Isnin, 28 Jun 2010

ILMU PERANG DALAM MASYARAKAT MELAYU: Bahagian 2


Silat Dalam Historiografi Tradisional Melayu Sebagai Ilmu Peperangan

Seni silat seperti yang telah diketahui kebiasaannya dikaitkan dengan kepahlawanan dan keberanian seseorang pendekar. Antara tokoh hebat dalam ilmu tersebut adalah Hang Tuah lima bersaudara. Saya akan melihat hikayat Hang Tuah sebagai sebuah sumber dalam perbincangan mengenai ilmu persilatan. Hal ini kerana dalam hikayat ini terdapatnya penyataan mengenai ilmu peperangan yang berkaitan rapat ataupun sememangnya sama dengan silat walaupun perkataan silat itu sendiri tidak pernah tercatat. Berkemungkinan istilah silat itu sendiri diperkenalkan pada abad yang lebih awal seperti abad ke 17 hingga 20 Masihi. Dalam hikayat ini pengarangnya tidak pernah menyatakan silat jenis apakah yang dipelajari oleh Hang Tuah. Cuma yang disebut adalah mengenai ilmu-ilmu tertentu yang berkaitan dengan pertahanan diri dan pertempuran seperti ilmu perajurit, ilmu hulubalang dan ilmu isyarat hulubalang serta ilmu firasat.



Perguruan silat oleh Hang Tuah berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama menurut hikayat Hang Tuah ialah di Bentan, beliau telah berguru dengan sang aria putera. Peringkat kedua pula ialah dengan Sang Persanta Nala di Majapahit. Perguruan silat peringkat pertama adalah setelah kejayaan beliau dan empat saudaranya menewaskan sekumpulan lanun. Hang Tuah telah mengajak empat saudaranya berguru kepada ahli pertapaan sang aria putera dari majapahit. Petikan daripada hikayat ini ada menyebutkan yang berbunyi:



Maka Hang Tuah pun berkata pada hang kasturi dan segala sahabatnya, “hai saudaraku keempat. Baiklah kelima marilah kita berguru ada seorang ia bertapa sang aria putera namanya, adapun kita ini pada fikiran orang tua-tua akan menjadi hulubalang di Tanah Melayu, maka kata hang jebat dan hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu, baiklah”.





Ini menunjukkan bahawa mereka berlima bersetuju untuk menuntut ilmu kepahlawanan dan pertahanan diri. Pada peringkat ini Hang Tuah dan saudaranya telah diajarkan sang aria putera ilmu isyarat hulubalang, ilmu firasat dan ilmu perajurit. Tidak terdapat ayat atau perkataan yang menyatakan mengenai silat. Namun begitu berkemungkinan besar ilmu perajurit dan ilmu isyarat hulubalang itulah ilmu pertahanan diri dan peperangan atau silat, dan ilmu firasat itu adalah ilmu kebatinan. Sudah menjadi kebiasaan kepada ahli-ahli pertapaan pada zaman dahulu untuk mempunyai ilmu kebatinan dan supra-natural seperti dapat meramal perkara-perkara yang akan berlaku. Terdapat petikan di dalam Hikayat Hang Tuah yang mengesahkan mengenai perkara ini iaitu:



Setelah sudah maka kata sang aria putra, “apa kehendak cucu kelima telah ku ketahui.. adapaun cucuku kelima ini akan diperhamba raja dan jadi pegawai besar di tanah Melayu, tetapi banyak orang-orang besar sakit hati lagi dengki akan cucuku; maka ditunjukkan kepada Hang Tuah katanya tidak mengapa kerana cucuku orang benar, ketiga cucu akan digelar Raja”.



Namun begitu ilmu persilatan yang diperoleh daripada sang aria putera adalah belum mencukupi dan masih ada lagi ilmu yang lebih tinggi kedudukannya. Oleh itu Sang Aria Putra telah berpesan kepada Hang Tuah supaya berguru dengan Sang Persanta Nala sekiranya Hang Tuah berangkat ke majapahit. Sang persanta Nala adalah saudara tua kepada Sang Aria Putra. Beliau adalah seorang pertapa di Gunung Wiranan Pura. Ilmu perajuritnya dan ilmu isyarat hulubalangnya adalah lebih tinggi daripada adiknya. Ini disebabkan sebahagian besar hidupnya dihabiskan dengan pertapaan. Petikan berikut menyatakan mengenai hal tersebut;



“Setelah sudah, maka sang aria ptra pun berpesan kepada Hang Tuah, “hai cucuku, jika engkau pergi ke majapahit kelak, jangan tidak engkau berguru kepada saudaraku bernama sang persanta nala itu, banyak tahunya daripada ku”.

Di dalam dunia Melayu, seorang yang mahir dalam ilmu peperangan atau pertarungan adalah digelar sebagai pendekar. Untuk mencapai tahap pendekar seseorang itu haruslah menghadapi ujian yang amat payah. Sebagai contohnya Hang Tuah tidak terkecuali dalam hal ini. Hang Tuah telah menghadapi ujian pertamanya setelah tamat berguru dengan Sang Aria Putra iaitu terpaksa menghadapi seorang yang Amuk dan mengganas secara membabi buta di pasar dengan bersenjatakan Keris. Menurut hikayat Hang Tuah, beliau telah menyerang Hang Tuah dengan beberapa tikaman namun setiap tikaman itu Berjaya disalahkan atau dielakkan oleh Hang Tuah dengan berkesan hasil daripada pelajarannya dengan Sang Aria Putra mengenai ilmu perajurit dan hulubalang. Hang Tuah dikatakan tidak tergopoh-gapah dalam menyerang dan akhirnya Berjaya membunuh si pengamuk dengan sebilah kapak. Seperti dalam petikan dalam hikayat Hang Tuah yang berikut:

“Maka orang mengamuk itu pun datanglah ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah, maka Hang Tuah pun melompat menyalahkan tikamannya orang itu, maka salalah tikaman. Maka Hang Tuah pun melompat maka diparangnya kepala orang itu dengan kapak, kena, belah dua, lalu larilah ia, maka orang mengamuk itu pun rebahlah lalu mati.”



Melalui petikan di atas beberapa pengajaran mengenai ilmu pertempuran dan bela diri dapat diperhatikan. Salah satunya ialah ketika berhadapan dengan musuh seorang pendekar Melayu itu haruslah berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah dalam membuat serangan balas. Hal ini mempunyai kaitan rapat dengan falsafah seni bela diri Melayu yakni silat yang menekankan penggunaan akal fikiran dan mengutamakan pergerakan mempertahankan diri atau Self Defence daripada pergerakan menyerang. Ilmu hulubalang atau silat ini juga digunakan oleh Hang Tuah dan hang jebat untuk mematahkan lima orang pengamuk yang ingin membunuh Bendahara paduka raja. Selain itu teks hikayat Hang Tuah juga ada memaparkan beberapa lagi peristiwa pertarungan penting yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mempunyai satu set ilmu atau seni pertahanan dan peperangan yang sama hebatnya dengan seni peperangan bangsa-bangsa utama lain seperti cina dan India. Ada maklumat daripada seorang pengkaji yang mengatakan bahawa Hang Tuah juga pernah mengalahkan Ninja dan Samurai upahan kerajaan Siam Ayuthhaya. Pada ketika itu Hang Tuah menjadi duta kerajaan Melaka ke Siam. Hang Tuah berjaya mengelak tetakan dan libasan pedang samurai dengan mudah malahan berjaya mencederakan mereka dan ada yang terputus telinga terkena penangan keris lok 21 sempena Melaka milik Hang Tuah. 




 


Antaranya ialah pertarungan di antara Hang Tuah dengan Taming Sari di Majapahit. Dalam pertarungan ini dapat dilihat bahawa ketangkasan dan kegagahan bukanlah aspek utama dalam ilmu bela diri dan pertarungan Melayu. Mengikut Hikayat Hang Tuah, apabila Hang Tuah mengetahui bahawa taming sari mempunyai ilmu kebal maka Hang Tuah telah menggunakan kepintaran akalnya untuk menukar Keris milik Taming Sari dengan kerisnya yang di ketahui sebagai punca kekebalan Taming Sari. Akhirnya Taming sari kalah dan mati.


Selain itu apa yang menarik mengenai ilmu kepahlawanan dan peperangan Melayu pada zaman dahulu adalah ianya tidak diajarkan kepada umum dan dianggap sebagai ilmu yang sangat eksklusif untuk golongan yang terpilih sahaja dan oleh kerana itulah tidak ramai yang mengetahui mengenai asal usul sebenarnya ilmu persilatan atau peperangan Melayu kerana banyak maklumat hanya disimpan oleh si pemiliknya sahaja dan rahsia tersebut dijaga dengan ketat sehingga anak cucu mereka. Hikayat Hang Tuah ada menyatakan mengenai hal ini iaitu dalam pesanan Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah:



“Ya anakku, ada suatu pesanku pada anak-anakku, adapun ilmu yang ku ajarkan kepadamu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anak mu pun sekali jangan kau ajarkan, jikalau diajarkan maka datanglah kebinasaan ke atas dirimu, maka kata laksamana. Pada bicara hambamu yang ilmu dan syarat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, tiadalah hambamu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh duli yang dipertuan hamba pun relalah.”



Daripada petikan di atas dilihat bahawa sememangnya ilmu persilatan, pertempuran, peperangan atau apa-apa ilmu yang berkaitan dengan seni peperangan adalah ilmu yang dipandang tinggi darjatnya dan hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan mempelajarinya. Malahan Hang Tuah sendiri dilarang oleh Sang pertapa daripada mengajarkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari, kepada anaknya. Keselektifan dalam membenarkan seseorang mempelajari ilmu ini adalah juga menunjukkan bahawa pakar ilmu peperangan Melayu pada zaman dahulu mempunyai pemikiran yang terkedepan mengenai konsekuensi yang bakal berlaku sekiranya ilmu tersebut diajarkan kepada orang yang tidak sepatutnya, dan ini terlihat dengan kata-kata Sang pertapa yang mengatakan bahawa bencana akan menimpa jika ilmu itu diajarkan kepada orang lain.
 
 
bibliografi;
Hikayat Hang Tuah,
Sulalatus Salatin,
Kajian Persendirian.

11 ulasan:

  1. kajian yg amat menarik lah!

    BalasPadam
  2. salam alaik,alhamdulilah segala puji bg allah,teruskan semngt dan usaha saudara ,semg diberkahi allah,amin3 ya allah

    BalasPadam
  3. betul ke ade hang tuah?

    BalasPadam
  4. salam, sebenarnya wujud atau tidak Hang Tuah masih menjadi persoalan. namun sebahagian besar sejarawan sependapat bahawa tokoh ini wujud namun tarikh sebenar kewujudannya masih misteri. pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin. kebiasaannya lagenda itu berakar daripada peristiwa sejarah yg sebenar yg telah diadun uli dgn campuran unsur2 ghaib dan mitos. sebab itu sukar untuk mengkajinya dengan tepat. bukti-bukti daripada manuskrip yang ada sekurang-kurangya memberikan bayangan kepada kita mengenai tokoh ini.

    BalasPadam
  5. saya pernah terbaca buku salalatus salatin versi lama... yang pernah dikeluarkan pada tahun 1988 untuk STPM...

    mengikut pembacaan saya itu... hang tuah berasal dari pulau duyung seorang laki2 berketurunan raja bugis dan hang tuah mempunyai kaitan dengan kerajaan GOWA atau GOA di sulawesi...
    mengikut pembacaan saya tentang kisah2 dongeng orang indonesia...
    (ada laman webnya tapi saya lupa)

    cerita asal duyung berasal daripada kepulauan sulawesi... dan sebab itu pada masa dahulu kala.. pulau sulawesi lebih di kenali dengan nama pulau asal duyung...

    jadi adalah berat untuk saya mengatakan dari mana sebenarnya tempat kelahiran hang tuah adakah di pulau duyung seperti di katakan sekarang? ataupun berada di sulawesi? dan nama sulawesi itu sendiri sebenarnya bermula pada penjajahan belanda di sana bermaksud 'sula besi @ pulau besi"...
    rujukan - http://www.rappang.com/2010/01/asal-usul-nama-sulawesi-celebes.html

    perkara ini pernah saya ucapkan kepada guru sejarah saya semasa saya belajar pada peringkat STPM 2006 benarkah hal tersebut?.. cikgu saya sendiri terkejut dengan ucapan saya...

    BalasPadam
  6. salam saudara bugisboy. memang dalam sulalatus salatin ada menyatakan mengenai hal tersebut. namun ada yg tidak sebab karya tersebut banyak versi. tapi kebanyakan sejarawan berpendapat beliau memang berdarah bugis. namun ada juga berpendapat beliau anak jati melaka. semuanya masih kabur. namun yang penting ialah peranan dan sumbangannya dalam lembaran sejarah tamadun melayu. tak kisahlah dari mana dia asal. jika dari melaka pun melayu nusantara dari sulawesi pun melayu nusantara.

    BalasPadam
  7. Hulubalang Kalathana14 Julai 2010 pada 11:27 PTG

    Kata guru hamba:>


    Hang Tuah disuruh mengambil tudung Tuan Puteri yang diterbangkan angin lalu tersangkut di atas pohon buloh di tengah kolam. Lalu dengan sekali lompat diambil kain tudung itu. Tudung tak koyak buloh tak bergoyang air tak berkocak. Begitu hebatnya permainan Hulubalang Melayu.
    Ilmu pergerakan ini tak terfikir dek akal tak terpandang dek mata.
    Katanya hamba begitu kerana pernah bermain dengan Guru tapi entah mana cara datangnya dalam jarak 3 depa dah ada didepan mata siap dengan menjatuhkan hamba lagi.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum tuan hamba, maaf ingin mencelah sedikit "ilmu firasat dan ilmu perajurit". Perajurit sepatutnya di eja penjurit... :"Bukan calang-calang hulubalang,PENJURIT KEPENTANGAN Jugalah gerangannya". Hang Tuah Pernah Hidup di zaman kegemilangan Melayu dan Masih "Hidup" dikalangan orang2 kita kini disini. Masih ada yang pegang kisah sebenar Hangtuah Dan ilmunya yang tercatat diatas belulang mahupun kulit kayu.tapi rohsianya hanya kepada yang hak....

    BalasPadam
  9. hang tuah itu wujud dan ramai sahaja keturunan nya..kesangsian disebabkan penjajah yang berhati jahat dan syaitan..ini adalah rahsia keluarga kami..wallahualam

    BalasPadam
  10. Salam semantani , lama sy x beregur dgn rakan saya dlm alam maya nh. Hee. Blog mistis files pn bru prasan xleh msuk sbb ade "fees". Hamba ingin mnta izin utk smbangkan artikel dlm nh. Utk buat rujukan kwn2 lain yg ingin tahu. Harap izinkan perkongsian ini. Terima kasih byk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila ke fb saya...Al semantani jones

      Padam