Rabu, 18 Disember 2013

PRASASTI BOLANA DAN SRIVIJAYA




 


Salam pembaca semua. Paparan hari ini adalah hasil pengkajian Bolana Slab, Oleh Dr. Senarat Paranavitana seorang arkeologis dan dipersetujui oleh Chand Chirayu Rajan pengkaji dari Thailand. Prasasti Bolana adalah mengenai perkahwinan Puteri Raja Parakramabahu VI dengan seorang Putera Kerajaan Padyan. Dalam prasasti ini turut disebutkan keturunan Raja Parakramabahu VI. Dalam salasilah ini kita akan jumpa beberapa nama yang ada kaitan dengan Melayu dan Srivijaya.

 

Seperti yang pernah saya nukilkan dalam artikel saya sebelum ini tentang Samara Vijayatungga, kali ini saya tunjukkan bahawa baginda sebenarnya memang wujud dan terpahat namanya serta kisahnya yang membebaskan Sri Lanka dari Chola dalam Prasasti Bolana. Dalam Prasasti ini dan inskripsi Kataragama Dakagamu terdapatnya maklumat yang menyebut bahawa Adipada Mahendra (Adipada adalah gabenor atau pemerintah salah sebuah city-state di Sri Lanka) telah mendapatkan perlindungan di Javaka sebuah kerajaan yang berada di utara Semenanjung Melayu setelah kalah berperang. Dalam prasasti ini, disebut nama Samara Vijayatungga bersama Mahendra yakni cucu kepada Adipada Mahendra yang mengungsi ke Javaka telah kembali ke Sri Lanka untuk menawan kembali pulau itu dari Chola. Nama Samara Vijatatungga memang sukar ditemui dalam sejarah tempatan Nusantara, namun sejarawan Sri Lanka sendiri telah menemui satu manuskrip Sanskrit yang terpahat pada sebuah batu di Abahyagiri dekat Anuradhapura yang berusia lebih kurang kurun ke 12 yang memperkata mengenai sosok dari bumi Melayu ini.

 

 Dalam inskripsi ini barulah diketahui siapa Samara Vijayotungga ini, yang disebut dengan jelas sebagai anak  Maravijayatungga Maharaja Srivijaya seperti yang disebut dalam Prasasti Tanjore. Disebut juga , bahawa Maharaja Maravijayatungga telah mengahwini Puteri Mahendra IV yang beribukan Puteri Kalingga. Disebut juga bahawa Samara mengusir semua tentera Chola dari Sri Lanka dengan pasukan tentera Melayunya bersama Putera Kasyapa anak Sena V yang pada itu mengungsi di kawasan pergunungan. Samara tinggal di Chola selama 5 tahun dan kemudian menyerahkan semula Sri Lanka kepda Kasyapa dan kembali ke Srivijaya. Semua peristiwa ini benar-benar berlaku namun yang peliknya peristiwa ini tidak tercatat dalam mana-mana kitab sejarah terutama di India, oleh sebab itulah tidak ramai yang tahu, termasuklah orang-orang Melayu sendiri.

 

Susur galur Raja Sri Lanka dalam Prasasti Bolana

Hail! Parakramabahu-maharaja is the Son of Jayamala, jayarnala was the son-in-law of jayamala ;Ja yarnala was the son-in-la w of Pariikramabhu maharaja; Parakramabahu-maharaja was the son of Vijayabahu-maharaja ;Vijayabahu-maharfija was the son of Candrabhanu-maharija ; Candrabhanumaharaja was the son of Gandaagopala-maharaja; Gandagopala-maharaja was the Son of Magha-maharaja; Magha-maharaja was the son of Suryyanarayana-maharaja ; Suryyanarayal.1a-maharaja was the Son of Pralambahasta-maharaja ; Pralambahasta-maharaja was the son of Jayagopa-maharaja; Jayagopa-maharaja was the Son of Suryanarayana-maharja ; Suryyanarayana-maharaja was the son of Mahasthimaprapta-maharaja ; Mahasthamaprapta-maharaja was the son of Manabharana-maharaja ; Manabharanamaharaja was the son of Samara- Vijayottuuga-maharaja ; Samara- Vijayottunga-maharaja was the son of Mara- Vijayottunga-maharaja ; Mara-Vijayottunga-maharaja was the son of Gunarnnava-maharaja ; Gunarnnavamaharaja was the son of Kaundineya-maharaja ; Kaundincya-maharaja was the son of Siddhayatra-maharaja ; Siddhayatra-rnaharaja was the son…

 

Menurut sejarawan Sri Lanka, bermula dari salasilah Raja yang bernama Suryanarayana ayah Magha hingga ke Siddhayatra ke atas adalah raja-raja dari Srivijaya. Dari banyak-banyak nama ini hanya dua yang dikenali yakni Maravijayatungga dan ayahnya Culamanivarman atau nama sebenarnya Gunawarman. Terdapat juga kemungkinan bahawa adanya susur galur yang berkaitan dengan Langkasuka dalam susur galur raja-raja Sri Lanka seperti yang disebut oleh sejarawan Sri lanka ini:

 

‘…terdapat dua individu yakni ayah dan anak kedua-duanya bernama Moriya Maharaja. Kedua individu ini adalah datuk dan moyang kepada Dhatusena. Nama mereka ini tiada dalam sumber-sumber lain, tetapi nama Moriya dari keluarga Dhatusena yang wujud kemudiannya tidak boleh dinafikan berasal dari mereka. Kemudiannya disebut pula nama Lambakarna dan langkasuka. Nama pertama tersebut memang dikenali sebagai salah satu nama keluarga sri lanka. Manakala nama langkasoka pula adalah nama sebuah kerajaan dari semenanjung tanah Melayu. Samaada kerajaan ini mengambil sempena raja itu atau raja itu sebenarnya berasal dari langkasoka….belum diketahui’

 

Menurut satu petikan yang tertulis dalam bahasa Sanskrit yang ditulis pada zaman raja magha ,yakni dalam prasasti Mandigiri dan satu lagi di Abhayagiri disebut bahawa Magha datang dari Suvarnapura atau SriVijaya. Beliau dikatakan berkuasa di Sri Lanka sangat lama dan telah menjalankan banyak kerja-kerja keagamaan. Namun baginda kemudiannya dikalahkan oleh pakatan Parakramabahu bersama Sundara Pandya. Magha kemudiannya pulang semula ke Srivijaya dan Maharaja Srivijaya pada masa itu telah memulihkan semula hubungan diantara kerajaan Srivijaya dengan Sri lanka. Dengan perdamaian tersebut Magha telah dibenarkan untuk memerintah di wilayah Aniradhapura sahaja. Oleh itu Magha telah pulang semula ke Sri Lanka dan meletakkan anaknya Gandagopala dewa sebagai pemerintah Jaffna dan beliau kemudiannya pulang ke Srivijaya dan menjadi sami. Oleh itu Gandagopala dewa adalah raja pertama Jaffna yang berketurunan Melayu Sri Lanka. Beliau inilah yang disebut di dalam inskripsi Kudumiyamalai yang dipahat Vira Padya. Dalam inskripsi ini beliau digelar sebagai anak raja Javaka. Anak beliau juga dipanggil sebagai Chandrabhanu namun ada pendapat yang menyatakan bahawa ini bukan Chandrabhanu yang kemudiannya menyerang Sri Lanka sebanyak dua kali dari Tambralingga. Chandrabhanu pertama yang disebut diatas adalah Raja yang disebut sebagai Sendemain oleh pengembara Marco Polo.

 

Dibawah adalah catatan daripada prasasti yang terdapat di Sri Lanka mengenai Raja Sri Lanka dan perkaitannya dengan Raja-raja Srivijaya serta peperangan dengan kerajaan Kemboja:

Sinhalese text of Mahinda IV's slab-inscription (Ep. Zey. I, No. 19) in the Abhayagiri-vihara ground.

: There was a king of Java (Java disini bukan pulau Jawa tetapi Javaka iaitu kerajaan Sri Dharmaraja ) named Siddhayatra, who became the Maharaja and ruled the earth. From his Queen, Tara, he had a son maned Kaundineya. His son was Gunawarman whose daughter, Gunavati, was given in marriage to a Padya prince, Sri Mara, son of Varaguna, who had come to Java for saking his own land. Sometime after his marriage to Gunavati, Sri Mara was killed in battle, and the army commanded by him was routed by the enemy. Gunawarman himself went to face the enemy and, after a desperate fight from the back of an elephant, captured Rudravarman, a son of the Kamboja king. Hearing that his son had been captured by the Javakas, the Kamboja king himself came to rescue his son. The Javaka king, however,caused the death of the Kamboja ruler by resorting to unfair methods of warfare. In time, Gunawarman became Maharaja and resided in Suvarnapura (Sri Vijaya). The Kamboja prince, after some years, arrived at Suvarnapura with a mighty host to avenge his father's death. Gunawarman was defeated, and fled in haste to Ceylon when Sena III was reigning.

 

TheYuvaraja Mahendra, after escorting the fugitive king to the capital, went to Suvarnapura, obtained victory over the enemy who was occupying it, and there married Sundari, the daughter of Sri Mara, 'with a golden necklace' .Returning to Anuradhapura, he restored to the Maharaja his own kingdom. Those passages in Sanskrit, engraved on some of the slabs referred to above, add interesting details to the story given in the poem. Before the Kamboja invader came to Suvarnapura, Sundari had been betrothed to a son of the king of Malayapura (Malayiiru), named Sriyanarayana. This prince lost his life in the fighting that ensued. Gunavati and her daughter Sundari fell into the power of the Kamboja prince, and were kept in prison, where they were in great distress and danger when Mahendra came on the scene with his armada, drove the Kamboja forces. Occupied the palace and rescuedthe princesses. Gunavati, with her daughter, come bearing presents to thank Mahendra for their deliverance.At her mother's bidding, Sundari fell down at Mahendra's feet and remained there. Mahendra consoled her and gave her a precious jewel which he had with him. He became enamored of her and with the consent of the brother of the prince, to whom Sundari had been betrothed, married her and brought her home as his queen.

 

Kehebatan raja-raja Srivijaya serta legasi dan prestijnya yang agung sangat dikagumi dan di dambakan oleh Raja-Raja Sri Lanka. Hal ini dibuktikan pada zaman Parakramabahu pada tahun 1459 yakni semasa Srivijaya sudah tidak lagi wujud  didapati terdapat catatan rekod China yang menyebut  Raja kepada duta Sri Lanka yang datang pada tahun tersebut sebagai  Kalingga-Sinhala-Srivijaya-Raja. Malah juga disebut bahawa raja yang sama telah menawan kedah. Nampaknya mereka juga sudah mula putar belit untuk menaikkan prestij, padahal pada tahun 1459 banyak jajahan Srivijaya dah bertukar nama, bertukar Agama malah sudah berada dibawah Kesultanan Melaka.

 

Malah ada puteri dari Palembang yang dikahwini raja dari Sri Lanka. Seorang putera raja bernama Kasyapa IV sekitar tahun 839, telah mengeluarkan satu edik untuk memelihara dan menjaga dua buah kampong bernama Nagala dan Naranvita yang telah dihadiahkan kepada pasangannya Raden Sangha yang datang dari Palambanpura Suvarnaraya yang bermakna Pelabuhan Emas. Palambanpura disebut terletak di Yavaju atau Kalingga Bhumi yang dipercayai bermaksud Javadipa atau Sumatera.

 

Daripada penulisan diatas maka dapat kita  pahatkan dalam pemikiran kita bahawa bangsa Melayu itu sebenarnya adalah bangsa penakluk dan diplomat yang hebat. Sepertimana Malaysia pada hari ini yang handal dalam hubungan diplomatik dengan Negara-negara atas angin dan negara jiran, begitu jugalah kehebatan dan keagungan Srivijaya yang disanjung dan dipuja bangsa-bangsa lain. Keberadaan darah Melayu Srivijaya dalam salasilah raja-raja Sri Lanka pula menunjukkan bahawa bangsa kita juga bukan bangsa pengecut tetapi bangsa yang berani hinggakan sanggup berlayar beribu batu untuk berperang dan meletakkan pengaruhnya di negara asing. Jadi siapa yang lebih hebat sebenarnya? Empayar Chola yang hanya berani untuk serang curi Srivijaya pada kurun ke 10 atau Srivijaya yang dah bertapak dan sering berulang alik samaada menyerang atau membantu sekutu di sekitar Sri lanka dan India selatan sejak kurun ke 7 lagi?...:)

 

~Al-Semantani jones

 

Kredit

Paranavitana S

Chand Chirayu Rajan


15 ulasan:

  1. Kesinambungan cara kerajaan melayu yang suka membantu kerajaan yang teraniaya kekal hingga kini.....sentiasa berusaha untuk membri bantuan pada yg hak.....dan menumbgkan mereka yg batil.....saya sangat teruja membaca sifat melayu yg sangat konsisten dari dulu hingga kini yg juga dihargai oleh seri lanka......teruskan membongkar sejarah bangsa untuk lebih mengenali bgsa mim dgn lebih mendalam.....

    BalasPadam
  2. Tuan,

    Boleh tak hurai & bongkarkan siapa sebenarnya Raja Suran? banyak golongan ultra-kiasu putar belit mengatakan Raja Suran adalah Raja Chola & Raja2 Melayu adalah keturunan Hindu Tamil.

    Macam artikel Uthaya Kumar yang Malay Mail keluarkan tu.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dilihat dari sejarah purba ini melayu merupakan satu bgsa leluhur pada zaman dulu ...jadi apa yg bgsa ini buat diikuti oleh terutamanya oleh org hindu dan buddha dari apa yg kita baca....jd jgn lekas terpedaya dgn

      Padam
    2. Propaganda keturunan hindu tamil ni.....bahkan merekalah satu bgsa yg banyak meniru budaya bgsa leluhur melayu ni....itu sbbnya sebelum cendiakawan china hendak ke india mereka mesti ketanah melayu atau nusantara 2 ke 3 tahun dulu belajar disini...pd masa itu....dan melayu juga adalah tenaga pengajar buddha yg hebat pd masa itu.....

      Padam
  3. bukan itu sahaja...masaalah ini makin bertambah sarat bilamana uztaz2 menokok dan bertambah2 serta memberikan kredit pd Hindu setiap kali ada kuliah...seolah2 tanah melayu nie dijajah oleh hindu dulu2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ustaz tu pun tak tahu apa berlaku pd org melyu purba pd zaman itu...ttp...pd kita yg dah tahu jangan percayakan momokkanmomokan mereka itu....terus gali sejarh melyu...untuk membina jati diri kita yg dah lenyap tu....

      Padam
    2. hakikatnya golongan ustaz2x ni tak berminat dgn sejarah melayu sebenar..mereka sebenarnya tak sedar mereka cuba merubah sejarah agar melayu lebih arabize atau berpaksikan timur tengah secara berlebihan...aku dah byk jumpe org2x melayu mcm ni..ko bagilah bukti apapun diorang pasti tolak..sebab dorang dah terdoktrin dgn cara pemikiran ala arab yg memang bersifat didaktik..bagi mereka melayu mesti bernuasakan budaya dan sejarah arab..hakikat yg menyedihkan lagi bile dorang menjadikannya isu keagamaan...dan membandingkan sejarah dgn tak adil..spt bertanyakan soalan sy pernah kene dahulu..yg mana lebih penting sejarah khulafah ar rashidin atau sejarah melaka...ini adalh perbandingan yg tidak adil dan cubaan utk memperkecilkan sejarah sebenar dan jatidiri melayu..sedih

      Padam
  4. Bestla..al semantani jones ni..selalu ada artikel baru..

    BalasPadam
  5. Aku keturunan nabi adam a.s

    BalasPadam
  6. Peristiwa serangan ke atas pusat pentadbiran Srivijaya pada tahun1025M berkait rapat dengan konflik dalaman Persekutuan Srivijaya sendiri antara dinasti Raja-raja Melayu, mungkin kerana rasa tidak puashati dalam penggiliran tahta Yang Dipertuan yg dipegangan terlalu lama oleh Dinasti Sailendra. Juga mungkin kerana Maharaja sedia ada melebihkan kerabatnya sendiri bila libatkan keputusan dalam timbang-tara antara dinasti.

    Dalam peristiwa ini, dinasti2 membentuk pakatan bagi tangani lawan bagi kuasai wilayah Srivijaya. Pakatan yg terbentuk seperti berikut:-

    Sailendra berpusat di Javadvipa + Sri Dharmaraja berpusat di Javabhumi + Sri Lanka di Rohana/Anidharapura vs Sri Dharmaraja/Khmer berpusat di Angkor + Dinasti Chola dari Selatan India vs Champa berpusat di Cham + Dai Viet di utara Vietnam*. Dalam masa yang sama, dinasti Maulimalaraja berpusat di Palembang ambil kesempatan kuasai wilayah Sumatera setelah kejatuhan dinasti Sailendra.

    *pakatan sementara bersifat penuh curiga.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Lekir, hampir semua dinasti ketika itu berkaitan antara satu sama lain atas dasar perkahwinan. Dinasti Sailendra umpamanya dikhabarkan hasil antara Sri Jayanasa dan Puteri Tarumanegara. Begitu juga Suryavarwan II yg asal dari kerabat Sri Dharmaraja, Ligor.

    Saya mendokong kehadiran Chola sebab memberi bantuan kepada Suryavarwan II atas sebab 1) ada prasasti berkaitan Suryavarwan II minta bantuan. 2) Chola mudah kuasai pusat Sri vijaya di Kedah sebab ramai tentera dihantar ke sempadan Angkor - Sri Dharmaraja & Sailendra - Kediri. 3) Kehadiran Chola asalnya dianggap lawatan, umpama peristiwa penawanan Raja Khmer oleh Sri Vijaya semasa kurun sebelumnya.

    BalasPadam
  11. orang Tamil memang tak berasal, suku paling hina kat benua keling, kalau kita jumpa orang india utara, mereka akan marah adan malu kalau kita cakap tamil kat mereka. pasal kat benua India,, tamil tu paling selatan paling randahan kasta paria sudra harijan

    BalasPadam