Jumaat, 19 Jun 2009

Forumer Buta Sejarah


Salam Blogging. Hari ini saya ingin meluahkan kekesalan saya terhadap sesuatu perkara. Saya berasa kurang senang dan boleh juga dikatakan marah kepada seorang Forumer dari sebuah Forum yang saya ikuti di alam Maya ini yang pada saya bersikap agak kurang hajar. Apa yang menyebabkan saya marah ialah kenyataannya yang tidak mengambil kira sensitiviti orang lain terutamanya orang Melayu. Sewaktu Forumers lain sedang memperbincangkan mengenai sejarah bangsa Melayu, si Forumer kurang hajar ini telah mengeluarkan kenyataan berikut:



"end in 30 seconds? sure bo? i see that fella tarik sarong oso wasted so much time already.move few step, tarik sarong..move another few step ..tarik sarong lagi in my mind la i was thinking back ...how the British soldiers react when they first came to Tanah Melayu . Did they watch the whole show till the end before shooting them off ..or straight away shoot them"



Anda dapat lihat bahawa si Forumer ini sedang memperlekehkan silat Melayu dan seolah-olah mengatakan bahawa orang Melayu itu bodoh sangat sehinggakan ketika berhadapan dengan musuh akan ditembak ketika mahu membuka langkah silat. Nampaknya Forumer tersebut langsung tidak mengetahui tentang silat dan peranan yang dimainkan silat dalam melawan penjajah bangsa...huh. Kenyataan beliau juga adalah satu penghinaan bagi bangsa kita dan silat Melayu itu sendiri. Orang Melayu bukan begitu bodoh untuk mencampak diri mereka kepada kehancuran. Sudah saya katakan sebelum ini bahawa orang Melayu sejak dahulu lagi sudah mengenal senjata api, mustahil mereka akan menalakan badan mereka sewenang-wenangnya di hadapan muncung senapang...kecualilah jika mereka ada ilmu kebal.



Anda semua fikirlah sendiri agaknya seramai mana lagi rakyat Malaysia yang akan mengeluarkan kenyataan bodoh seperti Forumer tersebut apabila tidak lama lagi berkemungkinan besar matapelajaran sejarah tidak lagi diwajibkan di sekolah Menengah jika cadangan menteri pelajaran kita untuk mengurangkan subjek teras terlaksana...siot!

3 ulasan:

  1. ...apabila sejarah Melayu dikurangkan, maka elemen-elemen dan aksesori Barat akan mula diperdagangkan dalam subjek lain...kalau bangsa Melayu buta sejarah itu adalah 'dosa' para pemimpin bangsa yanbg khianat kepada bangsanya sendiri...nauzubillah!Ramlee(Nakhoda)www.facebook.com

    BalasPadam
  2. part bunga mmg la menari2. part pukul sepantas kilat.

    BalasPadam
  3. tuan tanah..forumer tu dangkal dengan ilmu.agaknya dia tidak pernah kena libas dgn silat melayu.

    pentingnya sejarah,umpama mengenal akar.bila kita memahami akarnya,maka tunjang dan tunasnya pasti cantik. apa2 pon,blog ni hebat!tahniah

    BalasPadam