Isnin, 22 Jun 2009

The Lost Tribe Malayu



Salam saya ucapkan kepada semua. Mulai daripada hari ini saya terpaksa menghentikan terlebih dahulu entri mengenai senjata Melayu lama kerana ada entri yang pada saya lebih penting kepada anda semua bakal saya keluarkan. Entri yang saya maksudkan masih lagi berkenaan kehebatan sejarah bangsa Melayu namun kali ini saya akan mengupas mengenai siapakah sebenarnya bangsa Melayu itu dan apakah peranan yang telah dan bakal dimainkan oleh bangsa yang dianggap pemalas ini dan apakah rahsia di sebalik kekeliruan, kecelaruan dan kekaburan mengenai asal-usul bangsa ini.


Saya pasti anda tidak sabar-saber menunggu entri yang saya akan nukilkan dalam blog ini dan saya harap agar anda sedia memberi komentar sepanjang topik ini diperbincangkan. Untuk pengetahuan anda entri ini bakal mengubah persepsi anda mengenai Bangsa Melayu secara total pada pendapat saya. Mungkin pada mulanya anda akan merasa ragu-ragu, namun bagi anda yang beragama islam dan terutamanya berketurunan rumpun Melayu, dalil-dalil daripada kitab-kitab lama seperti Al quran, Taurat, Injil dan Zabur akan diketengahkan berserta dengan dalil sejarah yang terbukti benar. Sekian buat masa ini dan jangan lupa untuk melawat blog ini sedikit masa lagi.

2 ulasan:

  1. Bahan berkaitan sejarah Melayu ini amat menarik. Ianya perlu dipaparkan untuk jenerasi kini sebagai bahan rujukan dan tatapan orang Melayu yang kabur tentang asal usulnya.

    BalasPadam
  2. Sedikit maklumat mengenai lost tribe: http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=AvantGo&file=print&sid=1128

    BalasPadam