Sabtu, 13 Jun 2009

Senjata Api Melayu.







Sejak beberapa hari yang lalu entry saya sering membincangkan tentang teknologi senjata api Melayu dan Metallurgy Melayu dan mungkin ada yang tertanya-tanya, " mana gambar meriam dan senjata apinya" Nah... mulai entri ini saya akan sertakan maklumat mengenai jenis-jenis senjata api Melayu dan gambar-gambarnya sekali, jadi diharap anda semua berpuas hati.


Bagi memulakan bicara mengenai meriam, saya rasa seelok-eloknya saya membincangkan mengenai meriam yang boleh dikatakan paling terkenal dalam masyarakat kita iaitu Seri Patani dan 2 buah adiknya. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu pattani pada waktu itu iaitu Raja biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.


Selepas kejatuhan
Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.


Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Melihat kepada Meriam Seri Pattani ini, saya rasa anda akan merasa lebih yakin bahawa sememangnya bangsa Melayu bukanlah sebuah bangsa yang lemah dan tidak berpengatahuan dalam teknologi senjata api.









5 ulasan:

  1. Hulubalang Kalathana28 Julai 2010 pada 1:24 PG

    Dongeng mengatakan Mahalela aka Seri Kuning ada dalam simpanan Kerabat di Banggol Kota Bharu. Dulu kalau ada musuh @ musibah mendatang meriam ini akan berbunyi menderam seperti guruh. Walahualam.

    BalasPadam
  2. Tamadun melayu lebih hebat daripada tamadun inggeris. Hidup melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betOi tu.. inggeris bina tamadun dengan penipuan

      Padam