Isnin, 10 Disember 2012

SEJARAH REALITI DI ALAM FANTASI





Salam sejahtera dan salam hormat kepada para pembaca sekalian. Hari ini saya nak memaparkan satu perkara yang amat melucukan bagi saya. Walaupun sebelum ini saya rasa dah malas dah untuk melayan artikel-artikel mengarut yang ditulis mereka namun sejak hari ini tergerak pulak rasa hati untuk menjernihkan semula keadaan yang dikeruhkan oleh si pengarut Nai Megat Tarmizi ini sebelum ramai lagi orang buta sejarah yang percaya bulat-bulat dengan penulisan beliau.

Apa yang menyebabkan saya berasa lucu adalah paparan-paparan foto yang diletakkan di tepi blog beliau Kedah Cyber Seabury. Jika anda membuka blog tersebut maka anda akan dapat lihat terdapat beberapa gambar pelakon yang memakai seolah-olah serban. Nah! saya tahu dimana cik Megat mengambil gambar ini secara spesifiknya. Gambar yang menunjukkan seseorang yang memakai serban itu sebenarnya bukanlah satu bahan bukti yang mengesahkan bahawa kerajaan Thai Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam , sebaliknya gambar tersebut adalah gambar seorang pelakon siam yang melakonkan watak sebagai seorang putera Burma! Tanpa disedar oleh dirinya sendiri mungkin saudara megat telah tersalah langkah dengan meletakkan gambar tersebut kerana saya telahpun menonton filem tersebut di Youtube. Apa sebenarnya tujuan beliau meletakkan gambar itu di situ. Adakah kerana headgear orang Burma yang berbentuk seakan-akan serban itu dikatakan bahawa ia adalah gambaran keislaman kerajaan Ayuthia?


INIKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI SERBAN ORANG ISLAM AYUTHIA


INI SERBAN BURMA LA CIK MEGAT!

Pelik dan agak melucukan apa yang dibuat beliau ini…:DDD. Nampaknya cik Megat perlu belajar lebih jauh lagi tentang sejarah pakaian tradisional orang-orang Burma. Agaknya apabila dilihat orang Burma memakai kain pelikat seperti kita akan dikatanya bahawa orang Burma itu Islam. Rasanya tidak perlu saya terangkan bahawa memang pakaian tradisional Burma adalah berkain pelikat bagi lelakinya dan juga memakai sejenis headgear yang seakan-akan serban. Malahan sehingga hari ini kita bisa lihat pemakaian pakaian tradisional ini dalam majlis parlimen mereka.


LIHATLAH AHLI-AHLI PARLIMEN BURMA INI MEMAKAI SERBAN DAN KAIN PELIKAT. ADAKAH MEREKA ISLAM? JIKA ISLAM MENGAPA DIBUNUHNYA MUSLIM ROHINGYA? CUBA JAWAB CIK MEGAT!





Selain itu satu lagi perkara yang melucukan mengenai artikel terbaru yang ditulis Beliau ialah dengan adanya paparan sebuah lukisan lama yang menggambarkan kedatangan Captain Samuel Wallis (1728-1795) ke Tahiti dengan disambut oleh Permaisuri pemerintah Tahiti pada waktu tersebut. Jika anda melihat dengan teliti lukisan ini anda akan dapat memerhatikan ada beberapa orang tentera yang memegang bayonet dan tombak berada di belakang Kapten Wallis. Nah! Inilah dia tentera jubah putih Sultan Nai Merong Ali Albani pemerintah Australia jika anda nak tahu!! Itulah kata Megal Al Jefri. Hnya kerana mereka mempunyai topi yang berbentuk kon dan pakaian yang dianggapnya berwarna putih. Sebenarnya pembaca sekalian lakaran tersebut adalah tidak tepat malahan ada banyak lagi lukisan mengenai peristiwa ini anda bisa dapat di dalam internet dengan mudah. Oleh itu di bawah saya sertakan lukisan yang di letakkan di blog cik Megat dan lukisan yang lebih jelas yang saya jumpa di internet.


INILAH GAMBAR YANG DIPAPARKAN DI BLOG BELIAU YAG KATANYA MENUNJUKKAN BAHAWA TENTERA MERONG MEMANTAU LAWATAN KAPTEN WILLIS KE TAHITI YANG PADA MASA ITU BERADA DIBAWAH KEKUASAAN MERONG JUGA. PERHATIKAN BETUL-BETUL TOPI KON YANG DIPAKAI TENTERA DALAM GAMBAR INI SEDIKIT BERBEZA DENGAN TOPI BANGSAWAN AYUTHIA. LAGI SATU FAKTA YANG BERCANGGAH ADALAH TOPI INI SEBENARNYA HANYA BOLEH DIPAKAI GOLONGAN BANGSAWAN DAN BUKAN TENTERA BIASA YANG MEMEGANG TOMBAK!
INI PULA GAMBAR VERSI YANG LEBIH JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA TENTERA BERJUBAH PUTIH MERONG ALBANIA SEBENARNYA BUKAN BERJUBAH PUTIH DAN MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA ASKAR BRITISH. LIHAT TOPINYA BETUL-BETUL. IA ADALAH SEJENIS TOPI TENTERA EROPAH PADA ZAMAN TERSEBUT.

LIHAT TOPI TENTERA-TENTERA EROPAH INI.




Jika anda membuat perbandingan diantara kedua-dua lukisan ini anda akan mendapati bahawa topi kon tersebut sebenarnya bukanlah topi kon yang digunakan oleh para bangsawan Thai seperti yang telah kita ketahui tetapi sebaliknya ia adalah sejenis topi tentera British pada zaman tersebut yang diberi nama grenadier caps. Apa yang lebih melucukan ialah dikatakan bahawa Sultan Syarif Nai Ali Albani ini dikatakan memerintah Australia dan Albania serta berjaya menyebarkan Islam kepada Raja Perancis. Ha?? Menyebarkan Islam kepada Raja Perancis? Mana perginya ke-islaman Perancis jika benar Raja Merong Nai-nai tersebut telah menyebarkan Islam hingga ke Perancis? Pelik bin ajaib bukan?

Dan lagi satu perkara. Sekarang ini mereka telah berani untuk menggunakan teori Prester John yang pernah saya bincangkan sebelum ini dan mengaitkannya dengan keluarga diraja Merong Naga Nai-nai mereka. Cik Megat ini berkata bahawa kota seputih yang terdapat di Kedah itu nama sebenarnya ialah Kota Seputih Prester John atau dalam bahasa Melayu namanya Yang Dipertuan Johan. Ish..ish…ish…tak tahu dah saya nak kata apa. Anda semua pandai-pandailah nilaikan sendiri. Ini belum lagi masuk penghinaan beliau dan keluarga beliau terhadap Sultan-Sultan yang ada di Malaysia ini. Dikatakannya bahawa Sultan-Sultan ini WAJIB dipecat! Agaknya kenapa majlis Raja-Raja tidak ambil tindakan yang sewajarnya terhadap golongan pencacamarba sejarah ini. Sekian Wallah hu a’lam.

18 ulasan:

  1. as salam Al Semantani Jones

    terima kasih membawa kami menjelajah hingga ke burma - satu negara yg agak misteri dan tertutup kepada pengetahuan luar

    kalau tak silap - ada sesetengah negara lain yg lelaki mereka pakai skirt pendek sbg pakaian rasmi

    hhmm...mengenali jenis2 pakaian serta persalinan pelbagai bangsa juga merupakan salah satu disiplin sejarah yg sangat penting....kalau tak....hidup2 kena goreng free je jadi hancus & hangus.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup....di Bhutan lelakinya memakai skirt pendek macam kilt sebagai pakaian rasmi.

      Padam
  2. Prester John org kedah?

    bilalah dia nak berhenti ceca merbakan sejarah

    dlm hikayah cemelot ade hint pasal Prester John..

    BalasPadam
  3. heran jugak ya..kalau tgk di blog nai megat da berapa byk surat tuntutan dia antaq..tapi mcm 1 pon kerajaan tak layan..tp awat kerajaan tak amik tindakan kt depa aa?

    BalasPadam
  4. aku sebagai orang kedah jadi malu sebab depa ni.

    BalasPadam
  5. merong kuat kelentong

    BalasPadam
  6. Prester John kalau tak salah ialah Indrawarman,raja kerajaan Sriwijaya yang memeluk Islam semasa zaman Umar Abdul Aziz.Kerajaan beliau dikatakan bertahan selama 10 tahun

    BalasPadam
  7. Dari blog Merong saya dapat tahu bahawa orang Siam dan Thai tidak sama dan teori tentang Melaka pernah berada di bawah naungan Tambralingga.Tetapi perkara meluruskan sejarah ini(fakta sejarah yang salah dalam blog Merong)yang dihargai,dibuat oleh Srikandi dan Tuan Lokal Genius

    BalasPadam
  8. Ana waris mutlak YMM Merong Maha Wangsa!!

    http://kedahcybersybury.blogspot.com/2012/12/pewaris-mutlak-kerajaan-islam-kedah-tua.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ampun Tuanku,Maafkan patik wekekeke..lucu benar blog Tuanku xD

      Kepada rekan2 sekelian,meh menjenguk blog Tuanku kita ni...kah3

      Padam
    2. ok la "tuanku", tp kau x menjawab soalan. ni lebih kpd divert. dulu,aku tgk comment2 kt blog dia lbh pd org2 yg memuji2..x dek pon yg bg comment negative

      Padam
    3. sebab yg komen tu die sendiri...huhuhu

      Padam
    4. Dia buat Blog parody..kahkahkah macam sial

      Padam
    5. nice parody, bro. eh, tuanku. hishh, mana satu ntah aku nk sebut. nak kena tulah pon kena lah.. janji blog lawak cam harun slam bach.. hahaha!!

      Padam
  9. Kih kih kih... kalau dah waris mutlak, nak tuntut takhta pemerintahan la? Habis tu, raja Melayu sekarang ni kau nak campak ke mana? Dah cukup tentera nak gulingkan Raja? Ada berani?

    BalasPadam
  10. Susah nya nak masuk blog ni kena tunggu page loading dulu,minta tuan blog hapuskan loading page tu,terima kasih - blog isi penuh dengan ilmu

    BalasPadam
  11. sokong..page terlalu berat..isi kat dalam bernilai tp sayang..masalah nk bukak..

    lg2 kat hp..xde semua bleh support format ni..harap2 bleh tukar balik setting..

    BalasPadam
  12. Aku keturunan nabi adam a.s.

    BalasPadam