Isnin, 3 Jun 2013

MISTERI TANAH PARA NABI







Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Bagi meneruskan kesinambungan artikel saya mengenai bangsa-bangsa awal dunia, para Nabi terawal serta kaitannya dengan tanah Nusantara yang bertuah ini maka saya persembahkan satu artikel berbentuk HIPOTESIS untuk kita sama-sama memikirkan kebenaran disebaliknya. Dalam artikel ini kita akan mengembara di zaman yang paling jauh yang tak pernah saya pergi sebelum ini. Saya akan bawa anda ke zaman dimana manusia pertama bertapak dibumi. Ya, zaman Nabi Allah Adam a.s bersama isterinya Hawa serta anak-anak mereka setelah baginda dikeluarkan dari Taman Jannah.



Sebenarnya para pembaca sekalian, persoalan ini telah membelengu pemikiran saya sejak beberapa tahun yang lalu. Namun hanya sekarang baru saya mampu untuk merungkaikanya setelah membaca dan mengkaji dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut Agama. Apakah persoalan tersebut? Ia adalah mengenai teori yang menyatakan bahawa Nabi Adam itu diturunkan oleh Allah di tanah Nusantara. Saya percaya yang ramai diantara pembaca sekalian telahpun tahu samaada melalui pembacaan atau mendengarnya dari sumber kedua tentang perkara ini. Namun bagi saya jika saya tidak mengkajinya sendiri nescaya saya tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang saya terima. Sebab itulah saya telah cuba membuat sedikit penyelidikan dan rujuk silang mengenai teori tersebut.Oleh itu mari kita hayati kisah manusia pertama ini dahulu, ADAM.



Pada era penciptaan ADAM, Azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi disuruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya diburukkan wajah mereka dan dihalau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’oleh masyarakat barat. Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam hati manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar dari syurga.



Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi serta anak cucu mereka. Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang diciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya tahu dan jika mahu lebih, anda haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.



NABI ADAM a.s tidak turun dengan tangan kosong. Baginda telahpun dipenuhkan dirinya oleh Allah swt akan ILMU SEGALA NAMA. Baginda kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewi atau wali-wali keramat yang dikenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tetapi, dikhabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini untuk diaplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic seperti bangunan yang tinggi-tinggi dan teknologi pembuatan senjata yang memusnah.



Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewangga atau wali. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa atau orang keramat yang mahu membina dunia sebagai syurga hawa nafsu yang sudah pastinya disemarakkan oleh bisikan Azazil si Iblis. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. Inilah dinamakan sebagai ‘light and dark’ hitam atau putih, Ying atau Yang, antara yang baik dengan yang jahat. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini. Jadi para pembaca semua setakat ini sudah tentu anda faham apa yang hendak saya sampaikan. Daripada tulisan diatas kita semua tahu bahawa Nabi Adam a.s telah diturunkan Allah dari syurga ke suatu tempat di atas bumi dengan dilengkapi dengan ILMU SEGALA NAMA. Persoalannya di sini, dimanakah tempatnya Nabi Adam mendarat dari syurga tersebut? Mari kita bincangkan bersama.



Berdasarkan riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang diterimanya dari Abdullah bin Umar, menyatakan bahwa Adam turun ke dunia di Bukit Shafa, sedangkan Hawa turun di Bukit Marwah. Akan tetapi, riwayat dari Ibnu Abi Hatim ini terdapat versi lain, yang menyatakan bahwa tempat turunnya Nabi Adam di Bumi, berada di antara negeri Makkah dengan Thaif. Di sisi lain, menurut riwayat Ibnu Asakir yang diperoleh dari Ibnu Abbas, menyatakan bahwa Nabi Adam turun di Hindustan dan Hawa turun di Jeddah. Dimana makna Jeddah berasal dari kata Jiddah, yang berarti nenek perempuan. Syaikh Yusuf Tajul Khalwati berpendapat, Nabi Adam turun di Pulau Serendib. Beliau ketika itu menduga, Pulau Serendib adalah Pulau Ceylon (Sri Langka). (sumber: Tafsir Al Azhar, Juzu’ I, tulisan Buya HAMKA) Tetapi berdasar penelitian, kata Serendib adalah bahasa Sanskrit yang ditulis dalam bahasa Arab, yang aslinya berasal dari kata Suvarna Dwipa pulau emas yakni Sumatera, yang merupakan sebahagian dari kawasan pentas Sunda. Maka melalui pendapat yang dikemukankan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, saya mula mengatur benang-benang untuk cuba mencari kebenaran yang mengatakan Nabi Adam turun di Nusantara. Sememangnya persoalan ini adalah amat membingungkan kerana tiadanya sebarang rekod sejarah mahupun nas-nas dari Al Quran yang menyatakan tempat dimana Nabi Adam turun di bumi. Namun sejak dari zaman Rasulullah lagi telah banyak cubaan dilakukan oleh ahli-ahli tafsir untuk memecahkan kebuntuan tersebut seperti yang kita dapat lihat dalam penulisan sebelum ini.




Selain daripada tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh Syeikh Yusuf Khalwati terdapat beberapa lagi tafsiran dari sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihannya. Cuma apa yang diperlukan adalah anjakan paradigma dan pandangan yang sedikit berbeza sahaja. Antara riwayat yang saya maksudkan adalah seperti;


·        Dari Qatadah ra, beliau berkata bahwa Allah swt meletakkan Baitullah (di bumi) bersama Nabi Adam as. Allah swt telah menurunkan Nabi Adam as di bumi dan tempat diturunkannya adalah di tanah AL HIND. Dan dalam keadaan kepalanya di langit dan kedua kakinya di bumi, lalu para malaikat sangat memuliakan Nabi Adam as, kemudian Nabi Adam as pelan-pelan berkuranglah tinggi beliau. (H.R. Musonif Abdur Razaq).


·         Dari Ibnu Abbas r.huma. telah berkata : “Sesungguhnya tempat pertama dimana Allah swt turunkan Nabi Adam as di bumi adalah di AL HIND”. (H.R.Hakim)


·         Dari Ali ra. Telah berkata: “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).


·         Dari Ibnu Abbas r.anhum. telah meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra. Telah berkata: “Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam as. telah diturunkan di AL HIND, maka pohon – pohon dari AL HIND telah melekat wangi-wangian dari surga.” (H.R.Hakim)


·         Dari Ibnu Abbas r.hum telah berkata bahwa Jarak antara Nabi Nuh as dengan hancurnya kaumnya adalah 300 tahun. Dari tungku api (tannur) di AL HIND telah keluar air dan kapalnya Nabi Nuh as. Berminggu-minggu mengelilingi Ka’bah. (H.R.Hakim) (riwayat ini penting kerana kita telah tahu bahawa Nabi Nuh berkemungkinan besar berasal dari Sundalan. Jadi AL HIND disini adalah Nusantara dan bukan India. Namun ini hanya teori yang masih banyak harus diperbaiki jadi seeloknya jangan kita ambil bulat-bulat kesimpulan ini.


·         Dari Abu Sa’id Al Khudri ra. mengatakan bahawa seorang raja dari AL HIND telah mengirimkan kepada Nabi saw. sebuah tembikar yang berisi halia. Lalu Nabi saw. memberi makan kepada sahabat – sahabatnya sepotong demi sepotong dan Nabi saw pun memberikan saya sepotong makanan dari dalam tembikar itu. (H.R.Hakim)


·         Dari Abu Hurairah ra. berkata bahwa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan selamat) maka saya (Abu HUrairah ra.) adalah orang yang terbebas (dari neraka). (H.R. An Nasai)


·         Dari Ali Ra. berkata bahwa dua lembah yang paling baik dikalangan manusia adalah lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, dimana Nabi Adam as. diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya bisa membuat kamu jadi wangi.


·         Dari Ibnu Abbas ra. meriyawatkan dari Nabi saw telah bersabda bahwa Sesungguhnya Nabi Adam as. telah pergi haji dari AL HIND ke Baitullah sebanyak seribu kali dengan berjalan kaki tanpa pernah naik kendaraan walau sekalipun.(H.R.Thabrani)


·         Dari Ubay bin Ka’ab ra. mengatakan: “Saya berkeinginan untuk keluar di jalan Allah ke AL HIND”. Ubay bin Ka’ab ra. bertanya kepada Hasan ra.: “Berilah saya nasihat!”. Hasan ra. berkata: “Muliakanlah perinta Allah dimanapun kamu berada maka Allah akan memuliakan kamu”. (H.R. Baihaqi fii Syu’bul iman)


·         Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu golongan yang berperang di AL HIND dan golongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)


Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu Adam yang berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang hebat. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Tapi benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, mungkin bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. Ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain .Apapun, kita tinggalkan tentang itu.Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NUH yang besar, mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.



Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid seperti Neanderthal dan homo sapien awal dihapuskan (atau mungkin di sembunyikan) sebab itu kita hanya jumpa rangka sahaja. Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebaranlah mereka membina kehidupan yang baru. Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘Nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewi atau wali keramat pada era ADAM. Tetapi, sejak peninggalan NUH dan banjir besar, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya. Tapi bilakah mereka itu akan pulang kepangkuan tanah ‘dewa’ ini? (peringatan kepada semua pembaca, bila saya sebut dewa bukan bermakna saya menyekutukan Allah tetapi ini merujuk kepada apa yang difahami oleh manusia zaman purba yakni manusia-manusia terpilih selain Nabi yang ada karamah atau ilmu yang tinggi sehingga disembah sebagai dewa samaada secara sengaja atau tidak sengaja). Bagi lebih memahami perihal ini kita akan lihat era-era berikut satu persatu dimulakan dengan era Adam.


ERA ADAM



“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA NAMA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Namun umatnya bukan sahaja terdiri dari keturunannya malahan termasuk golongan fallen Angel atau jin-jin, gergasi dan raksasa seperti yang ada diceritakan dalam Al Quran, serta makhluk pelik-pelik mungkin termasuk NAGA yang pada ketika itu bertebaran di muka bumi. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama seperti Nabi Syith dan anak cucunya yang lain. Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; ‘ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya’.


Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA   NAMA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Pewaris ILMU SEGALA NAMA ini di beri HAQ untuk mengurus bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI atau jika anda berasa kurang senang menggunakan konotasi tersebut boleh juga gunakan para WALI-WALI. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.

Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah, ini sudah tentu sebab itu para Malaikat sebelum Allah menjadikan Adam sudah dapat meneka bahawa anak cucunya akan membawa kerosakan. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa atau Wali-wali’ tapi tiada HAQ contohnya dalam kes Habil dan Qabel. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan mereka sendiri yang menjadi asas kepada perbezaan bangsa sekarang. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA seperti Qabel dan anak cucunya yang mendendami adik beradiknya yang lain. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, namun ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?! Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan yang pertama di bumi yaitu peperangan diantara puak Qabil dan puak anak-anak Adam yang salih yang diketuai oleh Nabi Syits, adik kepada Qabil. Qabil setelah membunuh Habil dikatakan telah melarikan diri ke Mesir atau Babil dan menetap dengan anak cucunya disitu. Keturunannya dinamakan Bani Qabil yang memulakan tamadun di lembah Nil dan seterusnya menjadi umat Nabi Idris. Diriwayatkan bahawa Allah swt menyeru Nabi Syits memerangi Qabil dan puaknya. Akhirnya Qabil berjaya ditangkap dan dihukum mati. Setelah dia mati anank-anak serta cucu Qabil menuntut mayat Qabil dan kemudiannya cuba untuk menanamnya. Namun sebelum mereka sempat menanam mayat Qabil Syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia telah menasihati mereka supaya menanam Qabil didalam batu berhablur yang dipahat sebagai keranda. Syaitan atau Iblis juga menasihati mereka supaya mayat itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik serta diawetkan dengan garam dan disertakan dengan barang-barang perhiasan dan makanan. Kemudian Iblis mengarahkan agar keranda batu itu diletak didalam sebuah binaan dan dipuja setiap setahun sekali dengan membawa makanan dan wangian. Maka bermulalah upacara menghormati si mati seperti mumia Mesir purba.( sumber Israeliat).




“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” Al-quran 34:7: Surah : AL-A'RAAF


Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya” surah al- an’am ayat 123.


“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.” surah al-an’am ayat 165.

 
ERA  KETURUNAN ADAM


“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu
temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” surah yunus ayat 94.


Pada era ADAM dan anak cucunya yang mengurus bumi, mereka di gelar DEWA-DEWI atau wali-wali. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di bumi?” Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA”Allah boleh berkehendakkan apa sahaja untuk berlaku samaada ia menampakkan kelemahan mahupun kekuatan kerana Allah itu maha bijak dan maha mengetahui dari kita. Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal sebegini, saya tegaskan mengenai sikap kita kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan ‘Jangan cabar Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar? Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNYA DIA dalam memberi keizinan.


Berbalik perihal ILMU NAMA, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu. Dewa-dewi ini ada juga yang mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori atau cerita ceritun dari nenek moyang mereka ADAM yang ada pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.


Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia sebab mereka adalah anak cucu Adam juga, tetapi mereka ini golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. Namun akhirnya manusia dari era selepasnya terkesan dengan karamah-karamah yang ada pada mereka ini sehinggakan patung-patung mereka dicanai dan disembah seperti tuhan. Lama kelamaan perbuatan menyembah berhala ini menjadi suatu agama yang universal dan merebak ke seluruh dunia. Maka muncul lah dewa dewi yang pelbagai nama antaranya Enki dan Enlil, Diana, Baal, Zeus, Hera,Vishnu, Rama, Brahma,Venus dan banyak lagi yang merupakan nama-nama para manusia yang mempunyai ilmu segala nama yang diwarisi dari datuk atau moyang mereka ADAM.

ERA NUH

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu” surah al-an’am ayat 6.


Selepas beberapa siri peperangan dan kekejaman yang amat hebat, bumi ketika itu harus di ‘bersih’kan demi kesejahteraan manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah ‘lari’ orbitnya dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.Namun ini masih dalam konteks kontroversi sebab tiada maklumat dari sumber yang bertauliah yang boleh mengesahkannya.Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya shu meningkat pula, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir besar.




Bahtera NUH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini. Jika mengikut apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya. Di atas bahtera itu, NUH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. NUH lah yang mempunyai ILMU SEGALA NAMA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun. Maka memang benarlah NUH adalah ‘raja lautan’ dan waris NUH lah yang mewarisi ILMU SEGALA NAMA itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia barat, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.


Dari transformasi dan asimilasi di dalam kapal, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya, perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk atau mungkin terbang seperti manusia zaman Era ADAM. Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NUH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NUH itu?.Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ILMU SEGALA NAMA yang mengetahui wasiat NUH. Bangsa itu adalah bangsa MIM…?!


Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh ketika bencana). Ketiga-tiga waris Nuh as ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, Akkadian, Mesir dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja, bangsawan dan para pendita inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki bahtera NUH as itu tadi.




Bagaimana ini boleh terjadi? Di dalam bahtera NUH itu anak-anak NUH as melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh as itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Nuh as. Apakah itu wasiat Nuh as? Wasiat Nuh adalah kata-kata kepada warisnya supaya Kembali Semula Ke Tanah Asal Mereka yakni Pentas Sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh as ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.


Salah satu bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni Nusantara adalah Pentas Sunda tempat bermulanya pelayaran Nabi Nuh adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR. Selain itu, bukti lain adalah, kajian daripada Stephen Oppenheimer dan Prof Arysio Santos, serta Thomas suarez yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “Early Mapping of Southeast Asia: The Epic Story”. Dalam buku Eden in the East Oleh Stephen Oppenheimer ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NUH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia. PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi. Adakah ini kerja Hidden Hand?




Apakah anda dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda anda seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya, Christpher Colombus menjumpai Amerika dan mengelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh Colombus itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan Para FIRAUN ini.


DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘The Lost World’, ‘Solomon Mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini. Tapi, persoalannya, di sini tu bagaimana ? !Jika di kaji, di permukaan Tanah Nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti Sumeria, Mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh dikatakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah atau teknik rujuk silang seperti yang Cik Sri Selalu sebutkan.


“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat” ayat 33, surah ali-imran.


Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke Pentas Sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya ‘ahli rumah’ atau ‘ahlul bait’ ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan Arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan. Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang ‘ingat’ sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju ‘THE PROMISED LAND’.

Hal ini di burukkan pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja dan wali agung pada zaman dulu kala seperti kisah raja Namrud yang merupakan Cicit Kepada Nabi Nuh sendiri yang lupa akan kekuasaan Allah dan mengatakan dia anak Allah. Beliau juga mewarisi Ilmu-ilmu para Nabi seperti Matematik, Astronomi dan Sains malahan beliau orang pertama di dunia yang mencipta konsep jam, menit dan saat serta membahagikan 24 jam kepada satu hari. Beliau juga pakar pembina bangunan tinggi, jambatan dan saluran irigasi. Kesemua ilmu ini telah diwarisi dari nenek moyangnya yang merupakan orang soleh dan Nabi-Nabi seperti Nabi Idris dan Nuh. Namun akibat kesombongannya dia leka dan lupa akan Allah dan mengangkat dirinya sebagai tuhan.




Jelas disini bahawa wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’ atau wali. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. Kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.


Maka dapat saya simpulkan disini bahawa pencarian kita akan Tanah asal Nabi-Nabi terawal seperti Adam, Idris dan Nuh sudah semakin hampir. Walaupun saya tahu bahawa ada pihak yang kurang senang saya mengaitkan hal agama dalam penulisan saya namun hal ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan sumber adalah dari situ. Dari itu kita dapat memberikan rumusan bahawa Nabi Adam a.s berkemungkinan besar diturunkan di Nusantara. Hal ini adalah kerana perkataan AL HIND yang digunakan oleh orang Arab untuk memanggil benua India bukan khusus untuknya saja sebaliknya AL HIND adalah konotasi untuk melambangkan kawasan Pengaruh Hindu Termasuk Asia Tenggara. Oleh sebab itulah ketika Khalifah Muawwiyah menulis surat balasan kepada Maharaja Srivijaya dia memanggil Maharaja tersebut sebagai PENGUASA AL HIND. Malah surat dari Srivijaya kepada Khalifah Umar Abdul Aziz juga dicatatkan sebagai surat dari seorang Maharaja Al Hind. Namun seperti yang kita ketahui Srivijaya bukan terletak di India bukan?


Tambahan lagi saya menemui buku sejarah tulisan pengkaji luar berbahasa Inggeris yang mengiyakan tanggapan saya bahawa Nusantara adalah Al Hind. Selain itu jika kita lihat pada panggilan orang-orang barat pada zaman penjelajahan terhadap Nusantara adalah THE EAST INDIES atau HINDIA TIMUR. Perhatikan perkataan HINDIA itu. Semua panggilan ini diperolehi daripada catatan awal pengembara Arab ke Nusantara seperti Ibnu Battutah dan Al Idrisi. Satu lagi perkara yang amat menarik bagi saya adalah mengenai Hadith dan riwayat yang telah saya paparkan di awal artikel ini tadi. Salah satu dari Hadith tersebut adalah mengenai peperangan yang bakal berlaku di Al Hind. Nabi Muhammad mengatakan bahawa sesiapa yang menyertai peperangan tersebut akan masuk syurga.



Selama beratus-ratus tahun orang Aceh berperang dengan orang-orang kafir harbi bersama konco-konco mereka di sekitar selat Melaka, bermula dengan Portugis dan berakhir dengan Belanda dan Indonesia. Sudah tentu peperangan yang sangat lama inilah yang di riwayatkan oleh Rasulullah Sallalahhualaihiwassalam.




 Seperti yang kita ketahui sememangnya banyak peperangan yang melibatkan orang Kafir Harbi dengan orang Islam sepanjang zaman di Nusantara ini. peperangan terbesar di Nusantara dan terawal tentulah diantara Portugis dengan Melaka, kemudian disusuli Portugis Dengan Aceh yang mengorbankan lebih dari 60 ribu orang Aceh serta banyak lagi peperangan diantara portugis dengan Aceh dan negeri-negeri Melayu yang lain. Malahan peperangan ini masih berterusan hingga kini iaitu diantara Pattani Dengan Thai dan Moro Dengan Kristian Filipina dan Aceh Dengan Indonesia. Saya pasti peperangan yang disebut Nabi Saw adalah peperangan-peperangan tersebut. Bukankah kesemua riwayat ini mengukuhkan lagi teori yang menyatakan bahawa Nabi Allah Adam itu diturunkan Allah di Nusantara dan membina tamadunnya disini bersama anak cucunya Nabi Syiths Dan Nuh. Tidak perlulah rasanya saya terangkan lagi apa signifiken hadiths yang mengatakan tentang kewujudan kayu wangi-wangian di Al Hind kerana Nusantara memang terkenal dengan kayu-kayuan tersebut seperti Gaharu, Cendana, Depu, Kayu Manis, Kemenyan dan lain-lain. sekian, wallah hu a’lam.

 Kredit:  Saudara Aiz, Nusanaga blogspot. :)




240 ulasan:

  1. Menarik tu tuan.Boleh tak ceritakan tentang misteri bangsa nisnas?

    BalasPadam
  2. MASYAALLAH APA YG SAYA SEDANG BERMAIN DIFIKIRAN SAYA SEJAK BEBERAPA TAHUN SEBELUM INI SEOLAH2 SUDAH MENJADI KENYATAAN WALAUPUN IA CUMA TEORI TAPI TEORI BERSAMA FAKTA BIASALAH TINGGAI LAGI ORG TAK KATA KITA GILA BILA BERCAKAP TENTANG PERKARA SEPERTI INI TAPI SAYA AMAT YAKIN DGN BUKTI2 SEKELILING KITA SEMUA.....WALLAHUALAM.

    BalasPadam
  3. bangsa ni ada yang panggil Al hin dan memang mereka ada wujud dan sebenarnya ada seblum jin lagi. ada diantara mereka yang macam gergasi ada yang bersayap dan ada yang boleh berubah rubah bentuk. namun bangsa ini terhapus akibat daripada peperangan besar diantara para jan serta malaikat yang menyebabkan bumi jadi padang jarak padang terkukur sebab itu berlakunya kepupusan dinasour. dalam islam kita maklum bahawa tahi bintang adalah senjata langit untuk membunuh syaitan dan jin dan pada zaman al hin dan jin malaikat telah melancarkn tahi bintang yang terbesar untuk berperang dengan mereka ini sebab mereka semakin merosakkan bumi.

    kemudian setelah nabi adam turun ke bumi masih ada tersisa sedikit sahaja bangsa al hin dan jin berbanding sebelum ini namun mereka semua tertakluk dibawah kekhalifahan nabi adam. mereka boleh dilihat oleh nabi adam namun tidak oleh anak cucunya selepas berlakunya banjir besar sebab banjir besar nabi nuhlah bangsa yang pelik2 ini terus dihapuskan menjadi semakin sedikit. yang tinggal mungkin bnagsa gergasi yang hidup sampai zaman nabi musa. wallah hu a'lam sebab saya mendapat maklumat ini dari orang juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik pasal ulasan tuan ttg Jan dan malaikat berperang..sy ada sedikit informasi ttg itu..tp tidak boleh dikongsi disini kerana terlalu sedikit..Kita balik semula pada kitab alquran..mgkn didlmnya ada terkandung ttg ppertumpahan darah dan ttg perlantikkan adam sbg khalifah dibumi..

      Teruskan usaha tuan dgn kajian yg mendalam..Moga diberkati

      Padam
  4. Salam,

    ::re-matrix.blogspot.com/‎::

    Darah Dewa Tujuh Lautan...

    BalasPadam
  5. macam pernah terbaca tulisan yang macam ni tak igt kat mana..
    palitan iblis dekat atas bibir antara hidung tu kan??waktu dia tgh ushya jasad nabi adam

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya saya bnyk merujuk tulisan re-matrix. namun ada diantara pemikiran beliau yg saya kurang setuju sebb bgi saya tidak boleh disandarkan dgn ilmu sejarah sebb bnyk mggunakan sumber yg ghaib so saya rujuk silang lah. tapi kebanyakan nas2 al quran saya ambil disitu sbb tak ada yg bercanggah dgn pndpt saya.

      jika anda baca dgn teliti pokok utama penulisan saya ini ialah hendak mencari tmpt sebenar nabi adam turun. dgn itu saya telah memberikan bnyk hadits2 sebgai bukti dan riwayat2 berserta dgn sokongannya sekali so, pendekatan saya berbeza dari penulisan re-matrix. penulisan ttg qabil dan habil, nabi syits dan peperangan di nusantara semua dari rujuk silang dan bukan re-matrix. so itu saja saya nk jelaskan sebb takut nanti orng kata saya ciplak kajian org...:)

      Padam
    2. ya ya tapi saya tak baca kat blog re-matrix tapi kat tempat lain, tak ingat blog mana satu yang ada berkisar tentang asal usul tapi bukan re-matrix sebab sebelum ni tak penah tahu pun pasai blog tuh

      Padam
  6. Salam tuan, kisah ni selari dgn posting en aiz dlm blog nusanaga. Bijak en buat kajian. Sy suka. Mohon share en.

    BalasPadam
  7. Salam...
    Bagai sirih pulang ke ganggang,
    Pinang Pulang ke tampok........

    masa hampir tiba.......
    Yang benar akan meneruskan kehidupan.....
    Yang zalim akan mendapat balasan.........

    Doa, sabar, tunggu dan lihat kemunculannya.....
    Muncul dari insan pilihan yg tidak akan dapat dijangka dan disangka.....

    Naga Jauhar

    BalasPadam
  8. Hahaha...

    "Malahan peperangan ini masih berterusan hingga kini iaitu diantara Pattani Dengan Thai dan Moro Dengan Kristian Filipina dan Aceh Dengan Indonesia."

    Jika Indon tengok ayat ni mesti mengamuk sakan diorang dengan Mr. Al Semantani...

    Ada apa-apa pembetulan atau ulasan lanjut?

    M_M

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu betul jgk kata diraja...sekarang aceh dah tak berperang dgn tni lagi...ops maaf ya ibuk dan bapak2 sekalian...huhu

      Padam
  9. sulu dengan malaysia hahahhahaha

    BalasPadam
  10. jangan lupa juga peperangan bangsa kita dengan fahaman2 yang tak betul seperti lgbt, plurarisma liberelisma dan sebagainya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  11. Alhamdulillah, Pencerahan yang begitu baik sekali saudara Al Semantani dan terima kasih :) -bighugbrothers-

    BalasPadam
  12. Ada kemungkinan tak Perang Kurukshetra dalam Mahabharata adalah perang antara Nabi Syith dengan Qabil..?

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Salam Tuan
    Dah boleh nampak yang ejaan Serindib/Surindib dalam tulisan Jawi begini rupanya “ﺳﻮرﻧﺪﻳﺐ”.
    Padahal sebutan yang sebenarnya ialah Swrnadiba/Suvarnadvipa.

    Perkara yang sama terjadi kepada Sultan Megat Iskandar Shah.
    Kesalahan terjemahan ejaan “ﻣﺎﻛﺖ” yang sepatutnya Makuta/Mahkota menjadi Magat/Megat.
    Sangkaan penterjemah ialah huruf ‘Ga’ tertinggal ‘titik’.
    Sebetulnya Sultan Mahkota Iskandar Shah.

    Syabas atas usaha anda!

    BalasPadam
  15. Artikel menarik. Tp saya baca separuh pastu berenti. Nk sambung kemudian :)

    Sebenarnya ramai org mcm sy ni. Tak baca habis atau skip2 dan terus komen.

    Sy cadangkan bagi artikel yg panjang, saudara buat dalam 2 atau 3 bahagian. Pembaca baca bhgn pertama sampai habis, rasa menarik dan tertunggu-tunggu sambungannya. Ikutlah beberapa hari kemudian baru buat sambungan kedua.

    Selepas tu bhgn kedua, baca sampai habis dan cerna sebaiknya sampai kenyang. Kekadang ni ilmu tu umapama makan nasi. Makan sikit2 lebih sedap. Kita kurang menghargai makanan yang banyak. Sekadar cadangan. >:o

    BalasPadam
  16. Sy Tanpa Nama4 Jun 2013 7:52 PG tadi.

    Bila fikir balik, saya rasa artikel ni panjang sebab sebelum baca ni, saya terlalu byk baca benda2 lain. Jika bukak komputer terus baca artikel ni maybe saya terus baca habis. Jika cadangan saya tadi kurang relevan, sila abaikan. :)

    Sebenarnya saya lebih suka artikel panjang mcm ni dr artikel terlalu ringkas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cadangan anda sebenarnya bagus..boleh saya jimat masa skit untuk menulis artikel dan kajian yang seterusnya..huhu buat cara cik sri la katakan...

      Padam
  17. Anda telah menjadi seorang penglipur lara. Begitu anda sebagai pencipta dan innovator menyentuh beberapa perkara berikut:

    - Mengolah makna dewa dewi secara berbeza, dengan mengisbatkan mereka dari keturunan Adam.
    - Ilmu Segala Nama -sesuatu yang ditekankan tapi tak membawa pengertian. Tiada dalam cabang keilmuan Islam pun memetik tentang Ilmu Segala Nama , kerana orang Islam yang mentauhidkan Allah maklum dengan Tauhid Al Asma'.
    - Mengada-adakan Nabi Nuh dengan kisah wasiatnya. Sedangkan wasiat para nabi semata-mata, beriman kepada Allah dan jangan mensyirikkannya.
    - Bangsa MIM, yang dicipta tidak berdasarkan sandaran nas ilmiah.
    -Bersungguh mahu Mengaitkan Hind kepada nusantara, bukan melihatnya dari konteks kepercayaan.

    Apa kata tuan datangkan teori Tenggelamnya Lemuria dikeranakan derhaka seluruh pemimpin dan penduduknya. Atau Teori Kaabah di Nusantara, tanah asal Para Nabi? Atau teori Muhammad SAW dan misi rahsia tentang Nusantara.

    Sesungguhnya Allah Menjadikan Adam dan keturunannya bagi 3 maksud. Selain itu semuanya karut. Ingatlah setiap buah fikiran yang khayali tidak mendekatkan diri manusia kepada mengenali kenyataan hakikat dirinya dan amanah yang diperintah Allah.

    Jangan ambil sumber rujukan dari mereka yang tidak beriman. Kalaupun benar tetaplah dusta. Apatah lagi jika memang dusta, maka anda sesat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seperti yg saya selalu katakan yg saya bukan orang yang mahir dan pakar dlm agama. saya berpendidikan sejarah jadi kebanyakan kesimpulan saya adalah dalam konteks sejarah. saya lansung tidak berniat untuk menyesatkan sesiapa dengan penulisan ini malahan saya dah tegaskan yang ianya hanya teori dan teori boleh dibantah sesiapa yg rasa dia ada bukti yang lebih baik.

      pasal dewa-dewi itu pengetahuan itu bukan saya mendapat sembarangan. sudah jelas lagi terang bahawa manusia yang berkuasa pada zaman dahulu yg lupakan ajaran Allah telah mengaku sebagai tuhan dan ini fakta sejarah. lihat sahaja raja namrud yg digelarkan sebagai dewa baccus sehingga disembah sampai zaman Rom dan sekarang . lihar pula ibu kepada namrud yak ni permaisuri semiramis yg dijadikan dewi oleh pengikut mereka dan disembah oleh org kafir hingga sekarang sebagai dewi diana dan patung terbesarnya ada di amerika hingga sekarang. lihat raja rama dan permaisuri sita yg sebenarnya adalah manusia biasa pada zaman purba tetapi dipuja orng hindu menjadi dewa dewi. jadi adakah manusia2 awal yg dipanggil dewa dewi ini bukan anak Adam. nampaknya anda perlu mengkaji lagi sejarah theologi dunia.saya atau anda tidak tahu pemikiran orang dahulu kala...

      mereka-mereka yang mendapat karamah yg terdiri dari kalangan wali2 Allah juga setelah beberapa ratus tahun akibat tiada pedoman mungkin disembah sebagai dewa dan dewi. lihat sahaja apa yg terjadi pada nabi Isa a.s yg baru beberapa ratus tahun peninggalannya telah begitu terpesong ajaran baginda sehingga membuatkan pengikutnya percaya baginda anak tuhan. apatah lagi kalau jarak waktunya beribu-ribu tahun anda perlu ingat bahawa manusia itu cepat lupa sebb itu diturunkan nabi dan rasul untuk mengingatkan mereka.

      dan anda berkata saya mengambil sumber rujukan dari orang yang tidak beriman. adakah anda tahu mana sumber saya. sedangkan semua hadits2 yang saya lampirkan saya ambil dari orang-orng yang beriman tidak kurang tidak lebih. mungkin cara pandangan saudara dengan saya berbeza kerana saudara seorang yg pakar dalam agama dan saya pula hanya orang biasa yg berlatak pendidikan sejarah sebb itu terdaptnya perbezaan pendapat.

      anda mengatakan teori kaabah di nusantara? adakah anda perli saya? bukankah telah jelas bahawa binaan pertama diduni yakni kaabah terletak di makkah dan makkah adalah pusat dan titik mula paksi bumi.? jika tujuan tuan memberi ulasan disini kerana merasakan yg hadist2 yg saya kemukakan itu bukan hadist sahih maka sila beri tunjuk ajar dan betulkan mana yg salah. tetapi jika tuan sengaja untuk menghakimi saya sebagai seorang yang sesat dan pendusta serta penglipur lara saya harap, semoga Allah swt menunjukkan kebenaran. Sesungguhnya demi Allah saya tidak lansung berniat untuk menyestkan sesiapa. mungkin ada diantara penulisan saya ini menyinggung saudara oleh itu saya meminta maaf. namun tidak sesekali saya akan berhenti dari menulis sejarah, ya sejarah dan bukan dogeng serta cerita ceritun dan apa2 yg berkaitan dgn agama lagi. dan untuk pengetahuan anda juga saya bukanlah seorang pencipta atau inovator dalam artikel ini kerana saya hanya menyampaikan ilmu yg telah sedia ada dan menurut sumber saya mereka adalah orang-orang yang beriman dan ahli sufi.sekian

      Padam
    2. biasalah tuan... takkan belajar org yg sombong.... taasub setakat apa yang dia tahu secara pasif... maka akan peninglah mindanya dalam menghurai analisa fakta yang jelas di depan mata. sudut pandangan yang sempit dan terjepit.

      Padam
    3. Berlapang dadalah saudara 5 jun 2013 3.34 PG tentang sejarah dulu-dulu yg mana mungkin ada atau tiada didalam kitab alquran dan hadis..

      Jangan berfikiran jumud tak tentu hala..kajilah sejarah hidup sendiri bukan setakat tahu nama datuk tetapi tidak tahu nama nenek moyang serta asal usul kita...

      Jangan jd org barat yg berfikiran beruk asal nenek moyang diorg...

      Padam
  18. Maaf tuan rumah..rasanya seperti karya saudara Aiz di Nusanagablogspot sebab saya baru habis membacanya hari ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ilmu yg benar dan baik tidak salah dikongsi bersama.Saya suka karya beliau,Sang Tawal, merah Silu dll.Hanya kelihatan mudah dan logik bagi org2 yg menggunakan akal dan berlapang dada.

      Padam
    2. Saudari julia wilson...

      maaf saudari agaknya artikel dia yang bertajuk apa tu ye sebab saya amat2 jarang pergi ke blog beliau.terus terang saya cakap saya tak tahupun yg artikel ini sama dgn artikel beliau. untuk sebahagian rujukan artikel ini saya dapat dari re-matrix. tapi mungkin juga re matrix dapat dari nusanaga. tetapi saya tak ciplak bulat2 ye sebb ada diantara pengisian itu saya yg letak terutama bab dimana nabi adam turun itu dan teori tentang Al hind. itu sebenarya pokok utama penulisan saya ini. begitu juga untuk menguatkan lagi teori bahawa tanah nusantara ini special dan ada tempat dalam kisah-kisah Nabi di zaman silam.

      Padam
    3. oh ya..saya baru jumpa lama blog tu dan memang sama macam rematrix sekarang baru saya tahu siapa empunya asal teori. tapi seperti yg saya cakap tadi saya ambil mana yang saya rasa setuju dgn pemikiran saya dan saya tolak mana yg saya tidak setuju. saya juga tambah apa yang saya rasa perlu macam yg dah saya terangkan. saya tidaklah sehebat saudara Aiz dalam penulisan sejarah sebab walau kami mungkin dari latar pendidikan yg hampir sama tapi dari gaya penulisan dia saya anggap dia senior yg tertinggi. oleh itu maaf jika ada peminat artikel beliau yg rasa saya ciplak artikelnya sebb saya sendiri tak tahu yg ia artikel beliau sebb rujuk dari blog lain. dia dah jigger tahap tinggi saya baru je orang biasa, ular mana boleh lawan Naga...huhu so seperti yg saya tegaskan kalau saya ambil bulat2 saya akan cakap tetapi kalau saya ubah dan tambah mungkin tidak mungkin saya kredit di bawah.

      Padam
    4. Sama samalah kita berlapang dada dan semoga saudara aiz berbesar hati karya beliau dijadikan rujukan.Saya juga belatar belakangkan sejarah sama seperti saudara (UKM) pengkhususan arkeologi tahun 90an dulu2.Teruskan usaha saudara.

      Padam
  19. Apakah digunapakai terima sebagai dewa? Sebaik kejadian Allah yang derhaka kah? Sebenar dalam iman kita hanyasalah mengatakan bahawa itu semua sangkaan yang memperdaya. Ya- sangkaan, dam tipu daya.Bukanlah sipelaku mahupun patungnya yang bertukar menjadi dewa dewi.

    Sandaran konsisten semata-mata kepada nas Quran dan hadis Nabi, lalu dengan adabnya dituruti dari hasil ilmuan islam yang diperakui keilmuannya, saya yakin hasilnya tidak begini. Al Quraan ialah Imam. Bila orang tanpa kecukupan syarat dalam keilmuan mengupasnya maka Quraan dihenyak menjadi makmum.

    Ilmu sejarah yang sebenar? Tidak sama sekali - ia dikupas tanpa suluhan iman. Tidak juga - ia bercampur dengan cetusan tanggapan dan pengaruh dari mereka yang karut dalam garapan. Anda setuju dengan kisah the promising land? Mahu bersandar bukti dan kesaksian kepada Stephen Oppenheimer dan Prof Arysio Santos, serta Thomas suarez?

    Tulislah sejarah semau anda. Malah itu satu kefardhuan. Apakah ada yang terpisah dari Ugama? Anda telunsuri sejarah Makkah umpamanya. Saban tahun ada Ibadah Haji disana. Kenapa, dan apa pentingnya peristiwa sejarah para nabi terdahulu diulanglakun. Kemudian anda hamparkan inisarinya perkaitannya dengan tamadun manusia dari sebelum Adam sampailah Muhammad saw. Mungkin ahli sufi yang anda kenali boleh menerangkan sejelasnya sehinggalah kenapa al-hin tidak disebut dalam Quran untuk beribadat kepada Allah. Tetapi al-jin diperintahkan.

    Dan ingatlah juga dengan kemahiran anda meniti ayat ayat tertulis-tidak siapa menghakimi anda. Tidak juga mengatakan anda telah sesat.

    BalasPadam
  20. yang derhaka itu adalah orang yg mengaggap mereka itu dewa dan memahat patung-patung mereka sesudah mereka mati, bukannya sebaik-baik kejadian allah wali-wali karamah dan nabi-nabi...ketahuilah bahawa dimana-mana zaman memang ada manusia yg sebegini yg memahat ketua-ketua mereka sebagai patung dan mendewakan mereka lihat sahaja buddha! itu bukan bermakna saya menghina kejadian Allah tetapi hanya menyatakan perkara yg sebenar terjadi dalam sejarah dunia.

    BalasPadam
  21. Nabi Adam turun memang sebelah asia tapi bukan nusantara. Nusantara kebanyakannya byk pengaruh para wali. Kenapa ada gelaran spt Raja wali? Kalau kita kaji dari kurun 13 dikatakan antara tahun kebangkitan islam selepas Rasulullah. Kuasa Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah sini hanya sekadar tempias shj tidak sepenuhnya. Adakah mungkin di nusantara sudah ada kerajaan islam mereka sendiri yg dipimpin oleh para wali? Cubalah kaji ke arah tu. Cari juga ilmu apa yg mereka warisi. Kenapa barat lebih byk mewar-warkan ttg kehebatan Kerajaan Uthmaniyyah berbanding dgn kerajaan islam sebelah sini? Apa yg mereka cuba kaburi?
    Kalau kita lihat setiap penulisan mereka ttg org kita kebanyakannya berat sebelah mengatakan kita malas, bodoh, mundur dan sbgnya. Cuba lihat tulisan clifford, swettenham dll. Tp dari satu sudut lain habis kebanyakan kitab, catitan org melayu dibawa lari dan tak dipulangkan sampai hari ni. Kalau melayu bodoh kenapa ambil ilmu mereka dibawa pulang? Kitab apa yg sebenarnya mereka larikan? Kenapa dunia islam hari ni byk menggunakan Al Quran uthmaniyyah? Antara sebab bermulanya perpecahan islam kepada jalan tariqat berlaku sejak zaman Osman Ghazi Khan 1. Cubalah kaji islam sebelah benua hindia hari ni, brp byk tariqat yg muncul dr sana?

    BalasPadam
  22. hmm nampaknya banyak sangat burung yg tak bernama disini sedang mecuit ciut...adakah saya perlu letak kotak pengesahan dimana anda perlu letak nama atau akaun google jika nak komen...hmmm? jagan maraaa na tidak ada kene mengena dgn yg mati dan mungkin yg hidup..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sebab conpius. Samaran pun tak pe asalkan boleh bezakan antara tanpanama-tanpanama. Hanya pendapat saya sahaja.

      Padam
  23. bukan nak jadi burung. kalau kita faham sejarah yg sebenarnya semua para rasul dan nabi tak meninggalkan tanah pun walau seinci. Cuma ilmu utk kehidupan umat selepas mereka. Itu yg harus dikaji. Dan ilmu tu byk diwarisi oleh para wali sebelah sini. Sebab itu ada istilah ulama' pewaris para nabi. Apa ilmu yg mereka warisi? Di malaysia sendiri pun sebenarnya ada di kalangan mereka yg boleh menulis Al quran.
    Walaupun tak bernama,jgn disangka sama. Gunalah akal fikiran kita dgn dada yg lapang.

    BalasPadam
  24. Buat anon 5 Jun 2013 9:49 PG;
    Molek rasanya tuan buat blog sendiri yg boleh membentangkan pengetahuan tuan, daripada tuan mengkritik di sini. Maklumat daripada blog tuan boleh dibuat rujukan silang untuk menambah atau membetulkan mana yang salah. Biar pengetahuan kita semua bercambah......

    NAGA JAUHAR

    BalasPadam
  25. Betul juga apa yg tuan naga katakan. Saya igt komen saya hanya sekadar perbincangan mencari kebenaran. Bukan nak menunjuk kepandaian atau mencari kesalahan.
    Lain org lain fikir lain tafsir. Jalan masing2 cari sendiri lah ye tak? Utk mereka jln mereka, utk kita jln kita. Teruskan perjalanan.

    MANUSIA BIASA.

    BalasPadam
  26. alahaii..nampaknyha ada pulak yg terasa. bukan saya kata mana2 pihak disini burung betul2...saya bergurau aje. takkan itu pun saya nak terang. yg saya rungutkan ialah ramai sangat yg masuk beri komen tapi tek bagitau nama pengomen tu...letak la mamat ke, ali ke chef wan ke senang sikit saya nak membalasnye ape yg patut. tak la saya nak copy tarikh tu sokmo. adoyai kenapa la manusia bernama melayu ini begitu tipis hatinya...cepat sangat terase ye aokme sekalian? huhu jgn la terasa wahai anon-anon terutama Tanpa Nama5 Jun 2013 9:49 PG

    BalasPadam
  27. Sahlah pembentangan ni rojak yang cedok mencedok dari Pakcik li, Nusanaga dll. Nusanaga merumuskan surah ayat 31 Surah Albaqarah kepada: ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT. Maka dari situlah terbitnya istilah "ilmu sekelian nama" yang diwariskan/wasiatkan pada keturunan pilihan.

    Komen:rumusan yang sangat sempit dan terpesong dari ajaran Islam. Makna luaran sahaja menunjukkan bahawa Allah membuktikan kekuasaannya dengan membuktikan Adam sebagai makhluk yang punyai ilmu yang tidak tercapai oleh para malaikat iaitu dengan menyebut nama-nama benda "itu". Meskipun telah diketahui dalam ilmu para malaikat bahawa anak2 adam kelak membuat kerosakan di muka bumi. Ini menunjukkan kelansungan Pelajaran iaitu Ilmu Laduni, bukan umpama downloading "ilmu sekian nama" yang dipanjangkan sebagai Formula membina segala sesuatu di dunia ataupun formula urustadbir dunia. Ayat 33 sahaja sudah menempelak idea ilmu sekian nama ...sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. Manusia tidak tahu-Adam tidak tahu- selain dari apa yang Allah cukupkan baginya tahu, sesuai dengan sunnahnya dilebihkan dan kurangkan dalam ragam bentuknya pada makhluknya menyatakan Allah MAHA mengetahui, maka ILMU adalah dari Sifatnya Tiada umpama. Maka manusia dan jin yang dipertanggungjawab menyembahnya. Iaitu setelah nyata kebesaran sehingga boleh disebut-, pujian, pujaan, mengagungkan, mensucikan Allah.

    Seterusnya nusanaga mengatakan :Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.

    Kemudian dijadikan justifikasi "berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui"

    Komen: Oh Adam mampu? dan "kita" ni hanyalah kemungkinan. Jadi sang nusa ni dah bermain tuhan kerana mendahului mengatakan Adam mampu sedangkan Muhammad mengajarkan La hau La wala Quwwata illa billah. Maka hanyutlah dalam kemungkinan dengan harapan "kitalah" yang mewarisi.

    Penulis bijak mengolah semula dan menyingkir kesinambungan teori Pakcik Li tentang hybrid dan ‘fallen angle'dan teori dua golongan dewa yang korup.

    Komen: dapatkan lah penjelasan tentang Alam Tadbir yang diamanahkan Allah kepada anak Adam, Muka Bumi mana, yang dipijak atau yang dikandung dari 7 jenis tanah yang telah ditempa.Maka inikah ilmu Sejarah kajian tulen? Udah la. Toksah cut and paste, nanti Srikandi murka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tn 5 Jun 2013 21:35 PTG..mgkn ini pendapat tuan saja..Tidak semua sependapat dgn tuan..Ibarat kata seperti buah kelapa jatuh dari pokoknya.. ada kata beruk kt atas yg buat buah itu jatuh...ada yg kata angin yg kuat sebabkan buah itu jatuh..ada mengatakan mmg sudah masanya buah itu jatuh kerana tua..

      Ttp itulah pandangan masing dan yang palaing penting buah itu sudah jatuh..sekala pendapat itu mungki ada kebenaranya mengikut masa..Jd terpulang pada pihak tuan untuk membahaskan dari segi sudut tuan..

      Bagi saya apa yang dibahaskan memberikan infomasi yang baru dan fikirlah untuk faedah diri sendiri.

      Padam
  28. Apa yang dikandung apa pula yg terkandung? Cerita la sikit kita kongsi sama2.
    Apa sumber yg dikatakan Adam belajar dan di ajar nama benda2 tu?
    Mengapa dikatakan Adam musafir Allah?
    Apa yg baginda cari?

    Melayu Semenanjung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengenal diri lah. Dari Alif mengandung cahaya turun air hina ke ba mengandung jasad. Materi aku janji, selesai sekian soaljawab. Alastu bilrobbikum? Balaaa. Turunlah ke alam paling hina dan carilah diri kamu, kembalilah sebelum jasad menjadi mayat. Maka bila tegak Alif, aku memuji aku.

      Padam
    2. Aku yang mana memuji aku?
      Sudah pulangkah sebelum waktu pulangnya?
      Amalan manakah yg paling comel hendak depersembahkan?

      Darah yg mengalir...

      Padam
  29. salam,
    terima kasih kerana credit penulisan itu kembali kepada saya. terima kasih juga dengan penambahan yang cukup baik untuk artikel ini. saya sungguh kagum. saya bukanlah ahli sejarah. saya cuma membuat kajian dan menulisnya untuk di kongsi bersama. taniah juga kerana tuan tanah berjaya menjawab persoalan dengan kefahamnya sendiri, daripada dari dari tanggungjawab.

    maaf dari saya kerana menyebabkan tuan tanah jadi binggung untuk menjawab masalah yang di bawa oleh artikel saya. Biar saya memberi sedikit penerangan dalam isu itu:-

    1- isu dewa dewi
    ia adalah istilah. ia merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuasa [bukan superhuman ability tetapi dalam pentadbiran]. pada zaman ini, kita guna istilah raja, sultan, presiden, perdana menteri dan sebagainya. lain era, lain istilahnya tapi tetap membawa kepada maksud yang sama, yakni 'berkuasa dalam menadbir manusia dalam suatu kelompok'.

    2- isu ilmu segala
    jika di baca kisah penciptaan adam a.s, asbab tunduknya malaikat dan dengkinya pada adam adalah kerana baginda berjaya menamakan tiap barang kehidupan. SEcara simboliknya, ia adalah mengenai 'keupayaan adam untuk menadbir dan mengetahui sesuatu kehidupan itu'. Malaikat tahu tapi mereka tidak berfikir. Iblis@azazil lebih hebat ilmunya tapi tidak boleh menadbir. Sesungguhnya adam itu berada di pertengahan antara kedua2 makhluk itu. Ia menjadikan Adam itu suatu ciptaan sempurna; tahu-berakal-boleh menadbir = khalifah
    Allah telah tetapkan adam a.s sebagai khalifah, dan pengujian itu adalah untuk memberitahu seisi alam bahawa adam itu sempurna. Itulah tujuannya.
    Sebenarnya ilmu segala itu bukanlah ilmu yang di pelajari, tapi ilmu yang di bawa turun temurun, dari adam kepada bani adam. tanpa ini, kita semua hanyalah haiwan yang melata di bumi. haiwan yang pandai berkata-kata. Jadi, fahamilah tentang ilmu di pelajari dan ilmu yang diturunkan secara genetik (mungkin saya boleh istilahnya sebagai 'memori')

    3-isu wasiat
    seperti saya ceritakan tadi, sejak dari penciptaan adam, tetap di gazetkan bahawa adam itu khalifah. maka, di turunkan ke bumi itu sebagai khalifah. kekhalifahan itu tidak terhenti hanya kepada adam, tetapi mengajur melalui bani adam. di mana ada ketamadunan, di situlah wasiat itu di 'apply' dan di situlah tauhid di serap. tapi, bila terlalu gah dan terlalu lama, manusia itu lupa. sudah pastinya mereka akan menyembah raja-raja mereka.

    BalasPadam
    Balasan

    1. 4-isu adam sebagai inventor dan nabi muhammad pula menganjur lauhawala..
      saya tanya suatu perkara;
      jika kata ALLAH lah segalanya bahkan kita ni 'tiada'..
      tapi saya nak tnya, jika tuan kata begitu, kenapa tuan masih ada lagi di sini?
      masih membaca komen ini? kenapa tuan?
      Fahamilah bahawa ALLAH itu dzat yang meliputi. Kita ini hamba yang sentiasa berada dlm liputan itu. Dan gerak kerja manusia itu atas IZINNYA. Baik buruk kelakuan itu adalah izinnya. Dan pilihan itu di atas tangan manusia. Dan kebaikkan itu sudah tentu dari ALLAH. Dengan memperhambakan diri kepada ALLAH atau menyerah gerak kerja pada ALLAH itulah lauhawala.. tapi, bukan pula menyerah tanpa usaha.. itu MALAS namanya.

      Dan fahamilah, gerak kerja bani adam yang membawa ketamadunan dan isi tauhid itu adalah gerak kerja ALLAH sehinggalah sekarang, kenapa tiba-tiba anak muda melayu mengilakan sejarah kuno, berperang dengan theorist agama yang terasa divine.. anggaplah ini gerak kerja ALLAH kerana izinNYA dan ketentuanNYA lah menjadikan segala perkara ini. Redha dengan ketentuanNYA, kenapa artikel ini boleh merebak jauh melangkau imaginasi saya tika menulisnya tika 2009 dulu.
      Redha dengan ketetapan ALLAH yang memperkenalkan saya dengan tuan al.semantani bila dia ke fan page saya untuk meminta izin...

      Adakah semua ini sia-sia tuan?
      Jika berkata tentang tauhid dan agama.. tidakkah ini agama?
      Agama itu cara hidup dan cara hidup adalah dengan berakhlak.
      Dan berakhlak itu adalah dengan berfikir, merenung, iqra dan faham kemanusiaan dan ketuhanan. Anggaplah komen saya pada pukul 4 pagi ini adalah izin ALLAH, kerana tanpa izinnya, tidak mungkin saya menulis di lokalgenius ini.

      Maaf dari saya.
      sekian :D

      Padam
    2. dan jika benar berani, janganlah guna anonymous.. pada saya, ia kelihatan sangat bacul..

      maaf dari saya kalau terkasar bahasa.

      Padam
    3. Salam saudara aiz, maaf saudara semantani saya ambil peluang disini utk berbicara dengan sdr aiz. berkenaan dengan penduduk langit itu (dewa dewi) saya teringat kisah yakjuz dan makjuz apabila keluar menjarah bumi dan bermaharajalela sedangkan nabi Isa AS bersama kaum mukmin berlindung di bukit Thur(?)..mereka berasa tidak puas lagi lalu berkata..mari kita bunuh penduduk langit lalu memanah ke langit dan Allah SWT menjadikan anak panah yg kembali itu berdarah..secara automatis perkara ini terlintas di minda saya bila membaca karya saudara.

      Padam
    4. Aku cuma tunjuk tang mana gelincir ya:

      ...asbab tunduknya malaikat dan dengkinya pada adam adalah kerana baginda berjaya menamakan tiap barang kehidupan.

      Helo! ayat ini tak betul.

      .... Sesungguhnya adam itu berada di pertengahan antara kedua2 makhluk itu.

      Dalam adam dah disiapkan Iblisnya dan Malaikatnya,Bangsa yang dikandung jasad Adam meliputi. Adam itu bangsa jasad, bangsa tanah, bukan bangsa yang dikandung, bangsa yang dipertanggung dan memikul amanah, bangsa BAWA dan laksanakan perintah.

      ....tapi ilmu yang di bawa turun temurun, dari adam kepada bani adam. tanpa ini, kita semua hanyalah haiwan yang melata di bumi

      Baca surah At-Tiin OK.

      Encik Nusa tempat rujuk encik semantan, bila kami beritahu soal TAHU dan ILMU, jangan balas soal ADA dengan TIADA. La hau la wala quwwata illa billah.

      Padam
    5. yakjuj makjuj kat syria pun dah ada kot. Tentera pembangkang yg makan hati org. Berbuat kerosakan dan berbunuhan sama sendiri.

      Yg digelar dewa2 ni, adakah mereka berasal dari kayangan?
      Siapa pulak yg digelar wali2 kayangan oleh tok nenek kita dulu?
      Adakah dek kerana kesilapan org dulu2 langit dilapik?

      Melayu Semenanjung

      Padam
    6. dewa-dewi , wali-wali ni manusia yang yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa allah lebih dekat dari urat leher mereka.

      Padam
  30. Sebenarnya ilmu segala itu bukanlah ilmu yang di pelajari, tapi ilmu yang di bawa turun temurun, dari adam kepada bani adam. tanpa ini, kita semua hanyalah haiwan yang melata di bumi. haiwan yang pandai berkata-kata. Jadi, fahamilah tentang ilmu di pelajari dan ilmu yang diturunkan secara genetik (mungkin saya boleh istilahnya sebagai 'memori')
    Sedangkan Allah telah mengajarkan Adam "baca olehmu dgn nama Tuhanmu yg menjadi" jadi sudah tentu ada proses belajar dan diajar. Bila sudah diajar Adam melakukan kesilapan akibat perdaya Iblis. Lalu turun ke bumi kerana kesalahan yg dilakukan. Melalui kehidupan dunia utk belajar dari kesilapan yg baginda lakukan. Sedangkan dia asalnya seorang yg amat dekat dgn Pencipta. Turun melalui kehidupan dunia utk belajar dari apa yg pernah dipelajari oleh Pencipta. Dgn melalui pelbagai kisah ciptaan, kehidupan, kisah pembunuhan, utk belajar sendiri dari apa yg telah diterangkan."Turunlah kamu ke muka bumi sebahagian kamu menjadi musuh sebahagian yg lain, kami sediakan tempat bagimu sampai satu masa".

    Secara ringkas fahamnya Adam diajarkan dari Kitabullah ttg ilmu segala yg diajarkan utk baginda dan org kemudian utk mengenal dan menjalani kehidupan utk membuat pilihan yg pasti ke tempat asal kembalinya dia.
    Persoalannya bolehkah kita mencari asal usul Adam dgn menggunakan kitab lain selain dari yg pernah diajarkan pada baginda? Boleh ke kita jumpa? Kalau kita sekadar fikir mana tempat turun Adam sedangkan kita tak tahu dan mengamalkan apa yg baginda tinggalkan camana kita nak duduk bersama dia? Apakah kita tak boleh duduk bersama "ahlul bait" ahli rumah nabi dan rasul?

    Relaks tak payah nak tunjuk berani, kita bincang happy2, layan biasa2 cukup. bukan pasal takut, atau tunjuk pandai. Sekadar mencari sudah. Benda camni tak payah nak layan emo sgt. Ada hujah ckp.


    BalasPadam
    Balasan
    1. makanya tuan bersetujulah dengan ilmu segala itu yang sebelum ni tuan bangkang kan?!

      tika kita masih kecil, ayah2 kita mengajar kita pelbagai nama. itu apa? itu lori.. itu apa? itu burung.. dan seterusnya..
      bagaimana masa kecil kita, sungguh laju kita tau sesuatu perkara?!
      kita tak perlu pergi jauh untuk mengenali sejarah manusia. kembali kepada diri kita saja. tak perlu mistikal atau sejarah yg terlampau jauh :D

      Padam
    2. lagi satu, sebab suruh tunjuk nama tu adalah, nanti para pembaca tak de la pening. semua orang boleh jadi anonymous, tp sekurang2nya letaklah nama di hujung komen, baru lah kita tau dari orang yang sama. perbuatan menyembunyikan diri tapi nak tunjukkan ilmu. bukanlah melarang, tapi ia tak manis di pandang orang

      Padam
    3. Namaku Sarang.
      aku ini tempat berhimpun.
      tempat tinggal.
      tempat berlindung.

      Mereka katakan aku ini cinta.
      Kerana namaku sarang.

      Padam
    4. kita tak bangkang pun. tu yg kita bincang. cuma bila kita nak mencari, kita kena teliti betul benar salah apa yg kita cari. cuma yg mesti dijadikan panduan kalau Adam guna satu kitab, kita pun mesti guna kitab yg sama ngan Adam. Taurat, Injil, Zabur, Quran. Kalau kita guna kitab kisah manusia yg tulis contoh seperti perawi2 hadis. Mana nak dapat keputusan. Sekadar dapat cerita jelah. Kalau kita belajar betul kitab Adam guna , asal usul naga pun kita tau dari mana, cuba fikir askar firaun yg tenggelam tu apa kesudahan sifat mereka?

      Aku datang sorang.
      Nama dah ditulis luar dalam.
      Takde ibu takde bapak.
      Awal satu balik satu.

      Aku adalah aku.
      Dia adalah Dia.
      Sampai masa aku balik.



      Padam
    5. Tanpa Nama 6 Jun 2013 12:22 PG kata "Kalau kita guna kitab kisah manusia yg tulis contoh seperti perawi2 hadis. Mana nak dapat keputusan. Sekadar dapat cerita jelah."...

      Dari ayat tersebut dapatlah aku fahami bahawa hang menuduh para perawi hadith sebagai mengada-adakan kitab hadith!

      Marilah kita berhati-hati dalam membuat tuduhan sebegini kerana periwayatan hadith dipelopori oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri...

      Pada ketika itu hadith-hadith samada perkataan yang didengari, perbuatan yang dilihat, persetujuan ataupun ketidaksetujuan baginda secara isyarat dan lain-lainnya akan ditulis samada di atas kulit-kulit kambing, pelepah-pelepah kurma mahupun dihafal sama keadaannya sepertimana ayat-ayat al-Quran diriwayatkan...

      Kitab Al-Quran sebagaimana yang hang lihat dalam bentuk buku pada hari ini sebenarnya dikompailkan atas perintah Amirul Mukminin Saidina Umar...

      Diringkaskan cerita, cara hadith-hadith Rasulullah s.a.w. diriwayat adalah sama sepertimana cara ayat-ayat al-Quran diriwayatkan...

      Aku tak tau la hang ni baru balik bertapa ka hapa...

      Sedangkan hadith-hadith Nabi s.a.w telah diterima oleh para sahabat Baginda s.a.w. sebagai sumber rujukan dalam mengeluarkan hukum/keputusan jika tiada nas ataupun tiada nas yang jelas dari al-Quran...

      Begitu jugalah yang diamalkan oleh para tabien dan para tabiet tabien tak putus-putus hinggalah sampai ke hari ini...

      Sebagai kesimpulannya, aku pasti hang bukan saja tak belajaq malah tak pernah ambik tau pun pasai ilmu hadith nih...

      Mungkin hang pernah terbaca sepotong hadith atau mungkin lebih...

      Namun setakat itu saja hang tak cuba ngaji lanjut...

      Sebenaqnya aku tak berminat nak ajaq hang ilmu hadith...

      Cuma aku yakin dengan pengetahuan sebegitu cetek berkenaan ilmu hadith hang tak layak nak mengata perawi-perawi hadith samada secara indivudu mahupun secara umum malah tuduh depa mereka sedemikian rupa!

      Padam
  31. semua benda nk di Melayukan. dan kalau benar pun, apa kaitan dengan kehidupan kita kini?? bukan ke manusia di muliakan berdasarkan amalan mereka, ketaqwaan & iman, bukannya sejarah silam.

    jika Dajjal turun, bukan hanya Ahlul Bait sahaja yg akan berperang, semua org Islam yg beriman akan turut serta. kenapa nak kastakan kita sesama Islam??? nun di Arab. adakah akhlak mereka lebih elok dari kita?? mereka kan keturunan direct nabi2??? nun di Israel, lagi la..lebih separuh nabi2 keturunan Israel..akhlak mereka kini mengambarkan akhlak nabi ke???

    kita yang menentukan diri kita ke syurga / neraka. bukan sejarah silam.

    BalasPadam
  32. ngapa plak ko nak peduli.... napa tak boleh dimelayukan.... berapa gaji ko Dajjal bagi untuk menghalang proses kebangkitan ni.. apa ko peduli ada ke takde kaitan ... sukahati depa la nak tulis apa.... kalau ko tak suka boleh blah.. apa ko peduli manusia mulaia ke tak mulia ... ko bukan nabi pon.... nyibuk je kata sini...

    peduli apa ko dengan akhlak orang Melayu ke. .... arab ke... keling ke... cina ke.... kasta apa pulak yang ko cakap ni.... ko ni canap macam orang gila... kejap akhlak... kejap kasta... kejap perang....

    apa yang ko peduli orang nak mausk masuk surga ke neraka..... surga nerka mana yang yang ko sibuk sanagata ni???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun bukan peduli siapa engkau....erkk..

      Padam
    2. kalau tak peduli ngapa reply....

      Padam
  33. assalamualaikum.....

    bagi saya...ilmu yang diolah dari al semantani, jingger nusanaga dan re-matrix mrnjurus ke arah satu tujuan dan kajian mereka mungkin ad terkait kerana teori kefahaman tentang istilah artikel mereka adalah sama.jd,,bagi saya tiada masalah kerana satu tajuk diolah oleh otai2 teori seperti meraka adalah amat berharga.ini belum lagi srikandi...M.O.Lodgekeeper..bro Hj Shah M.O.M.........bukankah perbezaan pendapat dan pandangan adalah lebih baik?ibarat satu lagu ramai penyanyi...yang menyanyi mengikut versi masing2...bukankah ilham teori ini semuanya dari Allah Yang Mengizinkan?....yang guna tanpa nama.....tunjuk saje nama anda...beranilah sedikit..lagi satu....tuan tanah blog ni...adalah "rumah" beliau..oleh itu harap komen yang menuduh beliau ciplak..tiru harap tak usah melawat blog beliau...masuk rumah orang kita kena hormati..nak berbeza pendapat boleh..tapi bangsa melayu ad adab dan sopan....sekian...assalamualaikum

    BalasPadam
  34. Izinkan saya yg amat jahil ini berbicara...kebanyakan manusia tidak faham apa itu sejarah,Yg mereka faham bila berbicara tentang sejarah ialah apa yg diajar oleh guru2 mereka disekolah berdasarkan buku teks (saya rasa ramai yg tertido bila cikgu sejarah mengajar :) ) ini salah kerana setiap detik yg berlalu itu adalah sejarah, setiap perkara dan peristiwa yg telah berlaku itu adalah sejarah. kalau tak tiadalah Rasulullah bersabda ' Seorang mukmin tidak akan terjatuh dalam satu lubang 2 kali' riwayat Bukhari dan muslim.Dah jatuh sekali(sejarah)dah tahu ada lubang, tak tahu la kalau tak belajar dari sejarah jatuh tu....alamatnya..

    BalasPadam
  35. Aku percaya tuan tanah bukan suka-suka copy atau cedok-cedok sebab tuan tanah tahu pembaca blognya juga pernah membaca blog blog lain yang berkenaan. Cuma tuan tanah cuba menambah dan memberi pendapat dari sudut pandangannya. Apa salahnya kalau semua bangsa dikaitkan dengan Melayu sebab satu masa dahulu bangsa melayu telah berinteraksi dengan bangsa-bangsa luar, kalau tidak masakan Bahasa Melayu pernah jadi Lingua Franca. Bangsa yang hebat mesti dikagumi dan juga dibenci. Setiap manusia ada citarasanya. Tauhid itu memang asas pegangan bangsa Melayu cuma banyak istilahnya, ada cakap ilmu tauhid, ada yang guna istilah ilmu hak, ilmu maarifat, ilmu asal, ilmu usul, ilmu laduni, ilmu alam, ilmu semulajadi, sekarang pula ilmu segala. Pastinya Allah jua sumber segalanya. Sejarah juga mampu membawa kepada maarifah kepadaNya.

    NAGA JAUHAR

    BalasPadam
  36. assalamualaikum..
    sekadar berkongsi maklumat..
    cuba anda semua taip
    -'British Indian Ocean Territory'
    dan sila baca moto kerajaan di bawah naungan british ini iaitu
    -In tutela nostra Limuria (Latin: "Limuria is in our charge") @ dalam bahasa melayu mungkin boleh ditafsirkan LEMURIA DALAM TANGGUNGJAWAB KAMI...dan jika anda semua boleh perhatikan dalam google maps..kedudukan wilayah ini.

    Jika nusantara adalah atlantis......maka ad kemungkinan di luar wilayah nusantara adalah kawasan lemuria...

    dan jika DIperhatikan.ia adalah military base camp semata mata-(KETUMBUKAN TENTERA @ PENGKALAN TENTERA ....yang berada di lautan hindi..

    maaf jika pendapat saya ini tidak seberapa...

    BalasPadam
  37. tuan al semantani boleh tak saudara huraikan pendapat saya yg tak seberapa ni?

    BalasPadam
  38. salam umat manusia
    salam ummat islam
    salam ummmat melayu

    Kalau ANDA BERBALIK PADA PENGUASAAN AWAL KATA PATAH KATAAN MANUSIA PURBAKALA TIMBANG,SALLANG,LAUTAN SAMMUTDRA.......IA AMAT MUDAK LAH KAMU MEMAHAMINYA.

    Ummat melayu dinikala terkeliru pasal ilmu kata patah kataan nenek-moyang sudah tidak dapat mengenali aTAU MENUTURKANNYA....

    Sedangkan kata patah kataan moyang ini juga kesuluruhan Qalam Allah sepertimana dalam Al-Quran. Tetapi ramai terseliuh lidah pertuturan. Sehingga kata patah kataan itu tidak memiliki SIR' pada hakikat ghaibnya.

    Pasal tu ler.....kita ambil era Nabi Noh as, era pelopor arkitek&ingneering,era pakar pertanian penanaman frola founa atau era segala permulaan bibit kecanggihan manusia.

    Gambaran bahtera nabi noh as, walaupun saya tahu itu cuma gambar. ia tak perlu kamu gambarkan, salah tu tuan.....ia bukan sepertimana bahtera yang ada terkini atau bahtera seawal penjajahan atau seawal tahun masihi buatan illumati.

    Saya tegaskan disini.... bahawa pandangan dari atas Bahtera nabi noh tu....berbentuk segitiga tepat......Pasal tu ler berlabuhnya bahtera nabi noh pada area TIMUR...TIMUR....TIMUR...bukannya barat,selatan utara.............

    Sumber kajian saya .....Ilmu segala kata patah kataan Qalam Allah.

    salam akhir mula
    Dari,
    Laksamana Allihoo
    cucu maharaja panglima LAPU-LAPU....

    BalasPadam
  39. Kalau betui ler dema ni semua pengkaji sejarah N̶a̶r̶u̶t̶o̶ Nusantara, cecoba bagitau teman, bangsa Melayu ni bangsa yang tumbuh nombor berapa dari sekelian bangsa anak adam? Bahasa melayu ni tumbuh terbit bahasa yang ke berapa pulok? bukan rangking populer yer, tak payoh SMS bagai. Cuma memadai sentuh sejarahnya...mekasih la yerr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah la bongok....soalan pon bongpk.. nak suruh orang jadi bongok macam dia jugak... tak de pekdah nak layan orang bongok...

      Padam
    2. Walau pun soalan itu bongok, biarlah aku yang jawab. Bangsa Melayu ini adalah bangsa yang nombor satu dari sekelian anak Adam. Oleh kerana dalam Quran tiada mengatakan Adam itu berbangsa apa Maka boleh kiya berkata Adam itu berbangsa Melayu. Siapa saja yang lahir di Nusantara adalah Melayu. Nabi Adam diturunkan diNusantara (rujuk) . Oleh itu secara otomatiknya Adam dan anank anak baginda adalah berbangsa Melayu. Melayu pada masa itu.

      Padam
  40. Salam tuan tanah. Mintak tolong tuan ulaskan tafsiran maksud dewa dewi kayangan tok nenek kita dulu. Dlm blog kepustakaan melayu karangan malenka sri elang klau x silap sy ditulis asal melayu bukan malaikat, bukan haiwan yg melata tapi turun dari kayangan ke 5. siapa sbnrnya mala.. keturunan al hin/ makhluk bersayap? Cuba kaitkan jugak dgn annunaki..

    BalasPadam
  41. yg dinamakan org kayangan bukan org melayu je. Sekolompok umat manusia yg terpilih yg ditinggikan darjat dan kedudukan mereka di langit tinggi kerana amal yg mereka buat. Sampaikan suatu masa org boleh belajar dari mereka cuma mungkin kerana dek taksub membuatkan terpisah hubungan tu kecuali bagi org yg tertentu sahaja. Yg dinama haiwan melata siapa, adakah yg berperangai ikutkan nafsu? yg pokok kayu macamana? tak dihias bumi ni dgn manusia,haiwan pokok kayu. yg bersayap badan kuda kepala org tu sapa, adakah dia burak? Siapa unicorn tu sebenarnya?

    Saya bukan tuan tanah. Sekadar bertukar fikir mencari kebenaran. Sampai hilang angan dan bayangan.

    BalasPadam
  42. adoyai bila masa pulak saya kata ini kajian saya sendiri. kalau kajian saya sendiri saya dah letak bibliografdah...kata ngok kang marah...lepas tu kata pulak orang main copy paste. wei loh...kalau dah ada penambahan dan pengolahan itu bukan lagi dinamakan copy paste lah..itu pun tada blajar ka..ayyoo..jgn marah naa....rtikel ini cuma nak menguji minda org2 melayu kita..temgok apa dah jadi..macam beruk kene belacan semuanya...huhu

    ~Al semantani jones

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok lah ni... Baru blog ni jadi panas sekejap! Glamour sikit... Tulah hikmahnya...

      M_M

      Padam
    2. Ni tahap cadangan jer (proposal). Itupun sepatutnya selepas ia dipersetujui oleh seorang Ilmuan yang menjadi mentor. Lepas tu kena tadah depan semua ilmuan yang berkredibiliti dan diperakukan untuk dipertahankan. Kalau berjaya baru dilanjut jadi kajian. Kemudian kena dibentangkan lagi dihadapan panel yang khusus keahliannya untuk kesahihan. Baru dapat lesen untuk dipanggil teori..

      Padam
    3. Aah betul. Sebijik macam budak kolej dan unibersiti tahap diploma dan degree buat asaignment. erkkkkkk!

      Padam
    4. ye cadangan dan hipotesis je...bukan saya nak tulis journal antarabangsa. inikan blog, kenelah santai sikit kalau nak benda2 yg terlalu ilmiah pergi la baca buku kat library Tun Sri lanang ke Library UM ke...ye dok? tak pon hanpa pegi buat disertasi sendiri na...baguslah kalau dah ada Master atau degree boleh kitorang baca artikl hebat anda pula...amacam ada bran :)

      Pk seman

      Padam
  43. mohon Tuan Al Semantani ulas sikit pasal video ni

    http://www.youtube.com/watch?v=FC8wWsBKc88

    BalasPadam
  44. teori ini saya bagi 8 dari skala 1 hingga 10 betul...




    akan_bangkit

    BalasPadam
  45. Salam Sumer,

    Jgn dilayan soalan mengarut ni...

    Bangsa Mala

    BalasPadam
  46. Salam Jumaat yg diberkati.
    harap tuan tanah ok je dgn pelbagai ragam commentators dlm artikel ni. bukanlah tujuan kita nak menunjuk ilmu sembunyi diri. cuma apa guna kita belajar ilmu kalau bukan utk diyakini, apa guna cari kebenaran kalau bukan utk dinyatakan. Takkan kita nak biar ilmu hanya sekadar bayang di fikiran. Itu apa yang pernah Adam belajar dulu, bila dicerita pada dia, ilmu tu nyata depan mata. Sebab kita pegang SumpahKu yg benar, yang benar Aku nyatakan.

    BalasPadam
  47. Assalam sekadar rujukan silang sekiranya berminat..http://www.the-truth-seekers.org/Sunda.htm.Saya akan mencari buku karangan James Churchward 1926 bertajuk The Lost Continent og Mu.Sangat menarik dan banyak klu2 disitu.

    BalasPadam
  48. Salam semua. Ye.. sy dah baca the truth seeker tu. Terima kasih cik julia wilson. Nampaknya ada persamaan dgn kajian drpd pengomen bernama " pelayan allah" dlm blog nusanaga tajuk > kebinasaan melayu. Kalau x berat sangat bg tuan tanah, tolonglah buat kajian psal ini jugak ye.. hehe.. misteri betullah bangsa nusantara ni.. mohon maaf tuan blog.. sy guna anonym lagi nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam, buku2 karangan James Churchward berkenaan bangsa MU ada beberapa siri.sila ke http://www.sacred-texts.com/atl/ssm/ The sacred symbol of Mu..sampai tertido2 saya membacanya lewat mlm tadi. Memang bagus walaupun pendekatan hipotesis berdasarkan pegangan agama nasrani beliau.Namun fakta2 dan bukti kukuh dalam kajian beliau amat penting sebagai bahan bukti dan kajian.Terang2 beliau menyokong asal usul bangsa Mu (melayu Purba(?) sebagai bangsa asal manusia yg menurunkan ketemadunan di seluruh dunia sebelum banjir besar).Dan jangan lupa bukti2 artifak berbentuk tablet berbahasa 'Naacal' serta tablet2 lain di Inca yg mempunyai bukti kukuh bangsa Ma dan kebanyakan hasil kajian beliau hilang secara misteri pada tahun 1920.Beliau juga dilabelkan sebagai pengkaji sejarah occult..natijah atas cubaan beliau menyebarkan kebenaran. Apapun sebagai org Islam yg beriman dan mempunyai pengetahuan Tauhid, kita boleh membuat hipotesis buku beliau berlandaskan iman kita.Selamat membaca dan mengkaji.

      Padam
    2. cik julia ini orang mana?
      salam perkenalan cik julia

      Padam
    3. Salam perkenalan saudara Haru..saya wanita melayu yg mencari diri kemelayuannya :D

      Julia Wilson

      Padam
    4. Samalah kita huhu.
      Melayu ini memang misteri dan saya paling tak suka misteri, akan ku cari sampai jumpa terperinya, semoga maju jaya hendaknya.

      Padam
    5. Jangan begitu Haru, yg misteri itulah yg bagus mendorong kita mengkaji dan mencari.Semakin misteri semakin teruja untuk mencari jawapannya.Kekadang atas gerak rasa dan naluri kita tahu jawapannya di penghujung cerita namun yg ditengah2 itulah yg kita selalu cari kerana ia misteri dan tersembunyi.itulah kelebihan dan hikmahnya akal fikiran yg dikurniakan Dia...percaya atau tidak akan 'semuanya' menuju Dia akhirnya.......

      Julia Wilson

      Padam
    6. saya tak suka misteri bukan sebab apa, sebab kalau saya jumpa misteri walau sekecil-kecil misteri saya akan cuba menguraikanya, kalau jumpa mesti kena selesaikan sebab rasa ingin tahu saya tu kuat...tapi saya tak benci pun mulut ja kata tak suka(besa la orang kedah suka cakap terbalik) =)

      Padam
  49. Kebinasaan melayu ni puncanya adalah kerana dek banyaknya kitab2 hadis, ramai yg mengarang kitab, byk berpecah ikut jalan tarikat, ada yang mengamal agama mengikut nafsu dan byk lagi.
    Baik mari kita bincang satu contoh, ada kitab hadis tulis baitulmaqdis sbg kiblat pertama umat islam di dunia. Sedangkan dalil mengatakan Allah perintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail utk membina baitullah. selesai siapnya baitullah baginda berdoa mengharap semoga Kaabah itu diterima Allah sbg rumahnya di atas muka bumi. Lalu Allah perkenankan doa mereka, Serulah manusia utk dtg ke baitullah.
    Persoalannya, jika Allah dah terima baitullah sbg rumah Dia, apa perlu Rasulullah nak menghadap ke baitulmaqdis sbg kiblat solat baginda? Sampai nak kena pusing ketika sembahyang dari baitulmaqdis ke baitullah, mana benarnya cerita ni? Adakah Rasulullah akan mendahului Nabi Ibrahim dalam perkara agama? Atau adakah ada bangsa lain nak menunjukkan bahawa Islam itu satu masa dulu sama dgn agama mereka? Adakah kitab2 hadis ni kebanyakannya cerita rekaan manusia? Sebab dah ditegah jgn adakan kitab yg lain selain Al Quran, mudah fahamnya tak payahlah kau nak buat cerita kau, Cerita Aku pun dah cukup. Ke kau nak tunjuk pandai dari AKU?
    Guna anon dahlah, kita layan fikir happy2 sambil merenung kebenaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro...

      Anti hadis nampak?

      Padam
    2. kenallah hadis macamana, kitab hadis macamana.
      Silap2 yg kamu ikut bukan hadis, kitab je.

      Padam

    3. Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
      (Al-Baqarah 2:142)

      Padam
    4. Jd kau sembanhyangg ikut al quran ke..Org yg megumpul hadis ini bukan calang org..bukan dia mengadakan hadis sebalik merujuk kepada penghafal2 dan org masih ingat lagi perkataan nabi..Nabi itu sudah maksum. Maka segala perkataan keluar dari mulut dan pergerakkan baginda itu adalah benar. Salahkah mengikut perkara benar bahkan dari nabi yg memegang kitab alquran..Hanya nabi saja yang tahu sebenar rahsia alquran dari firman Allah taala yg diturunkan oleh Malaikat Jibrail..Apa yg kamu baca alquran sekarang ini adalah orang yg mengikut hadis nabi juga melaikan kamu membuat sendiri alquran yg baru lain dari apa umat islam gunakan..

      Padam
  50. Contoh seterusnya, bab isra' mi'raj kitab hadis kata Rasulullah turun naik ambil perintah solat 50 waktu sehari semalam. 50 waktu maknanya silap2 setengah jam sekali kita kena sembahyang. Sedangkan Dia dah atur kehidupan manusia dgn sempurna bila nak rehat, beramal,bekerja sebab Dia Maha Mentadbir. Tak dibuat Dia barang tak dketahui. Adakah Dia nak menyusah umat Dia dalam perkara kehidupan dan amal? sudah semestinya Dia tahu dan telah sediakan dgn sempurna apa yg hendak diamanahkan pada Rasul Dia utk ditunaikan oleh umat baginda. Mana benarnya cerita ni? atau sekadar ditokok tambah oleh penulis hadis tersebut yg kita pun taktau hidup lagi ke tak. sebab apa yg manusia tulis kita boleh persoalkan lagi. Tidak diturunkan Al Quran itu untuk menyusahkan kamu. Cari dan fikirlah bersama kebenaran cerita kitab hadis buatan ni.
    Fahamkanlah juga apa yg sebenarnya maksud Al Quran dan Al sunnah iaitu Al Quran dan Al Hikmah.
    Mudah fahamnya Al sunnah ni maksud dia ikutanku, yakni apa yg diikut Rasulullah. Logik ke Rasulullah nak ikut kitab org tulis pasal hidup dia yg tah betul tah salah. Kalau betul pun belum tentu dia suka apa yg org tulis pasal dia. Pasal dia menyampaikan Al Quran. Itulah ikutan baginda. Fikirkanlah kebenaran bersama, jgn hanya guna hukum akal, guna hukum fikir sekali. Pasal otak ada 2 bahagian.
    Anon lagilah. Biarlah ia kekal misteri. nama pun melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro...

      Tingginya rasa belas dan kasihan Rasulullah s.a.w. kepada ummatnya hang takkan mampu mentafsirnya secara logik...

      Baginda tahu kekuatan fizikal ummatnya tidak sehebat ummat nabi-nabi yang terdahulu...

      Baginda juga tahu balasan buruk yang takkan mampu ditanggung ummatnya jika ingkar perintah tersebut...

      Sehinggakan Rasulullah s.a.w. sanggup berulang-alik sampai sembilan kali mintak kurangkan lima puluh waktu solat tu sampai tinggal lima waktu saja...

      Sedangkan Allah Maha Mengetahui ummat Baginda s.a.w. takkan mampu laksanakan solat sampai lima puluh waktu...

      Logiknya solat yang lima waktu ni pun ramai yang kantoi inikan pulak lima puluh waktu lagilah hanyut, kan?

      Kalau ikut logik hang bro kan lebih senang Allah perintah solat lima waktu terus tak perlulah Rasulullah s.a.w. kekasihnya berulang-alik sampai sembilan kali menghadap memohon pengurangan...

      Bahkan tak perlulah Baginda s.a.w. di Mi'rajkan untuk terima perintah kewajipan solat!

      Kata kekasih, kenapa nak susahkan kekasih ya tak?

      Namun logik akal hang bro takkan mampu mentafsir perancangan yang Maha Perancang...

      Walaupun sampai hang gunakan kedua-dua bahagian otak ko itu secara serentak!

      Hang ni pulak aku tengok sedap je mengata orang ikut logik nafsu hang tu...

      Cuma satu ja aku nak tanya hang bro...

      Al-Sunnah tu sumber nya dari mana?

      Padam
    2. Yang saya tau Alsunnah tu pastilah dari Alquran. Sunnahku, ikutanku, yakni ikutan Rasulullah dah mesti sumbernya dari AlQuran.
      Baik, apa maksud Alsunnah yakni Alhikmah spt yg diterangkan dlm Al Quran?
      Kita ambik kisah Nabi Musa belajar dari Nabi Khidir tentang ilmu hikmah apa yang dilalui oleh Nabi Musa bersama Nabi Khidir sampai ke hujung cerita. Sila rujuk kisah tu sendiri. Kesimpulannya seorang nabi telah belajar dari seorang Nabi lain utk belajar tentang hikmah Alquran itu sendiri. Jadi Rasulullah yang menyampai AlQuran juga pasti akan belajar dari kisah nabi2 dan org2 terdahulu sebelum baginda spt yg diceritakan di dalam Alquran spt apa yg diceritakan Allah pada baginda. Tak mungkin nak ambik dari cerita kitab hadis.
      Tujuan suruh guna 2 bahagian otak tu pasal akal nafsu, fikir iman. Hang pilih lah mana satu hang nak guna. Org sekarang byk guna hukum akal, itu yg melalut tu.
      Aku pun nak tanya hang gak, antara Allah dgn penulis kitab hadis yg cerita pasal negotiation solat 50 waktu mana satu hang percaya?
      Hang tolong kejut balik penulis tu dari kubur aku nak tanya betul ke tak betul cerita dia? Betul ke tak dia dgr cerita tu dari Rasullulah? Ke dia pandai karang je. Takde pulak lam Quran cerita dia tu.
      Hang pilih satu je. Lam kubur dia tanya satu je pedoman.

      Padam
    3. Betul ke cerita ini? Setahu saya cerita Nabi Muhamad saw turun naik jumpa Tuhan , diselit pula dengan jumpa dan dengar nasihat Nabi Musa AS. Kita kena sensitive bila ada nama Nabi Musa AS disebut, kena Tanya kenapa nabi Musa yang terjumpa oleh Muhammad saw. Yahudi memang suka UPkan Musa as. Takut2 cerita turun naik langit ini, sembahyang dri 50 rakat jadi 5, Muhammad saw listen to Moses' advise, cuma cerita ulama Yahudi.

      Dalam Quran dah suruh kita sembahyang dalam 3 waktu. Nabi pula tunjukkna yang kita sembahyang 5 kali dalm 3 waktu tersebut. Ikut ini sahaja sudahlah.

      Seperti apa@ pun kena 40 hari???? kalau tak percaya cuba goggle sunnah orang Yahudi, banyaklah terjumpa cerita -certa 40 hari ini.

      Padam
    4. kalau nak dikaji semua kitab hadis hari ni semua diorang yang tulis. diorang ambik cerita dari Alquran ubah fakta, ubah nama, ubah cerita selitkan potongan ayat Quran utk menampakkan ia benar. Sebab Alquran yang sebenar ada pada mereka. Tu yg dia boleh buat kitab macam2. Diorang ahli kitab nak Islam hari ini berpegang pada kitab hadis. Bukan Al quran.

      Baru2 ni Universiti Al Azhar Mesir nak tuntut balik Quran mereka yg Napoleon larikan. Sampai masa tukang lelong batalkan terus, tak kasi jual. Kenapa mereka masih mau menyembunyikan kebenaran? Fikirlah lagi.
      Tapi kalau sapa nak ikut kitab hadis dan lain2, saya tak paksa. Pilihan masing2.

      Padam
    5. Itu yang dimaksudkan ahli kitab ni dia nak kita ikut macammana cara mereka beragama. Ubah kebenaran utk kepentingan hidup dunia. Alquran dibawak/ubah utk merintah dunia. Saksikanlah hari ni, nyata tak?

      Padam
    6. @ Moya - Pasal 40 hari
      Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
      (Al-Baqarah 2:51)

      Padam
    7. sebelum wafat nabi Muhammad SAW ada bagi wasiat kepada umatnya iaitu al-Quran & as-Sunnah dan menyuruh umatnya ikut...
      as-Sunnah merupakan tingkah laku,akhlak,perbuatan,percakapan & apa saja yang rasulullah buat dan hadis pulak perkara yg dilakukan @ apa saja yg dilakukan Rasulullah baik percakapan atau apasaja dicatatkan,direkodkan,ditulis atau dihafal...
      hadis ni pulak terdapat banyak hadis..
      ada hadis dhaif,hadis sohih dan macam2 lagi...(harap belajar)
      apa yg kita perlu ikot ialah hadis sohih...
      nak dpatkan hadis sohih ni bukan senang...
      dia kene lihat siapa perawi,latar belakang perawi dan mcm2 lg...
      kalo satu xcukup sifat2 hadis sohih hadis tu boleh menjadi hadis dhaif..
      hadis ini juga ada menerangkan perkara yang xjelas atau tiada dalam al_quran seperti kemunculan dajal..


      ALLAH sebaik2 perancang dia tau apa yang terjadi dan akan terjadi..DIa yang merancang semua nya...Dia cipta ADAM untuk mentadbir alam & dunia..dan Dia lah yang merancang yang ADAM akan dikeluarkan dari syurga..Dia suka menguji hamba-Nya..setiap hamba-Nya akan diuji..xda siapa yang terlepas...

      daripada "Insan Hina''

      Padam
  51. ye..ye ini hipotesis je bukan kajian atau tesis benar. dah..dah jagan bergaduh kat sini tak de faedahnya bertekak. buang yg keruh ambil yg jernih. jangan tanya mende2 yg mengarut kalau tak nak jawapan yg mengarut bak kata seorang Prof tu. kepda saudara Aiz Nusanaga terimakasih daun keldi kerana sudi singgah dan cuba untuk menjernihkan kekeruhan yg berlaku.itu baru kene sental sikit je ngan belacan dah terloncat2 belum agi saya sental dgn cencalok..huhuhu . beginilah orang Melayu kita yek... susah nak menerima anjakan pemikiran sikit. sebab tu terjadinya perbalahan antara Kaum tua dan kaum muda sekitar awal 1800 hingga awal 1900 dahulu. sebb yg muda tak nak mengalah dan yg tua degil ya amat.

    ~ Al semantani

    BalasPadam
  52. Bukan apa tuan tanah, masa tu yg muda ingat diorang tu gang reform nak buat pembaharuan. bawak masuk kitab hadis banyak2. Depa tak sedar yang kitab hadis tu british yang byk bawak masuk ambik dari india masa british jajah sana. Quran kita yang sebenarnya diorang bawak lari. Tu yg diorang maju. Kita dibiarkan berpecah ngan kitab hadis. Tu yg buat melayu binasa. Org tak byk nak pikir.
    Yg tua bukannya degil, mereka nak mempertahankan kebenaran utk anak cucu mereka. supaya anak cucu boleh pegang Quran kukuh2. Sebab diorang tau ilmu Quran ni jadi. ilmu segala jadi. pangkal jadi. pasti terjadi. Diorang dah lalu benda tu. yg muda nak tunjuk hero dan pandai pulakkan. sekarang 2013 apa sudah jadi? Bersusah payah mencari asal usul sendiri. sebab pedoman tah mana pergi.
    Ala tuan tanah kita bukan gaduh2 sini. bertekak pun tak. Cuma gurau2 melayu je. Org melayukan suka bersendaloka. tapi u mmg sporting, melayu suka. jgn marah na.

    Anon yg support melayu tua yg degil tu. Tu yg terikut-ikut tu. Peace y'all.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tanya sikit..
      jadi nya al-Quran yang orang Islam baca sekarang ni da xasli la ya??
      da diubah suai oleh orang lain??
      sama macam injil & zabur sekarang yang dah xtulen dan diubahsuai??
      keacaner???

      kan ALLAH ada berfirman dalam al-Quran:
      "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9)

      sesungguh nya ALLAH sudah berjanji bahawa al-Quran itu akan terpelihara hingga hari kiamat..xda yang boleh mengubahnya atau menambah ayat2 al-Quran..itu janji ALLAH..

      apakah bukti saudara yang mengatakan kitab al-Quran itu sudah tidak asli dan apakah bukti saudara mengatakan British sudah membawa lari kitab al-Quran yang asli..

      pada hakikat nya mereka maju disebabkan mereka rajin membaca dan mengkaji sesuatu..xmacam kita...

      dan saya xrasa bahawa saudara orang ISLAM...saudara cuba menjatuh dan memecahbelahkan orang islam..mungkin saudara melayu tp bukan ISLAM...

      berat da ni manusia lening..

      daripada"Insan Hina"

      Padam
  53. Izinkan saya timbulkan lagi satu persoalan.
    Ni bab Buraq pulak yg dikatakan jadi kenderaan nabi ketika isra' baginda. Mengikut ahli kitab hadis, Rasulullah menaiki binatang bernama buraq utk pergi ke baitulmaqdis selama satu malam. Tapi kalau kita kaji wali2 melayu pun boleh ke Mekah dgn sekelip mata, dah tentulah Rasulullah yg mendahului mereka pun boleh buat perkara yg sama, betul tak? sebab masing2 mengamalkan ilmu yg sama. apa perlu Rasulullah naik buraq utk di isra'kan. Betul ke baginda mi'raj kat baitulmaqdis? sedangkan baitullah dan pusat bumi tu di Mekah. Apa yg tak kena dgn cerita ahli kitab hadis ni?

    Anon yg suka bertanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hadis ni banyak, ada yang sahih ada yang palsu sebab tu kalo nak mengaji hadis hati kena terang baru boleh bezakan yang mana satu hadis hak yang mana satu hadis palsu itu saja...sebab tu ramai yang pertikai kitab-kitab hadis sebab ada hadis yang palsu sebab tu ada pertikaian.

      nak taow yang mana betoi mintaklah kat Allah untuk tunjukkan yang mana satu salah yang mana satu betoi, guna akai yang Allah amanahkan dengan sebaik baik mungkin.

      Padam
    2. Ada apa di pusat bumi di makkah dan ada apa di baitulmuqadis kalau itu betul...Nabi mikraj hanya untuk tgk pusat bumi ke saudara anon 21 jun 2013 11.34 PG.

      Padam
    3. saudara xtau ker dengan menaiki buraq tu sekelip mata jer da sampai baitulmuqaddis dari mekah dan sekelip mata jer dari sudah sampai ker sidratulmuntaha dari baitulmuqaddis??
      kalo nak ikot kan akal semua xlogik saudara..tapi kalo berpikir mengunakan akal dan iman inshaallah benda xlogik dipikir akan menjadi logik...

      "Insan Hina"

      Padam
  54. Mengapa bila ditunjukkan catatan-catatan TUHANMU...

    Mereka mengatakan dongeng-dongeng / sihir-sihir orang-orang dahulu... golongan al awwal...

    Siapa yang termakan tipudaya...???

    Siapa yang membuat tipudaya... ???

    Mengapa jadi demikian...???



    - Ghost Rider sentiasa bersama anakcucu yang menggunakan akal -




    BalasPadam
  55. Nak kenal melayu kita tak payah baca kitab apa yg org putih tulis pasal kita. Pasal yg kenal diri melayu itu adalah dia dan Penciptanya sendiri. Cuba kita kaji dari sudut seni bahasa org melayu, dari segi lenggok, kias, perumpamaan, bidalan, lapik, kesantunan semua diambil dari Alquran dan diamalkan oleh org dulu2 itu pasal mereka selalu menjaga adab. Bab pertahanan diri bermula geraknya dari Alif sampai ke Ya,benar bagi membuktikan kebenaran apa yg mereka pertahankan.
    Kenapa british tukar indon dgn belanda, adakah mereka tau mereka tak boleh makan Wali 9, 10 dan anak2 murid mereka? Nak tgk anak murid wali tontonlah filem si buta mata malaikat dan si buta dari gua hantu, itu kehebatan ilmu mereka. Itu baru anak murid sahaja.
    Kenapa british dtg bawak askar gurkha, pengganas komunis bila dtg ke tanah melayu? kenapa mereka sampai tak ramai, hantar think tank sahaja? Kenapa tak hantar bala tentera? Adakah mereka mmg tak mampu nak makan kelibat spt Tokku Paloh, Mat Kilau and the army lalu mereka hanya bawak lari Quran sahaja sebab mereka tau itulah senjata ampuh org melayu? Sebab kebanyakan melayu berpegang doa itu senjata org2 mukmin. Pikirkanlah bersama, toksah pening kepalalah baca cerita pjg2 org putih tulis ni. Dia pun tah kenal tah tidak diri dia nak tulis cerita pasal org pulak. Cuba kita tanya dia apasal org tua dulu2 ada panggilan SESAT BARAT? apsal tak sesat timur ke, selatan ke, utara ke. Yang dinamakan barat tu bangsa diorang lah. Lagi mau tulis pasal orang.

    The Anon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon ni asyik perli aje, dah tu aje buku yang jumpa jadi dia ckp yang tu je lah. Kalau ada kitab yang lebih baik untuk rujukan cubalah Anon bgtau atau copy paste kat sini. Boleh juga kita baca atau cari. Kita ni budak baru belajar, kalau asyik kena marah jer, tak ada mood lah nak belajar. Anon, gentle lah sikit. Dah lah luar bergolak, baca komen Anon ni tension lah pulak. Tapi citer Si Buta dari Gua Hantu tu sy pernah tgk dulu dulu lah, masa kecik2. Hero nya siapa ek...Dicky Dzulkainan ke.... Anon, jgn marah sy ya... takut la...

      Padam
    2. Yang kita tau satu je kitab yg paling baik utk digunakan nak kaji dan kenal org melayu ni Quran satu. Jangan campur ngan kitab2 lain. Tajul muluk ke, tajul aripin ke itu pun dah cukup. Dah nama pun Nabi Adam belajar satu kitab, Nabi Musa satu kitab, Nabi Daud satu kitab, Nabi Muhammad satu kitab. Kenapa sampai kat melayu hari ni dah berlambak-lambak kitab. Apa yg disaksikannya? Sekadar sebut je ke?
      Belajar tak payah tension2. Kita layan happy2 sambil memandang dan mencari. Kita mana ada marah, cuma bila org lain tulis pasal bangsa kita sedangkan dia pun bukan baik sgt, tu yg tak kena.

      Ada keris tak berhulu
      Ada pedang tak bersarung
      Ada pena tak bernama
      Kena tak kena, sendiri yg rasa.

      Nun Wau Nun, Misteri dihujung jari.
      saya taknak jadi bodoh.

      Padam
    3. Apa masalahnya kalau naskhah Al-Quran dilarikan?

      Bukankah umat Islam ada para hafiz dan hafizah yang menghafal isi kandungan Al-Quran? Dalam Al-Quran pun ada sebut Islam terpelihara sehingga ke akhir zaman. Apa panduan umat Islam? Al-Quran dan hadis.

      Kitab-kitab yang berlambak tu cuma untuk menerangkan isi kandungan Al-Quran dan hadis. Al-Quran dan hadis tetap panduan utama.

      Padam
  56. Salam,

    hihhih...
    ramainye dia yang pandai-pandai disini,
    dia yang bodoh lagi jahil dimanakah gerangannya?
    takut menunjuk pandai,khuatir yang zahir hanyalah kehinaan belaka.
    ambo ni,boddoh cume.

    BalasPadam
  57. Hanya yg berasa dirinya masih bodoh sahaja yg suka membaca dan mengkaji.Yg dah rasa dirinya pandai dan kenal dirinya silakan berkongsi ilmu secara ilmiah dan berhemah.Ilmu ada dalam banyak bahasa termasuk yg utama Bahasa Arab (Quran).Apa masalahnya membaca dan mengkaji buku2 karangan asing?Selagi boleh membaca..bacalah.Kalau tak boleh memahami bahasa asing, silakan belajar.banyak faedahnya untuk bangsa dan agama. Jangan jadi narrow minded dan jumud.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihhih..
      membaca sebagai hobi dan keperluan ye?
      teruskanlah wahai hawa..kesian ilmu yang telah nyata ada semakin disisih lagi..asyik memandang yg diluar,maka terlepaslah pandang yg ddidalam..
      kesian yg didalam ye...

      Padam
    2. Kenapa menyangka2..kamu tahukah apa yg ada didalam dada manusia wahai anon..kesian kamu.

      julia Wilson

      Padam
  58. Kepada Anon 7hb Jun 2013,11.24pm,
    Saya setuju dengan hujah anon yang support melayu tua yg degil.....kalau diikutkan NAbi Muhammad S.A.W adalah ummi di utuskan kepada masyarakat yang ummi(Arab JAhiliyah)jadi tafsiran Al-Quran Surah Iqra' ayat pertama Iqrar 'Bacalah' adalah tidak betul kerana Baginda Rasullullah tidak boleh baca jadi ayat iqrar tu sebetulnya 'Sebut' bukan 'Baca'. Sekian Wallahuallam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org tua dulu diorang berpegang awal ugama mengenal diri. Diorang ambik semua ilmu tu dari Quran sahaja. Takde campur kitab lain.
      Contohnya kisah Nabi Ibrahim mencari kebenaran, dilihatnya pada alam, matahari dan bulan, sampai satu masa baginda nekad masuk ke dalam api mencari kebenaran. Namun tak dimakan api. Sampailah kisah baginda membina Kaabah utk umat kemudian. Itulah yg sebenar di panggil hadis/ sunnah para nabi spt dlm Quran yg diceritakan utk diikut oleh umat kemudian.
      Kisah pemuda Al Kahfi, dari perbuatan dan amal mereka org tua2 kita bawak kepada jalan pertapaan dlm ilmu persilatan mereka.
      Jgnlah ada yg mengata kita sesat/ ajaran sesat pulak nanti, sedangkan dia pun tak paham apa definisi sesat. Yg dikatakan sesat tu bila roh manusia tak dpt kembali kpd Pencipta dgn sempurna. Kenapa pulak? Ialah sampai jln kubur malaikat tanya apa pedomanmu? Dia pun jawap AlQuran, kitab hadis, kitab siyarus salikin, kitab riyadus solihin, kitab hamka, silap2 dekat 73 buah kitab dia belajar. Taktau la kalau dia boleh tipu lam kubur. kat dunia bolehlah. Takpelah kalau malu pun kat diri sendiri je kan ada org tgk pun. keputusan dia ahli kitab masuk neraka.
      yg sedihnya sekarang org melayu sendiri yg pegi bakar Quran tu sampai jadi abu buang tgh laut. Kalau jumpa org keje tukang bakar/ pelupus Quran ni, pesan la dgn dia " hari ni kamu bakar apa yang Allah tulis, susun, cakap, jadi pedoman bagi umat manusia. Kamu pun harus bersedia utk dibakar macamana kamu pernah membakar Alquran di dunia" Kita bukan nak hukum dia. igt saja.
      Kita kena igt Allah ada perasaan. Itu sebab nama Dia yang Maha Berkata-kata. AlQuran itu lah yg menyatakan perasaan Dia. Alam menjadi saksi segala perbuatan Dia.
      Pikirkanlah maksud, setelah diberi kemuliaan, mereka jatuh dgn sehina-hinanya.

      Padam
    2. Bro...

      Tuduhan mengatakan masyarakat Arab Jahiliyah sebagai masyarakat yang ummi adalah satu tanggapan semberono lagi tidak tepat...

      Kaji lagi bro, saya yakin anda mampu melakukannya.

      Padam
    3. Betul lah tu. Mana mungkin orang zaman Rasulullah mereka tak tau menulis. Takde kertas nak tulis, tulis atas kulit binatang ye tak. Diorang dah ada tamadun diorang sendiri. Ahli kitab je gi buat cerita tah apa apa. dah tentu diorang dah boleh compile, susun, tulis Alquran elok2. Tu yang Rasulullah buat dia susun. Masuk kitab hadis hari ni diorang dah buat citer karut dah. Kita cari sama2 bro. Jgn belajar mengikut org dan kitab.

      Padam
    4. Berdasarkan apa yang saya pernah belajar,

      Jahiliyah tu merujuk kepada peradaban mereka pada masa itu. Ditekankan yang Rasulullah tu seorang yang amanah, boleh dipercayai cakapnya (jujur), dan 'Ummi' (tak boleh membaca) supaya manusia jelas bahawa mustahil untuk Baginda mereka-reka isi Al-Quran.

      Al-Quran itu petunjuk untuk semua manusia dan jin di segenap alam bukan untuk Rasulullah sahaja. Logik ke kalau manusia disuruh menyebut? Kalau macam tu apa perlunya Al-Quran dibukukan? Kenapa tak suruh semua manusia hafalkan sahaja isi Al-Quran? Apa pentingnya buku-buku sains, agama dan lain-lain yang wujud di dunia ni? Kenapa tak hafal sahaja ilmu-ilmu yang dipelajari secara lisan? Bukankah semua ini menunjukkan kepentingan membaca?

      Wallahualam. Kalau salah, tolong betulkan.

      Padam
  59. Tetapi berdasar penelitian, kata Serendib adalah bahasa Sanskrit yang ditulis dalam bahasa Arab, yang aslinya berasal dari kata Suvarna Dwipa pulau emas yakni Sumatera,....
    Suvarna Dwipa ------sin ba ro na dal wau ba----ya, ia jadi SERENDIB

    BalasPadam
  60. " Tanpa Nama7 Jun 2013 11:24 PTG
    Bukan apa tuan tanah, masa tu yg muda ingat diorang tu gang reform nak buat pembaharuan. bawak masuk kitab hadis banyak2. Depa tak sedar yang kitab hadis tu british yang byk bawak masuk ambik dari india masa british jajah sana. Quran kita yang sebenarnya diorang bawak lari..."

    Asslmkum, sy yang hina ini cuma mencelah..kalau kita berfahaman bahawa Al-Quran yang ada pada kita pada hari ini tidak asli lagi maka kita boleh dihukum sebagai kafir kalu ikut ilmu aqidahnya...tapi kalau kita berfahaman bahawa British telah menghilangkan kefahaman sebenar Ummat Melayu terhadap Al-Quran yang sebenar maka tidak mengapa...Hadis Nabi s.a.w adalah sumber kedua selepas Al-Quran tanpanya maka kita x paham Islam...Maaf cakap .. ada setengah penganut Syiah bahawa fahaman ini untuk hancurkan aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan menjauhkan pegangan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah..Wallahu `alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. terangkan sikit apa beza AlQuran resm Uthmaniyyah/Uthmani dgn
      AlQuran Karim, AlQuran Majid, AlQuran Hakim?
      yang saya tau nama Allah hanya Al Karim, Al Majid, Al Hakim. Uthmani takde dalam asmaul husna.
      Cuba siasat sekali Alquran resm mana yang paling banyak digunakan di Iran hari ini?
      Kalau setakat penghujung dia asyik Wallahua'alam sahaja, camana kita nak pastikan sumber kita benar? Memang Allah mengetahui alam, dia yg cipta. Apa peranan kita utk memastikan kebenaran?

      Padam
    2. Rujuklah dari sumber muktabar dalam ilmu Ulum Al-Quran, perkataan Uthmani diambil sempena nama Saidina Osman al-Affan r.a yang memulakan usaha mengumpulkan Al-Quran dalam bentuk mushaf,dan mengagihkannya kepada semua wilayah Islam, kalau benarlah dakwaan bahawa british dah ambil Quran yang asal maka kesilapan dalam Al-quran memang boleh dilihat sama seperti Bible yang ada macam-macam versi yang setiap versinya berbeza teks asalnya...Iran memang x pakai Quran Rasm Uthmani sebab Syiah mendakwa ia telah diubah oleh Ahlus Sunnah...tengok link ni :http://www.youtube.com/watch?v=9QVISG7yrfo

      Padam
    3. Cari lagi non. Jgn hanya guna internet, tak cukup. Yang sebenarnya Uthmaniyyah bukan saidina Osman. Quran yang sebenar barat dah banyak ambik diorang simpan. Bermulanya pengedaran Quran uthmaniyyah sejak dari zaman pemerintahan Osman Ghazi Khan 1 lagi diawal kurun 13. Dia ubah kitab tu utk menawan dunia dan memerintah. Tu pasal dia berjaya dalam taklukan dia. Alquran ilmu jadi. Tapi dia bawak kpd berbunuhan itu yg salah. sampai masa empire dia jatuh sebab perbuatan dia salah. Islam bukan empire, Islam kebenaran.
      Kalau kamu nak tgk perubahan dlm Quran hari ni tgk pada tanda baris dia, potongan ayat dia, dan kira betul2 cukup tak 6666 ayat. kalau kurang dah kena ubah la tu. Boleh tanya ustaz ngaji kenapa Quran Majid diorang tak bagi pakai lagi? Mintak maap non kita bab utube ngan Iran memang kita tak caya sgt. Tapi kita tau diorang yg kuat pakai resm uthmaniyyah.

      Padam
    4. Tapi non kalau kamu nak rasa lebih yakin dlm mencari kebenaran. Kamu jumpa dan tanya auctioneers Osenat dari Paris yg tak jadi nak lelong Alquran asal milik Masjid Al Azhar Mesir yg diambil masa zaman napoleon dahulu. Soalannya:-

      1. Kenapa anda tidak mahu memulangkan AlQuran ini kepada pemilik asalnya?

      2. Mengapa anda menarik balik lelongan AlQuran ini? Kenapa ia bukan utk dijual?

      3. Sekiranya anda pernah melelong emas, berlian, painting berjuta2 dolar, berapa nilai sebenar AlQuran ini kepada anda?

      kalau kamu dapat tgk isi kandungan dia lagi baik. Boleh buat perbandingan dgn yg ada sekarang. Cubalah, manalah tau berjaya pulak. Mudah2an kamu menjadi org2 yg yakin dalam mencari kebanaran.

      Sila rujuk sini.
      http://www.thelocal.fr/20130606/paris-auction-withdraws-sale-of-napoleons-quran

      Padam
    5. Tidak perlulah kamu pertikaikan resam apa yang digunakan untuk mencetak Al-Quran, sesungguhnya Allah dah menjanjikan bahawa Al-Quran tidak akan ditokok tambah seperti kitab kitab sebelumnya...

      Padam
  61. Kesahihan Al-Quran hari ini tidak boleh dipertikaikan sebab ia diriwayat secara mutawatir yang bermaksud bermula dari rasulullah s.a.w diriwayat oleh lebih 40 orang sahabat r.a dan diturunkan kemudian kepada generasi pengikut sahabat lebih dari 40 orang dan seterusnya setiap lapisan zaman, orang yang meriwayatnya lebih dari 40 orang , tujuannya untuk memastikan tiada pemalsuan Al-Quran sebagaimana yang didakwa oleh Syiah yang mengatakan Al-Quran hari ini ada ayat yang telah dibuang oleh Sahabat r.a..hati2 dengan dakyah halus Syiah..bahkan mereka adalah disifatkan sebagai pendokong Dajjal laknatullah...Ciri2 keluarnya Dajjal dengan Al-Mahdi versi Syiah Imam 12 sama dan disebut dalam kitab rujukan Syiah utama Al-Kaafi..Wallahu `alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat macamana bro...

      Masing-masing cuma nak menegakkan benang basah...

      Hasilnya hanyalah buang masa...

      Depa ingat al-Quran ni diturunkan dalam bentuk mushaf atau lembaran-lembaran kertas kot...

      Sedangkan setahu saya la (kalau salah tolong betulkan ya)...

      Al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa berhuruf dan berbaris seperti yang kita lihat dalam mushaf al-Quran yang ada pada hari ini...

      Tak kisah la...

      Al-Quran Karim ka, Al-Quran Majid ka, Al-Quran Hakim ka, Resam Uthmani ka...

      Tu semua cuma nak mudahkan orang bukan Arab membaca al-Quran saja...

      Silap-silap depa ni tak ambil tau pun...

      Mula-mula para sahabat menulis wahyu tanpa berbaris samada atas, bawah ataupun hadapan...

      Kerana pengikut Nabi s.a.w. yang boleh membaca pada ketika itu boleh membaca tanpa bantuan baris tersebut...

      Sedangkan yang tak tahu membaca mereka menghafaz!

      Amirul Mu'minin Umar ibnu al-Khattab yang memulakan usaha mengumpulkan lembaran ayat-ayat al-Quran yang dicatatkan oleh penulis-penulis wahyu Rasulullah s.a.w. untuk dijilidkan dalam bentuk mushaf berikutan syahidnya ramai penghafaz al-Quran dalam satu peperangan di era pemerintahannya (kalau tak silap saya melebihi 70 orang huffaz telah syahid dalam peperangan tersebut)...

      Bila pengaruh Islam di Semenanjung Arab mula melepasi batasan utara, timur dan barat ke daerah-daerah kabilah Arab yang lain maka keperluan kepada satu bacaan ayat al-Quran yang standard menjadi keutamaan kerana setiap suku Arab mempunyai slanga yang berbeza yang boleh menimbulkan kekeliruan...

      Untuk pengetahuan kita bersama, bacaan standard bagi ayat al-Quran ialah dalam slanga bahasa Arab kabilah Quraisy...

      Khalifah Uthman ibnu Affan kemudiannya menyalin mushaf di zaman Umar untuk dihantar ke daerah-daerah tersebut bersama beberapa orang guru al-Quran dan para huffaz...

      Masa berlalu dan bila pengaruh Islam mula melampaui batasan daerah bangsa Arab maka baris atas, bawah dan hadapan diperkenalkan untuk memudahkan bangsa bukan Arab membaca al-Quran...

      Akhirul qalam, Allah s.w.t. telah berjanji memelihara al-Quran sehinggalah hari kiamat...

      Selain dalam bentuk mushaf, al-Quran juga terpelihara di dalam dada para huffaz bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. hinggalah sampai ke hari ini tidak putus-putus sanadnya...

      Saya yakin para huffaz yang berguru akan dapat menyebut sanad ayat al-Quran yang dihafaznya...

      Buangkanlah pra-sangka bahawa ayat al-Quran telah diubah mahupun telah dikurangkan oleh British...

      Sesungguhnya British tak lah sehebat mana pun sehingga mampu mengubah mahupun mengurangkan mana-mana ayat al-Quran tanpa disedari dan diperbetulkan oleh ribuan huffaz yang ada di seluruh dunia ini sejak dulu hingga kini...

      Wallaahu a'lam bissawaab.

      Padam
    2. Saya berpegang kepada Mukjizat terbesar Al Quran yg mulia dan dijanjikan Allah terpelihara hingga akhir zaman.. Mereka2 yg membahaskan pasal baris2 ni dangkal sungguh.Bahasa Arab formal mana ada baris sebab itu bahasa mereka, secara auto mereka tahu menyebutkannya.Sebab tu pada mula2 Al Quran ditulis tiada baris.(jgn pulak campurkan dengan cerita bahasa Arab ammi).Kita ni atau kamu2 yg tak fasih bahasa Arab perlu menggunakan sistem baris untuk membunyikan perkataan tu.Salah sebut satu huruf aje dah jadi lain makna tahu tak? Siapa yg belajar bahasa Arab dan linguistik tahulah apa yg saya maksudkan ni.

      Julia Wilson

      Padam
  62. kadang2 yg mengubah Quran kan british pun. Org islam pun ada, ahli kitab pun ada. Memang Alquran terpelihara, tapi kenapa ada yg pegi bakar sampai jadi abu? Dah jadi abu ikan pun takleh nak baca dah. Mustahil lah Quran tu turun tanpa baris, kalau tak camana nak bunyikan dia? Sedang baris tu la antara hukum2 Quran.

    Kita kalau dgn ahli kitab ni kita taknak melayan sgt. Kang dia cerita pasal perawi hadislah, hadis muktamar, hadis 40, 50 60, karang kita tanya Alquran 30 juzuk kamu dah paham ke belum kang ternganga pulak. Bukan hafaz, faham ke tak? Jgn igt kamu hafiz kamu pasti ke syurga. Kita senang je, kalau depa boleh kejut salah sorang dari perawi hadis tu, tak kisahlah imam ke, sheikh ke berapa puluh hadis dia riwayat pun, kita nak tanya dia senang je.

    Apa hukum mengadakan kitab lain selain Alquran?
    Apa hukum memotong, mengambil ayat Alquran utk dijadikan kitab sendiri?
    Apa kesan bila kita mengubah pedoman manusia?

    Kita taklah pandai sgt. Tapi kalau kitab Riyadus Solihin yg depa duk baca, karang sampai beratus-ratus muka tu. Kuliah sampai berhari-hari bolehlah kita gulung dgn tiga patah perkataan Alquran sahaja. "Wahai jiwa2 yang tenang. sampailah ke Wadhulli jannah". Itu saja. Tapi kenapa boleh sampai jadi satu kitab, itu persoalan dia? Sesuatu yg mudah kenapa jadi susah? Pasal depa tafsir ikut hukum akal/ nafsu.

    Kita bukan nak tegakkan benang, kita nak tegakkan benar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah...

      Aku gelakkan saja komen balas hang...

      Punya la panjang aku cerita sejarah baris al-Quran kat atas tu...

      Lain pulak dipahamkan nya...

      Bro komen aku kat atas tu dalam bahasa Melayu yang mudah dipahami...

      Kalau dah bahasa Melayu yang mudah dipahami pun dan tak paham...

      Tak kuasa aku nak melayannya...

      Tuan tanah mintak tolong!

      Buat satu artikel pasal sejarah baris pada ayat al-Quran pulak...

      Bagi mamat terlebih pandai ni paham dari mana datangnya baris pada ayat al-Quran.

      Padam
    2. Cerita pjg pun buat apa? benarnya mana? kalau hang pun sampai cakap;-

      Sedangkan setahu saya la (kalau salah tolong betulkan ya)...

      hang pun tak pasti apa hang ckp. tah betul tah tidak. kesudahnya
      Wallahua'lam bisawab. Pasal tak tau nak jawab.

      Padam
    3. Anon anti hadis(?)...Abis tu kamu 30 juzuk Quran tu dah paham ker dari kulit ke kulit,hadis dan sunah rasul tu semua berasaskan Quran dan menerangkan bahagian yg secara umum (kurang jelas) di dalam sesetengah ayat.Kamu menafikan hadis maknanya menafikan Quran dan nabi Muhammad SAW. Dah bunyi macam Wahabbi dah kedengaran kamu ni sampaikan kitab2 karangan ulamak pun disalahkan..mudah sangat nak menjatuhkan hukum.

      Padam
    4. Yg pegi bakar jadi abu...cik anon oi ada sebabnye dibakar bukan suka2 mcm upacara penyembah baphomet tu hehehe..untuk menjaga kemuliaan ayat2 Allah daripada bersepah2 koyak dan sudah kabur tulisannya langkah terbaik ialah bakar dan abunya diserakkan di laut.Kompom takde org terpijak ker tersepak ker.Ishh3 mcm budak tadika jer statement kamu ni.

      Padam
    5. Assalamualaikum / Selamat sejahtera,

      Saya setuju dengan semua komen-komen balas di atas.

      Kitab Al-Quran tu tak turun gedebok seketul di tangan Rasulullah SAW tapi melalui wahyu kepada Rasulullah SAW. Sahabat Nabi yang hafal Al-Quran, catat dalam bentuk fizikal dan kumpulkan semua tu menjadi sebuah kitab seperti yang kita nampak pada hari ni.

      Jadi apa nak dihairankan kalau tak ada baris pada versi awal Al-Quran? Orang Arab memang dah tahu Bahasa Arab, mereka tak perlu tengok baris-baris tu pun mereka dah boleh baca Bahasa Arab. Samalah macam kita, tulisan Jawi kita pun tak ada baris tapi kita boleh juga baca Bahasa Melayu.

      Orang yang tak tahu je perlukan baris-baris tu sebagai petunjuk.

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    7. aku rasa la Tanpa Nama30 Jun 2013 5:46 PG nanti kalau dah tua, kerepot, mata pun dah kabur, telinga pun dah tak berapa nak dgr, hati pun dah tak berapa nak paham, cakap pun tak brp jelas mau anak2 dia pi bakar dia sambil di buang abu nya ke laut. dgn alasan utk menjaga kemuliaan anda. drpd dihantar ke rumah org2 tua.
      Apa perasaan kau kalau org buat kau macam tu? Boleh tak kau menerimanya? Sudikah kau dibakar sampai jadi abu? antara kau dan AlQuran mana lebih mulia?

      Padam
  63. salam semua,

    mana ke orangnya yang berpegang pada kalimah yang satu?

    teringin benar hamba mengenal,

    "hamba budak muda,

    ilmu pun setitik cuma,

    jika diizinkan semua,

    apatah lagi tuan empunya,

    hamba ingin bertanya,

    apekedia maksudnya yang satu sahaja,

    jika yang terlihat ibarat kesini dan kesana?"

    maafkan hamba menumpang kata...

    BalasPadam
  64. Aku satu
    Allah satu
    Muhammad satu
    Islam satu
    Quran satu.

    Itulah serba sikit yg kita tau berpegang pada yang satu. Jadi jgnlah kamu menyeru kitab lain selain Alquran. Maksud dia tak payah lah nak baca kitab hadis ke, kitab tarikat ke, kitab agama yg dikarang dek manusia tak perlu. Pasal Dia dah tegah jgn kamu seru selain Aku. Maksud dia kalau kamu percaya pada Aku satu, serulah sahaja kitab Aku satu. Sudah ditulis, karang, susun sempurna utk kehidupan kamu dari awal sampai kembali kamu pada Aku. Quran satu. Namun bila kamu menyeru, membaca kitab2 yang manusia tulis, karang, reka selain Aku, mana letaknya yakin kamu pada Aku? Tak cukup sempurna ke kebenaran yang Allah tulis?

    Kalau kamu nak faham apa yang Aku kata, bertanyalah pada Aku. Bukankah Allah yang Maha Berkata-kata. Kenapa ada yg mentafsir guna kitab lain? sedang yg berkata-kata adalah Aku. Kan dah cakap bukannya Quran itu turun utk menyusahkan kamu. Dah tentulah mudah utk difahamkan. Yang jadi susah, berpusing2 bila ahli kitab buat kitab reka cerita dia. Tu yang pening kepala, tension, keliru umat manusia buat pilihan. Sebab taktau nak pilih mana. Sedangkan telah dihalamankan bagimu dua jalan utk kamu pilih benar salah. Pilih satu saja. Tapi kalau ada yg nak tunjuk pandai cerita, tulis kitab lain tu yg buat manusia keliru. Ialah brp ratus buah kitab nak kena baca.

    Bukankah dulu telah ditanya padamu "Alastu birobbikum" kamu jawab "Qolu, bala"
    Namun apa yg kamu benarkan Kitab Aku atau kitab hadis atau kitab2 lain?

    Mintak maap dik, keras sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro...

      Kitab hadis dikarang oleh manusia?

      Aku gelakkan hang sekali...

      Kah kah kah...

      Mintak mahap bang...

      Keras banyak.

      Padam
    2. Dah tu yang depa pegi tulis kitab hadis kang hujung dia, Diriwayat oleh imam Bukhari, Imam Syafie, Nasaie, Saad, sapa yang duk riwayat tuh? Haiwan ke manusia? Sapa yg duk pi tulih buat cerita?
      Org dusta Quran ni dari zaman dulu pun dah ada bro.
      Sesungguhnya Quran itu benar, tapi dah didustakan oleh orang yang terdahulu sebelum kamu.

      Padam
    3. Hadis mengandungi info tentang akhlak dan tingkah laku Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian Baginda. Siapa yang perhatikan semua ni kalau bukan manusia yang hidup sezaman dengan Baginda?

      Di hujung hadis perlu ditulis siapa sumber hadis tu (si periwayat) supaya dapat dikenalpasti samaada si periwayat tu boleh dipercayai atau tidak. Kalau si periwayat tu akhlaknya buruk, hadis yang disampaikan tu agak-agak boleh dipercayai atau tidak?

      Kalau kamu kata hadis tak boleh dipercayai langsung, bukankah dengan kata lain kamu juga menafikan kebenaran Al-Quran sebab Al-Quran tu pada asalnya dihafal sahaja, kemudian baru dicatat dalam lembaran dan dikumpulkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ilmuan Islam yang dipercayai untuk dibukukan sebagai kitab.

      Kalau kamu kata Al-Quran telah didustakan, kamu pasti ke kamu ni sebenarnya tak sesat? Sebab dalam Al-Quran pun dah sebut yang Al-Quran ni terpelihara kandungannya sehingga ke akhir zaman.

      :/

      Padam
  65. salam,

    eh,mane ada keras....mohle datang jemput ke blog saya...

    salam perkenalan ya dari annur...:D

    mohon tumpang lalu ya tuan rumah...

    BalasPadam
  66. Salam, InsyaAllah dah lalu sana. elok penulisan kamu. Tapi kalau benar kamu nak mencari, Peganglah pada yg satu. Kata olehmu Allah yg satu.

    Cuma ingin saya bertanya pada semua yang membaca dan mencari siapa melayu.

    Mengapa dikatakan mereka itu tak terkalah?
    Mengapa dikatakan mereka itu tak tertanding?
    Mengapa ada yg mengkiaskan sampai gunung boleh hancur?

    Adakah sesiapa dalam dunia ini yang boleh, mampu menandingi ilmu AlQuran?

    Janganlah hanya dikatakan melayu itu layu. Melayu itu lemah. Melayu itu haprak.
    Diletakkan Mim pada mulanya tanda ia itu mulia, menguasai. Kerana apa mereka dimuliakan?
    Diletakkan Lam tanda sifat Latif, seni, liut, lembut, liat dan kalimah yg dipegangnya.
    Diletakkan Ya tanda mereka itu benar, menyatakan kebenaran dan mempertahankannya.

    Namun kamu saksilah sendiri perpecahan dalam masyarakat kamu bila byk sgt kitab, tarikat, fahaman yg kamu ambil dalam dunia hari ini.
    Saksi. Fikir Faham.

    BalasPadam
  67. Assalamualaikum, kepada tuan AlSemantani dan pembaca_pembaca sekalian. Setelah saya baca komen-komen di sini. rasanya ada yang sudah "isim" ..... Seeloknya tuan sebgai tuan blog, padam lah komen2 isim ini. ditakuti anak-anak remaja kita atau para mualaf membacanya boleh terpesong. Sampai mempertikaikn kitab hadis, peristiwa isra' mi'raj nabi muhammad. sedangkan semuanya Allah buat atas kehendakNya. kerana Allah berkuasa atas apa yang dikehndakiNya. alangkah baiknya jika pengkajian kita dalam hal apa pun, hasilnya menjadikan Allah dan rasulullah sayang dan kasih kepada kita.... amin -ummubanin-

    BalasPadam
  68. BAgi saya penulisan tuan dan beberapa blogger sejarah lain amat baik dan berisi sekali. Namun hendak percaya boleh tak percaya pun tidak mengapa. Sebab tarafnya sama juga seperti Israeliyat. Saya sangat suka membacanya, bahkan semasa kecil-kecil almarhum ayahanda saya selalu bercerita kisah-kisah silam bangsa melayu yang terlalu tinggi tamadun nya. walaupun begitu mengenangkan azimat kata-kata tuan guru saya, Bangsa melayu akan jadi empayar Islam akhirzaman. Dengan syarat mestilah bersatu atas perjuangan mengagungkan Allah dan rasul di seluruh dunia. Menjulang Islam. Bukan sekadar menggunakan akal semata-mata. Melayu memang akan bangkt sebaga kuasa baru Islam akhirzaman, di samping bangsa-bangsa baik lain yang akan mengikut. Tapi adakah kita akan terpilih? Sebab itu marilah kita benar-benar mencari guru mursyid, yang akan menyerahkan kita kepada AlMahdi, yang telah dijanjikan Allah sebagai pemimpin dan penyelamat dunia. Dia adalah melayu arab.... -ummubanin-

    BalasPadam
  69. non kat mana kamu jumpa AlMahdi melayu arab tu? bawak lah kitorang jumpa sekali.
    Siapa sebenar benar guru mursyid? pimpinlah mereka kepada dia.

    BalasPadam
  70. Salam

    Buat anon anon semua dah tahu, dah pandai, dah sampai ke dah apa-apa ajelah... Cukuplah apa yang kamu dapat, itu bahagian kamu, kalo nak kongsi buka blog sendiri jadi pembaca lain boleh buat rujuk silang. Jadi tak usah risau orang nak percaya atau menyebelahi kita itu hak masing-masing. AKU MENYAMPAH BACA KOMEN YANG TAK MEMBINA.......... maaf aku pun tumpa baca je kat Bolg ni...hehehe

    BalasPadam
  71. He... tumpang lalu... excuse me...
    Makcik kopok lekor tiga hengget ya...

    BalasPadam
  72. Wahai Kucing-kucing sekalian...
    Kutahu asal usulmu...
    Yang laut... balik ke laut... yang darat balik ke darat...
    Wahai alam... baliklah seperti sediakala!

    Huhuhuhu...

    BalasPadam
  73. Kepelbagaian seharusnya mengundang rahmat dan juga harmoni bukannya rasa sakit hati kerana jika begitu kata-kata diluah mengikut nafsu dan ego. Mencari kebenaran bukanlah mencari juara dalam berkata-kata. Sesiapa sahaja yang temui kebenaran maka haruslah tunduk bukannya marah kerana diri itu tidak benar. Apapun ia telah menjadi diskusi yang menarik. Harap kita sama-sama mendapat ilmu.

    Berkata dalam rasa tidak pasti menyalurkan rasa tidak yakin dan keliru pada yang menerima. Itu yang menyebabkan perdebatan menjadi berhala-hala ke sana ke mari. Berkatalah benar dan juga ilmu yang kita tahu juga faham maka ia akan menjadi mudah. Malah berkunjunglah dengan niat yang baik.

    Terlalu banyak isu malah melibatkan hal sejarah. Aku surrender sebab bukan bidang aku. Huhuhu... Annur! Apakedia hal yang satu itu? To Infinity and Beyond! wkwkwkwkwkw

    BalasPadam
  74. Yang pasti Isu Dewa Dewi sungguh mengujakan malah Hakikat Jiwa diuji berkali-kali sukar diterima Islam walhal itulah rahsia dalam rahsia yang menjawab terlalu banyak persoalan.

    Terokai Hakikat Peribadi nescaya kita akan akur pada sesuatu yang pernah kita nafikan dulu sekeras-kerasnya malah ia sebenarnya tidak pun melanggar Tauhid.

    Siapakah mereka Para Dewa Dewi? Masih wujudkah? Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Mengapa Dewa Dewi? Bagaimana Dewa Dewi? Ke mana Dewa Dewi? Pusing-pusing pening tak jugak gila.

    Hahhahahha... Gila apa manusia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama tak mendengar khabar cik mayang,,,,,sihat?

      Padam
    2. sihat je.dah game dah puzzle ni..tinggal bersukaria je.awt sombog sgt xjwb komen sy kt blog?

      Padam
    3. LAm YAlid Wa lam Yulad. Walam Yakun lahu kuFuan Ahad. Hua Asssomad. Ahadun Ahad!

      Pergi jahanam dengan Dewa Dewi.

      Padam
  75. Ribut 10.59

    Hari pun meninggi kau hadirkan diri
    Dari barat daya
    Kencang tiupanmu
    Gerunya usulmu
    Kau hancurkan
    Musnah semua

    Kau lambang kemarahan
    Yang tiada belas kasihan
    Bila kau melanda tapi tak berdaya
    Untuk melawannya

    Mengapa terjadi ini semuanya?
    Apakah angkara dunia manusia?
    Jikalau bukannya kerana manusia
    Kenapa terjadi ini semuanya?

    Kiraan Allah amatlah cepat. Nikmat manakah yang mereka dustakan?

    Alif. Lam. Mim. Alam.

    BalasPadam

  76. PULAU PINANG 13 Jun - Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah. (kredit Utusan)

    21 kejadian, 21 huruf. Dengan Nama Allah yang Menjadi.



    BalasPadam
  77. Kepada mereka2 yg duk bercerita pasal Berkehendak, kitab hadis ke, apa ke. Utk makluman anda, ini bukan kehendak aku. Bukan ilmu dan cerita aku. Dia yang Berkehendak menyatakan apa yang Dia mahu.

    Jgn igt pulak kita nak tunjuk pandai. Ilmu Dia, Cerita Dia, kita hanya menyatakan sahaja. Terpulanglah pada mereka untuk berpikir. Jangan sombong sangat mengejek-ejek sambil mendustakan.

    BalasPadam
  78. Teringat masa kecik2 dulu...
    Membaca kisah sang kancil dgn harimau..kura2..buaya..munyet..mesti ada disebut tentang raja Sulaiman..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 buaya ngan munyet sapa lagi degil?
      Kura2 lambat sampai pun dia dgr cakap.
      Tu lah munyet org cakap jgn tangkap ikan ari sabtu kau pi buat jugak. Kan dah jadi munyet.

      Padam
    2. Pas tu juak2 dia org boley twist,dikatanya..manusia asal dari munyet..
      buduh sungguh cam sipot babe la puak dia org nih..hehe

      Padam
  79. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
    (Al-Baqarah 2:2)

    Ini ayat dari Allah. Allah tak tipu. Allah hanya memberikan hidayah kepada orang-orang dipilihnya. Sesiapa tak paham, nasib dialah.

    BalasPadam
  80. Hadis tak mau pakai. Quran dipertikaikan sahihnya. Kalau sungguh hendak mencari kebenaran minta tolong dari tuhan yang satu. Berani ke?

    BalasPadam
  81. tula si anon anti hadis ckp hadis karangan tipu padahal nak riwayat 1 hadis ada tertib disiplin ilmunya br disahkan hadis
    sahih. kalu cmtu quran pon kemungkinan tipu gak la? resam usmani tu nak menolong org yg xpandai bahasa arab membaca quran ikut bunyi sebenar la sengal oi..

    BalasPadam
  82. alif. lam. mim. raa.

    BalasPadam
  83. hampa bedebat la sampai kiamat

    BalasPadam
  84. Hilang fokus la....
    ko orang ni debatkan apa sebenarnya,
    pasal isi artikel ke pasal ilmu yang hang semua ada....
    hahahahaha....
    bab rasa masuklah blog bab rasa...... lepas tu pening sebab rasa tu manalah boleh dicerita....
    hahahahaha....
    mantul betul la orang Melayu dan tak mengaku Melayu ni....

    BalasPadam
  85. kita banyak mewarisi penyakit tok nenek moyang kita.... sampai timbul peribahasa "memaku dulang paku yang serpih,mengata orang dia yang lebih....!" sampai timbul kata kiasan "orang melayu ni lebih banyak bermesyuarat,tapi buatnya tidak"(petikan dari filem Embun,lakonan Umie Aida... kita dok bertekak sampai bila pun takkan abis.... buat pakar2 research,pakar2 sejarah formal dan tak formal,yang masih berpeluang melanjutkan pelajaran ke bumi penjajah atau yang tidak berpeluang langsung pesanlah pada anak cucu anda, belajar tinggi-tinggi jangan lupa asal usul,jangan lupa baca al-qur'an dan hadith nabi SAW dan bila belajar kat bumi bekas penjajah cedok, copy dan bawalah balik sejarah tok nek moyang kita yang mereka dah rompak dari tanah air kita... kita mungkin belum terlambat lagi untuk mengolah sejarah tanah air kita yang sebelum ini lebih banyak bersumberkan tulisan2 penjajah sendiri.... kalau kita tak boleh mengubah sejarah walau hakikatnya sejarah memang tidak boleh diubah,tetapi tak salah rasanya cari bukti yang sahih untuk menegakkan sejarah dan memperbetulkan sejarah yang salah.... bagi yang mengikuti blog cik seri dan al semantani atau yang lain2 nya ini yang mereka cuba sampaikan...janganlah mengharapkan mereka bulat2 yang cuba mencari kesahihan dalam fakta sejarah tanah air kita sahaja... tanggungjawab kita sebagai pembaca dan pengkaji perlulah diteruskan pada anak cucu kita... kita memang da tak mampu nak pergi ambil balik sejarah2 tanah air kita yang dok tersimpan beribu2 naskhah di bumi penjajah2 tadi... sibuk nak besarkan anak2 masing-masing.... apa kata tengah2 suap makanan kat mulut anak tu ringan2 cerita kat anak2 tentang sejarah tok nek moyang kita yang tuan2 dan puan2 dah tahu dari pembacaan tuan2 puan2... nak melentur buluh biarlah dari rebungnya....

    BalasPadam
  86. tuan rumah dah jamu buah fikiran hampa kupas la elok-elok jangan duk begaduh pasai benda kecik-kecik ni tak dak faedah pon, ada yang kupas dapat buah yang len ada yang kupas tapi dapat yang len (ikut fahaman hampa jgak la), masing-masing tukaq-tukaq la pendapat baru jadi...ini tidak dok bedebat jugak aku betoi hang salah, adoii la

    BalasPadam
  87. tuan rumah buat la kenduri lagi, kami ni kuat makan ilmu nak cari sendiri kami malas wakakaka

    BalasPadam
  88. Assalam Tuan Blog dan Para Blogger....

    saya cadangkan pihak tuan silang-rujuk dengan artikel dari Public secret dalam Facebook dengan Tajuk Artikel 'Pembohongan Syaitan, Dajjal dan Konco2 Zionis tentang Bulan dan Program2 Angkasa Lepas Mereka....[PART 6 of 13]'.Artikel ini sikit sebanyak mungkin ada missing link antara kisah Annunaki?

    BalasPadam
  89. kata guru saya, atlantis wujud pada zaman sebelum adam lagi.. "manusia yg membawa kehancuran"

    BalasPadam
  90. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  91. Nabi Adam buakn lah manusia terawal di dunia..

    BalasPadam
  92. Nabi Adam Bukan lah manusia terawal di dunia....

    BalasPadam
  93. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu;(14)Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut KAMU AKAN SESUATU YANG KAMU TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG SAH MENGENAINYA; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya(15)Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau -Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan(16)Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (17)

    BalasPadam
  94. Macai Syiah detected... :P.. Saya harap tuan tanah, jangan benarkan lagi penggunaan anon dalam ruangan komen. Ia hanya memudahkan perbuatan baling batu sembunyi tangan. Mereka tulis sahaja berbincang secara ilmiah la, berlapang dadalah tapi hakikatnya mereka sendiri bacul untuk bertanggungjawab dengan apa yang ditulis. Dan berhati-hati juga orang-orang yang dilihat anti hadis dan merendah-merendahkan para sahabat. Mereka inilah musuh kita yang sebenar malah lebih bahaya dari kafir harbi. Mereka mendakwa mereka lebih Islam daripada kita tapi hakikatnya mereka adalah golongan yang sesat dan menyesatkan. Ingatlah SYIAH BUKAN SEBAHAGIAN DARI ISLAM! Tahniah juga kepada tuan tanah yang banyak berkongsi ilmu dan menggeletek minda kami semua..Selamat Hari Raya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok nak tanya sikit boleh tak, yg sekarang diorang duk cerita pasal syiah tu macamana? tak berapa faham sgtlah syiah ni.
      Lagi satu golongan anti hadis ni pulak macamana? yg dinamakan hadis ni macamana nak faham?

      Padam
    2. Seperkara lagi tok, sepanjang hidup tok kat dunia ni, berapa kali tok pernah berjumpa, bersemuka dgn sahabat2 Rasulullah? Pernah tak walau sekali tok berdepan dgn mereka yakni para sahabat utk mengesahkan cerita2 ttg Rasulullah? Maaf tok byk tanya saya ni.

      Padam
    3. Salam umat akhir zaman ssuguhnya kita dihujung waktu amaran dan ptujuk .... tleh diberikan didlm Alquran .....yg nyata dan tplihara... maka jadikan lah Alquran itu sbagai rujukkan ..... ssuguhnya diakhir zaman ramai yg btopengkan agama .... bruntunglah pada meraka yg mgunakan akal dan fikiran ....dan suguh Allah itu maha bkuasa distiap ssuatu

      Padam
  95. gaduh2.....tp saya ttp suka gan cara penerangan dari penulis...tak kisah samada ia ciplak ke,ape ke,janji usaha itu ttp ada.sedangkan yg membangkang pun ttp ciplak dari apa yg dia tuliskan dari guru2 die ke,or dari fahaman dia ke,...bg saya andai dri kita faham benda ni artikel tk de la sesat mana dari yg banyak2 kat lua ni bergelimpangan sesat...ilmu yg mmbangkang tu kalu serah kt lua tu ag bagus.........bravo utk penulis....

    BalasPadam
  96. gaduh2.....tp saya ttp suka gan cara penerangan dari penulis...tak kisah samada ia ciplak ke,ape ke,janji usaha itu ttp ada.sedangkan yg membangkang pun ttp ciplak dari apa yg dia tuliskan dari guru2 die ke,or dari fahaman dia ke,...bg saya andai dri kita faham benda ni artikel tk de la sesat mana dari yg banyak2 kat lua ni bergelimpangan sesat...ilmu yg mmbangkang tu kalu serah kt lua tu ag bagus.........bravo utk penulis....

    BalasPadam
  97. Salam Sahabat. lama benar ambo x lawak n mengambil ilmu2 disini. sejak awal 2009 dh ikut tuan hamba dgn MO, sejak hujung 2011 dah lama x ikut tuan hamba dan rakan2 lain :D.

    hamba skrang terpanggil utk mencari semula hujah2 hmba ttg sejarah melayu. harap izinkan hamba mengambil semula sumber disini.

    hanya tujian perkongsian ilmiah. ttg kata2 org tu biarlah. hamba ok je. ;)

    harap maklum

    salam semantani.

    BalasPadam
  98. BERJIHADLAH UNTUK MENEGAKKAN ISLAM BUKAN BANGSA

    BalasPadam
  99. SEMUA BANGSA SAMA TIADA BEZA,,,,,,,,,MULIA KITA KERANA ISLAM IMAN TAQWA,,,HINA KERANA KUFUR

    BalasPadam
  100. Assalaamualaikum,

    Saudara Al Semantani...saya salah seorang pembaca dan pemerhati hasil tulisan saudara..saya kagum dengan usaha tuan...teruskan usaha...hasil tulisan anda membuatkan semangat saya untuk berkarya semula melonjak...terima kasih !!!

    Kepada anda yang melontar komen tanpa nama...sekiranya ingin berkongsi ilmu (walaupun dalam bahasa yang pedas dan sinis) eloklah perkenalkan diri dan lebih ber"jati diri" dengan diri sendiri supaya ianya lebih jujur dalam berhujah. Saya melihat ramai yang menuding jari itu dan ini secara negatif pada hasil tulisan entry ini...walhal...anda hanya bergaduh pada isu hipotesis/teori...dan bukan pada hasil konklusi...Walla'hualam...

    "SALAM HORMAT"

    BalasPadam
  101. Salam wahai umat akhir zaman ...... ianya mmng teori .. ada betul dan ada salah nyaa ... tak kala manusia mcari kbnaran tak kala itu juga syaitan dtng mgngu ... ssungguhnya alquran itu sbagai rujukkan yg bnar dari tuhan yg satu ke atas seluruh alam
    Maka rujuk lah ia kembali ...
    Ssuguhnya hari itu akan tiba .... ssuguhnya tuhan maha pmlihara ... bruntung lah pada meraka yg mgunakan akal dan fikiran....

    BalasPadam
  102. Apa ni.kita di sini untuk berkongsi ilmu. So kalu terima semua pndangan2 ni, terima la, n perbaiki ke, kita menambah lg, so bnyak lg kita boleh kaji brsama. Ta perlu la memerli, kalu rasa bagus sgt, ta perlu na dtg kat blog2 mcm ni pastu nk komen ape2. Ta salah menyampaikan pndangan masing2.tp please respect. Hormat.

    Nurand

    BalasPadam
  103. terimalah sesuatu tu dengan rasional.. sharing is caring.. haha

    BalasPadam
  104. Salam...setelah membaca dan meneliti kenyatan saudara, ianya sepadan dengan kajian peribadi saya. Sesungguhnya apa yang kita lihat hari ni kebanyakannya kuasa barat memang tidak mahu kita mengetahui siapa kita sebagai bangsa melayu. oleh sebab itu sejarah kita masih kukuh tersimpan di england. kerana barat cuba merancang dalam tempoh lama kerana mereka tau kita akan bangkit semula. kerana mereka(barat) sudah mengetahui Nusantara itu apa, siapa dan bagaimana. cuma untuk menyedarkan bangsa sendiri lah susah kerana bangsa kita tak suka membaca dan mengkaji dengan cara yang betul. sorry kalau ayat ni salah. tapi ini apa yang saya lihat. saya tidak semua begitu. Lihat sahaja rezeiki dan aset bumi di Nusantara, dikatakan emas berkualiti tinggi dunia. kurniaan-Nya berlimpah luah ibarat syurga dunia. Hanya umat yang menduduki bumi ini sahaja yang tak pandai bersyukur. Diharap saudara teruskan lagi kajian ini dan saya pasti menunggu artikel saudara. Terima kasih.

    BalasPadam
  105. Ada kebenarannya, xsalah hendak bercerita tntang bngsa sendri, yg slh kalo mnghina bngsa lain. Tiap2 bngsa ada kelebihan masing2, yg penting Islam itu bersaudara. Bukan suruh pcaya 100%, anggapla sbgai ilmu bru yg blum dpelajari, bbalik pd akal sempurna utk menilai n memahami. Melayu antra bngsa tertua ada kbenarannya, dr Nabi Adam hingga Nabi Muhammad saw..kbnyakan nama2 nabi dgunakan oleh org melayu..bbanding bngsa lain, bangsa plg mudah mnerima Islam(melaka), destinasi 'mim' terakhir dlm pnyebaran dakwah Islam yg bmula di Mekah berakhir di Melaka, mungkin bangsa yg mula2 bngkit bjuang diakhir zaman utk bsama2 Imam Mahdi -mngkin ada kaitan. Hanya sekadar pndapat, yg penting hanya amalan kamu shj bole mnyelamatkn kamu tatkala didunia dan diakhirat.

    BalasPadam
  106. Assalamu'alaikum.....maaf tumpang tulis

    mungkin isu-isu seperti ini kurang di "dalami" oleh golongan wanita keran isu ini sedikit berat dan golongan wanita suka kepada perkara yang lebih ringgan dan santai serta mudah untuk diterima.

    namun hal ini sudah megetuk ruang kehidupan saya, di mana bukti-bukti saintifik tentang kewujudan penempatan awal berlaku di tanah melayu dengan penemuan-penemuan artifak dan fosil menunjukkan kewujudan kehidupan awal ada di paparkan di beberapa akhbar utama negara sejak kebelakangan ini dan kemungkinan pernah berlaku banjir besar yang memecahkan negara-negara serumpun di selat kita.

    saya percaya dan sangat percaya bahawa sekarang ini ada pengkaji yang sedang giat membuat penyelidikan untuk membuktikan "perihal ini" adalah sangat-sangat benar.

    jika kajian kalian terbukti benar, maka ia adalah sangat berimpak tinggi kepada jiwa raga kita di rantau ini keseluruhannya. jadi saya doakan agar kelangsungan kajian dan penerokaan kalian dapat dilanjutkan dan memperolehi Rahmat-Nya untuk menjelaskan yang benar dan palsu agar kita tidak hanya membuta tuli menerima jika ia palsu dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

    semoga Allah tunjukkan jalan......terima kasih....wassalam.

    BalasPadam
  107. Assalamualaikum...

    Melalui topik ni, saya rasa (mungkin betul or salah, hanyalah pendapat saya semata2), if betul apa yg saya baca kat sini, maka boleh la saya simpulkan yang Nusantara adalah permulaan segala2nya spt:-
    1) tamadun - Sebab tu bila kaji mengenai tamadun2 di dunia, Piramid (binaan piramid yg paling tua dari Mesir or etc), mengenai bahasa Nusantara, ilmu2 persilatan, barang2 purba, tumbuhan2, rempah ratus, semuanya membuktikan berasal dari Nusantara.
    2) laungan azan - berdasarkan kajian sebenarnya bermula dari Nusantara (masa azan bg setiap masuk 5 waktu solat)

    Subhanallah.. banyak rupanya ilmu & sejarah yg tak diketahui selama ni. TQ kepada tuan tanah, kerana dengan adanya blog seumpama ni, dapatlah saya mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai ilmu2 & sejarah2 yg susah nk cari. semoga tuan tanah diberi kemudahan untuk menyediakan artikel2 utk kesedaran ank bangsa kita.

    Wassalam
    ASHIKIN 1305

    BalasPadam