Isnin, 8 Jun 2009

Ilmu Melayu vs Filem Melayu.

Sejak beberapa tahun yang lalu, apabila menonton movie atau drama di television atau DVD saya amat-amat kecewa. Hal ini kerana saya tidak lagi melihat aksi-aksi silat dan tendangan layang dari pelakon kita yang dalam drama-drama pendekar dan sejarah seperti sewaktu bersekolah rendah dahulu. Mengapa?..mengapa?..mengapa jadi begini? sepatutnya penerbit filem tempatan dan penerbit Melayu dan bukan Melayu yang ada di Malaysia ini seperti David Teoh dan Rashid Sibir mengetengahkan kebudayaan, sejarah dan warisan bangsa Melayu, bukan hanya cerita hantu yang langsung tak seram dan cerita komedi yang tak kelakar.


Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran kita seperti indonesia dan thailand, negara kita memang ketinggalan dalam penerbitan filem atau drama yang berunsur sejarah ni. Apa yang memalukan ialah apabila epik sejarah negara kita telah difilemkan oleh produksi dari negara jiran, sedangkan filem tersebut adalah mengenai kegemilangan sebuah kerajaan Melayu lama. Shame on you!!!


Barangkali ada di antara anda yang tahu tentang filem tersebut. Saya tidak mahu menyebut nama filem itu kerana rasa panas di dada masih membara!...tapi oleh kerana ingin mengetahui isi kandungan filem tersebut maka saya telah menontonnya dan ternyata My biggest nightmare telah muncul...filem itu menyeleweng daripada fakta sejarah yang sebenar!..Aduh bagai sudah jatuh ditimpa tangga nampaknya sejarah bangsa kita. Dah la pihak kerajaan tidak mempedulikan kesinambungan sejarah negara, nasib sejarawan dan pelajar kursus sejarah di Universiti pun tidak terbela. Apa nak jadilah dengan negara ku ini.

4 ulasan:

  1. sy nak jwb psl kenapa dlm cerita melayu bermula 70an ke atas dah tiada unsur silat yg asli..ini kerana orang asing mengkaji ilmu beladiri melayu dan masukkn ia sebagai pelajaran..contoh pukulan2 yg mematikan langkah musuh,ialah buah2 silat..jd org silat yg dahulu bersepakat utk tidak mendedahkan ilmu melayu ini di layar tv/wayang..ini terbukti dengan beberapa seni beladiri dari israel,korea,jepun juga beberapa beladiri asing memasukkan buah2 silat dlm beladiri mereka..jika kita lihat,beladiri mereka mula terkenal bermula 60an ke atas dan bermula 70an,ini satu tempoh dimana sebelum tahun tersebut mereka mengkaji beladiri silat..

    BalasPadam
  2. filem apa tu tuan yang dibuat oleh produksi luar tersebut?

    BalasPadam
  3. Queen of Langkasuka...hahahha~ Hero siam pakai keris...hebattt...Malaysia nak wat filem gini? Puii...Takot kata dier...takot xde sambutan. kuar 1juta dpt lik 500k jer...makanya jadik la filem...adnan sempit...yang nonton pun melayu2 sempit...begitu la melayu sampai kiamat....aper la nasib

    BalasPadam
  4. Sy org bru..scroll jauh2 sbb nk bc dri awl blog..nice work author..

    BalasPadam