Salam blogging saya ucapkan. Hari ini saya akan membincangkan mengenai satu lagi senjata api Melayu yang amat terkenal pada zaman dahulu iaitu istinggar. Seperti juga rentaka, hari ini istinggar hampir tidak diketahui langsung oleh generasi muda. Dipercayai istinggar telah mula digunakan pada zaman Melayu Melaka lagi dan ianya adalah diantara senjata yang dirampas selepas Portugis berjaya menawan Melaka. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah rupanya istinggar. Sebenarnya Istinggar juga dikenali sebagai Flintlock Musket dalam bahasa Inggeris dan saya rasa anda pasti pernah mendengar mengenai The Three Muskertiers kan? Muskertiers itu sebenarnya adalah nama pasukan penembak diraja tentera Perancis pada zaman dahulu. :)
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Hikayat ini menunjukkan bahawa sememangnya orang Melayu sudah pandai menggunakan senjata api seperti istinggar dalam peperangan dan tidak hanya bergantung kepada keris,tombak,lembing dan parang semata-mata seperti yang dikatakan oleh orientalis barat.
Senjata ini dipercayai diperkenalkan oleh saudagar dari Timur Tengah dan Turki. Hal
ini kerana daripada kajian yang telah dibuat oleh sejarahwan dalam teknik
pembuatan Istinggar di alam Melayu terutama dalam masyarakat Minangkabau di Sumatera
Barat, didapati bahawa teknik yang digunakan untuk menghasilkan larasnya adalah
sama seperti teknik penghasilan laras senjata api Turki. Laras ini dihasilkan
dengan menggelung sebatang besi leper yang panas mengelilingi sebatang besi
silinder dan memukulnya sehingga besi menjadi laras. Teknik seperti ini unik
bagi tamadun Islam di Asia barat serta Turki dan tidak digunakan dalam
penghasilan senjata api dari Barat.
Namun ada yang berpendapat bahawa, senjata api yang dikatakan sebagai Muskets
atau Istinggar yang digunakan di Zaman Kesultanan Melaka berkemungkinan besar
bukanlah sama seperti Muskets yang
digunakan oleh orang Sepanyol, Inggeris dan Belanda dalam kurun-kurun yang lebih lewat seperti di kurun ke 16 dan 17 kemudiannya. Senjata zaman Melaka ini mungkin boleh disamakan dengan sejenis senjata yang
dinamakan sebagai serpentin. Tetapi pada pendapat saya, semasa Portugis menguasai Melaka, Matchlock Gun
atau Istinggar kancing api dalam erti kata yang sebenar telah pun digunakan dan ianya masih digunakan oleh tentera kerajaan-kerajaan Melayu lain sehinggalah penghujung
abad ke-17 apabila sejenis senjata api yang lebih baik buatannya dari Belanda
iaitu Flintlock Muskets atau schnapp-hahn (senapang) mula
diperkenalkan.
Terdapat
juga sumber yang menyatakan bahawa Istinggar yang dirampas dari Melaka telah
dijual semula kepada orang-orang Jepun. Maklumat ini mungkin ada kebenarannya kerana setelah Portugis berjaya menawan Melaka mereka mula giat menjalankan hubungan dagang dengan negara Jepun, dan sejarah Jepun juga ada menyatakan bahawa orang Portugis ada menjual senjata api kepada mereka.
Selain itu, di sebuah Muzium di Belanda, terdapat sebuah Matchlock yang dilabel sebagai Matchlock Melaka yang sangat halus buatannya dan mempunyai ukiran sepuhan emas. Ternyata
orang Melayu sudah tahu menghasilkan Istinggar seperti Matchlock gun lebih awal dari yang kita jangka, dan mungkin juga lebih awal dari zaman kegemilangan Kesultanan Melaka itu sendiri. Wallah hu a'lam.
Assalamualaikum. Saya mahu tanya dimanakah asal perkataan nama Istinggar dan terakul.
BalasPadam