Assalammualaikum kepada semua. Hari ni saya ingin membuat sesuatu kenyataan umum yang dapat menjelaskan lagi pendirian saya. Saya bukanlah pembenci kaum kerabat sang anai-anai penulis blog sejarahnegarakedah. Saya rasa bertanggungjawab untuk membuat kenyataan ini kerana saya menerima email-email yang bernada marah atau bengang dengan penulisan saya tentang sejarah reality versi anai-anai. Sekali lagi saya nyatakan disini SAYA BUKAN BERNIAT MAHU MENJATUHKAN BELIAU, malahan saya adalah bekas peminat tegar beliau..:) Sebelum ini saya ada nyatakan bahawa saya memang telah lama mengikuti blog beliau malahan saya adalah diantara yang terawal berinteraksi dengan beliau dalam blog tersebut dan membukanya hampir setiap hari! Sehinggakan sampai satu masa saya telah print hampir kesemua artikel yang ditulis oleh beliau terutama mengenai salasilah raja-raja Siam Islam. Saya telah mengumpulkan artikel-artikel tersebut di dalam satu fail besar yang saya gunakan untuk proses rujuk banding dan mengkaji. Saya juga hampir saban hari bersyarah dengan keluarga saya dan cuba meyakinkan mereka mengenai teori-teori sejarah reality versi anai-anai. Mengapa saya berbuat demikian? Salah satu daripada sebabnya ialah ada sedikit darah Siam yang mengalir dalam badan saya. Sebab kedua ialah saya SENTIASA RAGUI SEJARAH BUKU TEKS SEKOLAH! Apabila saya mendapat maklumat alternative daripada anai-anai mengenai sejarah negara, saya menjadi sangat terharu dan hampir menagis! Ya, saya hampir menagis kerana dalam benak hati ini sentiasa mencari kemegahan bangsa yang hilang entah kemana perginya. Malahan sejak hari itu inferiority complex saya makin lama makin terhakis! Saya semakin ghairah mengkaji asal usul bangsa misteri ini. Itu semua cerita beberapa tahun lepas.
Sekarang saya hendak cerita satu kisah mengenai keturunan saya .Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, saya boleh dikatakan agak bertuah kerana tahu sedikit asal usul nenek moyang saya. Ayah saya adalah berasal dari Johor dan mengalir di pembuluh darahnya darah keturunan Banjar dari kedua ibu bapanya. Ibu ayah saya iaitu nenek saya, mengalir darah Bugis dan Banjar dan datuk saya adalah Banjar totok. Dari sebelah ibu saya pula mengalir darah keturunan yang lebih kompleks. Tok (panggilan dialek utara terhadap nenek) saya atau ibu kepada emak saya berdarah campuran Aceh dan Bugis. Dikatakan bahawa moyang saya dari Aceh ini adalah seorang ulama yang mencari kehidupan baru dan meninggalkan segala harta kekayaan dan Meunasah yang dibinanya di Aceh kerana peperangan yang berkecamuk dengan Belanda. Manakala Tok Wan saya (panggilan untuk Atuk) mengalir dalam darahnya keturunan Siam dan Melayu Pattani. Yang siamnya adalah moyang sebelah perempuan. Menurut arwah Tok Wan saya, jika mahu mengetahui bagaimana rupa moyang Siam saya maka pandanglah wajah Mak saya, mukanya sebijik dan saling tak tumpah macam mukanya. Ya, saya juga perasan sesuatu yang sedikit berlainan mengenai rupa paras ibu saya. Sejak lahir lagi ibu saya mempunyai rambut merah, ya...merah. Bukan sahaja saya yang pelik, tetapi juga seluruh sanak saudara malahan Tok saya. Sedangkan dalam keturunan kami tidak ada yang berambut merah. Rasanya tidak jumpa lagi orang Melayu yang rambut merah sejak lahir kecuali darah kacukan atau pakai inai. Jadi terdapat misteri disitu. Seorang graduan antropologi kenalan ayah saya pernah bertanya samada ibu saya berketurunan Siam atau Timur tengah dengan hanya melihat muka ibu saya. Menurutnya bentuk tulang muka ibu saya mirip bangsa Timur Tengah.
Jadi persoalan disini, SIAPA SAYA? APAKAH BANGSA SAYA? Jawapannya ialah saya adalah MELAYU! Ya! Saya MELAYU. Mengapa saya sibuk-sibuk nak tulis jurai keturunan saya disini? Sebabnya saya nak memberikan contoh yang paling dekat dengan diri saya bahawa bangsa Melayu itu bukanlah sebuah bangsa yang Homogen seperti bangsa China, Tamil atau Jepun malahan Arab. Bangsa Melayu itu terbentuk hasil daripada percampuran bangsa-bangsa agung dunia. Sebab itu Ibnu Athir menamakan bangsa ini Bani Jawi. Oleh sebab itu juga ahli-ahli anthropologi sampai sekarang masih tidak dapat mengesah dan memastikan dari mana asalnya bangsa Melayu ini dengan tepat dan bangasa Melayu dianggap bangsa yang termuda diantara bangsa bangsa dunia. Sebab itulah ada istilah masuk Melayu dalam masyarakat kita. Sebab itulah bangsa-bangsa lain mudah berasimilasi dengan bangsa Melayu tanpa perlu kita paksa atau kenakan Akta atau peruntukan undang-undang terhadap mereka seperti yang berlaku di negara-negara jiran.
Persoalan seterusnya, adakah bangsa Siam Islam yang dicanangkan oleh anai-anai itu adalah bangsa Melayu. Rumusan yang dapat saya buat ialah YA!..Berkemungkinan besar bangsa itu adalah serumpun dengan bangsa Melayu di semenanjung sepertimana serumpunya bangsa Cham di Kemboja yang sangat dekat dengan Thailand itu. Mustahil orang Melayu Cham dahulu yang diketahui sebagai pembina tamadun terawal di Indochina tidak pernah menguasai kawasan Thailand sekarang. Mungkin juga Ayuthia memang pernah diperintah oleh bangsa Melayu Siam islam. Semua ini tidak mustahil kerana masih banyak misteri yang menyelubungi tinggalan kota Ayuthia. Catatan-catatan perancis dan pengembara-pengembara luar juga banyak yang memberikan clue, namun yang peliknya tidak ada satu catatan pun dari luar ini yang menyatakan tentang keislaman kerajaan Ayuthia walaupun terdapat banyak tinggalan masjid disana. Ada pihak mengatakan bahawa tinggalan MAsjid itu adalah milik orang islam yang tinggal disitu seperti orang Parsi, Arab dan Melayu yang dikatakan sangat banyak. Dari catatan perancis ada mengatakan bahawa orang Melayu dari Nusantara disediakan sebuah penempatan khas. Antara suku kaum Melayu Nusantara yang banyak terdapat di sana adalah Bugis dan Makassar. Dianggarkan terdapat lebih daripada dua puluh ribu orang Melayu tinggal di Ayuthia.
Berkemungkinan masjid-masjid tersebut adalah milik mereka. Berkemungkinan juga ia milik kerajaan Ayuthia sendiri semasa ia diperintah Melayu siam. Semuanya begitu mengelirukan! Apa yang menyebabkan saya merasa kurang senang untuk membaca artikel-artikal daripada blog anai-anai kemudiannya adalah kerana ketaksubannya terhadap keturunan siam sehingga terbawak-bawak ke peringkat global pula! Daripada benua Siam dan Nusantara terbabas hingga ke Australia dan Albania serta Moghul India. Sebab itu saya sangsi dengan kenyataan-kenyataan belia selepas itu. Ketaksuban beliau dengan bahasa siamnya juga menambahkan lagi kekeliruan saya dan menimbulkan sejuta persoalan sehinggakan beliau mengaitkan semua nama-nama tempat di Malaysia dalam bahasa Siam. Apabila saya tanyakan sebuah tempat yang beliau tidak sebut maka beliau tidak dapat menjawabnya. Mungkin kerana nama tempat tersebut tidak dapat dipadankan dengan suku kata siam.
Apa yang dilakukan anai-anai ini sebenarnya telah merosakkan reputasi blog tersebut. Fakta-fakta yang dikemukakan beliau sebelum ini banyak merujuk buku-buku ilmiah dan catatan-catatan sezaman semakin berkurang dan yang semakin banyak adalah omongan-omongan yang tidak disertakan bukti yang jelas. Saya tidak meragui Kitab Udang-Undang Negara Kedah, ini kerana saya telah membaca kitab tersebut dan memang ada banyak misteri mengenai maklumat-maklumat yang disampaikan dalam Kitab itu. Malahan kitab tersebutlah yang menyebabkan saya tertarik untuk membuat penyelidikan lanjut mengenai dakwaan anai-anai. Tetapi kadang-kadang terfikir juga saya...jika kitab itu telah begitu lama berada di London, kemungkinan untuk ia di duplicate atau di palsukan dan diubah isi kandungannya juga adalah besar. Tidak mustahil ia berlaku, jika menurut dakwaan anai-anai Kitab Sejarah Melayu telah diseleweng oleh British, mengapa tidak kitab undang-undang tersebut, dan mengapa mereka dengan mudah memberikan kepada kita semula? Satu persoalan yang harus difikirkan.
Apa-apapun saya dengan rasa rendah dirinya disini menyatakan pendirian saya bahawa tahap kepercayaan saya terhadap fakta-fakta yang dikemukankan oleh anai-anai dalam blog tersebut adalah 65%. Saya rasa ianya sudah agak tinggi. Diharapkan anai-anai selepas ini cuba menulis dengan mengurangkan emosi dan semangat taksubkan keturunan . Cuba jadikan penulisan anda tidak bias seboleh mungkin dan kemukakan fakta-fakta yang jitu dan bernas berserta rujukan-rujukannya supaya mudah untuk para pembaca diluar sana membuat rujuk banding dan kaji selidik. Anai-anai tidak akan rugi apa-apa jika berbuat demikian jika teori-teori sejarah reality yang dikemukakannya adalah benar. Namun jika ada fakta pelik yang ditokok tambah maka rosaklah kreadibiliti beliau. Bak kata Pepatah sebab nila setitik rosak susu sebelanga. JIKA SUATU HARI NANTI DAKWAAN ANAI-ANAI DAPAT DUBUKTIKAN SECARA LEBIH TERANG, LEBIH ILMIAH DAN DISERTAKAN DENGAN BUKTI-BUKTI YANG NYATA SEPERTI CATATAN SEZAMAN DARI LUAR YANG MENGESAHKAN BAHAWA AYUTHIA ADALAH KERAJAAN ISLAM, MAKA SAYA DENGAN RELA HATI AKAN MEMBANTUNYA UNTUK MENGHIDUPKAN KEMBALI REALITI SEJARAH BANGSA KITA. SAYA TUNGGU KAJIAN-KAJIAN SETERUSNYA DARI ANDA. DIHARAP ANDA TIDAK MENGECEWAKAN SAYA DAN RAMAI PEMINAT SEJARAH BANGSA . Mungkin anda boleh cari jalan untuk dapatkan lagi manuskrip-manuskrip purba di London atau di bilik kebal Raja Thai untuk mengukuhkan lagi teori anda. Saya rasa jika anda dapat berbuat demikian pasti kekeliruan dan kekusutan ini akan terungkai. Jika saudara benar, maka ingatlah Allah sentiasa berada dipihak orang yang benar.
Diharapkan anai-anai tidak menitikkan nila didalam susunya kerana nak bagi cantik, jika cantik sekalipun kalau tak boleh minum apa gunanya...hehe, anai-anai jangan marah na...nanti kena jual...). Sekian. Wassalam.
Ayah :>Yamen + Acheh + Bugis & Emak:>Yunan + Bugis + Pakistan = Melayu Kelantan kerana asal dari Kelantan (tetap di panggil Melayu jugakkan. Ha ha ha bangga ni.
BalasPadamcheh, pandai pulak marah si puak anai2 nih. abeh tu, selama ni depa kutuk bangsa Melayu, kata keturunan orang lain lanun la, apa la, takpe pulak?? gile punya kaum depa nih.
BalasPadamteruskan jek dedahkan kepalsuan blog tu tuan. tak perlu rasa takut atau serba salah. pada saya, kalau depa berani, jawab jelah balik if betul maklumat dirg tu sahajalah realiti mutlak. kenapa tetiba jek puak anai2 ni jadik penakut? dulu bukan main lagi berkokok sana sini?
salam saudaraku Melayu Nusantara,
BalasPadamsekarang ni, selain daripada blog mistisfiles, blog saudara juga adalah blog yang saya buka & baca tiap2 hari, especially if ada menyentuh ttg kepalsuan blog sejarahnagarakedah & yg seangkatan dengannya.
sebab apa? sebab blog saudara berbeza dengan blog sejarahnagarakedag yg menentang blog anai2 tu, tapi perkataan yang dia gunakan agak kasar & sama je seringkali menghina Islam & Melayu...
saya juga seperti saudara, adalah mengikut setia tegar blog sejarahnagarakedah satu ketika dulu. hinggalah apabila part dia menghina keluarga & keturunan saya. saya cuba membalas, beri komen, tapi komen saya hilang entah ke mana. tak pernah disiarkan. bila emel dihantar. yang dapat adalah maki hamun & dicop talibarut thai.
saya yakin dengan maklumat srikandi MF bahawa puak anai2 ni terdiri daripada keturunan raja, pembesar & tentera Kerajaan Siam Buddha Ayutthaya yang sejak dulu sering berperang dengan orang2 Melayu Islam. tapi mungkin sudah tersurat, anak cucu mereka pula pada hari ini menjadi Melayu Islam. Inilah yg menimbulkan krisis identiti diantara mereka. kalau dulu, nenek moyang mereka menyerang Melayu secara berperang, kini anak cucu mereka berperang dengan Melayu melalui alam maya pula..
mungkin juga balasan tuhan atas keceluparan & kesombongan mereka dulu, kini blog sejarahnagarakedah dah tak laku..
satu saje pesanan saya, teruskan membongkar kepalsuan anai2. dan saya akan terus follow blog saudara. seperti kata saudara, jika mereka benar, yang hak tetap akan timbul nanti... tak ada siapa yang perlu rasa takut atau bersalah...
hehehe... ttiba tringat jawapan anai2 masa marah tengah berdebat kat orang2 yg pertikai maklumat dia "aku sumpah hangpa semua jadik monyet baru tahu!."
BalasPadampastu, satu lagik ayat yg mencengkam jiwa. lebih kurang gini "aku tak pernah sembah Raja Melayu. tok moyang aku dulu semua raja. aku keturunan sebenar yang melantik raja2 daerah. buat apa aku sembah keturunan perdana menteri yang jadik raja?"
rupa2nya tok nenek moyang dia bukannya Raja Melayu, tapi Raja Ayutthaya agama Buddha. patut la sekarang ni keturunan dia meracau kata Raja2 Melayu ni kononnya raja daerah jek..
kesian kat diorg nih... kemaruk sangat nakkan takhta.. jawatan Yang Dipertuan Agong pulak tu...
salam semua,
BalasPadampertama sekali elakkan kan lah dari bersengketa. kesilapan orang dulu-dulu ialah mengutamakan kan kaum sendiri sendiri sahaja mengakibat kan perpecahan dalam kelompok bangsa. hal ini berterusan hasil dari persoalan dan pertelagahan nenek moyang kita. kaji diri dan keturunan ini ada dua jenis dan hendak lah digabung kan kedua dua nya sekali baru lah sempuna dan capai maksud sebenar mengapa kita kena balik ke asal kejadian manusia. pertama kaji kejadian diri dari perspektif agama dan kaji asal diri dari susur galur keturunan. matlamat nya satu hingga capai kebenaran yg hak.....dan yang bathil pasti akan lenyap.
aku respek blog ko pasal cara ko sanggah maklumat anai2 tu secara ilmiah. siap ada gambar & bukti. tapi kalau lepas ni ko stop artikel pasal penipuan anai2 semata2 dia marah2 kat ko guna emel, aku rasa akan hilanglah rasa respek aku kat blog ko nih...
BalasPadamrileklah... bukannya ko guna ayat2 kasar cam diorg tu. diorg tu pun ada blog gak. kenapa diorg tak gunakan blog dia sendiri untuk jawab semua tohmahan?
tulah sedara-sedara sekalian. Saya bukannya apa, saya tak katapun yang saya tolak 100% maklumat yang dia bagi dalam blog tuh. Saya nak berbincang cara ilmiah dan mengemukakan teori-teori lain. Tapi jawab depa "buat apa nak bincang2 lagi, bukan ini dah cukup ilmiah, bukti dah jelas dan nyata" kata beliau.
BalasPadamdia tidak dapat menerima kritikan dengan baik dan suka memainkan emosi. Jika pendapatnya benar sekalipun ia telah pincang disebabkan tindakan-tindakan beliau dan menyebabkan org memandang keji kepadanya. seperti yg saya katakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga! yang menyebabkan orang menyampah bukan lah sangat pada teori-teori dia tapi perangai dia! tak mencerminkan seorang ahli akademik.
saya sebenarnya mengakui beberapa teori yg beliau kemukakan dan telah membuat pembacaan susulan. walaupun belum ada rumusan muktamad tetapi boleh dikatakan ada teori beliau yg masuk akal. Tetapi bila dia dah syok sendiri dan mula merapu meraban pasal nama-nama siam dan kaitan maharaja-maharaja china, Arab dan Ahlul bait maka saya mula tak boleh terima. Banyak lisan daripada bukti bertulis tentang itu.
Dan bukti yg dikemukakan beliau tidak cukup mantap dan boleh disetarafkan dengan bukti yg dikemukakan oleh pelajar sekolah menengah. Hanya orang yg tidak ada pengetahuan sejarah yang mendalam akan percaya bulat-bulat. Saya cadangkan agar beliau buat dialog dengan majlis raja-raja jika benar dakwaan beliau dan sertakan bukti bertulis dari YM sultan kedah tetang perkaitan keluarga beliau dengan raja ayuthia sebab beliau bagitau TNLK adalah kawan baik dengan sultan kedah malah sultan kedah lebih hormatkan dia dan selalu datang rumah depa. Betoi ka? kalau betoi mai tunjuk gambaq mai, aku nak tengok sat gambaq hangpa sekeluarga dengan sultan kedah. sekian
Al semantani~
Ya, saya tidak akan berhenti menulis sehingga saya menemui kebenaran atau menghampiri kebenaran. Saya tidak terasa pun, cuma nak menjelaskan sahaja. Saya akan terus kritik mana yg saya rasa saya patut dan wajib kritik...:)
BalasPadamAl semantani~
assalamualaikum
BalasPadamtuan rumah hang trusla dgn usaha hang ni,baguih la pasai xramai yg tau sejarah ni takut kena kencing dgn org 2 yg taksub dgn bangsa ni...hang buat blog ni pun ada bukti setiap artikel hang ni....insyaallah Allah SWT permudah urusan hang ni....
betul ke blogger sejarahnagarakedah tu pensyarah kanan universiti? kalau la dia tu pensyarah aku, dah tentu aku hempuk kepala dia dengan laptop. agaknya time student2 dia tengah viva, semua student dia kena ikut hujah dia untuk lulus.. kalau tak, kena maki & then dikantoikan exam..
BalasPadamangguk je lah ye tak anai2?!!
Kalau ikut darah keturunan sebelah bapa, saudara ni darah keturunan Banjar.
BalasPadamyup...memang saya banjar tapi tak tulin. Lagipun kalau saya nak cerita tentang asal usul bangsa banjar pulak agak panjang disini. mungkin dalam artikel khas yg lain. Bangsa banjar juga sama macam bangsa Melayu iaitu bangsa yg tidak hamogen. istilah banjar merujuk kepada kerajaan dan bukan bangsa pada asalnya tetapi kemudian telah dijadikan sebagai simbol negara bangsa banjar. bangsa banjar ni ada darah jawa, melayu semenanjung dan sumatera, dayak dari kalimantan, dan ada juga darah suku lain seperti bugis. Suku banjar dianggap sebagai Melayu dan mereka juga lebih dekat dengan ciri2 melayu di semenanjung berbanding jawa.
BalasPadamAl Semantani.
dulu masa tahun 98, amat famous ayat Dulu UMNO Sekarang PAS.
BalasPadamsemua pengkomen di atas, termasuk pemilik blog adalah Dulu Siam, Sekarang Melayu.
hahahhahahha jangan marah ye
salam tuan,
BalasPadamsaya sebenarnya amat tertarik dengan hujah2 yang telah dikemukakan dalam membahaskan hujah2 anai-anai.
sebenarnya juga, perbahasan ini akan lebih menarik sekiranya berilmiah dan disertai fakta2 yg konkrit, yang membolehkan saya membuat penilaian dan pengkajian khusus.
Blog sejarah negara kedah pasai ma dan juga blog baru syburi serta tmp turut membuka mata saya tentang sejarah realiti cuma bila saya baca komen2, memang terdapat unsur2 merendah2kan org lain yang sememangnya tidak sihat untuk perbahasan.
Janganlah kerana dikeji, tuan akan mengurangkan penulisan tuan tentang perbahasan dan perkongsian ilmu sejarah bangsa kita ini.
Dan saya juga mengharapkan agar tuan turut berbahas dengan penuh fakta dan terhormat kerana itu akan membezakan tuan dengan yang lain2.
Saya berminat dengan mistikfile tetapi kadang2 bila saya membaca komen2 dari srikandi, terdapat unsur2 keegoan dalam diri beliau yang boleh mengurangkan hormat saya kepada beliau.
ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk kerana itu akan menyebabkan kita lebih dihormati.
teruskan usaha tuan kerana saya sudah mula meminati penulisan tuan.
wasalam.
tahniah tuan.. teruskan menulis kebenaran
BalasPadamSalam Saudara,
BalasPadamramai yang nampak rhupanya...
"Sebabnya saya nak memberikan contoh yang paling dekat dengan diri saya bahawa bangsa Melayu itu bukanlah sebuah bangsa yang Homogen seperti bangsa China, Tamil atau Jepun malahan Arab. Bangsa Melayu itu terbentuk hasil daripada percampuran bangsa-bangsa agung dunia."
Rahsianya ada di semenanjung itu sendiri.. ada di selat melaka itu sendiri. Cuba kira jarak garis lurus dari Cape Town sampai ke Selat Sunda? Berapa lama kapal layar boleh sampai kesana jika jaraknya hampir 9000 km tanpa bekalan air yang cukup dan risiko ribut etc yang tinggi?
Tapi Saudara, selat ini mungkin telah ada sebelum Adam AS lagi. Nak kata bangsa baru pun, tak la berapa baru sangat kot..
Saya sependapat dengan saudara 'kawie2020', kita baca juga blog Nai2 untuk lihat hujah beliau dan pasti ada ilmu didalamnya, begitu juga blog srikandi dan blog2 lain seperti blog anda. Cuma kita harus ingat semua mempunyai hak dan cara penulisan sendiri namun janganlah kita bergaduh sesama sendiri jika ada ketidak seragaman fakta mungkin kerana ada yang belum menemui rujukan seperti yang telah ditemui oleh pihak sebelah sini, jadi berkongsilah informasi.
BalasPadamJangan sesekali gunakan kata2 kesat dan ungkapan2 berbaur dengki,riak,ego dsnya kerana ini terang2 akan memperlihatkan peribadi anda, biarlah kita bersatu mencari kebenaran bangsa kita dan jangan kita bertelagah kerana yang rugi sememangnya bangsa kita MELAYU.
Saya cadangkan buat satu BLOG dimana Anai2, Srikandi, Saudara Al Semantani serta lain2 yang mengakiji untuk menjawab setiap Soalan berserta kajian dan hujah. Jadi BLOG ini menjadi pusat maklumat rahsia ALTER MELAYU dan kita semua boleh berkongsi ilmu...dan nampak bersatu...wallahualam
Fairus
www.jejakwaris.com
Melayu ni bangsa campuran? Bukan dari bangsa-bangsa asas? atau semitik seperti bani Israel dan Arab? Bahasanya pun sama?
BalasPadamsalam, pd sy setakat ni teori yg plg kukuh ttg asal usul org melayu adalah sperti yg diterangkan oleh srikandi..so kita bukanlah bangsa yg baru..lama dah
BalasPadamTerima kasih banyak atas usaha dan penulisan anda :)
BalasPadammula kita dipangil siam,pastu islam datang baru dipangil melayu..
BalasPadamkebanyakan nama yang berunsurkan siam ialah WAN,jadi bila islam datang dan semua bermelayu...jadi siapakah wan malini dan wan empuk,ehh...kat sumatera pun ada jgak keturunan wan yang majoritinya memang ramai kat selatan thai n sebahagian semenanjung,cuba fikir memang dari situ ke atau dari............BENUA SIAM.....
BalasPadamundang2 kedah setuju ~kitab itu telah begitu lama berada di London, kemungkinan untuk ia di duplicate atau di palsukan dan diubah isi kandungannya juga adalah besar. Tidak mustahil ia berlaku, jika menurut dakwaan anai-anai Kitab Sejarah Melayu telah diseleweng oleh British, mengapa tidak kitab undang-undang tersebut, dan mengapa mereka dengan mudah memberikan kepada kita semula? Satu persoalan yang harus difikirkan.
BalasPadambeginilah..sy Ir Shukor yg sedang beralih minat dan mengkaji Raja-Raja di Nusantara ini..mohon maaf seandainya pandangan sy ini melukakan hati sesetengah pihak..begitu susah dan bercelarunya sy dalam perjalanan untuk mengupas segala yang berkaitan dengan sejarah Raja-Raja di Nusantara ini..apa yang sy dapati..sejak dari awal lagi penulis-penulis ataupun pengarang-pengarang maupun Tun Seri Lanang sendiri yang menyalin teks Sejarah Melayu telah sesuka hati meminda dan menokok tambah kandungannya..contoh nya..kisah Sang Nila Utama, Sang Nila Pahlawan, Sang Maniaka/Krishna Pendita bearasal dari kerajaan dalam laut anak Raja Iskandar Zulkarnain yg kawin dgn anak Raja Aftabul Ard..muncul di Bukit Seguntang dan padi bertukar jadi Emas, bersama Lembing Lembuara dan Pedang Curik Simanja Kini bersama seekor Lembu. Dan dari muntah lembu keluarlah orang yang membaca mentera yang keturunannya kini adalah ahli pemain Nobat yang digelar 'orang Kalur'..aduh..pening..sedangkan junjungan kita Rasulullah saw pun simple saja keujudannya..asal daripada manusia-manusia yang sahih tiada langsung unsur percampuran antara Jin ka Bunian ka atau tah apa lagi..kesimpulannya disini..maksud saya..marilah kita sama-sama membuat penyelikan demi untuk masa hadapan anak-anak kita sendiri..supaya mereka benar-benar mengenal erti jati diri mereka sebagai Bangsa Melayu..supaya mereka tidak membuang nama Melayu pada mereka..itulah yang patut kita lakukan sekarang..cari cerita benar tanggungjawab kita..usah peduli dan terlalu taksub berketurunan itu begini dan sebagainya kerana yang pasti istimewanya kita berasal dari Nabi Adam as..tiada yang diantara kita berasal dari Malaikat ataupun Jin..wassalam
BalasPadamTUAH SAKTI HAMBA NEGERI
BalasPadamESA HILANG DUA TERBILANG
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
TAK KAN MELAYU HILANG DIBUMI
kejap melayu belah2 bangsa bani israel & arab, kejap melayu bapak kpd bangsa2 len, kejap melayu terhasil campuran bangsa2 len.. ape ke hel ape kehel??
BalasPadam~Observer
Ayah = Melayu + Bugis + Jawa + Pakistan
BalasPadamIbu = Melayu + Siam + Arab
Anak Aku = Semua diatas + Mongol
mana ada melayu siam,melayu adalah melayu siam adalah siam,dari dulu lg melayu dengan siam dah berperang,cuma kalu nk mengatakan siam tu islam tu mgkin, tp mengatakan melayu siam amat2 xtepat hanya kerana mempunyai warna kulit seakan sama dgn melayu.malah siam ni lebih dekat dengan bangsa yg membentuk mymar dan laos,malah bahasa siam tu sdiri berasal dr bahasa laos.tu sbb d kelate siam berkulit gelap di panggil siam la,manakala org thai dipanggil siam pulut@siam atas, menyamakan melayu dgn siam ibarat menyamakan orang mongol dgn cina. Struktur muka pn kita boleh bezakan.
BalasPadammelayu siam tu macam siam belah selatan bkn area utara thai...kalau nk dikatakan warna kulit memang tak dinafikan siam selatan kulit seakan orang melayu sbb diorang ni memang asal melayu kalau siam budha ataupun dipanggil siam utara memang warna kulit kuning langsat seakan china dan bermata agak sepek tapi tak sepet seperti china,siam utara mungkin kebanyakannya nenek moyang depa orang china berdagang....
Padamsiam: ma nai? (dari mana?)
BalasPadammelayu: ma lay (dari laut)
siam: ma la yu (marilah duduk)
fikirkan
Bagaimana pula Orang Asli di Malaya? Cuba bandingkan bahasa mereka dengan Siam. Kalau ada persamaan dengan Siam. bagaimana pula dengan bahasa Melayu?
PadamApa yang merepek ni? Tau cakap Siam ke? Kalau tau sikit² tu hahah.. hang mmg ke laut dah tu.. ma nai betoi dah.. mai duduk tu ... ma nang lae baru betoi. Ni bahasa apa melalut jaa..
PadamSonscreate
BalasPadamEven ayuthia pnah diperintah oleh islam...ia bkn indon .
BalasPadamSepatutnya anai anai kena keluarkan kenyataan bahawa
BalasPadamWakil wakil Orang orang melayu dari semenanjung Sumatera dan borneo lah Yang memerintah ayuthaya.
Aku masih boleh terima jika ayuthaya dulu adalah beragama islam...
Kerna aku yakin penggunaan nama nama yang berlainan di tempat tempat tertentu oleh org org melayu di zaman dahulu....
Sepatutnya kita kena bersikap terbukak membantu anai anai dalam memberi bukti serta jawapan utk
Menolak kenyataan beliau..
Tapi yg penting aku sgt yakin
Bahawa ayuthaya itu dulu adalah beragama islam
Aku pn masih mencari keturunan aku..setelah jumpa tok menakan aku yg kini umur 98 tahun di cerita.. Moyang aku asal dr pulau lontaq yg lanie depa panggey koh lanta sebelum tahun 1900 moyang aku hijrah ke tembelang @ tammalang di setui@ satun.. Kalau org2 lama depa panggey setui sampai sekarang..moyang aku jugak org islam.. Nama melayu islam.. persoalan aku skrg ni kenapa dulu di negara siam dulu ada ramai melayu islam? Di tulis dan dilukis peta jugak negara siam penjajah ia negara siam, teluk siam..?wilayah2nya jugak guna perkataan melayu..?
BalasPadam