Khamis, 11 Jun 2009

PERANG MELAKA-PORTUGIS










Sejak di sekolah rendah kita diajar tentang kekalahan empayar Melayu Melaka ke tangan bangsa Portugis pada tahun 1511. Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa begitu mudah empayar sebesar dan segagah itu telah tumbang, seolah-olah tiada langsung perlawanan. Buku-buku rujukan sekolah hanya memberitahu bahawa sebab utama kekalahan kita ialah persenjataan yang tidak seimbang. Kononnya bangsa kita hanya berjuang dengan keris, pedang dan lembing sahaja. Tambahan lagi kononnya Melaka tiada senjata mariam dan senjata api jika adapun ianya tidak setanding dengan Portugis. Betapa bebalnya orang melayu yang yang tidak mengenal mariam dan senjata api. ini antara tektik penjajah mahu meracuni bangsa Melayu, kononnya lemah, tidak berpengetahuan dan bodoh.

Masakan tidak! sebuah empayar yang besar dan sangat terkenal bukan sahaja di Asia malahan seluruh dunia tidak mengenali senjata api? Sedangkan bangsa pertama yang diketahui mencipta bahan bakar senjata api ialah bangsa Cina dan bangsa Cina telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan Kawasan Nusantara sejak awal kewujudan tamadun mereka lagi. Manakala bangsa Arab yang terkenal membangunkan senjata api yang diambil teknologinya dari China itu juga diketahui umum sudah menjalankan dan perdagangan dengan Kerajaan-kerajaan Nusantara sejak sebelum Kelahiran nabi Muhammad lagi. Mana mungkin kerajaan yang di kagumi oleh orang-orang eropah yang mengatakan bahawa Melaka lebih kaya daripada Venice tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan langsung mengenai senjata api. itu tidak masuk akal!

Sebenarnya persoalan ini sudah lama bermain di minda saya, seingat saya ialah sejak saya sekolah rendah lagi. Jika anda masih ingat di sekolah rendah kita diajar oleh guru bahawa Melaka kalah hanya kepada 1300 orang tentera Portugis sedangkan Melaka mempunyai lebih daripada 20 000 tentera termasuk tentera upahan dari seluruh pelusuk Asia. Sewaktu di sekolah menegah pula saya pernah bertanya kepada salah seorang guru sejarah, bagaimana Melaka boleh kalah, dan jawapanya ialah keranan orang Melayu zaman itu tidak ada pengetahuan dan tiada senjata api maka dengan mudah Portugis mengalahkan kita...bagi saya jawapan itu amat jahil bagi seorang guru! Maaf jika saya kurang hajar disini tetapi sememangnya kebanyakan guru sejarah di Malaysia ini sebenarnya agak buta sejarah rupanya. Mungkin mereka hanya mengajar sejarah kerana terpaksa dan tidak kisah samaada fakta sejarah itu benar atau salah, bak kata pepatah bagai melepaskan batuk di tangga.

Seorang lagi guru sewaktu saya berada dalam tingkatan enam pernah mengatakan bahawa betapa bodoh dan jakunnya orang Melayu pada zaman Melaka, kerana sewaktu Portugis menyerang dengan meriam mereka, orang Melayu Melaka amat terperanjat dan mengaggap orang Portugis menggunakan sihir. Menurut beliau lagi, beliau membaca kisah tersebut di dalam hikayat Hang Tuah. Bagi saya, Hikayat Hang Tuah bukanlah sebuah karya sejarah yang mutlak kerana ia adalah karya historical -fictif. Kebanyakan daripada isi kandungan Hikayat tersebuat adalah mitos dan lebih kepada sebuah karya satera dan bukan karya sejarah. Malahan sebenarnya ilmu masyarakat melaka mengenai senjata api adalah setanding dengan orang barat. hal ini dapat dibuktikan dengan catatan Portugis sewaktu berlakunya perang melaka. Menurut catatan ini selepas Melaka berjaya ditawan, tentera Portugis telah berjaya merampas lebih kurang 3000 pucuk senjata api yang berupa meriam, lantakas, istinggar dan bermacam-macam lagi. Alfonso de Albuquerque juga dikatakan telah merampas sebuah meriam yang sangat besar serta mengagumkan dan meriam ini telah diberikan sebagai hadiah kepada raja kerajaan india yang telah membantu Portugis dalam serangan ke atas Melaka.


Persoalan yang timbul dan perlu dikaji amat banyak. adakah cara berperang masyarakat Melayu zaman itu betul-betul barbarian? kalau cara barbarian, bagaimana dapat mewujudkan empayar yang sekuat itu sehingga diakui oleh negara China dan dapat mengalahkan serangan Siam (Thai). Ingin saya beritahu disini bahawa Pada zaman Dinasti Ming China, Maharaja China telah menerima kedatangan sultan Melaka iaitu sultan Muzaffar Syah dan melayan baginda dan seluruh ahli rombongan mereka demgan layanan yang amat grand. selain itu catatan China juga ada menyatakan bahawa Maharaja China menghadiahkan cop mohor,Jubah Kuning Maharaja dan Payung Obor-obor sebagai tanda menerima kedaulatan Melaka dan Sultannya. Sultan Melaka juga dihantar pulang dengan hadiah yang berupa sutera, emas perak dan sebagainya.

Hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka pada waktu itu adalah sebuah kerajaan yang amat penting, kaya dan bertamadun. Jika tidak masakan kerajaan China sanggup melayan sebuah kerajaan dan bangsa yang dikatakan barat sebagai tidak bertamadun dan barbarian. Seperti yang kita tahu, Maharaja China mempunyai pandangan yang amat berbeza dan rigid dalam membezakan diantara sebuah bangsa bertamadun dan bangsa barbarian, malahan orang eropah pada zaman dinasti Qing dinggap sebagai bangsa yang tidak bertamadun malahan Kerajaan China tidak membenarkan sebarang hubungan dengan mereka. Selain itu Melaka juga adalah tanah naungan kerajaan Turki Uthmaniah diakui sebagai penguasa sebelah timur, juga bertindak sebagai penyebar agama Islam. dikatakan kerajaan turki ada mengirim bantuan, tetapi sayang dihancurkan di lautan sebelum sampai ke Melaka!


terlalu banyak rahsia bekas kerajaan silam yang telah dan masih perlu dicari demi membuktikan bahawa ummat Melayu Nusantara adalah bangsa yang amat hebat di zaman silam. bangsa Melayu adalah satu bangsa yang amat mahir dengan dunia pelayaran dan amat pandai bermain dengan lautan. Bangsa Melayu memiliki kapal besar yang mampu belayar di lautan lepas. bangsa Melayu cukup mahir dengan ilmu di lautan seperti rahsia penentuan utara, selatan, timur dan barat. begitu juga dengan rahsia tiupan angin.


Kini sebahagian anak-anak Melayu seolah-olah telah diracun bahawa yang lebih moden, lebih hebat, lebih bijak adalah orang Inggeris si bangsa penjajah. Kononnya segala macam ilmu pengetahuan adalah berasal dari sana dan kononnya kalau menguasai bahasa Inggeris menujukkan kebijaksanaan. Bahasa Melayu dan tulisan jawi makin kurang diketahui dan makin terpinggir . Pendek kata kita bukan lagi memperkasa bahasa Melayu kita malah telah memperkosanya apabila kita mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa inggeris!

Insyaallah perbincangan mengenai kegemilangan Melaka dan keupayaan bangsa Melayu dalam ilmu peperangan akan dibincangkan dalam topik yang lain kemudian. Masih banyak lagi yang tidak diketahui oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu di luar sana mengenai kehebatan bangsa Melayu dalam ilmu perang. sekian buat masa ini.

59 ulasan:

  1. Tetapi macam mana Melaka boleh kalah? Adakah terdapat unsur khianat? atau apa-apa pembuktian yang lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua bukti seperti istana, senjata, surat2 kerajaan telah dimusnahkan oleh portugis untuk menhapuskan bukti tamadun melayu islam. kerana portugis masih marah atas kekalahan perang salib ditangan tentera islam arab yang rela mati syahid.
      manakala tentera melayu mati untuk Sultan Mahmud tu. bagi saya ini adalah balasan Allah kepada pemerintah yang zalim seperti Sultan Mahmud. so tak payahlah ada org yang nak m'gaku waris Sultan melaka. sibuk nak kuasa.. takada sultan, melaka maju gak!

      Padam
    2. jawapan yg xder kene mengena dgn soalan...

      Padam
    3. betul memang melaka kalah semasa itu tetapi ia x kalah senang2 melaka kalah sebab ada penghianat iaitu si kitol dia lah yang membari jalan kepa da portugis..

      Padam
    4. Boleh jadi khianat gak..sbb pedagang india,NinaChatu yg belot ramai lagi yg belot,contoh Khoja Hasan,Sultan Ahmad dll

      Padam
    5. kalau kau tau benda itu tipu kenapa tak kau pergi beritahu pada perdana menteri... ataupun kau saja yang buat buku rujukan sekolah..

      Padam
    6. Sultan Ahmad bukan pembelot,,,baginda adalah perwira melaka

      Padam
  2. Persoalan mengapa melaka boleh kalah dengan mudah kepada portugis tidak terjawap mahupun dirungkai. Bagaimana empayar yg gah itu boleh kalah kepada 1300 orang tentera portugis.

    Mengapakah tiadanya bukti2 fizikal empayar melaka seperti kota melaka, istana sultan melaka dan sebagainya.

    Kita mengatakan melaka itu empayar yg hebat dan mashyur tetapi mengapakah istana sultan melaka masih diperbuat dari kayu dan bukannya batu.

    Kerajaan srivijaya dan angkor yang terdahulu dari melaka mampu membina monumen yang hebat dan masih dalam kajian sehingga kini tetapi apa yang melaka ada? sisa2 peninggalan bangsa2 penjajah kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melaka kalah kerana adanya pengkhianat iaitu bangsa mamak si kitol ataupun india muslim.

      Padam
  3. Benar kata tuan hamba kawie2020, persolan ini memang amat payah untuk dirungkai. ianya adalah salah satu daripada misteri Nusantara yang akan senantiasa membelengu pemikiran bangsa kita. Masih banyak puzzle-puzzle yang perlu dicarik dari dalam dan luar negara. setakat ini catatan daripada saksi penyerangan Melaka sendiri adalah agak bias, satu di pihak portugis dan satu lagi di pihak melayu sendiri. Agaknya jika kita berjaya menjumpai satu catatn dari pihak ketiga yang menyaksikan penyerangan tersebut dengan mata kepala mereka sendiri baru kita dapat membongkar misteri ni. Wallah hu a'lam

    BalasPadam
  4. perancangan THH

    untuk membuatkan generasi selepas penjajahan itu, akan membentuk Melayu Islam ini dalam keadaan tidak pasti dan ragu2 berkaitan sejarah Kesultanan Melaka, adakah iyanya satu 'fantasi atau pun realiti.

    penjajah semunya sama jer agent THH smunya berpaksikan GOSPEL, GOLD n GLORY..

    apapun mereka melenyapkan segala bukti2 tentang kesultanan islam di nusantara.. lihat sahaja bagaimana kesultanan Sulu, Kesultanan Bone dll...

    THH telah berjaya melahirkan generasi Nusantara yang akan meragui sejarah bangsanya sendiri..

    apapun perancangan jahat mereka tidak sekalipun akan dapat mengatasi perancangan yang Maha Esa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu tuan. segala rahsia nusantara akan terbongkar jua oleh penyelidik2 melayu. IN SYA ALLAH.

      Padam
    2. Assalamualaikum, kebenaran telah terungkai. Pada tahun 2009 yang lepas sekumpulan Tim Penyelidik daripada Muzium Tentera Darat dengan kerjasama Jabatan Arkeologi Malaysia telah menjumpai catatan Alphonso d alburque. Diantara catatan beliau adalah beliau menyatakan melaka mempunyai ketumbukan ketenteraan yang amat canggih. Tidak seperti yang dinyatakan dalam buku sejarah dan hikayat melayu lama dan hikayat hang tuah yang berkiblatkan oleh kolonialis. Dalam catatan tersebut juga dinyatakan bahawa melaka tidak jatuh dengan hanya satu serangan sahaja, portugis terpaksa menyerang melaka sebanyak tiga kali serangan dan banyak kasualti di pihak portugis. kota melaka dilengkapi dengan tidak kurang daripada 300 laras meriam yang merupakan benting pertahanan yang amat sukar ditembusi. Di samping itu, tentera melaka juga dilengkapi dengan senjata api. Kita telah tertipu dengan fakta rekaan daripada kolonialis yang menyatakan orang-orang melaka melawan portugis dengan keris dan tombak. pada zaman kesultanan melaka, keris dan tombak hanyalah digunakan untuk acara-acara rasmi di istana dan oleh pembesar tempatan. Melaka hanya tumbang setelah pihak portugis merasuah beberapa orang rakyat tempatan yang telah membawa tentera portugis menyerang dari arah belakang kota. Pertahanan kota melaka hanya tertumpu kepada pantai, jesteru itu kekalahan kota melaka adalah kerana kelemahan pertahanan dari belakang kota (darat). selepas melaka ditumpaskan, pihak portugis telah membunuh semua penduduk melaka termasuk orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak sebagai menuntut bela. Dalam catatan tersebut, harta rampasan yang telah diperolehi oleh portugis terdiri dari tidak kurang 300 laras meriam gangsa dan lebih kurang 3000 senjata api pelbagai jenis. Semua peralatan tersebut telah dimuatkan ke kapal Flor D LLamar untuk dibawa ke India. Walau bagaimanapun kapal tersebut telah tenggelam dipukul ribut semasa dalam pelayaran. Teks terjemahan catatan tersebut disimpan oleh pihak arkib negara dan Muzium Tentera Darat. Catatan asal telah diterjemah oleh pihak muzium dan sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah melawat Muzium TD di Port Dickson.

      Padam
  5. yaaa saya pun kurang setuju dgn fakta sejarah yg dipelajari skrg hasil kerja keras menteri pendidikan malaysia.

    lihat sumber ni:

    "Flor do Mar, sunk in 1511 off Sumatra, Indonesia


    In 1511 the Portuguese Viceroy Afonso de Albuquerque was sent to the strategic town of Malacca (in modern-day Malaysia) to claim it for Portugal, which he did; but on the return voyage to India, his ship Flor do Mar was wrecked in a storm, sending spoils from the victory (including a reported 60 tons of gold) to the seabed. Modern searches for the wreck (which sank to a depth of over 100 feet) have been unsuccessful, although Robert Marx claimed to have found some jade artifacts from it, including the lot in this sale."

    begitu kaya dan majunya sultan melaka ketika itu, bukan sedikit harta rampasan yang dirampas, ulang yer "DIRAMPAS DAN PERAMPASSSS".

    BalasPadam
  6. mohon izin copy artikel ini ya....

    BalasPadam
  7. Umum kita mengetahui bahawa kerajaan Melaka adalah kerajaan maritim,sepatutnya kekuatan tentera Melaka adalah terletak pada kekuatan maritimnya iaitu tentera laut pada nisbah 60(tentera laut):40(tentera darat).Persoalannya sekarang dan menjadi misteri kemana perginya armada perang laut milik kerajaan Melaka sewaktu serangan tersebut berlaku.

    Adakah tentera laut kerajaan Melaka pada hari serangan tersebut telah dirasuah,ditugaskan kekawasan yang lain atau telah diberi cuti untuk memudahkan serangan Portugis terhadap Melaka??????

    BalasPadam
  8. salam pembuka bicara,

    Pada pendapat saya yang buta la jugak pasal sejarah ni, kerajaan Melaka ditewaskan dengan cara "kelaparan". Iaitu, semua sumber makanan yang melalui laut (dikelolakan oleh syarikat perkapalan kaum Cina) telah di rompak dan makanan tersebut telah ditempatkan di tempat yang lain.

    Akibat dari ketiadaan makanan, Masyarakat atau rakyat Melaka mula memberontak dan mempersoalkan Pemerintah mereka kerana mereka mendapati orang-orang istana tidak kelaparan, tetapi mereka terpaksa berlapar. dari ketidak keseimbangan politik ini lah mengakibatkan Portugis dapat menawan Kerajaan Melaka ketika itu.

    Mengenai persoalan dimana tentera-tentera laut pula, Mereka telah Mogok (Demonstrasi) kerana kelaparan.. dan kebanyakan mereka menjadi lanun dan sanggup bersekongkol dengan Portugis dengan menjadi informer/ balaci untuk mendapatkan makanan. Padahal, makanan yang Portugis bagi tu pun hasil daripada rompakan yang dilakukan oleh mereka.

    Merujuk kepada penyampaian yang disampaikan kepada saya, bahan-bahan untuk membina Kota A Farmosa tu adalah daripada hasil runtuhan, Masjid², Surau², Universiti² dan Istana² di Melaka. Buktinya masih belum ada lagi lah tetapi ada persoalan disini..

    Melaka merupakan Pusat penyebaran agama Islam, dan rakyatnya semua beragama Islam..

    Kenapa Masjid pertama di Melaka di Kg. Ulu?

    Pulak tu dibina pada tahun 1700an?

    300 tahun dahulu dari tahun 1400 sehingga tahun 1700an diaorang tak sembahyang di masjid ker??

    Saya berpendapat Portugis telah melakukan satu jenayah penghapusan Etnik yang paling kejam di zaman itu. Bayangkan Sultan Melaka pun melarikan diri???

    BalasPadam
  9. sambungan..

    Dari sumber yang daya dapat, pembinaan Kota A Farmosa didirikan hanya 6 bulan selepas kerajaan Melaka ditumbangkan..

    manakala bahan binaan Kota tersebut didapati bersumber dari tempat yang jauh seperti Mesir, china, India, Rusia dan bermacam² tempat lagik lah..

    Logik kah Portugis mendapatkan bahan² tersebut dalam tempoh 6 Bulan???? sedangkan tiada landasan kapal terbang pun kat Melaka masa tuh.. semua menggunakan Pengangkutan Air yang mengambil tempoh masa yang lama.

    Untuk difikirkan bersama.

    BalasPadam
  10. Sebenarnya kota Melaka di Kota Lukut, kota Melaka di A Famosa dan benteng kota Melaka di tepi pantai Melaka dan juga kota pertahanan di Bentayan (muara Sg Muar) dll telah diruntuhkan dan dipendam dalam tanah oleh orang-orang Inggeris. Semuanya diperbuat daripada batu-bata. Sila baca catatan Munshi Abdullah. Sila dapatkan kajian-kajian arkeologi terkini pensyarah2 IPTA...sebahagianya kota itu telah ditemui....

    BalasPadam
  11. nak tahu lebih menarik tentang peperangan melaka portugis dapat kan buka "setelah roboh kota melaka"
    penulis Abdul Latip Talib (PTS)
    buku ini memang menarik tentang kisah perang melaka..
    bagaimana melayu mengunakan senjata serperti meriam, lantakas, istinggar dan macm lg.
    dan bagai mana pembesar istana dirasuah dan membocor rahsia melaka... bagaimana tipu daya digunakan untuk hancurkan melaka...
    semua nya ada.... dah yg paling menarik tentang kereta Kuda Sultan bersalut emas ....sy sudah baca beulang kali masih belum jemu...

    BalasPadam
  12. Bangsa apa yang dapat kelebihan atas jatuhnya Empayar Melaka? Adakah India @ China? Siapakah yang mengupah Tentera Portugis @ Lanun ni untuk menyerang Melaka. Siapa Yang membantu musuh dari dalam ketika itu Tuan Al Semantani???? Kenapa 2 negara nie ada gak pengkalan Portugis di masa itu ? Adakah itu tanda terima kasih mereka.

    BalasPadam
  13. Atas tiket perjalanan mencelikkan mata bangsa yang buta akan kehebatan bangsanya sendiri akibat model pemikiran yang telah di paku oleh penjajah selama ini...

    Teruskan Usaha Anda dan Tahniah Atas Usaha Anda Ini...

    Dari
    Tengkolok Hitam
    http://zainudins.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Terdapat banyak maklumat yg belum dikaji, termasuklah khazanah penulisan yang dicuri oleh tentera portugis. Namun kapal-kapal tersebut samada hilang atau karam, menyebabkan penulisan tamadun Melayu Melaka pupus. Tak mustahil juga karya-karya Melayu telah diciplak oleh mereka. Mungkin juga teknologi.

    Terdapat bagaimana cara mengekstrak batu biasa menjadi emas, namun tidak dapt dipastikan kerana tiada bukti. Namun Kesultanan Melayu Melaka cukup maju.

    Kenapa terfikir mengapa istana diperbuat daripada KAYU? utk makluman semua, penggunaan kayu membuatkan struktur dalaman istana mudah diubahsuai mengikut keadaan semasa. Mengapa perlu mengandaikan maju tamadun itu terletak pada GUA ciptaan (Bangunan Batu)? Kenapa kita tidak mengkaji dari sudut kepenggunaan dan keperluan mengenainya?

    BalasPadam
  15. pakah yang diberi tau Si Kitol

    BalasPadam
  16. Kalau mengikut yang saya baca, peperangan dengan portugis berlaku beberapa hari, tetapi pada hari terakhir, bendahara menasihati Sultan untuk keluar dari kota Melaka, walaupun Sultan tidak mahu, tetapi atas sebab tertentu, Sultan bersetuju. Sebab itu dalam catatan Portugis, pada hari terkahir, mereka datang, mereka lihat Istana telah kosong. Apakah sebab bendahara menasihati Sultan untuk meninggalkan kota Melaka? Adakah kerana banyak sudah tenteranya yang meninggal? Atau ada komplot dalaman yang akan membunuh Sultan? Jika dibaca, keadaan Melaka pada ketika itu adalah penuh dengan politiking dan cubaan merampas kuasa, juga tidak puas hati pedangang Cina/Inda (mereka memberikan bantuan pada Portugis dengan memberikan kapal). Teori saya adalah, Melaka ketika itu tidak kalah perang, tetapi Sultan keluar dari Melaka untuk mengelak sesuatu yang lebih besar (komplot dalaman?). Jadi persoalan sekarang bukan kenapa Melaka kalah perang, tetapi kenapa Bendahara menasihati Sultan keluar dari Kota Melaka? Mustahil 20,000 manusia boleh kalah dengan 1400 orang, tidak logik, tambahan pula bila yang 20,000 ini juga ada senapang dan meriam.

    BalasPadam
  17. Pada pendapat saya, mungkin bendahara sudah dapat melihat ada kelompok yang ingin membunuh sultan lalu menabalkan orang lain untuk menjadi sultan boneka kepada orang asing. Mungkin juga bendahara berpendapat adalah lebih baik hilang kota melaka dari hilang waris dan keturunan sultan melaka.Setidak-tidaknya waris kesultanan melaka masih lagi ada di malaysia iaitu sultan perak.

    BalasPadam
  18. saya berpendapat pengalaman perang merupakan faktor terpenting kekalahan melaka...jika dikaji orang-orang dieropah telah berperang bertahun-tahun serta banyak pengalaman dan pelajaran yang telah diambil dari kuasa-kuasa arab semasa beberapa siri perang salib Jadi,org dieropah telah mempunyai pengalaman perang yang amat luas..berbanding kerajaan melaka yang hanya berperang dikawasan sekitarnya sahaja dimana melaka tidak terlalu terdedah dengan perang yang lebih terbuka.

    BalasPadam
  19. Pengetahuan sejarah yang dipelajari disekolah telah disusun mengikut kemampuan tahap boleh fikir pelajar mengikut usia.Dalam erti kata yang lain,pelajaran sejarah yang dipelajari sewaktu sekolah menengah rendah dan atas adalah basic type..sukatan dan tahapnya adalah berdasarkan rekod dan catatan terbitan sejarahwan barat.Oleh yang demikian,ilmu yang diterima pakai oleh kita pada ketika ini adalah berdasarkan pandangan yang diterbitkan oleh catatan barat. Untuk mendapatkan rahsia,kepastian,kebolehpercayaan dan untuk menjawab pelbagai persoalan perlulah ada kajian tambahan..Dalam erti kata yang lain displin ilmu mengkaji,menganalisa,membentang dan membincangkan tidak berlaku di sekolah menengah. Yang ada hanya fahamkan peristiwa yang berlaku,ingat tarikh,pelaku,sebab musabab dan akibat daripada peristiwa yang berlaku. Inilah yang kita pelajari sejak bertahun-tahun lamanya..Guru hanya berminat kepada isi yang terdapat pada buku teks. Buat apa memerah otak, melahirkan pandangan ataupun hipotesis, sedangkan ia tidak ada dalam skema jawapan. 'Exam oriented' menyebabkan murid hanya berminat kepada kebolehan memberi jawapan yang telah disusun bukan dikaji atau dianalisa.Masa belajar yang singkat,tak memberi ruang untuk murid berfikir secara kritis..Kalau ada pun mungkin yang betul-betul berminat sahaja. Displin ilmu mengkaji,menganalisa, menghurai, bersoal jawab dan membincangkan boleh didapati sewaktu belajar di univerisiti..Mengapa? Mungkin pada ketika itu kematangan dan sifat ingin tahun serta mencari jawapan kepada segala permasalahan lebih terserlah..Mungkin juga style ataupun corak pendidikan negara telah direka dalam bentuk sedimikian rupa. Walau bagaimanapu, guru seharusnya berperanan lebih dalam memberi input tambahan kepada murid. Kalau guru pun tak paham, apatah lagi murid.Disini timbul pula masalah tangkap muat..mengajar bukan mengikut opsyen..belajar matematik, ajar sejarah..jadi dalam kelas, baca buku dan fahamkan sendiri la jadinya. Kalau dibuat reverse cycle,banyak pihak akan dipertanggungjawabkan.

    BalasPadam
  20. Aku tak percaya kerajaan melayu Melaka cukup kuat dimasa daulu. Banyak temberang. Setakat menyerang orang dikuala secara pukul sembunyi dianggap menawan sebuah negeri. Padan muka kalah pada Pertugis. Panglima hanya tahu ambil perempuan untuk rajanya. Itu kerja yang mampu dibuat. Lebih lintah dari lintah. Patut pun tuhan hukum mereka ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa permpuan yang kena rampas itu moyang engkau keer... hhe he

      Padam
  21. KEGEMILANGAN MELAKA
    Ahli yang mengkaji sejarah akan mendapati bahawa Melaka adalah negeri yang hebat di nusantara pada zamannya.
    Bukti catatan Duarte Barbosa bahawa siapa mendapat Melaka akan mengatasi kekayaan Venice.
    Bukti catatan Alfonso De Alburqueque mengatakan harta kekayaan yang diambil dari Melaka terdiri daripada tahkta emas, peti-peti berisi berlian dan permata, berlian sebesar genggam, peti-peti berisi wang emas,patung-patung haiwan daripada emas, meja makan permaisuri Melaka bertatah emas dan permata,manuskrip-manuskrip melayu.
    Bukti catatan Alfonso De Alburqueque mengatakan kekayaan yang dirampas dari Melaka diisi ke dalam kapal Flor de la Mar yang mana kapal itu karam di perairan Selat Melaka dan tidak dapat diselamatkan.
    Bukti catatan Sejarah Melayu bahawa tidak perlu membawa api jika berjalan dari Melaka ke Batu Pahat. Juga tidak perlu membawa api jika berjalan dari Melaka ke Jugra.
    Bukti bahawa keluasan Melaka zaman itu meliputi negeri-negeri yang ada pada waktu itu di semenanjung termasuk Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. (catatan: Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor belum wujud di zaman itu).
    Selain itu Melaka juga meliputi Singapura, Riau,dan sebahagian Pulau Sumatera seperti Kampar.
    Bukti peristiwa Puteri Gunung Ledang memberi syarat kepada Sultan supaya dibuat jambatan emas dan jambatan perak.
    Kehebatan Melaka lebih kepada ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Pedagang datang dari Timur Tengah, India, China, Siam dan Jawa.
    Terdapat tesis pengkaji Jepun mengatakan bahawa orang Jepun turut datang ke Melaka.
    Bukti perhubungan kerajaan Melaka dengan kerajaan Majapahit, Gowa, Pasai dan China.
    Bukti pemerintahan Melaka yang mempunyai Raja, Bendahara, Syahbandar, Laksamana.
    Bukti bahawa tapak istana Melaka itulah yang dijadikan kota AFomosa oleh Portugis.
    Bukti bahawa selepas kerajaan Melaka jatuh kerajaan Acheh ada cuba menyerang Portugis di Melaka.
    Ini semua merupakan antara bukti bahawa Melaka adalah hebat dan penting pada zaman itu. Melaka adalah kota perniagaan dan perdagangan.

    KEKALAHAN MELAKA
    Melaka kalah kerana Sultan berundur terlalu awal.Bila tiada tentangan maka mudahlah ditawan. Sejarah berulang.
    Contoh Tanah Melayu zaman penjajah Inggeris kalah kepada tentera Jepun kerana Inggeris berundur terlalu awal ke Singapura. Bahkan Inggeris turut gagal mempertahankan Singapura.

    KENAPA MELAKA MUNDUR SETELAH DIJAJAH PORTUGIS
    Orang Portugis adalah penjajah dan zalim. Siapalah hendak datang berniaga di tempat yang berlaku peperangan. Semua pedagang pun lari ke tempat lain. Bukan saja selepas itu Portugis turut menyerang Muar, berperang dengan Johor, berperang dengan Acheh bahkan Portugis turut berperang dengan Belanda; tempat perangnya di bumi Melaka.

    SEJARAH MELAKA CUBA DIPADAMKAN
    Cuba tuan-tuan baca sejarah bahawa di zaman Melaka telah ada kompleks istana. Melalui lukisan-lukisan dari eropah ternyata istana Melaka dibina daripada bahan batu.

    Ketika di zaman Inggeris menjajah Tanah Melayu terdapat arahan pihak Inggeris supaya penduduk Melaka dipindahkan. Penduduk Melaka tidak bersetuju. Cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya arahan itu dipatuhi.
    Pada zaman itu juga Inggeris mengarahkan kota AFomosa diletupkan. Sekarang kota itu tiada lagi, hanya tinggal cebisan. Apakah maksud di sebalik arahan-arahan ini?

    LAUT PANTAI MELAKA YANG DITEBUSGUNA
    Sayang sekali sekarang laut pantai Melaka telah ditebusguna. Adakah kerajaan Malaysia telah mengkaji isi laut pantai Melaka sebelum ditimbus?

    BalasPadam
  22. Mengikut catatan sulalatus salatin Melaka kehabisan ubat bedil. Sila baca:-
    Hatta maka Peringgi pun masuklah, setelah berpandang¬an, maka berperanglah Temenggung Seri Udani dengan Peringgi, terlalu azamat berternbak-tembakan: bunyi meriam seperti halilintar membelah; bunyi pelurunya seperti kum¬bang dijolok; maka yang mati pun terlalu banyak sebelah menyebelah. Sehari semalam lamanya perang itu, maka ubat bedil pun habis, maka Seri Udani menyuruh memohonkan ubat bedil serta bantu. Maka disuruh beri ubat bedil sehabis¬habisnya, hanya empat terupayan; dan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara, dititahkan Sultan Mahmud Syah mem¬bantu Temenggung Seri Udani. Maka Temenggung Seri Udani pun peranglah semalam-malaman itu; setelah dinihari, air pun penuh pasang dalam, maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka di¬bedilnya dengan istinggar, bunyi pelurunya seperti kacang jatuh ke bidai. Maka tiadalah terderita oleh sekalian orang yang di Kota Kara itu, habis berhamburan ke air; mana yang sempat lari, mudik berperahu, melainkan yang tinggal Temenggung Seri Udani, dan Sang Aria, dan Sang Jaya, dan Sang Lela Segara, dan Sang Lela; mereka itulah yang bersama¬-sama Temenggung beramuk dengan Peringgi, banyak ia mem¬bunuh Peringgi. Maka Temenggung Seri Udani pun matilah kena bedil pengatu, dan pegawai empat orang itu pun mati; maka Kota Kara pun alahlah, maka Peringgi pun mudiklah membedil negeri Kopak.

    Melaka kalah bukanlah tanpa tentangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Mana Hang Tuah??? Hang kasturi, Lekiu, Lekir..??
      tiada pahlawan lain ke? itulah sultan dulu zalim.
      suka curi perempuan..asal lawa ko ambil tak kira anak orang, bini orang, mak orang. kalau tak beri dikata Derhaka kpd Sultan.

      Padam
    2. Itulah dia, kalau diteliti sejarah melayu ni yang peranan paling besar adalah para pembesar bukan sultan. Sultan semua jahanam..

      Padam
    3. Tak semua Sultan kejam,,,,,,,sebelum membelah suara ,cuba dikaji dulu peredaranya

      Padam
  23. Berikut adalah besarnya saiz angkatan Portugis menyerang Melaka:-

    ALKISAH maka tersebutlah perkataan Alfonso d'Albuquer¬que, setelah ia turun daripada wizurai, maka ia pun naik ke Portugal mengadap Raja Portugal, minta armada. Maka diberi oleh Raja Portugal empat buah kapal yang besar, dan lima B-274 buah ghali panjang, maka Alfonso d'Albuquerque pun turun ke Goa; berlengkap pula di Goa tiga buah kapal, delapan ghalias, empat buah ghali panjang, enam belas buah fusta, menjadi empat puluh tiga buah semuanya, maka pergilah ia. Setelah datang ke Melaka, maka orang Melaka pun geruparlah; maka dipersembahkan oranglah kepada Sultan Ahmad Syah, "Bahawa Peringgi datang menyerang kita, tujuh buah kapal, delapan buah ghalias, sembilan buah ghali panjang, enam
    belas buah fusta."

    BalasPadam
  24. Melaka adalah negeri yang kaya raya mengikut catatab Portugis. Saya dapat dari Source: http://www.brown.edu/Facilities/John_Carter_Brown_Library/Portugal/Imperial.html

    Dom Manuel I, Epistola potentissimi ac inuictissimi Emanuelis Regis Portugalie, Rome, 1513.
    In this letter dated June 1513, King Manuel informs the newly elected Pope Leo X about the conquest of Malacca (identified with the legendary Aurea Chersonesum) by Governor Afonso de Albuquerque in July, 1511. The original letter was written in Portuguese, but it was not long before it was translated into Latin and became a “best-seller.” Twenty-four Latin editions were published in six different European cities during the sixteenth century, along with versions in Italian, German, Dutch, and French. In the letter, Malacca is presented as a heavily populated, extraordinarily rich city, a cosmopolitan gateway linked to the main trading centers of Asia and home to affluent merchants from far and wide. JF

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu tahu tak tujuan mengkaji perang portugis tu dan perbandingan serangan portugis

      Padam
  25. kenapa tidak dikomersial kan kisah ini...???
    diaanggap tidak masuk akal,?? bukan ada logik nya di situ beserta fakta

    BalasPadam
  26. kenapa melaka kalahnya dalam peperangan dasyat , sedangkan melaka ada tentera mahir dalam peperangan

    BalasPadam
  27. kenapa tak dikomersialkan..?? dah lama dikormesial cuma korang2 je yg tak tahu sebab baca komik ngan surat kabor je mane nak jumpe. pegi korek buku2 keluaran publisher universiti di DBP ke di perpustakaan negara ke or di kedai2 buku universiti yang terdekat....berlambak ada buku tentang melaka lengkap dari mula sampai akhir. nk lgi bagus kene carik yang b. inggeris. dlm bm yg bagus tulisan mahaguru sejarah melaka prof emeritus yusof hasyim. xda apa yg tak masuk akal...kan dlm sulalatus salatin ada cakap yg melaka dibelot org tertentu....nk pulak melaka dlm keadaan tak stabil politiknya....pembesar bergaduh dan berdengki sesama mereka. kalau nk ikutkan mmng susah portugis nk kalahkan melaka tapi portugis dah buat perancangan rapi selama berbulan2 dan dah antar spy.....bnyk spy portugis di istana. mereka tahu kekuatan dan kelemahan melaka. ada bnyk senjata api pon tak mesti boleh menang kalau xbanyak ubat bedil,peluru dan orng yg pndai gunakannya. askar melaka bnyk askar upahan yg belot dan pengecut.

    pak seman

    BalasPadam
  28. sejarah tercatat melaka tewas pada portugis,dan belanda ambil alih serta british terakhir.termasuk negara asia semuanya dijajah dan campur tangan asing.jangan bertelagah pendapat,yang perlu dikesan keujudan sejarah melayu sebelum dijajah pedatang asing.

    BalasPadam
  29. Sejarah Melayu ni lebih kurang macam sejarah Daulat Kharizwiayh kot yang diserang oleh tentera Mongul....

    BalasPadam
  30. Heh tukang karut blog ini menokok tambah cerita seolah-olah beliau tahu segalanya, inilah yg dinamakan penulisan SYOK SENDIRI (KFZ Seremban)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan karut. Ada cerita yg disembunyikan. Kini biar didedahkan agar bangsa kita menyoal sendiri benarkah sejarah buku teks. Lalu persoalan itu menemukan kita dengan plot demi plot bukti serta cerita yg disembunyikan. Terutamanya...siapakah pembelot Melaka. Nyatakan namanya...dan satu lagi ...jangan percaya sangat Movie2 melayu lama...maksudnya...jangan sumber filem tu saja rujukan akal dan hati kita...

      Padam
  31. wahai cik abang tanpa nama 8 mac 7;16 ptng, lain kali baca dulu info dan peringatan yg disdiakan kat sisi blog. cube bagitau sikit tang mana saya menokok tambah cerita mcm sya tau semuanya?

    semua dakwaan saya walau takde nota kaki sya dh tegaskan bahaa saya dpt dari sumber2 yg bertauliah, bukn dri mjalah hiburan atau wikipedia atau blog syok sendiri. saya dpt dri bahan2 ilmiah spr jurnal, makalah, buku-buku dan tesis.

    lain kali baca dulu kat sisi blog saya ni....meh nak bagitau;

    SALAM
    Maklumat dalam blog ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pembacaan peribadi. Saya tidak menjamin ianya adalah tepat 100% dan lengkap pada masa ia diterbitkan kerana tiada yang benar-benar mutlak dalam ilmu sejarah.



    Blog ini semata-mata tidak boleh dijadikan sebagai sumber maklumat untuk rujukan anda dalam melaksanakan sesebuah penulisan ilmiah. Rundingan daripada pihak yang lebih ahli serta rujukan daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang berkredibiliti adalah amat perlu.



    Saya tidak bertanggungjawab atas semua maklumat lain selain daripada di domain yang dirangkaikan dari blog ini.



    Pembaca digalakkan untuk menegur bagi menjamin saya menyediakan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.



    Anda dibenarkan untuk menyebarkan kandungan di blog ini secara percuma tanpa meminta kebenaran untuk tujuan menyebarkan ilmu. Tetapi anda haruslah meletakkan atau menyatakan sumbernya. Diharap permintaan ini tidak keterlaluan untuk anda laksanakan...:)

    BalasPadam
  32. Kekuatan fizikal bukan faktor kejayaan, Allah yg beri menang dan kalah, Mubaligh Islam dr Arab dtg menyampaikan Kalimah ke nusantara, tetapi Melayu Nusantara tidak menyampaikan Kalimah ini kepada immigran yg datang ke Melaka. Bantuan Allah tidak sampai ke mereka yg Engkar

    BalasPadam
  33. Apa yang saya tahu kerajaan Melaka pada ketika itu telah menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah..Kebanyakan teknologi meriam diberi oleh kerajaan turki pada ketika itu...Melaka pada ketika itu adalah kerajaan Islam terkuat di Nusantara,bersama-sam dengan Acheh...Portugis dating ke Melaka untuk berdagang rempah ratus sahaja..oh tidak...pastinya mereka mahu tumbangkan kerajaan Islam Melaka..Setelah kerajaan Islam tumbang mahukah penjajah seperti Portugis menyelamatkan apa-apa yang ditinggalkan oleh Kerajaan Islam..pasti tidak...pastinya agenda mereka mahu takluk bukan setakat Tanah tetapi minda dan pegangan agama kita...

    BalasPadam
  34. maaf sy mencela ye, maaf juga andai komen ini tdk disenangi : sebelum portugis menyerang Melaka, keadaan Melaka pada zaman sultan Mahmud shah menampakkan ciri2 pemerintahan yg zalim cth : beliau telah membunuh keluarga Tun Mutahir, Hang Tuah difitnah, rasuah berleluasa, Tunang Tun ali iaitu Tun fatimah di rampas oleh Sultan Mahmud dan byk lagi kezaliman yg dibuat oleh Sultan Mahmud..mgkin ini adalah balasan Allah kpd pemerintah yg zalim ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maafkan saya ye,,,,Sultan terakhir Melaka bukan Sultan Mahmud ,tapi Sultan Ahmad ,,,,,,kaji dulu laye,,,,,,,baginda Ahmad hanya memerintah selama beberapa bulan sahaja

      Padam
    2. Maafkan saya ye,,,,Sultan terakhir Melaka bukan Sultan Mahmud ,tapi Sultan Ahmad ,,,,,,kaji dulu laye,,,,,,,baginda Ahmad hanya memerintah selama beberapa bulan sahaja

      Padam
  35. Dan kini, akan tergadai kah tanah melayu kepada bangsa bukan melayu di era moden ini. seperti jatuh nya singapura? sedangkan kita sibuk bertelagah dan berpecah. Hanya ALLAH yang dapat menyatukan kembali jiwa org2 melayu yang jauh terpesong. mari kembalikan ukhuwah masyarakat melayu yang dinoda jiwa yang ego lagi malas. malas untuk memulakan langkah ke arah ALLAH. Ke arah ALLAH itu lah kebenaran. dan kebenaran ini akan mengangkat kembali darjat kita untuk kembali lebih tinggi dari era kesultanan melayu melaka. mari saudara2ku. kita berdiri sekarang. megisi diri dengan ilmu. dan jiwa dengan alquran. mari saudara2ku. TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!

    BalasPadam
  36. Inilah kehebatan orang melayu dalam diam menyerang dalam perang merancang dalam sejarah menang dalam tinggal wujud dalam buku mengajar

    Cuba fikir sebagai pakar strategi madam mana man bag manusia dihimpit sejarah palsu tetapi tiada duit untuk berjuang cuma mampu menulis sebab itu pen lebih tajam dari pedang away orang semua lahir dari permikiran buku sejarah salah atau pelik itulah kehebatan orang yang mengarang buku tesk ni Bagaimana ilmu berkembang = pertanyaan
    Bagaimana menang perang kalah perlawanan
    Awak semua datang ke persoalan ini hanya dengan cuma. Beritahu dalam buku tesk sejarah
    Orang ini cerdik .sifat melayu malu sifat Islam merendah dalam ilmu
    Cari sifat melayu hanya orang melayu kenal diri sendiri dan sahabat nya tahu itu pun kalau ada siapa paham maksud ini

    BalasPadam
  37. Walau dari Indonesia,khususnya Jawa tapi saya merasa satu bangsa,kepada sodara2...saya di Nusantara.sejarah Malaka yang mengingatkan kita pada perjuangan leluhur kita dulu betapa dahsyatnya semangat persatuan Nusantara.dalam merebut kembali Malaka dari Portugis tercatat hampir seluruh kerajaan di Nusantara pernah mengirim armada perang kesultanan Aceh,Johor,Padang,goa, bahkan putra mahkota penerus kerajaan Majapahit Islam, ibukota kerajaan di Demak yaitu Pati Unus gugur di Medan perang di selat Malaka yang oleh masyarakat Jawa dikenal di kemudian hari pangeran (Sabrang lor) artinya seorang pangeran yang berlayar ke selatan hal ini mengacu pada peristiwa ekspedisi Malaka 1,2. Pada ekspedisi yang kedua inilah Pati Unus gugur. Dan sisa2 pasukan kemudian menetap di Malaka sampai hari ini ada perkampungan Jawa di Malaka. Sejarah tidak bisa di rubah tapi kita bisa ambil hikmah dari sejarah jika kita mau melangkah jauh ke masa depan ibarat busur panah kita harus tarik mundur semaksimal mungkin ke belakang maka anak panah akan melesat jauh ke masa depan.

    BalasPadam
  38. dan apa tujuan kita kaji tentang peperangan itu? saya cuma nak tahu sahaja..

    BalasPadam
  39. apakah perbandingan serangan portugis tu?

    BalasPadam