Salam semua. Oleh
kerana sekarang banyak pihak yang sedang hangat memperkatakan mengenai
peristiwa kemusnahan salah satu Candi Melayu Purba di Kedah maka saya tergerak
hati untuk menulis sedikit ulasan yang ada kaitan tentangnya. Mengenai Candi tersebut serta
candi-candi lain yang terdapat di Lembah Bujang terdapat sesetengah pihak yang
mempunyai kepentingan telah cuba untuk mengubah fakta sejarah. Saya tidak perlu
menyebut pihak mana tetapi saya pasti para pembaca semua sudah sedia
maklum akan hal tersebut. Apa yang pelik adalah mengenai klaim mereka yang mengatakan
bahawa candi-candi tersebut adalah dibina orang-orang Tamil pada zaman serangan
Chola. Bagi saya ini adalah satu kisah rekaan yang tidak benar. Mereka seolah-olah tiada
isu lain yang mahu dimainkan dan setiap kali sesuatu perkara yang berkaitan
dengan sejarah dan budaya Hindu di negara ini disentuh , pasti nama Raja Chola
akan digunakan. Padahal ahli sejarah menyatakan bahawa serangan Raja Chola
bukanlah berbentuk penjajahan tetapi lebih kepada penjarahan harta benda dan
kekayaan kerajaan-kerajaan dibawah federasi Empayar Srivijaya. Malahan ada
sejarawan yang percaya penyerangan tersebut tidak pernah berlaku dan hanyalah
propaganda kerajaan Chola untuk menaikkan prestij mereka. Hal ini disahkan
dengan catatan dari pengembara china sendiri.
Seperti yang
disebut oleh Cik Srikandi sebenarnya pelan layout candi tertentu di Lembah
Bujang itu adalah berbeza dengan candi atau kuil yang terdapat di Tamil Nadu, Orissa
atau Kerala. Bahan yang digunakan untuk pembinaannya juga tidak sama . Kebanyakan
kuil-kuil di India selatan tidak diperbuat daripada batu-bata bakar sebaliknya
ia dibina dari potongan-potongan batuan gunung seperti batu kapur, laterit dan
granit. Saya pernah menonton satu dokumentari beberapa tahun dahulu mengenai
pembinaan kota Cholapuram pada masa kegemilangan kerajaan Chola. Teknologi pembinaan
yang ditunjukkan memang menkjubkan terutama dalam memasang puncak kuil yang
terpahat dari batu solid, tetapi melalui
dokumentari itu juga kita dapat lihat dengan jelas senibina kuil masyarakat
Chola dengan candi-candi yang terdapat di lembah bujang adalah amat berbeza. Semua binaan di Lembah Bujang dibina oleh
rakyat tempatan dengan unsur-unsur senibina tempatan. Malah tidak dijumpai
sebarang inskripsi Tamil di candi berkenaan yang mengesahkan bahawa ia Candi
Chola. Malahan catatan Arab serta China tidak pernah menyatakan bahawa penduduk
Kedah tua sama seperti penduduk Chola atau diperintah orang Chola.
Jika kita
meneliti Hikayat Merong Mahawangsa, maka kita akan mendapat clue siapa
sebenarnya yang pernah singgah di pelabuhan Lembah Bujang dan siapakah yang pembina
Candi-candi tersebut. Keunikan candi Lembah Bujang sebenarnya adalah
rekabentuknya yang hampir sama dengan rekabentuk atau layout kuil-kuil
masyarakat Greek atau Yunani kuno. Diceritakan dalam Hikayat Merong Mahawangsas
bahawa terdapat satu pasukan laut tentera Rom belayar ke China, lalu terkandas
di Kedah. Dalam hikayat ini juga ada menyatakan tentang watak "Garuda"
yang berhubung dengan Nabi Sulaiman A.S. Jika kita cuba untuk aplikasikan Rom
dalam hikayat ini sama seperti Rom dalam sejarah moden maka kisah ini mungkin
akan jadi kisah dongeng. Lagi pening jika kita cuba memasukkan Nabi Sulaiman
dalam kisah ini kerana zaman kedua-duanya adalah berbeza jauh sekali.
Kuil Hindu zaman Chola
Jadi siapakah senenarnya orang Rom yang
dimaksudkan oleh penulis hikayat ini? Dipercayai yang dimaksudkan sebagai orang
Rom disini sebenarnya adalah orang-orang Yunani atau Greek. Hal ini kerana
kawasan wilayah penempatan mereka malah asas tamadun dan kebudayaan mereka hampir
sama dengan Rom. Malahan tamadun Rom lah yang telah menawan dan menenggelamkan
tamadun Yunani. Berkemungkinan semasa hikayat ini ditulis si penulis menulis
orang yunani sebagai orang Rom kerana pada zaman itu negeri-negeri yunani
telahpun ditawan Rom dan menjadi Roman citizen. Jika dilihat pada tarikh
kewujudan tamadun yunani juga ianya adalah bertepatan dengan anggaran tarikh
pemerintahan Nabi Sulaiman di Baitul maqdis.
Oleh sebab itu
terdapatnya beberapa candi di lembah bujang yang mempunyai layout seperti kuil
dewa-dewi yunani dan ini bukanlah suatu kebetulan. Banyak bukti-bukti yang dapat menyokong
hipotesis ini seperti yang telah saya sebutkan tadi yakni orientasi candi itu
sendiri yang menghadap ke arah Timur sama seperti kuil Yunani. Kebanyakan kuil-kuil
Hindu pula sebenarnya menghadap ke arah Barat seperti yang banyak kita boleh
lihat di Jawa Barat. Jika kita lihat pada candi-candi di lembah bujang juga
kita akan dapati terdapat banyaknya lubang-lubang bekas tempat tiang yang telah
tiada. Tiang –tiang ini dibina di sekeliling halaman dewan hadapan candi-candi
tersebut sama seperti pembinaan tiang-tiang pada kuil yunani purba.
Kewujudan
catatan daripada Claudius Ptolemius seorang Greek tentang keberadaan sebuah
semenanjung yang diberi nama Semenanjung Emas juga memberikan kita satu
petunjuk bahawa berkemungkinan maklumat mengenainya diperolehi turun temurun
daripada nenek moyangnya yang pernah terkandas di kaki Gunung Jerai suatu
ketika dahulu. Namun demikian memang kita tidak boleh nafikan pernah wujud
hubungan dagangan antara dunia Melayu dengan benua India. Tetapi kedatangan
orang-orang India ke Kedah tua adalah beratus-ratus tahun selepas peristiwa
kedatangan orang Greek. Kita boleh membuat hipotesis bahawa atas sebab-sebab tertentu,
kawasan kaki gunung jerai ini ditinggalkan oleh orang-orang Yunani yang membina
kuil-kuil tersebut. Samaada balik ke Greece atau berkahwin dengan orang
tempatan dan berpindah ke negeri lain wallah hu’alam. Lebih kurang 500 tahun
kemudian datang orang-orang dari India, dan mereka membaik pulih kuil-kuil
yunani tersebut lalu mengubah suainya menjadi kuil Hindu Siva lingga. berkemungkinan juga yang mengubah suai kuil-kuil ini bukan orang dari India tetapi masyarakat tempatan sendiri semasa datangnya pengaruh agama Hindu dan Buddha. perkara me-recycle rumah-rumah ibadat ini memang senantiasa berlaku dalam sejarah masyarakat di seluruh dunia. Lihat sahaja di Turki dimana banyak gereja zaman Bayzantine diubah menjadi Masjid tanpa merosakkan binaan asasnya. lihat juga masjid-masjid di Al Andalus Sepanyol yang diubah menjadi Gereja. Di India juga berlaku perkara yang sama pada zaman pemerintahan Moghul. Hal ini
dapat dibuktikan kerana struktur asas kebanyakan candi di Lembah Bujang adalah
lebih besar dan lebar berbanding struktur diatas yang dibina kemudian. Jika kita dapat menemui bukti-bukti yang lebih kukuh seperti artifak-artifak zaman Yunani kuno di tapak lembah bujang , maka hipotesis ini akan menjadi semakin kukuh. Dengan demikian kita akan dapat mengesahkan peristiwa yang dikisahkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan dapat menangkis tuduhan sesetengah pihak bahawa tidak wujudnya bangsa dan tamadun Melayu sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sekian wallah hu a'lam.
Kredit kepada:
·
Mo Razzi Untold History
·
Cik Srikandi
·
Kaum Tamil Chola…J
Terima kasih atas usaha menyiarkan artikel di atas...
BalasPadamSaya tak pasti dah berapa lama hipotesis ini dikemukakan...
Cuma tertanya-tanya...
Apakah tiada di kalangan arkeologis tempatan yang membuat kajian bagi membuktikan kebenaran hipotesis tersebut?
buat buku please . together with cik sri kita.
BalasPadamTeruskan usaha yang baik harus dipuji tambahan pula jika ada elemen sebenar iaitu mentauhidkan Allah swt pada zaman tersebut seperti agama islam yang disebarkan oleh nabi sulaiman atau atau nabi ibrahim dan segala nabi-nabi keturunannya yang berkait dengan tokoh-tokoh dalam peristiwa hikayat merong mahawangsa.
BalasPadammana dia bebudak tua yg mengajar bebudak u nih???
BalasPadamgaji sebulan belasan - puluhan ribu..
langsung tak berbunyi...aduih parah.
Bagus. Teruskan usaha untuk mendidik masyarakat melayu mengenai sejarah mereka sendiri.
BalasPadamterima kasih untuk info ini.... minta maaf nak bertanya... betulkah candi2 di lembah bujang ade yang dah dimusnah kan??? kalau betul sangatlah rugi... saya berasa sangat sedih dgn berita tersebut....
BalasPadamade pemaju perumahan kambus tanah ke tapak candi no. 11 kalau tak salah aku...nasib baik berita ni tersebar setelah dato v. nadarajan hebahkan di malaymail...dia dah buat laporan polis tpi sebulan berlalu tanpa tindakan..bila dah surat khabar berbahasa inggeris kecoh dan yahoo news pun pick up berita ni..barulah semua gabra..ade pulak yg nak sgt candi ni di robohkan atas sebab agama dan politik..bodohlah...
Padamsurat khabar melayu pulak buat bodoh je...aku kecewa betul dgn sikap org melayu melayan warisan mereka...mereka kebanyakannya ada masalh kecelaruan identiti..
tulah org suruh belajar sejarah tak nak..ni warisan melayu..kenapa nak takut mengaku pulak..jgn ingat yg berunsur ke araban saja melayu..iu salah
Ehmmm tak sangka tuan al-semantani pn refer pada mo razzi...
BalasPadamkalau korang nk info detail skit nah tgk link nie...
http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.sg/2013/09/untold-history-lost-greeks-civilization.html
Candi yg diroboh tu dah ada pentarikhan antara kurun 8 ke 14 M; sgt muda berbanding zaman Nabi Sulaiman a.s. sekitar 900SM. Banyak candi adalah kuburan Maharaja2 Kedah yg belum Islam. British cari & korek dulu sbb nak curi emas yg ditanam bersama abu raja2 tersebut. Sbb itu mereka tumpu pd candi saja & tak indahkan jeti2 (ini diekskavasi oleh USM).
BalasPadamKemudian mereka tanam getah (Harvard estet dll) di sekitar kawasan2 candi dan mengambil org India dari India Selatan utk bekerja di ladang2 tersebut. Ini adalah untuk mengaburi orang Melayu dari mempercayai bahawa candi2 itu adalah candi Melayu.
ape...?!! candi runtuh..??!! ini sume salah amno....
BalasPadamkih kih kih...
Padambukan macam tu bro...
candi yang runtuh tu dulu-dulu pun "amno" jumpa dah runtuh...
pastu "amno" yang bagi bina semula candi tu...
pastu "amno" yang lain pulak bagi runtuh...
pastu "amno" yang lain pulak bagi bina semula...
akan datang nanti adalah "amno" yang lain pulak bagi runtuh...
dan kitaran ini akan berterusan selagi tiada ketetapan tak boleh bagi runtuh candi walaupun yang asalnya dah runtuh...
Wallaahu a'lam bissawaab.
p/s: perkataan "amno" di atas tidak berkaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke rahmatullah.
Assalaamualaikum,
BalasPadamBerkenaan dengan isu artikel ini saya bersependapat dengan saudara...sepanjang pengetahuan saya yang pernah menetap dan berkelana di bumi Indi Yeah...banyak rupa bentuk kuil2 hindu yang dipertontonkan dihadapan mata saya. Saya bersetuju struktur arkitek kuil di lembah bujang tidak boleh disamakan dengan elemen keHINDUan di tanah selatan Indi Yeah (sekadar pendapat peribadi dari perbandingan kaca mata sendiri).
Cuma...sedikit info...Kedah (a.k.a KADARAM) sudah tercatat dalam sejarah bumi Indi Yeah sejak kurun ke 2 sebelum masihi...Tapi, saya lebih percaya...hubungan kedua-dua negara (kerajaan di India dengan Tanah semenanjung melayu) lebih terarah kepada hubungan perniagaan. BUKAN atas sebab penyebaran agama hindu. Teori saya...Tamil Nadu adalah tanah penempatan golongan "dalit" (suatu ketika dahulu) yang tidak menjalankan kerja-kerja penyebaran agama hindu. Kalau pun kalangan orang India yang datang pada awal kurun M ke tanah melayu dari tanah Kerala dan Orissa...pastinya struktur binaan di candi lembah bujang akan lebih kerkonsep/elemen keKRISTIANan (setidak-tidaknya benarlah pengaruh greek yang ketanah melayu dari goa ke selatan semenanjung india sebelum mereka merentasi lautan andaman masuk ke kedah)...dan bukannya hindu...bcoz, St Thomas (pengikut Nabi Allah Isa a.s) sudah melebarkan dan memperkukuhkan ajaran Tauhid nabi Isa di kedua-dua negeri di tanah India ini...ditambah lagi sejarah india ada rekod yang teknik pembinaan kuil2 hindu secara mega di kawasan selatan semenanjun Bharat hanya dimulakan sejak zaman dinasti Pallava selepas kurun ke 5M...Wallahua'lam
"SALAM HORMAT"
Wakakaka... Bagus bodohkan lagi umat kamu dgn menyembunyikan keberanaran. Klo iya pun mana bukti-bukti dari sejarah dunia/Wkipedia dan lain-lain web link untuk mengukuhkan fakta kamu???
BalasPadamCamana nak percaya sampah yg kamu blog ni brader?? Kamu tu bukannya sejarahwan Malaysia.
Bahlol betul ko ni. Ko guna Ayat Al-Taqqiya untuk menutup kebenaran, itu saya pasti.
meminta proof menggunakan Wiki link, internet stuff...jadi, kalau benda itu ada dalam internet, barulah dikatakan terbukti?????
Padammencabar pembuktian kebenaran sejarah berdasarkan link internet?
kamu ini sangat melucukan..
suatu rekaan yang ,melebehi cerita cerita karut
BalasPadamMaafkan mereka, mereka tidak tahu
PadamMereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
ni cerita ke apa? sejarah diputarbelitkan dari masa ke semasa demi kepentingan bloggers yang menulis artikel mcm ni. korang semua jgn dok percaya sgt benda2 mcm ni..
BalasPadamJangan ahli sihir seru nama maharaja
PadamNanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
salam, saya percaya. candi lembah bujang dibina mengikut tamadun grik. bukan tamadun hindu. jikalau diceritakan didalam hikayat merong
BalasPadamPengkaji telah membuat andaian terdapat pengaruh TamaduN Awal Indus dikawasan tapak sejarah Lembah Bujang di Kedah ,manakala sebahagian yang lain lebih cenderung kepada pengarauh Tamadun Hwang He. Apa pendapat dan ulasan anda?
BalasPadamDan kn ade tempat nama 'grik'di sini..clue ker?
BalasPadamDan kn ade tempat nama 'grik'di sini..clue ker?
BalasPadamwalaupun cerita cerita ni tak masuk akal janganlah bagi peluang untuk mereka yang cuba meroboh lagi.kita harus menjaga pe yang tertinggal sekarang.ti sejarah malaysia akan hancur semua pe lagi kita nak belajar dan ketahui.sebarang benda dan peristiwa dah lepas merupakan sejarah namun kena ada bukti barulah tu sejarah tapi hal ni sebalik sehingga candi 11 dah dirobohkan adui sakit hati betul
BalasPadam