Ahad, 6 Jun 2010

Dimana Sebenarnya?

Salam. Tergerak dihati saya untuk menulis mengenai topik ini. saya anggap topik ini adalah satu topik yang sangat menarik kerana ia adalah sesuatu yang masih menjadi misteri. Dimanakah sebenarnya terletak ibu kota kerajaan Srivijaya yang maju dan megah itu? dimana?... Persoalan yang tak pernah terjawab tanpa sebarang keraguan. Sehingga hari ini ramai cendekiawan cuba untuk membuat andaian dan telahan berdasarkan bukti yang mereka jumpai. Ramai yang mengatakan bahawa srivijaya atau pusat pemerintahannya terletak di palembang Sumatera ,Indonesia. ada juga pihak yang membuat andaian malahan tuntutan bahawa srivijaya itu berada di selatan thiland iaitu di chaiya. Ada juga yang dengan pasti mengatakan bahawa zabaj atau srivijaya seperti yang diperkatakan oleh pengembara china, india dan Arab tersebut terletak di selatan filipina yang kaya dengan emas.

Namun demikian ,walaupun mereka mengemukakan bukti-bukti mereka  tetapi ianya masih belum cukup kukuh. Malahan saya sebenarnya kurang setuju untuk mengatakan bahawa srivijaya itu berada di palembang. Hal ini kerana tidak ada bukti konkrit yang menunjukkan bahawa terdapatnya sebuah kerajan besar yang amat maju dan makmur pernah wujud di kawasan tersebut. Setakat ini para arkeologi hanya menemukan serpihan-serpihan tembikar sahaja dan kebanyakan daripada serpihan tersebut adalah lebih baru iaitu pada zaman selepas kejatuhan srivijaya. Tidak ada satupun bangunan atau candi dan kuil-kuil besar yang suatu ketika dahulu mendominasi pusat pemerintahan srivijaya berjaya ditemui.

Hal ini adalah amat mustahil. Jika benar srivijaya adalah sebuah empayar yang kaya raya, sudah pasti ia mampu untuk membina kuil-kuil besar seperti yang telah dibinanya di pulau jawa iaitu perambanan dan borobudur. tetapi mengapa bukan di pusat pemerintahannya? mengapa tidak ada tinggalan kota atau istana batu sepertimana tinggalan-tinggalan purba yang lain di Angkor dan Ayitthaya?Semua persolalan ini telah meyakinkan saya lagi bahawa sebenarnya pusat pemerintahan srivijaya bukan di palembang atau di sumatera tetapi di Semenanjung dan kawasan yang lebih tepat ialah di lembah bujang.

Mengapa saya berkat demikian? kerana lembah bujang adalah salah satu daripada kompleks kerajaan purba yang terbesar di Asia Tenggara malahan paling tua. Adalah tidak mustahil bahawa kedah tua sebenarnya adalah ibu kota Srivijaya atau mungkin juga pernah menjadi ibu kotanya sebelum berpindah ke suatu tempat lain. walaupun ahli-ahli sejarah dan arkelologi indonesia mengemukakan prasasti-prasasti yang mereka jumpai di Sumatera sebagai bukti srivijaya wujud , namun prasasti tersebut tidak dapat mengesahkan dengan tepat bahawa ianya terletak di sana. Malahan hanya parasasti-prasasti tersebut sahaja yang dapat dijadikan bukti dan tiada bukti lain.

Berlainan dengan lembah bujang, walaupun kurang bukti bertulis atau prasasti namun, bukti dari segi monumen dan tapak kota serta istana dan relau purba atau tempat melebur besi secara besar-besaran yang dijumpai baru-baru ini membuktikan bahawa kedah tua bukan sembarangan kerajaan malahan ianya sebuah kerajaan yang kaya, kuat dan makmur. Jika tidak, masakan mereka boleh membina banyak candi dan kota. Jumpaan manik di kawasan lembah bujang juga adalah lebih banyak daripada di tempat-tempat lain. Hal ini membuktikan kawasan ini sering dikunjungi oleh pedagang asing sepertimana yang dicatatkan oleh para pengembara dari china, Arab dan India mengenai Srivijaya. Berkemungkinan suatu hari nanti para arkeologis tempatan akan dapat menjumpai tinggalan istana maharaja zabaj dan universiti dimana I-ching mempelajari bahasa saskrit dan ajaran buddha di lembah bujang dan bukan di palembang. Namun ini hanya pandangan dan analisis daripada kajian secara rawak. Kajian yang lebih mendalam harus dibuat oleh para cendekiawan tempatan untuk mengesahkan perkara ini. wallahua'lam

2 ulasan:

  1. Saya pun bersetuju yang Pusat pemerintahan Kerajaan Sri Wijaya adalah di Lembah Bujang Kedah. Ahli Arkeologi juga mengakui bahawa Sg. batu lembah bujang merupakan tapak tamadun tertua di Asia Tenggara.

    BalasPadam
  2. Saya pernah baca dari satu laman web bahawa punca sebenar kerajaan Sriwijaya tidak byk membina monumen yg hebat2 sbb adalah kesibukan raja2nya yang asyik memantau keadaan perdagangan di Selat Melaka..apa pendapat saudara ttg laman web ini?

    http://kerajaan-srivijaya.blogspot.com/2012/06/balaputradewa-raja-swarnadwipa.html

    BalasPadam