Rabu, 30 Jun 2010

SEDIKIT PENERANGAN MENGENAI SRIVIJAYA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KHMER



Salam. Intro terbaru mengenai siri ATBM yang ditulis Srikandi telah memberikan saya sedikit penjelasan mengenai puzzle-puzzle yang telah saya kumpulkan selama ini. Di kesempatan ini mungkin saya boleh memberikan sedikit gambaran atau illumination mengenai salah satu topik yang akan dihuraikan oleh Srikandi dalam ATBM 3.5 nanti iaitu mengenai kaitan Raja-raja Khmer dengan bangsa Melayu dan kerajaan Melayu Srivijaya. Saya tahu ada diantara anda di luar sana masih skeptikal dengan kenyataan Srikandi yang banyak mengaitkan Tamadun Indochina iaitu Angkor dan Kemboja serta Champa dengan orang Melayu dan Srivijaya. Oleh itu molek rasanya saya tulis artikel ini untuk sedikit pemahaman. Terlebih dahulu saya ingin maklumkan bahawa artikel ini ditulis sepenuhnya oleh saya tanpa penglibatan Srikandi atau mana-mana pihak dari M.O...:)



Ramai yang tidak faham apa kaitannya orang Melayu atau Tamadun Melayu dengan Tamadun Khmer. Sebenarnya kaitan antara kedua kaum ini telah berlaku sejak beribu tahun dahulu. Sekurang-kurangnya pada zaman Srivijaya sebagai empayar maritime terbesar dan terkuat di Asia Tenggara, Kemboja pernah menjadi salah satu daripada jajahan takluknya. Keagungan empayar Melayu Srivijaya tetap dikenang masyarakat Melayu nusantara sehingga sekarang, namun riwayatnya telah banyak dibunga-bungai dengan dongeng dan mitos. Hal ini telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat nusantara. Kehebatan dan kekuatan empayar Srivijaya diakui oleh bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. I-tsing seorang pengembara china yang singgah di Srivijaya pada tahun 671 M melaporkan bahawa beliau menaiki sebuah kapal yang dipunyai oleh maharaja Srivijaya dari Palembang ke india.



Mulai 683 M kerajaan Srivijaya telah berjaya menakluk sebahagian besar daripada Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian pulau Jawa. Mengikut catatan buku sejarah China Hsin Tang Shu, Srivijaya pada zaman kegemilangannya mempunyai empat belas buah Bandar besar. Selain menjadi pusat empayar maritim dan perdanganngan, ibu kotanya juga menjadi pusat pengajian agama Buddha yang terkenal di Timur ketika itu. Menurut i-sting ada terdapat lebih kurang 1000 orang cendekiawan agama Buddha yang tinggal di ibu kotanya. Dipankara Atisa iaitu seorang pengembara Buddha dari Tibet juga datang ke Srivijaya untuk menuntut selama 12 tahun dibawah seorang guru bernama Dharmakirti( mungkin seorang Melayu) yang dikatakan sebagai seorang cendekiawan Buddha yang teragung pada zaman tersebut. Cuba anda banyangkan kehebatan bangsa Melayu kita pada zaman tersebut. Tidakkah anda berasa bangga walau sedikitpun? Saya faham, mungkin mentaliti masyarakat kita hari ini merasa janggal atau jijik jika ada pihak yang cuba mengaitkan identiti ke-Melayuan dengan sejarah zaman Hindu-Buddha. Namun ini lah kenyataan sejarah. Sebelum umat Melayu bani jawi ini menemui Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, mereka semua menganut agama-agama lain seperti animis, pagan, Hindu dan Buddha. Apa salahnya kita merasa bangga dengan pencapaian bangsa kita pada zaman tersebut?



Tambahan lagi pada tahun 747 terdapat dua orang cendekiawan Buddha yang datang dari Srivijaya bernama Wajrabodhi dan Amoghawajra dengan membawa ajaran mazhab Buddha Wajrayana ke negeri China. Semua bukti ini menunjukkan bahawa pencapaian bangsa Melayu pada zaman tersebut sebenarnya telah mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa, terutamanya dalam bidang ilmu. Raja-raja Srivijaya juga telah membina banyak monumen-monumen agong di seluruh Nusantara antaranya ialah borobodur. Ramai para sejarawan dan arkitek dari seluruh bunia kagum dengan teknik pembinaan candi ini. Hal ini kerana reka bentuk candi ini adalah hasil daripada Lokal Genius tokoh-tokoh pemikir tempatan Srivijaya. Unsur-unsur pembinaannya tidak menyerupai mana-mana kuil atau istana yang ada di India mahupun China! Hal ini dapat menyanggah pendapat para sarjana barat yang menganggap bahawa tamadun Melayu adalah tamadun TIRUAN daripada tamadun India.



Catatan daripada seorang saudagar Arab yang bernama Sulaiman saya rasa dapat menjelaskan sedikit sebanyak mengenai hubungan Srivijaya dengan Khmer atau Kemboja. Sulaiman berada di Srivijaya anggaran tahun 851 M. Menurut catatan beliau, antara Kemboja dengan Srivijaya terletak 10 atau 20 hari perjalanan laut bergantung kepada angin. Ada seorang Raja Khmer yang muda dan berdarah panas, pada suatu hari baginda duduk di istana dan berbincang dengan menterinya tentang keagungan maharaja Zabag. Beliau berkata ingin sekali untuk melihat kepala maharaja Zabag di dalam dulang dihadapanya. Hal ini sebenarnya timbul daripada rasa iri terhadap kerajaan Srivijaya atau Zabag. Para menteri telah menasihatinya supaya tidak berkelakuan sedemikian kerana Kemboja dan Zabag tidak bermusuh. Namu beliau tidak menghiraukan nasihat menterinya dan menyatakan hasrat beliau itu kepada para jeneralnya dan menteri-menteri lain. Cerita ini akhirnya sampai ke pengetahuan Maharaja Zabag. Baginda adalah seorang yang tangkas dan berpengalaman dan berpendapat sekiranya beliau tidak mengambil tindakan diatas keceluparan raja Khmer tersebut maka ia akan menjatuhkan maruahnya. Baginda pun terus menyediakan 1000 buah kapal yang sederhana besarnya dengan helah hendak melawat ke pulau-pulau jajahannya berdekatan Kemboja. Raja Khmer tidak merasa syak sedikitpun dan tidak menyangka bahawa tentera laut Srivijaya telah mengepung ibu kotanya dengan mengejut lalu menangkap raja Khmer tersebut.



Dalam peristiwa itu rakyat kemboja telah lari bertempiaran. Namun demikian maharaja Srivijaya mengishtiharkan agar rakyat tidak dipengapakan. Baginda menempelak raja Kemboja tersebut kerana berhajat untuk membunuhnya lalu memenggal kepala raja itu sebagai balasan.Maharaja Srivijaya juga memberikan hadiah kepada menteri yang memberikan nasihat baik sebelum itu dan menyuruhnya mencari raja yang baru. Baginda dikatakan meninggalkan negeri tersebut tanpa mengambil sebarang rampasan. Peristiwa yang dicatat oleh Sulaiman ini sebenarnya ada sokongan daripada maklumat lain.



Telah diketahui bahawa orang-orang Melayu dari kerajaan Srivijaya dinasti Sailendra di jawa telah berjaya menakluk pulau Condor di laut Kemboja dan menyerang sehingga ke Annam atau Vietnam pada masa kini. Pada tahun 774 masihi mereka juga menyerang Kemboja dan menawan kuil-kuil yang ada disana. Akibat daripada srangan-serangan ini Kemboja telah tertakluk kepada Srivijaya dinasti Salilendra sehingga tahun 802 M iaitu selamam kira-kira 28 tahun! Sekarang puzzle tentang kaitan kerajaan Khmer, Angkor wat dengan Srivijaya dan bangsa Melayu nampaknya sudah semakin dekat untuk tercamtum..heheh, ada gaya Srikandi ke?:)



Di kenalpasti oleh sejarawan bahawa Raja Kemboja yang diserang tersebut adalah Raja Mahipativarman manakala Maharaja Zabag tersebut adalah Maharaja Indra yang memerintah antara 787 M hingga 812 di Jawa, iaitu salah seorang daripada Maharaja Srivijaya keturunan Sailendra dan salah seorang daripada pembina Candi Borobodor. Tempoh selama 28 tahun pengaruh Srivijaya Ke atas Kemboja pada zaman tersebut membolehkan bermacam perkara berlaku. Antaranya mungkin campurtangan pemerintah Srivijaya terhadap kenaikan tahkta Raja-raja Kemboja dan mungkin juga Maharaja Srivijaya meletakkan menteri atau kaum keluarganya sebagai pemerintah Kemboja. Perkahwinan politik juga boleh berlaku pada masa tersebut. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila salah seorang daripada pakar sejarah Khmer mengatakan bahawa Jayavarman vii, kebanggaan rakyat Khmer bukanlah berdarah Khmer tetapi berdarah Melayu Champa.



Sejarawan tersebut adalah Prof. Keng Vansak. Kenyataan beliau ini telah menimbulkan keributan di Kemboja dan ramai rakyat Kemboja menolak hujah-hujah beliau dan menuduh beliau sebagai tidak patriotik dan anti Khmer dan monarki. Beliau juga mengatakan bahwa catatan yang dapat membuktikan kenyataan beliau telah diambil dan dimusnahkan oleh salah seorang bekas anak murudnya! Mengapa mereka sanggup memusnahkan bukti sejarah?? Jika bukan kerana tidak dapat menerima kenyataan, saya rasa mungkin ada kaitan juga dengan politik. Tidak mustahil ada bau-bau campurtangan THH! Wallah hua’lam. Saya hanya menulis untuk anda berfikir sejenak tentang puzzle-puzzle yang telah disampaikan oleh Srikandi , M.O. saya tidak minta anda percaya bulat-bulat, sebaliknya buatlah rujuk banding dan pembacaan dari sumber-sumber yang ada kreadibiliti. Di bawah saya sertakan artikel yang membicarakan mengenai kenyataan beliau:



Academic's Comments on Angkor King Anger Many



By Lor Chandara

THE CAMBODIA DAILY



Cambodia's most famous historical figure of the Angkor period caused an outpouring of emotions this week following a radio interview in which he was depicted as less than the perfect national hero he is now considered.



The suggestion that Jayavarman VII—the Khmer king who governed Angkor when the Khmer empire was at the zenith of its power—may have been half Cham prompted angry headlines in Khmer-language newspapers.



In a Radio Free Asia interview broadcast and posted on the Internet on Jan 22, the writer and Khmer-language academic Keng Vannsak also said that Jayavarman VII had lent the land where Sukothai would later develop as the capital of Siam, Thailand's former name.



Keng Vannsak—whose cultural and political opinions landed him in jail in the 1950s—also said that Jayavarman VII had forced workers to carry heavy stones to build monuments. The 12th-Century King built some of Angkor's most famous structures including the fortified city of Angkor Thorn and the Bayon temple.



Keng Vannsak also described Jayavarman's close links with the neighboring Kingdom of Champa. In a telephone interview Thursday from France, Keng Vannsak said that, based on documents he has, the father of Jayavarman VII may have been Cham and his mother Khmer.



On Thursday, 18 Cambodian journalists issued an open letter in which they accused Keng Vannsak of distorting history.



"His accusations against Jayavarman VII, who is considered by Khmer citizens to be a great King, seriously affects Khmer citizens," they wrote in the letter. "This is an insult to the Khmer royal family."



Ros Chantrabot, a historian and deputy president of the Royal Academy of Cambodia, questioned Keng Vannsak’s historical sources.



"It hurts today's Cambodian people who believe in King Jayavarman VII, Khmer soul and culture—it could cause turmoil," he said.



Historian Michael Vickery said that he did not know what documents Keng Vannsak had based his opinion on.



However, he said, "Historians now accept that Jayavarman VII spent several years in Champa in the 1160s-1170s…and he had Cham princes and troops who assisted him in his campaign to reconquer Cambodia," after the reign of a Khmer king who had been hostile to him.



1. According to KVS, King Jayavarman VII ceded Sukhodaya to Pnhea Rong in 1220. Although the chronicles do not say that King Jayvarman VII was King Botum Soryavong who ceded Sukhadaya to Siam, according to KVS, Botum Soryavong was Jayavarman VII because Sukhodaya declared its independence in 1220 which was during the reign of Jayavarman VII who "died in 1220".



2. The year 1350 was not the year of the founding of the State of Siam, but according to Keng Vansak, it was the year the Siamese first attacked Angkor;



3. Having had enough of the former kings' unopposed caprice including treating Cambodia as their own and doing whatever they wanted with it, Ta Trasok Pha-em (Pnhea Chey, or the Sweet cucumber man) dared to oppose this and "eliminated all the Varman royals".



4. When pressed for sources for these assertions and other assertions about King Jayavarman VII being a Cham, a destroyer of Cambodia etc, he claimed that [the French scholar George Coedes'] documents critical of Jayavarman VII (which would have supported his assertions) were removed from the Buddhist Institute Library and destroyed by his former student Mr. Leang Ap An:

10 ulasan:

  1. Tahniah saudara,

    Sebenarnya banyak lagi sejarahwan Khmer yang terpaksa mengaku bayangan keturunan Melayu Srivijaya atau Sri Darmaraja (Ligor) dalam istana Angkor.Biasalah raja-raja Melayu dulu suka kawin campur.

    Bagus,cuba dapatkan lagi kenyataan sejarahwan Khmer atau Vietnam.Namun biasalah,amat sukar kerana mereka dihalang oleh nasionalis negara masing-masing.


    ~Srikandi

    BalasPadam
  2. Cuba cari sejarah seorang puteri dari kerajaan minang yang berkahwin dengan raja champa sekitar tahun 1700 kebawah yang menunjukan adanya perkahwinan campur antara raja-raja dahulu

    BalasPadam
  3. Bukan sahaja puteri dari kerajaan Minang yang pernah berkahwin dengan Raja kerajaan Champa. Malah banyak lagi kisah dari kerajaan-kerajaan Melayu yang lain tentang perkahwinan antara puteri champa dengan raja-rajanya ataupun sebaliknya. Bagi saya jika perkahwinan dengan Kerabat diraja champa berlaku dengan kerabat diraja Kerajaan-kerajaan Melayu Nusantara yang lain adalah tidak menghairankan. Kerana mereka memang Melayu, mereka sendiri juga pada zaman tersebut sedar akan perkaitan darah Melayu mereka dengan suku-suku Melayu nusantara lain. Terutamanya ketika champa telah menerima islam. perlu diingatkan bahawa kerajaan champa juga telah menerima islam sekitar abad ke 15 lagi.

    selepas menerima islam hubungan dengan kerajaan Melayu lain masih terus utuh seperti pada zaman Melaka. Namun apa ynag masih menjadi misteri yang cuba dibongkar ialah perkaitan kerajaan-kerajaan indochina yang lain seperti Pagan di burma dan Angkor di kemboja. Hal ini kerana mereka bukan daripada rumpun terdekat dengan bangsa Melayu yakni mereka bukan rumpun Austronesia atau Melayo-polinesia seperti kaum Champa, tetapi mereka adalah dari rumpun Mon-Khmer.

    BalasPadam
  4. Mengikut rekod sejarah Johor, pada 1594 kerajaan Champa telah menghantar bala tenteranya untuk membantu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Sultan Johor (memerintah: 1571 - 1597) dalam peperangannya dengan Portugis. Daripada rekod-rekod Belanda pula terdapat catatan bahawa perhubungan baik antara Kerajaan Melayu Johor dan Champa wujud pada 1607, iaitu sewaktu Champa di bawah pemerintahan Po Nit(pok nik) dan Johor pula di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah II (memerintah: 1597 - 1614). Ini tak mungkin berlaku sekiranya tidak ada persamaan atau ikatan yang kuat antara kedua negara tersebut. Apakah asas setiakawan antara mereka? Adakah kerana mereka menganuti agama yang sama atau disebabkan oleh persamaan rumpun bangsa? Sudah tentunya kedua-dua faktor tersebut...:)

    BalasPadam
  5. gile punya Mahadaya Mahatongong Mahasesat.

    Tolong delete kan komen dia bro! aku dah bosan dengan dakyah dia ni. Dah tahap murtad.

    Tolong la sesapa buat report pada SKMM and JAKIM pasal dia ni. agent THH ke apa dia ni..

    BalasPadam
  6. saya dah buang komen dia, memang sesat barat dah mahadaya nih!

    BalasPadam
  7. Mahadaya? sblm ni di blog lain pun ada ulasan dan dakyahnya. penjelasannya mmg kurang menyenangkan. sama ada dia tu mmg talibarut THH, itu wallahualam. siap mempertikai ayat al-quran lg...saya pernah mencadangkan pd penulis blog berkenaan agar membawa ustaz atau ulama utk berbahas dgn mahadaya. mungkin dgn cara mcm tu blh ajar dia drp menyesatkan org lain...hhmmm...

    BalasPadam
  8. fakta yg menarik,,sesuai utk generasi muda dan tua .teruskan...

    BalasPadam
  9. Jayavarman VII ape beza yeah dgn Jayavarman 1 yg bina angkor wat...adkh mraka nie org sama atau satu pngilan dari nama bapak tk pham ble tlg jelaskan

    BalasPadam
  10. Jayavarman VII adkah org yg sama Jayavarman 1 yg bina angkor wat..atau sama family?

    BalasPadam