Selasa, 23 Jun 2009

Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 2


sambungan....... Yang tinggal adalah MELAYU YANG PENUH PERASAAN 'INFERIOR' terhadap bangsanya sendiri.Menganggap bangsa sendiri adalah kolot dan agama Islam adalah jumud padahal bangsanya adalah ahli pengembara dan pelaut terbaik dunia.Apabila berbincang mengenai kehebatan bangsa Melayu adn kerajaannya,asyik-asyik terhenti pada Empayar Melayu Melaka.Benarkah bangsa Melayu mampu membina Empayar dan menjadi pengurus pemerintahan bermula dari era Melaka?Bagaimana dengan sebelum itu?Logikkah orang-orang Melayu yang duduk dikampung-kampung dipinggir-pinggir hutan,tiba-tiba menjadi pengurus sebuah empayar dan pelabuhan antarabangsa paling strategik dan terkaya di dunia?Sehinggakan para pedagang yang mahu berurusan di pelabuhan Melaka wajib mempelajari bahasa Melayu untuk berbincang dengan syahbandar-syahbandar Melayu dan berniaga dengan pedagang lain.


Tahukah anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa? Jumlahnya beratus-ratus!!Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang menyebutnya begitu. Jika mahu mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu,kita harus mengkaji manuskrip pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus,pegawai dan bangsawan Melayu dahulukala ketika itu.Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para pengkaji sejarah Melayu dari Barat kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat bermula dari zaman Melaka sahaja.


Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini.Semuanya hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah).Jadi apa yang tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat.Jadi yang tertera adalah zaman Batu seperti Paleolitik,Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk Empayar Melaka seterusnya zaman Penjajahan.Hanya itukah sejarah bangsa Melayu????


Padahal kapal perang Melayu ketika zaman Melaka dan Acheh lebih besar dari kapal induk Portugis malah lebih pantas dan hebat dari kapal The Black Pearl dalam filem Pirates The Caribbean dan orang Melayu mampu mentadbir sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Port Royal.Ini belum lagi masuk bab empayar Melayu lain seperti Srivijaya dan Majapahit.INILAH RAHSIA PENJAJAHAN BARAT KE ATAS UMAT MELAYU.Ketika kaum Islam lain seperti Arab,Bosnia atau Chechen menghadapi kaedah penghapusan etnik yang ganas,tetapi lain pula dengan bangsa Melayu.Pihak Barat tidak mengejar-ngejar orang Melayu untuk dihapuskan tetapi memburu manuskrip-manuskrip berharga,surat-surat cinta Melayu dan perutusan diraja untuk disimpan (bukan pula untuk dibakar atau dimusnahkan,pelikkan taktik Illuminati ini?).......bersambung

24 ulasan:

  1. adakah kerajaan malaysia/umno tahu mengenai sejarah sebenar bangsa melayu?

    BalasPadam
  2. woi sedara tanpa nama ko jgn nak masuk politik pulak. bodoh.

    BalasPadam
  3. kenapa sedara nak kata bodoh kat dya??? dya cuma nak tny je......

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah,ape la.. baik xyah jd melayu sejati ;)

      Padam
    2. rosmah sayang dier tu...hahhaha~

      Padam
    3. Dah tu, apsal nak masuk pasal umno? Kalau tanya PAS tau tak pasal sejarah melayu? Ko marah tak? memang soalan bodoh

      Padam
  4. Ajaran Melayu atau "Malaiyana Mulayanam" (Ajaran Melayu/Malayu/Malai Mula Ajaran - The Root of All Knowledge) mengandungi 173 buah kitab yang diwujudkan oleh Mahasiddha Svayana lebih 790,000 tahun dahulu di Buwana Svarnabhumi Tanah Sunda (Alam Melayu). Salah sebuah kitab itu bernama, "Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasapulatsyaviramaningrattanam" (memang panjang namanya) mengajar tentang budi pekerti dan mengenal diri.
    Kemudiannya orang Melayu berpecah menjadi suku-suku bila sebahagian daripada tanah daratan Alam Melayu tenggelam ke dalam laut akibat malapetaka dahsyat letusan Gunung Batara Guru di Sumatera (sekarang kawahnya menjadi Tasik Toba dan puncaknya menjadi Pulau Samosir) dan supertsunami yang menyebabkan rekahan perut bumi dan kecairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Suku-suku bangsa Melayu itu adalah Jawa, Sunda, Bugis, Banjar, Batak, Aceh, Deli, Iban, Kadazandusun, Filipino, Khmer, dsb. Selepas itu, orang Melayu berpecah lagi bila agama Hindu dan Buddha masuk ke Alam Melayu di mana raja-raja dan rakyat Melayu memeluk agama tersebut. Identiti Melayu pun pudar. Selepas itu masuk pula agama Islam di mana raja-raja, pembesar dan rakyat memeluk agama tersebut. Identiti Melayu terus pudar. Kemudian datang pula penjajah Barat dan agama Kristian di mana terdapat orang Melayu (Filipino, Batak, Iban dan Kadazan) memeluk agama tersebut. Penjajah Barat (Inggeris, Belanda, Portugis, Sepanyol dan Amerika) memecahkan orang Melayu kepada negara-negara, seperti Indonesia, Malaysia, Brunai, Singapura, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Filipina, Vietnam, Kampuchea, Laos, Hong Kong, Taiwan, Polynesia, Melanesia dan Hawaii. Hilanglah identiti Melayu.
    Kini, lebih 300 juta orang Melayu boleh menjadi kuasa besar dunia, seperti di zaman nenek moyang (leluhur) kita dahulu dengan syarat orang Melayu mesti mengenepikan fahaman agama, politik, negara, negeri, propinsi, suku dan balik menjadi Melayu Sejati. Baca blog saya: drilyasharunmalaysia.blogspot.com ataupun hubungi saya: drilyasmy@yahoo.co.uk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa kena ketepikan fahaman agama....buduh!

      Padam
    2. maksud die nak meyatukan semua bangsa2 melayu. x semestinya semua melayu dlm dunia ni islam. ade yg berlainan agama. sesuka cakap org bodoh!!

      Padam
    3. Orang kalau da rasa diri dia kompom syurga.. macam gitu laa... sumer nye di label bodoh.. tak open langsung..

      Padam
    4. itu la nama melayu.... bertengkar sesama bangsa... mana dia budi bahasa? suka mngutuk dan mengeji....maki hamun sesama bangsa dan menjadi perkara biasa..

      Padam
  5. harap nama je Melayu Sejati tapi anda mencerminkan Melayu sejati kah?

    BalasPadam
  6. Sesama melayu jgn btekak..sbb bertekak mcmnie la tammaddun melayu jatuh..kita mcari apa yg hilang wpun payah nk dapat balik..tpi penting untuk generasi selanjutnya tahu..dan akan mnimbulkn rasa akan mjaga dan mpertahan agama, bangsa dan negara

    BalasPadam
  7. memang bangsa melayu telah dididik untuk bertekak, memfitnah, tikam belakang, hasad, dengki dll. Dulu x mcm ni..tu sbb zaman sebelum melaka...melayu maju...semua bangsa berlumba-lumba nak datang sini...mcm2 ada. Tapi ada segelintir golongan yg membuat onak..hasil didikan ataupun rancangan satu organisasi dgn upahnya kekayaan. nak keje senang pehtu nak kaya cepat...tu ler maleyu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang pon Malaysia maju apa.. banyak bangsa2 luar pon datang sini untuk mencari rezeki.. Boleh lihat kebanjiran pendatang2 asing kat Malaysia sekarang.. Semuanya menunjukkan Malaysia akan menjadi negara tumpuan seperti dahulu kala.. ;-)

      Padam
  8. memang bangsa melayu telah dididik untuk bertekak, memfitnah, tikam belakang, hasad, dengki dll. Dulu x mcm ni..tu sbb zaman sebelum melaka...melayu maju...semua bangsa berlumba-lumba nak datang sini...mcm2 ada. Tapi ada segelintir golongan yg membuat onak..hasil didikan ataupun rancangan satu organisasi dgn upahnya kekayaan. nak keje senang pehtu nak kaya cepat...tu ler maleyu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, semua bangsa dalam dunia ni ada orang yang PHD. Bukan melayu sahaja. Ingat tu.

      Padam
  9. kawan tu tanya je adakah kerajaan Malaysia atau UMNO tau? jawab sahaja lah secara berhemah ni terus bodoh2 kan orang!! Pandai sangat ke awak? saya rasa anda tak membantu proses kebaikan disini dan saya malu kerana anda mengelarkan nama anda Melayu Sejati yang mana bertentangan dgn sifat Melayu sejati yang patut kita tonjolkan..minta maaf kalau teguran dan komen saya menguris hati, sekian terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan masalah pandai ke tak pandai. Bukan masalah memberi kebaikan ke tidak. Masalahnya, tajuk utamanya, soalan berbaur politik. Kalau aku tanya engko, PKR atau PAS atau PR tau tak sejarah melayu ni? Engko marah tak? Engko maki hamun tak? Sama jer. Aku ingat lebih dari itu ko cakap. Aku pun nak mintak maaf lah kalau mengguris hati

      Padam
  10. cukuplah..yg mencarut, henti mecarut, yg berpolitik, hentikan politik.
    kita sdg nk megetahui sejarah, lupakan dahulu politik.

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. kenapa?? boring ke??

      Padam
  12. xde ke organization yg blh gbung kn melayu seluruh dunia? ap kte?

    BalasPadam
  13. Itu dulu... sekarang dah macam gampang...terima la hakikat melayu ni kaum biasa je... takyah nk membanggakan kaum melayu la... bukan ada apa pun

    BalasPadam