Salam aidilfitri saya
ucapkan kepada pembaca semua. Pada kali ini saya ingin memaparkan satu artikel
mengenai sebuah kerajaan Melayu yang telah lama lenyap dari peta tanah
semenanjung emas. Pada masa dahulu kerajaan ini pernah menjadi salah satu
daripada kerajaan yang terkuat dan terkaya di utara semenanjung emas. Namun kegemilangannya
tidak bertahan lama akibat dari dengki dan dendam kerajaan yang berjiran
dengannya nun jauh di utara. Dalam beberapa
tahun sahaja kerajaan ini berjaya dimusnahkan. Sehingga hari ini orang Melayu
bukan lagi penduduk majoriti di Singgora atau Songkla. Sebaliknya lebih ramai
orang Thai yang mendiami negeri ini. Malahan ramai anak-anak Melayu Singgora yang
tidak lagi fasih berbahasa Melayu Jawi.
kota singgora.
Sebenarnya sejarah awal
Singgora sudah terdapat pada catatan awal China pada abad ke 6 dan 7 M lagi. Selain
itu Singgora juga disebut Singor, Sanjura, Sanjur, Senggora, Sung-kra dan
Sung-Ch’ia. Tersebut dalam Salasilah Sultan Sulaiman (Sai Sakun Sultan
Sulaiman) dikisahkan tentang seorang saudagar Parsi bernama Datuk Muzaffar yang
datang dari Jawa Tengah (ada catatan lain menyebut Datuk Monggol) telah
bermastautin di Sitingpra, Singgora.
Rombongan ulama Parsi ini kemudiannya
berpindah ke Teluk Singgora pada tahun 1603 M dan mendirikan kerajaan Singgora
Darussalam (Hua Khoa Deng). Ulama tersebut dilantik pengikutnya sebagai
pemerintah bergelar Sultan Muzaffar Syah yang mentadbir Singgora. Beliau juga
dikatakan adalah seorang panglima tentera yang fasih selok-belok ketenteraan
dan bijak dalam strategi pentadbiran. Tidak mustahil wilayah jajahan baginda
semakin meluas meliputi Patalung (Pathalung) Terang (Trang) dan Setul (Satun).
Ketika zaman ini Singgora menjadi tumpuan pra pedagang dari Eropah, Arab,
Parsi, China, Jepun dan seluruh nusantara.
Apabila Sultan Muzaffar
Syah mangkat pada tahun 1618, baginda diganti oleh putranya Sultan Sulaiman
Syah. Sultan Sulaiman meneruskan usaha-usaha ayahandanya dengan membina
tembok-tembok pertahanan dan bedil-bedil. Baginda sadar, kemakmuran dan
kemasyhuran Singgora akan mendatangkan cemburu musuh-musuhnya. Baginda juga
berusaha menggali terusan yang menghubungkan Teluk Singgora di pantai timur
dengan Laut Andaman di pantai barat. Namun usaha juga gagal kerana adanya
banjaran gunung yang besar.
Sepanjang pemerintahan
Sultan Sulaiman, Siam (Thai) tidak henti-henti melakukan serangan dan
pencerobohan untuk menawan negeri makmur ini. Namun semuanya gagal dengan izin
Allah. Apabila baginda sultan muzaffar mangkat, baginda diganti pula oleh
putranya Sultan Mustaffa Syah. Ketika pemerintahan baginda, Siam menyerang
Singgora habis-habisan lagi. Angkatan Siam telah diketuai oleh Phraya Ranchodo
dan raja Siam ketika itu Raja Narai Maharaj yang baru berjaya membebaskan
Ayuthia dari jajahan Burma. Siam turut dibantu tentera upahan Portugis dan
Belanda. Kerajaan Singgora akhirnya dapat ditewaskan pada tahun 1687 M. Ramai Orang
Melayu-Islam Singgora ditawan dan dibawa ke Ayuthia. Siam juga merampas sepucuk
bedil kepunyaan Sultan Sulaiman.
Duit kerajaan Islam Singgora.
Sultan Sulaiman dan dua
adindanya Hassan dan Hussein dipindahkan ke Chaiya (Cahaya). Sultan Sulaiman kemudian
dilantik menjadi pemerintah wakil Siam di Chaiya dengan gelaran Phraya Picit
Phalodi Sipicai Songkram, Hussein pula dilantik sebagai Raja Muda Chaiya. Putra
mahkota Singgora, manakala Taufik dibawa ke Ayuhtia dan Hassan dilantik sebagai
laksamana tentera Siam oleh raja Narai Maharaj. Hal ini menunjukkan bahawa raja
narai bersifat belas berbanding leluhurnya dan keturunannya kemudian yang
bertindak kejam membunuh kaum kerabat kerajaan yang ditawannya.
sebuah loceng besar yang dihadiahkan oleh sultan terengganu kepada seorang pemerintah yaring yang berada dibawh singgora.
Melalui Salasilah Sultan
Sulaiman, baginda menyatakan terdapat kerabat dan waris baginda yang dipaksa
dan terpaksa menganut agama Buddha ketika berada di bawah tekanan Siam. Hal ini
terjadi pada tahun 1687, titik tolak keruntuhan kerajaan Singgora oleh kerajaan
Siam laknatullah. Terdapat catatan
daripada seorang penulis Cina bernama (1782) Hsieh Ch’ing Kao tentang penduduk
Songkhla, yang asalnya kerajaan Singgora, sebuah negara Melayu-Islam. Dikatakan
bahawa penduduk Melayu tidak memakan daging babi dan ketika berjalan sentiasa
membawa senjata keris tersisip di pinggang. Kaum wanitanya bertutup kepala dan
lelaki berseluar. Semasa bekerja mereka menutup tubuh sampai ke tubuh dengan
pakaian yang dipanggil sha-long ( sarung ). Pada abad ke 19, orang Melayu telah
hampir pupus di Singgora ( Songkhla ) dan hanya meninggalkan bekas-bekas zaman
kegemilangannya yakni Hua Khao Deng dan pelabuhan Lem Son sebagai
kenang-kenangan.
senjata melayu singgora di muzium songkla.
Pernah berlaku satu
peristiwa pada zaman Singgora telah berjaya ditawan Thai dan berada dalam
pentadbiran ligor. Pemerintahnya terpaksa tunduk dengan hasutan LIGOR yang
menjadi sekutu kuatnya dan kemudian terpaksa pula mengikut arahan supaya melancarkan
serangan keatas KEDAH dan PATTANI. Selain itu dalam tahun 1808M Singgora
diarahkan untuk menyerang Pattani yang bangkit memberontak yang diketuai oleh
Datuk Pengkalan, SIAM mengarahkan Kedah membantu Singgora melanggar Pattani,
angkatan Kedah berkumpul di daerah Padang Terap namun para pembesar Kedah dan
panglima bertelagah kerana ada yang tidak rela mengkhianati bangsa seagama
sendiri iaitu orang-orang Pattani, jadinya hanya satu 'team' saja yang masuk ke
Yala untuk membantu Singgora namun angkatan kedah terbabit dah terlambat kerana
angkatan Singgora dah berjaya mengusir dan mematahkan pemberontakan Dato
Pengkalan tanpa bantuan Kedah. Jadi pemerintah Singgora marah dan menahan
angkatan Kedah dari pulang.
lela rentaka milik tentera Melayu Singgora.
Setelah dimaklumkan kepada
Sultan Kedah maka dihantar pembesar untuk berunding dengan Singgora mengatakan
ada salah faham berlaku dan memohon maaf, lalu diberi peluang oleh Singgora dan
dilepaskan angkatan Kedah untuk pulang. Selain itu Singgora juga amat
cemburukan Kedah sama seperti Ligor kerana Raja Siam memuji kehandalan Kedah
semasa mematahkan serangan Burma di Phuket awal 1813M dimana angkatan Ligor dan
Singgora hanya memerhati disisi dan dibelakang angkatan Kedah, dan apabila
angkatan Burma tewas dibedil dan dirodok panglima-panglima Kedah mereka pon
menerpa masuk dan membunuh semua saki baki tentera Burma, pandai depa nak dapat
nama, depa ni berani sebab ramai saja.
prajurit singgora dan pattani di muzium songkla
Terdapat sebuah peninggalan
kerajaan Islam Singgora yang masih wujud hingga kini yang amat unik ceritanya. Ia
adalah mengenai sebuah bedil atau meriam milik Sultan Suleiman. Almarhum Amin
Sweeney pernah menterjemahkan syair yang ditulis dalam bahasa Arab (ketika
pemerintahan Sultan Sulaiman Syah tahun 1618) pada bedil baginda. Bedil itu
sekarang tersimpan di hadapan Royal Chelsea Hospital, London. Riwayat bedil
tersebut berada di London adalah seperti berikut. Semasa tentera Siam
mengalahkan Singgora pada tahun 1689 M, bedil tersebut telah dirampas dari
Sultan Sulaiman dan dibawa ke Ayuthia. Bedil tersebut digunakan oleh Siam untuk
memerangi Burma (Myanmar) sehingga Ayuthia ditewaskan oleh Burma pada tahun
1767.
potret sultan sulaiman.
Bedil itu kemudian dibawa
ke Burma sebelum dirampas pula oleh Inggeris dalam perang Inggeris-Burma. Pada
tahun 1886, bedil itu dibawa pulang ke England. Begitulah bangsa-bangsa yang
kononnya bijak dan kuat berebutan bedil buatan Melayu tersebut yang pada hemat
saya bukanlah sebesar bedil Sri Pattani atau bedil turki Uthmaniah pun. Di atas
permukaan Bedil itu terpahat tulisan arab jawi yang unik. Ukuran berat yang
tercatat pada larasnya ialah 1 bandar, 2 pikul dan 4 kati. Bertarikh Isnin 4
Zulkaedah 1063 H bersamaan 26 September 1653 M.
Terdapat juga catatan dalam
bahasa Burma yang bertulis ‘Diperolehi semasa menawan Dwarawati (Siam) pada
tahun 1125 H atau 1766 M’. Keistimewaan inskripsi pada bedil ini ialah ianya ditulis
dalam bentuk syair Melayu-Arab dan diyakini merupakan syair tertua pernah
tercatat pada sebuah bedil. Menurut sejarahnya bedil itu dipunyai Singgora
selama 34 tahun, di Siam selama 79 tahun, di Burma 120 tahun dan di England
lebih 120 tahun. Demikianlah keagungan Melayu-Islam Singgora yang cuba dihapuskan
sejarahnya oleh penjajah-penjajah kafir laknatullah, namun keindahan dan
kehebatan bedil atau meriam tersebut akhirnya menawan hati mereka untuk
menyimpan bedil tersebut dan tidak mencairkannya atau memusnahkannya. sekian wallah hu a'lam.
Berikut adalah terjemahan
Alm. Amin Sweeney syair yang terdapat pada bedil tersebut.
ya dha l-awwali wa’l-ilm
ya dha l-haqqi wa’n-ni’am
ya dha l-jadli wa’l-kiram
ya dha l-ba’si wa’n-niqam
ya dha l-haqqi wa’n-ni’am
ya dha l-jadli wa’l-kiram
ya dha l-ba’si wa’n-niqam
Hadrat Ahmad Arabi nasab
Akan Tuhan dhatnya amat ajaib
Dengan bahasa ia ‘ilmu dan adab
Maha ketika dengan bahasa Arab
Akan Tuhan dhatnya amat ajaib
Dengan bahasa ia ‘ilmu dan adab
Maha ketika dengan bahasa Arab
Ya man ghafurun wa ghaffar
Ya man shakurun wa saffar
Wa ‘lishurna ma’a ‘l-abrar
Subhana Allah, Allhu Akbar
Ya man shakurun wa saffar
Wa ‘lishurna ma’a ‘l-abrar
Subhana Allah, Allhu Akbar
Bedil diperbuat adalah
sudah
Menyucap syukur ke hadrat Allah
Jadikan tanda meninggalkan mannah
Akan membunuh kafir ‘alayhi ‘l-la’nah
Menyucap syukur ke hadrat Allah
Jadikan tanda meninggalkan mannah
Akan membunuh kafir ‘alayhi ‘l-la’nah
Ingat-ingat engkau hai anak
dagang
ke tanah juga kita akan pulang
tuntuti olehmu ghazi berperang
janji Tuhan ke jannat datang
ke tanah juga kita akan pulang
tuntuti olehmu ghazi berperang
janji Tuhan ke jannat datang
Darus-salam jannat juga
jannat tempat rahmat juga
penuh dengan nikmat juga
duduk kekal dengan suka juga
jannat tempat rahmat juga
penuh dengan nikmat juga
duduk kekal dengan suka juga
Daulat tuanku sebagai
datang
seperti sabak air yang pasang
di taufiqi ‘Llahi rabbi l’-alam
dan binuri ‘l-iman tatkalanya datang
seperti sabak air yang pasang
di taufiqi ‘Llahi rabbi l’-alam
dan binuri ‘l-iman tatkalanya datang
Jahat bebal hamba latehan
berbuat meriam dihadirkan
akan kafir syirik zalim ke neraka jahanam
akan dipandang sahabat meninggalkan zaman.
berbuat meriam dihadirkan
akan kafir syirik zalim ke neraka jahanam
akan dipandang sahabat meninggalkan zaman.
Sumber ;
- S.M. Zakir
- jejakwaris.com
- Nusa Centre , Pusat
Kajian Budaya Dan Sains.
- History Of The Malay
Kingdom Of Patani.




















