Ahad, 13 Jun 2010

TAMADUN BANGSA KU DIGELAPKAN.


Salam. Posting hari ini mahu meluahkan keluhan hati. Sejak kecil lagi saya telah tertanya-tanya bagaimana munculnya bangsa yang dinamakan sebagai Melayu ini. Pernah suatu ketika, seingat saya semasa saya masih bersekolah rendah ,saya pernah bertanya kepada ayah saya, “ abah, orang Melayu ni datangnye dari mana abah”…ayah saya terdiam seketika dan kemudian dia menjawab “ dari sinilah”. Saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya lalu saya bertanya lagi…” habistu takkan orang Melayu tiba-tiba je datang abah? mana mula asal kita datang bah”…ayah saya terdiam lagi dan tak lama kemudian dia menjawab “ semua orang semenanjung ni pada asalnya datang dari Indonesia, datang berpindah ke sini lama dulu”. Saya tergamam dan berfikir sejenak ketika itu. “ habistu abah, orang Inusha ( panggilan saya dan adik saya terhadap orang indonesia dengan pelat) tu datang dari mana bah”. Soalan terakhir ini hanya dijawab dengan sedikit gelak dari ayah dan ibu saya, yang menandakan bahawa mereka tidak tahu menjawabnya…namun saya tidak dapat ingat apa jawapan yang diberi ayah saya letika itu.



Persoalan ini terus bermain dalam benak fikiran saya sehinggalah hari ini, dan persoalan ini jugalah yang telah menyebabkan saya memilih bidang sejarah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Ya.. bidang ini terlalu banyak prejudisnya terutama dikalangan orang Melayu. Apabila saya menyuarakan hajat saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sejarah , soalan pertama yang ditanya ialah “ apa kerja nanti…nanti jadi apa ye…cikgu ke? Cikgu jela kot” Ada juga yang senyum sinis dan mengatakan “ kerja gali-gali tanah macam Indiana Jones ke hehe”. Malahan guru-guru saya sendiri berasa pelik mengapa saya mahu mengambil bidang sejarah tulin dan bukan bidang sejarah pendidikan kerana menurut mereka susah nak dapat kerja.



Ya, saya akui, bidang ini bukanlah bidang yang popular dikalangan pemodal-pemodal korporat mahupun jabatan kerajaan di negara ini. Bidang ini dianggap remeh dan kurang penting! Jika di Amerika dan Britain bidang ini adalah diantara bidang yang paling berprestij di universiti-universiti awam dan swasta. Sayangnya tidak disini, di negaraku yang permai dan bertuah ini. Pemimpin dan rakyatnya sama-sama buta sejarah atau sengaja membutakan diri untuk tidak belajar dari sejarah.



Namun tidak guna saya mengeluh, kerana untuk mengubah pesepsi masyarakat yang telah di brain wash sejak seratus tahun dahulu adalah amat sukar dan memerlukan usaha yang berterusan. Masyarakat Melayu di Malaysia terutamanya telah mengalami inferioriti komplex yang amat teruk sejak awal abad ke 20. Mereka merasakan diri mereka hina dan tidak setanding dengan bangsa-bangsa barat. Namun ini semua bukan salah mereka sendiri. Mereka telah didogmakan dengan pelbagai fahaman barat yang meresap masuk dalam jiwa melalui sistem pendidikan barat. Mereka hilang jati diri. Malahan sejarah mereka sendiri dituluis oleh orang barat. Usaha Tun Mahathir untuk cuba menaikkan semangat bangsa Melayu dengan tulisan beliau, The Malay Dilema juga tidak berjaya memecahkah inferioriti komplex tersebut. Malahan ada pihak yang menyatakan bvahawa tulisan beliau ini menjunamkan lagi semangat bangsa Melayu.



Bayangkanlah unsur-unsur negatif yang boleh dan telah dimasukkan oleh para sarjana barat ini dalam penulisan sejarah masayarakat tempatan. Sejarah Melayu itu sendiri di terjemah di kaji dan di selidiki dengan panjang lebar oleh R.O Winsted yang juga salah seorang daripada hamba illuminati dan ahli Masonic. Oleh sebab itulah ada pihak yang cuba mengatakan bahawa Teks Sejarah Melayu itu adalah sebuah fabrikasi dan bukan teks asal yang ditulis Tun Sri Lanang. Wallah hu a’lam. Namun yang pastinya golongan masonic illuminati ini sebenarnya telah lama bertapak di semenanjung tanah Melayu ini. Dan berkemungkinan besar sejarah negara ini juga adalah hasil daripada fabrikasi yang direncanakan oleh THH.



Bagi saya mudah sahaja untuk menaikkan semangat bangsa Melayu ini. Rahsianya ialah dengan kita kembali semula kepada SEJARAH…ya , SEJARAH. Tidak adal jalan lain lagi untuk kita lakukan melainkan kita bangkitkan semula sejarah bangsa yang hilang ataupun cuba disorok oleh pihak-pihak tertentu. Kita bangunkan semula jabatan-jabatan sejarah ( bukannya hapuskan jabatan sejarah dan camtumkannya dengan jabatan lain macam sebuah universiti awam disini). Kita lengkapkan dan perkemaskan semula buku-buku teks sejarah di sekolah rendah dan menengah dan saya rasa patut diadakan matapelajaran sejarah sejak tadika lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.



Sebagai permulaan, saya rasa kita harus menyediakan lebih maklumat mengenai sejarah Kerajaan Agung Melayu Srivijaya. Saya lihat buku-buku teks sekolah menengah yang ada sekarang tidak memberikan maklumat yang tepat dan terperinci mengenai Kerajaan Agung ini. Malahan seingat saya, semasa saya bersekolah dahulu tidak sampai 3 mukasurat dalam buku teks sejarah yang membicarakan mengenai Kerajaan Srivijaya. Malahan semakin lama semakin sedikit maklumat mengenai kerajaan ini setelah beberapa kali buku teks sejarah KBSM disemak semula. Menurut ibu dan bapa saya, semasa mereka bersekolah dahulu, mereka bukan sahaja perlu mempelajari mengenai Kerajaan Srivijaya malahan Kerajaan-kerajaan Melayu purba yang lain di Seluruh Nusantara. Saya rasa ada pihak yang sengaja mahu melenyapkan maklumat mengenai kegemilangan bangsa Melayu silam.



Mereka tidak mahu anak Melayu bangkit menongkah arus sekular illuminati dan kembali kepada jati diri Melayu Islam Beraja yang akan menggagalkan rancangan mereka untuk perang akhir zaman! Boleh jadi juga ini adalah hasil daripada tekanan pihak tertentu yang mahu Sejarah Srivijaya tidak disebut-sebut di Malaysia kerana ia  dikatakan sebagai sejarah Indonesia dan bukan sejarah Malaysia. Mereka cuba mendogmakan generasi akan datang yang disebut sebagai generasi SATU MALAYSIA bahawa Srivijaya adalah Kerajaan Hindu di Indonesia dan tidak ada kaitan dengan Malaysia sama sekali. Menurut golongan ini, sejarah Malaysia bermula hanya di Melaka! Subhanallah, sungguh dalam gerakan THH dalam merosakkan bangsa-bangsa dunia yang dianggap mereka sebagai Goyyim ini. Semoga Allah S.W.T memusnahkan mereka dan sekutu-sekutu mereka dengan azab yang dasyat. Sekian. wallah hua’lam.


16 ulasan:

  1. salam perkenalan.artikel yang amat menarik al semantani. saya pun merasakan bahawa sejarah bangsa kita cuba digelapkan pihak tertentu.

    BalasPadam
  2. terjumpe petikan ni kt dlm 1 blog

    "Satu bangsa ibarat semalu, duduk bawah tidak mengganggu, kadang bersembunyi di celah-celah, juga berkeliarannya di merata-rata, cantik bunganya dilihat mata, kucup daun bila disentuh, lebar daunnya batang melidi, diam-diamnya tajam berduri, walau ditebas tumbuh kembali. marilah kenali bangsa ini, bangsa digelar Bani Jawi."
    http://nusantarabersatu.blogspot.com/

    hidup bangsaku...hehe

    BalasPadam
  3. mencari sejarah yg tersembunyi atau telah disembunyikan mestilah dgn cara tersebunyi gak...klu mencari ikut pengetahuan yg ada yg tertulis atau bukti2 kewujudan yg ada tak cukup..terlalu byk tulisan dan bukti/tanda sejarah yg telah hilang...
    jika dulunya srivijaya adalah empayar yg menguasai nusantara, maka mengikut geografi hari ini pusat pemerintahannya boleh jd di pelbagai tempat...

    BalasPadam
  4. BIAR APAPUN YANG TELAH DAN YANG AKAN MEREKA LAKUKAN...''KEBANGKITAN'' SEBAGAIMANA YANG NABI KITA..KEKASIH ALLAH,NABI MUHAMMAD S.A.W SABDAKAN DAHULU,TELAHPUN BERMULA...
    DAN PERCAYALAH,TIADA SIAPA PUN YANG AKAN MAMPU UNTUK MENGHALANGNYA..PERCAYALAH

    BalasPadam
  5. instead of history we go back to his-story...

    BalasPadam
  6. bleh terangkan mksud THH th kpda saya?

    BalasPadam
  7. THH = The hidden hand iaitu dajjal & iblis

    BalasPadam
  8. Macammana pulak saudara tau yg sarjana barat tu org2 illuminati?..apa asas saudara berkata begitu? Asalkan dia ckp macam2 pasal org melayu je terus jadi org illuminati camtu ke? atau ada sebab lain yg hanya saudara seorang sahaja yg tau?.."org melayu semenanjung dr Indonesia" kenyataan bapa saudara ini adalah fakta belaka..memang org melayu asal dr sumatra pon..sbb kalo kita revise balik dlm kitab2 lama seperti hikayat patani..penulis dgn tegas menyatakan bahawa org melayu dtg dr sumatra semasa zaman Sriwijaya..manakala penduduk sememanjung pd waktu itu merangkumi org asli, India, dan siam asli(mon/khmer) sahaja..melayu belum ada lgi masa tu..tentng belajar sejarah bermula dr sriwijaya sy kurang setuju sbb terang2 kerjaan tu pusat dia terletak di indonesia maka ia adalah sejarh milik indonesia bukan milik org malaysia..sbb, bila saudara mula nak mengagungkan Sriwijaya maksudnya saudara mengiktiraf satu2 nya kerajaan yg pernah menginjak org semenanjung suatu ketika dulu..kerajaan Sriwijaya pernah mengarahkan raja chola supaya menyerang krajaan Kedah Tua sbb mereka mula nak memberontak memerdekakan diri mereka dr kuasa Sriwijaya..take not, ini adalah serangan Ke-2 oleh raja hindi terhadap Kedah..selepas serangan tersebut negeri kedah telah menjadi padang jarak padang tekukur..maka bermulalah dark age bgi org2 Kedah yg telah kehilangan segala2nya dan hidup dalam ketakutan diserang negara jiran..maaf jika saya terkasar bahasa hanya ingin menyuarakan apa yg terbuku dihati sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah3 Troll..aku orang kedah dan aku katakan semua kata2 mu adalah dusta..ada something wrong dengan dia ni..

      Padam
    2. Untuk makluman Negeri Kedah 1000 tahun lebih tua dari Pusat Pemerintahan Sri Wijaya di Palembang. Telah diakui dunia Tamadun Kedah Tua merupakan tamadun paling awal di Asia Tenggara mengatasi Kemboja, Vietnam, Thailand dan Indonesia...

      Padam
    3. ANDA TANYA MACAM MANA SAYA TAHU? jawapannya saya mmng ada makjlumat ttg perkara tersebut..dan bnyk lagi sejarawan inggeris yg mngkaji ttng bangsa dan sejarah melayu mmng ahli masonic.

      anda kata org melayu mmng asal sumatera anda salah, sebb perkataan melayu itu sendiri dah wujud beratus tahun di semenanjung dan indochina sebelum kemunculan srivijaya lagi. pergi baca artikel srikandi kalau dok caye.

      lagi satu srivijaya tu bermula di semenanjung juga yakni sekitar kelantan dan patani juga. pasal hikayat pattani tersebut jgn anda ambil bulat2 mana2 sumber sejarah tanpa cross reference nnti jadi macam nai-nai merong pula. tak semestinya satu buku yg anda baca tu semua maklumatnya benar. kenapa pula srivijaya nak suruh chola serang kedah kenapa tak serang sendiri dan kenapa pulak chola serang srivijaya kalau mereka sekutu. buktinya tengok prasasti tanjore.

      Padam
    4. Assalamualaikum,sya rasa bro trlepas pdang ckit,zaman dhulu kala ngara tiada spadan,dan masa srivijaya tiada ngara brnama indonesia,mcm mna plak srivijaya yg ada di semenanjung xkan kita nak cop sjrah indonesia jgak,bermula persepadanan dizaman pnjajah british,british mlakukan prsepadanan utk kpnting mrka dan untk mghadkan kuasa2 org besar disatu kwsan,shigga dlm diri kita pun ada spadan indonesia untk indonesia dan malaysia utk malaysia,pdhal srivijaya itu krajaan melayu mkna nya jika org itu mlayu itu lah sjarah bngsa dia,pkir plak dri mna asal org di indonesia,xmgkin mnusia brhjrah dri pulau2 ketanah besar,yg sya tahu tamadun mnusia dtg dri tnah besar dan slpas itu bru mnusia akn brhjrah kepulau2.

      Padam
  9. salam tuan al semantani...tuan ade brkte kt post yg tuan mlnjutkan peljrn dlm bidg sejrah di universiti...boleh x sy tnye sket..
    -saya adelh seorg pelajar lepsn spm yg amat brmint dlm bidg ini dan sejarah adelh kgilaan sy...boleh x tuan bgtaw di mne ataw di u mne yg boleh sy amik bidg sejarah jika sy seorg lepsn spm...
    saya hrap yuan tlng..

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana info yg menarik. Teruskan perjuangan memartabatkan bangsa melayu, kerana bangsa melayu sekarang makin melupai asal usul & rumpun bangsanya.

    BalasPadam
  11. Penyebar agama Islam di nusantara, khususnya wali songo adalah orang Arab dari Hadramawt (Yaman), sebagian besar umat Islam di Yaman bermadzhab Imam Syafi'i, seperti umat Islam di Srilangka, pesisir India barat (Gujarat dan Malabar), Malaysia, dan Indonesia. Sejarah orang Arab yang datang ke nusantara mau bergaul dengan penduduk asli. Pada masa penjajahan Belanda orang Arab banyak menolong penduduk pribumi nusantara. Orang Arab datang ke bumi nusantara, mereka berbekal ilmu yang mulia, mereka datang ke nusantara berdagang tidak mencari keuntungan semata, tetapi benar-benar menolong penduduk pribumi nusantara yang tertindas bangsa penjajahan (Belanda) dengan keikhlasan karena Alloh SWT. Ilmu para wali (wali songo) sangat tinggi karena ketakwaannya kepada Alloh SWT. Kalau dilihat dari bentuk makam beliau (batu nisan) sangat mirip dengan bentuk kebudayaan bangsa Persia dan Gujarat.

    BalasPadam