Salam kepada para pembaca sekalian. Hari ini
saya hendak menyampaikan satu lagi keluh kesah tentang nasib sejarah dan
filem-filem berunsur sejarah di negara kita. Sudah-sudahlah dengan Putri Gunung
Ledang dan Merong Mahawangsa yang lansung tidak boleh dipakai rujuk untuk
pengajaran sejarah anak bangsa. Industri filem berbentuk sejarah di negara ini memang
lansung tak boleh pakai. Saya malu dengan kehebatan industri film berunsur
sejarah dari negara-negara jiran. Saban tahun ada sahaja filem berunsur sejarah
yang dihasilkan mereka.
Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa
Thailand sedang membikin filem sejarah tentang seorang tokoh yang agak hebat
dalam sejarah Asia Tenggara iaitu Ratu Jamadewi. Mungkin ada daripada anda yang
kenal dengan nama ini sekiranya anda peminat tegar artikel-artikel dari
Mistisfile kerana Srikandi ada menyebut tentang Ratu ini. Namun kalau anda
hendak tahu Ratu Jamadevi sebenarnya bukan orang Thai, tetapi beliau adalah
orang Mon. Mengapa agaknya pembikin filem Thai mahu membuat filem tentang orang
Mon ye? Nah inilah sebenarnya rahsia kejayaan Thai mencuri kebudayaan dan
kesenian serta sejarah negara lain. Dengan cara ini orang yang tidak tahu
lansung tentang sejarah Thai akan kata…oh hebat betul negara Thailand kerana
melahirkan ramai tokoh-tokoh gemilang sepanjang zaman. Sebagai contoh dalam kes
filem Queen of Langkasuka dahulu, mati-mati orang negara luar terutama barat
ingat permaisuri-permaisuri yang memerintah Pattani atau Langkasuka dalam filem
tersebut adalah berbangsa Thai dan bukan Melayu. Tak ke parah tu para pembaca
sekalian!
Nah! Kali ini Ratu lagenda Mon pula dikebas
mereka sebab apa ? sebab kerajaan Haripunjaya yang diasaskan oleh ratu tersebut
sekarang kawasannya berada di bawah wilayah Thailand. Saya bukannya apa,
sebenarnya saya iri hati dengan kesungguhan mereka menghasilkan filem-filem
berunsur sejarah tidak kisah lah mereka curi sejarah orang atau tidak asalkan
mereka ada inisiatif. Penghasilan filem-filem berunsur sejarah dan patriotik sememangnya
amat digemari oleh rakyat Thailand sebagai contohnya siri Filem King Naresuan
yang mendapat kutipan berjuta-juta dalam masa beberapa minggu sahaja.
Kebanyakan rakyat Thailad bersetuju bahawa filem-filem tersebut membangkitkan
semangat cintakan bangsa dan negara mereka serta meningkatkan lagi kesetiaan
rakyat Thailand terhadap pemerintah monarki mereka. Sepatutnya negara kita
mencontohi apa yang dibuat mereka tersebut supaya tiada lagi kes rakyat
menghina Sultan dan mencemuh sejarah negara serta lain-lain.
Manakala di negara tetangga bersaudara kita
diseberang pula saya dapat maklumat akan ditayangkan filem tentang Srivijaya! Wah
ini suatu yang saya tunggu-tunggu selama ini. Jika Malaysia tak buat Indonesia
sendiri dah buat pun saya tak kisah asalkan kita dapat keluar dari kepompong
filem-filem sejarah Majapahit, Singasari dan Demak seperti Tutur Tinular yang
dah beratus-ratus episod serta kisah-kisah Wali Songo yang dah berpuluh-puluh
versi ditayangkan di pawagam Indonesia. Namun burung terbang dipipiskan lada,
disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Harapan saya
hacus! apabila saya membaca satu artikel keluaran akhbar Indonesia yang
mengkritik pembikinan filem tersebut. Mengapa dikritiknya?
Sebenarnya yang mengkritik itu bukan
sembarangan orang tetapi para sejarawan dan ahli-ahli arkeologi Indonesia yang
pakar tentang kerajaan Srivijaya. Mengapa mereka kritik? Kerana filem itu
lansung tidak mengikut peristiwa sejarah yang sebenar malahan tajuknya yakni Gending
Sriwijaya sudah menggambarkan kekeliruan pembikin filem tentang sejarah
kerajaan kuno tersebut menurut para pengkaji yang tidak berpuas hati itu. Mereka
mendesak agar pihak produksi berbincang dahulu dengan mereka supaya plot dan
jalan ceritanya tidak lari jauh dari peristiwa sejarah sebenar. Malahan menurut
mereka lagi kostum yang dipakai para pelakon juga adalah tidak kena sama sekali
dengan zaman Srivijaya. Filem ini seolah-olah mahu memperlekehkan orang Melayu.
Ini berbeza sangat dengan sikap mereka apabila membikin filem berlatarbelakangkan
Zaman Majapahit atau kerajaan-kerajaan Jawa yang lain.
AIK!! ZAMAN SRIVIJAYA DAH ADA PISTOL KE?
Apa yang lebih menyedihkan adalah filem ini
diiklankan sebagai sebuah filem berbentuk dokumentari. Hal ini amatlah
merunsingkan bagi para peneliti sejarah Indonesia kerana bagi masyarakat yang
tidak mengerti tentang sejarah Srivijaya sudah pasti mereka akan terpengaruh
dengan apa yang dipaparkan dalam filem tersebut! Jika filem tersebut hanya
untuk hiburan dan tidak dikatakan sebagai sebuah filem berbentuk dokumentasi
maka itu tidak apa. Tetapi apabila ia menjadi bentuk dokumentari maka adalah
menjadi kewajipan pembikin filem tersebut untuk membuat research atau kajian
mendalam tentang filem yang akan dibuatnya supaya tidak menjadi satu kekilafan
fakta dalam masyarakat terutama orang muda dan rakyat yang tidak mempunyai
pendidikan yang tinggi.
Walau apa-apa pun saya tetap rasa gembira
dan teruja untuk menonton filem tersebut kerana daripada tidak ada apa-apa
lebih baik ada walau sakit hati mungkin pabila menontonnya nanti. Gamaknya bilalah
Malaysia akan hasilkan Filem tentang kerajaan Kedah tua ke, Chihtu ke, atau
Sriwijaya versi Malaysia mungkin…J agaknya kena tuggu saya kumpul duit sampai 100 juta dulu kot baru saya
akan terbitkan filem sejarah saya sendiri…J Itu sahaja keluh kesah dari pendita. Selamat malam bagi yang baca malam
dan selamat pagi bagi yang baca pagi. Sekian wallah hu a’lam
Assalamualaikum rodonc,
BalasPadamFilem sejarah malaysia tersekat otaknya setakat zaman jepun dan orang putih je..bak kata Ustaz Azhor Idrus "Dok ghok ccetong" kuikui
Koi rasa golongan yang celik sejarah boleh mengambil inisiatif menulis skrip dan boleh mencuba dengan produser luar ataupun menjalankan kutipan derma. Koi rasa bila skrip dah ada senang kita nak terbitkan, nak harapkan puak2 komersil buat cerita hantu duduk atas pokok boleh la hihi
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padambagus abg semantani, dah lamo den terpikir bondo yg samo.. den kalau kayo n jadi produser teringin nak buat ceghito Malaka: The Fallen.. nak tunjuk kat anak2 dan cucu cemano kerajaan melako jatuh.. adakah akibat tombak yg xsetaraf dgn pistol? haha
BalasPadamDengan izinNYA, saya akan buat.
BalasPadamkak nak buat citer ape kak
BalasPadamLotah dah den dongar hal malako, kedah tuo la pulak..
BalasPadamkerajaan tertuo di asia tenggaro.
kedah tua kn merong mahawangsa dah kuar... melaka PGL nya..
BalasPadamchih tu-chermin/puteri saadong-che siti je belum. langkasuka 'org laen' dah kuar dulu..
nak kena jumpa Tuan Al-Semantani nak bincang citer apa yg sesuai. Blh tuan?
BalasPadamkalau buat ttng zaman kegemilangan melaka bagus juga...boleh kita tengok cerita sejarah dari perspektif berbeza sikit. kita hightlight kan kepimpinan Tun perak pula sebab hang tuah dah banyak dah filem ttg dia. lagi bagus sebab figure tun perak ini lebih realiti dari hang tuah sebab dia pernah menjadi bendahara untuk 3 sultan dan bnyk jasanya pada melaka.
BalasPadamkalau nk jumpe susahlah kak sebb saya masih nk kekalkan unknown identiti ni.ada sebb peribadi mengapa saya tak mahu keluar. kalau nk bincang dlm email ke facebook boleh lah. akak cakap je nk maklumat ttng apa insyaallah saya akan cuba carikan untuk menjayakan rancangan ini.moga betul-betul ni.
saya bercadang kita tonjolkan sebanyak mungkin aspek kebudayaan dan ketamadunan melayu dlm filem akak. kita ambil contoh mcm filem-filem sejarah yg di garap orang korea mcm Dae janggum atau Hur jun.disebabkan dua filem sejarah ini seluruh dunia tertarik dengan budaya dan tamadun korea. takke hebat tu! sekarang org barat berkejar-kejar nk belajar sejarah, budaya dan bahasa korea. amacam kak.
BalasPadam1.kita tonjolkan aspek busana melayu
2.senjata tradisional dan senjata api melayu
3. senibina rumah2 dan istana tradisional melayu.
4. masakan dan makanan tradisi melayu
5. adat istiadat melayu
6. musik dan kesenian melayu
7. ilmu pertahanan diri melayu.
8. supremasi melayu dlm perdagangan dan ilmu kelautan, cth kapal besar mendam berahi milik sultan.
9. ilmu perubatan tradisional melayu, mcm tabib, dukun dan bidan yg tidak guna unsur mistik.
dan yg terakhir taktik dan strategi perang org melayu.
waw!cool!
PadamYang penting jangan Low class punya filem..Buat betul2 dan teliti..Saya tengok filem sejarah thailand dan korea sangat teliti dan detail.
hope macam tu lah...
Saya cadangkan kita import Peter Jackson jadi producer, memang gempak dia bagi detail setiap benda sampai kan pemegang cawan pun dia teliti. Lepas tu kita guna utk set ke2 dan ke3 mcm Lord of The Ring. Set semua dah ade so running je! janji skrip, naratif cerita, soundtrack, aksi dan cinematografi bg kaw-kaw! siapkan franchise goodies mcm2 insyallah modal balik siap dgn untung berlipat ganda. Bila lagi...
Padamoyeahhhh
BalasPadamKalau nak buat filem... saya cadangkan jangan terlalu jujur sangat. Exagerate sikit tapi ke arah yang positif. Kita berfantasi sikit. Lagipun ini bukan dokumentari. Contoh, scene di pelabuhan Canton/Zaitun. Kelihatan sebuah bahtera China yang besar sedang berlabuh. Tiba2 lalu sebuah bahtera yang lebih besar dan gah. Bahtera itu bahtera Kerajaan Melayu Melaka, misalnya. Atau tunjukkan apa2 jua elemen yang hari ini kita dikatakan meniru bangsa itu ini tapi sebenarnya bukan. Mrk yg tiru kita. Kalau filem genre lain kita amat kreatif mereka-reka, mengapa tidak filem berunsur sejarah.
BalasPadamahahaha balik2 bangsa cina yg kena pijak.... memang prejudis kurang ajar betul. patutlah bangsa melayu ini gara-gara mundur.
PadamAlhamdulillah dapat respon dari Tuan Al Semantani.
BalasPadamMeremang bulu roma saya baca respon tersebut. Iya. Memang target saya filem sejarah pertama yang saya nak buat adalah kisah tokoh hebat Melayu ini - Tun Perak.
Dan saya semakin seronok melihat senarai yang ditulis Tuan Al Semantani. Memang itulah antara senarai subjek yang mahu saya ketengahkan dalam filem sejarah tersebut.
Saya doa supaya Allah swt makbulkan cita-cita saya jika itu yang terbaik untuk saya kerjakan. Dan sekiranya nanti saya mula projek filem sejarah ini saya akan hubungi Tuan Al Semantani untuk perbincangan. Harap pada waktu tersebut Tuan Al Semantani tidak perlu lagi menyorokkan identiti beliau. Hehe.
Semoga mendapat keizinanNYA kalau itu yang sebaiknya. Terimakasih Tuan Al Semantani.
insayaallah jika segala perancangan yg hendak akak laksanakan tercapai, saya akan cuba membantu yang sebaik mungkin.semoga allah memakbulkannya amin.
BalasPadamAmin, Amin Ya Rabbal Alamin.
BalasPadamsalam kak nita, saya baru dapat tahu bahwa dah ada produksi yg nak membikin filem tentang tun perak. kalau tak silap saya ia milik Datin Nora Shamsudin. dengarnye skrip dan barisan pelakon dah ada. adakah akak nk teruskan juga dengan filem tun perak atau nk cuba tokoh sejarah yang lain pula?
Padamkalau la filen tun perak yg mereka bukin nanti tu agak kurang memuaskan dari segi jalan cerita, latar dan fakta mungkin akak boleh buat yang lebih baik...amacam. apa resolusi akak. saya dengar juga yang pihak kerajaan melaka sanggup beri tapak yg luas untuk bina prop perkampungan tun perak dan istana lengkap dengan rumah-rumah tradisional. Shah rukh khan juga mungkin akan berlakon jadi keling...hmmm jika tak jadi tun perak tajuk apa yg sesuai ye...tun sri lanang, tengku kudin,laksamana hang nadim atau mungkin tun fatimah. sekurang-kurangnya dapat juga kita tonjolkan 10 aspek yg saya senaraikan sebelum ni. tak lari jauh sangat.
Saya cadangkan file Perang 3 Segi - Johor, Acheh dan Portugis di Melaka. Gempak habis tu! Nak bagi pengajaran supaya orang Melayu jgn berpecah belah.
PadamAmiiiin.. caya la kak nita
BalasPadamApa-apa filem berunsur sejarah Melayu di Malaysia TAK AKAN JALAN! Ini kerana kita pula yang perlu meminta izin daripada cauvinis cina keturunan pendatang untuk memaparkan sejarah sebenar kita.
BalasPadamPemimpin kita pula jenis yang takut dengan cina. Tengoklah nasib filem Tanda Putera; sampai sekarang sangkut tak tau bila nak tayang. Itu baru aje filem berunsur sejarah berlatar belakang tahun 60an. Belum lagi filem yang pergi jauh sebelum itu. Kalau jenis filem berunsur sejarah yang diseleweng, tiada siapa yang akan mementang!
Sebarang filem sejarah Melayu yang menunjukkan Melayu adalah memang berasal dari nusantara dan Tanah Melayu adalah milik Melayu sudah pasti akan ditentang.
Salam encik wayau
PadamDen pun sependapat dengan encik. Kalau dah segala perbuatan menghadap redho "undi" susahlah. Kerajaan cara kerajaannya, pembangkang cara pembangkangnya. Penakut di bumi sendiri.
Kitalah marhaen Melayu yang patut terus teguh menegakkan agama, nusa dan bangsa.
wayau saya ada satu cadangan... buat filem tentang sejarah bapa najib gulingkan tunku abdul rahman dengan insiden 13 mei hehehe, ataupun buat filem tentang altantuya kena bunuh dan bom ngan geng2 najib hihihi amacam, macai melayu hutan bodoh?
Padamsalam tuan admin
BalasPadampada pandangan ambo, kita kena pecahkan kepompong masyarakat yang selama ini disogokkan dengan sejarah Melaysia bermula hanya bermula dengan penubuhan UMNO. Bagi yang sayangkan bangsa Melayu, spatutnya sejarah Bangsa yang melangkaui batas sempadan negara hari ini perlulah disiarkan. Contohnya seperti sejarah Langkasuka yang mana orang zaman ini menyangka ianya orang Thai padahal ianya adalah sebahagaian kekayaan sejarah Bangsa Melayu. Nanti dibimbangi orang kita jadi macam singapura yang menyangka Stamford Raffle atau Lim Kuan Yue sebagai pembuka singapura, sedangkan sejarah Temasik amat berkait rapat dengan sejarah orang Melayu.
Sekadar pandanagan tak seberapa dari ambo :-)
Jika berkelapangan, singgahlah ke blog ambo http://abdullahabas.blogspot.com/
ye...
Padaminspirasi halal 29 Disember 2012 3:39 PTG
PadamKo tu potong stim! Jgn babitkan dulu hal politik kepartian dlm ni. Hal tu belakang cerita! Sila bincang cara positif.
Saya rase kalo buat citer Adruja Seriwijayamala Singa a.k.a Cik Siti Wan Kembang..mesti best..terbaik..mantap kan cik semantani..kang x psl bergaduh plak kite dgn thailand..hehehe..:D:D:D
BalasPadamBudak Sains 3..
Kalau tak pun wat filem pasal Laksamana Malahayati of Aceh yang bunuh Cornelius De Houtman Jeneral armada Belanda yang cuba nak tawan Kerajaan Aceh....pun gempak juga.
BalasPadamsayang kalau ada sejarah yg hebat tp tak diketengahkan melalui filem..!!bukan apa,,,,filem adalah antara beberapa perkara yg sdg menguasai dunia pd ketika ini..!!
BalasPadamhrp ada lah producer yg buat nnti..
Tanpa Nama28 Februari 2013 4:32 PG
PadamSaya setuju dgn anda. Cth terbaik ialah Hollywood yg tlh menjadikan golongan mereka gah di mata dunia. Mereka sanggup belanja berjuta bukan kerana mahu untung wang semata tetapi sengaja mahu membina persepsi terhadap kehebatan mereka.
Film sejarah terbaru Indonesia 'SANG KYAI' tentang kisah KH.HASYIM ASHARI,tokoh NU,salah satu organisasi islam terbesar di Indonesia
BalasPadamDulu Dato'Jins Samsudin pun nk buat filem psl Pasir Salak..tapi senyap terus jadinya...dgrnya ada pihak lain yg cuba halang filem tu psl ia melibatkan tercalarnya maruah atau pride org British...x dpt dana yg mncukupi pun yea agaknya...dan diminta juga ubah skrip..jgn tunjukkan sbb sebenar knpe residen tu dibunuh..
BalasPadamBuat filem 1511, kejatuhan Melaka. Tentu byk pengajaran dpt ditonjolkan.
BalasPadamzaman srivijaya mmg dah ada pistol cik adik...cube kaji apa maksud lela nmm...banyak teknologi nusantara yg membuatkan barat turun ke timur suatu masa dahulu..they wont come for nothing
BalasPadamAsslam. Maaf le sbb lmbt sye kmen ni ye tuan2. Ape cite akak faznita nk buat filem sejarah ni ye. Saye x mmpu nk bri bntuan duit ke ape. Tp yg psti sokongan pnuh sye berikan. Saye cdg kan kite plak yg wt filem sjarah ttg srivijaya.
BalasPadamJangan x tahu... orang Melayu memang x reti atau x pandai langsung nak buat filem sejarah... yang diorang tahu buat tu lah filem-filem murahan x ada ertinya langsung... sekali tengok memang dah cukup... memang rasa jemu nak tengok banyak kali x macam filem-filem 60an dulu... pelakon2 sekarang berlakon macam syok sendiri... aku x heran kalau Malaysia memang tak mempunyai filem-filem bermutu... memang tak de sesiapa bangsa yang berminat nak tengok orang Melayu berlakon ...
BalasPadamHmm.. Samelahh.. Saya pun tunggu benda yang sama.. Filem yang bergenrekan sejarah kurang.. Banyaknya filem cinta tak abis abis
BalasPadamPadam
found this post after six years. masih menunggu genre yang diimpikan ini dari tanah air kita. takkan time merdeka je baru nak released film genre sejarah. pulak tu, cerita hok yang sama je. huu
BalasPadamDah kuar ke filem kak ni? Apa perkembangannya dah 2018 ni
BalasPadamSekarang dah ada filem sejarah iaitu filem Mat Kilau.. Dulu² mmg x de.
BalasPadam