Isnin, 8 Jun 2009

JANDA BERHIAS...EMMM!!

Bangsa Melayu dicengkam oleh penjajah dalam rentang masa yang amat panjang, berkurun-kurun lamanya. Dalam tempoh tersebut, bagi melangsungkan cengkamannya, penjajah secara terancang telah memperlekeh bangsa ini dari segala segi, terutama daya intelek, budaya hidup, hatta sistem nilai. Apa sahaja yang dikaitkan dengan tradisi ditohmah sebagai mundur, kotor, tahayul, memudaratkan, atau apa sahaja yang buruk-buruk, sehingga menimbulkan stigma dalam kalangan generasi terkemudian. Hari ini, stigma itu masih subur oleh keengganan ramai ahli masyarakat yang tidak menyenangi sebarang asosiasi terhadap amalan tradisi.

Ini termasuklah ilmu bangsa Melayu dalam senibina dan seni ukir. Anda pernah dengar mengenai janda berhias...bukan janda yang kematian suami tu... tetapi sejenis dinding rumah berukir yang terkenal di kelantan dan terengganu. Seniukir dan pembuatan dinding ini sangat halus dan cantik sekali. Kebiasaannya dinding janda berhias ini hanya dibuat di rumah-rumah pembesar dan istana sahaja. Disini saya sertakan gambar contoh dinding tersebut;



4 ulasan:

  1. Salam kepada Moderator, banyak lagi perlu ditukilkan bukan sekadar janda Berhias je...ada pembagai elemen lagi seperti Tunjuk Langit, Kepala Cicak, Pagar Tinggalung, Tebar Layar, Papan Pemilih, Itik Pulang petang, Badak Mudik, Awan Larat dan sebagainya.

    BalasPadam
  2. Assalam ..... masa kecil-kecil dulu macam ada satu replika rumah melayu diletakkan di Taman Tasik Titiwangsa...tapi tak pasti kalau masih ada hingga kini...

    BalasPadam