Salam sejarah kepada semua. Nah, hari ini adalah hari yang agak gembira bagi saya kerana saya dapat menulis mengenai salah satu senjata yang paling saya kagumi iaitu Pemuras. Saya tahu pasti ramai diantara anda yang tidak tahu apakah itu Pemuras. Sekali dengar seolah-olah seperti sejenis alat untuk memasak atau alat penyeksaan, betul tak? Sebenarnya Pemuras atau dalam bahasa Inggeris ianya dikenali sebagai Blunderbuss adalah sejenis bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang kembang di muncung ( macam senapang gajah dalam cerita cartoon) dan digunakan bersama peluru timah hitam atau lead.
Pemuras merupakan bentuk awal senapang patah atau pistol yang digunakan bagi ketenteraan dan kegunaan pertahanan. Selain itu istilah Terakul turut digunakan bagi menggambarkan Pemuras yang bentuk seakan pistol yang sedikit lebih kecil daripada pemuras. Terakol juga turut dipanggil dengan istilah dragoon. Perbezaan Pemuras denga Terakol ialah pada muncung mulutya. Terakol tidak melebar atau besar pada bahagian muncungnya. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular . Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Malahan orang Melayu pernah menggelarkan zaman sebelum kedatangan kolonial British sebagai zaman Keris dan Pemuras.
Pemuras kebiasaannya juga digunakan sebagai alat kebesaran diraja kerana ia sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru. Ia juga lebih ringan dan pendek daripada Istinggar. Jadi Sememamngnya ia gemar digunakan oleh para lanun dan perompak pada zaman dahulu. Begitulah sedikit sebanyak maklumat mengenai senjata yang dinamakan Pemuras dan Terakol, yang merupakan senjata api kegunaan nenek-moyang kita, Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan