Kajian menunjukkan bahawa Angkor dibina berdasarkan panduan daripada carta-carta bintang. Gaya pembinaan ini juga sama dengan cara tamadun-tamadun utama dunia yang lain seperti Mesir purba, Maya, Aztek, China dan India.
Ramai sarjana masih memperdebatkan mengenai kesahihan fakta ini, namun demikian bukti-bukti yang berjaya di temui oleh para sejarawan tempatan mahupun dari luar cenderung untuk mengesahkan teori tersebut. Salah satu daripada catatan purba yang dapat memberi petunjuk mengenai teori ini terdapat dalam The Cronicle of Chieng Mai. Catatan dalam Cronicle ini mengesahkan bahawa Suryavarman berdarah Melayu. Siapakah sebenarnya Suryavarman ini. Mungkin ramai di antara pembaca di luar sana yang tidak mempunyai asas sejarah tidak mengentahui siapakah beliau. Mungkin anda merasakan nama ini seperti nama seorang Raja Hindu yang berasal dari india, namun beliau sebenarnya adalah orang Nusantara. Apakah sumbangan beliau sehinggkan saya menulis artikel khas untuk beliau? Bagi pengentahuan anda penulisan artikel ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada artikel saya yang sebelum ini yang mengaitkan masyarakat rumpun Melayu Nusantara ini dengan tamadun-tamadun silam di Indochina terutamanya tamadun Angkor atau Kemboja.
Seperti yang telah kita ketahui Bandar Angkor dianggap sebagai salah sebuah daripada Wonders of the Ancient World. Sebenarnya ketika saya pertama kali mengetahui pengikhtirafan yang dibuat oleh dunia terhadap Angkor Wat saya merasakan timbul perasaan iri dengan orang-orang Khmer. Pada waktu itu saya masih di bangku sekolah dan inferiority compleks terhadap bangsa sendiri masih tebal bagaikan kulit gajah. Saya merasa rendah dan malu dengan pencapaian bangsa Khmer dan Jawa( pada waktu itu saya tidak tahu bahawa Borobudur yang juga tersenarai sebagai Wonders of the Acient World adalah hasil pembinaan bangsa Melayu Srivijaya, malahan saya tidak pernah mengaggap suku Jawa sebagai salah satu daripada rumpun Melayu). Namun setelah merantau keluar daripada tempurung kejahilan dan menuntut ilmu lebih tinggi saya menyedari bahawa sayalah yang merendah-rendahkan martabat bangsa saya sendiri. Saya tidak sedar tetang kehebatan dan ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam. Malahan saya sekarang menumpang bangga dengan kehebatan Angkor Wat dengan bangsa Khmer.
Ramai yang tahu juga bahawa Angkor Wat adalah sebuah kuil Hindu yang tercantik di dunia dan paling mengagumkan. Tapi kebiasaannya yang kita dapat lihat daripada Tv dan gambar-gambar di majalah, buku-buku termasuk buku teks sekolah adalah sebahagian kecil sahaja daripada saiz sebenar bandar Angkor. Malahan kebiasaannya hanya Kuil atau Wat tersebut sahaja yang di paparkan. Tahukah anda bahawa bandar Angkor yang selama ini dikaji oleh ahli-ahli arkeologi dan sejarawan sebenarnya adalah sebuah Metropolis pertama di dunia. Ketika London hanya wujud sebagai sebuah bandar kecil dengan penduduk seramai 10 ribu orang, bandar Angkor pada kurun ke 10 telah mempunyai penduduk seramai sejuta orang ,kuilnya pula terdapat lebih daripada 60 buah yang berserakan diseluruh bandar tersebut. Bandar ini juga dilengkapi dengan sistem saliran dan perhubungan yang amat canggih. Sistem perhubungannya di lengkapi dengan terusan-terusan yang bersudut agak tepat yang melengkari hampir keseluruh bandar Angkor. Pendek kata masyarakat Angkor pada zaman tersebut menggunakan jalan air sebagai cara untuk berhubung dengan satu tempat ke satu tempat yang lain. Apa yang paling menakjubkan bagi saya ialah bukan Kuil itu sebenarnya,yang lebih menakjubkan ialah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Raja-raja Angkor dalam mengempalai rakyatnya untuk membina sebuah kompleks yang sangat grand. Selain daripada kuil tersebut apa yang lebih mengagumkan ialah pembinaan sebuah tadahan air atau reservoir yang sangat besar sekali! Anda akan kagum melihat betapa besarnya tadahan air tersebut jika anda melihat gambar satelitnya. Namun siapakah yang mencetuskan idea untuk membinanya. Siapakah pemimpin agung yang mampu memimpin rakyatnya untuk membina sebuah bandar yang begitu grand sekali? Pemerintah tersebut adalah Suryavarman yang memerintah Angkor atau Kemboja dari tahun 1002M-1050M.
Suryavarman sebenarnya adalah ANAK RAJA MELAYU daripada sebuah kerajaan Melayu iaitu Tambralinga yang terletak di Utara Semenanjung Tanah Melayu atau lebih tepat lagi dikatakan bahawa di Ligor atau sekarang dalam wilayah Nakhon Sri Thammarat. Dikatakan bahawa pada ketika itu Kerajaan Tambralingga baru sahaja berjaya membebaskan diri daripada penguasaan Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang. Srivijaya dikatakan telah agak lemah kerana serangan daripada Kerajaan Chola. Ia telah menjadi sebuah pusat penyebaran agama buddha Theravada di Asia Tenggara dan buktinya sehingga sekarang masih banyak kuil-kuil peninggalan kerajaan tersebut dapat dilihat.
Suryavarman dianggap sebagai seorang penakluk paling agong pada zamannya. Beliau muncul dalam sejarah Kemboja apabila berlakunya krisis takhta dalam Istana Angkor. Setelah Maharaja Jayavarman mangkat pada 1001M telah berlaku perang saudara yang berlarutan selama 9 tahun. Suryavarman yang terlibat dalam peperangan tersebut telah berjaya mengalahkan pesaingnya dan menaiki takhta sebagai Raja Kemboja pada 1010M.
Satu bukti yang jelas bahawa beliau bukan Khmer ialah agama beliau. Beliau menganut agama Buddha Theravada seperti mana kaum kerabatnya di Tambralinga sedangkan kerajaan Angkor pada ketika itu mengamalkan agama Hindu Devaraja. Setelah beliau menaiki takhta Kemboja beliau telah melakukan tindakan diplomasi yang amat menakjubkan. Beliau tidak memaksa rakyatnya memeluk agama Buddha sebaliknya mengekalkan agama Devaraja sebagai agama rasmi Kemboja. Tujuan beliau ialah untuk mengambil hati para pembesar dan rakyat yang bakal dipimpinnya dan mengelakkan berlaku sebarang pemberontakan. Ini menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja seorang Jeneral yang hebat dalam peperangan tetapi juga seorang ahli politik yang bijak. Salah sebuah daripada keluarga penentangnya sebelum beliau menaiki takhta iaitu keluarga Sivakaivalya, telah dijadikan menterinya dan bukan dihukum atau dihalau. Beliau tahu menggunakan orang yang mempunyai pengalaman dan ilmu bagi menjayakan pentadbiran negara walaupun orang itu pernah menjadi musuhnya.
Suryavarman sangat penting bagi perkembangan sejarah Kemboja adalah kerana sumbangan beliau dalam memperluaskan kekuasaan Kemboja dan memajukan teknologi pertaniannya. Sebagai seorang ahli strategi yang hebat, beliau tahu bahawa Kemboja pada zaman tersebut masih lemah akibat daripada perang saudara bertahun-tahun. Oleh itu beliau mengambil tindakan mengadakan perjajian damai dan persahabatan dengan kerajaan-kerajaan jiran seperti Champa dan China. Dengan cara ini ancaman daripada musuh tradisinya iaitu Champa berjaya dielakkan sementara Kemboja berusaha untuk menakluki musuh-musuhnya yang lebih lemah di bahagian barat. Dengan bantuan ayahnya Maharaja Tambralinga, beliau telah berjaya menakluki Negeri Mon di lembah Sungai Menam dan Tanah Dataran Korat yang sekarang terletak di bahagian tengah dan timur Siam sekarang. Sekali lagi toleransi Melayu terlihat dalam strategi politiknya. Walaupun masyarakat Mon menganut agama Buddha Hinayana namun layanan yang diberikan oleh Suryavarman kepada mereka adalah sama seperti mana layanan kepada rakyatnya yang lain. Setelah itu beliau telah menakluki kerajaan-kerajaan kecil yang lain terdapat di selatan sehingga ke sempadan kerajaan ayahnya di Segenting Kera.
Selain daripada kejayaan dalam penaklukan dan politik. Beliau juga telah membangunkan kegiatan pertanian kerajaannya. Beliau dengan bijaknya telah merancang satu projek yang tidak memerlukan belanja yang besar bagi meningkatkan kegiatan pertanian. Apa yang beliau lakukan ialah dengan mendirikan yayasan-yayasan agama dan memberikan tanah-tanah terbiar kepada golongan agamawan untuk dibina kuil dan tempat mempelajari ajaran Buddha. Bagi membiayai kuil dan sekolah-sekolah tersebut maka tanah tersebut terpaksa diusahakan dan para pelajar dan agamawan yang tinggal di situ telah mengusahakan tanah tersebut. Daripada itu, kampung-kampung telah wujud di kawasan tersebut dan sistem perairan telah dibina. Semua ini dilaksanakan oleh pentadbir-pentadbir kuil dan sekolah-sekolah keagamaan tersebut. Sistem perairan yang diselia pihak agamawan ini menjadi sangat kompleks dan berfungsi sebagai bekalan air kepada ladang-ladang dan sawah padi serta sebagai jalan pengangkutan. Selain itu sekurang-kurangnya ada 1000 buah kolam-kolam yang digunakan untuk membela ikan dan sebagai bekalan air bersih. Baginda juga dikatakan tidak memusnahkan candi-candi lama yang sudah sedia ada tetapi memperbaikinya. Kita dapat lihat ‘patternnya’ di sini. Satu tret bangsa Melayu yang paling terkenal ialah sifat toleransinya terhadap bangsa dan agama lain. Walau dimana sahaja mereka berada tret ini tidak pernah hilang beribu-ribu tahun lamanya sehinggalah sekarang. Hal ini amat berbeza dengan bangsa-bangsa lain seperti Siam, Burma, Vietnam dan lain-lain yang akan memusnahkan segala saki-baki tamadun yang mereka takluki dan memaksa rakyat tawanannya menyerap ke dalam kebudayaan dan tamadun mereka ataupun mencuri tamadun tersebut. Bangsa Burma terkenal dengan vandalisme seperti ini sama juga dengan orang Monggol yang memusnahkan Baghdad.
Seorang sejarawan Amerika Syarikat L.P Briggs memuji dan mengagumi ketokohan Suryavarman. Beliau menyatakan bahawa pada keseluruhannya, dalam kemahirannya sebagai seorang pahlawan,pengatur dan pemerintah,sikap toleransinya,tabiatnya mengumpulkan penasihat-penasihat yang berilmu dan luas pandangan, sikapnya yang menggalakkan kesenian dan senibina, dan langkahnya memajukan kepentingan awam, baginda merupakan salah seorang Maharaja kemboja yang teragung dalam sejarah! Saya berpendapat sekarang anda di luar sana akan lebih jelas tentang kewujudan darah-darah Melayu yang mengalir dalam urat saraf keluarga diraja Kemboja sejak berabad lamanya.
tahniah...maklumat yg amat membuka minda.
BalasPadamKalau tak silap Raja Thai juga Raja Rama III beribukan seorang Melayu, bernama Maryam atau nama siamnya Manda Riam....
BalasPadamsalam Al Semantani,
BalasPadamSelamat menjalanni ibadah puasa 2010!
saya tertarik dgn kenyataan bhw sdr pernah iri hati dgn tinggallan sejarah Khmer. sehinggalah sdr tahu bhw pemerintah hebatnya adalah berdarah melayu.
begitu juga dgn saya yg baru2 ini menonton dokumentari syahadah di tv1. bila melihat kesan2 tinggalan warisan Islam terutama di Indonesia, saya terasa kecil hati dan sedih sebab disepanjang hidup saya di tanah melayu, tidak pernah saya melawat maqam2, masjid2 bahkan mengenali tokoh2 Islam masa lampau. Indonesia di limpahi dgn ramai tokoh Islam yg hebat seperti Wali Songo. Maqam serta warisan sejarah spt masjid2 masih berdiri teguh dan boleh dilawati sepanjang masa. Sekurang2nya mereka ada rujukan utk mengingati tokoh2 agama yg boleh memberi semangat dan jati diri. Saya benar2 terasa kosong dan nama2 Tok Kenali tu pun dipelajari sbg "penentang" penjajah. Maksudnya penjajah lah yg betul..kantoi...
Tapi macam biasalah..sahabat rapat saya berkata dgn saya..."kita org melayu terutama di malaysia memang belum ada tinggalan2 sejarah gemilang sebab kita diamanahkan utk membangunkan Islam utk masa hadapan". Kita adalah org masa hadapan. Kitalah yg kena mencipta sejarah tersebut.
Aduhai..dlm betul maksud sahabat saya tu..tak tahulah sama ada dia hanya berseloroh utk mententeramkan hati saya je...
So Al Semantani...bangsa kita yg hampir kehilangan jati diri inilah yg disebut2 akan menjadi peneraju masa depan.
mampukah kita??!!?!
saya faham akan keluhan saudara, saya juga berperasaan seperti saudara. namun kata-kata rakan saudara bahawa kita kita adalah orang masa hadapan dan kitalah yang akan mencipta sejarah tersebut saya kurang setuju. kita sememangnya telah ada sejarah, apa yang ada di indonesia itu juga adalah sebahagian daripada sejarah kita, yang membezakan kita hanyalah batas geografi, sebb pada masa dahulu para alim ulama dari indonesia dan dari sini berulang alik diantara satu tempat dengan tempat yang lain. dalam kalangan wali songo juga ada orang melayu yang berasal dari pattani. malahan ulama-ulama aceh sebenarnya lebih melayu dari yang kita sangka.
BalasPadamtakkan melayu ada nama org hindu.kena ADA BUKTI yang tepatlah bro.
BalasPadamMacamana dgn malayu ada nama arab?
Padamterima kasih kerana memberi pendapat tentang sejarah ini.
BalasPadamDizaman dahulu tidak ada namanya batas2 negara seperti sekarang. Yang ada hanya satu nama besar yaitu nusantara yang wilayahnya adalah seluruh asia tenggara. Oleh sebab itu, kita kini membentuk organisasi sendiri yang kita namakan ASEAN, sebab berdasar pada kesamaan atas segalanya. Namun akibat invasi penjajah asing, kita jadi dikotak-kotakan dan disembunyikan ttg asal muasal kita. Mungkin ASEAN adalah nama negara baru bagi penduduk nusantara. Wallahualam.
BalasPadamNama Suryavarman Jayavarman Dharanidharavarman semuanya adalah nama tulin Raja-Raja Hindu dan 100% berasaskan ajaran Hinduism. Tolong rujuk kepada sejarah yg sebenar !!!
BalasPadamSaudara, saya bukan sejarahwan. Sebelum Islam orang malayu dan bangsa bangsa lain di Indonesia punyai sejarah bersedirian, cara hidup dan tradisi senderian. Harus ambil berat dan fahami itu adalah warisan kebudayaan, dan harus tahu beza antara bangsa dan Ugama. Baru baru Ada kurang senang bekenaan perkataan "Keling" sebenarnya Kata asal Kalingas yang datang menjajah kemudian mejadi saudagar saudagar di rantau ini jadilah hujutnya perkatan "Bali" berertinya dalam bahasa Telugu iaitu mereka tunggu untuk arah angin untuk Selamat kapal layar untuk merantau tujuan Perniagaan wealth kala itu. Pembaca... , Kalingapatnam masih Ada di utara Ahndra Pradesh, India. ((Rujukan pertempuran berlaku antara Raja Asoka, Mauriyan kingdom dengan Raja Kalinga) . Harus faham "Kalinga" adalah Kewibawasanaan dan kemegaan Telugu awalan kini amat diketepikan oleh sejarahwan yang tidak bertauliah atau mementingkan diri dan bangsa sendiri. Umpamanya The Great Kingdom of Sri Krishna Dewaraya, The Pallawa Kings ( Lembah Bujang- tulisan pallawa Buddisium ) b
BalasPadamkaitan dengan "Amaravati" Ahndra pradesh dan "Kakatya dynasty" . Raja raja semuanya berbangsa Telugu. Ingin merakamkan bangsa Telugu di Negara ini Ada kaitan dengan sejarah awalan di bumi ini dan rantau Ini. Menghimbas pasti memegakan bangsa sendiri dan juga adalah tanggung Jawab bangsa tersebut (Kita harus kaji lebih dalam bukan setakat untuk inspirasi seseorang, bagaikan jauh perjalanan luas pandangan dan tabiat membaca sejarah ialah akan meyakinkan dan menjayakan Sesebuah bangsa, masa yang sama tahu hormat bangsa majmuk seperti di Malaysia ).
Kita me cerita kan hal kerajaan kambojaraya bukan kerajaan di hindukhus
BalasPadamRaja cholan nama sebenar dia roslan orang Islam nusantara..
BalasPadam