Tercatat didalam Jurnal
Muzium Brunei 1986 sebuah artikel yang
ditulis oleh John S Carroll bertajuk "Francisco de Sande's Invasion of
Brunei in 1578: An Anonymous Spanish Account". Apa yang menarik
mengenai artikel ini adalah kerana ia menegaskan mengenai satu sumber berbentuk
documen yang menceritakan tentang peristiwa perang Kastilan. Perang ini adalah
satu perang yang menjadi pengajaran kepada orang-orang Sepanyol bahawa orang
Melayu bukanlah selemah orang-orang Aztec yang berjaya mereka tawan dengan
mudah.
Zaman kegemilangan Brunei berterusan setelah kewafatan Sultan
Bolkiah pada tahun 1524 yang dianggap sebagai bapa kemakmuran kesultanan Brunei.
Penggantinya Sultan Abdul Kahar juga telah berjaya meluaskan kawasan jajahan
takluk Brunei sehingga ke seluruh pelusuk pulau Borneo, Palawan, Sulu, Balayan,
Mindoro, Bonbon, Balabak, Balambangan, Bangi, Mantanai dan Luzon. Dengan
pesatnya pembangunan dan perdagangan di Brunei maka semakin ramai para pedagang
Brunei yang berdagang keluar sambil menyebarkan agama Islam sehingga ke
kepulauan Filipina. Pada masa tersebut Brunei dikenali sebagai pusat penyebaran
Islam yang terkenal di sebelah timur Laut Cina Selatan.
Istana sultan Brunei di kampong Ayer
Sejak pada peringkat awal kedatangan Sepanyol lagi Brunei telah
dilihat mereka sebagai sebuah kerajaan yang besar dan kuat. Oleh sebab itulah
ketika Ferdinand Magellan mula-mula sampai di Brunei mereka tidak berani untuk
berbuat apa-apa sebaliknya mengalihkan pandangan mereka ke pulau Luzon untuk
bertapak. Kedatangan Sepanyol di rantau ini dilihat oleh sejarawan sebagai satu
misi keagamaan untuk menyebarkan ajaran Kristian lebih daripada tujuan untuk
menguasai ekonomi. Kita dapat lihat bahawa gereja Katolik memainkan peranan
yang besar dalam ekspedisi mereka. Dalam
usaha mereka untuk menyebarkan ajaran Kristian inilah mereka melihat Brunei
sebagai batu penghalang yang paling besar sekali. Hal ini adalah disebabkan
Brunei adalah sebuah kerajaan Islam dan banteng kuat agama tersebut yang juga
bersifat agama dakwah seperti kristian yang cuba disebarkan Sepanyol. Mereka
berpendapat Islam adalah sama seperti barah yang merebak dan merbahaya serta
perlu dihapuskan segera.
Menurut dokumen yang ditemui di Archivo General de Indias in
Seville yang berada di Sepanyol, Kampong Ayer yang terletak di
pelabuhan Brunei adalah sangat besar. Menurut mereka, kawasan tersebut adalah
yang terbesar pernah dilihat mereka dan dikatakan anggaran rumah penduduk
disitu lebih kurang lima ke enam ribu buah termasuk rumah-rumah kaum bangsawan
dan kerabat diraja yang besar-besar dan mewah. Apa yang lebih menarik, dokumen
tersebut turut menyatakan bahawa terdapat sistem penyaliran air bersih
yang teratur dan agak canggih di perkampunya air ini. Dikatakan bahawa setiap
rumah mempunyai sumber air bersih dari kawasan bukit atau gunung di daratan
yang disalurkan dengan paip-paip. Air ini disalurkan kebawah rumah mereka dan
akan diangkut dengan bejana atau buluh apabila mereka hendak menggunakannya.
Rumah-rumah di kota Brunei atau Kampong Ayer dibina dengan
lorong-lorong dan jalan yang lurus. Setiap lorong ada namanya dan setiap lorong
ada jalan untuk keluar sama seperti sistem jalan yang ada di daratan. Di
kawasan darat berdekatan kaki bukit wujud lembah-lembah yang subur dan ditanam
dengan tanaman kelapa dan dusun buah-buahan.
Dokumen ini turut menyentuh tentang masjid yang terdapat di Kota Brunei.
Masjid tersebut diperbuat daripada kayu
tetapi ianya sangat tinggi dan besar. Dikatakan masjid ini ada lima tingkat
namun sejarawan berpendapat yang bertingkat adalah bumbungnya sahaja seperti
sebahagian besar masjid di seluruh nusantara. Mengenai raja atau sultan pula
dinyatakan bahawa baginda mempunyai lebih dari satu istana dan gudang-gudang
tempat menyimpan senjata dan harta bendanya. Istananya dihias cantik bersepuh
emas dan beratap jubin. Disebut juga tentang koleksi kitab-kitab milik sultan
Selain dari bermatlamat untuk menyebarkan Kristian mereka juga
bermatlamat untuk mengembangkan pengaruh dan prestij Raja Sepanyol. Tambahan
lagi melalui surat yang dihantar kepada Sultan dapat dilihat bahawa mereka
dengan sombong mengatakan bahawa rakyat Brunei adalah barbarik dan perlu
ditamadunkan dengan cara barat.
Seperti yang telah diketahui, titik tolak kepada konflik diantara
sepanyol dan brunei ini berkisar atas sepucuk surat yang ditulis oleh Dr
Francisco de Sande untuk sultan. Antara kandungan surat ini adalah ia mendesak Sultan
Saiful Rijal supaya tidak menghantar pendakwah-pendakwah Islam ke kepulauan
Filipina dan Borneo lagi dan membenarkan paderi katolik masuk menyebarkan Christian
di Brunei. Kandungan surat tersebut
turut menghina agama Islam dengan mengatakan bahawa agama Islam adalah agama
sesat yang jahat dan agama Kristian adalah agama yang sebenar. Setelah membaca
kandungan surat yang angkuh ini Sultan Saiful Rijal berasa amat marah dan
terhina lalu mengoyak-ngoyakkan surat tersebut. Bagi Sultan Saiful Rijal,
penghinaan pihak Sepanyol terhadap agama Islam adalah sesuatu yang amat biadap.
Jika kita membaca penulisan dari sejarawan barat tentang perkara ini akan kita
dapati bahawa mereka menggambarkan yang Sultan Saiful Rijal bertindak agressif
tanpa sebab musabab yang munasabah. Sebaliknya sekarang kita tahu mengapa sultan
begitu marah dengan Sepanyol, ia adalah kerana Sepanyol dengan terang-terangan
menghina Islam.
Brunei tidak sesekali berpeluk tubuh sahaja dalam hal ini. Tindakan
Sepanyol menyerang kaum muslimin di Filipina seperti di Luzon dan Sulu dan Cebu
adalah suatu ancaman dan penghinaan terhadap kedaulatan Brunei sendiri. Hal ini
adalah kerana keluarga diraja Sulu dan Luzon adalah bersaudara dengan
mereka. Akhirnya ketegangan yang berlaku
diantara kerajaan Brunei dan Sepanyol ini membawa kepada peperangan yang
terkenal dengan panggilan Perang Kastilan.
Ianya bermula Pada tahun 1564 apabila angkatan Sepanyol yang
diketuai oleh Miguel Lopez de Legazpi telah berlayar ke Pulau-pulau di Filipina
melalui lautan Pasifik dan tiba di Cebu pada 13 Febuari 1565. Pada mulanya,
mereka tidak dapat mendarat di Cebu kerana tentangan pahlawan Islam Cebu.
Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke Mindanao dan mendapat tentangan
daripada pahlawan Islam di sana pula. Dalam keadaan terdesak pada 27 April 1565
mereka berpatah balik ke Cebu dan menyerang Cebu semula.
Cebu akhirnya dapat ditundukkan, kemudian, mereka bergerak ke
Luzon. Dalam tahun 1570 Legazpi telah Cuba menduduki Manila yang diperintah
oleh Raja Sulaiman yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan Brunei
tetapi tidak berjaya. Pada tahun 1571 Sepanyol datang lagi ke Manila dan
menyerangnya. Raja Sulaiman mempertahankan wilayah Islam Manila dengan hebatnya
namun baginda akhirnya telah syahid di dalam pertempuran yang berlaku pada 3
Jun 1571 itu. Pada tarikh tersebut de Legazpi berjaya menduduki Manila dan
mengisytiharkan bahawa Manila sebagai pusat pemerintahan Spanyol di timur. Keturunan
Raja Sulaiman beberapa kali cuba menawan kembali Manila tetapi tidak berjaya. Seperti
halnya di Manila, bermula dari situ, maka satu persatu wilayah Islam Filipina
ini dihapuskan.
Pada Mac 1578, Dr. Francisco De Sande Kapten Sepanyol di Manila
bertolak ke Brunei dengan 40 kapal perang yang diketui oleh kapal Santiago. Ia
sampai ke perairan Brunei dan mengutuskan surat kepada Sultan Saiful Rijal
meminta baginda menerima pederi Kristian. Baginda bertegas untuk tidak menerimanya.
Baginda tidak mahu mengalah kepada musuh Islam yang nyata. Hasilnya, pada 14
April 1578 de Sande melanggar Brunei. Dengan serta merta armada Brunei membedil
kapal-kapal perang Brunei yang sebanyak 50 buah secara tiba-tiba. Askar-askar Brunei
yang tidak bersedia tidak dapat berbuat apa-apa apabila armada mereka hangus
terbakar dan tentera Sepanyol menyerang kampong air. Istana sultan akhirnya
dapat ditawan dan semua harta benda sultan dan penduduk dijarah mereka. Namun
sultan dan para pengikutnya berjaya melarikan diri ke Jerudong. Setelah ke Jerudong
sultan kemudian berpindah pula ke satu tempat dinamakan Pulau Raja. Bendahara
Sakam yang mengiringi Sultan kemudian kembali ke Brunei dan menghimpunkan
pahlawan-pahlawan Islam.
Dalam catatan barat ada disebut bahawa mudahnya serangan terhadap Brunei
oleh Sepanyol adalah disebabkan oleh pembelotan dua orang pembesar Brunei yang
tidak berpuas hati dengan Sultan. Namun perkara ini tidak dapat disahkan
sepenuhnya walaupun ada catatan Sepanyol mengenainya. Pada 1578, Pengeran
Bendaraha Sakam memimpin serangan kembali ke Brunei dengan lebih daripada 1000
orng pahlawan. De Sande dapat dikalahkan dan lari meninggalkan Brunei.
Pasukannya dikejar sehingga ke Nausung (Sabah). Pada peringkat ini ada dua
versi sejarah yang bertentangan.
Dalam catatan Sepanyol pihak Sepanyol tidak menyebut langsung
mengenai serangan balas yang dilakukan oleh Bendahara Sakam tersebut sebaliknya
tentera Sepanyol dikatakan terpaksa kembali ke Manila dan meninggalkan Brunei
kerana mereka keracunan air dan mendapat penyakit taun dan cirit-birit yang
teruk sehinggakan ramai diantara tentera mereka mati. Namun dalam sejarah tempatan kisah Bendahara
Sakam ini memmang tidak asing lagi. Persoalannya adakah pihak Sepanyol sengaja
menutup kisah yang sebenar untuk mengelak daripada menanggung malu kerana kekalahan
mereka di tangan kaum yang dianggap tidak bertamadun? Atau mereka memang mati cirit-birit?
Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda fikirkan.
Sebelum mereka meninggalkan
Brunei pihak Sepanyol yang berasa marah dan geram tersebut dengan sengaja telah
membakar Masjid agung Brunei. Mereka membakar masjid dan memusnahkan Makam
Sultan Bolkiah. Banyak harta rakyat dan Sultan diambil sekali. Pada 4 Mac 1579
Sepanyol datang lagi diketuai oleh Kapten Don Juan Arce de Sadornil.
Walaubagaimana pun akhirnya mereka berundur kerana melihat pertahanan muslim
Brunei yang sekali-kali tidak pernah mahu mengalah walau hanya menerima paderi
di bumi Brunei. Brunei kali ini memang telah bersedia dengan angkatan mereka.
Hal ini menggerunkan sepanyol.
Berikutan kekalahan de Sande di Brunei, dia memerintahkan Kapten
Estaven Rodriguez de Figure meneruskan perjalanan ke Sulu dan menawan Sulu agar
dapat menyekat pengaruh Islam dari Brunei. Serangan ke atas Sulu berjaya
apabila Raja Sulu menyerah diri kepada Sepanyol. Kemudian de Sande
memerintahkan agar armada ini menawan Mindanao. Tujuannya adalah untuk
melemahkan kerajaan-kerajaan di sekitar Brunei dan pengaruh Islam yang
dipimpinnya dan seterusnya meneruskan operasi dakwah Kristian. Kapten Estaven
Rodriguez tidak mampu untuk menundukkan Mindanao yang lebih hebat dipertahankan
oleh orang-orang Melayu Islam disana. lalu dikirimkan pula Panglima baru iaitu
Kapten Gabriel de Revira pada 1579. Apa yang berlaku di Brunei turut berlaku di
Mindanoa. Mereka membakar masjid Mindanao. Hal ini menunjukkan betapa bencinya
orang-orang Sepanyol terhadap Islam. Di Mindanao Sultan Dimansaky menentang Sepanyol.
Pada peringkat awal Sultan terpaksa berundur ke pendalaman. Pada kurun ke 17,
Sultan Kudrat pula mengetuai muslimin di Mindanao.
Sepanyol silap di dalam menilai orang Brunei. Padanya ia selemah
orang Manila yang setelah ditawan terus dapat menerima telunjuk Sepanyol
termasuk penyerapan paderi dan agama Kristian. Tetapi rupanya, kebangkitan
pahlawan Brunei berterusan sehingga terusirnya Sepanyol dari bumi Brunei. Saya
memetik kata-kata Ustaz Amin, ‘Apa yang terjadi kepada Brunei dan apa jadi pada
Manila dan Sulu? Brunei tetap mengekalkan keadaan Islamnya tetapi Manila hanya
tinggal sejarah’. Kenapa Brunei boleh bertahan? Ini kerana, sejak awal mereka
tidak mengizinkan langkah pertama, tidak menyerah walau sejengkal, tidak
berganjak walau sedikiti pendirian mereka.
Pada tahun 1586 kerajaan Sepanyol di Manila serta ahli-ahli
penasihat kerajaannya telah mengutuk tindakan yang dilakukan oleh De Sande.
Kerajaan Sepanyol telah mengarahkan agar segala harta benda, kapal-kapal dan
senjata-senjata api yang dirampas semasa penyerangan Brunei dipulangkan kembali
kepada kerajaan Brunei dan satu dekri telah dikeluarkan agar De Sande berserta
konco-konconya membayar ganti rugi. Tindakan kerajaan Sepanyol ini masih
menjadi tanda tanya. Adakah ia benar-benar dilaksanakan atau hanya diatas
kertas sahaja. Jika ianya benar ini membawa maksud bahawa kerajaan Sepanyol
mengiktiraf kedaulatan kerajaan Brunei dan takut sekiranya permusuhan dengan Brunei
akan merugikan mereka kelak. Hal ini dapat dibuktikan apabila beberapa tahun
kemudian satu delegasi secara aman dari kerajaan Sepanyol di Manila telah
dihantar ke Brunei bagi membincangkan hal ehwal perdagangan diantara kedua buah
kerajaan. Sekian wallah hu a’lam.
Kredit kepada : Rozlan Yusouf dan Ustaz
Amin
Salam rodonc..
BalasPadamNi koi salin dan tampal dari Wikipedia:
España invade Brunéi
La Guerra de Castilla se inicia el 14 de abril de 1578. Los españoles tardaron dos días en ocupar la capital de Brunéi y a continuación conquistaron, el 16 de abril de 1578, Pengiran Seri Lela y Pengiran Seri Ratna. La ocupación de Brunéi duró 72 días.
Tras invadir Brunéi, los españoles destruyeron la capital y quemaron su mezquita. Desprovistos de residencia, el sultan Saiful Rijal y el sultan de Paduka Seri Begawan, Abdul Kahar, juntamente con los soldados que lograron sobrevivir, huyeron a Meragang y, más tarde, A Jerudong. En Jerudong, trazaron un plan para expulsar a los españoles de Brunéi.
A pesar de la falta de armas, los soldados de Brunéi, liderados por Bendahara Sakam, lograron derrotar a los españoles y los expulsaron de Brunéi el 26 de Junio de 1578.
Sin embargo, Penigran Seri Lela murió en Belait, a la vez que Penigram Seri Ratna murió en Bukit Jambu, en batalla.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Terjemahan oleh google translate:
Brunei menyerang Sepanyol
Perang Castile bermula April 14, 1578. Sepanyol mengambil masa dua hari untuk menduduki modal Brunei dan kemudian memenangi 16 April, 1578, Lela dan Pengiran Seri Pengiran Seri Ratna. Pendudukan Brunei selama 72 hari.
Selepas menyerang Brunei, Sepanyol memusnahkan modal dan dibakar masjid baginda. Dilucutkan kediaman, Sultan Saiful Rijal dan Paduka Seri Begawan Sultan, Abdul Kahar, bersama-sama dengan anggota tentera yang terselamat, melarikan diri ke Meragang dan, kemudian, Jerudong. Di Jerudong, beliau merangka rancangan untuk mengusir Sepanyol dari Brunei.
Walaupun kekurangan senjata, askar Brunei, diketuai oleh Bendahara Sakam, berjaya mengalahkan Sepanyol dan diusir pada 26 Jun 1578.
Walau bagaimanapun, Pengiran Seri Lela Belait meninggal dunia, manakala Pengiran Seri Bukit Ratna Jambu meninggal dunia dalam peperangan.
yg ada di wikipedia kurang lengkap dan agak bias...so kalau boleh cari lagi bnyk dari sumber2 lain lagi terutama jurnal.
BalasPadamKoi rasa berminat la pulok subjek ni kuikui
BalasPadamnanti koi cari jurnal sepanyol, koi ngajor b.sepanyol di uum 2004-2005 dan di UM 2010-2011, duduk di Madrid dekat2 setahun jugek jan-nov 2003. hey bahasa takdok masa'aloh insyaAllah..
ade mender2 urgent aok helo ke koi weh kosonc satu semilan enanc dua satu lima empat satu semilan. saje koi tulih gini karanc ander bot ngantor spam ke hp koi sakit la pulok kuikui
awak org pahang yek...hihihi. pensyarah bahasa sepanyol rupanya. dulu masa di uni ada jugak minat nak ambik bahasa sepanyol tapi sebab kelas seme penuh so sekerat jalan je...yg tau nomor 123 je hihihi. ada kawan saya yg ambil spanish dulu and dia tanye gone nk sambung blajor kat spain. agak2 aok bleh gitau....
PadamKoi orang pahanc keturunan kedoh/kelantan dan lahir di perok. Umur setahun ayoh koi bawok koi ke kota gelangi. Hey blajor di sepanyol te ander rodonc koi belajor di Univesitat de Barcelona, UMP taja. Yanc mudohnye mohon skim fellowship, koi tak dapat sebab cgpa masa degree dulu bawoh 3.0. Koi masa degree buat IT, master baru buat linguistik.
PadamAok helo la ke koi kita borok panjanc2..kuikui
Orang Brunei telah meracun bekalan air Tentera Sepanyol dan apabila Tenterajatuh sakit pada masa itulah Angkatan Tentera yang Dipimpin Bendahara Sakam Menyerang Balas...
BalasPadamPengiran Seri Lela dan Pengiran Seri Ratna adalah dua pembelot yang membantu Tentera Sepanyol. Cara Bantuan mereka mudah sahaja... membenarkan kapal-kapal sepanyol melepasi masuk daripada kawalan tentera laut yang berada di Teluk Brunei(Mungkin dengan menyuap pengawal ataupun pengawal pintu masuk tersebut adalah pengikut mereka). Oleh itu mereka dengan mudah menyerang Bandar Brunei ketika itu.
BalasPadamPuncanya adalah kedua-dua pengiran tersebut menjodohkan anak masing-masing dan pada malam bersanding pengantin perempuan dilarikan oleh Bendahara Sakam yang merupakan adik kepada Sultan Saiful Rijal. Sultan Saiful Rijal memberikan pengampunan kepada adindanya dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka..
BalasPadamoh...begitu ceritanya...jika raja suatu negri itu tidak adil allah dah janji akan beri bala. hal moral dikalangan kerabat raja dan pembesar beginilah yg dihadapi melaka masa serangan portugis dahulu, sebb tu mudah kalah dan bnyk pembelotan. kalau sultan itu adil dan warak pasti negeri kuat dan aman kan.
BalasPadamas salam Al Semantani Jones
BalasPadamterima kasih berkongsi cerita perang kastilan
cerita sejarah beginilah yang sepatutnya dipersembahkan kepada anak-cucu - fakta yg jelas ttg tujuan utama kedatangan zionis/jesuits - memaksa nusantara menerima ajaran kristian yg jelas menyeleweng
juga semangat mahu menang oleh pahlawan2 melayu dr peringkat bangsawan hingga ke rakyat jelata
juga bgmn ada masanya zionis/jesuits terpaksa mengaku kalah serta berputus asa dlm menghadapi serang-balas orang2 nusantara, juga terpaksa menerima kedaulatan sultan2 yg memerintah serta pegangan mereka kepada agama Islam yg suci
kedudukan geografi filipina yg terdiri dr banyak pulau mungkin menjadi salah satu faktor mengapa bahagian mereka mudah ditawan, namun brunei yg berada di tanah besar borneo mungkin menjadi asbab ia masih mampu bertahan disamping prinsip tidak akan membuka langkah pertama menerima paderi kristian itu
namun duri dalam daging aka pembelotan dr dalam merupakan masalah utama dlm mana2 konflik serta kejatuhan sesebuah kerajaan
pemerintah/raja/sultan tidak lepas dari kelemahan masing2
sebab itulah fungsi think-tank/pihak2 yg tidak berkepentingan/neutral menjadi terlalu amat penting dlm memberi nasihat/teguran membina kepada pemerintah
kejatuhan filipian kepada sepanyol dan kristian memang sungguh menyedihkan
semoga keseluruhan filipina akan dapat kembali semula kepada agama yg benar di suatu hari nanti
Selepas perang Kastila tersebut, Sultan Saiful Rizal telah bersiap sedia bagi serangan Sepanyol setelah. Baginda telah memperkuat Kota Brunei dengan menempah meriam-meriam yang lebih besar yang diperbuat daripada tembaga dan juga besi. Kawalan masuk ke Kota Brunei juga diperketatkan dan dibekalkan kelengkapan Perang yang canggih. Apabila Pihak Sepanyol mengetahui kekuatan Brunei setelah perang Kastila mereka tidak berani lagi menyerang Brunei malah menukar haluan untuk bersahabat dan berdagang.
BalasPadamsehingga kini brunei berganding bahu dengan malaysia terus membantu saudara seislam yg lain dlm misi2 penting (dan rahsia)ke negara2 lain seperti bosnia
BalasPadambrunei adalah satu2nya negara 100% pemerintahan bersultan (melayu nusantara muslim) yg masih kekal sehingga kini..??!!
tidak seperti malaysia - demokrasi raja berperlembagaan - yg nampak gayanya ada suara2 yg mahu menjadikan malaysia sebuah negara republik
Allahu Akbar!
BalasPadamOrang bukan Melayu memang menginginkan Malaysia menjadi republik sekular, supaya titik pertemuan segala Melayu iaitu Islam dan Institusi Beraja dilemah dan dihapuskan.
Mohon difikirkan dan dilaksanakan cara untuk menyedarkan anak bangsa mengenai sejarah kita, nak harapkan kerajaan dan pembangkang memang buang maso. masing2 fikir macamana nak undi saja.
Yup, kalau tak silap, memang betul ada berlaku pertelingkahan antara pembesar Melayu Brunei yg membolehkan Sepanyol masuk jarum. Ada baca di dlm bbrp buah buku yang saya terima dari Pusat Sejarah Brunei.
BalasPadamIf free, mungkin boleh jumpa Tuan Seman..
jumpe mungkin xboleh lah tuan ibnu rusydi...sebab saya sekarang masih nak kekalkan identiti anon di alam maya ni. tapi kalau nk bincang guna email boleh lah. mcm srikandi ada sebab dia remain unknown saya pun ada sebab peribadi juga. buat masani belum tergerak hati lagi nk keluar public kpd siapa-siapa lagi...harap tuan faham ye..:)
PadamTambahan. Guerra de castilla ni sebutannya (baca cara melayu) "ger-ra de kas-tiyya". Bunyi "e" seperti dalam perkataan sate, iaitu e taling.
BalasPadamkalau sapa-sapa nak belajar boleh jenguk blog berhabuk den Don Lenguas, kalau cukup korum bolehlah den sambung semula mengajar kuikui
Nusantara juga "berterimakasih" kepada Jepun dan Hitler kerana tanpa mereka, agak sukar melayu bangun semula. Kedua-duanya tewas dan Barat juga keletihan ekoran angkara Jepun dan Hitler. Yang untung adalah Melayu.
BalasPadamgvgfh
BalasPadamAlangkah sedihnya jika di kenang2 kn bila mane Manila di Kafirkan oleh Spanyol naseb mereka tiada siapa yg membela·······huhuhuhu
BalasPadamSatu Lagi Fakta menarik ialah semasa Sepanyol menawan Brunei Tentera Sepanyol telah menemukan beribu-ribu biji peluru (Meriam) berpuluh-puluh Senapang Patah (Swivel gun). Persoalannya tak digunakan? Orang Melayu lebih percaya Ilmu Batin (Kebal) daripada teknologi senjata ataupun mungkin tidak mahir menggunakannya sebab itulah mereka kalah pada mulanya...
BalasPadamjgn silap eh.senapang n meriam xdiguna kerana kurang bersedia.
BalasPadammemang ilmu silat dan kebatinan org brunei tinggi,jauh kalah tomoi dan sami siam.
Dan Brunei,ada byk Wali.