Salam
dan selamat kepada pembaca sekalian. Seperti yang saya janjikan hari ini kita
akan membincangkan mengenai bangsa Naga yang menjadi lagenda dalam masyarakat Hindu-Buddha
dan dunia amnya. Perkara ini sudah disentuh dan digarap dengan sempurna dan
panjang lebar oleh penulis Alter Terahsia Bangsa Melayu Cik Srikandi dalam Blog
M.O. Namun saya ingin menambah sedikit sebanyak dari pemahaman saya serta
beberapa pembacaan lanjut yang telah saya lakukan. Dalam artikel ini kita akan
lihat siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bangsa Naga dan adakah mereka
benar-benar wujud.
Mula-mula kita cuba hadamkan satu teori ini dahulu.
Teori ini adalah penelitian saya daripada sebuah teori yang diketengahkan oleh
cendekiawan dari India bagi membuktikan bahawa penaklukan Aryan itu tidak
berlaku atau ianya berlaku dalam konteks yang berbeza dari pemahaman kita
sekarang. Apa yang menariknya tentang teori ini adalah ia juga mengiyakan
kewujudan Sundaland dan satu kaum yang misteri dari sana. Cuma Sundaland yang
dimaksudkan mereka adalah lebih besar hingga bercantum diantara benua India dan
Nusantara.
Menurut
teori ini pada zaman dahulu sebenarnya tidak wujud etnik Aryan dan
Dravidian kerana kajian genetic terbaru membuktikan yang mereka berasal dari
leluhur yang sama sahaja. Yang berbeza hanyalah bahasa dan budaya mereka. Hal
ini membuktikan teori penyebaran para pengikut Nabi Nuh yang menaiki bahtera
bersamanya. Dari leluhur yang sama inilah bermulanya bangsa-bangsa awal di
India dan Iran. Kaum yang bermastautin di sekitar Iran yakni keturunan anak-anak Sam menjadi kaum yang
berbudaya dan berbahasa Aryan manakala yang sampai ke benua India yakni keturunan anak-anak Ham menjadi
kaum-kaum purba India yang misteri termasuklah kaum Naga. Kemudiannya berlaku penghijrahan keturunan anak Sam ke utara India dan hal ini menyebabkan penduduk utara India keturunan Ham menerima pengaruh bahasa Aryan yang
kemudiannya membentuk bahasa Sanskrit, manakala yang selatan tidak. Aryan menurut teori ini
adalah suatu kelompok bahasa dan budaya sahaja dan bukan genetik
dan lagi bangsa-bangsa India purba ini leluhurnya adalah berasal dari kaum
yang datang dari Sundaland . So senang cerita pengkajian ini
mengaku yang asal usul mereka juga dari satu kaum misteri dari Sundaland. Namun teori ini kurang popular dikalangan masyarakat India sendiri apatah lagi dunia.
Tetapi menurut teori ini, manusia awal bermula
di kawasan sungai Jordan dan dari situ mereka ke Sundaland. Saya tidak yakin tentang
perkara ini kerana saya tidak jumpa akan rujukannya namun jika kita berpandukan teori Al
Hind, Nabi Adam diturunkan di Al Hind dan bukan Jordan tetapi anak atau cucunya
yang pergi ke Asia Barat yakni Mesir dan sekitar Palestin untuk mengembangkan
tamadun. Mungkin bukti-bukti yang mereka jumpa itu adalah tinggalan dari anak
dan cucu Nabi Adam sebelum banjir Nuh.
Satu
lagi perkara menarik adalah kaitan antara kaum misteri dari Sundaland ini
dengan kaum Maya di Amerika selatan. Menurut seorang pengkaji India, dalam Mahabrata
ada menyatakan tentang kaum Maya yang dikatakan merupakan salah satu puak yang
sama dengan kaum Naga. Kaum Maya ini juga pernah tinggal di benua India dan Sundaland
seperti kaum Naga dan mereka dikatakan telah meninggalkan benua India pada satu
masa yang tidak diketahui. Menurut mereka lagi, satu bukti bahawa kaum Maya dan
Naga adalah dari jurai yang sama adalah dengan penemuan satu teks berbahasa
Sanskrit di Yucatan, Mexico.
Selain
kaum Maya masih ada lagi satu kaum yang ada kaitan dengan bangsa misteri ini. Di
Amerika ada satu puak Indian yang mempunyai sejarah yang amat misteri. Puak ini
terkenal dengan tarian atau ritual ular mereka. Sejak dari awal lagi, ritual
tersebut mendapat perhatian pendatang-pendatang Eropah awal di Amerika. Puak
yang saya maksudkan adalah puak Hopi Mesas di Arizona. Pada setiap bulan ogos,
penari atau pengamal ritual ini akan memegang dan meletakkan ular-ular yang
berbisa di seluruh badan mereka. Malah ada yang dikatakan meletakkan ular
berbisa ini didalam mulut mereka. Tarian ini ditarikan bertujuan untuk memohon
hujan bagi mengairi tanaman mereka. Sebenarnya dari kajian yang dibuat di
dapati bahawa ritual ini berasal dari luar Amerika dan bukan asli milik puak
Hopi. Ada yang mengatakan bahawa ia berasal dari India. Namun senenarnya ia
berasal dari tradisi Naga yang bukan sahaja ada di India malah seluruh dunia.
Satu
perkara yang amat menarik adalah mengenai mitos asal usul kaum Hopi yang dapat
memberikan kita klu tentang asalnya tarian ular tersebut. Menurut lagenda kaum
ini, leluhur mereka datang dari sebuah tanah yang kemudiannya telah
di tenggelami air. Nenek moyang mereka berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki
perahu atau rakit yang dibuat daripada jerami dan hanyut hingga ke muara sungai
Colorado dan mereka mendarat di lembangan sungai tersebut. Terdapat kemungkinan
yang besar bahawa sebelum mereka ampai ke lembangan sungai Colorado leuhur mereka
telah singgah di kepulauan pasifik seperti Fiji. Terdapat banyak persamaan
diantara ritual dan kebudayaan serta kepercayaan puak Hopi dengan orang Fiji.
Namun saya tidak akan membincangkan semuanya di sini. Di Fiji terdapat satu
binaan berbatu yang dijadikan tempat untuk menjalankan ritual cukup umur bagi
kanak-kanak lelaki. Perkara yang menariknya adalah tempat berbatu ini dipanggil
Naga atau Nanaga.
Dalam satu lagi lagenda Hopi. Terdapat satu
cerita mengenai seorang pemuda bernama Tiyo yang mengembara di lautan luas lalu
berjumpa dengan satu puak yang memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit
ular. Dikatakan bahawa puak ini telah mengajar Tiyo cara untuk menjalankan
ritual memohon hujan. Berkemungkinan besar puak yang dijuampai Tiyo adalah puak
Naga yang misteri tersebut. Adakah kisah misteri Tiyo ini ada kaitan dengan
pengembaraan seorang pelayar Mesir yang terdampar di pulau misteri dalam The Shipwreck Sailor? Tiada siapa yang
tahu. Sebenarnya banyak perkataan dalam budaya Hopi mempunyai kata akar yang
bermula dari perkataan Naga. Antaranya adalah perkataan nga’at yang bermaksud
akar kayu ubat yang mempunyai kesaktian menyembuh. Manakala perkataan nakwa
pula bermakna sejenis topeng dan topi yang mempunyai bulu burung yang dipakai
ketika ritual suci. Simbolisme ini sama dengan konsep Naga atau ular dalam masyarakat
Mesoamerica yakni The Feathered Serpent.
Dalam
masyarakat Polynesia, ada lagenda tentang para pelayar dari luar yang datang
kepada mereka. Menurut lagenda Rapa Nui, para pelayar ini kesemuanya mempunyai cuping telinga yang panjang. Thor
Heyerdahl menyatakan bahawa, kaum bangsawan dan pemerintah suku Inca sengaja
memanjangkan cuping telinga mereka untuk membezakan diri mereka dari rakyat
biasa. Dipercayai bahawa tradisi ini adalah tradisi kaum misteri tersebut. Cuba
kita perhatikan adakah tradisi ini wujud di Nusantara. Sudah semestinya ada
malah sangat banyak. Jika kita dapat perhatikan masyarakat Champa dan Funan juga
mengamalkan tradisi memanjangkan cuping telinga walaupun mereka bukan beragama
Buddha. Selain itu kita boleh lihat tradisi ini di Borneo yang diamalkan oleh
puak-puak tertentu termasuklah puak Iban
yang kesemuanya adalah Austronesia dan Melayu Proto! Jika kita lihat pula pada Moai atau patung besar nenek moyang
yang terdapat di Easter Island maka juga di dapati bahawa patung-patung ini
kesemuanya mempunyai cuping telinga yang panjang. Ini adalah bukti dan klu yang
menunjukkan bahawa kaum Naga atau Austronesia adalah leluhur mereka, yang
datang dari Sundaland setelah banjir besar Nuh
Replika kepala Shiva yang bertelinga lanjut. Budaya ini terkenal dalam masyarakat Champa dan Borneo amnya tetapi tidak di India
Dalam
terjemahan epic Ramayana oleh Van Buitenen ada menyatakan tentang kewujudan
suatu bangsa yang amat misteri beribu-ribu tahun dahulu di benua India dan Asia
Tenggara. Kewujudan kisah mengenai bangsa ini dalam Ramayana dan Mahabrata
serta kitab-kitab vedas menunjukkan bahawa bangsa Naga adalah bangsa purba.
‘dan
apabila Indra menurunkan hujan maka dimana-mana di bumi dipenuhi dengan air
….mereka kemudiannya datang ke pulau yang dikelilingi laut….maka bertaburanlah
bunga-bungaan ke atas ular-ular (Naga) yang tinggal di pulau itu.
Daripada
petikan tersebut apa yang dapat kita simpulkan adalah kaum Naga ini adalah
bangsa pelaut atau maritime. Makna Naga atau serpent dan snake itu sendiri
dalam bahasa inggeris mempunyai kaitan dan pembayang yang kuat mengaitkannya
dengan kaum Austronesia. Kultus mendewakan ular atau makhluk seperti Naga sudah
berakar umbi dalam masyarakat Austronesia sejak beribu-ribu tahun lamanya. Para
pengkaji mitos Naga berpendapat bahawa perkataan Naga itu telah digunakan dalam
agama Hindu dan seterusnya mempengaruhi mithologi Hindu mengenai Naga berkepala
lima yang berasal dari mitos Hydra Greek. Apa yang menariknya, menurut Kern
bahawa kebanyakan Naga yang disembah atau dijadikan kultus oleh orang
Austronesia adalah Naga betina. Hal
ini berbeza dengan Long orang China dan Naga Hindu-Buddha.
Kalau
kita meneliti petitih-petitih kuno dan hikayat-hikayat lama, maka kaum ini
dikatakan sebagai sejenis makhluk yang tinggal di dalam air dan boleh menjelma
menjadi manusia. Di mana logiknya perkara ini?Adakah mereka benar-benar makhluk
yang tinggal di dalam laut, atau sebenarnya mereka adalah manusia yang tinggal
sebahagian besar daripada hidup mereka di atas air sepertimana masyarakat orang
laut atau Melayu Proto seperti orang Bajau laut dan masyarakat orang laut di
pulau-lulau Andaman dan di Johor? Seperti yang saya sebut dalam artikel sebelum
ini bahawa ini semua propaganda sejarah yang sengaja ditulis untuk
menggambarkan sikap, sifat dan kelakuan serta budaya sesuatu masyarakat atau
suku bangsa pada zaman dahulu. Sebab itu mereka digambarkan sedemikian rupa.
Sebahagian
kehidupan mereka adalah di laut dan mereka juga mungkin mempunyai kultus
menyembah dewa Naga dan ular air yang kemudiannya menjadi pakaian raja-raja dan
pawang mereka. Apabila terdapat orang asing yang melihat mereka berpakaian sebegini
sudah tentu mereka akan mengaggap mereka adalah keturunan Naga atau Ular
seperti dalam The Shipwreck Sailor. Hal ini dapat dibuktikan dengan headgear
masyarakat Melayu Polinesia yang memang adalah masyarakat kelautan dimana terdapat
lukisan yang dilakarkan oleh seorang pengembara barat. Mahkota raja masyarakat tersebut
sama seperti kepala ular yang besar seperti ular tedung. Di India masyarakat
yang digelar bangsa Naga ini akhirnya hilang sedikit demi sedikit, namun ada
diantaranya yang masih kekal tetapi tidak lagi digelar sebagai bangsa Naga
sebaliknya sebagai bangsa Danavas. Apa yang menariknya adalah bangsa Danavas
dikatakan berkembang ke luar India dimana dalam masyarakat Celtic dan German
kuno ia dipanggil sebagai Danu yang bermaksud sungai atau Dewi ibu. Banyak
sungai-sungai di Eropah barat dinamakan dengan Danu atau Danube.
Dalam lagenda Ireland terdapat satu puak dari
luar yang datang ke Ireland untuk menguasainya. Mereka ini dinamakan Tuatha
Dé Danann yang bermaksud orang-orang dewi Danu. Dikatakan bahawa di
Ireland terdapat kultus penyembahan ular dan tradisi bertatu pada zaman kuno.
Namun demikian setelah Kristian mula bertapak, puak ini lenyap begitu sahaja.
Dalam lagenda Kristian Ireland pula, Saint Patrick yang membawa agama Kristian
ke Ireland dikatakan sebagai pembunuh ular-ular. Masyarakat Ireland percaya
bahawa ular tidak wujud di sana sekarang kerana telah dibunuh oleh Saint
Patrick. Namun demikian menurut saintis sebenarnya ular memang tidak pernah
wujud di Ireland sejak zaman purba lagi. Jadi ular manakah yang dihalau dan
dibunuh oleh Saint Patrick semasa dakwah Kristiannya di Ireland. Adakah ular
itu melambangkan puak penyembah Naga? Berkemungkinan begitulah. Bahkan bukan
sahaja hinggga ke Ireland, lagenda tentang makhluk misteri yang melambangkan
satu bangsa ini juga dipinjam oleh masyarakat China purba. buktinya adalah
dalam masyarakat China sebelum wujudnya istilah Long yakni Naga telah wujud
satu kultus penyembahan dewi penciptaan. Nama dewi tersebut memberi klu bahawa
ia bukan berasal dari China dan namanya adalah Neu-Kua atau Nu-Gua. Dipercayai
Neu-Kua adalah pinjaman daripada perkataan Naga. Apa yang menariknya, Dewi
Neu-Kua digambarkan sebagai separuh wanita cantik dan separuh Ular Naga.
Dewi Nu Gua
Satu perkara penting tentang masyarakat Austronesia yang boleh
membuktikan bahawa mereka adalah keturunan puak-puak Naga yang telah hilang
adalah mengenai kewujudan simbol Ular dan peranannya dalam masyarakat ini. Mengapa
ianya menarik adalah kerana Ular terdapat dalam kesenian dan lagenda masyarakat
di sebelah Timur Polinesia seperti Hawai, Aotearoa, New Zealand, Tahiti dan
Rapa Nui dimana tepat-tempat ini memang tidak pernah wujud
ular.
Dalam masyarakat Austronesia lakaran atau ukiran yang
menggambarkan ular telah wujud sejak sebelum masihi lagi. Ini menunjukkan
bahawa budaya penghormatan terhadap Ular dan Naga dalam masyarakat ini adalah
lebih tua dari masyarakat Aztec dan Mayans namun karakteristik Ular Naga dalam
dua budaya ini adalah hampir sama.
Selalunya Ular Naga yang dipanggil Taniwha dalam bahasa Maori dan Kiha
dalam bahasa Hawai digambarkan mempunyai tangan dengan 3 hingga 4 jari, tinggal
di dalam air dan mempunyai mulut seolah-olah paruh burung. (Peliknya seorang
nenek yang saya kenal semasa saya bersekolah rendah pernah bercerita kepada
saya bahawa pada masa banjir besar tahun 1970-an dia dan keluarganya pernah
melihat Naga di sekitar tasik Chini. Digambarkan bahawa Naga itu mempunyai
paruh seakan-akan ayam atau burung).
Dalam lagenda mereka Ular Naga biasanya boleh berubah rupa dan
boleh menjadi baik atau jahat. Dalam masyarakat Maori adalah perkara biasa
untuk melihat ukiran Ular Naga di tiang Marae atau rumah pertemuan puak. Mereka
juga percaya mereka dilindungi oleh Taniwha. Di Filipina budaya yang sama juga
dapat dilihat dalam masyarakat Mindanao yang mengukir bentuk Naga di
tiang-tiang rumah mereka. Dalam masyarakat Hawai pula Kiha atau Ular Naga
selalu dilihat pada lukisan-lukisan piktograf mereka. Salah satu penjaga atau
penunggu bagi Raja Kamehameha juga di sebut sebagai Kiha Wahine yang bermakna
Betina Naga. Dewi ini dikatakan memakai pakaian atau kain sarong yang berwarna
hijau dan badannya seperti wanita cantik. Para pawang wanita yang menjadi
penjaga kuil dewi ini tidak dibenarkan memakai pakaian hijau apabila memasuki
kuil dewi tersebut. Pawang utama dewi ini dikatakan dapat meramal masa depan
malah dapat bertukar wajah dan bentuk seperti dewi tersebut. Ciri-ciri dewi ini
sebenarnya bukan asing bagi masyarakat Austronesia. Jika kita perhatikan Dewi ini
mungkin ada persamaan dengan Dewi lautan selatan masyarakat Jawa yakni Nyi
Roro Kidul yang mempunyai badan separuh Ular besar dan separuh wanita cantik
yang juga berwarna hijau. Rupa bentuk dewi ini lebih kurang sama seperti dewi Neu-Kua
yang telah kita bincangkan tadi.
Daripada perbincangan ini kita tahu bahawa terdapat satu budaya
misteri yang dikongsi oleh tamadun-tamadun hebat di dunia seperti India dan
China. Budaya ini adalah budaya penyembahan atau penghormatan terhadap Naga. Pengkaji
India sendiri percaya bahawa suatu masa dahulu wujud satu bangsa yang bernama
Naga pernah tinggal di India. Adakah misteri mengenai bangsa ini telah terjawab
semuanya? Sudah tentu tidak. Masih banyak lagi yang kita tidak tahu tentang
bangsa purba yang misteri ini. Oleh itu teruskan bersama saya untuk terus
membongkar rahsia bangsa Naga dalam artikel yang seterusnya.
Dalam artikel yang akan datang kita akan mengupas tentang bangsa ini dengan lebih mendalam melalui petitih-petitih kuno , hikayat-hikayat lama dan epik-epik hebat dimana terdapatnya petunjuk serta benang-benang halus yang dapat mengaitkan bangsa ini dengan bangsa Melayu rumpun Nusantara dan Sundaland. Tunggu jangan tak tunggu ya. Akhir kata ingin saya ingatkan, bersederhanalah dalam sesuatu pendapat atau pandangan kerana hanya Allah yang mempunyai pengetahuan dan ilmu yang mutlak. Segala rahsia mengenai dunia ini tidak dapat kita bongkarkan, melainkan setitik dari yang diberikan oleh Allah. Sekian wallah hua’lam.
Dalam artikel yang akan datang kita akan mengupas tentang bangsa ini dengan lebih mendalam melalui petitih-petitih kuno , hikayat-hikayat lama dan epik-epik hebat dimana terdapatnya petunjuk serta benang-benang halus yang dapat mengaitkan bangsa ini dengan bangsa Melayu rumpun Nusantara dan Sundaland. Tunggu jangan tak tunggu ya. Akhir kata ingin saya ingatkan, bersederhanalah dalam sesuatu pendapat atau pandangan kerana hanya Allah yang mempunyai pengetahuan dan ilmu yang mutlak. Segala rahsia mengenai dunia ini tidak dapat kita bongkarkan, melainkan setitik dari yang diberikan oleh Allah. Sekian wallah hua’lam.
Wah,makin rumit nampaknya...
BalasPadamAs salam, bagi pendapat saya naga itu sebenarnya tidak ujud. Yang ada cuma ular jadian yang boleh terbang lalu ia di panggil naga. Saya berpendapat demikian kerana belum ada pun fossil ular berkaki seperti naga yang di gambarkan di temui di mana-mana pelusuk dunia ini.
BalasPadamsabar ya...saya masih belum habis mengpas mengenainya. saya juga berpendapat seperti saudara dlam artikel ini saya membincangkan naga dalam konteks bangsa atau manusia atau cik srikandi kata sea dragon people. saya panggil bangsa naga. sama ada naga itu wujud atau tidak itu wallah hu a'lam tapi apa yang pasti bangsa Naga memang wujud dan masih wujud hingga kini bukan sebb mereka keturunn makhluk yg dipanggil naga tetapi sebb mereka menggelarkan diri mereka Bngsa Naga dan mereka menyembah dan menghormati Naga.
PadamAs-salam saudara...
PadamBukan kah kaum naga ini masih ada di nepal?
bapak kau
PadamKalau dikaji dari sudut agama naga atau ular besar tu jelmaan jin setan. Ular juga yg tolong iblis masuk ke dalam syurga utk hasut nabi adam. Dan jin setan mmg suka ambil bentuk ular kalo mereka nk menjelma. Ada hadithnya. Nyai blorong jin separuh ular separuh manusia banyak dipelihara manusia yg tamak harta.
BalasPadamTongkat nabi Musa a.s juga boleh bertukar menjadi ular.. oleh itu bukan semua ular itu setan jelmaan ... dari kisah nabi Musa itu juga menunjukkan ular/naga memang boleh bertukar jadi bentuk lain. Dan objek lain boleh bertukar menjadi ular/naga kemudian beubah semula kepada bentuk asal.
Padammaaf tapi "Ular juga yg tolong iblis masuk ke dalam syurga utk hasut nabi adam" ?? setahu saya Iblis memang sudah berada di dalam syurga namun kerna egonya tidak mahu menyembah nabi adam maka barulah dia dihalau..kan?
PadamMemang Azazil bebas ke syurga tetapi setelah dinyahkan kerana ingkar sujud(hormat) kpd Adam privilage itu di tarik balik. Sebelum iblis menumpang dlm mulut ular utk msk ke syurga iblis memujuk merak utk masuk tpi merak tidak berupaya. Merak yang pgl ular utk bantu iblis. Kerana itu semasa ayahanda Nabi Adam & Ibunda Hawa dinyahkan dari syurga, merak & ular turut dinyahkan juga. Sebagai hukuman, suara merak yang merdu ditarik balik tpi kerana dgn suara itu merak memujuk ular utk membantu iblis. Hukuman kpd ular pula, kaki & sayapnya dibuang kerana dgn kaki & sayap tersebut ular membawa iblis ke dalam syurga.
PadamSecara dasarnya, artikel di atas satu kupasan yang menarik cuma secara peribadi saya tidak berapa gemar dgn tuduhan tidak logik penulis tentang bangsa naga yang tgl d laut kerana sekiranya Allah kehendaki apa pun boleh berlaku. Sesuatu yg tidak tercapai oleh tahap pemikiran kita sebagai hamba. Kalau kita nak fikirkan perkara yg tidak logik ini terlalu banyak hingga bole mengganggu akidah kita. Terlalu banyak mukjizat & karomah yg boleh dikatakan tidak logik kerana diluar jangkauan minda kita. Fikir2kan lah.. Wallahualam..
Cuba buat pemeriksaan pada pedang Nabi saw....anda pasti jumpa pasal naga dan artikel diatas sejak zaman berzaman dikaji oleh ahlinya cuma zaman internet moden ni telah disebar..tapi naga dan mitosnya keduanya perlu dibuat kajian,naga adalh simbol bkn budaya atau agama.
BalasPadamapa maksudnya bukan budaya atau agama tetapi simbol. boleh saudara terangkan?
PadamYa simbol kekusaan kerajaan 1 bangsa yang pernah berkuasa suatu masa dulu,..bila ana Naga pasti ada Teratai(ini juga simbol kerajaan)..
PadamKerajaan Teratai pernah berkuasa diTanah nusantara ini(klu ini juga perlu dipecahkan).
Cerita org tua saya(saya tidak memaksa sesiapa untuk percaya)..
PadamKalu nak tahu dimana kerajaan naga berada dizaman purba tempatnya ditengah tanah melayu,
tk perlu percaya kisah org tua ni..:).
PadamMaksud tn pengarang ini agak mengelirukan..bangsa naga dan naga itu adalah jauh sekali..kalau diikutkan hikayat melayu beza ketara..seperti hikayat (lupa nama hikayat tersebt) naga ini adalah satu makhluk yg mempunyai kerajaan seperti mananya manusia juga..dan di Pahang Tasik Chini jua adalah naga..dan naga ini juga boleh merupakan diri seperti manusia..Ini tidak menjadi masalah apabila naga boleh merupa jadi manusia kerana malaikat dan iblis juga bleh merupakan diri sebagai manusia..Dan ini akan menjadi pepsepsi bagi orang sejarah yang lebih mementingkan fakta atau manuskrip2 lama untuk rujujkan tidak menyentuh hal2 keupayaan seseuatu makhluk Tuhan yang mempunyai pelbagai hikmat..Bila cerita pasal raja atau naga atau kerajaan lama mesti menyentuh pasal hikmat atau kehebatah\n sesuatu raja..Kebiasaan pada kerajaan lama, raja mempunyai hikmat yang luar biasa hingga dikarang dan dicatat dalam manuskrip atau dipaht pada batu kuil..
lembah bama ka?
PadamKaum naga berasal dari sungai Mekong. Mereka diam dan mencari makan di sungai tersebut. Mereka merupakan penyelam yang handal. Dari sungai mekong inilah mereka membiak hingga ke tanah melayu, jawa, borneo dan filipina. Mereka adalah nenek moyang bajau laut.
BalasPadamdalam artikel yang seterusnya saya akan bagitahu siapa bangsa naga...tapi saya dah bagi cluenya iaiatu bangsa ini Austronesian dan bukan Austroasiatic.
PadamBukan bangsa iban, tapi bangsa kenyah di sarawak yg bercuping panjang
BalasPadamtrimas..
PadamTerdapat lagenda di brunei bahawa seorang panglima yang di utus oleh maharaja cina telah berjaya membunuh naga yang tinggal di gunung kinabalu. Panglima ini kemudianya menjadi sultan brunei yg kedua. Baginda bernama Pengiran Maharajalela Ong Sum Ping atau juga di kenali sebagai Sultan Ahmad.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamINGIN SAYA INGATKAN DISINI BAHAWA, SAYA MEMBINCANGKAN NAGA SEBAGAI METAFORA KPDA SATU KELOMPOK MANUSIA YANG DIPANGGIL BANGSA NAGA DAN BUKAN NAGA SEBAGAI SEJENIS MAKHLUK GHAIB ATAU SEJENIS HAIWAN. SEBB SAYA BUKAN AHLI SUFI ATAU NEW AGE PUNYA ORNG ATAU APE2 KAITAN DGN DUNIA METAFIZIK , PARANORMAL ATAU KEBATINAN. SEGALA KESALAH FAHAMAN HARAP DIAMPUNKAN…
BalasPadamhehe depa memang suka guna suku-kata yang pelik2 jgn risau tt setiap pertelingkahan pendapat adalah salah satu dari kasih tuhan...
PadamBleh tuan kasi tahu siapakah the Naga King and the Naga King's daughter itu?
BalasPadamSEBB ITULAH SAYA MENLIS ARTIKEL INI..UNTUK MEMBERITAHU SIAPA SEBENARNYA YANG DIPANGGIL SEBAGAI THE NAGA KING DAN THE NAGA KING'S DAUGHTER. SEGALANYAN AKAN DIBONGKAR DALAM ARTIKEL SETERUSNYA. CLUENYA SUDAH SAYA SEBUTKAN DALAM ARTIKEL INI. YANG PENTING ANDA KENA INGAT BANGSA NAGA NI BUKAN BANGSA KHAYALAN ATAU MAKHLUK GHAIB YG PELIK TETAPI ADALAH SEKELOMPOK MANUSIA ZAMAN PURBA YANG KETURUNANNYA MASIH WUUD HINGGA KINI. INI SEMUA ADA KAITAN DGN THE NAGA KING'S DAUGHTER KERANAN MEREKA ADALAH BERASAL DARI PUAK BANGSA NAGA YG SAYA MAKSUDKAN. SEBB ITU KERAJAAN MEREKA MEMPUNYAI BNYK PERLAMBANGAN NAGA.
PadamKerajaan Merong Mahawangsa, tak silap saya, mempunyai lambang naga.
BalasPadamLambang naga telan matahari hehe
PadamOrang melayu la bangsa naga tu. Saki baki penduduk atlantis di pentas sunda.
BalasPadamNAGA BALIMBUR< KARIS NAGA RUNTING >. DALAM TRADISI ORANG DAYAK DAN BANJAR NAGA = BUAYA . BUAYA/NAGA PENGHUNI ALAM BAWAH DULUNYA PENGUASA LAUTAN LALU MENJADI PENGUASA ALAM BAWAH TERMASUK NERAKA) .
BalasPadamCUPING PANJANG TU BANYAK DITEMUI DI KALIMANTAN TENGAH DAN TIMUR , SUKU DAYAK YANG MASIH ASLI :)
Naga @ Melayu, asalkan dapat pertahankan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW hgga akhir zaman...
BalasPadamNaga/ular adalah jelmaan setan dari sudut agama. Jadi, adakah bangsa naga ini berketurunan sama makhluk azazil?? Tambahan pulak ada kisah tentang the fallen angel (mala?ikat) dalam book of enoch/kemungkinan besar nabi idris as?? Mohon kajian lanjut sedalamnya.
BalasPadamMaaf saudara al-Semantani...harap saya tidak mengganggu. Cuma nak tambah sikit tentang kaum Naga di India. Sebenarnya masih terdapat banyak kaum di India yang berasal dari kaum Naga. Kebanyakan mereka ini tinggal di Nagaland, Assam, Manipur dan Arunachal pradesh dan kesemua tempat ini berada di timur Bangladesh. Satu-satunya keturunan Raja di dunia ini yang mengaku berketurunan Naga ialah Raja Bhutan dan Bhutan pula berada di utara Bangladesh.
BalasPadamLebih menarik satu-satunya bangsa yang mengaku keturunan Rakshasa pula ialah bangsa Rakhine yg tinggal di Arakan, Myanmar...juga berada di Timur Bangladesh! :)
Ini link utk Naga Tribes of India;
http://tribes-of-india.blogspot.com/2008/10/list-naga-tribes-of-india.html
terima kasih hajjah atas maklumat tersebut...:)
PadamSebab dalam banyak banyak bangsa yang ada Di dunia ni, bangsa nusantaralah yang paling mistik saktI. Dari mana datangnya kesaktian ini? Sudah tentulah pada bloodline kita?? Semestinya ada rahsia di sini.
BalasPadamKiranya pengarah Game of Thrones tu ada gak la mengkaji sejarah kita tapi ada diputarbelitkan separuh.
BalasPadamNagini, the naga king's daughter
BalasPadamSetelah turunya Nabi Adam dan pertemuannya dengan Hawa, maka diwujudkan kawasan penempatan pertama Manusia iaitu di Bakkah.
BalasPadamSeterusnya, keturunan Adam berpindah-pindah membina penempatan yg lain, di luar Bakkah. Sebahagian ke utara, , sebahagian ke timur, sebahagian ke barat dan selebihnya tetap di sekitar Bakkah.Yg tetap di Bakkah menjadi diajar ilmu kembala dan dagang. Yg utara mahir berburu dan menjinak haiwan liar, yg timur pula tahu melakur sumber bahan pejal.
Apabila sang bapa manusia meninggal dunia, diikuti isteri tersayang, sebahagian penduduk bakkah kembara ke tenggara, membina penempatan di kawasan pulau2. Mereka ini bukan sahaja kekal sebagai pengembala, tetapi juga ilmu alam hijau. Mereka memanfaatkan sumber hijau sebagai Makanan, ubat dan peradaban.
Sambungan...
BalasPadamYg ke barat pula pandai berasimilasi dengan kehidupan alam haiwan liar dan tanah padang.
Setelah beberapa lama, wujud peradaban yg cerlang di tenggara dan timur. Ini hasil kemajuan serta sumber alam yg banyak. Lama-kelamaan, berlaku persaingan antara keduanya. Akhirnya tenggara takluk timur, dek kerana megah dengan kejayaan itu, mereka lupa akan tuhan. Lalu tuhan menghukum merekan dengan melenyapkan penempatan mereka.
Sambungan...
BalasPadamSetelah reda hukuman tuhan, berbondong2 cucu manusia mencari sisa penempatan mereka. Hanya tanah tenggara tidak ditemui. Mereka terus kembara mencari sisanya, kembara ke pelusuk dunia. Setelah gagal, mereka bina penempatan baru di atas cebisan2 tanah yg ada. Bagi peringati penempatan nenek moyang, pelbagai khazanah dibina.
Dulu guru teman ada bagitau memang ada baga sebenar macam mitos cina tu sampai sekarang, cuma org biasa tak nampak je.....
BalasPadamAssalamualaikum Wrt...
BalasPadamSy cuma mahu berkongsi maklumat jer.tapi terpulanglah nak terima ke tidak.sebagaiman yang diceritak oleh orang2 tua dahulu ,naga tue sebenarnya adalah seorang Nabi Allah.Setiap Nabi ada membawa mukjizat masing-masing...Cuma yang sy pernah dengar dari org tua2 bahawa Naga tue memang duduk didalam air.Jadi tak mustahil Keturunannya menjadi raja2 dan pemimpin2 besar kerana dalam dunia nie ada 2 jenis keturunan sahaja.yang BAIK dan yang JAHAT.keturunan yang baik2 datang dari leluhur para NABI dan RASUL dan yang jahat datang dari ????????.....Jadi kesimpulannya
pada pendapat saya dari cerita tersebut,pada asalnya Naga itu menjadi ikutan kerana dia adalah Nabi ALLAH,tetapi kita kena tahu bahawa dunia mengalami zaman terang dan gelap,dan semasa dizaman gelap inilah cerita naga tersebut telah diubahsuai,ditokok tambah dan di putarbelitkan demi kepentingan masing2.Jadi generasi kita sekarang bersusah payah mencari cerita2 naga yg sebenar kerana sejarahnya banyak telah diputarbelitkan.Bangsa Melayu....bangsa yang 'MELAYUkan' seluruh jiwa dan raganya apabila disebut nama ALLAH...maka jatuh tersungkurlah mereka sujud padaNYA
bagaimana jika ... keturunan naga itu adalah manusia yang keturunannya mewarisi ilmu mistik , spiritualnya tinggi hingga boleh menembus alam lain dan bertarung dan mengalahkan ular-ular jelmaan lain di alam tersebut??? jika boleh mengalahkan ular-ular lain ... bukan kah itu dinama kan Raja Ular..... ????
BalasPadamJIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH
BalasPadamBleh ceta sikit nanti pasal 'Perahu Naga'?
BalasPadambab perahu naga tu seakan begini..ada satu cerita yang menyebut setelah hawa bertemu semula dgn adam, mereka telah berkahwin dan mendapat zuriat. Ada satu pasangan anak mereka telah keluar mencari tanah yang subur. Mereka telah ditemui oleh seorang raja keturunan naga. Raja tersebut telah meminang puteri adam itu. Selepas beberapa tahun, puteri adam itu mula mendapati ada beberapa keanehan pada raja ini yang boleh bertukar menjadi makhluk yang aneh maka dia membawa diri mencari pasangannya semula. Anak-anaknya ditinggalkan sebab bimbang menjejaskan hubungan mereka kelak.
PadamApabila raja ini mendapati isterinya telah tiada maka sebahagian anaknya dibawa naik 'perahu', dia pula berenang di bawahnya ke bumi tanah asal. Zuriat yang tinggal pula membentuk koloni dan dikenali sebagai kaum naga/nigga/niger dan berjaya membina satu empayar ... ** maka kisah seorang nabi Allah di empayar itu turut melibatkan ilmu2 ular jadian :))
aku pon setuju dgn tt,
BalasPadamorang kita suka guna bahasa halus(bahasa bidalan/pelambangan) sebab itu ada garuda, merong, kera, todak, ular dsbnya. ini semua adalah bahasa halus yang digunakan tuk melambangkan seseorang@segolongan orang(bangsa)...
bukan setakat itu sahaja . .bagi masyarakat islam pun dari dulu hingga kehari ini pun masih percaya tengtang ujudnya binatang Booraq (kuda berkepak) . .ade kaum lain juga percaya Unicorn (kuda bertanduk) . . jadi tabiat atau kepercayaan sebegini memang tidak asing atau ia adalah lambang atau cara sesuatu kelompok kaum itu untuk mengujudkan sejarah kaum mereka , , ,
BalasPadamhttp://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0016338
BalasPadamAncestry of the Iban Is Predominantly Southeast Asian: Genetic Evidence from Autosomal, Mitochondrial, and Y Chromosomes
BalasPadamTatum S. Simonson,
Jinchuan Xing,
Robert Barrett †,
Edward Jerah,
Peter Loa,
Yuhua Zhang,
W. Scott Watkins,
David J. Witherspoon,
Chad D. Huff,
Scott Woodward,
Bryan Mowry,
Lynn B. Jorde mail
Published: January 31, 2011
DOI: 10.1371/journal.pone.0016338
Abstract
Humans reached present-day Island Southeast Asia (ISEA) in one of the first major human migrations out of Africa. Population movements in the millennia following this initial settlement are thought to have greatly influenced the genetic makeup of current inhabitants, yet the extent attributed to different events is not clear. Recent studies suggest that south-to-north gene flow largely influenced present-day patterns of genetic variation in Southeast Asian populations and that late Pleistocene and early Holocene migrations from Southeast Asia are responsible for a substantial proportion of ISEA ancestry. Archaeological and linguistic evidence suggests that the ancestors of present-day inhabitants came mainly from north-to-south migrations from Taiwan and throughout ISEA approximately 4,000 years ago. We report a large-scale genetic analysis of human variation in the Iban population from the Malaysian state of Sarawak in northwestern Borneo, located in the center of ISEA. Genome-wide single-nucleotide polymorphism (SNP) markers analyzed here suggest that the Iban exhibit greatest genetic similarity to Indonesian and mainland Southeast Asian populations. The most common non-recombining Y (NRY) and mitochondrial (mt) DNA haplogroups present in the Iban are associated with populations of Southeast Asia. We conclude that migrations from Southeast Asia made a large contribution to Iban ancestry, although evidence of potential gene flow from Taiwan is also seen in uniparentally inherited marker data.
http://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0016338#abstract0
Hi Selamat Siang mas masku
BalasPadamteman kamu pada menang puluhan juta
ayo giliran kamu! menangkan sekarang juga
Pilih Agen Poker & DominoQQ Yang Terpercaya?
PIN BB : D61E3506
👉 Whatsapp : +85598249684
👉 L ine : Sinidominoa
raja poker
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSuch a good Blog. cakes to pakistan
BalasPadamVery Nice! send flowers to italy
BalasPadamKayseri
BalasPadamAnkara
Kilis
Sakarya
Bursa
D6GL
Diyarbakır
BalasPadamKırklareli
Kastamonu
Siirt
Diyarbakır
N6BG7
https://titandijital.com.tr/
BalasPadamağrı parça eşya taşıma
maraş parça eşya taşıma
muğla parça eşya taşıma
uşak parça eşya taşıma
TEFJG
ankara parça eşya taşıma
BalasPadamtakipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
G1B6
adana evden eve nakliyat
BalasPadamafyon evden eve nakliyat
istanbul evden eve nakliyat
burdur evden eve nakliyat
gümüşhane evden eve nakliyat
JİFT
C86AD
BalasPadamUrfa Şehirler Arası Nakliyat
Elazığ Şehir İçi Nakliyat
Kırıkkale Şehir İçi Nakliyat
Karapürçek Parke Ustası
Edirne Parça Eşya Taşıma
Bolu Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Ekspertiz
Ünye Kurtarıcı
Afyon Lojistik
F7E8C
BalasPadamBitrue Güvenilir mi
Trabzon Şehir İçi Nakliyat
Zonguldak Lojistik
Adıyaman Evden Eve Nakliyat
Sinop Şehir İçi Nakliyat
Tunceli Evden Eve Nakliyat
Bolu Şehir İçi Nakliyat
Ordu Parça Eşya Taşıma
Muğla Parça Eşya Taşıma
DC3C4
BalasPadamerzurum ücretsiz sohbet
elazığ kadınlarla görüntülü sohbet
Giresun Rastgele Sohbet Odaları
mardin görüntülü canlı sohbet
Istanbul Canli Goruntulu Sohbet Siteleri
Kars Canlı Sohbet Siteleri Ücretsiz
tokat görüntülü canlı sohbet
görüntülü sohbet yabancı
Sakarya Canlı Ücretsiz Sohbet
0ECB4
BalasPadamKripto Para Nedir
Sohbet
Milyon Coin Hangi Borsada
Threads İzlenme Satın Al
Bitcoin Nasıl Kazılır
Azero Coin Hangi Borsada
Binance Komisyon Ne Kadar
Bitcoin Kazanma
Sweat Coin Hangi Borsada
64510
BalasPadamRaca Coin Hangi Borsada
Kripto Para Üretme
Dlive Takipçi Satın Al
Sohbet
Xcn Coin Hangi Borsada
Discord Sunucu Üyesi Hilesi
Periscope Takipçi Hilesi
Soundcloud Dinlenme Hilesi
Keep Coin Hangi Borsada
929BA
BalasPadamCoin Para Kazanma
Periscope Takipçi Hilesi
Threads Beğeni Hilesi
Coin Kazma
Parasız Görüntülü Sohbet
Referans Kimliği Nedir
Okex Borsası Güvenilir mi
Görüntülü Sohbet
Coin Madenciliği Nedir
A6B2B
BalasPadampancakeswap
uniswap
DefiLlama
uwulend finance
zkswap
shapeshift
pancakeswap
yearn finance
eigenlayer