Sabtu, 10 Julai 2010

PENYELEWENGAN YANG 'DAH TERANG LAGI BERSULUH'


Assalammualaikum,Hari ini hari yang free bagi saya, cuti 3 hari, jadi dalam masa ini akan saya manfaatkan untuk menulis artikel sebanyak mungkin. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya jadi begitu bersemangat untuk menulis artikel apabila membaca artikel yang ditulis oleh ‘sang penggigit kayu’ dalam blog beliau...:) Saya juga tertarik untuk membaca artikel-artikel lama beliau yang sebelum ini membuatkan saya tercengang dan percaya membabi buta. Namun hari ini saya hendak mengemukakan sebuah artikel yang menyebabkan saya merasa ragu dan sangsi terhadap kreadibiliti beliau dalam menyampaikan fakta-fakta sejarah dalam blog tersebut. Malahan artikel ini adalah salah satu daripada artikel yang membuka pekung dan yang berjaya menyedarkan saya tentang pembohongannya. Disini saya lampirkan artikel tersebut yang diambil dari blog beliau:




Daily Register kept by Theodorus Jacobus van den Heuvel, koopman in the service of the Honourable Company and opperhoofd over its interests in the empire of Siam, on the journey to Prabat, whither he by special order was to follow the King.






Wednesday 6th March 1737-wednesday






Then came the regalia in a gilded vessel as described above, which was followed by two empty ones, as well as the Crown's seal, and finally the King, before whom as well as before the said ornaments and seal we bent down and raised our hands three times above our heads according to the custom of the country. And the parade ended with the remaining forty vessels, all of which, as well as those which had been rowed in the van, were in the charge of mandarins,and two empty gilded ones and as many as five hundred ordinary oared barges.






Since the King (Sultan Muhiyuddin Mansor Shah @ Boromokot) passed us very close by and had the kindness to turn his face entirely towards us, we had the opportunity to see His Highness quite well and to observe that he was already fairly old, hollow-checked and thin-faced and carried himself well. On his head he wore a crown of massive gold, its shape was reminiscent of that of the Roman popes, three layers wrought with flowers, and he was dressed in a garment of red velvet with gold embroidery, with narrow sleeves, and buttoned up to his chin to hide his goitre. Furthermore, he held in his hand a short broadsword, well set with gold and precious stones (keris le, ape lagi !!) , on which he leaned, but we were unable to see the clothing of the lower part of his body because he was seated.






We went this morning with four mandarins, who were expressly sent to guide us, to just beyond the Prabat pagoda, where a location was assigned to us by express royal command, to welcome the King who was about to arrive, which place had formerly been destined for the Cambodian king to pay such compliments, and further orders were given that the same honours should be paid to us as to that potentate. Having waited there for about an hour, His Highness passed us at a distance of more than two roods, seated in a small gilded house on a large and big-tusked elephant, and dressed in a white garment and white mandarin's cap (berjubah putih dan memakai songkok lebai. Hari ini pun jika kita lihat dibahagian dalam songkok lebai, akan tertulis disitu "Made in China", ini lah mandarins cap).






In front went as many as a thousand men in two columns at the side of the road, two by two, of various nationalities, such as highlanders, Cochin-Chinese, Cambodians, and Malays, each among his kind, armed with musket, bow and arrow, broadswords, and assagais. They were followed by nine large elephants, each carrying three men, and then came the King. Behind His Highness four Persian horses were led by hand, caparisoned with golden saddles and bridles, then followed the King's children and a great mass of mandarins, all also seated on elephants and horses, who concluded the cavalcade.






The reference to the crown is unclear. Nothing is known about a royal head gear of this type. Abraham Bogaert, in his Abraham Bogaerts historische reizen door d'Oostersche deelen van Asia (Amsterdam 1711) 238, visited Siam in 1690 and saw the king carrying a 'gold, towering crown' beset with precious stones; while Gervaise, Natural and Political History, 215, writes in 1688 about the king wearing a 'pointed cap ... adorned with two diamond crowns'.






(Nota : inilah mahkota yang dicari oleh thai selepas menawan Ayuthia dalam tahun 1767 . Dalam tahun 1821, mereka menyerang Kedah dan membunuh Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Kaha Ekataat, Boromoraja V, Maharaja Islam Siam Ayuthia terakhir di Istana Kota Meang Kuang,Bandar Darul Aman.Mereka tidak menjumpai mahkota di situ. Sebaliknya mereka merampas buku-buku, rekod salsilah, hikayat Merong Mahawangsa, perabot dan dibawa balik dengan gajah ke Bangkok. Semasa penjajahan keatas Kedah oleh thai, 1876-1881, mereka telah membakar lagi 15 istana lama Maharaja Besar Siam di Kedah dalam usaha mencari mahkota tersebut. Pada lilitan kepala ditulis kalimah, “La illahaillallah, Muhamadan Rasullullah”, sekaligus membuktikan bahawa Ayuthia itu beragama Islam.( sumber mana yang nai-nai ni ambil? Kalau betul kenapa tak pamerkan kepada umum untuk dibuat kajian yang lebih ilmiah) Ini lah yang akan membocorkan rahsia mereka. Mahkota Maharaja Ayuthia disimpan oleh keturunan pengawal peribadi Maharaja Siam Islam sewaktu berundur dari Ayutthia dahulu dan sekarang berada di Kedah.






This procession having passed, and we having been ordered to follow, we did so immediately, but at the moment we cast off a young deer sprang in front of us into the water from the other side of the river, being chased by dogs (sini pun banyak anjing), and we could have easily captured it, but we allowed this pleasure to the above-mentioned son of the Tjauw Fanarin, who had remained with us and subsequently also sailed on with us.






In the afternoon having proceeded to a village named Banarrejek we stayed there and the King, who that afternoon had rested and eaten in the pagoda Prana Coenlouang, passed us even more closely than in the morning, but the order of the vessels which rowed ahead and followed was now quite irregular and confused. There also passed by us amidst the bustle of many oared barges the two queens in ordinary barges, which were however draped with blue chintz curtains, whom we greeted in like manner to the king and paid honour according to the custom of the country. Thereafter we rowed on further and landed that night in Terrouwa, where we found our tent pitched at the riverside by the mandoor who had sailed ahead in a galley prow, in which tent after disembarking we took our night's rest.




Nah...saya telah boldkan ayat-ayat dan perkataan-perkataan tertentu dalam artikel ini bagi menunjukkan terdapatnya keraguan dalam fakta-fakta yang di kemukakan beliau. Ayat pertama: Since the King (Sultan Muhiyuddin Mansor Shah @ Boromokot) passed us very close by...dalam artikel sebenar yang diambil beliau dari sebuah buku, tidak menyatakan lansung bahawa The King adalah Sultan Muhiyuddin Mansor @ Boromokot. Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat meklumat mengenai nama tersebut dan beliau juga tidak menyatakan mana-mana sumber bertulis yang dapat mengesahkan perkara itu.



Ayat kedua yang menampakkan ketidakmatangan beliau dalam analisis sejarah dan sikap tangkap muat adalah: On his head he wore a crown of massive gold, its shape was reminiscent of that of the Roman popes, three layers wrought with flowers, and he was dressed in a garment of red velvet with gold embroidery, with narrow sleeves, and buttoned up to his chin to hide his goitre. Furthermore, he held in his hand a short broadsword, well set with gold and precious stones (keris le, ape lagi !!).



Ayat tersebut menerangkan bahawa raja Thai memakai sebuah mahkota yang dibuat dari emas yang sangat besar, bentuknya seakan-akan topi Pop, Raja Thai ini juga dikatakan memakai pakaian baldu yang dihiasi dengan barang-barang kemas. Now...saya pelik dengan sikap beliau. Jika anda baca artikel-artikel baru yang ditulis beliau , kebanyakannya banyak memasukkan unsur-unsur keislaman dan kaitan dengan Ahlul Bait, namun yang menjadi persoalan, beliau lansung tidak mempersoalkan catatan barat ini yang menyatakan bahawa Raja Thai tersebut atau Sultan Siam nainai memakai mahkota dan barangan perhiasan emas. Padahal menurut nai-nai, sultan-sultan siam ini adalah sangat mulia alim dan warak serta dari golongan Ahlul Bait dan sangat adil dalam menjalankan pemerintahan. Habis tu mengapa seorang pemimpin Islam yang warak memakai sebuah mahkota emas yang maha besar dan memakai barang-barang perhiasan dari emas. Sedangkan dalam Islam sudah jelas bahawa lelaki HARAM memakai emas apatah lagi jika beliau seorang khalifah Islam! Pelik bukan..:) beliau langsung tidak mempersoalkan perkara ini!

Mahkota emas tulin Raja Siam.

Itu satu hal, lagi satu ialah dalam catatan pengembara tersebut dikatakan bahawa: he held in his hand a short broadsword, well set with gold and precious stones (keris le, ape lagi !!). Si Raja tersebut dikatakan oleh anai-anai sebagai sedang memegang Keris?? Kenyataan pengembara tersebut yang menyebut Broadsword telah disalah tafsirkan oleh anai-anai sebagai Keris. Ini adalah kesalahan yang amat nyata. Beliau memandai-mandai membuat tafsiran sendiri. Mustahil pengembara tersebut tidak dapat membezakan diantara pedang yang broad atau lebar dan besar dengan Keris yang kecil dan tirus. Nampaknya beliau telah tersasau atau memang tak faham bahasa Inggeris agaknya...;)

Salah satu daripada pedang regalia diraja Thai. Mungkin pedang ini yang dilihat pengembara tersebut.


Dah terang lagi bersuluh, orang tu cakap broadsword bila masa pula jadi Keris? Jika benar sang Raja memegang Keris maka perkataan yang paling sesuai dan sebenarnya memang banyak digunakan oleh para pengembara Eropah dari segenap dunia yang pertama kali melihat Keris adalah sebagai DAGGER atau pisau belati. Hal ini kerana cara pemakaian Keris di pinggang itu menyamai dengan cara mereka memakai dagger, malahan saiz keris juga dalam skala yang hampir serupa pada mata kasar mereka dengan dagger. Jadi persoalan mengenai Broadsword adalah keris seharusnya tidak timbul di sini..:)



Kesalahan seterusnya ialah kesalahan yang menampakkan beliau seolah-olah mempunyai pemahaman sejarah tahap budak sekolah (sorry anai-anai...jangan cepat terasa dengan kritikan ye): dressed in a white garment and white mandarin's cap (berjubah putih dan memakai songkok lebai. Hari ini pun jika kita lihat dibahagian dalam songkok lebai, akan tertulis disitu "Made in China", ini lah mandarins cap). Kenyataan yang dibuat beliau ini menyebabkan saya  mahu tergelak. Oleh kerana sang pengembara Eropah tersebut menyatakan bahawa si Raja ini memakai pakaian putih dan mandarin caps berwarna putih maka tafsiran beliau ialah si Raja memakai jubah putih dan Kupiah putih yang dipakai pak-pak lebai dan mungkin anda ketika pergi ke masjid....:)Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh mempunyai pemahaman sebegitu. Nampaknya beliau kena lebih banyak membaca buku-buku sejarah. Apa yang menyebabkan kenyataan beliau salah ialah mengatakan Raja itu memakai jubah. Padahal perkataan inggeris tersebut menyebutnya sebagai GARMENT yang secara umumnya bermaksud pakaian sahaja dan bukannya jubah! Lagi kesalahan yang nyata dibuat beliau ialah mengatakan bahawa mandarin’s cap adalah KOPIAH. Padahal pengembara tersebut tidak menyebut atau memperincikan bagaimana bentuk mandarin cap tersebut.


Mengapa si pengembara tersebut menyebut mandarin’s cap?? Kerana dalam perenggan-perenggan sebelumnya jika anda baca dengan teliti, beliau menamakan atau menyebut para pembesar istana sebagai MANDARIN dan bukan minister atau nobles. Jadi adakah pembesar-pembesar Thai yang disebut pengembara tersebut adalah made in China...:) Sebenarnya perkataan Mandarin itu sendiri memberi maksud pegawai atau pembesar. Anda boleh membaca catatan barat mengenai sistem pentadbiran China yang juga menggunakan perkataan mandarin bagi menyebut para pegawai Maharaja China.Lagi satu perkara yang membuat saya nak tergelak ialah apabila beliau cuba mengukuhkan kenyataan beliau dengan menyatakan bahawa kopiah-kopiah pak lebai itu mesti ada cap made in china, jadi menurut beliau samalah dengan mandarin cap yang disebut dalam catatan eropah tersebut. Saya rasa pakcik-pakcik kat kampong pun dah boleh kesan penipuan yang cuba dibuat beliau.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh anai-anai sebagai Mandarin cap yang menurut pemahaman beliau adalah Kopiah Lebai?


Apa kaitannya kopiah made in china zaman sekarang ni dengan mandarin cap dalam catatan pengembara Eropah yang beratus tahun dahulu? Haa! Saya tau, beliau cuba untuk menyamakan Kopiah dengan topi yang digunakan oleh orang-orang China pada zaman dinasti Qing yang berbentuk bulat tu! Huh...dengan itu beliau dapat mengukuhkan lagi teori beliau yang mengatakan bahawa Kerajaan China Dinasti Qing adalah kerajaan Islam dan semua rakyatnya adalah Islam. Ish..ish..ish...hebat betul beliau bermain dengan teori. Sudahlah, saya rasa telah terlalu panjang saya membebel pasal artikel ini. Saya dah mengemukakan hujah-hujah dan hasil analisis saya. Jadi sekarang terpulang kepada anda untuk membuat rumusan samada teori beliau benar atau palsu. Wallahhua’lam

16 ulasan:

  1. salam.

    semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan penulisan saudara. tulislah semampu saudara.
    kita orang - saya dan kawan2 yg lain akan sentiasa memberi sokongan moral dan tetap setia membaca perkongsian ilmu dari saudara.
    saya pun dulu bersemangat cerita sejarah realiti versi 'saudara' kita tu sampai kan kat pakcik teksi dan nenek saudara kat kpg pun saya 'berceramah' ttg sejarah benua siam islam.
    ttp hanya baru2 ni saya 'reveal' kat sahabat baik saya sebab for sure dia sememangnya telah mentertawakan saya yg taksub dgn sejarah realiti benua siam islam tu...huhu
    now saya realise..ilmu sejarah ni sgt berharga, saudara sgt bertuah terdedah dgn ilmu2 sebegini.
    teruskan menulis..........

    BalasPadam
  2. Salam wangsa, terima kasih atas sokongan anda. Insyaallah saya akan berusaha sedaya upaya untuk menulis ilmu2 yg telah saya pelajari selama ini. Saya dulu juga seperti saudara, dekat mak, abah kawan2, habis semua saya ceramah pasal benua siam. MASA TUH TAKSUB SANGAT SEBAB DEPA KATA WASIAT KETURUNAN NABI. Rupa-rupanya betul kata ulama-ulama terdahulu bahawa jangan ber taklid pada satu sumber aje. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri china dan sehingga ke liang lahad kata nabi. Jadi bak kata mahaguru2 saya, seorang sejarawan wajib mempersoalkan setiap fakta sejarah yg di terimanya sehinggalah ia tidak dapat dipersoalkan lagi. Dengan cara itu maka kita akan menghampiri kebenaran. Tapi ingat! kita hanya menghampiri kebenaran dan bukan lagi mencapai kebenaran mutlak kerana dalam ilmu sejarah tidak ada sejarah atau fakta yang 100% mutlak. Seperti yang saya kata sebelum ini hanya ilmu wahyu sahaja yang mutlak, ilmu manusia amat terbatas.Wallahhua'lam.

    BalasPadam
  3. tuan mempertikaikan dengan cara yang matang dan berilmiah. syabas.

    sedikit ingin saya tambah.

    memetik:-
    Dalam tahun 1821, mereka menyerang Kedah dan membunuh Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Kaha Ekataat, Boromoraja V, Maharaja Islam Siam Ayuthia terakhir di Istana Kota Meang Kuang,Bandar Darul Aman.

    komen saya.
    seperti komen tuan, rakan saya orang kedah kata kedah dan siam berbeza. kami melayu kedah, tapi aku bukan acheh katanya. siam ni yang agama buddha.

    sudah pasti rakan saya jelas dengan keturunan beliau dan tahu membezakan antara siam dan melayu.

    di grik perak pula, ramai dari keturunan siam. saya fikir mungkin keturunan siam nai nai sam sam. saya bertanya dua rakan dari keturunan siam, dan mereka mengatakan bahawa mereka adalah keturunan melayu patani. bila saya berkata mereka keturunan siam, jawapan mereka tetap sama. siam adalah beragama buddha. jangan silap membezakan antara siam dan melayu patani dari siam.

    sehingga hari ini, saya belum berjumpa dengan pihak yang mengaku sebagai keturunan siam yang dicipta oleh SNK.

    kecuali 2 orang, TMP dan Realiti.

    BalasPadam
  4. ya saudara changkatlobak, itulah hakikatnya. Memang saya pun ada tanya kawan saya yang berketurunan siam dan beragama Islam. saya sebut pasal benua siam, nai-nai dan merong tapi mereka kata mereka tak tahu menahupun.

    Tok wan saya sebelah ibu juga asal Kedah dan bila disebut pasal Siam dia pasti menjuih bibir dan marah kerana mereka kejam! katanya. Malahan moyang perempuan sebelah ibu saya juga adalah bangsa siam yg masuk islam setelah berkahwin dengan moyang lelaki saya melayu pattani. Jadi sedangkan saya yg ada sedikit darah siam inipun tak tahu menahu dan tak pernah dengar inikan pula orang-orang suku melayu nusantara lain. yag pasti mereka sebenarnya bukan nak memartabatkan bangsa yang hilang tapi mendapatkan takhta yang kononnya dirampas. kalau betul pun apa yg mereka kata ( kalau la) yg dapat manfaat bukan kita org2 melayu seluruh Malaysia ni, tapi konco2 merekalah yg dapt pangkat, kebesaran, royalti tanah dan sebaginya. Betul tak?...bak kata nabil "lu pikir la sendiri"

    BalasPadam
  5. takhta yang dirampas?

    di perak pernah ada yang mengaku sultan perak yang sebenar adalah seorang tua yang uzur, bukan sultan azlan.

    orang perak juga pernah mengaku sebagai sultan melaka sekarang.

    kini orang siam mualap hendak menuntut tahkta agung malaysia.

    layan sahajalah tuan.

    tuntutan yang ketiga adalah paling melucukan

    BalasPadam
  6. assalamualaikum
    teruskan usaha klau duk biag cam tue nanti habih satu nusantara kena daulat siam hahaha...
    depa ni bukan apa nak kuasa....

    BalasPadam
  7. Tu tak tengok lagi kemerapuan kedah cyber syburi kota star gate.. terserlah sungguh kemerapuannya.. Macam puak syiah la pulak.. duk asyik hentam saudi. Yg bermasalah pemimpim2 mereka tapi dia tibai semua yang duduk kat negara tu.. isk.. isk.. sebijik sungguh macam perangai British jahanam

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,

    Depa semua ni (anai-anai & gang) byk menterjemah ikut sedap mulut depa saja. janji misi depa untuk orang percaya cerita bohong depa tu berjaya. tapi depa lupa, setiap penipuan pasti akan terbongkar.

    Spesis kuat gebang ni memang payah kita nak perbetui. Anai-anai & gang dah byk terpengaruh dgn cerita tok depa TNL Kasim yg dari dulu lg dok berangan nak jd raja sbb bersekolah sekali dgn kerabat-kerabat sultan Kedah. La ni nk jadi Ahlul Bait pulak. konon anai-anai kata cerita depa dari wasiat. wasiat apanya, dok cakap mulut ja. bwk pi mahkamah pon xleh apa. kena bertulis. Tu yg buku Undang-undang Kedah yg harga RM25.90 kt Pustaka Union, Alor Setar pon depa buat modal wasiat. tp ambik sekerat-sekerat.

    Paling karut bila semua benda nk disamakan dgn Siam depa (sebab siam lain x dak yg mcm depa). dari Hang Tuah sampai la ke Australia depa nk gebang.

    Tahniah kepada admin yg merungkai kekhilafan didalam teori mereka. mudah-mudahan ini dapat menutup mulut mereka sekaligus menghentikan pembohongan mereka yg makin karut.

    ***Anak Kota Seputeh.

    BalasPadam
  9. penerangan yg jelas.....terima kaseh atas keprihatinan saudara,,,,,,

    BalasPadam
  10. Salam tuan. Berbanyak-banyaklah tuan beramal, berzikir dan salawat. Suatu hari tuan akan sampai. Semoga tuan tuan dirahmati Allah.

    BalasPadam
  11. Sudah-sudah lah tu..perkara yang lepas jangan dikenang..tingkatkan kerja tingkatkan ibadah..insyaAllah di syurga nanti kita semua akan jadi Raja..

    BalasPadam
  12. Saya anak Kedah yang lahir dan dibesarkan dalm persekitaran kampung Siam.
    Pada saya.
    Siam itu Islam ( Pattani )
    Thai itu Buddha ( Sukhothai )
    Siam yang ada di Kedah itu adalah puak keturunanThai yang datang pada 1821 bersama rombongan perang.
    Sebab itu Tunku lululuskan hak bumiputera kepada mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siam itu bangsa, macam melayu. Agama anutan mereka buddha aliran theravada. Kerajaan siam yg diketahui dlm buku trks sejarah itulah ayutthaya, thai ialah sukhothai. Dua2 buddha. Pattani menganut agama islam. Konfem2 tak ngaku siam.

      Namun ini hanyalah pemahaman saya setelah bermain game europa universalis iv. Sebarang salah harap dibetulkan.

      Padam
  13. Siam tu Siam lah.Melayu tu Melayu lah.Hang nak mengaku siam lantaklah sebab mungkin Hang Siam.Kami keturunan Pattani takdak pasai nak mengaku Siam.Sampai Qiamat pun kami benci kat Siam.

    BalasPadam
  14. Kepada Tuan Al Semantani yang saya hormati boleh kah tuan memberikannya input tentang kerajaan Perlak yang berketurunan Rasulullah SAW dari jurai Saidina Hassan

    BalasPadam