Salam
para pembaca semua. Sebelum saya memberikan
penerangan mengenai penguasaan Raja-Raja Melayu di Sri Lanka secara
menyeluruh, adalah amat molek sekiranya saya memaparkan dahulu satu kisah
mengenai seorang tokoh Melayu Agong dalam sejarah yang bernama Samara Vijayatungga. Kalau kita cari
nama ini dalam buku-buku sejarah tempatan
mengenai Srivijaya adalah sukar untuk kita temui. Namun demikian nama raja
Melayu yang hebat ini pernah tercatat dalam petitih-petitih kuno Sri Lanka
seperti Culavamsa ,Mahavamsa malah salasilah keturunan raja-raja Sri Lanka
seperti yang tercatat pada prasasti Bolana.
Sipakah baginda, dan apakah peranan baginda dalam sejarah bangsa Melayu
dan sejarah Sri Lanka? Sebelum itu perlu saya nyatakan pengkajian atau teori
ini sebenarnya mengukuhkan lagi teori bahawa penyerangan atau penjajahan Chola
di Srivijaya sebenarnya kurang berhasil dan tidak meninggalkan kesan besar
terhadap masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
Walaupun
dalam penulisan ini Chola memang menyerang Srivijaya dan Kedah, namun mereka hanya
dapat berkuasa lebih kurang 20 tahun sahaja atau mungkin kurang dari itu dan
dalam tempoh 20 tahun ini adalah mustahil untuk sesebuah masyarakat itu di
Tamilkan atau diubah budayanya . Sedangkan penjajahan Portugis
yang bertahan lebih kurang seratus tahun pun tidak mampu mengubah budaya masyarakat Melayu
yang Islam menjadi Kristian. Adalah tidak logik juga jika dikatakan Raja-Raja Melayu Melaka
berketurunan Raja Chola sedangkan dalam kajian yang saya paparkan ini kita
akan lihat bahawa masyarakat Melayu tidak pernah senang dengan kedatangan
orang-orang Tamil untuk memerintah di Bumi Melayu ini, dan terdapatnya
penentangan besar-besaran dari orang Melayu yang diketuai oleh Raja-Raja Melayu
sendiri. Adakah anda fikir orang Melayu hanya duduk diam membisu sahaja dan menerima dengan redha bahawa kerajaan mereka dijarah dan dijajah bangsa lain? Dalam keadaan pemberontakan dan anarki ini mana ada masa untuk pendatang-pendatang Chola ini mencorakkan
masyarakat tempatan mengikut corak kebudayaan Tamil. Jikalau betul Raja Chola adalah Raja Suran yang menurunkan anak yang kemudiannya berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun, mengapa dia tidak meneruskan budaya bapaknya yang berbangsa Tamil itu. Sebaliknya melupakan terus bahasa dan cara hidup Tamil. Malah jika kita cari catatan Tamil di India mengenai perkahwinan Raja Chola dengan seorang puteri Melayu kita tidak akan jumpa, sebab ia memang tidak berlaku.
Naskah Kuno Tanjong Tanah yang bertulis tulisan rencong dan berbahasa Melayu
Malah cuba kita cari prasasti-prasasti yang
ditulis dalam tulisan atau bahasa Tamil di seluruh Semenanjung yang
menyatakan bahawa Raja Chola penakluk disini, setakat ini masih lagi tiada. Yang ada
hanyalah prasasti bertulisan Pallava dan Sanskrit, sedangkan Kerajaan Chola pada
zaman Rajendra Chola adalah pendokong bahasa dan penulisan Tamil. Malahan kalau benar bangsa
Tamil Chola yang mentamadunkan masyarakat Kedah mengapa tidak wujud
senibina kuil ala Chola di kawasan tersebut seperti di
India selatan sedangkan masa 20 tahun itu rasanya cukup untuk bina paling kurang satu atau dua kuil ala-ala Cholapuram yang gah itu. Kalau benar pun Raja Suran adalah Raja Chola yang menurunkan
Raja-raja Melayu mengapa tidak ada kesinambungan bahasa Tamil dalam
kesusasteraan Istana-istana Melayu kemudiannya, malah sisa-sisa tulisan Tamil
pun tiada dalam catatan Istana seperti Hikayat-Hikayat, manuskrip Melayu lama
serta prasasti. Apa yang ada adalah tulisan Kawi, Sanskrit, Pali, Pallava dan
kemudian Jawi. Kalau adapun bahasa Tamil adalah dalam bahasa rendah atau bahasa
pasar contohnya perkataan Kedai yang berasal dari kata Kaddai. Dikatakan juga
budaya bersanding dan berinai adalah budaya Tamil, namun pada saya banyak lagi
masyarakat bangsa lain di dunia selain Tamil yang mengamalkan adat yang sama
contohnya budaya Arab dan Parsi juga ada amalan memakai inai dan bersanding.
Persandingan masyarakat Parsi
Jika
kita lihat pada kerajaan Chalukyas pula yakni musuh kerajaan Chola, kerajaan
ini lansung bukan berbangsa Tamil tetapi menggunakan bahasa dan tulisan
Kanannda dan pada peringkat akhir, kerajaan ini pula mengutamakan dan
menggunakan bahasa Telugu yang berbeza dari bahasa Tamil. Kalau prasasti
berbahasa Tamilpun susah untuk kita jumpa di sini apatah lagi yang berbahasa
Telugu dan Kanannda. Inilah realiti yang perlu diterima oleh masyarakat India
di Negara ini. Mereka sering menggembar-gemburkan bahawa penaklukan Chola
terhadap Kedah dan kota-kota dibawah Srivijaya sebagai sebuah penaklukan yang
maha agung dan mentamadunkan masyarakat Melayu mengikut tamadun India Tamil,
padahal ianya cuma satu cubaan untuk menjajah yang tidak berjaya atau failed. Ini belum lagi jika kita mengambil
kira akan hipotesis yang menyatakan bahawa sebenarnya Chola pernah takluk
dibawah kekuasaan Srivijaya. Tapi itu crita haa.. belakang punya crita…nanti
lain punya hari… saya kasi crita sama kamu haa tambi…bergurau saje…JJ
Seperti
yang tertulis dalam buku-buku teks hari ini, Rajendra Chola telah menyerang Srivijaya pada
tahun 1025 M. Ada pihak yang mengatakan bahawa Srivijaya tidak bangun lagi
setelah serangan ini kerana dasyatnya serangan yang dibuat oleh Rajendra Chola,
kononnya. Namun catatan daripada Hikayat-hikayat lama Sri Lanka memberikan
fakta yang berbeza berbanding dengan fakta yang diauta oleh sejarawan-sejarawan
Tamil. Setelah diserang, orang-orang Melayu tidak tinggal diam dan telah mengumpul kekuatan untuk
bangkit semula dibawah pimpinan seorang putera Srivijaya yang ketika itu
berpusat di sekitar segenting Kra yakni Samara Vijayatungga adik kepada
Sangrama Vijayatungga ing Kataha yang ditawan oleh Rajendra Chola sebelum itu di Kedah.
Mereka berdua ini pula adalah anak kepada Maharaja Srivijaya yakni Sri Mara Vijayottungga
atau dalam catatan China disebut Se-li-ma-la-pi.
Ibu mereka berdua adalah seorang Puteri dari anak Raja Sri Lanka yang bernama
Mahendra.
Peristiwa
pemberontakan besar-besaran oleh orang Melayu ini memuncak pada tahun 1044 M
apabila Rajendra Chola sendiri datang melawat Srivijaya. Semasa lawatan inilah
beliau dibunuh oleh seorang Putera Srivijaya bernama Purandara atas arahan
Samara Vijayatungga. Jika kita baca didalam Wikipedia atau buku-buku sejarah
tidak ditulis apakah punca sebenar kematian Rajendra Chola malah sukar untuk
dijumpai catatan mengenai kematiannya. Kalau adapun ditulis dia mati kerana
sakit semulajadi atau sakit tua atau mati di medan perang. Setelah pembunuhan
tersebut Samara Vijayatungga melancarkan penghapusan besar-besaran saki baki
orang Chola dan penyokong Chola yang terdapat di Srivijaya. Setelah berjaya
menghalau Chola maka baginda naik takhta Srivijaya kira-kira pada tahun 1045.
Segala
saki baki orang-orang Chola di jajahan-jajahan lain turut dihalau dan dibunuh
dan Samara Vijayatungga berusaha mendapatkan kembali kesemua jajahan Srivijaya.
Setelah selesai tugasnya di sini baginda telah berlayar ke Sri Lanka bagi
menghapuskan orang-orang Chola di tanah Ibunya pula. Dengan para tentera Melayu
serta tentera orang Ceylon yang diketuai bersama oleh seorang Raja Sri Lanka
bernama Kasyapa baginda telah menyerang dan menawan kembali bandar Anuradhapura
yang pada ketika itu menjadi pusat pentadbiran Chola di Sri Lanka. Kasyapa
kemudiannya telah dinobatkan menjadi Raja bagi orang-orang Ceylon dan kemudian
beliau mati dan digantikan oleh adiknya Sena. Bersama dengan anak Sena yang
bernama Mahendra, Samara Vijayatungga telah membina semula rumah-rumah berhala
termasuk yang bernama RuvanValisaya yang telah dimusnahkan oleh tentera-tentera
Chola dahulu. Baginda tinggal di Ceylon untuk beberapa lama dan setelah
Anuradhapura pulih barulah baginda pulang semula ke Srivijaya.
Tujuan
mengapa Samara begitu mengambil berat akan Ceylon atau Sri Lanka adalah kerana
pulau tersebut adalah barisan terhadapan pertahanan Srivijaya dan mahu
melepaskan tanah ibunya dari cengkaman Chola. Setelah pulang ke Srivijaya
baginda kemudiannya mengetuai satu lagi serangan ke pulau Jawa bagi
menyingkirkan saki baki orang Chola di Pulau tersebut. Kemudian beliau telah
melantik Purandara yang juga merupakan seorang Putera keturunan Srivijaya untuk
memerintah di Pulau Jawa. Setelah pulang ke Srivijaya sekali lagi beliau
menyusun angkatan perangnya untuk berlayar ke Sri Lanka. Kali ini Baginda ingin
menolong seorang raja bernama Sundra Pandya bagi merebut kembali kerajaan
Madhura di India selatan dari penjajahan tentera Chola. Ekspedisi ini diketuai
oleh Mahendra putera raja Ceylon dengan bantuan ketenteraan dari Samara
Vijayatungga dan akhirnya berjaya. Sundra Pandya mendapat kembali ibu kotanya
Madhura. Dengan kejayaan ini maka Perikatan tiga serangkai diantara Srivijaya,
Ceylon dan Pandya telah ditubuhkan atas inisiatif Samara Vijayatungga dengan
tujuan menguatkan barisan menentang serangan dari kerajaan Chola.
Perikatan
politik ini seperti lazimnya pada zaman tersebut diperkuatkan dengan hubungan
perkahwinan diantara keluarga diraja negeri-negeri berkenaan. Putera Raja
Pandya berkahwin dengan Puteri Raja Ceylon manakala Mahendra Putera Raja Ceylon
mengahwini puteri Samara Vijayatungga. Kekuatan perikatan ini kemudiannya
terbukti apabila ia dapat menangkis serangan-serangan tentera Chola dibawah
Raja Virarajendra yang kemudiannya cuba melanggar Sri Lanka dan Srivijaya lagi.
Puing-puing Anuradhapura
Kisah
ini tidak berakhir disini para pembaca sekalian. Dalam artikel bahagian kedua
saya akan memaparkan kajian yang dibuat oleh ahli arkeologi dan sejarawan Sri
Lanka sendiri mengenai keterlibatan kerajaan Srivijaya serta Bangsa Melayu
dalam politik istana Sri Lanka. Kita juga akan menelusuri salasilah raja-raja Sri
Lankan untuk melihat dengan lebih jelas akan keberadaan darah Melayu Srivijaya
didalamnya. Dari situ kita akan tahu samaada Samara Vijayatungga ini
benar-benar wujud atau hanya mitos semata-mata. Daripada penulisan ini juga
kita dapat lihat betapa hebatnya pengaruh Srivijaya yang melangkaui sempadan
antarabangsa. Adakah ini menunjukkan bahawa Tamadun Melayu itu tamadun picisan
dan tamadun bangsa pemalas serta tidak berkembang? Jika bangsa Ceylon berasa
sangat bangga dan takjub dengan Bangsa Melayu, hinggakan mereka mengakui sebahagian
daripada raja-raja mereka berketurunan Melayu, mengapa anak Malayu sendiri
mencemuh dan memperlekeh bangsa ini? Sekian wallah hu a’lam.
Haha, bagus. Tambah sekali siapakah sebenarnya Raja Suran dalam Sulalatus Salatin, dari dinasti dan kerajaan mana sebenarnya.
BalasPadamyang tu kene tanya cik sri....yg saya nk bincang pasal r
Padamaja2 sri lanka lepasni...chola tu sampingan je...:)
Menarik.Tak pernah baca sumber ni.Memang Hj Abdul Halim Bashah(pengkaji sejarah Kelantan dan anak murid Ustaz Nakula) ada tulis yang Rajendra Chola mati dibunuh pada tahun 1044 Masihi
BalasPadamsalam Al-Semantani, good job! Article yg sgt bagus. Dulu masa sy kecik2 sy pernah tgk majalah 3 pasal org2 melayu kt sri lanka.. so skrg sy dah ada jawapan yg paling logic kenapa bangsa kita 'bertaburan' kat sana
BalasPadamSaya setuju dengan semua fakta dinyatakan. Cuma agak keliru sdikit bila lihat demografi negara Sri Lanka. Kita tahu, majoriti masyarakat Tamil tinggal di bahagian selatan Asia Selatan, bahasa mereka termasuk dalam rumpun dravida, beza dengan penduduk di bahagian utara yang berbahasa Indo-Aryan. Bagaimanapun hal ini tak terjadi di Sri Lanka. Mengikut logik, seharusnya bangsa utama di Sri Lanka ialah masyarakat berbahasa Dravida (kalaupun tidak Tamil) kerana negara ini terletak di wilayah selatan, dikelilingi penutur bahasa2 dravida, tapi hakikatnya majoriti penduduk Sri Lanka berbangsa Sinhala, menuturkan bahasa Indo-Aryan, yang secara geografi merupakan penutur asli bahagian utara. seperti suatu yang aneh di sini, kalau hujah ini benar, siapa sebenarnya pribumi asli Sri Lanka, apakah bangsa Sinhala ini sebenarnya pendatang dari utara?
BalasPadamAda org kata bangsa Sinhala ini orang utara di India dan masuk ke sri lanka . Sejarah orang Tamil di Sri lanka lagi lama berbanding orang sinhala.
PadamOrang Sri Lanka (Sinhala) asalnya dari Bengal.
Padamadake link sumber catatan ni,atau hanya opini peribadi sahaja?
BalasPadamtambah lagila bruslee,rajini kanth,amithabachan,mahathma gandhi,hang tuah,ananda krishnan obamatun sambanthan lee kuanyew dan extra extra. tipu pun agak agak la.. hahahahaha.
BalasPadamraja chola tu penjajah mcm juga portugis, belanda dan inggeris. menjajah pun cuma 20thn sebelum dikalahkan srivijaya. lepas tu mana ada lagi org india kat tanah melayu. yg ada skrg ni keturunan pendatang yg bekerja di estet dan sebahagian kecil peniaga.
BalasPadamAhh sape ckp lepas tu raja cholan x de org india dekat sini kami ni pendatang tapi bukan pendatang baru kami dari awal lagi duduk di negara ini bukan mai dr indon😏cam korang
PadamPengesahan yang baik.orang Sri Lanka punya warna kulit yang hampir orang melayu. Nampak warisan melayu berkait rapat dgn orang melayu.tahniah keatas Al semantani.
BalasPadamAda satu soalan yang saya musykilkan, apa sebenarnya yang menjadi trigger kepada Rajendra 1 menyerang Sriwijaya? Jika diteliti ayahnya Si Raja-Raja Chola dan raja2 Chola yg terdahulu mempunyai perhubungan yang baik dengan Sriwijaya, wujud perjanjian perdagangan dan termeterai perjanjian damai di antara kedua belah pihak. Kita sedia maklum orang zaman dahulu sangat percaya tulah dan kutukan, bila membuat perjanjian sumpah setia ni takkan saja-saja nak mengkhianati atau memutuskan perjanjian itu yang dibuat di hadapan ‘dewa-dewa suci’ sembahan mereka kecuali disebabkan oleh suatu sebab yang munasabah. Sumber dari India menyatakan Rajendra I ini sebagai seorang yang alim dan salih (kita cuba neutral sebentar di sini), jadi ikut logiknya seorang yang alim/salih takkan dengan sengaja mahu memutuskan perjanjian yang dibuat dengan alasan yang sangat tak berapa konkrit. Apa agaknya sebab yang sebenarnya? Macam marah betul dengan Sriwijaya sampai habis dilumpuhkan satu kedatuan...
BalasPadamEngkau tulis chola tak kesan Kat orang melayu tapi google semua hingga history of Malaysia pun tulis chola menjadi inspirasi org melayu.. Agak agak la nak tulis pun... Orang baca sejarah dengan Minda yang terbuka faham LA.. Kalau baca dengan dengki mesti la dipitarbelitkan... Hahaha
BalasPadambritish pun ade influence terhadap negara ni.. byk perkataan english yg diserap in bahasa melayu... u yg minda x terbuka...
PadamBodoh jangan tukar sejarah...
BalasPadamTak tahu pasal sejarah jangan sengaja tukar bodoh