Ahad, 23 Disember 2012

REALITI FILEM SEJARAH




 

Salam kepada para pembaca sekalian. Hari ini saya hendak menyampaikan satu lagi keluh kesah tentang nasib sejarah dan filem-filem berunsur sejarah di negara kita. Sudah-sudahlah dengan Putri Gunung Ledang dan Merong Mahawangsa yang lansung tidak boleh dipakai rujuk untuk pengajaran sejarah anak bangsa. Industri filem berbentuk sejarah di negara ini memang lansung tak boleh pakai. Saya malu dengan kehebatan industri film berunsur sejarah dari negara-negara jiran. Saban tahun ada sahaja filem berunsur sejarah yang dihasilkan mereka.


Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa Thailand sedang membikin filem sejarah tentang seorang tokoh yang agak hebat dalam sejarah Asia Tenggara iaitu Ratu Jamadewi. Mungkin ada daripada anda yang kenal dengan nama ini sekiranya anda peminat tegar artikel-artikel dari Mistisfile kerana Srikandi ada menyebut tentang Ratu ini. Namun kalau anda hendak tahu Ratu Jamadevi sebenarnya bukan orang Thai, tetapi beliau adalah orang Mon. Mengapa agaknya pembikin filem Thai mahu membuat filem tentang orang Mon ye? Nah inilah sebenarnya rahsia kejayaan Thai mencuri kebudayaan dan kesenian serta sejarah negara lain. Dengan cara ini orang yang tidak tahu lansung tentang sejarah Thai akan kata…oh hebat betul negara Thailand kerana melahirkan ramai tokoh-tokoh gemilang sepanjang zaman. Sebagai contoh dalam kes filem Queen of Langkasuka dahulu, mati-mati orang negara luar terutama barat ingat permaisuri-permaisuri yang memerintah Pattani atau Langkasuka dalam filem tersebut adalah berbangsa Thai dan bukan Melayu. Tak ke parah tu para pembaca sekalian!

 
Nah! Kali ini Ratu lagenda Mon pula dikebas mereka sebab apa ? sebab kerajaan Haripunjaya yang diasaskan oleh ratu tersebut sekarang kawasannya berada di bawah wilayah Thailand. Saya bukannya apa, sebenarnya saya iri hati dengan kesungguhan mereka menghasilkan filem-filem berunsur sejarah tidak kisah lah mereka curi sejarah orang atau tidak asalkan mereka ada inisiatif. Penghasilan filem-filem berunsur sejarah dan patriotik sememangnya amat digemari oleh rakyat Thailand sebagai contohnya siri Filem King Naresuan yang mendapat kutipan berjuta-juta dalam masa beberapa minggu sahaja. Kebanyakan rakyat Thailad bersetuju bahawa filem-filem tersebut membangkitkan semangat cintakan bangsa dan negara mereka serta meningkatkan lagi kesetiaan rakyat Thailand terhadap pemerintah monarki mereka. Sepatutnya negara kita mencontohi apa yang dibuat mereka tersebut supaya tiada lagi kes rakyat menghina Sultan dan mencemuh sejarah negara serta lain-lain.


Manakala di negara tetangga bersaudara kita diseberang pula saya dapat maklumat akan ditayangkan filem tentang Srivijaya! Wah ini suatu yang saya tunggu-tunggu selama ini. Jika Malaysia tak buat Indonesia sendiri dah buat pun saya tak kisah asalkan kita dapat keluar dari kepompong filem-filem sejarah Majapahit, Singasari dan Demak seperti Tutur Tinular yang dah beratus-ratus episod serta kisah-kisah Wali Songo yang dah berpuluh-puluh versi ditayangkan di pawagam Indonesia. Namun burung terbang dipipiskan lada, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Harapan saya hacus! apabila saya membaca satu artikel keluaran akhbar Indonesia yang mengkritik pembikinan filem tersebut. Mengapa dikritiknya?

 
Sebenarnya yang mengkritik itu bukan sembarangan orang tetapi para sejarawan dan ahli-ahli arkeologi Indonesia yang pakar tentang kerajaan Srivijaya. Mengapa mereka kritik? Kerana filem itu lansung tidak mengikut peristiwa sejarah yang sebenar malahan tajuknya yakni Gending Sriwijaya sudah menggambarkan kekeliruan pembikin filem tentang sejarah kerajaan kuno tersebut menurut para pengkaji yang tidak berpuas hati itu. Mereka mendesak agar pihak produksi berbincang dahulu dengan mereka supaya plot dan jalan ceritanya tidak lari jauh dari peristiwa sejarah sebenar. Malahan menurut mereka lagi kostum yang dipakai para pelakon juga adalah tidak kena sama sekali dengan zaman Srivijaya. Filem ini seolah-olah mahu memperlekehkan orang Melayu. Ini berbeza sangat dengan sikap mereka apabila membikin filem berlatarbelakangkan Zaman Majapahit atau kerajaan-kerajaan Jawa yang lain.
 
AIK!! ZAMAN SRIVIJAYA DAH ADA PISTOL KE?


Apa yang lebih menyedihkan adalah filem ini diiklankan sebagai sebuah filem berbentuk dokumentari. Hal ini amatlah merunsingkan bagi para peneliti sejarah Indonesia kerana bagi masyarakat yang tidak mengerti tentang sejarah Srivijaya sudah pasti mereka akan terpengaruh dengan apa yang dipaparkan dalam filem tersebut! Jika filem tersebut hanya untuk hiburan dan tidak dikatakan sebagai sebuah filem berbentuk dokumentasi maka itu tidak apa. Tetapi apabila ia menjadi bentuk dokumentari maka adalah menjadi kewajipan pembikin filem tersebut untuk membuat research atau kajian mendalam tentang filem yang akan dibuatnya supaya tidak menjadi satu kekilafan fakta dalam masyarakat terutama orang muda dan rakyat yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.


Walau apa-apa pun saya tetap rasa gembira dan teruja untuk menonton filem tersebut kerana daripada tidak ada apa-apa lebih baik ada walau sakit hati mungkin pabila menontonnya nanti. Gamaknya bilalah Malaysia akan hasilkan Filem tentang kerajaan Kedah tua ke, Chihtu ke, atau Sriwijaya versi Malaysia mungkin…J agaknya kena tuggu saya kumpul duit sampai 100 juta dulu kot baru saya akan terbitkan filem sejarah saya sendiri…J Itu sahaja keluh kesah dari pendita. Selamat malam bagi yang baca malam dan selamat pagi bagi yang baca pagi. Sekian wallah hu a’lam

 

41 ulasan:

  1. Assalamualaikum rodonc,

    Filem sejarah malaysia tersekat otaknya setakat zaman jepun dan orang putih je..bak kata Ustaz Azhor Idrus "Dok ghok ccetong" kuikui

    Koi rasa golongan yang celik sejarah boleh mengambil inisiatif menulis skrip dan boleh mencuba dengan produser luar ataupun menjalankan kutipan derma. Koi rasa bila skrip dah ada senang kita nak terbitkan, nak harapkan puak2 komersil buat cerita hantu duduk atas pokok boleh la hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. bagus abg semantani, dah lamo den terpikir bondo yg samo.. den kalau kayo n jadi produser teringin nak buat ceghito Malaka: The Fallen.. nak tunjuk kat anak2 dan cucu cemano kerajaan melako jatuh.. adakah akibat tombak yg xsetaraf dgn pistol? haha

    BalasPadam
  3. kak nak buat citer ape kak

    BalasPadam
  4. Lotah dah den dongar hal malako, kedah tuo la pulak..
    kerajaan tertuo di asia tenggaro.

    BalasPadam
  5. kedah tua kn merong mahawangsa dah kuar... melaka PGL nya..
    chih tu-chermin/puteri saadong-che siti je belum. langkasuka 'org laen' dah kuar dulu..

    BalasPadam
  6. nak kena jumpa Tuan Al-Semantani nak bincang citer apa yg sesuai. Blh tuan?

    BalasPadam
  7. kalau buat ttng zaman kegemilangan melaka bagus juga...boleh kita tengok cerita sejarah dari perspektif berbeza sikit. kita hightlight kan kepimpinan Tun perak pula sebab hang tuah dah banyak dah filem ttg dia. lagi bagus sebab figure tun perak ini lebih realiti dari hang tuah sebab dia pernah menjadi bendahara untuk 3 sultan dan bnyk jasanya pada melaka.

    kalau nk jumpe susahlah kak sebb saya masih nk kekalkan unknown identiti ni.ada sebb peribadi mengapa saya tak mahu keluar. kalau nk bincang dlm email ke facebook boleh lah. akak cakap je nk maklumat ttng apa insyaallah saya akan cuba carikan untuk menjayakan rancangan ini.moga betul-betul ni.

    BalasPadam
  8. saya bercadang kita tonjolkan sebanyak mungkin aspek kebudayaan dan ketamadunan melayu dlm filem akak. kita ambil contoh mcm filem-filem sejarah yg di garap orang korea mcm Dae janggum atau Hur jun.disebabkan dua filem sejarah ini seluruh dunia tertarik dengan budaya dan tamadun korea. takke hebat tu! sekarang org barat berkejar-kejar nk belajar sejarah, budaya dan bahasa korea. amacam kak.

    1.kita tonjolkan aspek busana melayu

    2.senjata tradisional dan senjata api melayu

    3. senibina rumah2 dan istana tradisional melayu.

    4. masakan dan makanan tradisi melayu

    5. adat istiadat melayu

    6. musik dan kesenian melayu

    7. ilmu pertahanan diri melayu.

    8. supremasi melayu dlm perdagangan dan ilmu kelautan, cth kapal besar mendam berahi milik sultan.

    9. ilmu perubatan tradisional melayu, mcm tabib, dukun dan bidan yg tidak guna unsur mistik.

    dan yg terakhir taktik dan strategi perang org melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waw!cool!

      Yang penting jangan Low class punya filem..Buat betul2 dan teliti..Saya tengok filem sejarah thailand dan korea sangat teliti dan detail.

      hope macam tu lah...

      Padam
    2. Saya cadangkan kita import Peter Jackson jadi producer, memang gempak dia bagi detail setiap benda sampai kan pemegang cawan pun dia teliti. Lepas tu kita guna utk set ke2 dan ke3 mcm Lord of The Ring. Set semua dah ade so running je! janji skrip, naratif cerita, soundtrack, aksi dan cinematografi bg kaw-kaw! siapkan franchise goodies mcm2 insyallah modal balik siap dgn untung berlipat ganda. Bila lagi...

      Padam
  9. Kalau nak buat filem... saya cadangkan jangan terlalu jujur sangat. Exagerate sikit tapi ke arah yang positif. Kita berfantasi sikit. Lagipun ini bukan dokumentari. Contoh, scene di pelabuhan Canton/Zaitun. Kelihatan sebuah bahtera China yang besar sedang berlabuh. Tiba2 lalu sebuah bahtera yang lebih besar dan gah. Bahtera itu bahtera Kerajaan Melayu Melaka, misalnya. Atau tunjukkan apa2 jua elemen yang hari ini kita dikatakan meniru bangsa itu ini tapi sebenarnya bukan. Mrk yg tiru kita. Kalau filem genre lain kita amat kreatif mereka-reka, mengapa tidak filem berunsur sejarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha balik2 bangsa cina yg kena pijak.... memang prejudis kurang ajar betul. patutlah bangsa melayu ini gara-gara mundur.

      Padam
  10. Alhamdulillah dapat respon dari Tuan Al Semantani.

    Meremang bulu roma saya baca respon tersebut. Iya. Memang target saya filem sejarah pertama yang saya nak buat adalah kisah tokoh hebat Melayu ini - Tun Perak.

    Dan saya semakin seronok melihat senarai yang ditulis Tuan Al Semantani. Memang itulah antara senarai subjek yang mahu saya ketengahkan dalam filem sejarah tersebut.

    Saya doa supaya Allah swt makbulkan cita-cita saya jika itu yang terbaik untuk saya kerjakan. Dan sekiranya nanti saya mula projek filem sejarah ini saya akan hubungi Tuan Al Semantani untuk perbincangan. Harap pada waktu tersebut Tuan Al Semantani tidak perlu lagi menyorokkan identiti beliau. Hehe.

    Semoga mendapat keizinanNYA kalau itu yang sebaiknya. Terimakasih Tuan Al Semantani.

    BalasPadam
  11. insayaallah jika segala perancangan yg hendak akak laksanakan tercapai, saya akan cuba membantu yang sebaik mungkin.semoga allah memakbulkannya amin.

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. salam kak nita, saya baru dapat tahu bahwa dah ada produksi yg nak membikin filem tentang tun perak. kalau tak silap saya ia milik Datin Nora Shamsudin. dengarnye skrip dan barisan pelakon dah ada. adakah akak nk teruskan juga dengan filem tun perak atau nk cuba tokoh sejarah yang lain pula?

      kalau la filen tun perak yg mereka bukin nanti tu agak kurang memuaskan dari segi jalan cerita, latar dan fakta mungkin akak boleh buat yang lebih baik...amacam. apa resolusi akak. saya dengar juga yang pihak kerajaan melaka sanggup beri tapak yg luas untuk bina prop perkampungan tun perak dan istana lengkap dengan rumah-rumah tradisional. Shah rukh khan juga mungkin akan berlakon jadi keling...hmmm jika tak jadi tun perak tajuk apa yg sesuai ye...tun sri lanang, tengku kudin,laksamana hang nadim atau mungkin tun fatimah. sekurang-kurangnya dapat juga kita tonjolkan 10 aspek yg saya senaraikan sebelum ni. tak lari jauh sangat.

      Padam
    2. Saya cadangkan file Perang 3 Segi - Johor, Acheh dan Portugis di Melaka. Gempak habis tu! Nak bagi pengajaran supaya orang Melayu jgn berpecah belah.

      Padam
  13. Amiiiin.. caya la kak nita

    BalasPadam
  14. Apa-apa filem berunsur sejarah Melayu di Malaysia TAK AKAN JALAN! Ini kerana kita pula yang perlu meminta izin daripada cauvinis cina keturunan pendatang untuk memaparkan sejarah sebenar kita.

    Pemimpin kita pula jenis yang takut dengan cina. Tengoklah nasib filem Tanda Putera; sampai sekarang sangkut tak tau bila nak tayang. Itu baru aje filem berunsur sejarah berlatar belakang tahun 60an. Belum lagi filem yang pergi jauh sebelum itu. Kalau jenis filem berunsur sejarah yang diseleweng, tiada siapa yang akan mementang!

    Sebarang filem sejarah Melayu yang menunjukkan Melayu adalah memang berasal dari nusantara dan Tanah Melayu adalah milik Melayu sudah pasti akan ditentang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam encik wayau

      Den pun sependapat dengan encik. Kalau dah segala perbuatan menghadap redho "undi" susahlah. Kerajaan cara kerajaannya, pembangkang cara pembangkangnya. Penakut di bumi sendiri.

      Kitalah marhaen Melayu yang patut terus teguh menegakkan agama, nusa dan bangsa.

      Padam
    2. wayau saya ada satu cadangan... buat filem tentang sejarah bapa najib gulingkan tunku abdul rahman dengan insiden 13 mei hehehe, ataupun buat filem tentang altantuya kena bunuh dan bom ngan geng2 najib hihihi amacam, macai melayu hutan bodoh?

      Padam
  15. salam tuan admin

    pada pandangan ambo, kita kena pecahkan kepompong masyarakat yang selama ini disogokkan dengan sejarah Melaysia bermula hanya bermula dengan penubuhan UMNO. Bagi yang sayangkan bangsa Melayu, spatutnya sejarah Bangsa yang melangkaui batas sempadan negara hari ini perlulah disiarkan. Contohnya seperti sejarah Langkasuka yang mana orang zaman ini menyangka ianya orang Thai padahal ianya adalah sebahagaian kekayaan sejarah Bangsa Melayu. Nanti dibimbangi orang kita jadi macam singapura yang menyangka Stamford Raffle atau Lim Kuan Yue sebagai pembuka singapura, sedangkan sejarah Temasik amat berkait rapat dengan sejarah orang Melayu.

    Sekadar pandanagan tak seberapa dari ambo :-)

    Jika berkelapangan, singgahlah ke blog ambo http://abdullahabas.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. inspirasi halal 29 Disember 2012 3:39 PTG
      Ko tu potong stim! Jgn babitkan dulu hal politik kepartian dlm ni. Hal tu belakang cerita! Sila bincang cara positif.

      Padam
  16. Saya rase kalo buat citer Adruja Seriwijayamala Singa a.k.a Cik Siti Wan Kembang..mesti best..terbaik..mantap kan cik semantani..kang x psl bergaduh plak kite dgn thailand..hehehe..:D:D:D

    Budak Sains 3..

    BalasPadam
  17. Kalau tak pun wat filem pasal Laksamana Malahayati of Aceh yang bunuh Cornelius De Houtman Jeneral armada Belanda yang cuba nak tawan Kerajaan Aceh....pun gempak juga.

    BalasPadam
  18. sayang kalau ada sejarah yg hebat tp tak diketengahkan melalui filem..!!bukan apa,,,,filem adalah antara beberapa perkara yg sdg menguasai dunia pd ketika ini..!!
    hrp ada lah producer yg buat nnti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama28 Februari 2013 4:32 PG

      Saya setuju dgn anda. Cth terbaik ialah Hollywood yg tlh menjadikan golongan mereka gah di mata dunia. Mereka sanggup belanja berjuta bukan kerana mahu untung wang semata tetapi sengaja mahu membina persepsi terhadap kehebatan mereka.

      Padam
  19. Film sejarah terbaru Indonesia 'SANG KYAI' tentang kisah KH.HASYIM ASHARI,tokoh NU,salah satu organisasi islam terbesar di Indonesia

    BalasPadam
  20. Dulu Dato'Jins Samsudin pun nk buat filem psl Pasir Salak..tapi senyap terus jadinya...dgrnya ada pihak lain yg cuba halang filem tu psl ia melibatkan tercalarnya maruah atau pride org British...x dpt dana yg mncukupi pun yea agaknya...dan diminta juga ubah skrip..jgn tunjukkan sbb sebenar knpe residen tu dibunuh..

    BalasPadam
  21. Buat filem 1511, kejatuhan Melaka. Tentu byk pengajaran dpt ditonjolkan.

    BalasPadam
  22. zaman srivijaya mmg dah ada pistol cik adik...cube kaji apa maksud lela nmm...banyak teknologi nusantara yg membuatkan barat turun ke timur suatu masa dahulu..they wont come for nothing

    BalasPadam
  23. Asslam. Maaf le sbb lmbt sye kmen ni ye tuan2. Ape cite akak faznita nk buat filem sejarah ni ye. Saye x mmpu nk bri bntuan duit ke ape. Tp yg psti sokongan pnuh sye berikan. Saye cdg kan kite plak yg wt filem sjarah ttg srivijaya.

    BalasPadam
  24. Jangan x tahu... orang Melayu memang x reti atau x pandai langsung nak buat filem sejarah... yang diorang tahu buat tu lah filem-filem murahan x ada ertinya langsung... sekali tengok memang dah cukup... memang rasa jemu nak tengok banyak kali x macam filem-filem 60an dulu... pelakon2 sekarang berlakon macam syok sendiri... aku x heran kalau Malaysia memang tak mempunyai filem-filem bermutu... memang tak de sesiapa bangsa yang berminat nak tengok orang Melayu berlakon ...

    BalasPadam
  25. Hmm.. Samelahh.. Saya pun tunggu benda yang sama.. Filem yang bergenrekan sejarah kurang.. Banyaknya filem cinta tak abis abis

    Padam

    BalasPadam
  26. found this post after six years. masih menunggu genre yang diimpikan ini dari tanah air kita. takkan time merdeka je baru nak released film genre sejarah. pulak tu, cerita hok yang sama je. huu

    BalasPadam
  27. Dah kuar ke filem kak ni? Apa perkembangannya dah 2018 ni

    BalasPadam
  28. Sekarang dah ada filem sejarah iaitu filem Mat Kilau.. Dulu² mmg x de.

    BalasPadam