalah sama seperti han cuma tidak meminum arak dan memakan babi dan kebanyakan org hui ini adalah bijak dalam pentadbiran dan perniagaan...

    perkara ini telah dinyatakan dalam buku sejarah islam stpm yang saya lupa nama penulisnya. buku itu berkulit coklat dan saya x jemu2 membacanya ketika di tingkatan 4 dahulu.

    Buku itu juga menyatakan maharaja dinasti ming kebanyakkannya tidak meminum arak, memakan babi dan banyak puisi2 yg dikarang memuji ketuanan langit.

    Kerana itu kebanyakan sejarahwan islam cenderung menyatakan bahawa kebanyakan maharaja dinasti ming beragama islam namun teori ini disanggah oleh sejarahwan china dan eropah.

    Laksamana cheng ho adalah merupakan anak bangsawan atau raja di yunnan. kerajaan ayahandanya runtuh diserang oleh dinasti ming dan beliau telah ditangkap dan dikasi serta dibawa menjadi hamba didalam istana kota larangan.

    Namun begitu laksamana cheng ho adalah pintar dan kebolehannya telah dikesan oleh pembesar dinasti ming serta menarik perhatian maharaja Ming ketika itu.

    Beliau naik pangkat dengan cepat dan diperintahkan oleh maharaja untuk melakukan ekspedisi laut bagi menggembangkan budaya Ming dan mengenali tanah2 baru.

    inilah pengetahuan saya yg sedikit tentang laksamana cheng ho dan china.

    BalasPadam
  10. Sebenarnya siapa yang membuka melaka secara tepat masih banyak diperdebatkan. Hal ini kerana lokalisasi nama pemerintah melaka yang berubah-ubah mengikut bangsa yang menyebutnya. catatan china ada menyebut parameswara atau Paduka Sri Maharaja Parameswara sebagai pemerintah pertama. Ramai sejarawan berpendapat beliaulah yg melarikan diri dari singapura setelah diserang Jawa dan beliau juga yg berkait dengan kisah sang rajuna tapa. manakala kisah mengenai Tun Jana Khatib memang agak mengelirukan. ada yg mengatakan serangan todak tersebut adalah simbolis kepada serangan Majapahit atau jawa. Ini kerana penulis melayu dahulu pandai menyembunyikan kod-kod misteri dalam penulisan mereka supaya orang tertentu tidak mudah faham. manakala megat iskandar shah pula dipersetujui oleh sejarawan sebagai pemerintah kedua yg pernah pergi ke china. Ada juga pihak percaya bahawa Iskandar shah yg tiada megat itu adalah juga parameswara yg telah memeluk islam. sebenarnya banyak versinya mengenai siapa sebenarnya pembuka Melaka yg pertama. Namun sebahagian besar sejarawan bersetuju dengan tanggapan bahawa Parameswara atau Iskandar syah adalah pembuka Melaka.Dengan penemuan tahun baru penubuhan Melaka semua sejarah pemerintah Melaka terpaksa ditulis semula dan masih banyak yg meragukan. Tapi apa yg pasti memang sebelum pemerintah melaka pertama membuka negeri tersebut mereka telah bertapak di Temasik atau singapura terlebuh dahulu untuk beberapa lama sebelum diserang Majapahit.

    Al semantani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...menarik penerangan tuan ini..cuma saya rasa tidak sesuai untuk mengatakan bahawa Parameswara adalah PEMBUKA MELAKA kerana melaka memang sudah wujud pada masa itu dalam bentuk sebuah perkampungan Nelayan kecil dan penduduk melaka pada masa itu adalah terdiri daripada orang-orang asli seperti orang laut/seletar( kalau tidak silap saya )..Paramesra hanya pengasas kepada pentadbiran/kerajaan Melaka atau pun pengasas kepada Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu..wallahualam...

      Padam
  11. Terima kasih coz bagi penjelasan..mmg agak pening jugak menetapkan siapa parameswara yg membuka melaka yg sebenar coz "parameswara" tu sendiri adalah satu gelaran.

    Saya tertarik dengan satu nama ni..."Sang Aji Palembang". Boleh saudara berikan info mengenai Sang Aji Palembang.Ada org yg mengatakan Parameswara itu Sang Aji Palembang ni..ada sumber lain juga mengatakan Parameswara ini anak kepada Sang Aji Palembang.

    BalasPadam
  12. Mahadaya

    Dah tu candi borobudor tu ape? masjid? ko pon nak jadi anai-anai juga ke..

    Sejarah ni bukan setakat bersumber dari penjajah jela mahadaya..

    bukti arkeologi tu pon sejarah jugak..bukti arkeologi tu penjajah yg buat ek?

    BalasPadam
  13. Jika nabi Sulaiman menguasai angin yg sepagi sejauh sebulan perjalanan dan sepetang sejauh sebulan perjalanan, bayangkan luasnya empayar nabi sulaiman di zaman dahulu. Ini bersesuaian dgn doa nabi sulaiman kpd tuhan supaya menganugerahkan kerajaan yg besar dan tiada tandingnya di dunia.

    BalasPadam
  14. Patung Nabi?

    tu patung buddha la..tgk btol2 patung2.bandingkan dgn patung budha dari seluruh dunia..serupa jele..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum..

    kalo nak tau si anai anai tu copy paste je artikel dia tu. bukan ori pun. aku pernah baca kat blog indon tapi xingat websitenya. tak caya cuba teliti betul2 banyak lagi perkataan indon yg blom di ubah.

    la..blom mati lagi ke MAHAPEDAYA kita ni. pembawa ajaran assalama. tak paham2 ke org xterima ajaran ko tu. memangla nabi Ibrahim tu betul dan agama nabi Ibrahim tu betul. cuma selepas Al Quran turun maka secara automatiknya ajaran nabi2 lain tidak boleh diamalkan lagi. ko tu je yg mengong..tak paham2.

    BalasPadam
  16. kepada mahadaya, tolong jangan sebar fitnah di blog ini. komen anda TIDAK DI ALU-ALUKAN langsung!Anda jangan cuba nak mendakyahkan kami , kami x bodoh.

    ~Al semantani

    BalasPadam
  17. cayala tuan Al Semantani..org gila isim tu xle dibagi muka. dia pikir dia je betul org lain sumer sesat. ntah ape2.

    BalasPadam
  18. Kepada Mahadaya @ mahapedaya..

    cukup2 le tu.. xabis2 buat dakyah palsu..

    BalasPadam
  19. a'ah.. betul la... banyak perkataan Indon yang tidak tertukar... Anai-anai nie dah macam org2 yg bermesyuarat di persidangan Nicea untuk menukar injil la pulak....

    -tiada yg boleh mengatasi perancangan Allah-

    -abuhakeem-

    BalasPadam
  20. jom masuk pas ....

    BalasPadam
  21. http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2011_05_01_archive.html

    http://mindaahad.wordpress.com/2011/02/20/kota-kota-melayu-serta-khazanah-negara-yang-dimusnahkan-british-dan-talibarutnya/

    http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com/

    BalasPadam
  22. Maharaja pengasas dinasti Ming seorang Muslim?

    biar betul!
    tetapi memang betul pun jika media popular di jadikan sandaran. begini ceritanya.....
    di masa akhir pemerintahan Yuan ra'ayat bangsa cina amat menderita maka ramailah diantara mereka memberontak. shuang lin temple pun masuk sekaki menolong satu kumpulan ni. pada akhir cerita si sami buddha dengan sabar menunggu ketua pemberontak ni untuk di bawa ke forbidden city untuk di tabalkan sebagai maharaja. ketua pemberontak tu tengah buat apa...?

    sila tontoni filem Shou Lin Temple

    BalasPadam
  23. Boring laaa...blog ni dibuke untuk kaunter back anaianai jer ke? tak ada modal sendiri ke...biar lah dia dengan analisa sejarah dia, paling tidak pun kita dapat dua versi penulisan sejarah. Atau tuan memang ada agenda tersembunyi tak? Barangkali menjaga kepentingan mereka yang menjadi raja hari ini, hahaha...

    BalasPadam
  24. Chung Yuchun, Lan Yu dan Zhang He antara org Hui yg terkenal pada zaman Ming.

    Berkenaan kesultanan Dali, ianya musnah kerana sebahagian komander, warlord Hui berpaling tadah kepada Manchu.

    Menteri Pertahanan Pertama Republik China adalah org Hui.

    BalasPadam
  25. setahu saya ming itu ada lah ketua padri yang hebat

    BalasPadam
  26. Kita xblh ckap org tu slah sbab ni 1sejarah ja,sjarah untk kita mgkaji 1satu pristiwa yg brlaku zaman dlu,kita xleh prcaya 100% sjarah tu sbb satu sjarah tu msti ada byk versi,yg lbih tpat allah s.w.t ja yg lbih maha mgetahui,kita hnya blh mgkaji 1 sjarah tpi blum tntu tpat.

    BalasPadam