Khamis, 14 November 2013

BANGSA NAGA DAN AUSTRONESIA





 






Salam kepada pembaca semua. Saya pasti anda tertunggu-tunggu untuk terus mengetahui rahsia bangsa Naga. Dalam artikel bahagian kedua ini kita akan lihat dengan lebih mendalam lagi peranan yang dimainkan bangsa ini di benua India dan apa kaitan seterusnya dengan rumpun Melayu Nusantara. Sebelum itu cuba kita baca apa yang ditulis oleh David Hatcher Childres, seorang pengkaji dan pengembara bebas:

 

‘…salah satu bangsa yang tertua di Asia Tenggara adalah satu bangsa yang dipanggil Naga iaitu bangsa pelaut yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan perahu atau kapal yang berbentuk menyerupai kapal Naga puak-puak Viking…’

 

David menyangka bahawa puak ini berasal dari India. Namun seperti yang kita tahu, leluhur puak ini berasal dari Sundaland dan semasa banjir besar leluhur mereka termasuk dalam bahtera Nabi Nuh. Dari tempat bahtera ini mendarat mereka kemudian secara beransur-ansur pulang mencari tanah asal. Keturunan anak Nabi Nuh yakni Ham, meneruskan perjalanan ke timur hingga membentuk bangsa-bangsa di Sind dan Hind termasuk bangsa Dravidian seperti Tamil serta bangsa Sino-Tibetan dan Austroasiatik manakala segolongan daripada keturunan Ham yang mahir akan ilmu kelautan telah meneruskan perjalanan ke Nusantara dan lautan Pasifik lalu membentuk bangsa Austronesian atau Melayu-proto. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini Hind bukan sahaja benua India tetapi juga Nusantara.

 

Seperti yang diriwayatkan Ibnu Thabari bahawa dalam kapal Nabi Nuh selain anak dan menantu baginda terdapat 80 orang pengikut yang lain. Mereka yang bersama Ham berhijrah ke timur dan membentuk suku-suku berbahasa Austrik dan Dravidian seperti Tamil yang mendiami zaman awal India yang digelar sebagai bangsa Raksasa, Yaksha dan Asuras manakala puak yang digelar puak Naga pula adalah keturunan anak Ham yang mewarisi tradisi pelayaran dari nendanya Nabi Nuh menjadikan mereka sebagai bangsa pelaut handal Austronesia atau Melayu Proto yang pada zaman awal bukan sahaja terdapat di Nusantara tetapi juga di India seperti dalam petitih-petitih Hindu kuno. Oleh sebab itu para anthropology yang membuat kajian tentang bangsa awal India mendapati bahawa orang Austronesia, Sino-Tibetan dan Austro-asiatic pernah tinggal di benua India bersama orang Dravidian, ini kerana mereka semua adalah dari keturunan anak-anak Ham. Setelah kedatangan keturunan anak Yafits yang berbudaya Aryan dari tanah besar Parsi maka mereka tertolak ke timur dan selatan. Inilah yang berlaku kepada anak-cucu Nabi Nuh yang berbalah sesama mereka hingga kini tak sudah-sudah.

 

Perlu saya ingatkan disini bahawa nama Naga yang diletakkan pada kaum ini bukanlah bermakna mereka menyembah makhluk tersebut pada zaman Ham. Jika ini berlaku bermakna kaum ini termasuk dalam golongan kafir dan ingkar kerana Nabi Nuh menurunkan ajaran Tauhid kepada anaknya. Mungkin pada zaman tersebut kaum ini masih belum dipanggil bangsa Naga dan ada nama lain bagi mereka yang tidak kita ketahui. Dari mana dan bila kaum ini mula dipanggil Naga juga adalah menjadi misteri. Berkemungkinan juga bangsa ini mula ingkar akan ajaran tauhid dan mula menggunakan simbol Naga laut sebagai lambang mereka pada zaman berikutnya tetapi itu hanya Allah yang tahu. Yang pasti keturunan Ham yang berbangsa Austronesia inilah yang masih ingat akan peristiwa banjir besar dan menurunkan kisah tersebut kepada anak cucu mereka yang masih wujud hingga kini. Keturunan Ham yang ini jugalah kemudiannya bersambung Nasab dengan Nabi Ibrahim keturunan anak Sam apabila baginda berkahwin dengan Keturah yang merupakan keturunan Ham. Nampaknya kesemua keturunan anak-anak Nabi Nuh akhirnya bertemu dan bercantum juga di sini.





Di India kaum yang dinamakan Naga ini pernah membina pusat-pusat keagamaan dan kerajaan di seluruh wilayah yang mereka duduki. Ini termasuklah pembinaan kerajaan Kashi dekat Ganges, Kashmir di utara dan Nagpur di tengah India. Dikatakan juga puak Naga ini turut mendiami bandaraya-bandaraya purba Mohenjo-Daro dan Harappa di lembangan sungai Indus. Mereka juga menubuhkan pelabuhan perdagangan di sekitar Lautan Arab bagi menjalankan perdagangan antarabangsa dengan menggunakan duit cowrie sebagai bahan pertukaran. Penggunaan duit cowrie adalah bukti bahawa mereka adalah Austronesian, sepertimana yang pernah saya sebutkan dalam artikel mengenai bangsa Sumeria sebelum ini.

 

Daripada kajian yang dibuat, wujud dua kelompok masyarakat yang tingal di selatan India pada zaman kuno. Masyarakat ini dipanggil dalam dialek tempatan sebagai Villavar yang bermaksud pemanah atau pemburu dan satu kelompok masyarakat lagi adalah Minavar yakni golongan nelayan. Dua kelompok masyarakat ini hidup dengan aman di lembah-lembah yang subur dan juga di kawasan pesisiran pantai. Namun demikian menurut petitih-petitih kuno dari selatan India dua kelompok masyarakat yang mendiami selatan India ini akhirnya ditakluk oleh sebuah masyarakat yang jauh lebih bertamadun dari mereka yang dinamakan mereka sebagai bangsa Naga.

 


 Jika Villavar dan Minnavar ini benar-benar wujud berkemungkinan mereka bangsa Dravidian manakala bangsa Naga bertamadun yang menyerang mereka itu adalah bangsa Austronesian yang berkemungkian dari utara dan sudah bergaul dengan golongan keturunan anak Yafits yang melahirkan puak-puak bertamadun dan berbahasa Avestan. Sebab itu para pengkaji kaum Naga ini tidak bersetuju sekiranya ada pengkaji lain yang mengatakan bahawa kaum Naga ini adalah orang Dravidia tempatan yang merupakan nelayan, kerana sememangnya mereka bukan berasal dari selatan India sebaliknya datang dari luar.

 

Menurut kajian juga, kaum Naga lah yang mentamadunkan kaum Tamil, ini bermakna kaum Austronesia lebih bertamadun dari anak cucu Ham yang melahirkan bangsa Tamil. Setelah kaum Naga ini secara misteri hilang dari selatan India kaum Tamil mengambil alih pemerintahan di selatan India dan mula menubuhkan kerajaan Cholas, Padyan dan sebagainya. Menurut catatan petitih kuno Tamil, kaum Naga adalah sebuah kaum pahlawan yang amat menggerunkan dan mereka telah berperang dengan kaum Naga sejak beratus tahun untuk cuba membebaskan diri daripada cengkaman mereka. Menurut Kasanakabhai seorang pengkaji India, akibat daripada peperangan yang berterusan ianya telah membentuk sifat ganas kepada masyarakat Tamil hingga hari ini yang suka memberontak.

 

Lagi bukti bahawa kaum ini adalah kaum Austronesia adalah, di dalam kitab Ramayana kaum ini juga disebut sebagai kaum pemakan kelapa atau coconut eater people. Hal ini menunjukkan bahawa mereka adalah kaum Austronesia kerana seperti yang kita tahu kelapa berasal dari kawasan kepulauan Asia Tenggara dan kelapa juga amat banyak kegunaannya kepada kaum Austronesia sejak beribu-ribu tahun. Dalam catatan literature Tamil kuno ada menyebut tentang sebuah puak dalam golongan orang Naga ini yang dipanggil sebagai Eyinar. Dalam hikayat Tamil purba ini yakni Chillap Athikaram dinyatakan bahawa dalam banyak-banyak puak Naga, puak Eyinar adalah yang paling gasar dan ganas berbanding puak lain.



 Menurut hikayat itu lagi pekerjaan utama puak ini rata-ratanya adalah melaga kerbau, menjarah harta orang lain dan merompak serta membunuh puak-puak lain. Yang menariknya mereka dikatakan menyembah dewi pemusnah Kali pada zaman tersebut. Mereka juga sering mengorbankan kerbau untuk dewi tersebut. Seperti yang telah dikaji oleh kebanyakan sejarawan Asia Tenggara diketahui bahawa pengorbanan kerbau adalah salah tanda penting yang menunjukkan bahawa mereka ini adalah kaum Austronesia. Hal ini kerana sehingga sekarang masih banyak puak-puak Austronesia yang mengamalkan pengorbanan kerbau untuk dewa dewi mereka dan dalam upacara seperti kematian dan ritual-ritual agama lama.

 
Sebenarnya penyembahan Dewi Kali bukanlah berasal daripada tradisi Vedic, malahan ianya telah wujud sebelum kedatangan agama Vedic lagi dan dipercayai ianya dibawa masuk dari luar. Hal ini ditambah lagi dengan hakikat bahawa masyarakat Austronesia sejak dahulu kala lagi adalah bersifat matriliniel dan kebanyakan dewa mereka adalah wanita. Kesemua bukti ini menunjukkan adanya pengaruh kosmologi Austronesia yang melebihkan jantina kaum hawa. Kewujudan kaum Naga di India juga mempunyai kaitan rapat dengan budaya megalitik atau batuan besar. Di dapati bahawa kebanyakan daripada kaum Naga ini menyembah batu-batu besar dan juga sumber-sumber mata air sebelum kedatangan orang Tamil. Seperti yang kita tahu tradisi menhir dan kewujudan batu-batuan besar adalah amat banyak dikalangan masyarakat Austronesia di seluruh kepulauan Melayu dan Polinesia.

 

 Setelah orang Tamil yang dikatakan berjaya mengalahkan dan menjadikan mereka orang kelas bawahan, mereka hilang dari benua India dan yang tinggal sekarang hanyalah saki baki mereka yang berada di timur utara India yang dikenali dengan kaum Naga serta Munda. Namun demikian puak ini tidak lagi bertutur dalam bahasa Austronesia kerana mereka telah terlalu lama terpisah dengan kaum kerabat dan nenek moyang mereka yang berbahasa Austronesia setelah beribu tahun ditolak jauh dari kawasan laut oleh puak-puak lain. Sekarang puak ini bertutur dalam bahasa Tibeto-Burma yang dipengaruhi oleh kawasan dimana mereka duduki sekarang yakni berdekatan dengan Burma.






Dalam epik Ramayana bangsa Naga tidak dianggap sebagai bangsa yang barbarik dan asing tetapi sebaliknya sebagai sebahagian daripada bangsa bertamadun Baratha Hindu. Menurut pengkaji hal ini berkemungkinan berlaku apabila ajaran-ajaran vedik yang dibawa masuk kaum berbahasa dan budaya Aryan dari tanah besar Iran mula menyerap dalam kaum Naga dan terdapat sekelompok dari mereka menerima agama baru tersebut.  Pernyataan yang mengatakan bahawa puak Naga memang bertamadun dan bukan kaum gasar dalam Ramayana ini bertepatan dengan catatan dari epik dan petitih kuno kaum Tamil. Dalam Mahabrata ada menyebut tentang sebuah kerajaan Naga yang terpaksa diperangi oleh kaum Aryan sebelum menguasai India.Ini membuktikan yang bangsa Naga telah ada awal sebelum kemunculan bangsa yang berbudaya Aryan.

 

Dalam Mahabrata dinyatakan bahawa terdapat seorang putera raja bernama Janamejaya yang menghidupkan api korban yajna bagi tujuan mnghapuskan kaum Naga. Hal ini adalah untuk membalas dendam akan kematian ayahnya Pariksit yang dibunuh seorang raja Naga bernama Taksaka. Namun Taksaka terselamat dari sumpahan api korban tersebut kerana diselamatkan oleh seorang pendita bernama Astika yang juga merupakan anak seorang Naga dari sebelah ibunya. Apa yang lebih menarik bahawa Astika dibesarkan oleh keluarga sebelah ibunya yang menunjukkan wujudnya amalan matriacle yang merupakan amalan orang Austronesia. Amalan menyerahkan pendidikan anak-anak kapada kaum keluarga sebelah ibu sama seperti amalan sesetengah kaum di Sumatra barat

 

Janamejaya


 Para pengkaji mengatakan bahawa, mengenai kaum pemakan kelapa yang disebut dalam Ramayana dan kaum Naga, berkemungkinan mereka adalah kaum yang sama. Berkemungkinan kaum pemakan kelapa adalah kaum Austronesia terawal yang lebih primitive manakala kaum Naga pula lebih bertamadun. Menurut Hornell seorang antropologis yang mengkaji bentuk tengkorak orang-orang India menyatakan bahawa terdapat sekelompok kaum India yang mempunyai tengkorak mirip kaum Polinesia berbanding Dravidian. Dia menganggap mereka ini adalah hasil perkahwinan campur dengan kaum Naga.

 

Dalam petitih kuno Sri Lanka turut wujud kaum yang bernama Naga ini.  Menurut para pengkaji sejarah Sri Lanka, sebelum wujudnya kaum Aryan, pulau ini didiami oleh dua kaum yakni Yaksha dan Naga.  Catatan pengembara China Faxian juga ada menyalin semula petitih kuno ini pada tahun 413 masihi. Menurut catatan Faxian pada mulanya pulau ini tiada manusia selain daripada Naga dan hantu atau raksaksa. Raksaksa atau yaksha ini menurut pengkaji adalah kaum Austro Asiatic dan Tibeto Burma *( mengikut kajian yang dibuat oleh Puan Zaharah Sulaiman daripada Ikatan Arkeologi Malaysia berkemungkinan kaum Yaksya ini juga adalah kaum Malanesia Tua yang berhijrah dari Afrika dan membentuk suku Wedda atau Veda yang wujud di India dan Sri Lanka hari ini) manakala Naga adalah Austronesia. Dalam puisi Manni Mekalai Tamil ada menyebut dengan jelas bahawa Naga juga adalah panggilan kaum-kaum selatan India terhadap orang laut, atau seaboaters serta nomad laut yang banyak terdapat di perairan laut Hindi dan selat Melaka.






 Puisi Mani Mekkalai juga secara specific menyatakan bahawa kaum Naga juga dipanggil sebagai CAVAKAM! Ini jelas menunjukkan bahawa Bangsa Naga sebenarnya adalah orang Austronesia atau Melayu Nusantara. Seperti yang kita tahu terma ini pada suatu ketika dahulu digunakan oleh orang di selatan India untuk merujuk kepada orang Melayu dan lain-lain suku rumpun Melayu yang tinggal di sekitar Semenanjung, Sumatera dan pulau Jawa serta Borneo.






Epik Mahabrata ada menyebut bahawa pulau yang didiami oleh bangsa Naga adalah bernama Ramaniyaka. Perkara ini mungkin boleh dikaitkan dengan sebuah tempat di semenanjung yang dinamakan Rammanadesa atau Land Of The Mon. Di dapati juga bahawa terdapat kesan-kesan wujudnya tamadun awal masyarakat Austronesia di sekitar Martaban dan leher Semenanjung Tanah Melayu, adakah kawasan yang bernama Reman ada kaitan dengan tempat ini? Dikatakan juga di sekitar Martaban terdapat kesan-kesan tamadun yang sezaman dengan tamadun Banchiang di Thailand. Cara pengebumian dan penghasilan besi serta alat pengebumian juga adalah selari dengan lain-lain tempat di seluruh Asia Tenggara yang terdapat tanda-tanda tamadun awal Austronesia contohnya di Palawan Filipina.

 

Sebenarnya keberadaan orang Austronesia di benua India bermula lebih daripada 1000 tahun sebelum masihi lagi dan kali terakhir ialah di Sri Lanka sekitar 400 sebelum masihi. Salah satu perkara yang dapat membuktikan hal ini adalah terdapat satu budaya yang memberi pengaruh terhadap ajaran keagamaan Hindu orang-orang di benua India yakni penghormatan terhadap pohon beringin. Sebenarnya penghormatan terhadap pokok Bodhi dan pohon beringin dalam agama Hindu berasal dari amalan orang Melayu Austronesia. Anda bisa dengar sendiri lagu yang sangat popular dalam drama klasik Bawang Putih Bawang Merah lakonan seniwati Latifah Omar ketika Bawang Merah bermain buaian. Antara lirikya berbunyi…pohon beringin, tegaknya tinggi, kalau rendah menyapu bumi, pohon beringin, daunya rendang, akar berjalur mencakar bumi, pohon beringin daunnya rendang tempat bermain pari dan mambang.

 



 Dalam masyarakat Melayu lama pohon beringin adalah pohon yang dianggap  keramat. Sejak zaman kuno lagi pohon ini dijadikan tempat untuk memuja dan membuang ancak atau memberi sembahan kepada penunggu pohon. Jika kita dengar cerita-cerita seram dari datuk dan nenek kita pasti pohon beringin mejadi salah satu bahan cerita kerana menurut mereka di pohon ini banyak hantunya. Malah masyarakat Melayu Proto dan sebahagian dari masyarakat rumpun Melayu di Indonesia sekarang masih menghormati pohon ini. Ini adalah antara contoh berlakunya pertembungan budaya diantara masyarakat Auostronesia atau bangsa Naga dengan puak-puak Dravidian di India.

 

Jadi apakah yang dapat kita simpulkan dari perbincangan kita ini? Satu daripadanya ialah kita sudah mendapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa bangsa Naga sebenarnya adalah Austronesia atau Rumpun Melayu Nusantara. Kedua, kita dapat tahu yang bangsa Austronesia yang datang dari Sundaland pernah berkuasa di tanah India suatu ketika dahulu selepas banjir Nuh dalam proses apa yang disebutkan oleh Puan Zaharah Sulaiman sebagai Repopulation of Humankind setelah pupusnya manusia awal berkemungkinan dari keturunan anak-anak Adam yang lebih awal seperti Nabi Syits dan Qabil yang pernah disebutkan Ulama silam bahawa telah berhijrah ke wilayah timur tengah termasuk Mesir . Dan yang ketiga, tradisi penyembahan dan penghormatan terhadap Naga laut adalah ekslusif bagi masyarakat Tamadun Sundaland yang bermula dari Polinesia dan Mesoamerika hinggalah ke Madagaskar serta Mesir di tanah besar Afrika.

 

Sebenarnya misteri bangsa ini masih lagi banyak dan kajian demi kajian masih perlu dilaksanakan. Jika sebelum ini kita tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan dengan  Raja dan Puteri Naga di dalam  epik-epik kuno Khmer, Melayu, dan Champa, maka sekarang kita tahu bahawa penceritaan epik-epik tersebut bukanlah dogeng dan karut semata-mata sebaliknya mempunyai seribu satu rahsia yang perlu kita bongkar. Seperti yang telah saya jelaskan dalam artikel sebelum ini. Untuk kita memahami hikayat-hikayat dan prasasti-prasasti Melayu lama yang banyak menggunakan simbolisme seperti Naga, Raksasa, Gergasi, Garuda dan Hantu jembalang maka kita perlu mempunyai pemikiran yang terbuka. Terbuka bukan bermaksud taksub, sebaliknya menganalisa mengikut batas agama kita.

 

Sebenarnya makhluk-makhluk yang disebut di dalam petitih-petitih kuno tersebut adalah manusia biasa yang telah dipropagandakan sifat dan sikap mereka dalam bentuk yang para-normal. Tujuannya adalah untuk melebih-lebihkan sifat mereka bagi pandangan masyarakat pada zaman tersebut. Yang jahat digambarkan tersangatlah jahat sehingga menjadi Syaitan dan Monster manakala yang baik digambarkan tersangatlah baik hingga mencapai taraf dewa dewi. Namun saya tidak menolak bahawa kepercayaan mereka yang menyembah Naga laut ini mungkin berasal dari pengalaman segelintir dari kaum Austronesia ini yang pernah melihat makhluk misteri tersebut. Berkemungkinan makhluk misteri yang dinamakan Naga ini pernah wujud suatu ketika dahulu ataupun ianya adalah jelmaan Jin sepertimana yang dilihat oleh seorang nenek pada zaman banjir besar tahun 70-an dahulu, hanya Allah yang tahu.

 

Seperti biasa ingin saya ingatkan agar para pembaca sekalian tidak terlalu taksub dengan pandangan dan kandungan artikel yang saya sediakan ini. Segala perbincangan ini masihlah lagi dalam peringkat teori dan hipotesis. Oleh itu anda bebas untuk menerimanya ataupun tidak, saya hanyalah penyampai sahaja dan saya tidak boleh dan tidak akan memaksa anda untuk berpegang dengannya. Sekian, Wallah hua’lam.

 

Bibliografi

 

1.      David Hatcher Childress, Ancient Tonga & the Lost City of Mu’a.

 

2.      Jesse Walter Fawkes, Hopi Snake Ceremonies: An eyewitness account by Jesse Walter Fawkes, Selections from the Bureau of American Ethnology Annual Reports Nos. 16 and 19 for the year 1894-95 and 1897-98.


3.      Mark Amaru Pinkham, Return of the Serpents of Wisdom.


4.      Cyrus H. Gordon, Before Columbus: Links Between the Old World and Ancient America (New York: Crown Publishers, Inc., 1971), pp. 54-67.

5.      Thor Heyerdahl, Aku-Aku: The Secret of Easter Island.

6.      The sun and the serpent: a contribution to the history of serpent-worship By Charles Frederick Oldham.

7.      Una Vision del Mundo, Prof. G. Zapata Alonzo, Merida, Mexico, 1994.

8.      Maya-Hindu Connection, Dr. B. N. Narahari Achar. www.hinduismtoday.com.

9.      www.hinduwsdom.org.

 

 



 

21 ulasan:

  1. TErima kasih tuan al semantani. Anda hebat mengkaji!!

    BalasPadam
  2. Qoute"
    Sebenarnya makhluk-makhluk yang disebut di dalam petitih-petitih kuno tersebut adalah manusia biasa yang telah dipropagandakan sifat dan sikap mereka dalam bentuk yang para-normal. Tujuannya adalah untuk melebih-lebihkan sifat mereka bagi pandangan masyarakat pada zaman tersebut. Yang jahat digambarkan tersangatlah jahat sehingga menjadi Syaitan dan Monster manakala yang baik digambarkan tersangatlah baik hingga mencapai taraf dewa dewi.

    Ayat diatas adalah anggapan saudara sebagai pengkaji sejarah..tetapi sifat antara bangsa manusia dan makluk lain seperti syaitan adan berbeza dan tiada persamaan..Kenyataan saudara hanya khayalan dan anggapan sematat2...

    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, memang benar kata saudara...mungkin saya agak keterlaluan dengan meletak syaitan sebagai analogi. namun perkara ini bukanlah perkara besar yang perlu diperdebatkan. apa yg saya cuba sapaikan adalah bagimana penulis2 hikayat zaman dahulu seperti Mahabrata dan ramayana menggunakan penulisan mereka sebagai alat propaganda untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap sesbuah bangsa. sebagai contoh dalam ramayana ada bangsa monyet dan rajanya yang membantu rama berperang dengan ravana. adakah raja monyet itu benar2 monyet? atau ia hanyalah satu kiasan yg melambangkan satu masyarakat yg lebih primitif dari bangsa Rama? contoh lain ialah bangsa raksasa yang gemar memakan manusia dan berbuat kemusnahan turut wujud dalam epik yg sama...adakah anda beranggapan bahawa saya tidak tahu membezakan antara sifat manusia denan syaitan?...dengan menuduh saya berkhayal menunjukkan bahawa niat saudara meninggalkan komen disini juga adalah kurang baik..ops! maaf saya beraggapan lagi. sekali lagi saya minta maaf jika saudara kurang senang dengan analogi syaitan dan anggapan-anggapan khayal yang saya timbulkan dalam artikel ini...ini mungkin kerana kecetekan ilmu saya dalam biang seajrah.

      terima kasih dan Assalammualaikum.

      Padam
    2. Tn. Pengarang disini cuba mencungkil asal usul bangsa misteri..Bagiku banyak bangsa yg disebut oleh tn pengarang dah tak wujud dan tak disebut lagi oleh orang2 sekarang, Mungkin bangsa yg dikatakan itu wujud tetapi dah berubah ikut zaman..Kadang cara pemikiran tn pengarang agak kelam kabut..

      Cara mudah sesungguh manusia diberi kelebihan dan mempunyai kelebihan dari mana2 makhluk..Mengatakan makluk lain menjadi manusia mmg tak boleh dinafikan seperti mananya iblis menyamar jd syaitan..tetapi untuk jadi raja tidak mungkin..dan manusia menjadi dewa dewi dan dipuja itu memang tak boleh disangkal lagi..Sememamngnya tuhan menjadikan seseorang manusia melebihi daripada yang lain..Dan ada juga didalam hikayat dan diceritakan oleh orang tua ada bangsa manusia berasal dari monyet..dan manusia menjadi kera dan monyet seperti diceritakan didalam alquran..

      Ttp apa pun tahniah kpd tn pengarang kerana kaji seledik beliau yang mendalam... Saya berharap sangat supaya hikayat atau manuskrip lama difilemkan dan dianimasikan oleh org2 melayu dan dibantu org seperti tn pengarang..supaya kita dapat membangkitkan semangat kehebatan org melayu dimata dunia..

      Padam
    3. The Vanaras of Ramayana is most probably a metaphor for the fierce Kallars, Maravars and other warrior clans of SE Tamil Nadu bordering Sri Lanka. We Maravars have our legend of helping Rama in the war. The Maravar leader remains the guardian of the Sethu bridge constructed by Rama. For this he is given the title Sethupathi.

      Padam
  3. Yang jelas Nenek Moyang kita tidak berasal dari Cina Selatan >>> http://www.bradshawfoundation.com/journey/

    BalasPadam
  4. kalo orang yang mata batinnya celik dia boleh lihat tara seseorang itu...
    ada orang yang pada pandangan lahirnya seperti orang biasa, tetapi apabila kita menggunakan pandangan mata batin maka terlihatlah rupa sebenar seseorang itu sama ada dia berbangsa binatang atau bangsa yang betul2 berupa orang...

    sebab itulah ada pihak yang melambangkan orang seperti binatang..

    lahir dan batin hendaklah disatukan dan jangan dipisahkan orang kita dengan kebatinan...itu pon kalo kamu tidak mahu menjadi kaum homo...

    ini kenyataan am tidak ada kena mengena dengan sesiapa harap maklum

    BalasPadam
  5. As-salam al-Semantani Jones...

    Saya berharap saudara dapat menjawap dua persolan berikut:

    1. Quote: "Dalam Mahabrata ada menyebut tentang sebuah kerajaan Naga yang terpaksa diperangi
    oleh kaum Aryan sebelum menguasai India.Ini membuktikan yang bangsa Naga telah ada awal
    sebelum kemunculan bangsa yang berbudaya Aryan."

    Adakah quote di atas selari dengan kisah Raja Iskandar Zulkarnain anak Raja Darab mengalahkan
    Raja Kida Hindi?

    2. Adakah Cavakam = Jawaka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk soalan pertama dngan rendah diri saya katakan saya juga tidak pasti samaada ianya berkaitan ataupun tidak. kerana dlm pemahaman saya setelah membaca sedikit sebanyak kitab2 hikayat parsi maka saya dpt simpulkan bahawa raja iskandar zulkarnain yg disebut itu adalah bangsa parsi dan raja darab adalah raja Darius. samaada Darius 1,2 atau 3 masih lgi tidak diketahui. raja kida hindi pula saya percaya adalah raja2 aryavarta dari empayar maurya atau magadha. jadi kerangka masa dgn mahabrata adalah sangat jauh. kisah dlm mahabrata adalah lebih purba dari zaman tersebut.

      soalan kedua pula jawapannya ya. kerana memang cendekiawan dari india dan srilanka sendiri yg mengakui bahawa cavakam itu merujuk kpda orng2 dari nusantara dan disamakan dgn javaka pada zaman srivijaya kemudiannya.

      Padam
    2. Terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya.

      Padam
  6. Artikel Tuan lebih realistik berbanding dgn beberapa blog yg terlalu gila isim mengaku ini dan itu tapi langsung tiada bukti yg kuat atau setidaknya boleh difikirkan secara logik mengaitkan sumber sejarah dgn dokumen sejarah yg ada.

    BalasPadam
  7. Err...naga king's daughter tu namanya puteri mayang mengurai kan?

    BalasPadam
  8. as salam ...sy dak baru kat sini tp sy rs ingin kongsi satu pernyataan yg dibuat oleh seorg dr rakan sekerja sy yg mn pernh bekerja bersama di salah satu perusahaan di selangor..budak tu budak nepal dan dia mengaku dari keturunan naga katanyer lah dan sy turut bertnykan hal itu pd tmn nyer yg lain dn teman itu mengesahkan perkara itu ...maksudnya disini bhw ada juga keturunan naga kat nepal yer...

    BalasPadam
  9. banjaran himalaya terletak di nepal.kaum gurkha berasal dr nepal dan amat di geruni dgn pisau kukri manakala british banyak mengambil kaum gurkha sbg tentera upahan.adakah mereka kemungkinan dr asal rumpun melayu juga dan mereka mempunyai wajah dan warna kulit yg agak sama dgn org melayu.manakala di india mmg ada kaum naga malah di kawasan naga di india berlaku pemberontakan menentang kerajaan india oleh kaum naga.sy pernah dengar kaum naga di india mempunyai byk persamaan dgn org2 melayu.

    BalasPadam
  10. http://www.schillerinstitute.org/fid_97-01/991_humboldt_kawi.html - Tulisan Kawi Bukti kewujudan Budaya Bahasa Melayu Polynesia

    BalasPadam
  11. Naga dengan Nergal tu lain ke?Nergal tuhan berkepala macam ayam atau singa untuk melambangkan matahari yang disembah oleh orang Sumeria.

    BalasPadam
  12. Salam
    Tuan...pada pandangan atau pengetahuan tuan, mengapa naga versi barat mempunyai empat kaki dan bersayap mirip dinosor.tetapi rata2 versi naga dari nusantara ataupon asia lebih menyerupai ular.saya ada kefahaman mengapa naga menyerupai ular utk naga versi nusantara.cuma minta pencerahan tentang naga versi barat.terima kasih..

    BalasPadam
  13. Puteri mayang mengurai dikatakan ada sehingga kini di banjar,kalimantan selatan keturunan dari Puteri junjung buih yang dikatakan keturunannya turun kelaut dikalimantan selatan.Manakala keturunan puteri pagar ruyung turun dibukit saguntang keduanya adalah dari satu keturunan.Sebab itu rupaparas dan bahasa banjar dan minang banyak kesamaan.Keduanya dari keturunan Raja2.Wallahualam

    BalasPadam
  14. The present day Tamil people are a mix of races. Among the Tamils, people who belong to Kallar and Maravar clan are said to be of Naga origin. We are presently known as Mukkulathor. I belong to this community.

    According to DNA studies, we together with the Reddies have higher representation of gene flow from SEA women.

    We are traditionally matrilineal although we also follow paternal line. South East Tamil Nadu is where we are currently most numerous. There must have been alot of intermarriage with SEA people during ancient times.

    BalasPadam
  15. Tuan telah meneliti dari sudut yang mengagumkan dan menarik sekali. Terutama hal NAGA. Saya ada menulis sedikit tentang ini dari perspektif yang sedikit lain di http://akademirahsiaagung.blogspot.com/2015/05/orang-aneh-di-suatu-gunung-di-langit.html . Salam perkenalan. Terima kasih.

    BalasPadam